Tuesday, January 5, 2010

Penghargaan 5A UPSR Di Kg Nibong & Kg Molek

DUNGUN 5 Januari, Selasa - Di akhir jadual penyampaian sumbangan penghargaan kepada pelajar cemerlang UPSR 2009 yang memperolehi keputusan 5A baru-baru ini, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah mengunjungi 2 lagi cawangan sebagai melengkapkan keraian kepada para pelajar terbabit.

Di cawangan Kampung Nibong, seramai 7 orang pelajar cemerlang telah dikenalpasti sebagai penerima penghargaan ini.

Adik Intan Nur Laili Binti Ismail, pelajar dari
Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar Dungun,
adik Muhammad Afiq Tajuddin Bin Mohd Rahim

Adik Nurul Aqilah Firzana Binti Che Yusof, pelajar
dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun,
adik Nurliyana Hanani Binti Yaakub

Adik Nor Aini Binti Mohd Zaman, pelajar dari
Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun,
adik Nur Ilhanni Binti Roslan

Ibu kepada adik Mohammad Shahran Bin Mohamad Zani,
pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun,
menerima penghargaan bagi pihak anaknya

Di cawangan Kampung Molek, 13 orang pelajar adalah di antara jumlah keseluruhan seramai 82 orang yang menerima sumbangan penghargaan daripada Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sempena peperiksaan UPSR 2009 ini.

Sementara adik Nor Hanisah Binti Muhammad Amri (tiada dalam gambar), dari Sekolah Kebangsaan Sura, Dungun menerima sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura melalui wakilnya, Haji Abdullah Ibrahim - kemaskini 10 Januari, 2010.

4 orang dari jumlah keseluruhan tersebut, adalah pelajar dari Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Sultan Ismail Dungun yang merupakan generasi terakhir sekolah tersebut yang
telah ditutup ‘secara rasminya’, bersama berakhirnya penggal persekolahan tahun 2009 baru-baru ini.

Encik Ahmad Yani Nursal menerima sumbangan
bagi pihak anaknya, adik Nadiah

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun,
adik Muhammad Ezman Bin Ibrahim

Adik Muhammad Fahmi Bin Alias, pelajar dari
Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun diwakili
kakaknya menerima sumbangan daripada ADUN Sura

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun,
adik Mohd Syafiq Ridzuan Bin Mohd Nor

Adik Nurul Afidah Binti Mohd Ariffin, pelajar
dari Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun,

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun,
adik Nor Farahana Binti Amri

Adik Syazwina Binti Salim @ Anam, pelajar
dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun,
adik Wan Ahmad Lutfil Bin Wan Abdul Halim

Nenek kepada adik Wan Muhammad Asri Bin Wan Omar,
pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun,
menerima sumbangan bagi pihak cucunya

Adik Abu Bakar Bin Mohd, pelajar dari
Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun,
adik Kamarul Shafrie Bin Kamaruzaman

Adik Nurul Hafizah Binti Che Muhamad, pelajar
dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar Dungun

Sebelum itu, cawangan Bukit Chatak 2 telah mengadakan penyampaian penghargaan kepada para pelajar cemerlang ini secara berpusat di Surau Haji Wan Ahmad, Bukit Chatak 2.

Penyampaian yang telah disempurnakan oleh ADUN Sura ini, diadakan sempena Majlis Sumbangan Pakaian Persekolahan 2010, anjuran PAS Cawangan berkenaan.

Seramai 8 orang pelajar cemerlang berserta keluarga masing-masing telah diundang ke majlis penyampaian penghargaan ini.

Mereka terdiri daripada 4 orang dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun, iaitu Tg. Mohd Luqman Bin Tg. Mohd Ramli, Nadhirah Binti Mohd Lotfi, Nur Athirah Fakhirah Binti Mohd Nazri dan Nur Syukriyah Binti Tumin.

Dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar terdiri daripada Che Wan Nabilah Binti Wan Ali @ C.W. Mazlan, Nurul Ikmaliah Hakimah Binti Ismazi dan Azwan Bin Azman.

Satu-satunya pelajar cemerlang 5A UPSR 2009 dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun yang berada di bawah pentadbiran PAS Cawangan Bukit Chatak 2 ialah Mohd Izzat Shauqi Bin Abd Rani.

Sementara itu, Bendahari MTD Sura, Haji Abdullah Ibrahim telah mewakli ADUN Sura ketika menyampaikan sumbangan penghargaan kepada adik Mohd Izzat Najmi Bin Shafie, pelajar 5A UPSR 2009 dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun, di kediaman keluarganya di Taman Ros, di sini.

Haji Abdullah Ibrahim mewakil ADUN Sura,
menyampaikan sumbangan kepada adik
Mohd Izzat Najmi Bin Shafie

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura