Friday, January 1, 2010

Y.B. Sura Bersama Kejayaan, Kesedihan Non-Muslim

DUNGUN 1 Januari, JUMAAT - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah meraikan kejayaan seorang pelajar cemerlang UPSR berbangsa Cina di Sura Gate, baru-baru ini.

Adik Lim Li Fang merupakan pelajar cemerlang dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Hwa, Dungun.

Adik Lim Li Fang ditemani bapanya Lim Chen Foo,
menerima ucapan tahniah dan sumbangan penghargaan
daripada Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli

Sementara itu, dua hari selepas itu, juga bertempat di Sura Gate, ADUN Sura telah menziarahi kematian seorang warga emas berbangsa Cina, Khun Hong Mong, 63.

Ketua Lajnah Kebajikan MTD Sura, Hj Zakariah Yusoff,
mengiringi Y.B. ADUN Sura menziarahi mendiang
Khun Hong Mong di Sura Gate, Dungun

Salah seorang anak mendiang melayani
kunjungan Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli

Pihak keluarga merakamkan ucapan terima kasih
di atas sikap prihatin dan kecaknaan Y.B. ADUN Sura

Menurut salah seorang anak mendiang, pengkebumian bapanya akan dilakukan pada sebelah petang 2 Januari, Sabtu di Jabur, Kuantan.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura