Monday, April 28, 2008

Belum boleh pegang stereng

Jurugambar Harakah dilarang masuk Parlimen


KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - Belum pun bermula sidang Parlimen,episod larangan ke atas jurugambar mencemari majlis angkat sumpah Ahli-ahli Parlimen pada pagi tadi.

Dalam kejadian pagi tadi, jurugambar Harakah tidak dibenarkan masuk ke Parlimen untuk merakamkan upacara mengangkat sumpah, walaupun telah membuat rayuan kepada pegawai bertugas di parlimen.

Ketua Jurugambar Harakah, Mohd Nasir Sudin, ketika dihubungi, berkata pegawai parlimen melarang beliau dan seorang lagi jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh serta beberapa jurugambar lain untuk merakam detik-detik bersejarah itu.

Bagaimanapun, beliau dan rakan-rakan jurugambar lain dibenarkan mengambil gambar selama lima minit sebelum bermula upacara angkat sumpah berlangsung.

Menurut Nasir, hanya jurugambar rasmi media kerajaan seperti Bernama dan RTM dibenarkan merakam upacara berkenaan.

Ketika ini, berpuluh-puluh jurugambar termasuk dari media antarabangsa berkumpul di hadapan pintu masuk media, sambil menantikan kemunculan MP-MP untuk merakamkan gambar dan aksi mereka.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pukul 10.15 pagi tadi. - mks.

Sumber : Harakah

Saturday, April 26, 2008

Pemberitahuan

Assalamualaikum...

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak admin telah memuatkan siaran TKO.fm @ TKO.tv kedalam laman blog Pemuda DUN Sura. Insyaallah tuan/puan akan dapat menonton dan mendengar siaran bagi mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber....

Seperti biasa sekiranya ada Ceramah Besar-Besaran anda pasti akan dapat melihatnya secara LANGSUNG melalui laman ini...

Penubuhan laman dan siaran ini adalah kerana lemahnya etika dan ketelusan institusi penyiaran dalam negara kita. Oleh kerana itu, kami memberikan alternatif kepada anda untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang pelbagai. Adapun begitu, anda seharusnya berfikir dahulu dan mengkaji akan kebenarannya..

Posting artikel akan dilakukan dalam masa yang terdekat ini Insyaallah...

Layari : http://pemudabersamamu.blogspot.com

Oleh : Team IT MTDP Sura

Monday, April 21, 2008

Konvoi ARC Dungun ke Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Maaf, artikel ini sepatutnya telah lama diupdate. Tapi ianya tertangguh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Dungun : ARC Kawasan Dungun telah berjaya melaksanakan aktiviti yang ditangguhkan pada hujung tahun lepas iaitu Konvoi Bermotor ARC Dungun ke Kota Bharu, Kelantan pada 4 & 5 April yang lalu. Satu pakej yang menarik telah ditawarkan oleh ARC Dungun kepada para peserta konvoi tersebut. Peserta hanya perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM 35.00 dan mendapat pulangan voucher minyak sebanyak RM 20.00. Sementara segala makan minum dan tempat tinggal disediakan oleh urusetia program.

”Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan rider disamping menerapkan nilai-nilai disiplin sebagai seorang penunggang yang berhemah. Ianya juga bertujuan bagi membendung mereka terlibat dengan gejala yang tidak berhemah” kata pengarah konvoi, En Ahmad Roslin.

Seramai 120 orang telah menyertai konvoi ini manakala 70 buah motorsikal telah berarak diatas jalan raya menuju ke Kota Bharu, Kelantan. 10 buah motorsikal berkuasa tinggi bertindak sebagai marshall untuk mengiringi konvoi tersebut.

Program ini dimulakan dengan bacaa doa oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Jamaludin Jusoh A-Hafiz dan dilepaskan Oleh YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang merupakan ADUN Sura bertempat di Surau Tuan Guru Hj Zainal Abidin, Sura Gate. Disamping itu juga kelihatan beberapa kenderaan 4 x 4 turut mengiringi konvoi tersebut. Turut kelihatan adalah sebuah kenderaan Firt Aider yang dianggotai Unit Amal Kawasan Dungun lengkap dengan peralatannya mengiringi konvoi tersebut.

Penulis diberikan sekeping handout ketika menyaksikan acara pelepasan tersebut. Ternyata persediaan yang begitu baik dilaksanakan oleh penganjur untuk aktiviti pertama mereka. Penulis difahamkan konvoi tersebut telah melawat beberapa tempat yang menarik di negeri serambi mekah itu. Penulis listkan disini :

special pose bersama Ust Nik Abduh Nik Aziz

  1. Pondok Pasir Tumboh : disambut oleh adik YB Ust Baihaqi Atiqullah (YB bz agaknye)
  2. Pusat Latihan PASTI Negeri Kelantan : terdisambut oleh YB Wan Ubaidah (DUN Kijang) kebetulan beliau ada disitu. Seterusnya sesi bersama dengan YB Zaki Ibrahim (Ketua DPPN Kelantan)
  3. Malam xtvt bebas : Wakaf Che Yeh kot...
  4. Pulau Melaka : Solat Subuh & Kuliah bersama YAB MB Kelantan dan seterusnya mendengar taklimat daripada SMA Maahad Darul Anuar.
  5. Bandar Kota Bharu : peserta tidak melepaskan peluang membeli belah di Pasar Siti Khadijah.
  6. PUTIK : bersama Urusetia Belia, Sukan & Wanita Kerajaan Negeri Kelantan, terpaksa dipindahkan kesini kerana JKR 10 ada tamu lain.
  7. Pusat Ternakan Ikan Keli, Machang : masa ni peserta agak keletihan. Tengok ikan macam nak makan jer...

Alhamdulillah, semua peserta selamat tiba di Dungun jam 10.00 malam keesokannya.


khusyuk mendengar taklimat

di Pondok Pasir Tumboh

nape plak nih??

Bersama Tok Guru MB yg dikasihi

YB bersama mengaminkan doa

Marshall memastikan keselamatan peserta

Artikel ditulis oleh : SamarQondy

Selepas Azreen, kita akan menjejak Sufiah pula - Husam

SEPANG, 18 April: "Selepas ini, kita akan mulakan misi menjejak dan menyelamatkan Sufiah pula," kata Datuk Husam Musa selepas berjaya membawa pulang adik Che Siti Nur Azreen Che Ishak, 13 tahun, dengan selamatnya selepas hilang lebih dari empat bulan.

Husam berkata demikian kepada wartawan yang bersama-sama beliau menunggu kepulangan Azreen yang hilang dari rumahnya di di Ladang Ulu Sawah, Rantau Negeri Sembilan Disember tahun lalu.

Azreen selamat dibawa pulang oleh bapanya, Che Ishak Che Kob dari Lombok, Mataran, Jakarta selepas beliau bersama dengan Koordinator Migrant Care, Alex Ong serta Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar ke sana 14 April lalu.

Mereka pergi ke sana dengan biayaan Kijang Care, badan bukan kerajaan yang dinaungi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di samping pembiayaan pribadi ahli rombongan.

Azreen dan rombongan selamat tiba di LCCT jam 9.00 malam tadi. Namun, untuk kepentingan masa depannya, wajah beliau tidak dibenarkan bapanya untuk dirakam para jurugambar yang menunggu kepulangannya.

Husam penuh keyakinan, jika ada kesungguhan Sufiah boleh diselamatkan.

Husam berkata, usaha untuk menjejak Azreen hanya berjalan selama empat hari sahaja selepas usaha itu digerakkan dengan bantuan aktivis Migrant Care di Indonesia.

"Jam 8.30 malam hari ke empat saya menerima panggilan dari Lombok, mereka sudah berputus asa dan keletihan untuk mencari Azreen lagi. Namun tepat jam 9.00 malam saya menerima berita gembira melalui SMS yang memaklumkan Azreen dijumpai," cerita Husam kepada wartawan.

Sehubungan itu, Husam mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan misi jejak kasih ini.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat termasuk seorang penderma dari Australia yang menyumbangkan RM2,000 untuk membantu projek ini. Namun kita masih memerlukan bantuan kerana kita masih terhutang lagi kerana bayaran tiket pulang rombongan ini dibayar melalui kad kredit," kata beliau.

Sementara itu, Adun Paroi, Taufik Abdul Ghani yang turut serta dalam rombongan itu menceritakan pahit maung mereka memujuk keluarga Tony Wijaya @ Supardi yang didakwa membawa Azreen lari ke Indonesia.

"Perjalanan Azreen ke sana berlangsung selama 10 hari 10 malam untuk sampai ke Lombok. Kami juga pergi melalui tempat yang sama, cuma kami lebih cepat kerana menggunakan kapal terbang," kata Taufik, satu-satunya Adun PAS di Negeri Sembilan. Beliau menang dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar juga mencerita bagaimana mereka terpaksa memujuk keluarga Supardi yang dikampungnya dikenali sebagai Suparman ini.

Masing-masing menggunakan pendekatan saikologi bukan secara kasar, kata Zulkifli.

Pihaknya berkata, mereka mahu membawa pulang Azreen kerana ibunya tidak sihat manakala adiknya pula demam kerana rindukan Azreen.

"Kelurga Suparman pula berkata, mereka perlu Azreen untuk membantu keluarga mereka kerana mereka tidak ada anak perempuan," cerita Zulkifli.

Namun semuanya berakhir dengan baik apabila mereka mendapat bantuan seorang anggota Parlimen (Dewan Perwakilan Rakyat - DPR) Indonesia dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang kebetulan sedang bermesyuarat di sebuah hotel berdekatan.

"Cuma keluarga mereka meminta perkara ini diselesaikan dengan cara baik dan tidak ada saman menyaman selepas ini," kata beliau.

Ke mana selepas ini

Husam berkata, beliau akan menjadikan Azreen sebagai anak angkat beliau dan akan berusaha untuk membina hidup dan masa depannya.

"Selepas bapanya menemui Azreen, agak sukar untuk memberikan keyakinan kepada Azreen untuk pulang. Saya telah memujukkan dengan menghantar surat dan coklat untuk membolehkan beliau ada keyakinan untuk pulang ke pangkuan keluarganya. Jadi kita tidak akan abaikan kebajikan Azreen selepas ini," katanya kepada wartawan.

Petikan daripada : siasah

Sunday, April 20, 2008

Nisa' DUN Sura @ Cameroon Highlands

Dalam pilihanraya yang lalu kita menyaksikan satu perubahan besar telah dilakukan oleh golongan muda. Hasil kajian dan post-mortem yang dibuat, pengundi muda telah muak dan cuak dengan sikap yang diamalkan oleh kerajaan barisan nasional. Di DUN Sura khususnya, sikap UMNO dan BN amat menjelekkan. Selain daripada asas retorik 'Islam Haghari" dan hujah yang dangkal, mereka cuba pula untuk mengugut rakyat dengan ugutan penarikan 'wang ehsan'. Walhal, rakyat tetap bijak dalam membuat keputusan dan tidak mudah termakan 'umpan kecil' mereka.

Sebetulnya penulis mahu mengutarakan aktiviti yang dijalankan oleh Nisa' DUN Sura (yang tadi tu muqaddimah jer...) yang mana mereka telah menghimpunkan sejumlah 45 orang petugas remaja perempuan yang telah menyumbang tenaga kepada sayap kiri parti di DUN Sura. Setelah berpenat lelah dalam gerak kerja pilihanraya, alkhirnya Nisa' DUN Sura bersama isteri YB dan petugas remaja telah mengambil keputusan untuk bercuti sambil beramah mesra dengan Isteri YB Ust. Wan Hassan Mohd Ramli iaitu, Pn Hjh Siti Zaleha. Mereka telah bertolak ke Cameroon Highlands pada Khamis malam yang lalu dengan sebuah bas persiaran sambil diiringi oleh sebuah MPV Keselamatan dan tiba pada keesokan hari.

Melalui gambar yang dikirim kepada penulis, jelas terpancar kegembiraan hatta diperingkat remaja perempuan apabila PAS dapat menawan kembali DUN Sura dengan majoriti 1000 undi. Walau bagaimana pun, kegembiraan ini tidak seharusnya membuatkan kita lupa dan leka akan peranan dan tugas kita di posisi masing-masing. Penulis tidak berhajat untuk mengulas panjang tentang XTVT kali ini. Sekadar melampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.


Makan Strawberri

perempuan & bunga

Remaja

Muslimat pengiring pon ada

Panjat tinggi lg, makcik kat sini udah lerr...

Nyam2... bestnye...

di tulis oleh : Penulis Tamu

Nisa' @ Cameroon Highlands

Dalam pilihanraya yang kita menyaksikan satu perubahan yang besar dilakukan oleh golongan muda. Hasil kajian dan post-mortem yang dibuat, pengundi muda telah muak dan cuak dengan sikap yang diamalkan oleh kerajaan barisan nasional. Di DUN Sura khususnya, sikap UMNO dan BN amat menjelekkan. Selain daripada asas retorik 'Islam Haghari" dan hujah yang dangkal, mereka cuba pula untuk mengugut rakyat dengan penarikan 'wang ehsan'. Walhal, rakyat tetap bijak dalam membuat keputusan dan tidak mudah termakan 'umpan kecil' mereka.



Sebetulnya penulis mahu mengutarakan aktiviti yang dijalankan oleh Nisa' DUN Sura (yang tadi tu muqaddimah jer...) yang mana mereka telah menghimpunkan sejumlah 45 orang petugas remaja perempuan yang banyak menyumbang tenaga kepada sayap kiri parti di DUN Sura. Setelah berpenat lelah dalam gerak kerja pilihanraya, alkhirnya Nisa' DUN Sura bersama isteri YB dan petugas remaja telah bertolak ke Cameroon Highlands pada Khamis lalu sambil diiringi oleh sebuah MPV Keselamatan.



Melalui gambar yang dikirim kepada penulis, jelas terpancar kegembiraan hatta diperingkat remaja perempuan apabila PAS dapat menawan kembali DUN Sura dengan majoriti 1000 undi. Walau bagaimana pun, kegembiraan ini tidak seharusnya membuatkan kita lupa dan leka akan peranan dan tugas kita di posisi masing-masing.



Penulis tidak berhajat untuk mengulas panjang tentang XTVT kali ini.

Wednesday, April 16, 2008

5 Syarat Nak Buat MAKSIAT

(Gambar Hiasan)

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"


"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.

Tuesday, April 15, 2008

Tafsir al-Maidah 80-82: Ilmu di kalangan orang fasik


Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Thu | Mar 27, 08 | 12:46:44 pm MYT

Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik.

Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.�Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda umat zaman dahulu.

Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan kerana orang yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak kuat dan mereka pula takut kepada dosanya.

Mereka sedar bahawa mereka mempunyai ilmu dan dosa. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai perasaan takut mati. Orang sedemikian rupa mendapat ilmu dalam perkara agama.

Apabila berlaku keadaan demikian, maka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran ditinggalkan, tidak dilaksanakan dengan jayanya.

Seterusnya Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Engkau melihat kebanyakan daripada mereka itu berwalikan kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 80)

Kebanyakan daripada mereka itu (orang kafir dari ahlil kitab) berwalikan kepada orang-orang kafir. Yang dimaksudkan dengan berwalikan dengan orang kafir di sini adalah berwalikan kepada orang kafir musyrikin seperti orang kafir Makkah.

Inilah kawan mereka, tidak menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. pada hal mereka mengetahui isi kandungan kitab Allah.

Sesetengah ulama lain menyatakan yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah orang-orang munafik. Dia mengaku beriman sedangkan hatinya tidak beriman. Antara dalilnya adalah berwalikan kepada orang kafir dengan sebab itulah mereka tidak menjalankan perintah Allah dengan cara yang betul dan sesungguhnya.

Firman Allah yang bermaksud, "Alangkah buruknya apa yang mereka kemukakan untuk diri mereka." (Surah al-Maidah: 80)

Kalau itulah amalan mereka maka itulah amalan yang buruk, tidak boleh menjadi bekalan pada hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud, "bahawa Allah memurkai mereka itu." (Surah al-Maidah: 80)

Allah Taala memurkai golongan seperti ini kerana tidak mencegah kemungkaran, reda kepada perkara tersebut dan berwalikan kepada orang kafir.

Firman Allah lagi yang bermaksud, "Dan di dalam azab neraka mereka kekal selama-lamanya." (Surah al-Maidah: 80)

Apabila mereka menjadi kufur kepada perintah Allah sudah pasti mereka kekal di dalam neraka.

Firman Allah yang bermaksud, "Kalaulah sekiranya mereka itu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada Nabi s.a.w. dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (al-Quran), tidaklah mereka itu menjadikan orang kafir itu sebagai wali mereka.

"Dan kebanyakan daripada mereka itu adalah orang-orang yang fasik (keluar daripada taat kepada Allah dan rasul-Nya s.a.w.)" (Surah al-Maidah: 81)

Mereka tidak taat kepada Allah dan Rasul-Nya sekali gus menolak al-Quran sebagai kitab panduan kehidupan mereka di dunia ini.

Firman Allah yang bermaksud, "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad s.a.w.) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.

"Dan demi sesungguhnya engkau dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "bahawa kami ini ialah orang-orang Nasara.

"Yang demikian itu disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli ibadat dan kerana mereka tidak pula berlaku sombong." (Surah al-Maidah: 82)

Para ulama membincangkan sebab turunnya ayat ini. Al-Qurtubi dan Ibnu Kathir serta ulama-ulama tafsir yang lain telah menyebut beberapa peristiwa yang berkait dengan ayat ini dan mereka mengatakan bahawa peristiwa-peristiwa ini adalah sebab kepada Allah SWT menurunkan ayat ini untuk menjadi pengajaran kepada orang-orang yang beriman.

Yang pertama ayat ini diturunkan bersempena dengan Raja Najasyi (Raja Habasyah), pembesar-pembesar dan pengikut-pengikutnya, apabila tiba kepada mereka orang-orang Islam yang berhijrah dalam peristiwa hijrah yang pertama sebelum daripada berhijrah ke Al-Madinatil Munawwarah. - lanh

Note : Petikan daripada HarakahDaily.net

Presiden PAS dibenarkan pulang dari rawatan HKT


KUALA TERENGGANU, 16 April (Hrkh)- Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibenarkan pulang ke rumah pada jam 5.15 petang semalam setelah berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selama hampir enam hari.

Image Beliau dimasukkan ke HSNZ setelah disyaki terkena tanda-tanda awal penyakit 'minor stroke' (angin ahmar) dan dinasihatkan oleh doktor agar berehat secukupnya.

Anaknya, Muhammad Khalil, 31, berkata Tuan Guru dibenarkan pulang ke rumah setelah keadaan kesihatan beliau bertambah baik dan sihat.

Katanya, dua doktor pakar telah mengesahkan mutu kesihatan Presiden PAS itu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

"Ayah saya dibenarkan pulang dan kami ahli keluarga sangat gembira dan berpuas hati dengan rawatan yang diterima di hospital selama hampir enam hari itu.

"Dua doktor pakar yang memeriksa ayah membenarkan dia pulang untuk berehat di rumah," jelasnya kepada Harakah, semalam.

Menurut Khalil, doktor menasihatkan Tuan Guru agar banyak berehat buat seketika waktu ini.

Image Harakah diberitahu, sebelum keluar hospital, Dato' Seri Abdul Hadi turut menerima kunjungan Kerabat diRaja, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim pada jam 3.00 petang.

Selama tempoh beliau berada di hospital tersebut pelbagai pihak datang melawat serta menziarahinya termasuk pimpinan PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Umno.

Sehubungan itu, Harakah dimaklumkan Presiden PAS dijangka akan mengadakan sidang media pertama hari ini di kediamannya setelah enam hari menerima rawatan di HSNZ Kuala Terengganu.

Update oleh : Lajnah IT Pemuda DUN Sura

Thursday, April 10, 2008

husam musa

news maker of the year
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura