Sunday, January 24, 2010

YB Sura Ziarah Tokoh Jubli Emas PAS Terengganu

DUNGUN 24 Januari, Ahad - Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Haji Abdul Wahab Yunus, telah menerima kunjungan ziarah Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli di kediamannya di Kampung Molek, di sini, petang semalam.

Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, diiringi Haji Jusoh Ibrahim semasa
menziarahi Haji Abdul Wahab Yunus di kediamannya, petang semalam.

Beliau, 69, yang pernah dipilih sebagai salah seorang daripada 20 orang penerima Anugerah Tokoh Jubli Emas PAS Terengganu melalui sambutan yang diadakan di Dungun pada pertengahan tahun 2006 lalu, diserang stroke sebelum Aidiladha baru-baru ini.

Haji Abdul Wahab Yunus pernah menjadi Adun Ulu Dungun pada 1964 hingga 1969, Ahli Parlimen Dungun (1969-1978); Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (14 April 1977-17 November 1977, Pengurus Lapang Kupar Development Co. Sdn Bhd di Bandar AMBS, Dungun (1979-1982) dan Pengerusi Getex (M) Sdn Bhd, Dungun (1982-sekarang) - sumber Harakahdaily.

Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Kawasan Dungun,
Haji Alias Harun ketika menziarahi Haji Abdul Wahab Yunus
di Hospital Putrajaya, awal Disember lalu.

Beliau yang menyertai PAS pada 9 Ogos 1956 pernah memegang jawatan Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Dungun (1957-1960), Ketua DPP Dungun (1960-1961), Setiausaha PAS Kawasan Dungun (1960-1975), Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun (1979-1983), Ketua DPP Negeri Terengganu (1965-1969), Bendahari, Setiausaha dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu (1968-1975), Pesuruhjaya PAS Terengganu (1975-1982), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1973-1975), Bendahari Agung PAS (1977-1979) dan AJK PAS Pusat (1979-1983).

Di antara yang turut mengiringi ADUN Sura semasa ziarah ini ialah Bendahari MTD Sura, Haji Abdullah Ibrahim, Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan MTD Sura, Haji Zakariah Yusoff dan Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Molek, Haji Jusoh Ibrahim.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura