DUNGUN 31 Mac, Ahad - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli seperti tahun-tahun sebelumnya mengambil peluang menghargai peranan dan tugasan anggota polis sempena Ulang Tahun Ke-206 Polis DiRaja Malaysia yang jatuh tanggal 25 Mac baru-baru ini.
Simbolik penghargaan beliau melalui sumbangan sebiji kek telah disampaikan oleh Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik sebelum tengahari tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, di sini.
Turut mengiringi Haji Wan Hapandi ialah timbalannya, Haji Mohd Amin Hamid, Ketua PAS Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate, Haji Hassan Abdul Aziz dan Ketua PAS Cawangan Jalan Lembah, Ustaz Haji Abdull Rahim Abdull Jalil.
Sumbangan kek telah diterima oleh seorang kakitangan mewakili Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Bin Mohd Noor yang kebetulan mempunyai urusan di luar pejabat.