Tuesday, June 24, 2008

Harakah dibenar terbit 2x seminggu

Kerajaan telah meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu, seperti sebelumnya.

Lembaga pengarah Harakah telah mengemukakan permohonan tersebut sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

harakah and kementerian dalam negeri home affairs ministry permitPada masa ini, Harakah diterbitkan dua kali sebulan, sejak tahun 2000.

Surat kelulusan dari KDN itu juga menyebut antara syaratnya ialah melaporkan aktiviti pertubuhan tersebut (parti PAS).

Mengenai tarikh pertukaran kekerapan penerbitan Harakah, Ahmad Lufti berkata, ia tidak dimaklumkan dalam surat tersebut.

Perkembangan positif

Sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu, jumlah edaran Harakah ialah kira-kira 140,000 nashkah.

"Selepas pilihanraya umum lalu, jumlah edarannya telah meningkatkan kepada 250,000 nashkah," katanya.

Mengenai langkah seterusnya, Ahmad Lutfi berkata, beliau akan merujuk kepada pihak atasan Harakah mengenai soal editorial dan beberapa perkara yang perlu diubahsuai, terutama mengenai kesediaan kilang cetak dan pengedar akhbar.

Menurutnya, jabatan pengarang Harakah juga memang mampu dan bersedia untuk menerbitkan akhbar tersebut sebanyak dua kali seminggu.

Ditanya mengenai keputusan KDN itu, Ahmad Lutfi mengalu-alukannya dan melihatnya sebagai satu perkembangan yang positif.

Beliau berharap, ia menjadi satu permulaan untuk membuka ruang kepada kebebasan media dan demokrasi.

"Harakah tidak semata-mata akhbar parti, tetapi ia juga bertanggungjawab untuk menyuarakan kebenaran," katanya.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan yang menarik.

Ahmad Lutfi juga menyambutkan keputusan kerajaan meluluskan permohonan Harakah untuk dikeluarkan dua kali seminggu.

Source : MalaysiaKini

Wednesday, June 18, 2008

Hujah @ TV9 : YB Hj Mahfuz Omar vs YB Aziz





Tuesday, June 17, 2008

Pulangkan Wang Royalti Tertunggak Kepada PAS!

Kerajaan Pusat hari ini didesak menghormati suara rakyat yang meminta kerajaan memulangkan wang royalti minyak yang tertunggak kepada Parti Islam SeMalaysia sewaktu PAS memerintah negeri Terengganu selepas memenanginya di dalam pilihanraya ke 10 pada 1999 yang lalu.

PAS memperolehi kejayaan besar menawan Terengganu pada pilihanraya 1999. Selepas membuat pembayaran pertama pada bulan Mac 2000, Petronas enggan membayar royalti seterusnya sebanyak RM850 juta pada 1 September 2000 yang mana jumlahnya telah tertunggak pada pertengahan tahun pertama tahun 2000.

Sehingga Mac 2004, jumlah terkumpul yang belum berbayar kepada Terengganu mencecah RM3.8 billion.

Suara keadilan pernah melaporkan, saman terhadap Petronas telah difailkan pada Mac 2001 namun kes tersebut masih tertangguh. Namun, berdasarkan kepada Akta Petroleum jelas membuktikan secara perundangan bahawa Petronas bertanggungjawab untuk mebayar royalti kepada Terengganu. Dengan itu kerajaan Negeri Terengganu mampu memperolehi pendapatan berbilion ringgit dan berupaya membangunkan negeri Terengganu.

Tetapi, malangnya wang tersebut tidak dinikmati oleh kerajaan Terengganu. Ia telah disamun oleh UMNO dalam bentuk Wang Ehsan dan ianya akan memberi beban yang cukup perit kepada Petronas untuk membayar kepada kerajaan Terengganu sekiranya mahkamah mengarahkannya berbuat demikian.

Tindakan yang paling selamat untuk UMNO ialah menawan semula Terengganu dengan apa cara sekalipun. Dengan yang demikian, kerajaan baru UMNO akan menggugurkan kes berkenaan terhadap Petronas. Jadi, UMNO dan Petronas tidak perlu memeningkan kepala memikirkan masalah untuk mencari wang untuk membayar kerajaan negeri.

BN tidak dapat melakukan konspirasinya tanpa bantuan SPR, dan SPR tidak dapat lakukannya tanpa bantuan Jabatan Pendaftaran Negara, jabatan kerajaan yang mengeluarkan kad-kad pengenalan kepada para pengundi.

Kebanyakan daripada penonton TV yang menyaksikan keputusan pilihanraya 2004 yang disiarkan secara langsung daripada pusat operasi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur mungkin dapat mengenali akan wajah seorang yang sentiasa duduk diantara Abdullah dan timbalannya, Najib Abdul Razak, sepanjang malam tersebut.

Beliau menampakkan wajah yang tersengih-sengih setiap kali keputusan diumumkan yang berpihak kepada BN, seolah-olah sudah tahu akan keputusannya. Mengapakah seorang kakitangan kerajaan berpangkat tinggi berada dalam majlis politik seperti itu?

Dan taktik yang serupa dilakukan pada tahun 2008 dengan dalang utamanya Setiausaha SPR, Datuk Haji Kamaruzaman bin Haji Mohd Noor. Manusia inilah yang telah sedaya upaya menafikan dakwaan-dakwaan wujudnya senarai pengundi hantu di dalam senarai daftar pemilih, walhal itulah sebenarnya tugas yang telah dilakukan di SPR, iaitu memanipulasikan daftar pemilih dengan memasukkan senarai pengundi hantu dengan banyaknya terutama untuk negeri Terengganu.

Hasilnya mereka berjaya mempertahankan Terengganu, tetapi kuasa Allah memporak perandakan UMNO negeri dimana calon menteri besar sokongan Perdana Menteri ditolak oleh Sultan Terengganu dan akhirnya Datuk Ahmad Said berjaya menjawat jawatan tersebut setelah hampir sebulan negeri terengganu terumbang ambing apabila kemelut "siapa MB" berpanjangan.

Berbalik kepada isu royalti miniyak, bekas Menteri Terengganu, Datuk Idris Jusoh menjelaskan wang royalti minyak sebanyak RM7.3 billion yang diberikan kepada Terengganu dari tahun 2004 hingga 2007 bukan diurus atau dikawal kerajaan negeri. Malah kata Idris, beliau sendiri sebelum ini tidak mengetahui mengenai jumlah sebenar wang royalti Petronas seperti mana dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham Aziz dalam Persidangan Dewan Rakyat.

Dalam persidangan tersebut, Amirsham memberitahu sebanyak RM13.4 billion wang royalti minyak Petronas diserahkan kepada kerajaan pusat manakala RM7.4 billion diberikan kepada Terengganu manakala Sabah dan Sarawak masing-masing menerima RM1.2 billion dan RM4.8 billion. Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, kerajaan negeri ketika di bawah pimpinannya sebelum ini hanya dimaklumkan sebanyak RM5.2 billion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut. Ini bererti RM2.2 billion telah lesap entah kemana!

“Ke mana perbezaan sebanyak RM2.2 bilion ini? Kita perlukan penjelasan,” tegas YB Saifuddin Nasution (Machang) pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat yang baru lalu.

Kerajaan Persekutuan akhirnya bersetuju untuk mengembalikan wang royalti minyak sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu, demikian kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata pemberian wang royalti itu akan dilaksanakan setelah perincian mengenai syaratsyarat terhadap perkara berkenaan ditetapkan.

“Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk kembalikan wang royalti minyak kepada Terengganu dan butiran, prosedur serta langkah yang diambil itu akan ditetapkan apabila perbincangan dengan kerajaan Terengganu diadakan,” katanya.

Dan semalam juga sebuah stesyen TV arus perdana terkemuka, NTV7 membuat bancian di kalangan rakyat dengan bertanya samada kerajaan perlu membayar wang royalti minyak tertunggak kepada PAS sekalipun PAS telah tidak memerntah negeri tersebut. 83% (angka yang dicetak ialah 85%) menyatakan bersetuju manakala hanya 17% tidak besetuju.

Apa lagi Pak Lah tunggu? Ini buktinya.


Sunday, June 15, 2008

Kempen Riben Merah Tanda Marah

Oleh Awang Ja
Bersempena Himpunan Aman 1 Juta Membantah Kenaikan Harga Minyak anjuran Protes yang akan diadakan pada 05 Julai 2008 nanti di KLCC, Lajnah Penerangan & Dakwah (Pemuda) Dun Sura telah melancarkan Kempen pemasangan riben merah di kenderaan terutama kereta dan motosikal.
Program 'WARMING UP' Himpunan 1 Juta ini diadakan bagi tujuan menyahut saranan pihak Protes agar rakyat mengenakan warna MERAH sebagai simbol MARAH.
Bagi menjayakan kempen tersebut, pihak Lajnah Penerangan Pemuda akan membahagikan riben merah tersebut secara percuma kepada warga Dungun.Dan kepada mereka yang ingin mendapatkan terus riben-riben tersebut bolehlah mendapatkannya dari AJK Lajnah Penerangan Pemuda Dun Sura atau menghubungi penulis di talian 013-9828255 dan juga Sheikh 013-9328211.

Monday, June 9, 2008

Saya Mau Naik Basikal Ke Tempat Kerja


Sebuah tayangan untuk tontonan bersama. Apakah mungkin situasi sebegini akan menjadi realiti satu masa nanti? Sama-sama kita fikirkan...


p/s: Video ini diterima oleh seorang sahabat yang selalu mengenakan daku... huhu

Sunday, June 8, 2008

Nilai Ringgit Kita- BN- Barang Naik

BEZA KUANTITI BAGI SETIAP RINGGIT... Azhan Sharom, 23, yang ditemui di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu menunjukkan botol berisi minyak bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kuantiti botol kiri berdasarkan harga lama manakala yang kanan pula jika mengikut harga baru, berkuat kuasa tengah malam tadi. Foto The Star
Pada pengamatan saya, gambar ini dirakam di stesyen minyak Esso Batu Burok, Nilai lah RM anda sekarang.Ini lah hadiah yang sangat bernilai dari Kerajaan BN sempena 100 hari menerajui semula kerajaan Malaysia.Terima kasih.

Sumber : ctkay's

Saturday, June 7, 2008

Harga minyak naik akibat duit Petronas habis diboroskan kerajaan BN - PRM

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh) - Kenaikan harga petrol di Malaysia sebanyak 41 peratus dan diesel 63 peratus bermula 5 Jun lalu disifatkan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai kenaikan yang melampau.

Presiden PRM, Hassan Karim berkata, kenaikan itu dibuat secara mendadak dan sekali gus akan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan menengah.

Rakyat kini menghadapi masalah ekonomi yang besar akibat amalan pemerintahan Barisan Nasional yang buruk, membazir serta rasuah selama lebih 50 tahun, kata Hassan.

"Mulai 1 Julai tahun ini harga tarif elektrik pula akan naik. Apabila harga minyak naik, harga elektrik naik maka harga barang makanan, keperluan harian, pengangkutan semuanya akan turut naik," katanya.

Selepas pengumuman kenaikan harga minyak, Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia telah menyatakan bahawa kenaikan kos pengeluaran akibat kenaikan harga minyak dan elektrik akan ditanggung akhirnya oleh para pengguna, kata Hassan.

"Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyatakan inflasi di negara ini akan meningkat kepada 5 peratus pada bulan Jun ini.

"Ia adalah satu kenaikan kadar inflasi yang tinggi dalam tempoh 10 tahun ini. Para penganalisis ekonomi pula ada yang menjangka inflasi akan naik sehingga 6 peratus," ujarnya.

Namun, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican menyatakan sejak penubuhan Petronas pada 1974 sehingga tahun 2007, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM335.7 bilion daripada keseluruhan keuntungan sebanyak RM570 bilion.

Dengan pengumuman CEO Petronas tersebut PRM ingin tahu bagaimana wang Petronas sebanyak RM335.7 bilion itu dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional, kata Hassan.

"Puratanya sebanyak RM10 bilion, Petronas telah membayar pada kerajaan setiap tahun sejak 1974. Ke mana duit itu pergi?" soalnya.

PRM percaya jawapannya ialah duit Petronas itu telah habis diboroskan Kerajaan BN bagi membina projek-projek mega sejak Tun Dr Mahathir Mohamad hingga Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengkayakan kroni-kroni mereka atas duit minyak negara.

"Jelaslah amalan rasuah, kronisme dan nepotisme sejak hampir 25 tahun terakhir ini telah menjahanamkan ekonomi negara dan yang sekarang sedang menanggung beban sengsara adalah rakyat jelata juga," katanya.
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura