Tuesday, November 29, 2011

RUU Himpunan Aman : "Bentenglah Kemarahan Rakyat Kamu Dengan Keadilanmu"

PAS mengingatkan kerajaan Umno-BN bahawa transformasi yang dicanang oleh PM mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang. Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah.

PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau, dan ianya tidak langsung memberi gambaran “aman” sebagaimana dicanangkan.

Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat? Bahkan, mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu.

RUUHA merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, sekaligus membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan.

Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno-BN walaupun ia jelas menindas mereka.

Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak.

Kata Umar bin Abdul Aziz: "Bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu."

PAS Terengganu Kemuka Calon "Winnable"

- calon-calon baru, muda, hebat, berwibawa dan 'winnable'
KUALA TERENGGANU - Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman mengesahkan, beliau mempunyai maklumat tentang bakal calon-calon PAS yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau berkata nama-nama tersebut sudah di hantar kepada PAS Pusat.

"Nama (bakal-bakal calon untuk negeri) Terengganu sudah hantar dah.... senarai calon kepada PAS Pusat, senarai calon yang dicadangkan oleh DUN, oleh cawangan, oleh negeri (BPPNT) kepada (PAS) Pusat kita dah hantar untuk pengesahan Majlis Syura,"katanya

Ariffin berkata demikian ketika memberi respon ucapan Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pada Seminar Gempur Penerangan anjuran Lujnah Penerangan PAS Terengganu, di sini Sabtu 26 November.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat itu, Majlis Syura pada mesyuaratnya yang akan datang akan meniliti semua bakal-bakal calon pilihanraya umum ke-13 akan datang, yang dihantar oleh pihak negeri-negeri.

Ariffin berkata, tidak semestinya tiga nama bakal-bakal calon yang dihantar, tetapi ada yang lebih, sehingga empat atau lima nama bagi setiap DUN.

Katanya, pemilihan calon-calon tersebut biasanya atas populariti dikalangan masyarakat.

"Kalau calon di peringkat setempat, lebih kepada, dari segi populariti calon itu sendiri dengan masyarakat di peringkat DUN dan peringkat bawah (cawangan), yang aktif dan duduk bersama (masyarakat) pada setiap hari,"jelasnya.

Beliau tidak dapat memberi komen, apa persamaan antara senarai calon-calon yang telah dihantar kerana menurutnya, setelah menerima nama-nama calon diterima, ia diserahkan kepada pihak Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Namun begitu, yang pastinya kata beliau, ada calon-calon yang baru, muda, hebat dan berwibawa yang akan diketengahkan.

"InsyaAllah, kita akan ada calon-calon baru, calon-calon hebat, (calon-calon) yang muda-muda dan juga yang berwibawa dan 'winnable',"tegasnya.

sumber : buletinonline.net

Saturday, November 26, 2011

Simulasi pilihanraya @ Dun Sura : BN guna sekolah

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura



DUN SURA 26 Nov 2011 - Penyalahgunaan premis awam dan kerajaan sebagai tempat kegiatan parti sudah menjadi kemestian buat Umno/BN dalam meraih undi rakyat.Simulasi pilihanraya Umno/BN seluruh negeri Terengganu pada hari ini terang-terangan menggunakan premis kerajaan iaitu sekolah sebagai tempat pembuangan undi.

Hasil tinjauan Team IT Pemuda Dun Sura di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura pagi ini mendapati Umno/BN Dun Sura turut menggunakan sekolah sebagai tempat pembuangan undi pilihanraya olok-olok mereka.


Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun

Antara sekolah-sekolah yang menjadi mangsa adalah Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun,Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun,Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun,Sekolah Rendah Sultan Omar dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Kwang Hwa.

Kerja-kerja membuka markaz giat dijalankan dua hari sebelum itu dengan menaikkan bendera dan poster BN.Tinjauan yang dibuat juga mendapati persiapan markaz sedikit terkejar-kejar di saat akhir yang berkemungkinan besar menunggu peruntukan terlebih dahulu terutama upah petugas markaz.

Simulasi pilihanraya Umno/BN Dun Sura dimulakan dengan majlis ceramah isu-isu semasa pada malam semalam di Arena Square,Padang Merdeka oleh penceramah jemputan dari Kelantan.

Dalam ucapan aluan oleh Penyelaras Umno Dun Sura, Datuk Wira Rosli Mat Hassan meluahkan sedikit terkilan dengan kehadiran yang kurang mendapat sambutan walaupun cuaca pada malam tersebut baik tanpa hujan seperti hari-hari sebelumnya.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Dungun turut memberi penekanan kepada kepentingan perpaduan dalam Umno itu sendiri dalam suasana masing-masing ingin menonjolkan diri sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang ini.

Selain itu masalah calon 'bidan terjun' Umno/BN Dun Sura juga dipersoalkan oleh beliau walaupun calon itu dilahirkan di Dun Sura tapi kurang dikenali penduduk tempatan yang disebabkan banyak masa dihabiskan diluar dari Dungun terutama di Kuala Lumpur.


sumber : blog pemuda Dun Sura

Friday, November 25, 2011

Hijrah Mengajar Umat Islam Mengatur Strategi & Gerak Kerja : TGNA


nik aziz
KOTA BHARU, 26 November Sabtu - Peng­hijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah mengajar umat Islam supaya mengatur strategi dan gerak kerja.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, strategi Rasulullah cukup teratur, bagi memastikan kejayaan membentuk kerajaan dan mentadbir mengikut acuan Islam.

“Peristiwa itu mencetuskan momentum besar dalam sejarah perjuangan Rasulullah iaitu pembentukan negara Islam pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada terang-terangan,” katanya dalam perutusan sempena Hijratur-Rasul 1433 Hijrah.

Menurutnya, Pas mendidik rakyat agar mengenali batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa agar tidak berlaku penolakan terhadap perintah ALLAH SWT, menolak cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri.

“Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku, namun dalam masa sama, kita menyaksikan runtuhnya nilai agama dan jauhnya manusia daripada ALLAH SWT.

“Kita tidak mahu ber laku penyelewengan dalam pentadbiran seperti mana laporan audit negara yang dibentangkan dengan menyaksikan pelbagai ketirisan sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat, sedangkan kita ada undang-undang untuk menyekat salah laku itu,” katanya.

Misi Pas di dalam gerak kerja politik katanya, berjuang melalui pilihan raya untuk mendapatkan kuasa, sekali gus membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertakwa kepada ALLAH SWT.

sumber : sinarharian.com 

Wednesday, November 23, 2011

Hizbullah, Iran Guna Alat Perisik AS Kesan Pembelot

WASHINGTON : Amerika Syarikat mendapat tamparan hebat apabila pergerakan Hizbullah berjaya mengenal pasti dan menahan pemberi maklumat di kalangan anggotanya yang bekerja untuk Agensi Perisikan Pusat (CIA).
 
Selain itu, dalam perkembangan berasingan di Teheran, pegawai di Iran turut berjaya membongkar identiti beberapa orang yang didakwa menjadi pemberi maklumat CIA. 
Bekas pegawai Amerika berkata, pemberi maklumat CIA, dipercayai direkrut di kalangan rakyat tempatan berjaya dikenal pasti disebabkan kecuaian dalam prosedur kerja dikenali dalam dunia penyamaran sebagai ‘tradecraft’ yang digunakan agensi berkenaan.

Oleh itu, bekas pegawai operasi CIA, Bob Baer, yang bukunya dijadikan filem Hollywood, Syriana, berkata kemampuan Hizbullah tidak boleh dipandang rendah.

“Sistem keselamatan Hizbullah setanding dengan agensi lain di dunia. Ia lebih baik daripada agensi perisikan Russia, KGB,” kata Baer.

Satu sebab Hizbullah berjaya membongkar pengintip ialah kerana ia mempunyai pengaruh besar hingga dapat memaksa pasukan keselamatan Lubnan menyerahkan komunikasi sulit dan peralatan pengintipan dibekalkan Amerika.

Ia kemudian menggunakan peralatan itu untuk mengenal pasti dan mengesan pemberi maklumat CIA. - Reuters

sumber : bharian.com

Friday, November 18, 2011

Perhimpunan Dataran Tahrir : Desak Tentera Serah Kuasa

PULUHAN ribu penunjuk perasaan mendesak tentera Mesir   menyerahkan kuasa selepas 10 bulan kejatuhan pemerintahan Hosni Mubarak, di Dataran Tahrir, semalam.
PULUHAN ribu penunjuk perasaan mendesak tentera Mesir menyerahkan kuasa 
selepas 10 bulan kejatuhan pemerintahan Hosni Mubarak, di Dataran Tahrir, semalam.
Perhimpunan pimpinan Ikhwanul Muslimim mahu revolusi dikembalikan

KAHERAH : Berpuluh ribu penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir semalam bagi mengadakan perhimpunan besar-besaran bertujuan mendesak tentera Mesir yang memerintah negara itu menyerahkan kuasa, 10 bulan selepas kebangkitan yang menumbangkan pemerintahan rejim Hosni Mubarak.
Ketika pilihan raya parlimen semakin hampir, yang pertama sejak Mubarak disingkirkan Februari lalu, penunjuk perasaan menuntut lebih kawalan berhubung Perlembagaan yang bakal dirangka Parlimen baru.
Bantahan semalam diketuai Ikhwanul Muslimim dan kumpulan pelbagai parti politik di bawah sepanduk berbeza yang bersetuju tentera mesti menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam secepat mungkin.

“Rakyat mahukan jadual penyerahan kuasa,” kata satu slogan pada kain rentang besar yang digantung di dataran itu.

Ketika memberikan khutbah solat Jumaat, imam Mazhar Shahin menggesa penunjuk perasaan terus mempertahankan matlamat revolusi itu.

“Mungkin mereka yang memerintah memikirkan kita akan melupakan matlamat kita seiring masa yang berlalu. Mereka salah. Kami menolak bebanan dikenakan ke atas rakyat. Kami menolak dokumen Silmi. Tiada suara dapat menjatuhkan suara rakyat,” Shahin memberi amaran kepada Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF), yang mengambil alih kuasa apabila Mubarak dijatuhkan.

Dokumen kerajaan yang dicabar, dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Ali Silmi, mengundang kecaman pelbagai pihak kerana memasukkan klausa yang mengeluarkan bajet tentera daripada pengawasan Parlimen dan membenarkan SCAF mempunyai kata putus mengenai hal berkaitan tentera.

Kerajaan menyemak semula draf itu, tetapi Ikhwanul Muslimin, yang menganjurkan bantahan besar-besaran Julai lalu menentang piagam itu, menolak idea dokumen berkenaan yang akan mengehadkan kekuasaan Parlimen untuk menderaf Perlembagaan, menyifatkan artikel itu tidak demokratik.

Pertubuhan itu, menerusi Parti Kebebasan dan Keadilan, mungkin muncul sebagai blok terbesar dalam pilihan raya.

“Mereka yang bimbangkan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, saya ingatkan jangan takut dengan Islam di Mesir. Mesir adalah Islam, sama ada suka atau tidak. Kami mahukan negara demokratik dengan visi Islam yang membenarkan rakyat mengamalkan hak dan demokrasi,” katanya. - AFP

sumber : bharian.com

Thursday, November 17, 2011

ADUN Sura Ucap Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang UPSR 2011


DUNGUN, 17 November Khamis - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun mengucapkan tahniah kepada semua pelajar UPSR 2011 yang memperolehi keputusan cemerlang. Keputusan peperiksaan tersebut diumumkan hari ini, Khamis 17 November.

" Tahniah! Kepada semua pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang, semoga kejayaan ini dapat diteruskan lagi selepas melangkah ke alam sekolah menengah nanti, yang pastinya di sebalik kejayaan para pelajar ini ialah para guru yang mengajar dengan penuh dedikasi juga didokong oleh para ibubapa dan penjaga yang sentiasa mendoakan kejayaan anak jagaan masing-masing, " ujar ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli ketika menyampaikan 
sumbangan penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang UPSR 2010, 
adik Anis Adilla binti Abd Fatah di hadapan kediaman ibubapanya 
di Taman Telok Lipat 1, di sini, tahun lalu.


Sementara itu, keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini, beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Dipetik laporan Bernama Online, Abd Ghafar berkata calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.

Wednesday, November 16, 2011

LPT2 : Rakyat Terengganu Menerima "Hadiah" 2 Tol Dari Kuala Berang Ke Batu Enam ?

Kalau kita mahu ke Batu Enam, Kuala Nerus dan Kuala Berang, dan menumpang sekejap lalu di lebuh raya pantai timur fasa 2 (LPT) yang separuh siap, mungkin akan di kenakan tol sebanyak dua kali.

Sekali di Telemung dan sekali lagi persimpangan keluar berhampiran Kuari Bukit Jong.

Sekiranya kita mahu mengelakkan jalan biasa yang dipenuhi halangan hampir 30 lampu isyarat dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu, kita akan cuba menyelinap keluar dari Kuala Berang melalui jalan Langgar untuk terus ke Kampung Tanggul.

Dari situ kita akan menikmati sedikit 'privasi' menelusuri pinggir sungai Terengganu dan melalui jalan kampung menuju ke Pasir Tinggi.

Tujuannya adalah untuk 'bersatu' dengan LPT yang bermula dari Bukit Payong untuk ke kampung Gemuroh, sebelum mengambil jalan menuju ke Batu Enam.

Jalan tersebut lebih menjimatkan masa dengan kelajuan biasa, kira-kira 30 minit sahaja kita boleh sampai ke persimpangan hadapan kuari Bukit Jong dan bandar Kuala Berang.

Namun, dua sekatan jalan raya yang bakal menunggu kita.

Walaupun 'gergasi' rumah tol yang akan membaham 'pitih' kita berhampiran kuari Bukit Jong belum dimulakan pembinaannya, namun 'gergasi' di Telemung sudah hampir siap.

Pembinaan Fasa dua LPT yang memakan belanja RM3.7 bilion dibiayai bersama dengan 50% dana kerajaan persekutuan dan 50% 'dana khas' kerajaan persekutuan.

Dana tersebut walaupun kedua-duanya hampir sama sebutannya, tapi ia berbeza.

Dana persekutuan adalah hasil cukai dan hasil bukan cukai yang dikutip oleh kerajaan Malaysia melalui pelbagai kenaan dan pembayaran ke atas rakyat.

Hasil cukai, sebagai contohnya cukai langsung, iaitu cukai pendapatan samada pendapatan individu atau pendapatan syarikat.

Hasil cukai tidak langsung pula dikutip oleh kerajaan juga daripada rakyat apabila mengenakan cukai-cukai seperti cukai perkhidmatan dan cukai jualan.

Cukai pendapatan dibayar terus kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri oleh orang atau syarikat yang kena cukai, manakala cukai perkhidmatan dan cukai jualan, dikutip oleh syarikat dari rakyat dan dibayar kepada kerajaan.

Selain itu, dana kerajaan yang dikutip melalui pelbagai perkhidmatan, bukanlah wang dari Umno atau Barisan Nasional.

Sebagai contohnya, pembayaran lesen kereta dan embayaran membuat paspot antarabangsa./

Itulah sumber dana kerajaan persekutuan.

Manakala Dana Khas Kerajaan Persekutuan adalah hasil royalti minyak dan gas yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu berdasarkan akta pembangunan petroleum 1974.

Royalti sebanyak 5% itu telah 'dirompak' oleh kerajaan persekutuan dengan memaksa Petronas supaya tidak membayar terus kepada kerajaan negeri Terengganu.

Royalti yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri Terengganu telah dimasukkan ke dalam akaun kerajaan pusat.

Dana itulah kemudiannya disalurkan kembali kepada negeri Terengganu yang diberi nama 'Dana Khas Kerajaan Persekutuan'.

Oleh sebab itu, pembinaan LPT Fasa 2 keseluruhannya dibiayai oleh rakyat, samada ia dipanggil dana kerajaan persekutuan atau dana khas kerajaan persekutuan.

Ia berbeza dengan lebuhraya-lebuhraya lain yang diongkosi oleh wang swasta.

Wang swasta atau dana swasta adalah modal yang dicari dan digunakan oleh kontraktor yang membina sesuatu lebuhraya itu, dan apabila ia siap, syarikat pembinanya dibenarkan mengutip tol bagi membayar balik modal yang digunakan.

Ia dipanggil sebagai 'lebuhraya konsesi'
baca artikel penuh...di sini.

Friday, November 11, 2011

ADUN Sura Ucap Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2011

DUNGUN 11 November, Jumaat - Menjelang peperiksaan SPM 2011 yang dijadualkan berlangsung minggu hadapan, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Jawatankuasa Pelajaran DUN Sura dan seluruh warga kerjanya mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan SPM 2011 kepada semua calon di seluruh Malaysia, khususnya di DUN Sura, Dungun, Terengganu.



" Kami doakan semua calon dikurniakan ketenangan dan kemudahan untuk menjawab soalan yang dikemukakan, semoga peperiksaan ini merupakan di antara tangga awal untuk melangkah lebih maju di medan pelajaran sehinggalah ke menara gading, " ujar ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun secara ringkas.

Adik Farah Azielia Bt Ahmad Azaha, di antara pelajar cemerlang SPM
yang pernah menerima sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura



Peperiksaan bertulis SPM 2011 akan berlangsung dari 14 November hingga 14 Disember 2011. Seramai 468,808 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,533 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 26,142 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan, demikian makluman oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 4 Oktober lalu.

Sunday, November 6, 2011

Lensa Qurban Dun Sura 2011 | Bukit Chatak 2

oleh : Team IT & Penerangan Pemuda Dun Sura

Hari ke 2 Raya Aidiladha : 13 ekor
Sumber gambar dari blog Pemuda Dun Sura















Sepintas lalu Qurban 2011 @ Dun Sura pada Hari pertama Raya Aidiladha_Lensa Qurban 2011_Dun Sura : Siri 1

Lensa Qurban 2011 | Dun Sura_siri 1

oleh : Team IT & Penerangan Pemuda Dun Sura
Sumber dari blog Pemuda Dun Sura


Sekitar di 4 lokasi terpilih :
1 - Bukit Chatak 1 : 24 ekor
2 - Kampung Molek : 9 ekor
3 - Sungai Buaya : 3 ekor
4 - Padang Jambu : 7 ekor


Qurban @ Cawangan Bukit Chatak 1








Qurban @ Cawangan Kampung Molek






Qurban @ Cawangan Sungai Buaya






Qurban
@ Cawangan Padang Jambu






Lebih banyak gambar-gambar akan menyusul selepas ini...Lensa Qurban 2011 : Dun Sura_siri 2

Friday, November 4, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha 1432H - Presiden PAS

Pada hari yang sangat besar ertinya kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan berhimpun di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia sehinggalah ke hari kiamat. Iman yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang juga mempersaudarakan kalangan manusia dari pelbagai rupa bangsa samada dekat atau jauh, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain.
Kita membaca bagaimana umat Islam di zaman dahulu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis Nabi saw, termasuklah dalam perkara hubung-kait antara satu sama lain walaupun mereka berselisih pendapat dan berbeza pemimpin, mazhab dan guru tetapi mereka berkasih sayang dan bermaafan. Kalau mereka berselisih pendapat atau berkelahi dengan mudah sahaja mereka berdamai kerana mereka menyelesaikan masalah dengan kembali kepada kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw.

Kepada seluruh ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS), marilah kita terus menerus memperkukuhkan parti kita dengan sama-sama kita mengikhlaskan niat perjuangan kita kerana Allah, dan seterusnya kita beramal dengan kaedah perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Marilah kita berpegang teguh kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59.

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

Juga sabda nabi s.a.w yang diucapkan ketika menunaikan haji selamat tinggal :

“Janganlah kamu menyeleweng, menjadi kafir selepas aku wafat sehingga ada di kalangan kamu memancung leher dengan pedang-pedang di antara satu sama lain (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari & Muslim) 

sumber  : http://www.facebook.com/dato-seri-tuan-guru-haji-abdul-hadi-awang
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura