Tuesday, March 29, 2011

Ceramah 'Kenapa Bob Lokman Sertai PAS' Di DUN Sura, Dungun 1 April

DUNGUN 29 Mac, Selasa - Penulis Lirik Terbaik, lagu Isabella persembahan kumpulan Search, Anugerah Juara Lagu TV3 1989, Mohd Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman, 46, akan menyampaikan ceramahnya di Perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, di sini.

Di sebelah petangnya pada hari yang sama,1 April, Jumaat di Mayangsari Resort, Dungun beliau memenuhi undangan Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Dungun di majlis 'Santai Bersama Bob Lokman', satu program berbentuk makan sambil menderma.

Menurut Ketua Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail, turut menyampaikan ceramah bersama Bob Lokman ialah Ustaz Riduan Mohd Noor, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat, Timbalan Ketua DPP Pusat, Ustaz Haji Azman Shapawi Abdul Rani dan YDP PAS Kawasan Dungun merangkap ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

"Beberapa isu semasa terkini bakal dikupas oleh para penceramah pada malam tersebut bermula dari hal konspirasi ciptaan BN melalui watak Datuk T sehinggalah isu-isu menjelang pilihan raya Sarawak dan lain-lain isu yang sepatutnya didengar sendiri khususnya oleh para penduduk sekitar DUN Sura ini," ujar beliau yang mengharapkan cetusan isu yang bakal dikemukakan oleh para penceramah mampu memberi penjelasan secara langsung terhadap tohmahan yang dilemparkan oleh pihak BN melalui media yang dikuasai oleh mereka.

Wednesday, March 23, 2011

Datuk T...Apakah Mereka Akan Dikumpulkan Di Padang Mahsyar Nanti Bersama Machiavelli ?

The ends justifies the means, al-ghayah tubarrir al-wasilah, matlamat menghalalkan cara. 3 bahasa punya satu makna dan maksud. Ia adalah bentuk politik Machiavelli tanpa mengira halal haram. Yang penting matlamat terakhirnya dicapai. Politik Malaysia dihidangkan isu liwat yang sangat memual, meloya dan rasa nak muntah membacanya. Belum selesai, muncul pula isu video seks tajaan Mr T. Siapa Mr T? T for what? TIPU? TOPENG? TOLOL? Mengapa pula berani ditayangkan kepada wartawan di sebuah hotel? Siapa di belakangnya?

Saya tidak memaksumkan orang yang dituduh atau yang dikatakan terlibat dengan video seks itu atau isu liwatnya, tetapi Islam telah memberikan keadilan untuk mereka yang baik dan tidak terlibat mempertahankan maruah yang difitnah.

POLIS AKAN REMAN DATUK T ?

Apatah lagi pelbagai faktor di sekitar isu liwat dan video seksnya menjemput pelbagai sangkaan bahawa sebenarnya ia semata-mata fitnah dan rekaan. Yang dikatakan terlibat juga telah menafikannya. Lainlah kalau video seks lakonan seorang pemimpin MCA dahulu yang dia sendiri secara gentleman mengaku tanpa dipaksa, dan dengan ‘gentleman’ (baca: tanpa segan dan malu) terjun semula dalam politik memimpin MCA.

Rasuah, jenayah, maksiat sudah terlalu sangat subur dalam negara kita. Melayu tanpa taqwa sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat nafsu serakah tanpa mengira perhitungan dosa pahala. Adakah mereka akan dikumpulkan di padang mahsyar nanti bersama Machiavelli?

sumber : niknasri.com

Sunday, March 20, 2011

PAS Mengajak Rakyat Sarawak Melakar Sejarah Baru

KUALA LUMPUR, 20 Mac : PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.

“Kita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba nanti.

“Sehubungan dengan pembubaran ini, maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak,” katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Petugas parti juga, ujarnya perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.

Beliau menambah, selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.

“Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Menurutnya lagi, selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat.

Kesimpulannya, kata beliau ialah BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini.

“Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini,” katanya.

sumber : harakahdaily

Saturday, March 19, 2011

DUN Sarawak Bubar Isnin Ini, Umum Taib

KUCHING, 19 Mac - Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan, demikian diumumkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Katanya beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng baru-baru ini.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, katanya pada persidangan akhbar bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Antarabangsa Kuching di sini.


Pengumuman Taib itu menamatkan teka teki mengenai tarikh pilihan raya negeri. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.


Najib dan Muhyiddin yang tiba di sini semalam di bawah program turun padang pemimpin yang bermula hari ini sehingga September depan, telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari ini.


sumber : bernama.comJustify Full

Friday, March 18, 2011

Bubar DUN : Tunggu Esok, Kata Taib

KUCHING, 18 Mac - Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang.

“Tunggu sehari lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 di sini hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat “pengumuman khas”.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXmDo6hDNsT2sGA-Kkh0XJYfF8ogOuQqpgEcj7o_7pYgL9W_c0HO67CtDtfMfSyTpcLhyKMQDDj-gXPUpU1espaVnSwgA7fOCBLgY6F2hQOItnlls38ML748R3mgP6wfwe81J6TZWqR3U/s400/images+%25281%2529.jpg

Taib (gambar) juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berada di sini esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.

Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah.

Semalam, beliau mengunjungi Yang Dipertua Negri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya kecil akan diadakan pada 16 April.

Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai.

Dalam pilihan raya negeri yang lepas, Barisan Nasional memenangi 62 kerusi, DAP enam, Parti Keadilan satu, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) satu, dan Bebas satu.

sumber : themalaysianinsider.com

Wednesday, March 16, 2011

Ucapan MP Marang Ketika Membahaskan Titah YDPA Di Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Parlimen Ke-12

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pertama-tama saya bersama dengan rakan-rakan, Ahli-ahli Parlimen seluruhnya sama ada di pihak kerajaan ataupun Pakatan Rakyat mengucapkan takziah kepada negara Jepun, kerajaan dan rakyat di atas bencana alam tsunami yang menimpa negara tersebut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhk6FlH4yfmdwYgF-NiWBvGcxUPVWP2Uu7RRUWPLTamDyieOoP5tEI1D-22XR61QZhCCjzbNCLRp4rNxjb4HGCFDWQ9e6AJphaG8tRQmaoLEcIwQVvjUmgy_UeqlcXck2mv8o2AMbNfUpw/s1600/haji+hadi2.jpg

Bagi melahirkan simpati kepada mangsa dan negara yang ditimpa bencana itu, adalah baik pihak kerajaan menghantar rombongan kemanusiaan sebagai simbolik simpati kemanusiaan walaupun kita menyedari negara Jepun mempunyai kemajuan dan kemampuan teknologi dan tenaga manusia untuk menangani dan mengatasi bencana yang menimpa mereka. Akan tetapi sifat-sifat kemanusiaan mengatasi perbezaan kaum dan agama perlu diserlahkan dengan cara yang nyata dan terbuka melalui penghantaran rombongan tersebut.

Seterusnya saya ingin menyertai perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya hendak memberi penekanan kepada perkara-perkara pokok dan dasar yang diucap dan dititahkan.

Baginda menegaskan supaya semua pihak menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain, meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hendaklah tidak dipersoalkan bagi mengelak perpecahan. Amaran supaya langkah diambil bagi mengelak perpecahan, menandakan di sana ada tanda-tanda negatif yang tidak sihat, yang boleh menjejaskan kewibawaan negara yang berdaulat yang berasaskan kepada Perlembagaan tersebut.

Kita perlu menyedari betapa Perlembagaan masih lagi mengalami kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki. Berhajat kepada pindaan.

Kita menyedari sejarah Perlembagaan dilahirkan daripada Suruhanjaya Reid. Mereka yang terlibat di dalam menggubal Perlembagaan itu tidak ada seorang pun daripada anak negeri ini.

Oleh kerana itu masih banyak perkara yang perlu dikaji semula, melakukan muhasabah dengan menyedari bahawa di dalam Perlembagaan itu sudah disebut perkara-perkara yang menjadi rukun, tonggak kepada negara yang sangat penting.

(i) Islam agama Persekutuan;

(ii) keluhuran Perlembagaan; dan

(iii) kedaulatan undang-undang, kedaulatan Raja-Raja, hak istimewa Melayu dan bumiputera, hak bangsa lain.

baca artikel penuh...di sini.

Monday, March 14, 2011

ADUN Sura Sumbang Basikal Di Padang Jambu

DUNGUN, 14 Mac Isnin - Dua orang pelajar dari dua keluarga di Kampung Padang Jambu di sini telah menerima sumbangan basikal daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh ADUN Sura di kediaman pelajar berkenaan sambil disaksikan oleh ibu masing-masing.

Puan Rosnani Su'ut, 52, merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Sura di atas sumbangan basikal kepada anak lelakinya, pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun.

Sementara Tuan Mahani Syed Ahmad, 50, yang menetap di Lorong 4, Kampung Padang Jambu turut melahirkan kesyukuran di atas kecaknaan dan prihatin ADUN Sura terhadap masalah yang dihadapi oleh anak lelakinya pelajar Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun.

ADUN Sura yang menyampaikan sumbangan tanpa mengira fahaman politik para penerima, diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Padang Jambu, Encik Baharuman Abdul Hamid.

Sunday, March 13, 2011

Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti UMNO (Zon Utara)

Klik untuk besarkan

Saturday, March 12, 2011

DUN Sarawak Dijangka Bubar Hujung Bulan, Kesemua 71 Pegawai Pengurus Pilihan Raya Sudah Diberikan Taklimat Oleh SPR

Program padat ketua menteri kuatkan spekulasi pilihan raya

KUCHING : Bayangan mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 semakin ketara dan sumber memberitahu bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) kemungkinan dibubarkan sebelum akhir bulan ini.

Berdasarkan senario ini, pengundian mungkin diadakan pertengahan April dan penamaan calon sebelum itu. Jika menjadi kenyataan, bermakna pilihan raya negeri kali ini diadakan tiga bulan sebelum tamat tempoh DUN Sarawak berakhir, pada 24 Julai ini.

Berdasarkan perkembangan terkini, termasuk program Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sangat padat ketika ini, spekulasi pilihan raya diadakan dalam bulan April semakin bertiup kencang.

Tarikh akhir Program Sejiwa Senada, acara yang dikatakan menjadi petunjuk kepada tarikh pilihan raya negeri Sarawak kali ini, juga menguatkan lagi spekulasi bahawa pilihan raya negeri kemungkinan akan diadakan pada pertengahan bulan depan.

Program tiga hari di setiap lokasi itu akan berakhir pada 3 April di kawasan Kuching Utara, selepas Kuching Selatan yang dijadual mengadakannya pada 25 hingga 27 Mac.

Sumber memberitahu Berita Harian, besar kemungkinan Abdul Taib akan mengumumkan pembubaran DUN pada bila-bila masa, sebelum atau selepas lawatan serentak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ke Kuching pada 19 Mac ini.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak, Datuk Takun Sunggah, yang dihubungi berkata, pihaknya sudah bersedia menghadapi pilihan raya dan hanya menunggu pembubaran DUN.

“Kita tidak tahu bila pilihan raya kerana masih menunggu Ketua Menteri membubarkan DUN. SPR hanya akan menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas DUN dibubarkan,” katanya.

Setakat ini, kata beliau, kesemua 71 pegawai pengurus pilihan raya (RO) dan 159 penolong pegawai pengurus pilihan raya (ARO) yang sudah dilantik untuk mengurus proses pilihan raya negeri Sarawak sudah diberikan taklimat oleh SPR.

“Kursus pilihan raya bagi 21,000 petugas pilihan raya di seluruh Sarawak akan diadakan mulai 21 Mac hingga 29 Mac ini,” katanya.

SPR memperuntukkan RM45 juta bagi mengendalikan pilihan raya Sarawak kali ini berbanding RM30 juta pada 2006.

SPR juga sudah mengenal pasti 1,740 pusat mengundi serta 2,561 saluran mengundi untuk pilihan raya negeri kali ini, dari segi logistik sebanyak 24 helikopter, 63 bot laju, 919 perahu panjang dan 4,124 kenderaan pacuan empat roda, antara yang akan digunakan.

sumber : bharian.com

Pantun Untuk Rakyat Malaysia


Pantun untuk rakyat Malaysia, dibaca di PUTIK , 12 Mac 2011 :

SAMAN EKOR BERULANG LAGI
KERAJAAN UNTUNG RAKYAT RUGI
DAPAT WANG BERGUNI-GUNI
BOLEH DIGUNA MEMBELI UNDI

KUPON TUISYEN DIBAHAGI-BAHAGI
DEKAT PILIHANRAYA DUIT DIBERI
JUDI DILESEN DULU LAGI
ISLAM HADHARI KINI TAK BERBUNYI

PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI
TANAH LUAS BERNILAI TINGGI
UNTUK KRONI DIBERI FREE
KHAZANAH NEGARA DIBAHAGI SAMA SENDIRI

BUKAN RAKYAT SENANG HATI
HARGA BARANG NAIK SETIAP HARI
BAWANG MINYAK TAMBANG LORI
SURATKHABAR PUSING JADI LALI

KAPAL SELAM MAHAL SANGGUP DIBELI
500 JUTA BARU DUIT KOPI
SIAPA TERIMA JADI MISTERI
HANYA TERBONGKAR KALAU BN CABUT LARI

KAWAN DAP, MUFTI TAK BERI
JUAL MELAYU, JUAL NEGERI
BERTAUKEHKAN MCA SAMPAI MATI
ITULAH AJARAN, ISLAM SEJATI

RAKYAT DITEMBAK ADA YANG MATI
MAHKAMAH KITA LUCU DAN NGERI
HAKIM LENA/MENGGIGIL DALAM POKET MENTERI
ALTANTUYA KUGAN BENG HOCK AMINURASYID BIARLAH/TERUS DIINGATI

TOK GURU DIHINA DICACI MAKI
ISLAM DIPERSENDA SETIAP HARI
SURATKHABAR TV NYANYI LAGU BASI
ASAL UMNO BERKUASA LAGI

PERDANA MENTERI DITIPU MENTERI SENDIRI
ISTERI PERDANA MENTERI LAGI DIGERUNI
SILAP HARIBULAN TERJUAL NEGERI BELAKANG TABIR SENDIRI
MENGAKU FIRST LADY

PEMIMPIN MEWAH HARTA LUAR NEGERI
ISYTIHAR HARTA SUDAH DICABARI
SEMUA MEMBISU BUAT TAK RETI
KERETA BERSUSUN HARTA BERPETI

SAMPAI KIAMAT TAK NAK BN DIGANTI
UNDILAH BN UNDILAH DACING
HIDUPLAH HIPOKRIRASI SUKANYA HATI
HAMBA DUNIA ATAU HAMBA ILAHI?

HIDUP DI DUNIA DITUKAR GANTI
HIDUP AKHIRAT KEKAL ABADI
KALAU INSAF BANGUNLAH BERDIRI
MENJUNJUNG ISLAM SELAMATKAN NEGERI

ADIL MAJU - PALING PENTING DIRIDHAI
RABBUL JALIL DI AKHIRAT NANTI

- Husam Musa -

sumber : harakahdaily.net

Friday, March 4, 2011

Kali Ini Aku Bersedia Berjuang Dengan PAS Dan Aku Bersedia Untuk Kalah Setelah Memenuhi Syarat Perjuangan - Bob Lokman

ALHAMDULILLAH

Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.


Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa di kalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.

Hari ini bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq. Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi. Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH. Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan.

YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.

sumber : boblokman.blogspot.com

Thursday, March 3, 2011

ADUN BN Lenggeng Didapati Bersalah, Hukuman Petang Ini...Bakal Membuka Laluan Pilihan Raya Kecil



Mustafa




SEREMBAN, 4 Mac -
Adun Barisan Nasional (BN) Lenggeng Mustafa Salim didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Keputusan itu dijangka akan membuka laluan kepada kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Tarikh akhir yang membolehkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ialahj 28 April. Kekosongan selepas tarikh itu tidak memerlukan pilihan raya kecil.

Wakil rakyat penggal pertama berusia 51 tahun itu bagaimanapun bebas dua tuduhan lain menerima rasuah M. Manimaran untuk tujuan yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan menangguhkan prosiding untuk menjatuhkan hukuman pada pukul 2.45 petang ini.

Pada 3 November lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan Mustafa membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada 2008 selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Mustafa sebelum itu telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas semua pertuduhan pada 14 April lepas tanpa diarah membela diri di akhir kes pendakwaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin ketika itu berkata mahkamah membenarkan rayuan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mustafa didakwa meminta RM3,000 daripada Manimaran, 37, melalui Mustafa Pendek, 58, di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada 11 pagi, 28 Ogos 2008, sebagai balasan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta RM2,000 daripada Manimaran untuk tujuan sama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan di Jalan Datuk Klana Ma''amor, Seremban, pada 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Dan, bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM2,000 daripada Manimaran di Restoran Jabrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Taqiuddin Yahya dan Fiesal Mustapha.

sumber : themalaysianinsider.com

PRK N.28 Kerdau : Majlis Penyerahan Tugas PAS Kawasan Dungun

LIPAT KAJANG, 3 Mac Khamis - Tinggal 2 hari sahaja lagi, para pemilih di DUN Kerdau akan membuang undi bagi memilih wakil rakyat mereka ke Dewan Undangan Negeri Pahang.

Sepertimana siri-siri pilihan raya kecil yang lalu, PAS Terengganu tidak ketinggalan menghantar para petugas bagi membantu jentera pilihan raya di peringkat daerah mengundi di kawasan DUN yang berkenaan.

Di DUN Kerdau, PAS Terengganu telah diamanahkan bertindak sebagai negeri bantu bersama kawasan bantu dari Pahang di daerah mengundi Lipat Kajang dan Desa Murni.

PAS Terengganu telah mengatur sebanyak 3 gelombang giliran petugas dengan setiap gelombang disertai sekurang-kurangnya 2 kawasan.

Bagi gelombang kedua yang bermula pada 25 Februari sehingga 2 Mac, di daerah mengundi Lipat Kajang, PAS Kawasan Dungun yang mewakili PAS Terengganu telah melakukan penyerahan tugas kepada PAS Kawasan Kuala Terengganu yang memulakan tugas bermula 1 Mac sehingga hari pembuangan undi, 6 Mac.


PAS Kawasan Dungun diwakili oleh Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed yang menyerahkan tugas kepada PAS Kawasan Kuala Terengganu yang diwakili oleh Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas (gambar atas).


Di majlis yang sama turut diadakan simbolik perpisahan petugas PAS Kawasan Dungun, majlis penyampaian slip saluran dan tempat mengundi kepada tuanrumah tempat di mana para petugas PAS Terengganu menginap.

Penyerahan slip tersebut dilakukan oleh PAS Kawasan Dungun yang diwakili oleh Encik Abdul Mutalib Abdullah kepada tuanrumah yang lebih mesra dengan panggilan Aki (gambar atas).

Sementara Puan Hajjah Khairiah Mokhti menyerahkan slip kepada isteri Aki, yang lebih mesra dengan paggilan Wan Wok (gambar bawah).

Dalam ucapan ringkas di akhir majlis tersebut, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali mengharapkan PAS Kawasan Kuala Terengganu dapat menyempurnakan operasi pecutan akhir khususnya di daerah mengundi Lipat Kajang sebagai kesinambungan operasi awalan yang telah dirintis oleh PAS Kawasan Besut dan PAS Kawasan Dungun.

Turut hadir di majlis ringkas tersebut ialah Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman dan Penolong Setiausaha BPPNT, Haji Hanafiah Mat.

Terdahulu, pada 28 Februari hari Isnin, di daerah mengundi ini, YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah menyampaikan ceramah di Markaz UPU Lipat Kajang bersama calon PAS DUN Kerdau, Encik Hassanuddin Salim dan Encik Mazlan Mat Yasin, AJK Perhubungan PAS Pahang.
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura