Sunday, February 28, 2010

Awas Cuaca Panas

CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot. Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.

Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.

Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

1) Minum banyak air

Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

2) Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

3) Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

4) Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

5) Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta
Kesan haba panas pada tubuh

  • 20 darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.
  • 25 darjah Celsius - peluh biasa.
  • 30 darjah Celsius - Ketidakselesaan.
  • 40 darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.
  • 45 darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.

  • sumber : bharian.com.my

    Husam : JK Agihan Haram, Tidak Restu Lantik Wakil PAS

    KOTA BARU, 28 Feb - Kerajaan negeri mengesahkan belum menerima sebarang surat rasmi pelantikan dua wakil dari PAS sebagai jawatankuasa pengagihan wang ihsan, sebaliknya berpendapat jawatankuasa itu adalah jawatankuasa haram.

    Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan Datuk Husam Musa memberitahu perkara itu tidak termaktub dalam undang-undang dan mana-mana akta berkaitan.

    “Kerajaan negeri menuntut royalti berdasarkan perjanjian dan undang-undang, kita tidak pernah mengiktiraf pemberian wang ihsan,” katanya, semasa ditemui di pejabat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Darulnaim hari ini.

    Semalam kerajaan pusat mengumumkan akan melantik dua wakil dalam jawatankuasa pengagihan wang ihsan.

    Menjawab taklimat disampaikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Husam berkata, ia akan mengukuhkan lagi tuntutan kerajaan negeri berhubung isu tuntutan royalti sebanyak lima peratus daripada pengeluaran minyak samaada dalam perairan atau luar perairan pantai Kelantan.

    “Tun memberikan latar belakang kehendak sebenar akta tersebut di mana akta-akta lain adalah tidak terpakai dalam perkara ini.

    “Seperti akta perlombongan petroleum telah pun dibatalkan, akta darurat tahun 1969 tidak ada kena-mengena dengan pencarian petroleum.

    “Manakala Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) digubal sebagai satu tanda persetujuan bersama negeri-negeri dan persekutuan bagi berkongsi hasil petroleum jika sekiranya petroleum diperolehi samaada di darat atau di laut.

    “Kalau ada di daratan, contohnya jika petroleum ada di Gua Musang maka kerajaan persekutuan akan dapat hak juga sedangkan asalnya kuasa bidang tersebut adalah bidang kuasa negeri.

    “Begitu juga kalau ada di lautan kerajaan persekutuan juga mendapat hak dia kerana telah ada satu kompromi menerusi akta berkenaan untuk membolehkan kerajaan negeri dan persekutuan bersama-sama melepaskan hak masing-masing dan berkongsi apa-apa pendapatan dari petroleum.

    “Dan akta inilah yang menjadi akta tunggal yang mengawal semua urusan petroleum. Di bawah akta ini kerajaan negeri akan dapat lima peratus dan persekutuan akan dapat lima peratus,” katanya.

    Mengulas lanjut cadangan kerajaan negeri membawa kes tuntutan tersebut ke mahkamah beliau berpendapat urusan ini adalah urusan besar yang memerlukan kepada penilitian kepada beberapa kaedah.

    Beliau berkata kerajaan negeri perlu mendapatkan sokongan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana sewaktu perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975, perkara itu dibawa di dalam sidang Dun untuk dipersetujui bahawa lima peratus hasil keuntungan minyak di Kelantan diberikan kepada negeri dan lima peratus lagi diberikan kepada pusat.

    Sementara pada siri taklimat kepada Adun disampaikan bekas pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas Ketua Jabatan Undang-undang Petronas Nik Saghir Mohd Nor petang ini sependapat bahawa Kelantan sebenarnya berhak kepada royalti sebanyak lima peratus bukannya wang ihsan.

    Nik Saghir melalui sesi taklimatnya melahirkan rasa dukacita apabila kerajaan persekutuan menafikan hak Kelantan sebanyak lima peratus itu dengan alasan ia melebihi tiga batu nautika.

    “Saya adalah di antara orang yang terlibat langsung berkenaan perkara ini. Perjanjian dengan 13 negeri semuanya sama,” jelasnya.

    “Saya pun hairan kenapa pemimpin persekutuan seolah-olah taksub sangat dengan istilah tiga batu nautika ini.

    “Saya cuba terangkan perkara ini bukan beralaskan politik. Saya cuma ingin mencari keadilan dan kebenaran kerana saya orang yang terlibat dalam perkara ini.

    “PDA 1974 tidak menyebut soal jarak sebaliknya jika terdapat minyak di on-shore atau off-shore negeri-negeri terbabit berhak kepada penerimaan bayaran tunai sebanyak lima peratus,” jelasnya.

    Menurut Nik Saghir kerajaan persekutuan mungkin terlepas pandang untuk merujuk Akta Perkembangan Petroleum 1974 secara teliti sebelum menafikan hak berkenaan.

    Abdul Aziz memberitahu hujah diguna kerajaan dalam penafian isu tersebut berdasarkan ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 adalah tidak relevan dalam kes yang dihadapi sekarang ini kerana akta berkenaan secara langsung telah dimansuhkan.

    “Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 1979 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969.

    “Dan objektif PDA 1974 dilaksanakan adalah supaya satu badan sahaja mengawal hal ehwal royalti,” katanya.

    Semua Adun turut menghadiri siri taklimat berkenaan yang tamat lewat petang ini kecuali Adun Barisan Nasional yang hanya diwakili oleh dua ahlinya iaitu Adun Paloh dan Nengiri.

    sumber : The Malaysian Insider

    Saturday, February 27, 2010

    (Video) ADUN Sura Santuni Warga Emas Rumah Kebajikan Tian See, Kampung Bijangga, Dungun



    sila lihat berita penuh...di sini.

    Minum Petang Sekejap ... Bersama ADUN Sura

    DUNGUN 27 Februari, Sabtu - Selepas menyampaikan sumbangan penghargaan kepada 2 orang pelajar yang berjaya di dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2009 di Kampung Padang Jambu dan beramah mesra bersama para penghuni Rumah Kebajikan Tian See, Kampung Bijangga, ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli bersama para pengiring sempat singgah sekejap minum petang yang disediakan oleh seorang penduduk berhampiran rumah kebajikan berkenaan.


    Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan MTD Sura yang diketuai oleh Timbalan Ketuanya, Encik Enche Alias Muda serta Ahli Jawatankuasa Kelab Penyokong PAS Dungun yang diketuai oleh Pengerusinya, Encik Lu Liong King, turut mengiringi ADUN Sura semasa ramah mesra dan penyampaian sumbangan di Rumah Kebajikan Tian See tersebut.

    Rombongan seterusnya bergerak ke Seberang Pintasan, menyampaikan sumbangan kepada seorang lagi pelajar cemerlang PMR yang disenaraikan oleh PAS Cawangan Padang Jambu. Sumbangan penghargaan sempena kejayaan peperiksaan ini turut disertai oleh Ketua PAS Cawangan Padang Jambu, Encik Baharuman Haji Abdul Hamid.

    Wartawan BuletinOnline, Encik Sazali Mohd Nor turut hadir membuat liputan pergerakan ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli petang tadi.

    Jangan Sambut Maulidur Rasul Sekadar Cogan Kata

    MARANG, 26 Feb : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam agar tidak menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sekadar dengan cogan kata atau lambang-lambang kemegahan.

    Apa yang penting, katanya, mengambil kefahaman serta pengajaran dari kelahiran Nabi s.a.w. dengan menghayati ajarannya yang sebenar.

    “Marilah kita mengambil kefahaman dari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan kerasulannya ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut peristiwa yang besar ini bukan hanya sekadar mengagungkan cogan kata dan lambang-lambang yang dimegahkan tanpa menghayati ajarannya yang sebenar,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.

    Bahkan, katanya Allah SWT mewujudkan keadaan dunia yang benar-benar berhajat kepada petunjuk daripada Allah yang dibawa oleh seorang rasul yang paling hebat di kalangan rasul-rasul yang diutuskan.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, cahaya Allah Taala (Islam) itu tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa sahaja termasuk kuasa besar dunia.

    Menurutnya, meski pun umat Islam mengalami ‘hakisan’ serta kekurangan yang lemah hingga berlaku pasang surut tetapi agama Islam itu tetap akan terpelihara serta tidak boleh dihapuskan pada hari ini hingga ke hari kiamat.

    sumber : Harakahdaily

    Relaks Sekejap...Sambil Menyelam Minum Air ?

    Friday, February 26, 2010

    ADUN Sura Bersama Kejayaan Para Pelajar PMR 2009 Di Bunga Raya

    DUNGUN 26 Februari, Jumaat - Para pelajar yang memperolehi kejayaan cemerlang PMR 2009 baru-baru ini, terus menerima perhatian daripada ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

    Adik Siti Nur Syahirah binti Ahmad (8A), pelajar
    dari SMK Tg Intan Zaharah, Dungun

    Di kampung Bunga Raya, seramai 7 orang pelajar telah disenaraikan oleh pihak PAS Cawangan melalui maklumat yang diusahakan oleh JK Pelajaran MTD Sura.

    Penghargaan kepada adik Gan Xi Wen (8A), pelajar dari
    SMK Sultan Omar, Dungun disampaikan melalui bapanya

    ADUN Sura menyantuni adik (sindrom dawn) kepada pelajar
    cemerlang,
    Gan Xi Wen sambil ditemani bapanya

    Daripada seramai 7 orang pelajar tersebut, 4 orang daripadanya adalah berbangsa Tionghua. Mereka adalah para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, iaitu adik Gan Xi Wen (8A), adik Tan Sheu Chien (8A), adik Jason Puah (7A) dan adik Law Chew Kar (7A).

    Pelajar dari SMKA Kuala Abang, adik
    Athiah Nabihah binti Laizani (7A)

    Pelajar dari SM Sains Pekan, Pahang,
    adik Ahmad Mujahid bin Ali (8A)
    menerima sumbangan melalui bapanya

    Sementara 3 orang lagi ialah adik Siti Nur Syahirah binti Ahmad (8A) dari SMK Tengku Intan Zaharah, adik Ahmad Mujahid bin Ali (8A) dari Sekolah Menengah Sains Pekan, Pahang dan adik Athiah Nabihah binti Laizani (7A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang.

    Seperti kunjungan dan ziarah sebelum ini, kesempatan masa sempena sumbangan penghargaan ini secara tidak langsung telah dapat merapatkan hubungan di antara wakil rakyat dan rakyat yang diwakilinya.

    Thursday, February 25, 2010

    Maulidur Rasul : Rendahnya Mentaliti UMNO

    Apabila Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pulau Pinang batalkan perarakan sempena Maulidul Rasul saw. tanpa usul periksa Timbalan Perdana Menteri terus buat kenyataan menyanggah kerajaan Pulau Pinang, Pak Lah Badawi yang sudah tidak ada kepentingan politik pun tumpang komen sekali. Yang sangat dikesalkan, Mufti Perak Harussani juga komen sama tanpa tahu hujung pangkal.


    Kalau pemimpin UMNO buat kenyataan seumpama itu saya tidak sangat hairan, sebab mereka sentiasa memutarkan isu untuk kepentingan politik mereka, perkara yang tidak wujud pun direka supaya wujud. Tujuannya nak bagi orang Islam dan orang Melayu marah dan sensitif terhadap isu ini.

    Lim Guan Eng akan dilabel anti Melayu dan anti Islam. Inilah kerja UMNO, mereka porak perandakan Selangor, sebelum tu Perak sampai tumbang, Kedah juga cuba diusiknya, sekarang giliran Pulau Pinang pula.

    Apa punya UMNO, dengki, jahat, busuh hati, celaka.
    Persoalannya buat ke tak buat perarakan, itu hak kerajaan negeri, tak timbul soal batal ke tak batal. Penganjur sambutan Maulidur Rasul ialah Kerajaan Negeri, terpulanglah pada kerajaan nak buat perarakan ataupun tidak sempena sambutan maulid nabi peringkat negeri.

    Yang penting sambutan diadakan, difahamkan kerajaan negeri menganjurkan selama tiga hari tiga malam. Perak sejak lepas-lepas sehari sahaja iaitu perhimpunan sebelah pagi sahaja, kalau ada malam pun forum atau ceramah.
    Di Pulau Pinang, kerajaan PR yang dipimpin DAP boleh anjur sehingga tiga hari tiga malam. Semua dipenuhi dengan program-program islamik yang ada beberapa acara Ketua Menterinya hadir sama.

    Tahun lepas, Lim Guan Eng turut serta dalam perarakan dan berada di atas pentas. KM BN yang lepas-lepas ada ke turut serta ?
    Lain lah kalau sebelum ini, kerajaan tak pernah buat perarakan, kemudian ada permohonan dari Ngo Islam atau UMNO nak berarak sempena sambutan maulid nabi, tetapi permohonan ditolak oleh Kerajaan Negeri, barulah UMNO nak melalak ke, demontrasi ke, atau jajalah merata kampung seluruh negara konon Lim Guang Eng anti Islam dan sebagainya, barulah ada munasabahnya. Ini, kerajaan Negeri tak katapun nak batal, tiba-tiba Utusan melapor batal, Timbalan PM boleh melalak tak tentu pasal, apa punya mentaliti pemimpin UMNO macam ini. Pak Lah pun serupa je.

    Perarakan maulid nabi dulu-dulu memang menjadi acara tahunan sambutan maulid nabi, entah tahun bila saya pun tak ingat, perarakan tidak lagi diadakan, ada ke UMNO sensitif dengan pembatalan ini, PAS pun kisah dengan pembatalan perarakan ini.
    PAS tak nampak pentingnya perarakan, buat pun tak kisah, tak buat pun tak kisah, pada PAS yang penting penghayatan sunnah junjungan besar Rasulullah saw.

    Perarakan maulid nabi dibuatnya, tapi aurat tak ditutupnya, hukum hudud ditolaknya, solat berjamaah ditinggalkannya, solatpun tidak kadang tu, dan macam-macam lagi yang mereka tak buat amal Islam pun. Bila perarakan kononnya batal, bukan main marah Muhyiddin, tapi apa usaha beliau untuk menghalang sambutan hari kekasih, orang Melayu ramai terlibat pulak tu.


    Mufti Perak, satu-satunya mufti yang disegani kerana tegas terhadap isu-isu umat Islam pun sama rupanya, melatah buat kenyataan tanpa usul periksa. Di Perak, apabila perarakan maulid rasul ditiadakan sejak zaman Ramli Ngah Talib, ada ke UMNO dan mufti Perak buat kenyataan menyanggah kerajaan negeri. Ada ke umat Islam dan orang Melayu terasa tersinggung ketika itu ?


    Sejak tulah, perarakan tidak pernah dibuat di Perak, PAS pun tak kisah, sebab itu, bila PR ambil alih, kita pun tak buat perarakan sama. Tetapi sambutannya cukup luar biasa, tak cukup tempat untuk ramai. Yang lepas-lepas, kerusi tak penuh pun. Ini kata pegawai-pegawai kerajaan yang setiap tahun terlibat dengan maulid nabi.


    Lim Guan Eng yang dilabel anti Melayu dan Islam oleh UMNO memberi peruntukan yang agak besar untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, zaman BN ini lebih kurang 12 juta setahun, Guan Eng umum 24.3 juta untuk tahun 2010. Kontraktor Bumiputra yang dapat projek dan tender kerajaan adalah 70 % berbanding kontarktor bukan bumi.




    Menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dan suri teladan dalam amalan keadilan di Pulau Pinang. Pemimpin UMNO siapa para sahabat dan ulama yang jadi suri teladan dalam amalan pentadbiran di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka.


    Misbahul Munir Masduki,
    Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar

    sumber : harakahdaily

    artikel berkaitan...di sini.

    Kelab Penyokong PAS Bersama ADUN Sura Bantu Ibu Tunggal, Golongan Miskin

    DUNGUN - Kelab Penyokong PAS dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MTD Sura telah melaksanakan satu tanggungjawab sosialnya.

    Usaha memberikan bantuan, terutama terhadap golongan ibu tunggal serta orang miskin di kalangan masyarakat tionghua dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    Pengerusinya, Encik Lu Liong King, 64, berkata golongan ibu tunggal, warga emas serta orang miskin selalu terabai.

    Bahkan, katanya golongan tersebut kurang mendapat perhatian pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sering kali mengamalkan sikap pilih ‘bulu’.

    “Kita (kelab) rasakan golongan seperti ibu tunggal, warga emas dan orang-orang miskin selalunya terabai dan tidak mendapat pembelaan.

    “Kami bersama Adun Sura, Ustaz Wan Hassan meraikan golongan (ibu tungal, warga emas dan orang miskin) ini sempena Tahun Baru Cina,” ujarnya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura, di perkarangan Pasti Kampung Alor Tembesu, Dungun.

    Seorang ibu tunggal, Pong Lang Jeng, 53, dari Kampung Bunga Raya merupakan ibu tunggal sejak lebih setahun lalu.

    “Saya rasa bangga kerana diraikan oleh wakil rakyat (Ustaz Wan Hassan) dan sedar dengan kebaikan PAS,” ujarnya.

    Warga emas, Encik Wang Soon Fock, 68, melahirkan rasa gembira dan sukacita meski pun sambutan sederhana tetapi meriah.

    “Saya dan isteri rasa sangat suka dan gembiralah pada malam ini kerana diraikan oleh ‘Yang Berhormat’.

    “Ustaz (Wan Hassan) seorang yang baik dan boleh diterima oleh semua rakyat dan pengundi,” ujarnya.

    Menurutnya, meski pun pemberian tidak seberapa tetapi kaedah meraikan masyarakat tionghua amat baik.

    Puan Chua Yian Hoo, 74, menolak sikap pemimpin yang tamak, pembohong dan berkepentingan diri.

    “Orang (pemimpin) yang cakap bohong, esok-esok mati Tuhan ‘kerat’ (potong) lidah dan masuk neraka.

    “Kita (rakyat) tidak suka jika ada mana-mana pemimpin atau parti yang selalu cakap bohong dan tidak berlaku adil,” tegasnya.

    Pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli turut menyampaikan bantuan, sumbangan serta angpau kepada golongan warga emas, ibu tunggal, orang miskin dan kanak-kanak.

    sumber : http://www.buletinonline.net/

    Wednesday, February 24, 2010

    Tegak Sunnah Rasulullah SAW Sepanjang Hayat - Presiden PAS

    Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

    Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

    Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

    Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

    Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

    Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

    Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

    Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

    Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

    DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
    PRESIDEN PAS

    sumber : http://www.pas.org.my/v2/

    Senyuman Janazah Aktivis HAMAS Dibunuh Agen Mossad

    "Mahmud Mabhuh, aktivis HAMAS yang dibunuh agen Mossad di Dubai ditunjukkan gambarnya dalam keadaan senyum. (artikel dahulu). Cara pembunuhannya seperti filem Hollywood atau Bollywood seperti cerita di bawah.


    Yahudi dan agen Yahudi dikenali semenjak lama sebelum Nabi Muhammad SAW sebagai bangsa jahat. Mereka membunuh Nabi dan pengikut Nabi. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah hendak diassasinate oleh Yahudi dengan mencampakkan batu besar dari atas rumah tempat Nabi SAW berteduh. Allah mengkhabarkannya kepada Baginda melalui Jibril as. Sheikh Ahmad Yaasin berderai kepalanya akibat peluru berpandu dari Apache.

    Serpihan darah dan daging memenuhi jalan dan dinding rumah. Tetapi wajahnya seakan tersenyum ‘menerima akibat’ dari sebuah jihad. Isteri saya ngeri apabila melihat wajah mayat-mayat yang mati secara ngeri, tetapi tidak wajah Sheikh Ahmad Yaasin. Para syuhada Palestin ramai yang wajahnya demikian. Barangkali inilah yang disebut oleh Nabi SAW, mafhumnya: ‘Sesiapa yang kasih bertemu Allah, Allah kasih bertemunya’. (kuliah audio)

    Cara Mossad bunuh Mahmoud

    mossad ikut

    GAMBAR rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Mahmoud (dalam bulatan) diekori oleh dua pembunuhnya di Hotel Al Bustan Rotana, Dubai pada Januari lalu.

    baca artikel penuh...di sini.


    TERKINI : Panduria Dun Sura 2010 DITUNDA..


    TARIKH TERBARU : SABTU 13 MAC 2010


    TERKINI - 24 Februari 2010 : Majlis Tindakan Pemuda Dun Sura terpaksa mengambil langkah drastik dengan menunda program explorace bermotor Panduria Dun Sura 2010 yang dijadualkan pada Sabtu 27 Februari 2010 ini.

    "Walaupun mendapat sambutan hangat dari pemuda Dun Sura,pihak kami terpaksa menunda program ini pada 13 Mac 2010 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan" demikian menurut Saudara Yusoff Yaakob,Pengarah Panduria Dun Sura 2010 ketika ditemui selepas mesyuarat khas Panduria semalam yang berjalan hampir 4 jam itu.

    Pihak Urusetia Panduria Dun Sura 2010 ini juga terpaksa mengambil risiko peserta menarik diri akibat penundaan tarikh terbaru ini.Difahamkan sebahagian besar peserta telah dihubungi selepas mesyuarat tersebut bagi memaklumkan perkara ini.

    Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC) yang bekerjasama untuk menjayakan program explorace bermotor ini.

    "Walaupun menanggung sedikit kerugian, kami juga ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua pihak yang terlibat atas segala kesulitan akibat penundaan tarikh program ini." ujar beliau lagi dengan harapan agar segala sumbangan untuk program ini dapat diteruskan lagi bagi menampung kerugian tersebut.

    Oleh itu juga diharapkan segenap masyarakat Dun Sura dapat memeriahkan lagi Panduria Dun Sura ini dengan mengunjungi Pameran Motor Klasik bertempat di dataran Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin itu.Lajnah Penerangan juga akan menyiarkan tayangan video beberapa aktiviti anjuran kelab motor ARC Terengganu.




    berita berkaitan :

    Orang cina jangan takut dengan Islam

    http://buletinonline.net/images/stories/berita22/IMG_8958.JPGSura, DUNGUN - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata masyarakat Tionghua (Cina) jangan dijangkiti sindrom ‘Islamophobia’ dan menjadi takut kepada ugama Islam.

    demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di perkarangan Pasti Alor Tembesu, Dungun, dekat sini.

    “Kepada masyarakat bukan Islam, saya hendak sebut orang rasa takut dengan Islam atau ‘Islamophobia’.

    “Saya hendak rapatkan diri supaya Islam tidak ditakuti. Dia (Islam) bukan ganas, bukan ekstremis, jika ada orang kata Islam itu ganas, itu bukan dari ajaran Islam.

    “Kita kena hidup aman damai antara satu sama lain. Antara warga negara, antara rakyat. Kita (rakyat) tidak ada beza. Islam ajar hidup baik-baik.

    “Saya hendak dekatkan diri dengan masyarakat tionghua ini kerana saya hendak buang satu persepsi, benteng pemisah yang Islam ini ditakuti,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, di sini semalam 23 Februari.

    Katanya, selama ini orang juga takut serta bimbang dengan PAS yang berlabelkan Islam sebagai dasar perjuangan parti.

    “Selama ini orang juga takut dengan Pas. Jangan takut dengan saya atau dengan Pas. Apa yang boleh saya bantu, saya akan bantu dan tolong,” ujarnya.

    Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun memberitahu, masyarakat bukan Islam tidak perlu takut dan bimbang dengan Melayu.

    Namun menurutnya, Melayu Pas tidak sama dengan Melayu Umno, kerana katanya, Melayu Umno bersifat perkauman atau ‘racist’, sebaliknya Melayu Pas tidak begitu.

    “saya minta masyarakat bukan Islam ini usah takut dengan Melayu. Sebab, Melayu PAS ini dia tidak ‘racist’ seperti Melayu Umno.

    “Melayu Umno, mereka sengaja memainkan isu bangsa yang bersifat perkauman,” ujarnya.

    Katanya, para pemimpin Melayu Umno akan bercakap dengan nada yang berlainan dalam kelompok bangsa tertentu.

    Sedangkan, kata beliau PAS bercakap dengan ‘nada’ (pendirian) yang sama di hadapan semua bangsa di negara ini.

    “Isu bangsa sengaja ‘dimain-mainkan’ oleh pemimpin Melayu Umno. Dia (Umno) pergi dalam masyarakat Melayu dia cakap lain, dalam kawasan orang bukan Melayu dia (Umno) cakap lain.

    “Kita (PAS) tidak, depan orang tionghua ke, orang kristian ke, orang budha ke atau hindu ke sama sahaja. Sebab yang penting ialah kita (PAS) hendak beritahu Islam,” jelasnya.

    Menurutnya, Pas memberi jaminan jika diberi mandat memerintah negeri dan negara ini hak serta amalan bangsa terjamin.

    Katanya, hak bukan Islam terhadap bahasa, pendidikan dan agama mereka bukan sahaja terjamin dalam perlembagaan tetapi dalam ajaran Islam.

    Lebih 50 orang masyarakat Cina Dungun, dari kalangan ibu tunggal dan orang miskin hadir yang turut disertai oleh Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing.



    Bahagian 1



    Bahagian 2


    Sumber : Buletin Online

    Tuesday, February 23, 2010

    TGNA : Keakraban PAS-Bukan Islam Tidak Direka Kerana Politik

    by http://www.pas.org.my

    BACHOK, Feb 22 - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) memberitahu hubungan kerajaan PAS Kelantan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama negeri ini bukan sesuatu yang dibuat-buat berdasarkan kepentingan politik sebagaimana diandaikan sesetengah pihak.

    Keluhuran itu kata Mursyidul Am PAS itu, sebaliknya adalah anugerah Allah kepada orang yang sentiasa beristiqamah mendokong kesucian agamanya dalam apa jua aspek kehidupan berasaskan al-Quran dan hadis.

    “Sejak 20 tahun PAS memerintah, seluruh rakyat Kelantan merasai keharmonian hubungan kaum yang mana tidak pernah berlaku sebarang pergolakan, pergeseran atau pertelingkahan sehingga menimbulkan perasaan dendam antara kaum.

    “Bahkan sebelum pada itu lagi, ketika peristiwa 13 Mei, terjadi pertumpahan darah, tapi Kelantan sikit pun tidak berlaku sedemikian.

    “Dan contoh terdekat, ketika negeri-negeri lain baru-baru ini kalut ribut bertelagah sampai berlakunya perbuatan ganas seperti membakar gereja tapi di Kelantan, aman,” katanya sewaktu meraikan sambutan Tahun Baru Cina PAS kawasan Bachok.

    Majlis tersebut diadakan di pekarangan rumah bekas penghulu Tanpa Mukim Dun Jelawat mendiang Koh Soh Cheng di Jelawat dekat sini, petang ini.

    Hadir sama Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok.

    Nik Aziz berkata tuduhan pihak tertentu kononnya tindakan PAS mengambil langkah berbaik-baik dengan kaum lain semata-mata bagi menjaga kepentingan politik di samping untuk menarik sokongan bukan Melayu adalah tuduhan orang yang dengki dengan kejayaan PAS yang mampu dijadikan model dalam konsep hubungan kaum.

    Sementara itu Nasharudin memberitahu bahawa dalam konteks Islam masyarakat bukan Islam adalah saudara seinsan dengan masyarakat Islam.

    “Ini adalah hakikat ajaran nabi Muhammad SAW.

    “Berdasarkan satu riwayat, sekumpulan orang sedang mengusung jenazah melintasi hadapan nabi, tiba-tiba nabi bangun menghormatinya. Lalu sahabat tanya baginda kenapa bangun sedangkan jenazah yang diusung itu adalah mayat orang Yahudi.

    “Maka jawab Rasulullah semua penganut agama di atas muka bumi ini dituntut agar saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

    “Demikian betapa luhurnya sifat Rasulullah dalam menjaga kepentingan atau kehormatan lain-lain agama,” tambah beliau.

    Under Renovation



    Maaf.. sedang diubah suai bukan disabotaj oleh mana-mana pihak. proses pengubahsuaian mungkin mengambil sedikit masa dalam minggu ini...


    terima kasih kerana sudi berkunjung...




    admin,

    Monday, February 22, 2010

    Anak Luar Nikah : Undang-Undang Manusia Gagal

    by Sofi Wahab

    Terbukti undang-undang manusia gagal menangani masalah maksiat, zina dan sebagainya. Allah telah menjadikan undang-undangNya yang adil, berkesan dan ada barokah. Namun manusia masih bebal, bongkak dan degil masih tidak mahu kembali kepada jalan Allah.


    Akhirnya masalah di bawah ini yang kita hadapi sekarang. Malangnya pihak berkuasa hari ini masih terus memandang perkara ini sebagai tidak penting dan remeh. Punca-punca maksiat terus dibiarkan malah digalakkan pertumbuhannya.

    STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

    Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.

    Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

    Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

    STATISTIK

    Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

    Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

    Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

    Pecahan mengikut negeri:

    Selangor = 12,836 orang
    Perak = 9,788 orang
    Kuala Lumpur = 9,439 orang
    Johor = 8,920 orang
    Sabah = 8,435 orang
    Negeri Sembilan = 4,108 orang
    Pahang = 3,677 orang
    Kedah = 3,496 orang
    Pulau Pinang = 3,412 orang
    Melaka = 2,707 orang
    Kelantan = 1730 orang
    Perlis = 691 orang
    Sarawak = 617 orang
    Terengganu = 574 orang

    JUMLAH = 70,430 orang.

    Royalti : Husam Sedia Dedah Jika Mustapa Minat

    by Wartawan Kita

    BACHOK, 22 Feb : Datuk Husam Musa berkata, segala dokumen mengenai istilah royalti ada dalam simpanannya dan sedia mendedahkan sekiranya Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berminat.

    “Saya sedia mengemukakan bukti itu kepada pemimpin Umno terbabit sekiranya berminat. Saya sedia hadir ke Kuala Lumpur sekiranya diminta berbuat demikian,” katanya pada ceramah penjelasan isu royalti di Pekan Jelawat, malam tadi.

    Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad, Adun Jelawat, Abdul Aziz Kadir dan Setiausaha PAS kawasan, Mohd Huzaimy Che Husin.

    Katanya, bayaran tunai lima peratus yang diterima kerajaan Terengganu sejak petroleum dikeluarkan di perairan negeri tersebut dikenali sebagai royalti tetapi malangnya istilah royalti tiba-tiba ditukar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada wang ihsan pada 2000 selepas PAS menguasai Terengganu.

    Malam Jumaat lalu Perhubungan Umno Kelantan menganjurkan program penjelasan isu wang ihsan di perkarangan pejabat Umno.

    Program seumpama itu difahamkan kali ketiga diadakan. Sebelumnya diadakan di Hotel Renaissance dan padang Sekolah Menengah Zainab.

    Kehadiran yang begitu mengecewakan Umno pada dua program berkenaan menyebabkan program ketiga diadakan malam Sabtu. Sekitar 1,000 orang hadir biar pun media proUmno menggambarkan lebih 5,000 hadir.

    Umno juga kepanasan dengan isu tersebut apabila terpaksa mengeluarkan iklan satu muka surat dalam semua akhbar berbahasa Melayu semalam.

    Iklan tersebut disebut dikeluarkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

    Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan negeri berkata, buat apa perjanjian yang ditandatangani pada 1975 antara kerajaan negeri dan Petronas sekiranya tiada kaitan dengan royalti minyak.

    “Tidakkah melalui perjanjian tersebut negeri memberi kuasa kepada pusat untuk mengeluarkan minyak dengan syarat dibayar royalti.

    “Ini kerana telah ditetapkan dalam undang-undang semua perkara berkaitan dengan perlombongan termasuk galian atau minyak diletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya di hadapan ribuan orang ramai di kedai Jelawat.

    Pengerusi Bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar), Dr Abdul Halim Yusof berkata, usaha dilakukan kerajaan pusat melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjelaskan isu tuntutan hasil petroleum melalui iklan dalam akhbar semalam sebagai usaha menegak benang basah.

    “Jelas usaha yang dilakukan mereka bagi memperbodohkan rakyat Kelantan,” katanya.

    Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, tindakan dilakukan Umno mengiklan isu tuntutan royalti sebagai langkah yang amat terdesak.

    Katanya, mereka cuba menghalalkan cara dengan cara menafikan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat Kelantan.

    Malah menurut beliau penjelasan tersebut tidak menyelesaikan masalah sebaliknya telah menggelirukan rakyat kerana bertentangan dengan apa yang mereka fahami sebelum ini.

    “Rakyat sudah faham dengan penjelasan yang diberi pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Mana rakyat lebih percaya orang yang bertanggungjawab menubuh Petronas dengan pemimpin baru yang tidak faham apa-apa,” katanya.

    Singgah Sekejap Di Cartoonkafe



    Sunday, February 21, 2010

    ADUN Sura Rai Kejayaan Pelajar PMR Di Bukit Catak

    DUNGUN 21 Februari, Ahad - Sumbangan penghargaan sempena kejayaan para pelajar dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 diteruskan di cawangan Bukit Chatak 1, petang semalam.

    Adik Aina Faraqilah binti Abdullah (7A),
    pelajar dari SMK Sultan Omar

    Pelajar dari SMK Sultan Omar, adik Nik Mohd Lutfi bin
    Nik Abdul Jamal (8A) menerima sumbangan melalui ibunya

    Nenek kepada adik Mohd Rudy bin Ramli (7A),
    juga pelajar dari SMK Sultan Omar sedang

    menerima penghargaan daripada ADUN Sura

    Pelajar dari SM Imtiaz Dungun,
    adik Nor Syazwana
    binti Mahussin (9A)


    PAS Cawangan telah mengenalpasti seramai 7 orang pelajar untuk menerima penghargaan ini. Kunjungan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli bertemu dan menyampaikan sendiri sumbangan dengan diiringi wakil PAS Cawangan amat terkesan di hati para pelajar serta keluarga masing-masing.

    Kesempatan bertemu dengan wakil rakyat diambil peluang sepenuhnya oleh keluarga pelajar berkenaan, selain turut menyampaikan ucapan tahniah, ADUN Sura turut diajukan persoalan yang berkaitan bukan sahaja hal masa depan anak-anak mereka, bahkan sehingga menjangkau hal-hal politik semasa.

    Tiga orang lagi pelajar berkenaan ialah adik Wan Enis Farahaini binti Wan Mohammad (8A) dari SMK Seri Dungun, adik Nurul Aishah binti Mohd Amran (8A) dari SMK Sultan Omar dan adik Safiah binti M.Sabry (7A) yang bakal menerima penghargaan tersebut melalui wakil PAS Cawangan.

    Sidang Media Presiden PAS 19 Feb Jumaat



    Bahagian 1/2



    Bahagian 2/2

    Saturday, February 20, 2010

    Ulama Adalah Pewaris Para Nabi

    ULAMA (GURU) JALANKAN TUGAS NABI-NABI

    Kehadiran nabi-nabi di muka bumi ini, adalah dirancang secara khusus oleh Allah SWT untuk menyelamatkan seluruh bangsa manusia agar melakukan peribadatan hanya kepada-Nya dengan ajaran yang tepat seperti yang diajarkan oleh nabi-nabi Ia bertujuan agar manusia hanya menyembah Tuhan yang sebenar iaitu Allah SWT.




    Peranan nabi-nabi bukanlah kecil, memandangkan tugas utama mereka adalah mengajak manusia seluruhnya untuk kembali kepada fitrah asal kejadian mereka iaitu menyembah Allah, maka ia tidak terhenti hanya setakat itu, malah mengajar manusia juga ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tauhid kepada Allah.

    Mereka (para nabi) juga terdedah kepada tribulasi yang mengancam kedudukan sebagai nabi. Walau bagaimanapun Allah SWT memelihara mereka bukan sahaja mudah ditimpa musibah yang berat-berat, malah memelihara mereka daripada sebarang unsur yang boleh menjejas nama baik serta harga diri.

    Tribulasi, ujian semasa menjalankan tugas dakwah adalah perkara biasa yang mesti dilalui mereka yang bergelar 'pendakwah', ia bagi mematang dan memantapkan kesungguhan mereka ketika berdakwah.

    Walau bagaimanapun mereka tetap manusia, ia berhadapan dengan jangka hayat yang telah ditetapkan oleh qada' dan qadar Allah, iaitu menghadapi ujian kematian. Hal ini juga termasuk dalam perancangan Allah kerana bagi-Nya golongan pelapis sudah disediakan.

    Ia juga menandakan bahawa manusia tidak selama-lamanya bergantung kepada pihak tertentu seperti pengikut-pengikut para nabi terdahulu, begitu juga para sahabat mesti memikul tanggungjawab menyampaikan Islam sejurus selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w.

    Para sahabat memikul tugas menyampaikan ilmu

    Setelah kewafatan baginda Rasulullah s.a.w., walaupun dianggap sebagai satu kehilangan besar dalam sejarah tamadun Islam dan manusia, ia segabai satu pemergian yang telah dirancang Allah, agar tugas yang telah disampaikan sebelum ini dapat disambung oleh generasi selepasnya iaitu para sahabat.

    Dalam kesibukan mentadbir negara, para sahabat tidak lupa tanggungjawab memberi kesedaran agama kepada rakyat di bawah pemerintahan mereka. Ini jelas berlaku semasa pemerintahan khalifah pertama, Abu Bakar as-Siddiq, ia disambung oleh Sayidina Umar bin al-Khattab dan begitulah seterusnya.

    Sebagai contoh, salah seorang daripada mereka, Mu'az Bin Jabal yang pernah dihantar baginda Rasulullah ke negara Yaman, pernah mengingatkan penduduk negara itu melalui satu ungkapan yang cukup masyhur: "Duduklah bersamaku dan beriman walau sesaat" daripada kehidupan kamu.

    Kata-kata Mu�az meninggalkan kesan mendalam pada setiap diri penduduk Yaman, akhirnya menyebabkan mereka rasa bertanggungjawab untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu pengetahuan agama, terutama ilmu akidah, fiqh, sirah, tafsir, hadis dan sebagainya yang dianggap sebagai ilmu-ilmu alat terpenting.

    Ini bermakna, para sahabat telah menjalankan tugas dan peranan menyampaikan dakwah dan ilmu-ilmu Islam, hingga mereka juga terpaksa menyahut panggilan Ilahi untuk mengadap-Nya.

    Maka tugas besar dan penting itu pula diambil alih oleh golongan Tabi'in yang memperlihatkan kesungguhan mereka berdakwah bagi memastikan kesinambungan ilmu-ilmu Islam dan dakwah diterima oleh generasi berikutnya.

    Kegemilangan Islam terserlah pada zaman para ulama terbilang, mahu tidak mahu walaupun berdepan dengan pelbagai kerenah pemerintah dan rakyat yang semakin cenderung kepada kehidupan dunia yang berlebihan, dakwah Islam tetap diutamakan.

    baca artikel penuh...di sini.

    Related Posts with Thumbnails

    YB ADUN Sura Untuk Semua

     

    Arkib Laman

    Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura