Thursday, December 11, 2008

Adun Sura hargai kejayaan pelajar UPSR

oleh: WAN KAY

DUNGUN - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli telah mengunjungi rumah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 untuk menyampaikan sumbangan.

Seramai 78 pelajar dalam Dun tersebut yang mendapat keputusan 5A menerima sumbangan di rumah masing-masing tanpa mengira latar belakang politik keluarga mereka.

Menurut Wan Hassan, program yang pertama kali diadakan itu akan diteruskan pada masa akan datang sebagai tanda ingatan dan ucapan tahniah daripadanya dan MTD Sura kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR.

“Kita pergi ke rumah pelajar berkenaan tanpa mengira siapa keluarga mereka termasuk di kalangan anak JKKK,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun.

sumber: buletinonline.net

Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Lahir Dato' Pesuruhjaya


07 Disember 1944

SELAMAT HARI LAHIR KE-64
Y.BHG.DATO' HAJI MUSTAFA BIN ALI
Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat
merangkap
Pesuruhjaya BPPNT

daripada

Y.B. Pengarah, Ahli Jawatankuasa & Warga Kerja MTD Sura,

Ketua, Ahli Jawatankuasa & Warga Kerja MT Pemuda DUN Sura,

Ketua, Ahli Jawatankuasa & Warga Kerja MT Muslimat DUN Sura,

Ketua & Ahli Jawatankuasa PAS Caw-caw DUN Sura,

Ketua & Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Caw-caw DUN Sura,

Ketua & Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Caw-caw DUN Sura,

Ahli & Penyokong PAS Seluruh DUN Sura


Semoga Y.Bhg. Dato'
dikurniakan kesihatan dan kekuatan
untuk terus merencanai perancangan dan mengatur strategi
khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu
serta terus memimpin dan menerajui
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
dan diberikan kekuatan menghadapi musuh
yang berusaha mengelirukan dan menghalang Islam dan umatnya
berada di puncak.


Kami akan bersama dan berdiri teguh
bersama Y.Bhg. Dato'
dengan kekuatan dan keizinan dari sisiNya...insyaAllah.

ALLAHU AKBAR...!!! ALLAHU AKBAR...!!! ALLAHU AKBAR...!!!


Sunday, November 30, 2008

Kuala Terengganu milik PAS - Azmin

Oleh Mohd Khalil

 KUALA LUMPUR, 1 Dis (Hrkh) - "Malam kelmarin, KeADILan adakan mesyuarat khas. Majlis pimpinan tertinggi mengambil ketetapan kerusi ini secara tradisinya milik teman kita, PAS,"kata Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali di Kongres Nasional Tahunan KeADILan semalam.

Menurutnya, KeADILan sedia memberi laluan untuk PAS meletakkan calonnya dalam menghadapi pilihan raya kecil di Kuala Terangganu kelak.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong apabila penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland sewaktu bermain badminton Jumaat lalu.

Tambah Azmin, walau apa jua keputusan yang diputuskan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang dianggotai KeADILan, PAS dan DAP, mereka akan sentiasa berpegang teguh kepada pendirian kesepakatan dan akan turun padang memberikan sokongan pada pilihan raya kecil brekenaan nanti.

Dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, allahyarham Razali yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562 undi) dan calon Bebas,Maimon Yusof, 89, (685 undi).

Beliau juga menambah bahawa, Pakatan Rakyat akan memberikan tentangan hebat bagi memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu menjadi milik mereka.

"Dulu, Mat Sabu pun kalah dengan majoriti kecil, itu pun sebab ada seorang makcik (Maimon) yang kacau.

"Tapi tak apa, makcik itu pada malam ini sudah setuju akan sokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil itu nanti...tapi makcik mana saya tak tahu," katanya.

Dalam pada itu, Azmin juga berkata, Pakatan Rakyat bersedia menghadapi BN jika pilihan raya kecil juga berlaku di Pensiangan, sabah.

"Insya-Allah, kalau BN kalah, sekali lagi kita akan turun berkampung di Pensiangan untuk rampas satu lagi kerusi bagi Pakatan Rakyat," katanya. - mks._

Saturday, November 29, 2008

Keputusan PRU 12 Parlimen Kuala Terengganu

KEPUTUSAN KESELURUHAN PILIHAN RAYA UMUM PARLIMEN KUALA TERENGGANU BAGI TAHUN 2008

P.36 - KUALA TERENGGANU

1 . DATO` RAZALI BIN ISMAIL (BN)
32,562
2 . HAJI MOHAMAD BIN SABU (PAS)
31,9342 .
3 . MAIMUN BINTI YUSUF (BEBAS)
685 (HILANG DEPOSIT)


BILANGAN PEMILIH
80,325
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI
66,112
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN
66,231
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN
119
PERATUS PENGUNDIAN
82.45%
UNDI DITOLAK
931
MAJORITI
628
PARTI MENANG
BN



N.13 - WAKAF MEMPELAM
BILANGAN PEMILIH
20,573
BILANGAN MENGUNDI
17,277
PERATUS PENGUNDIAN
83.98%
UNDI DITOLAK
156
MAJORITI
2,193
PARTI MENANG
PAS

N.14 - BANDAR
BILANGAN PEMILIH
18,953
BILANGAN MENGUNDI
14,765
PERATUS PENGUNDIAN
77.90%
UNDI DITOLAK
231
MAJORITI
1,142
PARTI MENANG
BN

N.15 - LADANG
BILANGAN PEMILIH
16,777
BILANGAN MENGUNDI
13,701
PERATUS PENGUNDIAN
81.67%
UNDI DITOLAK
285
MAJORITI
31
PARTI MENANG
PAS

N.16 - BATU BURUK
BILANGAN PEMILIH
24,022
BILANGAN MENGUNDI
20,428
PERATUS PENGUNDIAN
85.04%
UNDI DITOLAK
212
MAJORITI
1,161
PARTI MENANG
PAS



sumber : Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Friday, November 28, 2008

Bersihkan segera anasir BN di negeri Pakatan Rakyat - Ketua AMK

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri segera membersihkan kerajaan negeri daripada nasir Barisan Nasional (BN).

"AMK dengan ini memberikan peringatan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Jangan berdolak-dalik dengan seribu satu alasan. Pembersihan kerajaan daripada anasir BN mesti dilaksanakan tanpa bertangguh," kata beliau.

"Kita tidak boleh terpukau dan terpedaya dengan pemimpin dan ahli BN yang bertukar kulit hanya semata-mata untuk terus membolot peluang, tanpa menghayati falsafah perjuangan kita, tanpa menunjukkan komitmen untuk menghayati prinsip-prinsip perjuangan yang kita dukung."

Shamsul Iskandar mengkritik kerajaan gabungan KeADILan, DAP dan PAS yang didakwanya "cuai melaksanakan janji" untuk membuat pembersihan dalam pentadbiran "sehingga ke akar".

"Sekarang rakyat telah memilih kita. Rakyat mahu kita melakukan perubahan. Salah satu perubahan yang telah kita janjikan ialah untuk membersihkan kerajaan daripada kebobrokan Umno-BN.

"Kenapa setelah rakyat memberikan kita amanah, kita cuai untuk melaksanakan janji ini?" katanya ketika menyampaikan ucapan dasar ketua AMK dalam kongres tahun pergerakan itu di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.

Berhubung perkara itu, beliau menambah, kebergantungan kerajaan Pakatan terhadap birokrasi kerajaan dan jentera BN hari ini menjadi sesuatu yang malang.

"Pergantungan kepada birokrasi semata-mata sudah tentu tidak memadai untuk kita terus membiarkan anasir-anasir BN berleluasa dan mengakar di dalam kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan.

"Selama ini kita mengkritik mereka sebagai (pengamal) rasuah, khianat kepada amanah rakyat dan sebagainya.

"Kita mengambil risiko, bermati-matian menentang mereka di dalam pilihanraya kerana kita mahu menggantikan mereka dengan pemimpin yang berintegriti di semua peringkat," kata Shamsul Iskandar di depan hampir 600 perwakilan AMK semalam.

Beliau turut mempersoalkan ahli-ahli parti itu yang diketepikan dalam jentera kerajaan negeri Pakatan dengan "alasan bukan-bukan", termasuk tiada pengalaman.

"Pemimpin-pemimpin utama KeADILan terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan yang sangat cemerlang. Profesor dan pakar di dalam pelbagai bidang.

"Kenapa sehingga ke hari ini mereka masih tidak diangkat memainkan peranan utama memberi sumbangan dalam perencanaan dan operasi kerajaan-kerajaan negeri?" katanya.

Dengan nada amaran, Shamsul Iskandar berkata, sekiranya terdapat pemimpin kerajaan Pakatan yang teragak-agak, takut kepada risiko dan perubahan, pergerakan itu tiada pilihan selain menggantikan pemimpin itu.

"Sekiranya ada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pakatan teragak-agak, gentar untuk membuat perubahan, takut kepada risiko; kita tidak ada pilihan selain menuntut perubahan dalaman untuk menggantikan mereka dengan pemimpin yang benar-benar mampu memimpin dan membuat keputusan.

"Kerajaan mesti dipimpin, bukan semata-mata diurus," katanya.

Beliau dalam ucapannya itu bagaimanapun tidak menamakan dengan jelas pemimpin yang dimaksudkannya itu.

Dalam sidang akhbar selepas ucapannya itu, Shamsul Iskandar menjelaskan, penyertaan AMK dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri dibuat Pakatan dapat menilai semula keberkesanan masing-masing selepas lapan bulan memerintah sejak Mac lalu.

Beliau menafikan tuntutannya itu difokuskan kepada peluang perniagaan semata-mata.

"Peluang itu saya buat (gariskan secara) umum. Bukan sekadar peluang perniagaan, (tetapi juga) peluang dalam struktur kerajaan negeri, (dan) peluang dalam institusi-institusi pendidikan.

"Peluang dalam perniagaan itu, apa masalahnya kalau ada keuntungannya kepada rakyat. Yang kita tolak, perniagaan yang ada (unsur) rasuah, penyelewengan dan korup," katanya.

Ketua AMK itu menafikan pergerakannya terpinggir dalam kerajaan-kerajaan negeri Pakatan.

"Tidak, (desakan) itu hanya penegasan AMK. Saya tidak berasa terpinggir," katanya.

"Apabila perubahan dilakukan, kita tidak boleh mengelak. Mereka (rakyat) telah memilih kita (dalam pilihanraya umum lalu). Takkan kita hendak katakan tidak boleh buat, tidak ada pengalaman. Kita kena lakukan sesuatu."/wann. _

Sumber : HarakahDaily

Tuesday, November 25, 2008

Perjalananku...terima kasih


oleh: Mohd Danial bin Razali
(Pelajar cemerlang yang dinafikan hak untuk mendapatkan bantuan biasiswa....mangsa politik bangang Umno Terengganu.)


Alhamdulillah..setelah menempuhi segala onak dan rintangan dek kezaliman petadbiran kerajaan terengganu yang baru, akhirnya dengan izin Allah Taala dapat juga ana meneruskan pengajian ini di bumi yang sungguh barokah yang menjadi cita-cita ana semenjak sekian lama.... Setinggi terima kasih yang tidak terhinggga ana ucapkan kepada Ayahanda dan Ibunda, Adik-Beradik, Sanak Saudara, ADUN PAS Kawasan SURA, Guru-Guru, Semua INDIVIDU dan Rakan-Rakan yang telah membantu diri yang hina ini bagi melanjutkan pengajian di bumi Jordan Al-Hasyimiah...

Menyedari akan diri ini adalah amanah besar masyarakat, maka ana insyaallah tidak akan sesekali mensia-siakan peluang dan mengkhianati amanah yang diberikan.... insyaAllah, diri ini akan berusaha mencedok seberapa banyak ilmu yang ada... kepada semua yang telah menghulurkan tangan kepada ana, ana hanya mampu berdoa agar kalian semua mendapat ganjaran setimpal bahkan lebih dari apa yang kalian hulurkan kepada ana...dan, insyaAllah amanah ini akan kembali jua kepada yang berhak menerimanya.... doakan kejayaan ana... Jazakumullahu Khairan Jaza'..



berita terdahulu:
ADUN SURA USAHA BANTU PELAJAR YANG DINAFIKAN HAK

gambar-gambar ketika di bumi Jordan

Monday, November 24, 2008

Masjid Kristal 'BOCOR'





Pada 22/11/08 kami sekeluarga,pergi melawat Masjid Kristal dan berhajat solat zohor disana...

semasa solat aku.berasa tidak selesa kerana karpet di masjid ini berbau masam...dan apabila sesudah solat aku tgk keatas dan dapati siling masjid bocor...

cuba korang bayangkan MASJID KRISTAL yang harga berjuta ringgit tapi tak sampai setahun dah bocor ..teruk

Sumber : http://gnbest.blogspot.com/

Saturday, November 22, 2008

Indoor Games & Team Building Nisa' Dungun

Nisa’ Kawasan Dungun telah berjaya menghimpunkan bakal pelapis untuk Nisa’ Terengganu dalam gabungan dua buah program utama tahun ini iaitu Nisa’ Indoor Games dan Nisa’ Team Building. Program tersebut telah dijalankan pada 14 dan 15 November 2008 bertempat di Dahima’s Guest House, Rantau Abang, Dungun.

Nisa’ Indoor Games telah dilangsungkan pada malam 14 November 2008 melibatkan 8 permainan iaitu congkak, dart, dam aji, carom, snake & ladder, batu seremban, ceper dan yoyo. DUN yang terlibat iaitu DUN Paka, DUN Rantau Abang, DUN Sura dan DUN Bukit Besi telah menghantar 3 orang peserta bagi setiap jenis permainan yang dipertandingkan. Permainan yang paling menarik perhatian semua ialah snake & ladder yang telah menggunakan papan atau board khas bersaiz 10 kaki x 8 kaki yang dicipta khas mengandungi mesej-mesej dakwah sesuai dengan golongan remaja yang menyertai.






Peserta yang menang dalam setiap permainan akan bermain dalam Nisa’ Indoor Games Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada 25 Disember 2008, bertempat di Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), Kubang Lembek, Manir sebelum diteruskan ke peringkat pusat pada tahun depan.

Program Team Building yang dilangsungkan pada hari berikutnya dimulakan dengan sesi munajat dan qiamullail secara berjemaah. Team Building Nisa’ diisi dengan program mengukuhkan kefahaman ahli mengenai hala tuju dan visi Nisa’, selain mengeratkan ukhwah kerana semua ahli jawatankuasa dan ahli Nisa’ dikehendaki sama-sama menyertai Team Building ini.

Penutup telah dilaksanakan oleh Hajjah Khairiah Mokti, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun. Beliau telah menyampaikan harapan dan amanat buat semua anggota Nisa’ yang bakal menjadi pelapis kepimpinan Islam masa depan. Seterusnya, sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang Indoor Games juga dilaksanakan.


Keceriaan terpancar di wajah semua peserta terlibat kerana mereka tidak sabar-sabar lagi untuk bermain di peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat Nisa’ Malaysia pula sebagaimana Nisa’ Games yang telah dilaksanakan sebelum ini.




Makluman : Minggu ini, Team Building Nisa’ Besut akan dilaksanakan pada 21 November 2008, Jumaat. Semua ahli Nisa’ Kawasan Besut dan yang berminat untuk menyertai dijemput hadir.

Oleh : Nasikerabupetro

Layari laman blog Nisa’ Terengganu

Thursday, November 20, 2008

TAZKIRAH JUMAAT: Kisah Empat Isteri


oleh: Ustaz Izhar

sama-sama kita baca artikel dibawah dan kita ambil pengajaran dr apa yg terkandung didalamnya....dan sama-sama kita sampaikan pada rakan-rakan yg lain....semoga kita dapat manfaat bersama.
wallahualam....




Kisah Empat Isteri

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui mas! a-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupanindahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kil! at yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...


Sumber : email dari Hamba Allah


Tuesday, November 18, 2008

Ceramah Pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA


Oleh helangdeli


"Kuala Lumpur: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sedang merancang mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada Mac tahun depan (Mac 2009) di Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan bagi mendesak kerajaan memansuhkan Akta ISA serta bebaskan semua tahanan tanpa syarat.

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ketika dalam sidang media 6 November lalu, berkata, akta drakonian itu semakin mendapat tentangan daripada semua pihak termasuklah parti komponen BN iaitu Gerakan dan MCA.

Sehubungan itu, suatu Majlis Ceramah Pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 November 2009
Hari : Ahad

Tempat : Dataran MPAJ, Pandan Indah

Masa : 9 malam


Pemidato Utama :
1) YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
2) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)
3) YB Lim Kit Siang (Penasihat DAP)

Penceramah :
1) Tuan Haji Mohamad Bin Sabu (Naib Presiden PAS)
2) YB Salahuddin Bin Ayob (Ketua Pemuda PAS Pusat)
3) Syed Ibrahim Bin Syed Noh (Pengerusi GMI)


sumber: tranungkite

Thursday, November 13, 2008

TAZKIRAH JUMAAT - Masuk neraka kerana seekor lalat


"Diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. tentang dua orang pemuda yang melintasi sebuah kuil. Apabila mereka melintasi dihadapan kuil itu, mereka ditahan oleh sekumpulan pemuda kafir dan tidak membenarkan mereka melintasi kuil tersebut kecuali mereka mempersembahkan sesuatu kepada patung dikuil tersebut...Jika mereka melintasi kuil itu tanpa mempersembahkan sesuatu, mereka akan dibunuh..

Lalu bertanyalah pemuda-pemuda tersebut tentang persembahan yang perlu diberikan kepada patung itu. Maka jawab pemuda-pemuda kafir itu " Berilah apa saja yang mampu asalkan ada persembahan"
Maka pemuda pertama menagkap seekor lalat dan dibunuhnya lalat tersebut dan dipersembahkan kepada patung dikuil tersebut. Ini kerana apalah salahnya menangkap lalat dan dipersembahkan kepada patung itu kerana pada pandangannya perbuatannya itu amat kecil sekali berbanding segala amalan yang telah dibuatnya. maka dia pun dilepaskan pergi.

Sedangkan pemuda kedua tidak mahu mempersembahkan apa-apa kepada patung itu kerana baginya mempersembahkan sesuatu kepada patung adalah syirik dan itu merupakan dosa besar. Maka dia berkeras dan tetap dengan pendiriannya agar tidak akan mempersembahkan apa juga kepada patung itu. Akibatnya dia ditangkap dan dibunuh...

Maka sambung Rasulullah s.a.w. pemuda pertama masuk neraka walaupun dosanya hanya mempersembahkan lalat kepada patung manakala pemuda kedua masuk syurga kerana berjaya mempertahankan keimanan dan tidak diganggu gugat oleh sebarang ugutan..

Maka kita juga perlulah mengambil iktibar agar tidak melakukan dosa walau sekecil mana pun kerana kerana kita tidak tahu dimana letaknya kemurkaan Allah. Ditakuti nanti dosa yang kita anggap kecil, sebenarnya mengundang kemurkaan Allah....dan disebabkan dosa itu..kita dihumban keneraka .. Nauzubillah.....


sumber: email

Tuesday, November 11, 2008

Rasuah Politik - Pengakuan Ketua Cawangan Umno Gong Pasir

Dungun (11 Nov 2008) - Buletinonline mendapat satu salinan surat bantahan terhadap Persidangan Cawangan UMNO Gong Pasir Dungun yang dihantar kepada Setiausaha UMNO Bahagian Dungun.

Berikut disiarkan satu dari lima perkara dakwaan Ahli Cawangan tersebut yang tidak berpuas hati dan mendakwa wujudnya rasuah, ugutan, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan konspirasi disebalik kemenangan Ketua UMNO Bahagian Dungun.

Sebelum persidangan dimulakan (semasa menunggu ahli-ahli datang dan mendaftar), Ketua Cawangan telah berbincang dengan beberapa orang Jawatankuasa Cawangan di luar dewan. Antara yang disebut ialah “saya telah menerima ARAHAN daripada Yang Berhormat kita agar mencalonkan Ketua Bahagian dan orang-orang tertentu untuk pencalonan jawatan Bahagian”.

Jelas, memandangkan Ketua Cawangan adalah Pengerusi JKKK, Iman Nikah dan beberapa jawatan lain yang dipegang dalam kerajaan, beliau takut kehilangan jawatan-jawatan berkenaan apabila contohnya, beliau tidak memainkan peranan atau berhasrat untuk mencalonkan orang lain selain daripada sebagaimana yang diarahkan oleh Yang Berhormat ADUN.

Yang Berhormat ADUN yang juga selaku Exco Kerajaan Negeri dan Setiausaha UMNO Bahagian telah dengan sengaja seolah-olah ‘mengugut’ serta secara terang menyalahgunakan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan politik (bukan berkaitan dengan kerajaan) dan Ketua Cawangan, mahu tidak mahu boleh diistilahkan sebagai “telah diugut” dan terpaksa mengakuri arahan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat ADUN Kawasan sekiranya tidak mahu jawatan yang dipegangnya sekarang tergugat.

Selain itu, saya juga cukup yakin dan percaya, telah berlaku sogokan kepada Ketua Cawangan dan beberapa individu cawangan yang lain, memandangkan telah ada pertemuan sulit antara Yang Berhormat Kawasan dan beberapa Ketua Cawangan dalam DUN Rantau Abang bertempat di rumah Yang Berhormat ADUN (dengan dihadiri sama oleh Ketua UMNO Bahagian yang juga merupakan calon yang akan mempertahankan jawatan) pada malam sebelum persidangan berlangsung keesokan harinya.

Sebelum itu pun, telah ada beberapa ejen yang telah mengadakan pertemuan dan gerakan sulit dengan Ketua UMNO Cawangan dan beberapa AJK Cawangan. Dalam hal ini, tidak dinafikan Ketua Cawangan Kg Gong Pasir juga menerima habuan bagi menghalalkan pencalonan di peringkat Persidangan Cawangan.

Untuk makluman, pre-council persidangan Cawangan Kg Gong Pasir yang telah dibuat sebelum persidangan 8 Ogos, selain membincangkan persiapan persidangan cawangan, AJK Cawangan yang hadir juga telah secara sepakat mencadangkan pencalonan Ketua Bahagian dan jawatan-jawatan penting di peringkat Bahagian.

Agak menghairankan keputusan yang dibuat oleh Ketua Cawangan yang sama sekali bercanggah dengan persetujuan Jawatankuasa pada pre-council sebelumnya dan dibuat di saat-saat akhir beberapa minit sebelum persidangan cawangan dimulakan itu, telah menimbulkan syak wasangka yang besar bahawa telah berlaku rasuah politik yang membabitkan Ketua Cawangan Kg Gong Pasir.


Ditulis oleh Mat Stringer
Tuesday, 11 November 2008

Sumber : Buletinonline

Sunday, November 9, 2008

Ziarah Pesakit Kronik

Seramai 6 orang pesakit kronik dari Kampung Jalan Lembah dan Sungai Buaya telah menerima kunjungan daripada wakil PAS cawangan berkenaan baru-baru ini. Timbalan Ketua PAS Cawangan Jalan Lembah, Ustaz Abdull Rahim Abdull Jalil mengetuai rombongan sambil bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan bagi pihak YB ADUN Sura. Beliau mewakili, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli yang kebetulan pada masa yang sama memenuhi undangan menyempurnakan janazah di kampung berdekatan

Salah seorang pesakit kronik yang diziarahi, Rafeah Abdullah, 62, merakamkan ucapan terima kasih di atas sikap prihatin dan sumbangan yang diberikan. Beliau menghidap kencing manis kronik sejak 2 tahun lalu.

Zolkiffeli Yusof yang mewakili keluarga Razak Tahir, 59, yang menghidap angin ahmar semenjak awal tahun ini melahirkan rasa terharu di atas kunjungan tersebut dan kecaknaan dari pihak YB dan PAS Cawangan amat dihargai.

Sementara itu, menurut Encik Mohd Hanifa Ahmad, Setiausaha PAS Cawangan Jalan Lembah yang turut serta mengunjungi pesakit berkenaan menyatakan bahawa ziarah ini merupakan rutin program yang disusun berdasarkan kelapangan tarikh pihak YB. Sebarang pertembungan program YB, akan diwakili oleh AJK PAS Cawangan yang berkenaan.

Friday, November 7, 2008

Panggilan Kaabah


Assalamualaikum wbt...

Labbaik Allah Humma Labbaik
Labbaik Allah Humma Labbaik
Labbaik ala Shareeka laka Labbaik
Labbaik ala Shareeka laka Labbaik
Innil Hamda, Innil Hamda
Wan Ni'mata, Wan Ni'mata
Laka wal Mulk, Laka wal Mulk
Laa Shareeka Lak

Lebih kurang sepurnama lagi kita sekalian umat Muhammad akan menyambut satu lagi perayaan. Hari Raya Aidil Adha atau pon Hari Raya Korban. Saat ini jemaah haji sedang berlepas ke destinasi nan satu. Destinasi yang menyatukan umat manusia tanpa mengira warna kulit, keturunan, pangkat dan darjat serta fahaman politiknya. Tanah yang dikenali sebagai tanah haram, haram untuk kafirin memasukinya, tetapi sekarang ini lembaga-lembaga mereka sudah bertapak di sana. Bagi yang pernah sampai kesana pasti pernah berjumpa dengannya...

Lembaga yang dimaksudkan adalah KFC yang terletak ditepi Masjidil Haram, Mc Donald di Hotel Hilton termasuk hotel itu sendiri dan mungkin ada yang lainnya lagi. Walaupun orang kafir tidak kesana, akan tetapi mereka menghantar lembaga-lembaga sebegini untuk terus merasuk umat Islam. Rasukan dari sudut jenama mereka, rasukan selera dan nafsu berperanan untuk melalaikan konsentrasi ibadat bagi ahli 'Rukun Islam keLima'. Daku mendoakan semoga Jamaah Haji istiqomah didalam mengerjakan ibadat ini. Semoga mendapat haji yang Mabrur, bukannya Marlboro.

Maka berbondong-bondonglah keluarga menghantar jamaah di Airport sebagai tanda sokongan, tidak kurang dengan esak dan tangisnya, ampun dan maaf dipinta, dan yang specialnya doa dikirim. Ada yang minta berdoa di maqam nabi, minta panjang umur, minta murah rezeki, minta zuriat, dipertemukan jodoh dan sebagainya( agak2 ada tak yang minta tambah bini??). Penulis pon tidak pasti adakah ahli jemaah dapat mengingati akan semua kiriman tersebut. Berkaitan dengan doa suka penulis ingatkan kepada semua yang sayangkan ISLAM agar berdoa untuk perjuangan Islam ini. Berdoa untuk perjuangan PAS di Malaysia agar diberikan kekuatan kepada ahlinya untuk mengharungi cabaran-cabaran yang mendatang. Selain itu, doa untuk perjuangan Islam walau dimana jua, fi kulli makaan wafi kulii zamaan.

Bagi kita yang berada di tanah air dah sibuk mencari lembu dan kerbau untuk dijadikan korban. Segelintir surau dah penuh senarai Korban dan Aqiqah. Namun yang belom buat persiapan pon ada. Di pantai timur, perayaannya agak meriah apabil tibanya Raya Haji. Sanak-saudara pulang kekampung bergotong-royong menyembelih, melapah dan mengagihkan daging-daging tersebut. Tidak kurang juga yang sambung kunjugan raya yang tidak sempat dihabiskan pada Aidil Fitri yang lalu.

BAGI YANG NAK MASUK BAHAGIAN KORBAN DAN AQIQAH KALI INI BOLEH BERHUBUNG DENGAN SURAU_SURAU DI SEKITAR DUN SURA

ababil

ADUN Sura Usaha Bantu Pelajar Yang Dinafikan Hak


Ditulis oleh SM Noor Saturday, 08 November 2008

Dungun (Buletinonline) – Bekas pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Dungun, Mohd Danial Razali yang dinafikan haknya untuk mendapat pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pelajaran, telah pun selamat berada berada di bumi para anbiya’, Jordan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Ramli memberitahu demikian ketika dihubungi Buletinonline semalam.

“Kini beliau sedang menunggu untuk kemasukkan dan meneruskan pelajarannya di Universiti Yarmouk,

“dengan sumbangan orang ramai yang prihatin dan pihak saya sendiri, beliau dapat dibantu,”katanya.

Beliau berkata pihaknya dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN Sura akan terus berusaha seberapa termampu bagi membantu pelajar-pelajar cemerlang dalam kawasan tersebut, khususnya yang dinafikan hak untuk mendapat pinjaman dari kerajaan negeri.

Mohd Danial antara pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Dungun yang mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 sehingga mendapat tawaran daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah di Universiti Yarmouk, bagaimanapun dia gagal mendapat biasiswa.

Danial nyaris gagal untuk menyambung pelajarannya apabila permohonannya untuk mendapatkan pinjaman biasiswa daripada Yayasan Terengganu ditolak

Bapanya Mohd Razali Aman, 57, yang bekerja sebagai penjual serbuk kopi tidak mampu menyediakan perbelanjaan yang begitu besar.


Walaupun begitu, Razali yang tidak sampai hati melihat anaknya terkandas dalam pelajaran telah berikhtiar untuk mendapatkan sejumlah wang bagi membiayai yuran pendaftaran.

“Sebaik sahaja ditawarkan pengajian di universiti di luar negara, Danial membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman biasiswa, tetapi permohonannya ditolak.

“nasib baik ada pihak yang menghulurkan bantuan,” kata Razali yang turut mendapat sumbangan hasil derma orang ramai di beberapa surau berdekatan untuk membantu anaknya.

Wan Hassan menyatakan kekesalannya ekoran tindakan kerajaan negeri yang terus melakukan diskriminasi dan pilih kasih dalam memberikan bantuan.

“Sepatutnya Yayasan bertanggungjawab membantu pelajar melanjutkan pelajaran, terutamanya pelajar cemerlang seperti Danial,


“namun jelas sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Umno/ Barisan Nasional terus melakukan penindasan kepada mereka yang dianggap sebagai penyokong PAS,”ujarnya.


sumber : buletinonline.net

Thursday, November 6, 2008

TAZKIRAH JUMAAT: Sepuluh orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di hari Qiamat kelak.

oleh: Ustaz Izhar

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237



Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'




Wednesday, November 5, 2008

Masalah Giant-MB T'ganu kekal misteri - Malaysiakini

Menteri besar Terengganu memanjangkan lagi teka-teki masalah kelewatan pembukaan pasar raya besar Giant di Kerteh selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Datuk Ahmad Said tidak menghuraikan dengan jelas isu tersebut, malah menggesa media mendapatkan maklum balas daripada pegawai tinggi GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd sebelum beliau sendiri memberikan ulasan lanjut.

Malaysiakini minggu lepas mendedahkan Giant gagal beroperasi di Mesra Mall lebih sebulan akibat gagal mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), didakwa akibat campur tangan Ahmad.

Sumber-sumber pasar raya itu dan MPK memberitahu, ia bercadang membuka premis barunya itu di Jalan Kemaman-Dungun sejak 24 September tetapi gagal mendapat lesen.

giant hypermarket and mesra mall terengganu 281008 buildingRangkaian pasar raya milik GCH Retail (Malaysia), yang berusia 60 tahun, difahamkan ingin dibuka selewat-lewatnya 15 Oktober tetapi hingga sekarang tidak jelas kenapa belum menjalankan perniagaan.

Sumber di pihak berkuasa tempatan itu berkata, masalah lesen Giant itu "berkaitan dengan Datuk Ahmad", yang juga wakil rakyat Kijal.

Usaha Malaysiakini banyak kali sejak Selasa minggu lepas gagal mendapatkan reaksi menteri besar berkenaan.

Bercakap kepada akhbar Sinar Harian selepas pulang dari luar negara Khamis lepas, Ahmad dilaporkan bersedia memberi penjelasan mengenai perkara itu ketika bertemu media selepas mesyuarat mingguan exco tadi.

Dalam sidang media hari ini, difahamkan Ahmad menyatakan Giant "tidak boleh buka dulu, baru buat permohonan."

Beliau juga mengakui pernah berunding dengan pegawai tinggi pasar raya besar sebelum ini.

Sumber di Giant sebelumnya bagaimanapun mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjalankan operasinya termasuk mendapat pengiktirafan keselamatan daripada jabatan bomba dan mengikuti garis panduan pengubahsuaian bangunan MPK.

Mesra Mall, yang dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd di atas tanah seluas 12 hektar dan diurus oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah dirasmikan oleh exco pembangunan luar bandar, usahawan dan koperasi Datuk Mohamed Awang Tera pada 10 Oktober lepas.

Difahamkan Giant merupakan penyewa utama kompleks membeli-belah yang diberikan jolokan "mutiara timur anda."

Menurut pelan lantai Mesra Mall, Giant ditempatkan di penghujung kanan dan kiri bahagian depan kompleks itu.

Sunday, November 2, 2008

Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu

Kemaman : Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu Ke-12 yang berlangsung pada 1 Januari 2008 bertempat di Dewan Dato' Sri Amar Diraja, Chukai Kemaman mendapat sambutan yang baik dikalangan pimpinan parti dan ahli-ahli peringkat cawangan. Lebih 6,000 orang telah hadir dan mendengar Ucaptama yang disampaikan oleh Dato' Seri Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Ketibaan TG Presiden PAS disambut dengan acara perbarisan Oleh Unit Amal, Skuad Waja & Nisa' Negeri Terengganu disamping Pertunjukan Silat dan Tarian Singa

Ucapannya yang bertajuk 'PAS Untuk Semua : Penghayatan dan Tuntutan' telah menarik perhatian peserta untuk memahami 6 perkara utama dalam memastikan PAS menjadi sebuah parti yang dominan dan mampu menggarap perjuangan ummah sehingga PAS dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat di peringkat akar umbi dan nasional malah diterima umum oleh masyarakat antarabangsa.


Kesan daripada pergolakan yang berlaku dalam UMNO sekarang, sudah ada dikalangan ahli UMNO yang menyertai pakatan rakyat.

“Kita sedang tunggu perubahan ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang lain, tidak mustahil ia (perubahan kerajaan peringkat pusat) akan berlaku,"

“walaupun sukar, tidak mustahil ia berlaku dengan perpecahan yang berlaku kepada UMNO sekarang,”kata beliau. Kira-kira tiga minggu yang lepas 200 orang telah menyerahkan borang dan meninggalkan UMNO di Johor.

Malangnya pada hari ini Utusan didalam akbarnya dengan jelas terlah memutar belit dan mereka cerita yang tidak disebut didalam sidang akhbar bersama TG Dato' Seri Presiden :
KEMAMAN 1 Nov. _ Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Selanjutnya [Klik Disini]

Sepanjang sidang akhbar tersebut berlangsung tidak pernah TG Presiden menyatakan 'tidak bersetuju' malahan akan mendengar isu tersebut daripada rakan-rakan di Selangor.

Perwakilan pemuda menegaskan agar semua ahli parti tidak termakan dengan mainan saraf UMNO walaupun mereka mengizinkan parti untuk menyewa dewan sempena ijtima' kali ini. UMNO dibawah kepimpinan Ahmad Said kelihatan licik memanipulasi ruang yang diberikan kepada PAS agar semua rakyat dan penyokong PAS merasa selesa dibawah kepimpinan mereka.


TG Presiden

Menyampaikan Ucaptama Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Ke-12
Persembahan Silat
Memeriksa Perbarisan
Tarian Singa

Wednesday, October 29, 2008

Peta lokasi Ijtima Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke 12



KLIK gambar untuk besarkan

PAS Kawasan Kemaman mengalu-alukan kedatangan para peserta dan pemerhati ke program Ijtima’ Kepimpinan PAS kali ke 12 yang akan berlangsung pada Sabtu 1 November akan datang di Dewan Dato’ Seri Amar,Chukai.


sumber : www.buletinonline.net

Monday, October 27, 2008

Idris Jusoh bertanggungjawab bazirkan RM7 bilion wang negeri

KUALA TERENGGANU, 27 Okt (Hrkh) - Bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh didakwa antara orang yang bertanggungjawab mengakibatkan kira-kira lebih RM7 bilion wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat negeri Terengganu disalahgunakan untuk projek mewah termasuk Taman Tamaddun Islam (TTI) dan Monsoon Cup.

Difahamkan perbelanjaan tersebut menyebabkan Kerajaan Terengganu kekeringan wang untuk dibelanjakan bagi kepentingan negeri tersebut sehingga hari ini.

Berikutan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa bekas menteri besar itu sebagai pengkhianat kepada rakyat dan negeri Terengganu.

Beliau membuat dakwaan itu ketika berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini. Idris yang juga Adun Jerteh dikatakan tidak mencelah untuk menafikan dakwaan Haji Mohd Abdul Wahid dalam persidangan tersebut.

Difahamkan juga pegawai-pegawai kerajaan negeri Terengganu terpaksa berulang alik ke Putrajaya bagi membincangkan urusan kewangan negeri Terenganu.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan wang royalti petroleum dan gas kepada kerajaan negeri itu dalam bulan September lalu tetapi sehingga hari ini wang tersebut belum diserahkan secara rasmi.

Haji Mohd Abdul Wahid yang juga Bendahari Perhubungan PAS Terengganu ketika berucap di satu majlis ceramah di Kuala Terengganu baru-baru ini mendakwa, Idris antara pemimpin Umno Terengganu yang bertanggungjawab mengeringkan kantong kerajaan negeri untuk projek pusat.

"Wang kerajaan negeri digunakan untuk projek pusat ketika Idris memerintah Terengganu. Ini suatu penggunaan wang yang tidak betul. Rakyat tidak dapat manfaat sepatutnya dari projek berkenaan," jelasnya.

Bagaimanapun beliau merasa hairan kenapa rakyat Terengganu tidak terkesan dengan tindakan Idris itu sehingga mereka terus memilih Barisan Nasional (BN) memerintah Terengganu dalam pilihan raya umum ke-12 lalu ketika negeri-negeri pantai Barat menolak parti itu sebagai kerajaan. - mns_

Sumber : Harakah Daily

Saturday, October 25, 2008

Shahril Long berceramah di Dun Sura

oleh: Ketua Penerangan Pemuda PAS Dun Sura



25 Okt 2008 - DALAM kerangka gerakkerja mempertahankan kemenangan Dun Sura,pihak Lajnah Penerangan dan Dakwah Pemuda Dun Sura akan menganjurkan satu ceramah Penjelasan Isu-isu Semasa pada Selasa 28 Oktober ini jam 9:30 malam.

Program ini yang bertujuan memberi pendedahan dan penjelasan berkaitan isu-isu semasa akan diadakan di cawangan Alur Tembesu.Penceramah-penceramah yang dijemput hadir adalah :

1) Ustaz Shahril Long ‘Ceroii’ (Penceramah Bebas)
2) Ustaz Abu Bakar Salleh (Ketua Pemuda PAS Marang)
3) Ustaz Wan Hassan Ramli (ADUN Sura / YDP PAS Dungun)

Diharapkan dengan penganjuran ceramah ini, sedikit sebanyak akan memberi pendedahan ‘ketidakrelevanan’ lagi UMNO kepada pengundi atas pagar & hardcore Umno yang tinggal di sekitar tempat ceramah tersebut.

Penulis masih tidak lupa, di kampung tersebutlah Dato Ahmad Said (ketika itu belum jadi MB lagi) turun padang kononnya untuk memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan negeri meroboh masjid di RTB Kampung Bujal.

Malah pada malam tersebut juga, dua orang petugas PAS dihalang bagi merakam ucapan Dato Ahmad Said ketika itu.Ketidakjantanan petugas UMNO tersebut amatlah dikesali memandangkan pihak PAS sendiri tidak pernah menghalang pihak SB berada di program ceramah-ceramah yang dianjurkan.Walaupun kita sedia maklum, pihak SB tersebut ditugaskan untuk memantau dan mencari maklumat bagi pihak UMNO.

Pihak Lajnah Penerangan & Dakwah Pemuda Dun Sura juga akan menganjurkan aktiviti XPDC Dakwah seperti edaran risalah gejala sosial yang begitu kronik di zaman pemerintahan Islam Hadhari ini.

Monday, October 20, 2008

Selamat Hari Lahir Ke-61 Y.B. Dato' Seri Tuan Guru Presiden


daripada
Y.B. Pengarah, Ahli Jawatankuasa & Warga Kerja MTD Sura,
Ketua, Ahli Jawatankuasa & Warga Kerja MT Pemuda DUN Sura,
Ketua, Ahli Jawatankuasa & Warga Kerja MT Muslimat DUN Sura,
Ketua & Ahli Jawatankuasa PAS Caw-caw DUN Sura,
Ketua & Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Caw-caw DUN Sura,
Ketua & Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Caw-caw DUN Sura,
Ahli & Penyokong PAS Seluruh DUN Sura

Semoga Y.B. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden
dikurniakan kesihatan dan kekuatan
untuk terus memimpin
Parti Islam Semalaysia (PAS),
dan diberikan kekuatan menghadapi musuh
yang berusaha mengelirukan dan menghalang Islam dan umatnya
berada di puncak.


Kami akan bersama dan berdiri teguh
bersama Y.B. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden
dengan kekuatan dan keizinan dari sisiNya...insyaAllah.

ALLAHU AKBAR...!!! ALLAHU AKBAR...!!! ALLAHU AKBAR...!!!

Friday, October 17, 2008

Kezaliman regim BN di Kampung Plentong Tengah,Johor.

Saksikan rumah di Kampung Plentong Tengah menyembah bumi pada 16 Okt lalu.Penduduk kampung keluar beramai-ramai pertahankan hak mereka.Dimaklumkan seramai 25 orang ditangkap kerana menghalang kerja-kerja merobohkan rumah.
FRU diarahkan untuk menyuraikan demo dan benteng manusia.Walaupun sebagai ahli UMNO,ianya bukan satu jaminan buat anda dari terkecuali dari menjadi kezaliman kerajaan UMNO/BN ini............berita selanjutnya akan menyusul selepas ini.











Sunday, October 12, 2008

Majlis Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim Sempena Aidil Fitri 1429

DUNGUN : Menyedari bahawa kegembiraan Syawal perlu dikongsi bersama golongan yang kurang bernasib baik, maka Majlis Tindakan DUN Sura melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatannya telah berjaya mengadakan Majlis Sumbangan Kepada Anak-anak Yatim Sempena Aidilfitri baru-baru ini.

Majlis tersebut telah diadakan pada 27 September, 2008 di Surau Tanah Lot. Seramai 157 orang anak-anak yatim dari 72 keluarga telah menerima sumbangan melalui majlis tersebut. Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun telah menyempurnakan sumbangan kepada para penerima.

YB Ustaz wan Hassan menyampikan sumbangan kepada keluarga penerima




Dalam ucapan ringkasnya sebelum penyampaian sumbangan, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang samada dalam bentuk kewangan dan sumbangan beras kepada keluarga dan anak-anak yatim berkenaan, beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada para petugas cawangan yang telah berusaha mengenalpasti keluarga dan anak-anak yatim dalam usaha menjayakan majlis yang diadakan pada hari tersebut.

Antara anak-anak yatim...


Beliau tidak lupa mengingatkan kepada anak-anak yatim supaya menjaga dengan baik ibu masing-masing dan jangan sekali-kali menderhakai mereka serta hendaklah mentaati mereka dalam perkara yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Beliau melahirkan harapan bahawa majlis ini akan diteruskan pada tahun hadapan apabila semua pihak menyedari peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi membantu golongan kurang bernasib baik untuk turut sama menyambut Aidilfitri.


Saturday, October 11, 2008

Teknik menggunakan minda bawah sedar


Oleh mindataqwa

"
Atas permintaan seorang pembaca blog cahaya akal yang ingin mempelajari bagaimana menggunakan teknik menjana minda bawah sedar maka di sini saya perturunkan cara bagaimana untuk mengaktifkan minda bawah sedar.

Bermulanya teknik ini adalah dengan perhubungan antara minda sedar ( CM) membuat arahan kepada minda bawah sedar (SCM). CM adalah ibarat kapten kapal manakala SCM adalah anak-anak kapal yang akan sentiasa bersedia patuh pada arahan ketuanya.

Apa sahaja setting program yang dimasukkan diterima tanpa dipersoalkan oleh minda bawah sedar.

Tiga saluran atau mode yang berhubung ialah pendengaran, penglihatan dan hati(emosi) yang ketiga-tiganya adalah berpasang-pasang lahir dan batin. Pusat janakuasa adalah HATI.


Apa sahaja visualisasi, audio dan perasaan yang anda masukkan di dalam sanubari anda semuanya dianggap benar. Sebagai contoh jika anda menonton tayangan gambar . Walaupun ianya sebuah lakonan tetapi minda bawah sedar anda menganggap ianya benar. Jika cerita sedih anda ,tanpa disedari mengalirkan airmata dan begitu sebaliknya

Baiklah . sebelum anda melakukan teknik ini anda perlu memulakan dengan bacaan Bismillah dan selawat 7 kali. Sebut Allahhuu 7 kali.

Duduk bersila dalam keadaan selesa dan jika boleh tempat yang nyaman.

Cantumkan ibu jari,jari telunjuk dan jari hantu di kedua dua tangan yang diletakkan di atas peha (tapak tangan hadap atas)

Sebelum itu setkan minda anda bahawa apabila anda ingin kembali sedar bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil memetik jari anda sebagai suis untuk anda sedar dalam keadaan normal.

Sekarang pejamkan kedua belah mata anda. Cuba kosongkan fikiran . Bayangkan anda merehatkan otot-otot bermula dari tapak kaki hingga ke hujung kepala. Bermakna anda tidak menguasai lagi otot-otot anda dan ianya berada dalam keadaaan santai dan rehat.latar pandangan anda PUTIH.

tarik nafas panjang dan hembuskan berulang kali sehingga rasa amat relax.
Seterusnya lakukan nafas berentak iaitu 4 / 2 / 4 iaitu 4 detik tarik nafas. 2 detik tahan nafas dan 4 detik hembus nafas. Tarik melalui hidung dan hembus melalui mulut. Anda juga boleh lakukan 6 / 3 / 6 atau 8 / 4 / 8 . Bayangkan semasa anda menarik nafas anda menyedut getaran/ gelombang tenaga dari tenaga alam seperti tanah, tumbuhan, angin, cahaya dan air masuk ke dalam tubuh anda sehingga berada 2 inci di bawah pusat anda. Bayangkan dari pusat tersebut tenaga secara berpusat mengalir ke segenap tubuh badan anda. secara pancaran mentari,.

Apabila anda menghembuskan nafas, bayangkan segala kekotoran, penyakit, kegelisahan dan tenaga yang lemah serta sesuatu pengalaman yang menyakitkan perasaan anda keluar dari mulut anda. Lakukan berulang kali sehingga anda berada dalam keadaan sawai.

Selepas itu bilang dalam hati 100 hiingga 1,. Katakan pada diri semakin menurun nombor semakin anda berasa tenang. Sewaktu membilang dalam nombor menurun . jadikan penglihatan anda berada pada tengah-tengah alis mata anda seolah-olah mata anda hanya satu iaitu di tengah alis mata.


Hasilnya anda akan 'melihat' bulatan warna ungu yang besar dan bergerak ke hadapan semakin mengecil. Seolah olah anda lihat satu terowong (channel) . Ianya berputar-putar lawan jam.

Anda sekarang berada dalam laluan yang menghubungkan minda sedar dengan dunia minda bawah sedar.

Setelah anda berada di alam ini maka anda boleh setting peribadi mana yang anda inginkan

Sebagai latihan awal anda visualkan anda berada di satu tempat yang kering kontang. Apabila anda melalui kawasan itu tiba-tiba kawasan tersebut ditumbuhi rumput menghijau, pokok-pokok yang kering mulai berdaun dan mengeluarkan buah serta sungai yang kering dilimpahi air. Bunga-bunga mulai berkembang. Di mana sahaja anda lalui di situ kawasan akan subur.

LIhat visual permandangan tersebut dengan terang dan berwarna warni. Hidulah bau wangi rumput dan bunga-bungaan yang berkembang. Dengarkanlah arus sungai yang mengalir dan desiran angin sepoi-sepoi bahasa.

Rasailah perasaan yang amat hebat. Ketenangan, kedamaian dan kenikmatan ,kehebatan mennyelinapi sanubari anda alam ciptaan Tuhan. Anda akan merasai suatu perasaan , belaian alam yang sungguh menakjubkan. Sehinggakan anda berasa suatu perasaan bersyukur yang jauh bermakna kepada kehebatan dan kebesaran Allah.

Ingat!angan terlalu asyik sehingga anda tidak mahu 'pulang' . Bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil petik jari dan sedarlah pada mood normal.BUKA MATA ANDA. Anda akan merasai kesannya. SEGAR<> DAN TERAMAT SANTAI JIWA.


SELAMAT MENCUBA. SESIAPA YANG TELAH MENCUBA HARAP DAPAT CERITAKAN DI RUANGAN COMMENT SUPAYA PENGALAMAN ANDA DAPAT DIKONGSIKAN DENGAN PEMBACA YANG LAIN. TERIMA KASIH.
sumbangan artikel http://mindataqwa.blogspot.com"

UMNO memburu kehancuran


Oleh tantawi08

" Umno ni dah cukup syarat untuk hancur . Tapi tak hancur hancur lagi . Seperti kehancuran itu belum nampak syarat yang telah lengkap ada pada UMNO dan BN . Namun kelihatan UMNO dan BN ni tak sabar sabar pula untuk menghancurkan diri . Oleh kerana menunggu kehancuran terlalu lama untuk hadhir , kini UMNO aktif mengatur strategi untuk mencari dan memburu kehancuran tersebut.

UMNO seperti orang yang putus asa dan kecewa dengan hidup . Menunggu sesiapa sahaja datang untuk menamatkan riwayatnya , tapi sering saja tersasar . Akhirnya terpaksa cari jalan untuk membunuh diri . Terjun sungai dari atas jambatan dengan harapan selepas ini akan mati lemas, tapi malangnya air sungai tu hanya di paras betis sahaja . UMNO panjat pokok lalu terjun ke bawah dengan harapan pecah kepala , tapi malang hanya mengalami kecederaan kecil sahaja iaitu patah tangan dan betis , masih juga bernafas . Hai , nak hidup susah , nak mati pun susah .

Ada orang cuba selamatkan UMNO lalu mencadangkan UMNO segera menubuhkan Majlis Syura Ulama' UMNO . Sekali dengar macam nak tiru PAS pulak . Kalau cadangan itu bermaksud selepas ini UMNO akan dipandu oleh ulama' , saya sangatlah setuju dengan cadangan itu .

Tetapi ..... apa yang saya musykilnya ialah UMNO mana yang nak dengar cakap ulama' tuh nanti ? sejak bila pula UMNO ni pandai menghormati ulama' ? Namun untuk saya berlaku adil dalam tanggapan , kalau UMNO benar - benar ingin berubah dan benar - benar ingin menjadikan ulama' sebagai pemandu arah tuju perjuangan bahkan sedia pula menggubal undang - undang tubuh UMNO supaya menepati apa yang bakal diajar oleh ulama' itu kelak , maka saya setuju sangat lah . Tapi , nak kena tengok jugak lah ulama' fesyen mana yang akan membentuk majlis syura ulama' UMNO tu , kalau ulama' rice cooker , ulama' terompah kayu atau ulama' kuda kepang maknanya makin dekatlah UMNO kepada kehancuran yang diburu olehnya selama ini . Ertinya UMNO memang tidak boleh diselamatkan lagi . Bukan kerana orang tidak mahu cuba atau tidak boleh selamatkan UMNO , tapi UMNO tu sendiri yang tidak mahu dirinya diselamatkan .


Setiap detik UMNO mencari jalan menuju kehancuran. Tengoklah dalam keadaan kenderaan UMNO ni usang dan sukar untuk dibaiki lagi , mereka dok kira nak tukar driver . Dah berapa orang dah driver yang bertukar ganti . Daripada driver yang rakus dan suka membuli di jalanraya kepada driver yang slow dan lembab memandu dengan 30 km sejam di laluan 110 km sejam , habis jem kereta kat belakang dan semua orang maki hamun dia. Tok Guru Hj. Hadi dah cadang supaya tukar jer kenderaan tuh , kalau tak mampu nak beli yang baru , hah ! mari naik kenderaan PAS punya. ala tambangnya setakat ni hanya RM 3 sahaja setahun . Tak kan tak mampu bayar. Tapi UMNO ni boleh tahan jugak degilnya . Hah sekarang mereka plan untuk tukar pulak driver dan khabarnya mula nak bertugas selepas mac tahun depan . Driver ni pun saya tengok sengkek jugak nih . Banyak saman .... erm entahlah ! UMNO .... UMNO

posted by : Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi "

Friday, October 10, 2008

Sumbangan Pertahan Kemenangan N.27 Sura


PERTAHANKAN KEMENANGAN N.27 SURA

Pihak Majlis Tindakan DUN Sura
dengan rendah hatinya
menyeru para dermawan yang budiman
menghulurkan sumbangan ikhlas masing-masing
dalam misi penting ini,
untuk mempertahankan kemenangan N.27 Sura
dalam PRU-14 akan datang.

Sumbangan ikhlas tuan/puan diperlukan
dalam usaha menggerakkan
program dan aktiviti yang sedang dirangka.

Salurkan sumbangan ikhlas tuan/puan melalui :

RHB Bank Berhad atas nama :
MAJLIS TINDAKAN DUN SURA
No Akaun :
26305100001646

Atau Hubungi :-
DZULKARNAIN BIN WAN LONG
(Bendahari MTD Sura)
No HP :
013-914 9595
Kepada Allah jua diserahkan untuk diganjariNya....
Jazakumullahu Khairal Jazaa'

Tuesday, September 30, 2008

Ambil Kesempatan Berdakwah di Hari Raya Idul Fitri.



Tuesday, 30 September 2008

Kuala Terengganu – Pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maf Zahir Batin, kepada seluruh rakyat Terengganu khususnya kepada ahli dan penyokong PAS.


Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali melalui perutusannya menyeru seluruh rakyat supaya kembali kepada Islam, menyokong PAS dan Pakatan Rakyat untuk membawa satu perubahan politik, sosial dan ekonomi bagi menggantikan UMNO dan Barisan Nasional yang penuh dengan skandal, rasuah dan penyelewengan.

Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berharap agar latihan yang latihan yang Allah kurniakan sepanjang bulan Ramadhan dapat membina kekuatan dan lebih bersedia menghadapi perjuangan Islam yang semakin mencabar.

Beliau yang menghantar ucapannya melalui pesanan ringkas kepada Buletinonline semalam mengharapkan seluruh ahli dan penyokong berusaha dalam apa jua bidang bagi untuk memertabatkan Islam dibumi Terengganu.

Beliau turut menjemput orang ramai yang berkesempatan untuk hadir ke majlis rumah terbuka yang akan diadakan pada hari Sabtu (4 Syawal) bermula jam 11.30 pagi.

Dalam perkembangan yang sama, semua Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Terengganu turut mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada semua rakyat, khususnya para pengundi di DUN masing-masing.



ADUN Sura, Ustaz Wan Hassan Ramli ketika dihubungi berpesan kepada seluruh rakyat agar berbelanja dengan berhemat dalam menyediakan persiapan hari raya.

Beliau yang akan menunaikan solat sunat Idul Fitri di Surau Ustaz Omar, Dungun berkata semoga ibadat yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan dapat mempertingkatkan taqwa kepada Allah SWT dalam memperjuang dan mempertahankan Islam.


ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak yang akan menunaikan solat sunat Idul Fitri di Masjid Taqwa Batu Enam agar ‘kemenangan’ Ramadhan dilanjutkan dengan lebih cemerlang di bulan-bulan yang lain.

ADUN Rhu Rendang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS berpesan supaya walaupun kita bergembira menyambut hari raya, umat Islam hendaklah bersyukur kepada Allah SWT dan menjauhi perkara yang melalai dan melekakan.

Beliau menyatakan demikian dalam perutusannya yang disiarkan oleh Buletinonline beberapa hari yang lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Ismail Dagang menyeru semua ahli dan penyokong PAS mengambil kesempatan melakukan amalan ziarah yang digalakkan oleh Islam pada hari raya Idul Fitri.

”Menziarahi sahabat handai, rakan dan taulan adalah antara amalan yang digalakkan oleh Islam pada hari raya disamping amalan-amalan khusus solat sunat dan bertakbir,
”disamping merapatkan ukhuwah dan silaturRahim dikalangan ahli dan penyokong, peluang ini boleh dimanfaatkan untuk mengunjungi sahabat-sahabat kita dari kalangan penyokong UMNO”kata beliau.



“Inilah masanya untuk kita berdakwah dan mengajak mereka untuk kembali kepada Islam dan meninggalkan perjuangan UMNO yang semakin ‘nazak’,”tambahnya.

Tuesday, September 23, 2008

Mengimarahkan Ramadan Dalam Kereta Api

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Walaupun sesekali bergegar dan berayun anggota badan apabila kereta api bergerak, namun ahli jemaah solat Isyak dan Terawih yang terdiri daripada kakitangan KTMB, media dan penumpang Ekspress Wau dari Kuala Lumpur ke Kelantan, tetap meneruskan ibadah mereka.

Aktiviti solat berjemaah di dalam kereta api itu adalah sebahagian daripada program Pelancongan Ibadah anjuran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bermula 17 hingga 20 haribulan lepas.

"KTMB mahu menggalakkan pelancongan sambil beribadah dan membuang tanggapan bahawa tak boleh melancong semasa bulan puasa," kata Pengurus Besar KTMB, Sarbini Tijan.

Program, yang juga bertujuan untuk memperkenalkan keistimewaan suasana Ramadan di setiap negeri di Malaysia, menjadikan Kelantan sebagai destinasi pertama dengan tema "Uniknya Ramadan Di Kelantan".

"Kelantan dipilih kerana kedudukannya yang jauh dari bandar-bandar besar dan majoriti masyarakatnya beragama Islam yang masih kental dalam mengamalkan budaya Melayu," katanya.

Ia juga sejajar dengan tema Tahun Melawat Kelantan 2008 iaitu "Ibadat Tourism".

UNIKNYA RAMADAN DI KELANTAN

Dengan perkhidmatan yang disediakan oleh KTMB dan usaha Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengadakan Program Ihya' Ramadan di Dataran Sultan Muhammad IV, membolehkan "Ibadat Tourism" mencapai matlamatnya.

Bagi menjayakan Program Ihya' Ramadan di dataran itu pula, orang ramai dijemput berbuka puasa beramai-ramai di dataran dan seterusnya sembahyang Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah.

Makanan hasil sumbangan NGO dan orang ramai diagihkan, tetapi kebanyakan yang hadir memilih untuk membeli aneka juadah yang dijual di bazar Ramadan berdekatan.

Dengan khemah solat berhawa dingin, yang mampu memuatkan 1,200 jemaah tajaan sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka, menambahkan lagi sambutan sehingga ada yang terpaksa bersolat di kaki lima.

"Seronok dapat berbuka di sini ramai-ramai. Jemu buka puasa di rumah saja, jadi datang sini nak cari kelainan. Lepas terawih, kita boleh pergi 'shopping' untuk raya pula," kata Nordin Ghazi, 45, seorang usahawan yang membawa keluarga.

Lain pula bagi Nik Halijah, 42, yang sanggup datang dari Kok Lanas, sejauh 30 km dari Kota Bharu, semata-mata untuk berbuka dan beribadah di situ kerana kehadiran dua orang hafiz yang dibawa khas dari Universiti Al-Azhar Mekah untuk menjadi imam.

"Saya pernah sambut Ramadan di sana (Mekah). Hilanglah sikit rindu pada Mekah sebab bacaan imam hampir sama macam di sana," katanya.

PUASA DEMI KESIHATAN

Solat terawih secara terbuka telah dianjurkan sejak tahun 1994 di Kota Bharu, tetapi pada tahun ini acara tersebut diadakan dalam skala besar dan lebih tersusun.

"Selain aktiviti ibadah biasa seperti tazkirah dan tadarus, kami juga menjemput orang bukan Islam untuk berpuasa bersama muslim dalam Program Puasa Demi Kesihatan," kata Ahli Exco Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kelantan, Datuk Takiyuddin Haji Hassan.

"Memang kegiatan pelancongan merupakan penyumbang besar ke arah perkembangan ekonomi di Kelantan. Orang luar sama ada dari dalam atau luar negeri yang datang pasti membeli-belah di sini sebab barang-barang murah berbanding tempat lain. Tetapi kami juga mahu Kota Bharu dikenali sebagai pusat pelancongan yang mengutamakan ibadah dan menimba ilmu," katanya.

Selain Kota Bharu, rombongan juga dibawa mengikuti Program Memasak dan pemberian dodol kepada penumpang di Stesen KTMB Krai.

KEMBARA ISTIMEWA

"Selain menguar-uarkan perkhidmatan KTMB, program ini juga untuk merapatkan hubungan pekerja kami dengan masyarakat setempat," kata Pengarah Wilayah Timur KTMB, Ibrahim Sulaiman.

Kira-kira 100 kakitangan KTMB, polis, Majlis Daerah, Jabatan Pendidikan dan penduduk setempat bergotong-royong memasak dan mengacau dodol seawal jam tujuh pagi hinggalah tengah hari. Lapan kawah dodol dihasilkan dan disumbangkan kepada penduduk dan pelanggan KTMB.

Kelainan beribadah dalam kereta api dan keramahan rakyat Kelantan, menjadikan kembara ini amat istimewa, serta membuktikan bahawa pelancongan dan ibadah boleh dijalankan seiring.

KTMB turut merancang menganjurkan Program Motivasi Di Atas Keretapi khusus bagi remaja. Program ini akan menjurus kepada mendalami ajaran Islam dan mendidik remaja beribadah terutamanya ibadah solat.

"Kami akan membawa peserta ke sekolah-sekolah pondok di pedalaman supaya mereka dapat menimba pengalaman baru," kata Pengurus Pemasaran Antarabandar KTMB, Mohd Noordin Kimi.

KTMB juga sedang berurusan dengan wakil penduduk beragama Islam di Singapura yang berhajat melakukan ibadah korban dan akikah di Malaysia. KTMB dengan bantuan pihak berkuasa tempatan akan mendapatkan tenaga kerja dan haiwan korban, serta membawa mereka ke lokasi terpilih untuk menyaksikan ibadah tersebut dijalankan.

"Setakat ini kerajaan negeri Kelantan menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan kami," katanya.

-- BERNAMA
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura