Monday, January 31, 2011

Kawal Internet Akan Bawa Kekalahan Kepada BN

BN perlu berfikir panjang sebelum berkeras meneruskan usaha mereka untuk mengawal penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia kerana tindakan mereka ini mungkin akan "memakan diri sendiri".


Rakyat pasti bangun menghukum dengan menolak mereka dalam PRU13 nanti apabila kebebasan ini disekat. Dengan mengawal internet, BN mungkin merasakan rakyat lebih mudah dikawal dan seterusnya mereka dapat menyekat dan mengawal kebangkitan rakyat Malaysia yang semakin cerdik dalam memahami apa itu demokrasi dan keadilan.

Jelas sekali, mengawal internet adalah tindakan terdesak BN yang takut dengan kebangkitan rakyat. Mereka baru sedar bahawa dengan internet, rakyat dapat mengekses segala maklumat yang selama ini tidak didedahkan media arus perdana di Malaysia ini.

Rakyat seharusnya mengambil peluang kebebasan menggunakan internet secara positif untuk menyebarkan segala salah laku dan kezaliman BN selama ini. Jika rakyat Malaysia masih ragu dengan kuasa sendiri (kuasa rakyat) lihatlah mengapa kerajaan China tidak berani mengehadkan penggunaan internet di negara itu walaupun permainan di internet (permainan curi sayur yang sangat popular di sana).

Rakyat Malaysia harus sedar, dengan adanya kebebasan internet, kita dapat mempertahankan hak-hak utama kita iaitu kebebasan bersuara yang sepatutnya tidak dipandang remeh oleh kerajaan BN.

sumber : malaysiakini.com

Syabas & tahniah Cikgu Mala


Ehsan dari Songkok Putih Tranungkite Online......baca DI SINI.

Sunday, January 30, 2011

Tenang Dalam Banjir, Kemenangan UMNO Didahulukan ?

Meskipun Barisan Nasional akhirnya berjaya untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang-nya, namun kemenangan ini pada hakikatnya memberi tamparan sengit kepada slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", tebu yang ditanam di bibir Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Najib Razak.

Apa tidaknya, apabila Tenang dilanda banjir yang setinggi paras pinggang (sedalam dua atau tiga kaki), sehingga menghalang sesetengah pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ia sebenarnya mencerminkan ketidakcekapan dan kepincangan kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan bandar. Belum lagi pertikaian yang semakin kuat didengar, sama ada pengundian perlu dihentikan atau ditangguhkan untuk memberi laluan sepenuhnya kepada kerja penyelamatan dan bantuan kepada mangsa banjir.

Ironinya, ketidakcekapan kerajaan inilah sebaliknya menyumbang kepada kemenangan BN. Pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah misalnya, dikelilingi air bah - menghalang kira-kira 90 orang pengundinya untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing, meskipun hanya satu kilometer jaraknya dari pusat pengundian.

Salah seorang pengundi merungut kepada wartawan MerdekaReview, mereka sudah berada di situ pada jam 4 petang, menunggu agar truk tentera menghantar mereka ke pusat pengundian. Hasrat mereka tidak kesampaian. Mereka akhirnya gagal bergerak walaupun satu kilometer dalam masa satu jam - dan jarak 1 km inilah yang menggagalkan suara mereka untuk diambil kira dalam PRK ini.

Bagaimanapun, UMNO-BN menang dengan majoriti 3,707 undi, lebih kurang daripada matlamat 5,000 undi yang digariskan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebelum ini. Apa yang lebih menarik, sokongan pengundi Cina masih memihak kepada Pakatan Rakyat, meskipun diwakili PAS kali ini - pola yang cukup meresahkan BN, terutamanya MCA dan Presidennya Chua Soi Lek.

Chua Soi Lek: Musuh luar dan dalam

Maklumlah, 14 PRK sejak PRU ke-12 sebenarnya cukup penat buat pemimpin dan penyokong kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pada hakikatnya, tidak banyak ruang khayalan untuk PR menawan kubu BN di Tenang, memandangkan 4,118 undi daripada jumlah keseluruhan datang dari kawasan FELDA.

baca artikel penuh...di sini.

Friday, January 28, 2011

N.27 Merlimau : Penamaan Calon 26 Februari, Pengundian 6 Mac

LABIS : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau telah ditetapkan pada 6 Mac sementara penamaan calon pada 26 Februari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

"SPR telah bersetuju melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan," katanya.

Menurutnya, SPR juga telah bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa bagi setiap pasukan.

Bagi menjalankan pilihan raya kecil Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi Rasmi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan dengan 21 saluran mengundi.

"Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini dengan anggaran belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

Abdul Aziz berkata, Daftar Pemilih Induk Pilihan (DPI) 2009 bagi pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.

Seramai 10, 679 pemilih berdaftatr yang terdiri daripada 10, 643 pemilih biasa dan 36 pengundi pos.

Daftar pemilih pilihan raya bagi pilihan kecil berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011.

"Semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengndi boleh dibuat melalui laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas.

"Selain itu pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya dan pejabat pilihan raya negeri Melaka untuk membuat semakan tersebut, " katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu.

sumber : mstar.com

Hak & Suara Rakyat Tunisia...Malaysia Tiada Kena-Mengena ?

Beberapa hari yang lepas telah berlaku rusuhan di Tunisia sehingga tergulingnya pemerintah diktator Presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Setelah 23 tahun memerintah secara kuku besi dan zalim menyebabkan rakyatnya bangkit menentang bagi menuntut hak mereka. Antara perkara-perkara yang membangkitkan rasa kemarahan rakyat adalah :-

  1. Pemimpin kerajaan sibuk mengumpul harta untuk diri sendiri. Projek dan limpahan kekayaan diagihkan kepada kroni-kroni presiden. Dianggarkan harta presiden di Perancis ialah GBP 3.5 billion hasil dari negara Tunisia yang telah di curi.
  2. Sikap isterinya, Leila Ben Ali yang hidup bermewah-mewah dan boros kerana hobinya yang suka membeli belah di Dubai sehingga ia digelar Imelda Marcos negara arab.
  3. Kadar pengganguran yang tinggi iaitu 14% hingga ramai para graduan tidak mendapat pekerjaan.
  4. Tahap rasuah yang melampau.
  5. Presiden telah mengharamkan semua parti Islam dan mengharamkan pemakaian tudung dan hijab di Tunisia.
  6. Semua projek mesti melalui isteri presiden dan para pembodek dan pengampu kerajaan pasti akan mendapat kerja & projek pembangunan kerajaan.
  7. Kawalan yang ketat ke atas penggunaan internet.
  8. Kesatuan kerja dikawal dan ditutup suara mereka. Pelajar dan universiti dikawal oleh akta universiti.
  9. Dilaporkan bahawa presiden sanggup membeli dan menerbangkan yogurt dari Perancis dengan menggunakan pesawat peribadi bagi tujuan sebuah parti keraian.
  10. Paling tidak berhati perut (sebagai seorang muslim) kerana tidak membenarkan rakyatnya membuat demontrasi anti-Israel dan melarang usaha rakyatnya untuk mengutip dana bagi membantu penduduk Gaza.

Beliau dan isterinya serta keluarganya dikatakan telah melarikan diri ke Jeddah, Arab Saudi. Terkini kerajaan sementara Tunisia telah memerintahkan agar beliau dan isterinya serta keluarga ditangkap dan dibicarakan atas tuduhan salah guna kuasa dan harta negara.

sumber : anuarkarimz.com

Tuesday, January 25, 2011

Habis elaun untuk berkhidmat kepada masyarakat

Sumber : buletinonline

- hanya RM1000 untuk keperluan peribadi
KUALA DUNGUN - Elaun wakil rakyat sebanyak RM5000 kesemuanya dibelanjakan untuk berkhidmat kepada rakyat kecuali RM1000 untuk keperluan peribadi rumah tangga beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukkan sebarang dana untuk wakil rakyat PAS.

"Untuk keperluan rumah RM1000, kenderaan rasmi RM1000, RM3,000 untuk program DUN, (daripada jumlah itu) RM1000 untuk pentadbiran (pejabat wakil rakyat) yang lain untuk program kemasyarakatan,

"termasuk sumbangan Tahun Baru Cina, sumbangan persekolahan, sumbangan menghadapi Ramadhan, Hari Raya Eidul Fitri, Edidul Adha, masjid, surau dan lain-lain,"katanya ketika ditemui selepas program jelajah memeberikan sumbangan kepada masyarakat Tionghua Dungun, sempena Tahun Baru Cina disini semalam.

(Gambar - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada kaum Tionghua di Kuala Dungun semalam, sempena sambutan Tahun baru Cina)

Menurutnya, beliau terpaksa berhati-hati didalam membelanjakan elaun yang diterimanya, kerana keperluan rakyat adalah menjadi keutamaannya.

Katanya, beliau memang sentiasa dalam kesempitan kewangan, namun bantuan dari kawan-kawan, pihak Majlis Tindakan DUN PAS, dan sumbangan orang perseorangan yang muhsinun, dapat menampung pergerakan beliau.

"Setakat ini memang (saya) terpaksa berbelanja dengan berhati-hati kerana keperluan untuk rakyat perlu diutamakan, dalam keadaan kesempitan kewangan,

"bantuan daripada orang perseorangan, daripada DUN (MTD) sendiri, ahli-ahli jawatankuasa dan orang-orang yang tidak mahu disebut namanya (membantu saya),"jelasnya apabila diminta menerangkan bagaimana beliau mengurus perjalanannya sebagai wakil rakyat,

Oleh itu, kata beliau, itulah perbezaan diantara perjuangan Islam, dimana dalam Islam pemimpin hidup secara sederhana bersama masyarakat berbanding perjuangan kepentingan diri, yang hidup mewah tanpa mempedulikan rakyat.

"Disinilah beza bila kita berjuang diatas nama perjuangan Islam (berbanding) perjuangan kepentingan (diri), perjuangan Islam ini ialah, hidup secara sederhana bersama dengan rakyat,

"kerana Yang berhormat dalam Pakatan Rakyat ini adalah yang berkhidmat, rakyat menjadi fokus dan keutamaan,"tegasnya,

Beliau mengambil kata-kata Syaidina Omar menjadi panduannya, "apabila rakyat aku kenyang, aku yang paling akhir kenyang, apabila rakyat lapar, akulah yang mula-mula lapar".

Mengulas peruntukkan RM3 juta untuk wakil rakyat BN yang diumumkan oleh Menteri Besar, baru-baru ini beliau berkata hanya RM1 juta yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan negeri Disember lalu.

Katanya, peruntukkan RM3 juta tersebut adalah peruntukkan pilihanraya,



Monday, January 24, 2011

Sekitar sumbangan limau oleh ADUN Sura

Hari pertama : 24 Januari 2011 (Siri 1)





















Berita program akan menyusul selepas ini.....

Sunday, January 23, 2011

PRK Tenang : Islam Meletakkan Hak Yang Sama Rata Kepada Semua Penganutnya

DUNGUN 23 Januari, Ahad - Islam meletakkan hak yang sama rata kepada semua penganutnya tidak mengira jantina, latar belakang bangsa keturunan atau warna kulit.

Yang DiPertua PAS kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, persoalan siapa yang perlu diangkat menjadi pemimpin bukan isunya, sebaliknya apa yang menjadi keutamaan ialah soal kelayakan yang perlu dilihat dari perspektif Islam.

Menurutnya, Islam menuntut wanita juga perlu diangkat menjadi pemimpin untuk mengetengahkan beberapa isu berkaitan golongan diwakili.

Katanya, sejarah membuktikan, beberapa wanita yang diangkat menjadi pemimpin untuk mewakili rakyat terutama di negeri diperintah Pakatan Rakyat (PR) membuktikan keunggulannya dan berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan berkesan.

“Dalam hal ini, kita melihat keperluan Islam yang anjal kerana bagi sesetengah perkara, wanita memenuhi kriteria dan layak serta boleh diletakkan di barisan hadapan bersama lelaki sebagai pemimpin.

“Lagipun ia sebagai salah satu pendekatan untuk kita mengiktiraf sumbangan wanita selain dapat memartabatkan golongan itu seperti dilakukan junjungan besar nabi kita Muhammad SAW pada zaman pemerintahan baginda,” katanya.kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berkata demikian ketika mengulas isu pencalonan Normala Sudirman, bekas guru sebagai calon Pas menentang Mohd Azahar Ibrahim, bekas pentadbir tanah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang pada 30 Januari ini.

sumber : buletinonline.com

Saturday, January 22, 2011

Debat 100 Hari : Sepatutnya Menjawab Masalah, Bukan Lari Daripada Masalah Yang Dibangkit

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak terimalah debat , jangan banyak helah dan cuba mengalih isu. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah. Sumber yang Pakatan Rakyat perolehi, ialah dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun. Memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP.

Subsidi untuk rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun. Jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah RM47 bilion dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion, maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan.

Ini tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya. Sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana Janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap.

Malangnya Datuk Najib cuba mengalih isu debat kepada isu liwat. Nampaknya saf kabinet negara memang pemimpin lebai malang. Tan Seri Muhyiddin Yasin suruh Pakatan Rakyat naikkan gaji guru yang berkhidmat di negeri Pakatan. Manakala Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri menyuruh negeri Pakatan Rakyat menurun harga barang di negeri pakatan.

Kesemua pemimpin tertinggi Umno fikiran mereka satu skima sahaja gagal menjawab soalan yang berbentuk fakta. Sepatutnya menjawab masalah, bukan lari daripada masalah yang dibangkit.

PAS yakin Datuk Seri Najib bimbang dengan kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.

Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).

HAJI IDRIS AHMAD
Ketua Penerangan PAS

sumber : parti.pas.org.my

Cikgu Mala Kecewa Soi Lek Tak Faham Islam, UMNO Pula Gagal Bantu MCA

LABIS, 22 Jan - Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Dalam temu bual tiga jam selepas disahkan sebagai calon,
Normala melahirkan kekecewaan kerana kepimpinan MCA
masih tidak memahami adat resam diamalkan wanita Islam.
- Foto oleh Choo Choy May

Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

“Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.

“Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno,” kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.

baca artikel penuh...di sini.

Friday, January 21, 2011

Pilihan Raya Kecil Sejak Mac 2008 Hampir Atasi Rekod 1987-90

KUALA LUMPUR, 21 Jan - Sebanyak 15 pilihan raya kecil yang disaksikan sejak 8 Mac 2008 menghampiri jumlah pilihan raya kecil kecil yang berlangsung antara tahun 1987 dan 1990 tetapi masih kurang dua berbanding angka sepanjang tempoh 1995-1999.

Negara menyaksikan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ketujuh dan tiga bulan sebelum pilihan raya umum kelapan pada November 1990.

Malah, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan antara tempoh selepas pilihan raya umum 1990 menjelang pilihan raya umum April 1995.

Pun begitu negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil – jumlah tertinggi sejak awal 1980-an – yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Daripada 17 pilihan raya kecil itu, tiga adalah pilihan raya kecil negeri Sarawak yang lazimnya mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.

Kini, negara bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya kecil kali ke-15 iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ekoran kematian wakil rakyatnya semalam.

Penyandang kerusi itu meninggal dunia dua hari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil ke-14 – kerusi DUN Tenang, Johor – berlangsung di Labis, esok.

Dua hari lalu, DUN Selangor mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Klang pula kosong.

“Adalah jelas kerusi DUN Merlimau akan diadakan pilihan raya kecil sebab ia kosong kerana kematian penyandangnya dan SPR akan mengambil tindakan susulan selepas menerima notis daripada spekaer.

“Dalam kes Pelabuhan Klang, sehingga pagi tadi, saya belum mendapat maklumat sebab saya ada di Labis,” kata timbalan pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi.

Katanya, kekosongan kerusi DUN Merlimau perlu diisi sebab kekosongan wujud sebelum lengkapnya tempoh mandat tiga tahun Parlimen dan DUN.

“Kami tidak menduga begitu banyak pilihan raya kecil akan diadakan, tetapi kami juga tidak terkejut kerana kekosongan boleh wujud disebabkan banyak sebab, antaranya kematian, wakil rakyat letak jawatan, hilang kelayakan dan sebagainya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

baca artikel penuh...di sini.

Thursday, January 20, 2011

ADUN BN Merlimau Meninggal Dunia...Pilihan Raya Serentak Bersama Pelabuhan Klang, Selangor ?

PETALING JAYA : (Kemaskini 8.30 malam) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada Khamis di Hospital Pakar Putra, Melaka, akibat serangan jantung.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof.

Terkini : ADUN Merlimau Meninggal Dunia

"Saya dimaklumkan oleh Pengarah SPR Melaka kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

"Dimaklumkan juga Allahyarham meninggal kira-kira pukul 2 petang," katanya kepada mStar Online di sini.

Minggu lalu Mohamad Hidhir telah dimasukkan ke hospital yang sama selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor bakal diadakan pada 30 Januari ini.

Kemungkinan juga pilihan raya kecil DUN Merlimau bakal diadakan serentak dengan satu lagi kerusi DUN iaitu Pelabuhan Klang di Selangor.

Semalam Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang dengan alasan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama enam bulan.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya perlu meneliti notis makluman daripada speaker DUN kedua-dua negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kalau kes ADUN Merlimau, Allahyarham meninggal, jadi pilihan raya kecil mesti diadakan. Namun kita perlu terima notis makluman daripada speaker terlebih dahulu.

"Lain pula kes di Selangor, kita kena teliti dahulu dokumen-dokumen berkaita kerana kerui berkenaan diisytiharkan kosong. SPR juga belum terima notis daripada Speaker Selangor," katanya.

sumber : mstar.com

Sunday, January 16, 2011

Calon N.05 Tenang : Normala Sudirman...Video Ucapan 6 Januari 2011

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.



Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

sumber : harakahdaily

Calon PAS Tenang Diketahui Sebentar Lagi...Firdaus Atau Normala ?

Dua nama telah dikemukakan kepada PAS pusat untuk dipilih sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

NONEMereka ialah ketua Dewan Pemuda PAS Segamat, Firdaus Mas'ud dan ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman (kanan).

Firdaus (bawah) seorang peguam, juga merupakan exco Pemuda PAS Johor. Normala pula merupaka exco Muslimat PAS pusat dan bekas seorang guru.

Sumber-sumber berkata kedua-dua calon mempunyai peluang yang seimbang untuk dipilih sebagai calon, tetapi PAS dijangka memilih Normala.

Sementara itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pula dilaporkan berkata, PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Tenang malam ini.

NONEKatanya, pengumuman tersebut akan dibuat oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pekan Labis yang akan disertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

"Setakat ini, terdapat dua calon yang dikemukakan kepada kita untukdiputuskan selewat-lewatnya petang ini dan calon tersebut akan diumumkan malam nanti pada jam 8 malam di pekan Labis, Johor," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian tidak menolak kesukaran menentukan siapa calon parti itu yang benar-benar layak dipilih mewakili PAS dalam pilihan raya kecil itu dan mengakui salah seorang calon tersebut ialah wanita.

"Bagaimanapun, pimpinan akan putuskan soal calon itu petang ini," katanya sambil menambah kedua-dua calon itu adalah anak tempatan Tenang.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri.

sumber : malaysiakini.com

Saturday, January 15, 2011

Jurucakap ADUN Nafi Spekulasi Pilihan Raya Kecil Ke-15

Khabar angin bahawa kemungkinan negara bakal menyaksikan pilihan raya kecil ke-15 bertiup kencang apabila dakwaan mengatakan bekas ADUN PKR, Badrul Hisham Abdullah (bawah, bersongkok) telah gagal menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

selangor mb adun and parliament rep gatherng badrul hisham abdullah 130209 02Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Akhbar harian Cina, Sin Chew hari ini melaporkan Badrul Hisham dikatakan gagal menghadirkan dirinya ke sidang DUN sejak enam bulan lalu dan menimbulkan kemungkinan pilihan raya kecil diadakan.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Pada sidang media 29 Oktober 2009, Badrul Hisham mengumumkan hasratnya untuk mengekalkan kerusinya sebagai ADUN Bebas dan berkata beliau tidak dipaksa sesiapun dalam membuat keputusan berkenaan.

Dia memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

azlanBadrul Hisham mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Teng tidak tahu

Sementara itu, speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim ketika dihubungi Malaysiakini berkata khabar angin itu bukan berpunca daripadanya.

“Apa yang anda sampaikan adalah berita bagi saya. Saya tidak tahu kerana bukan saya yang mengeluarkan kenyataan mengenai Badrul Hisham. Berita itu bukannya datang dari saya,” kata Teng.

Ditanya sama ada benar Badrul Hisham gagal menghadiri sidang DUN lebih enam bulan, Teng berkata beliau perlu menyemak rekodnya sebelum mengesahkan perkara berkenaan.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Nafi tak hadir

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu Malaysiakini, wakil rakyat itu gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

NONEKatanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.

"YB hubungi saya malam ini sambil (menyatakan rasa) terkejut dan beritahu apakah benar beliau tidak hadir selama enam bulan menerusi laporan Malaysiakini dan saya beritahu tidak benar sama sekali," katanya.

Ulanginya, Badrul Hisham hanya rmat gagal hadir pada persidangan bajet sahaja atas masalah kesihatan, manakala yang lain dihadiri beliau.

"Pertama pembukaan dewan rakyat dihadiri Sultan Selangor (hadir), kedua sesi persidangan soal jawab (hadir) dan ketiga persidangan bajet pada November tahun lalu, " katanya merujuk di Selangor ada tiga kali persidangan.

sumber : malaysiakini.com

Friday, January 14, 2011

Himpunan Kebangkitan Rakyat : PAS Ganti UMNO 15 Jan...Kegerunan Awal UMNO/BN

KEMAMAN: 14 Jan: Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu kini cukup bimbang dengan strategi 'gelombang' Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno Peringkat Negeri yang diadakan di Dataran Tok Guru Kampung Geliga Besar, Chukai, di sini, esok.

Ini menyebabkan, kerajaan negeri telah menggunakan pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dengan bantuan pihak polis bertindak mencabut hampir 500 bendera PAS yang dipasang oleh petugas parti di sekitar bandar Chukai dan di jambatan Sungai Kemaman.

Tinjauan Harakahdaily mendapati operasi selama satu jam itu berjalan lancar dengan kawalan sebuah kereta peronda polis dan beberapa buah kereta yang dipercayai pasukan keselamatan berpakaian preman (SB).

Pihak PAS Kemaman melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang disifatkan mengikut 'arahan' pimpinan Umno BN Terengganu yang bimbang dengan perhimpunan tersebut.

Program yang bermula jam 9 pagi esok melibatkan pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

sumber : harakahdaily.com

Thursday, January 13, 2011

ADUN Merlimau, Melaka Dimasukkan Ke Hospital...Dilaporkan Stabil

ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dimasukkan ke Hospital Putra di Melaka hari ini selepas mengalami serangan jantung, lapor Utusan Malaysia Online.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri kini ditempatkan Unit Rawatan Kardiologi (CCU) bagi rawatan lanjut.


Pemandu peribadinya, Hassan Rahim berkata, Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 petang ini.


“Sebaik beliau mengadu sakit dada, saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk membuat rawatan tetapi doktor terpaksa menahannya untuk rawatan lanjut,'' katanya.

Katanya, beliau sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini.

Sementara itu menurut jurucakap Hospital Putra, keadaan Mohamad Hidhir dilaporkan stabil sejak dimasukkan ke ICU petang tadi.

sumber : malaysiakini.com

"Tiba-tiba" Robengah Nafi Dirogol ?

Ia sangat sinonim malah dekat dengan hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dengan masyarakat Melayu. Samaada sedar atau tidak sedar; perkataan rogol (selain bunuh atau dibom- tetapi "dibom" sangat jarang berlaku di Malaysia) diulang hampir setiap hari oleh media arus perdana dan hari ini anda menemuinya di sini.

Isu ROGOL bukan sebagai strategi pemasaran murahan tetapi cuba untuk mencari kebenaran dan keadilan terhadap seorang wanita pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol oleh majikannya seorang menteri kira-kira empat tahun lalu. Menteri tersebut masih berkhidmat dalam Kabinet Najib sehingga detik ini.

Maklumat bocor anggota kabinet yang terlibat dalam jenayah rogol ini telah didedahkan kembali dalam WikiLeaks sebelum tersebar dengan meluas di kalangan blog-blog lokal dan laman sosial yang lain. Ia telah menjadi rahsia umum dan semakin rancak diperbualkan rakyat. Memang benar kata sesetangah dari kita; WikiLeaks menyusahkan orang!

Menurut pendedahan "Laporan Investigasi" yang dikeluarkan oleh Migrant Care Indonesia, Menteri yang tertuduh melakukan jenayah rogol ini adalah Rais Yatim yang memegang jawatan sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Kes ini dilihat sebagai "Pembuka 2011 yang panas".

Telah lama diketahui

Persoalan demi persoalan timbul. Anehnya, Menteri tersebut masih "selamat" walaupun laporan mengenainya telah lama sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

sumber : merdekareview.com

Sunday, January 9, 2011

Munajat Perdana : Lebih 30 Ribu Penuhi Stadium Malawati

SHAH ALAM, 9 Jun : Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.
http://1.bp.blogspot.com/_5tPhhg2RFY4/TSm_MsEz9yI/AAAAAAAACXU/HClwcq_NO5k/s1600/090120113736-753239.jpg
Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
http://1.bp.blogspot.com/_5tPhhg2RFY4/TSm_MyE-LtI/AAAAAAAACXc/3L_EYG_hkpU/s1600/090120113729-754744.jpg
Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
http://2.bp.blogspot.com/_5tPhhg2RFY4/TSm_NJBqhGI/AAAAAAAACXk/RMGt_hzDPtY/s1600/090120113735-755836.jpg
Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.
http://2.bp.blogspot.com/_5tPhhg2RFY4/TSm_NR8R6GI/AAAAAAAACXs/jB4GVeB0x7Q/s1600/090120113734-757225.jpg
Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap.

sumber : harakahdaily ... sumber gambar : kerabubersuara.blogspot

Anggota Kongres Amerika Ditembak, Enam Terbunuh

TUCSON, 9 Jan - Seorang lelaki melepaskan tembakan ke atas anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) wanita yang sedang mengadakan pertemuan dengan penduduk kawasannya di luar kedai runcit di sini, membunuh seorang hakim mahkamah persekutuan dan lima yang lain.

Seorang mangsa tembakan di Tucson dibawa ke hospital
menggunakan helikopter - Foto Reuters

Meskipun kejadian menembak di tempat awam bukan sesuatu yang luar biasa, tetapi rakyat AS menimbulkan persoalan sama ada ia kejadian akibat politik pecah belah negara itu.

Anggota Kongres itu, Gabrielle Giffords dari parti Demokrat berada dalam kritikal, tetapi pegawai perubatan optimistik beliau boleh diselamatkan.

Laporan awal menyebut wakil rakyat itu menjadi sasaran penembak tersebut.

Wakil rakyat itu merupakan antara 13 orang yang cedera dalam kejadian tembak.

Turut cedera seorang budak perempuan berusia sembilan tahun dan pembantu wakil rakyat itu.

Giffords, 40, merupakan wakil rakyat penggal ketiga, memenangi pilihan raya separuh penggal November lalu dengan majoriti tipis.

Anggota itu menyatakan sokongan ke atas usaha pentadbiran White House memperkenalkan rang undang-undang kesihatan yang menjadi kontroversi.

Kemarahan ke atas beliau dikatakan meningkat termasuk pejabatnya di Tucson turut menjadi sasaran dipecah masuk Mac lalu dan baru-baru ini seorang muncul dengan pistol pada majlis dihadiri beliau.

Polis berkata pihaknya telah menahan penembak, dikenal pasti sebagai Jared Loughner, 22.

Dia dikatakan menggunakan pistol 9mm untuk menyerang mangsanya.

Tujuan dia bertindak demikian belum dikenal pasti.

Bagaimanapun menurut Syerif Clarence Dupnik dari Pima County, penembak itu seorang yang tidak waras dan kemungkinan tidak bertindak seorang diri.

Presiden AS Barack Obama menyifatkan kejadian itu satu tragedi kepada negaranya.

“Ia satu tragedi bagi Arizona, dan satu tragedi bagi seluruh negara,” isytihar Obama.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai John Roll, 63, iaitu hakim persekutuan; Gabriel Zimmerman, 30, pengarah program komuniti Giffords; Dorwin Stoddard, 76, pastor Gereja Mountain Ave; Christina Greene, 9, murid Mesa Verde Elementary; Dorthy Murray, 76; dan Phyllis Scheck, 79.

Giffords kali pertama dipilih sebagai anggota Dewan Perwakilan Arizona pada 2000 dan senat negeri dua tahun kemudian.

Pada 2006, beliau kelahiran Tucson, memenangi pilihan raya Kongres AS dan mendirikan rumah tangga dengan angkasawan Mark E. Kelly dari New Jersey tahun berikutnya.

Sebelum kejadian ini, yang berlaku semalam (waktu AS), antara Kongres yang pernah menjadi mangsa tembakan ialah Senator Charles Sumner, wakil Republikan iaitu pada 22 Mei 1856.

Pada 1 Mac 1954, lima anggota Kongres cedera apabila empat rakyat Puerto Rican melepaskan tembakan di bangunan Capitol, Washington DC dan pada 18 November 1978, Leo Ryan, anggota

Kongres Demokrat dari California dan empat yang lain terbunuh di Guyana.

Wakil Demokrat New Jersey, Donald M. Payne terselamat serangan mortar ketika mengadakan lawatan ke Mogadishu, Somalia pada 13 April 2009 dan pada 22 Mac lalu, wakil Republikan Eric Cantor berkata, peluru menembusi pejabat kempennya di Richmond dan menerima e-mel ugutan.

sumber : themalaysianinsider.com

Saturday, January 8, 2011

MB Selangor Cabar UMNO Sokong Pindaan, Buktikan Ikhlas Pertahan Raja

SUBANG JAYA, 8 Jan - Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.











Menteri Besar (gambar) merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.

“Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja,” kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.

Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.

Khalid juga berkata, beliau tidak pernah memberi kuasa kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud agar bertindak bagi pihak beliau untuk melantik penggantinya Datuk Mohd Khusrin Munawi.

“Pertama, biar saya mengatakan bahawa menteri besar dan Exco tidak pernah memberi arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk bertindak bagi pihak saya ataupun Exco untuk berurusan dalam soal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata Khalid.

“Jika beliau bertindak (dalam soal itu), beliau bertindak sendiri,” katanya.

Hari ini, Khalid juga menolak tanggapan bahawa krisis yang berlarutan akan menghakis sokongan orang Melayu.

“Pengundi mesti tahu bahawa apa sahaja keputusan kami buat, mereka perlu menilai, sama ada ia akan memanfaatkan mereka,” kata Khalid, menteri besar penggal pertama.

Khalid juga berkata, Sultan Selangor telah memberi jaminan akan mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan negeri meskipun pihaknya tidak bersetuju dengan pilihan penyandang semasa jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Khusrin merupakan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

“Saya gembira Tuanku memberi saya jaminan bahawa kami akan terus mengadakan perbincangan dengan istana,” kata beliau.

Dalam kenyataan terbaru pagi tadi, Khalid menafikan bahawa Ramli dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan memaklumkan kepadanya mengenai pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata sebaliknya KSN telah menyerahkan senarai nama calon Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Sultan Selangor melalui Ramli tanpa memaklumkannya kepada Khalid.

“Menteri Besar menegaskan bahawa beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010 dan cara ini ternyata

tidak menepati prosedur serta membelakangkan Menteri Besar selain mengetepikan amalan telus dan profesional.

“Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Menteri Besar,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam, Ramli berkata beliau telah menyenaraikan lapan nama yang layak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan senarai nama itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor serta salinannya turut diberikan kepada Menteri Besar dan Jabatan Perkhidmatan Awam, kira-kira tiga bulan sebelum beliau bersara.

Faekah berkata perkara itu terbongkar apabila pada 21 Disember lepas, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani telah menghantar surat

kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang beliau hantar kepada Ramli berkenaan perkenan Sultan Selangor melantik Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

sumber : themalaysianinsider.com

Friday, January 7, 2011

Najib (Bertemu MP BN Esok) : Apa Yang Didakwa Berlaku Itu Pada 2007, Persoalannya Kenapa Sekarang ?

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat, mengesahkan akan bertemu dengan Anggota-anggota Parlimen daripada Barisan Nasional esok.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata perjumpaan itu adalah dengan "tujuan biasa" untuk mengetahui keadaan di kawasan masing-masing.

"Ini merupakan satu usaha dalam proses transformasi politik yang telah saya nyatakan.

"Saya perlu memberitahu mereka tentang apa yang mereka harus lakukan dan saya perlukan pendapat mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Ditanya sama ada pertemuan itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13, Najib berkata : "Semuanya menjurus kepada pilihan raya umum. Kita mahu dipilih semula. Kita mahu berkhidmat kepada rakyat dan terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan." Ketika ditanya mengenai pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin baru-baru ini, yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin kanan PAS, Najib berkata: "Saya dan rakan-rakan lain dari pimpinan PAS menghormati jemputan Yang di-Pertuan Agong, sebab itulah kami hadir."

"Kita harus hormati persefahaman mengenai pertemuan itu, dan Yang di-Pertuan Agong mahu supaya ianya satu pertemuan tertutup. Saya hormati permintaan itu."

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga hadir pada pertemuan itu, turut enggan mengulas tentang hasil pertemuan yang berlangsung di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, pada 24 Disember lepas.

Ketika diminta mengulas tentang tuduhan dalam sebuah blog kononnya seorang menteri kabinet terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007, Najib berkata : "Apa yang didakwa itu berlaku pada 2007. Persoalannya kenapa sekarang (ia dibangkitkan).

"Beliau telah membuat kenyataan (menafikan dakwaan itu) dan beliau sanggup untuk disiasat. Kita tidak boleh membuat andaian dan memutuskan apa-apa kecuali jika satu siasatan dijalankan."

sumber : mstar.com

Wednesday, January 5, 2011

78 Kerusi Parlimen Yang Menentukan Pendemokrasian Malaysia

Seandainya dilihat dari senario terkini, kunci yang bakal menentukan proses pendemokrasian Malaysia mungkin jatuh pada 78 (lebih satu pertiga) daripada 222 kerusi parlimen. 144 kerusi parlimen yang selebihnya kemungkinan mengekalkan status quo masing-masing.

Barisan Nasional

Selepas 8 Mac 2008, Barisan Nasional menguasai 140 kerusi parlimen, sementara parti pembangkang memperolehi 82 kerusi parlimen. Namun, empat pilihan raya kecil (PRK) yang melibatkan kerusi parlimen dan lapan orang yang keluar parti (Ibrahim Ali bukan ahli PAS, kedudukannya lebih sebagai ahli parlimen tanpa keahlian parti), menjurus kepada senario 143:77. (rujuk Jadual 1 dan Jadual 2)

baca artikel penuh...di sini.

Monday, January 3, 2011

Krisis Minyak Masak - BN (Barang Naik)

Sekarang ini krisis kekurangan bekalan minyak masak sudah mula dirasai. Inilah hadiah tahun baru 2011 yang bakal dihadapi oleh seluruh warga terutamanya 'ketuanan melayu'.



Dulu, kita dikejutkan dengan kekurangan bekalan gula. Maka berkokoklah juak-juak pencacai dan pengampu UMNO B-end memberi ulasan logiknya kenaikkan harga gula.

Berkatalah, "penggunaan gula secara berlebihan boleh membawa kegemukan berikutan kadar kalori yang tinggi dan mendedahkan pengguna kepada pelbagai jenis penyakit termasuk diabetes, kolesterol tinggi, darah tinggi dan penyakit jantung.

Oleh itu, kurangkanlah makan manis atau hindarkan terus".

Apabila minyak masak bakal dinaikkan harga, perkara yang sama akan didendangkan sekali lagi oleh menteri yang menjaga kementerian tersebut dengan berkata "kita patut kurangkan makanan yang bergoreng sebaliknya makanlah masakan yang direbus sahaja". Apa punya turr!... mentaliti menteri UMNO.

sumber : payahsungguh.blogspot.com

Sunday, January 2, 2011

PRK Tenang : PAS Pilih Calon Sesuai 9 Januari

LABIS : PAS akan bermesyuarat pada 9 Januari ini bagi memilih calon parti yang dijangka membuat kejutan dan memenangi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang dijadualkan pada 30 Januari depan.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata mesyuarat itu meneliti calon yang bakal diturunkan di Tenang.

“Kami belum terima nama-nama calon tetapi saya dimaklumkan ada wanita yang dicalonkan (dicadangkan). Calon wanita itu dari Johor. Walaupun dikatakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), bukan memeranjatkan kemenangan mampu dicapai PAS berdasarkan keupayaan menang dalam beberapa pilihan raya kecil di kawasan yang dikuasai Barisan Nasional (BN).

“Ini terbukti di Arau dan Kuala Terengganu. Kita (PAS) menang, tidak mustahil kita boleh menang di Tenang. Keyakinan itu berikutan beberapa faktor termasuk (PAS) berjaya menurunkan majoriti besar antara Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008.

“Pada pilihan raya kecil kali ini, kita juga akan disertai rakan (dalam pakatan pembangkang) yang mempunyai pengalaman dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Malah, kita turut melakukan kajian ‘post mortem’ setiap kali kita menang mahupun kalah,” katanya.
“Itulah yang menjadi kekuatan kita,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PAS Labis, di sini, lewat petang semalam.

Hadir sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Sementara itu, Hadi berkata, PAS akan mengadakan mesyuarat pada 9 Januari depan bagi meneliti calon yang bakal diletakkan di Tenang.

“Kami belum terima nama-nama calon tetapi saya dimaklumkan ada wanita yang dicalonkan. Calon wanita itu dari Johor,” katanya.

Sementara itu, Salahuddin Ayub ketika melancarkan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat, berkata PAS berjanji akan membuat kejutan pada pilihan raya kecil Tenang.

“Kita sedar Johor adalah kubu kuat BN tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh buat kejutan. Tunggu saja strategi serta program yang kita akan laksanakan nanti,” katanya.

sumber : bharian.com

PRU-13 : Najib Jumpa Semua MP BN 8 Januari

najib2Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabtu depan di sebalik spekulasi bahawa perdana menteri kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum dalam waktu terdekat. Pengerusi BN itu dijadual akan mengadakan pertemuan dengan kesemua ahli Parlimen untuk mendapatkan maklum balas mengenai langkah mengadakan pilihan raya umum awal memandangkan pemimpin-pemimpin perikatan itu kelihatan berbelah bahagi dalam soal itu.

Najib (gambar) kini bercuti di Timur Tengah.

“Najib akan bertemu dengan setiap ahli Parlimen BN selama lima minit pada 8 Januari. Pertemuan itu dijangka mengambil masa kira-kira 11 jam, jadi kemungkinan akan berlarutan sehingga Ahad ( 9 Januari),” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Seorang ahli Parlimen BN mengesahkan pertemuan itu sambil berkata Najib telah meminta mereka melaporkan pandangan tentang persediaan di bahagian masing-masing.

“Kami kena berikan satu laporan. Tetapi lima minit adalah waktu yang singkat kecuali setiap orang yakin dan mengatakan kesemuanya OK,” kata wakil rakyat itu.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan pada suku pertama tahun depan ketika cuti sekolah bulan Mac.

Bagaimanapun BN sekarang dikatakan mempertimbangkan untuk menangguhkannya sehingga apabila projek-projek ekonomi diperkenalkan Najib mula merancakkan ekonomi tempatan.

baca artikel penuh...di sini.

Saturday, January 1, 2011

Pemuda PAS DUN Sura Sahut Cabaran Dato' Pesuruhjaya Terengganu, Serang Habisan UMNO/BN Sehingga PRU-13

DUNGUN - 1 JANUARI 2011 : Pemuda Dun Sura yang dikepalai oleh Skuad Sebaran (SQUBA) berjaya menganjurkan satu XPDC Dakwah sempena sambutan tahun baru 2011 di Dataran Sura Gate, Dungun semalam.Dengan kehadiran petugas seramai 20 orang itu, risalah tahun baru ini telah diedarkan kepada para pengunjung di salah sebuah Bistro & Cafe Sura Gate yang menjadi tempat sambutan tahun baru kali ini.

Tidak seperti tahun-tahun lepas, sambutan tahun baru ini biasanya diadakan di Dataran Merdeka Dungun dengan pengisian seperti nyanyian konsert dan dentuman mercun tepat jam 12 tengah malam.

Sebelum edaran risalah dimulakan, satu taklimat oleh Ketua Penerangan Pemuda Dun Sura telah diberikan kepada para petugas agar lebih mesra dan tidak bertindakbalas atas segala kemungkinan yang mungkin berlaku sepanjang edaran risalah berlangsung.
Walaupun kehadiran kami disambut baik oleh para pengunjung dengan menerima setiap risalah yang diedarkan, pihak penganjur nampaknya tidak begitu selesa dengan tugasan para pemuda ini.Edaran risalah tangan ke tangan, meja ke meja ini sedikit menggusarkan dan merimaskan sebahagian ahli Umno yang turut serta dalam majlis sambutan tahun baru ini.

baca artikel penuh...di sini.
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura