Tuesday, November 30, 2010

Memorandum Bantahan Kezaliman & Salahurus Tadbir Majlis Perbandaran Dungun

MEMO BANTAHAN

KAMI JAWATANKUASA BERTINDAK MENANGANI PENYALAHGUNAAN KUASA MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN MEWAKILI SEBAHAGIAN BESAR PENDUDUK DAERAH DUNGUN MENGEMUKAKAN BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA TERHADAP BEBERAPA TINDAKAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN (MPD) YANG MELIBATKAN SALAHURUS TADBIR, PENYALAHGUNAAN KUASA DAN TIDAK PRIHATIN BEBANAN PENDUDUK DALAM PENGURUSAN PERBANDARAN DAERAH DUNGUN.

BANTAHAN KAMI INI SECARA KHUSUS DITUJUKAN KEPADA BEBERAPA ISU DAN TINDAKAN YDP/ MPD SEPERTI BERIKUT;

1) Sikap double standard YDP/MPD yang secara terang terangan membelakangkan polisi dalam pemberian kemudahan kelulusan berniaga kepada bangunan milik MPD dan kroni namun di masa yang sama terdapat banyak bangunan milik individu yang dipersulitkan kelulusan tersebut.

2) Layanan istimewa dan amat mencurigakan yang diberikan kepada syarikat perniagaan luar seperti Mc Donald namun di masa yang sama peniaga-peniaga tempatan terus dibebankan dengan pelbagai syarat yang tidak munasabah dan membebankan.

3) Perancangan penempatan perniagaan menurut zon yang diputuskan tanpa perbincangan yang mendalam dengan peniaga dan pengusaha yang terlibat dilihat amat tidak beretika dan melangkaui batas-batas keadilan serta menunjukkan satu bentuk urus tadbir ekonomi yang tidak praktikal dan efisen.

4) Penguatkuasaan beberapa peraturan perniagaan dan perumahan yang bukan sahaja membebankan rakyat bahkan mampu membantutkan kerancakan pertumbuhan ekonomi dan kuasa beli rakyat.

5) Cadangan kenaikan melampau cukai pintu premis perniagaan yang mampu memberikan kesan buruk jangka panjang dan pendek pada pemilik bangunan secara khususnya dan pertumbuhan ekonomi daerah secara amnya.

6) Pembaziran secara berleluasa dalam menguruskan wang rakyat dengan memberikan keutamaan kepada pembinaan dan pengubahsuaian tidak perlu dan mewah, yang tidak banyak memberikan manfaat kepada penduduk setempat serta tidak memberikan pulangan ekonomi yang sepadan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan.
Walhal, di masa yang sama, beberapa masalah besar dan lapuk yang dihadapi oleh peniaga dan penduduk tempatan seperti lokasi dan struktur usang Pasar Besar Dungun, kenaikan mendadak sewa bangunan milik MPD, mutu pengurusan kebersihan dan perbandaran, tidak diberikan keutamaan yang sewajarnya.

7) Penganjuran atau pemberian permit kepada program-program hiburan yang bercanggah dengan Islam dan budaya ketimuran dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pertambahan gejala sosial dan keruntuhan akhlak muda-mudi.


JUSTERU, KAMI DENGAN TEGASNYA MENUNTUT YDP/MPD MEMBERIKAN PERHATIAN YANG SERIUS TERHADAP BANTAHAN YANG DINYATAKAN DI ATAS.
KAMI MENUNTUT SUPAYA PRINSIP KEADILAN, KETELUSAN DAN BERINTEGRITI MENJADI DASAR PANDUAN MPD DALAM URUSAN PENTADBIRAN DAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN MPD.

KAMI JUGA MENDESAK AHLI-AHLI MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN BENAR- BENAR MEMAINKAN PERANAN MEMBAWA SUARA RAKYAT TERAMAI DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAERAH DUNGUN, DAN TIDAK SEKADAR MENJADI ‘RUBBER STAMP’ SERTA MENJAGA KEPENTINGAN AHLI POLITIK DAN KRONI SEMATA-MATA.

KAMI JUGA INGIN MENGINGATKAN BAHAWA SEMUA PERBUATAN SALAH URUS TADBIR AKAN TERUS DIBANTAH DAN MENDAPAT TINDAKAN SEWAJARNYA DARIPADA KAMI.

INGATLAH JUGA SEMUA YANG TERLIBAT NANTINYA AKAN DIPERSOAL DI HADAPAN ALLAH KERANA MENGKHIANATI AMANAH YANG DIBERIKAN OLEH RAKYAT

DI BAWAH INI KAMI LAMPIRKAN BERSAMA TANDATANGAN SEBAHAGIAN MEREKA YANG MENYOKONG BANTAHAN INI.



JK BERTINDAK
MENANGANI PENYALAHGUNAAN KUASA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

23 Zulhijjah, 1431
30 November, 2010



p/s : Berita dan gambar sekitar penyerahan Memorandum Bantahan di MPD akan menyusul selepas ini

Sunday, November 28, 2010

Rasuah & Penyalahgunaan Kuasa : Cara Orang Kampung Lahirkan Rasa Bencinya

'Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya'. Begitu juga orang kampung yang benci dengan pelbagai penyelewengan yang dilakukan pemimpin kerajaan dan parti yang memerintah.

photo
gambar hiasan

Bagi Pakcik Yeop Othman, 70, beliau mempunyai cara tersendiri menyampaikan rasa tidak senangnya terhadap gelagat dan tingkah laku pihak yang melakukan pelbagai penyelewengan ini.

Ketika menceritakan kejadian itu, Pakcik Yeop yang mengingat kembali kejadian yang berlaku pada petang kelmarin sambil berkata:

"Pak Chik sungguh tak sangka yang datang ke gerai durian Pakcik di petang itu adalah seorang menteri, iaitu Dato' Seri S. Samy Velu.

"Dalam keadaan rasa panik, tiba-tiba Pak Chik ditanya oleh beliau berapa harga semua buah durian ini?

"Pak Yeop kata, ia tak mahu dijual. Dah ada orang yang membelinya," cerita Pakcik Yeop kepada Harakahdaily.

Maka, kata beliau, S. Samy Vellu pun beredar dengan rasa kehairanan serta memikirkan seribu andaian dengan apa yang dikatakannya itu.

Padahal, katanya, durian itu belum lagi dibeli oleh sesiapa tetapi bila terbayang dengan segala masalah yang dibuat menteri itu, beliau tak mahu menjualnya.

Pakcik Yeop adalah seorang veteran PAS Perak. Beliau mempunyai gerai durian di Jalan Kuala Kangsar - Ipoh.

Kejadian itu telah diceritakan sendiri oleh Pakcik Yeop Othman, seorang bekas polis hutan di zaman komunis dahulu kepada wakil Harakahdaily ketika berjumpa dengan beliau dalam satu majlis ceramah PAS di Kuala Kangsar kelmarin.

Sebelum ini, kata Pakcik Yeop yang berasal dari Kg. Hulu Karai, beliau juga melakukan tindakan yang sama kepada seorang pembeli durian beliau.

Pada suatu hari, katanya, beliau telah bersetuju menjual durian kepada seorang pembeli Melayu di tempat yang sama pada sedikit masa lalu.

"Setelah persejutuan jual beli dibuat dan wang pun telah dibayar, maka saya pun mengambil buah-buah durian berkenaan untuk diletakkan ke dalam bot kereta si pembeli itu.

"Tapi agaknya sudah hendak jadi cerita, tiba-tiba Pak Chik terpandang satu fail bertanda warna merah lambang Umno pada kulit depanya.

"Darah Pakcik pun tiba-tiba rasa meruap dan serentak itu juga pakcik turunkan balik semula buah-buah durian tadi ke gerai dengan berkata, durian tak mahu jual!

"Orang itu bertanya kenapa, apa pasal? Pakcik jawab, "Sebab kamu orang Umno," kata Pak Yeop pendek.

Kata Pakcik Yeop, beliau tidak boleh menerima pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Umno sekarang.

Selain dari itu, tidak ada apa yang beliau boleh lahirkan kamarahannya selain tidak menjual durian kepada mereka, cerita Pakcik Yeop lagi.

sumber : groups.yahoo.com

Friday, November 26, 2010

10 Zulhijjah Di Cawangan Bunga Raya, Dungun

DUNGUN 27 November, Sabtu - Sepertimana tahun sebelumnya, ibadah qurban yang diadakan sekitar seluruh cawangan dalam DUN Sura berjalan dalam suasana meriah dan mendapat sambutan dari segenap lapisan masyarakat.

Tahun ini, lebih 70 ekor lembu telah diqurbankan sepanjang dua hari - 10 dan 11 Zulhijjah baru-baru ini.

Sementara itu, sebanyak 464 beg beras yang disumbangkan melalui ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah diagihkan kepada seluruh faqir miskin di DUN Sura sempena Aidiladha tahun ini.


Di cawangan Bunga Raya, seramai 36 orang faqir miskin telah menerima sumbangan daging qurban dan beras pada 10 Zulhijjah baru-baru ini. Sumbangan telah disempurnakan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Wednesday, November 24, 2010

MEMALI: Wajib Terus Menentang ISA


GAMBAR HIASAN - Lawatan Cawangan Tanah Lot ke pusara Syuhada pada 15 Ogos 2008 lalu.



oleh : Harakah Kedah

BALING: Seluruh ahli PAS wajib meneruskan penentangan kepada kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), demikian ditegaskan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu semasa berucap pada penutup Majlis Memperingati 25 Tahun Memali di sini 21 November lalu.

Menurut beliau, Ustaz Ibrahim Libya tidak pernah tunduk kepada undang-undang zalim dan bertegas bahawa haram melakukan penahanan di bawah ISA.

As-Syahid Ustaz Ibrahim jelas Mohamad, lebih rela mati dari hidup tetapi menghadapi kezaliman ISA dan beliau telah pun membuktikannya.

“Oleh itu kita harap penentangan ke atas ISA wajib diteruskan,” seru beliau disambut laungan takbir lebih 5,000 hadirin.

Pun begitu beliau mengingatkan, apabila PAS menerajui Putrajaya kelak, jangan ada di kalangan pendokong PAS terfikir untuk menggunakan akta itu kepada musuh politik.

Tegasnya, PAS tidak reda untuk akta itu digunakan kepada sesiapa sahaja sebaliknya perlu pinda undang-undang lain.

Beliau turut menegaskan, ahli PAS wajib menyokong sistem pengajian Islam sebagaimana yang diasaskan As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud untuk terus lahirkan mujahid dan mujahidah yang akan mendokong perjuangan Islam.

Mengulas keputusan mahkamah membebaskan mangsa tuduhan Himpunan Bersih dan rumusan hakim bahawa pihak polis telah melanggar perlembagaan negara yang menjamin kebebasan beragama dan berhimpun, beliau menggesa pihak polis tidak lagi mengganggu semua himpunan aman selepas ini.

Beliau turut menyeru kebebasan media terus diperjuangkan berikutan kedudukan Malaysia tercorot.

Secara menyindir beliau berkata, kerana itu Persidangan Wanita Pertama anjuran Datin Rosmah Mansur hanya diwakili wanita dari negara-negara tersebut.

Tuesday, November 23, 2010

PM terima gaji RM22,826.65 mulai 2004



Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lalu ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

- Bernama

Monday, November 22, 2010

Perlu Pengorbanan Untuk PAS Ganti UMNO

Aidil Adha 1431 telah berlalu pada 17 hb November 2010. Banyak binatang ternakan telah dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS.

Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 “ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”. Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.

Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa keraguan untuk melaksanakannya. Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada penghayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S

Nabi Ibrahim dan Nai Ismail telah melaksanakan tuntutan Allah SWT apabila diarahkan oleh Allah. Bukan baginda tidak sayang kepada anak, tapi baginda lebih sayangkan Allah daripada segalanya. Baginda mahu menjadi hamba Allah yang tunduk kepada perintah Allah walaupun terpaksa berkorban dengan apa yang baginda sayang. Dalam usia yang sudah lanjut Allah uji baginda untuk korbankan zuriat yang boleh membantu baginda ketika tua, tetapi baginda yakin Allah akan membantu baginda walau pun tanpa ada anak.

Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW, Bermaksud

“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian ulamak dan orang yang seumpamanya”

http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2010/11/DSTG-rasmi-seminar-PAS-ganti-UMNO.jpg

Untuk Pas menggantikan umno yang sudah rapuh dan tidak bermaya untuk bergerak sendiri.Kerana umno hanya mempunyai talian hayat daripada media, wang dan jentera kerajaan sahaja. Umno sudah hilang roh perjuangan, ibarat seperti kayu reput, isinya dimakan bubuk, walau pun di luar nampak gah perkasa dan bergaya.

baca artikel penuh...di sini.

Sunday, November 21, 2010

Ainul Mardhiah...Bidadari Untuk Mereka Yang Berjihad Fi Sabilillah (Video TGHH : Tak Nak Keluar Berjuang Islam ?)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan Ratu kepada segala bidadari-bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.a. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.




Rasulullah saw bersabda,“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara; tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya".
(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah
(bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; (ar-rahman : 56)


Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (ar-rahman : 58)


Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; (ar-rahman : 70)


Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; (ar-rahman : 72)

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; (ar-rahman : 74)


'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.

senyum3

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.


Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.


Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi).

Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga...

sumber : mesra.net

Memperingati Memali...Ucapan MP Pendang Di Parlimen, Mac 2002

Sempena Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985

1:


ikuti rakaman video penuh...di sini.

Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno.

Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.

"PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.

"Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.

"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi.

baca artikel penuh...di sini.

Friday, November 19, 2010

Banjir Kilat Di Kota Makkah

Air naik ganggu jemaah ke Kaabah selepas lontar jamrah di Mina

MINA : Hujan menyebabkan di beberapa tempat di kota Makkah dinaiki air semalam sekali gus mengganggu sebahagian jemaah dari Mina yang dalam perjalanan ke Kaabah bagi menunaikan ibadat terakhir Haji tahun ini selepas melontar jamrah.

Foto

Hujan melanda Mina sejak petang kelmarin ketika jemaah mula keluar dari kawasan perkhemahan di Mina bagi melontar jamrah pada hari ketiga.

Air separas buku lali memenuhi jalan raya dari Mina ke Makkah dan menyebabkan lalu lintas tersekat. Kenderaan terkandas di jalan raya yang dinaiki air. Anggota polis trafik dilihat membantu kereta kecil keluar dari air banjir.

Air dilihat menuruni bukit di Mina dan masuk ke dalam khemah jemaah menyebabkan tilam dan barang lain dihanyutkan.

“Di sesetengah khemah, keadaan agak kelam-kabut. Orang ramai berlari untuk mengelak daripada arus air deras,” kata seorang jemaah kepada jurugambar Arab News.

Selepas air surut, jalan raya di Mina dipenuhi pelbagai jenis sampah. Jam tangan dan barang kemas dihanyutkan manakala peniaga tepi jalan meninggalkan kedai bagi mengelak hujan lebat.

Hujan lebat memeranjatkan jemaah namun ia tidak mengejutkan pihak berkuasa Pengurusan Jemaah Asia Selatan. Seorang daripada mereka berkata: “Kami sedia menghadapi hujan seperti diramal.

“Syukur, hujan berlaku pada hari terakhir Haji ketika jemaah berada di Mina. Jika hujan turun lebih awal, keseluruhan jentera pentadbiran akan kucar kacir.”

Televisyen Saudi menunjukkan jemaah terus melontar jamrah dan mengelilingi Kaabah. Ribuan jemaah masih berada di Mina bagi menghabiskan acara melontar.

Jemaah yang gagal meninggalkan Mina sebelum malam perlu tinggal sehari lagi. Ramai jemaah gembira dapat menyelesaikan haji. Pengulas India Muslim terkenal, Ausaf Vasfi, berkata semuanya lancar.

sumber : bharian.com

ADUN Sura Ucap Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & STPM 2010

DUNGUN 20 November, Sabtu - Di atas sikap prihatin dan cakna terhadap bidang pendidikan, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, JK Pelajaran DUN Sura serta seluruh warga kerja PAS DUN Sura mendoakan kejayaan kepada semua calon peperiksaan SPM dan STPM yang akan menduduki peperiksaan berkenaan yang akan bermula pada 23 November, Selasa ini.


" Saya mendoakan calon-calon peperiksaan SPM dan STPM di semua pusat peperiksaan seluruh DUN Sura dan Dungun amnya serta seluruh negara moga dikurniakan kemudahan untuk menjawab soalan dengan baik, "

(Gambar hiasan...Adik Nuradilah Binti Yusof, pelajar cemerlang
STPM 2009 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar sedang
menerima sumbangan penghargaan daripada
Y.B. ADUN Sura di rumah bapanya di Kg. Tanah Lot)

" Moga kejayaan yang diimpikan bukan sahaja sebagai bekalan untuk dunia semata-mata, bahkan yang lebih utama adalah boleh menjadi bekalan untuk dibawa ke akhirat, kita tidak mahu kejayaan yang dikecapi hanya di bidang akademik semata-mata tanpa memberi perhatian kepada akhlaq pelajar yang berjaya, " demikian harapan ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun.

Sementara itu, menurut
kenyataan media oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Abdul Ghafar bin Mahmud, peperiksaan bertulis SPM 2010 akan berlangsung dari 23 November hingga 20 Disember 2010, seramai 467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 26,142 orang petugas peperiksaan dan 22,183 orang pemeriksa skrip jawapan calon telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.

Kenyataan akhbar Majlis Peperiksaan Malaysia pula menyebut,
seramai 53,674 orang calon akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 760 buah pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 23 November hingga 16 Disember 2010.

Daripada seramai 53,674 orang calon itu, 47,369 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,467 calon sekolah swasta, 4,593 orang calon persendirian individu, 235 calon sekolah kerajaan negeri, dan 10 orang calon sekolah Integriti.

Hujan Lebat Monsun Dijangka Melanda Negeri Di Pantai Timur

KUALA LUMPUR, 19 Nov - Keadaan cuaca yang lembab dijangka berterusan sepanjang bulan ini dan Disembar di utara Semenanjung manakala hujan lebat monsun pula dijangka melanda negeri-negeri di sebelah pantai timur.

http://i268.photobucket.com/albums/jj9/alonrider/Lingkungan%20Hidup/banjirpemdacibinong.jpg

Sementara itu, di Sabah dan Sarawak, dua kejadian hujan lebat dijangka berlaku mulai bulan Disember hingga pertengahan Februari tahun depan.


"Keadaan cuaca ini adalah kesan daripada keragaman iklim semula jadi dunia yang dipengaruhi fenomena La Nina, yang diramalkan akan berterusan sehingga suku pertama tahun depan," kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan.

Jabatan itu berkata perkembangan fenomena La Nina menyebabkan monsun timur laut bermula lebih awal dan berkeadaan lebih lembap berbanding biasa, dan dijangkakan sebanyak empat hingga lima kejadian hujan lebat berlaku, yang boleh mengakibatkan banjir.


Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, ketika ini tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan hujan lebat monsun kali kedua akan berlaku dalam tempoh seminggu akan datang.


"Namun, jumlah hujan bagi negeri-negeri pantai timur di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka meningkat bermula Rabu hingga Jumaat depan," katanya.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan bersedia menghadapi musim tengkujuh dan mengikuti perkembangan cuaca melalui media.

sumber : bernama.com

Wednesday, November 17, 2010

Produk Yahudi diberi layanan istimewa Majlis Perbandaran Dungun.





Awal November baru-baru ini, warga Dungun berpusu-pusu memenuhi hari pembukaan restoran makanan segera, McDonald's bertempat di Jalan Baru,Dungun.Tapak asal pembinaan restoran ini adalah deretan kedai peniaga-peniaga Melayu antaranya kedai makan yang menjadi tumpuan siang dan malam.

Sebelum itu dinaikkan kain rentang 'countdown' ke hari pembukaan bagi mewar-warkan ke rakyat Dungun yang mungkin ternanti-nanti sudah sekian lama pembukaan restoran terkenal ini.Pembinaan yang nampak seolah-olah terkejar-kejar 'due date' itu menambahkan lagi kesibukan dan kerancakan suasana di sekitar premis tersebut.








Hasil tinjauan yang dibuat, kerja-kerja terakhir pembinaan premis tersebut masih lagi diteruskan di tingkat atas dan pada masa yang sama di tingkat bawah telah dibuka kaunter jualan makanan segera itu.


BACA seterusnya DI SINI...

Kenali VAT 69/UTK Atau 69 Komando

VAT 69/UTK atau 69 Komando dan Unit Tindak Khas merupakan pasukan Operasi khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.

69 Komando

69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis.

Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan 69 Komando dan akan menjalani latihan asas komando.

Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar Grik, Perak untuk melatih platun percubaan 69 Komando. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama 69 Komando. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan.

Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri.

Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.

Unit Tindak Khas

Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas kedua PDRM selepas 69 Komando. Unit ini dipercayai ditubuhkan selepas Malaysia digegarkan dengan serangan pengganas (bukannya pengganas komunis) oleh sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Nippon Seki-gun telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black September Palestin pada tahun 1973.

Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Sepertimana 69 Komando, Unit Tindak Khas telah mendapat latihan daripada para jurulatih SAS dan dipertingkatkan dengan taktik yang berlainan oleh SWAT Amerika dan dibekalkan dengan persenjataan khas seperti S&W .38 dan Colt M1911A1 serta Colt M16A1, mengamalkan taktik-taktik khas terkini yang diamalkan oleh unit-unit SWAT Amerika Syarikat.

Dalam sesi penyertaan, hanya 20 orang pegawai polis sahaja yang telah berjaya dalam pemilihan ini. Pasukan ini turut menjalankan kawalan keselamatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 bersama dengan Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.

baca artikel penuh...di sini.

PNB Tidak Beniat Untuk Membina Menara 100 Tingkat ?

Jelas, Kuala Lumpur tidak berdepan dengan fenomena "lebih keperluan penghunian daripada penawaran". Justeru itu, pembinaan Menara 100 tingkat hanya akan menjadikan masalah "lebih penawaran daripada penghunian" semakin ketara. Ia belum termasuk pembangunan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) dengan nilai anggaran RM26 bilion, dan projek pembangunan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi

Justeru itu, dalam senario sedemikian, timbul persoalan mengapa kerajaan atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) tetap mahu membina Menara 100 tingkat? Menurut PNB, ibu pejabat asalnya (gambar kiri) berusia genap 30 tahun apabila Menara 100 tingkat siap dibina pada tahun 2015. PNB memerlukan sebuah bangunan ibu pejabat baru untuk memenuhi keperluan perkembangan dan pembangunan syarikat dan anak syarikatnya pada masa yang akan datang.

Dengan ini, Menara 100 tingkat bakal menjadi bangunan ibu pejabat baru PNB, sementara bangunan ibu pejabat asalnya akan diubahsuai, dipertingkatkan, dan kemudiannya disewakan, untuk membawa pendapatan melaluinya.

Bangunan 100 tingkat diperlukan?

Namun, terdapat kontradiksi di sebaliknya. Jikalau bangunan asal ibu pejabat - Menara PNB telah sampai ke tahap di mana penghunian ruang pejabat mencecah 100%, maka syarikat ini mungkin memerlukan bangunan pejabat yang lebih besar untuk menampung keperluan berikutan pengembangan perusahaan syarikatnya. Persoalannya, adakah PNB memerlukan sebuah menara 100 tingkat? Dengan kata lain, adakah PNB akan menggunakan menara ini sepenuhnya?

baca artikel penuh...di sini.

Sukan Asia: Azizulhasni sumbang emas acara basikal


Dua pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Josiah Ng meraih kemenangan satu-dua, selepas merangkul pingat emas dan perak dalam acara Keirin Lelaki akhir yang berlangsung di Velodrom Guangzhou, China hari ini.
Ia adalah emas kedua negara setakat ini selepas Wushu menyumbang emas pertama negara.

Dalam acara lapan pusingan di trek sepanjang 250 meter itu, Mohd Azizulhasni mengetuai tujuh pelumba lain pada empat pusingan awal sebelum pelumba China, Zhang Lei menjadi pendahulu.

Namun kemalangan yang melibatkan Zhang Lei dan pelumba Iran, Mohamad Parash membolehkan Mohd Azizulhasni kembali mendahului, diikuti rapat oleh Josiah dan seorang lagi pelumba tuan rumah yang juga adik Zhang Lei iaitu Zhang Miao.

Pada pusingan akhir, kedua-dua pelumba Malaysia itu tidak memberi ruang kepada Zhang Miao untuk memotong mereka bagi mengesahkan kemenangan satu-dua kepada Malaysia, sementara pelumba China itu mendapat gangsa.

Kemenangan itu juga membolehkan pelumba negara mengetepikan pelumba keirin nombor satu Asia dari Jepun, Kazunari Watanabe yang mendapat tempat ke-empat.

Kazunari bagaimanapun berlumba seorang diri hari ini tanpa rakan sepasukan untuk membantu.

Dalam acara terdahulu, Mohd Azizulhasni sekadar mendapat tempat ke empat dalam penentuan pingat gangsa untuk acara Pecut 200m lelaki.

Dia yang bersaingan dengan pelumba Jepun, Nitta Yudai tewas dalam kedua-dua saringan, setiap satu tiga pusingan, dalam penentuan pingat gangsa.

"Saya tersilap taktik dengan mengejar Nitta dari awal dan gagal melakukan henjutan pada pusingan akhir," katanya kepada pemberita di Guangzhou hari ini.

Dalam satu lagi acara yang melibatkan pelumba negara, Muhamad Adiq Hussaine Othman terlepas peluang mendapat gangsa apabila menduduki tempat ke empat dalam acara Perlumbaan Mata (Lelaki).

Berada di kelompok utama lima pelumba dalam perlumbaan 120 pusingan atau 30km yang melibatkan keseluruhan 24 pelumba, Muhamad Adiq terpisah jauh bersama rakan sepasukan, Amir Mustafa Rusli.

Tanpa bantuan Amir Mustafa, Muhamad Adiq tersepit di antara pemenang pingat emas dari Uzbekistan, Vladimir Tuychiev, pelumba Hong Kong, Wong Kam Po (perak), dan pelumba Iran, Mehdi Sohrabi (gangsa).

Tuychiev mengumpul 71 mata, Kam Po (60), Mehdi (60) dan Muhamad Adiq (56).

"Saya yakin henjutan di beberapa pusingan akhir mampu mengatasi pelumba Iran itu jika mendapat bantuan rakan sepasukan. Ini kerana Mehdi Sohrabi mendapat bantuan yang baik dari rakan sepasukannya Abbas Saeiditanha dari awal perlumbaan," katanya.

Acara berbasikal trek yang bermula pada Sabtu lalu, menutup tirainya hari ini dan acara berbasikal lebuhraya akan bermula pada Sabtu sehingga Selasa ini. - Bernama

Jamaah Haji Malaysia Bersedia Lontar Jamrah

Seramai 26,000 jemaah haji Malaysia berada di Mina dan bersedia mengerjakan satu lagi perkara wajib haji iaitu melontar jamrah bermula tengah malam ini waktu tempatan 10 Zulhijjah.



Bermula dengan melontar Jamratul Aqabah, jemaah akan melontar diikuti di Jamratul Ula dan Wusta selepas gelincir matahari pada 11 Zulhijjah.

Semua jemaah negara selamat tiba di Mina awal pagi ini selepas bermalam di di Padang Arafah pada malam 9 Zulhijjah.

Dalam perjalanan itu mereka bermalam sebentar di Muzdalifah bagi mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah pada Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Ritual itu dilakukan bermula selepas gelincir matahari sehingga terbenam matahari.

Semua jemaah Malaysia akan berulang-alik dengan berjalan kaki dari tempat mereka bermalam di Mina ke Kompleks Jamrah sejauh hampir empat kilometer untuk melaksanakan wajib haji itu.

Kompleks Jamrah setinggi lima tingkat terletak kira-kira 21.9 kilometer dari Padang Arafah dan tujuh kilometer dari Mekah.

Selepas selesai, mereka akan mengerjakan tawaf serta sa'ie untuk melengkapkan perkara penting yang menyempurnakan haji seseorang jemaah.

sumber : malaysiakini.com

Sunday, November 14, 2010

Pemuda UMNO Dungun hina JKKK dan UMNO cawangan

Saturday, November 13, 2010

PAS Perlu Menang Dengan Kekuatan Sendiri (Video Sidang Akhbar Oleh Presiden PAS)

PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.

"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.

"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di sini hari ini.


Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman,

Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.

baca artikel penuh...di sini.

Thursday, November 11, 2010

Fadhilat Qurban Dan Aqiqah

Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini.


Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.

Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu? Apakah hukum melakukannya? Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita? Apakah syarat-syarat binatang yang dikorbankan? Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah? Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahaian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?

Demikianlah antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan di bahagian ini dan di samping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah kurban dan aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.

PENYEMBELIHAN QURBAN

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (surah al-Haj:36)

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

baca artikel penuh...di sini.

UPSR 2010 : Presiden PAS Ucap Tahniah Kepada Semua Pelajar Cemerlang

KUALA LUMPUR, 12 Nov : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010.

“Jadikan kecemerlangan tersebut sebagai panduan untuk mencari keredhaan Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang dalam laman twitter.

Keputusan UPSR 2010 adalah terbaik dalam sejarah iaitu pertama kali melebihi 10 peratus apabila 48,327 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Semasa mengumumkan keputusan itu, semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, berkata calon memperoleh keputusan semua A meningkat kepada 10.02 peratus berbanding 9.51 peratus tahun lalu.

sumber : presiden.pas.org.my

Monday, November 8, 2010

Peristiwa Di Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah merupakan bulan-bulan yang mempunyai kedudukan tertinggi di dalam jiwa umat Islam, iaitu salah satu bulan-bulan Haram dan bulan yang mengandungi beberapa peristiwa besar, yang paling utama dan paling besar ialah perhimpunan Islam sedunia sempena menunaikan fardu haji.

Di antara peristiwa di bulan yang agung ini :

1. Ghazwah dan peperangan

Pada 11 Zulhijjah 571H Salehuddin al-Ayubi Berjaya merempuh kubu kukuh yang menjadi tempat saliran air. Ia termasuk dalam strategi utama mewujudkan kesatuan Islam. Kubu ini Berjaya ditawan selepas berlaku pengepungan selama 38 hari. Salehuddin al-Ayubi mengukuhkan binaan kubu selepas menerima penyerahannya yang kini dikenali Qal’ah Sultan Salehuddin. Fungsinya menyamai yang diguna pakai bagi menyatukan tentera-terntera bersekutu yang terdiri dari tentera Halab dan tentera Salib Antakiyah.

Pada 4 Zulhijjah 616H kota Bukhara telah jatuh ke tangan tentera Moghul di bawah pimpinan Gengiz Khan selepas berlaku pengepungan selama tiga hari. Tentera Moghul telah memburu seluruh penduduk Bukhara dan menggunakan pedang kepada semua orang yang masih hidup di dalam kota dan mengakhiri kekejaman mereka dengan membakar seluruh kota!!.

2. Kelahiran

Pada 25 Zulhijjah 1326H lahir seorang sarjana besar Abdul Salam Muhammad Harun seorang “syaikhul muhaqqiqin” (penyelidik atau pengedit besar), perintis dalam seni penyelidikan khazanah silam dan meninggalkan puluhan bahan ilmiah Arab seperti buku-buku sastera dan bahasa yang diperakuinya. Antara yang paling utama ialah “Al-Kitab” karya Sibaweih, “Al-Hayawan” karya Al-Jahiz dan “Khazanah al-Adab” karya al-Baghdadi.

Pada 5 Zulhijjah 1335H lahir seorang pendakwah, muslih, faqih dan mujaddid Syeikh Muhammad al-Ghazali di Mesir dan menamatkan pengajiannya di Al-Azhar. Beliau menghabiskan usianya dengan menjalankan dakwah dan memusatkan dakwahnya dalam hal membaharui iman kepada Allah, memerangi kekerasan dan kezaliman, seruan kepada keadilan social, membebaskan dan membangkitkan umat.

3. Kewafatan

Pada 26 Zulhijjah tahun 27H Khalifah Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab telah terbunuh setelah ditikam oleh Abu Lukluk seorang Majusi yang dikatakan berdendam ketika beliau sedang memimpin solat. Saidina Umar telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau memerintah selama sepuluh tahun di mana jajaran Negara Islam telah bertambah luas. Pada masa pemerintahannya dipenuhi dengan keadilan dan kemuliaan kepada umat Islam. Pada zamannya juga Mesir dan al-Quds Berjaya dibuka.

Pada 18 Zulhijjah tahun 35H Khalifah Amirul Mukminin Uthman bin Affan r.a telah terbunuh di tangan orang-orang yang terpedaya dengan fitnah. Sumbangan utama Saidina Uthman ialah menghimpunkan al-Quran di dalam satu mushaf. Tempoh pemerintahannya selama 13 tahun. Beliau mendapat gelaran “Zu an-Nur’ain” kerana mengahwini dua puteri Rasulullah, Ruqayyah dan Ummu Kalthum.

Pada 6 Zulhijjah tahun 158H Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pengasas sebenar Daulah Abbasiyah telah mangkat. Baginda telah Berjaya mengukuhkan tonggak dan sendi Daulah serta menyelesaikan semua fitnah dan kebangkitan rakyat yang wujud untuk menentangkannya. Sebagaimana yang diketahui baginda adalah seorang khalifah yang sangat mengambil berat tentang kebajikan dan urusan Negara. Baginda jugalah yang mengasaskan kota Baghdad dan seterusnya menjadinya sebagai ibukota Daulah Abbasiyah. Baginda telah mendapat nasihat secara langsung tentang pembinaannya dari Imam Abu Hanifah an-Nu’man.

Pada 26 Zulhijjah 206H al-Hakam bin Hisyam bin Abdul Rahman salah seorang raja Andalus yang terkenal telah mangkat. Baginda telah dilantik pada usia 26 tahun. Al-Hakam merupakan raja pertama yang mendapat kemuliaan di Andalus.

Pada 11 Zulhijjah 207 seorang sejarawan besar, Muhammad bin Umar al-Waqidi telah meninggal dunia. Beliau adalah sarjana ilmu al-Maghazi dan Sirah. Penulis kitab “Al-Maghazi”. Dilahirkan di Madinah dan memperolehi ilmu di tangan ulama setempat, kemudian menetap di Baghdad sehingga meninggal.

Pada tahun 286H Muhammad bin Yazid bin Abdul Akbar yang lebih dikenali dengan “Al-Mubarrad” telah meninggal dunia. Beliau digelar Al-Mubarrad, menurut satu riwayat kerana kecantikan wajahnya dan satu riwayat lain kerana ketelitian dan kepetahan jawapannya. Al-Mubarad adalah pemimpin sarjana ilmu Nahu tanpa sebarang pertikaian. Belaiu juga imam pada zamannya dalam bidang sastera dan bahasa yang diperolehi dari gurunya al-Mazny. Beliau hidup sezaman dengan 9 orang khalifah Abbasiyah. Di antara sumbangan al-Mubarrad ialah penulisan kitab “Al-Kamil” dalam bidang sastera dan bahasa.

Begitu juga pada tahun 463H di bulan Zulhijjah telah meninggal dunia al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Tsabit, yang lebih dikenali dengan “Al-Khatib al-Baghdadi” yang merupakan salah seorang imam Hadith dan sejarah pada kurun ke 5H. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang sejarah dan yang terkenal ialah “Tarikh Baghdadi”.

sumber : zadud-duat.blogspot.com

Rumah EXCO Selangor Dipecah Masuk

KLANG 8 NOV : Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor kerugian lebih RM70,000 selain hilang sebuah peti besi yang mengandungi barangan berharga, selepas rumahnya di Taman Klang Jaya di sini dimasuki pencuri, tengahhari tadi.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/wp-content/uploads/2010/07/jayakumar.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr A.Xavier Jayakumar berkata beliau percaya kejadian itu berlaku antara 12.30 tengah hari dan 3.30 petang, ketika semua anggota keluarganya tidak berada di rumah.

"Kejadian disedari oleh anak lelaki saya, Dev Arul yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang, apabila melihat keadaan empat bilik yang berselerak dengan semua laci meja terbuka dan peti besi hilang.

"Beliau kemudian menghubungi isteri(ibu Dev Arul) yang memaklumkan kejadian ini kepada saya," katanya ketika ditemui hari ini.

Xavier yang bergegas pulang dari persidangan Dewan Undangan Negeri berkata, kejadian itu merupakan yang pertama sejak 21 tahun menetap di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti suspek dalam kejadian itu," katanya.

sumber : tvsnews.net

Sunday, November 7, 2010

Mendung, Hujan Berterusan Di Empat Negeri

KUALA LUMPUR : Cuaca mendung dan hujan berterusan dijangka berlaku di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sehingga Selasa ini.


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, Perlis dan utara Kedah masih mengalami cuaca mendung dan hujan renyai-renyai dari semasa ke semasa pada sebelah malam dan awal pagi.

"Hujan lebih banyak dijangka berlaku bermula esok petang dan malam terutamanya di kawasan pedalaman," kata kenyataan jabatan itu.

Namun, keadaan itu tidak akan memburukkan lagi keadaan banjir yang berlaku di Perlis dan Kedah.

Sementara itu, di Kelantan dan Terengganu pula, dijangka mengalami cuaca mendung dan hujan berserta ribut petir di beberapa tempat pada sebelah petang dan malam ini.


sumber : bharian.com

Friday, November 5, 2010

TV3 fitnah kejadian pergaduhan di Dun Galas



" Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas hari ini dicemari dengan pergaduhan dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah BN untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di Gua Musang.

Menurut laporan Bernama, dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu."

Itulah sebahagian petikan berita yang melaporkan kononnya penyokong PAS bertindak ganas dalam pergaduhan di hari pembuangan undi Pilihanraya Kecil Dun Galas.

Petugas dan penyokong PAS yang berada di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi kesal dengan laporan berita TV3 dan Bernama yang melaporkan berita palsu & fitnah itu.Memang dalam setiap pergaduhan di Pilihanraya Kecil, penyokong PAS selalunya akan dituding jari sebagai pihak yang memulakan dulu pergaduhan tersebut.

Berlainan dengan apa yang dilaporkan Bernama itu, punca sebenar pergaduhan adalah berpunca dari provokasi penyokong BN yang melintasi jalan untuk ke kawasan yang ditempatkan penyokong PAS.Selepas bertengkar mulut,pihak penyokong PAS meminta beberapa orang penyokong BN agar kembali ke tempat mereka.Namun mereka berkeras dengan menghamburkan kata-kata kesat.

Dalam perbalahan mulut itu, salah seorang penyokong BN telah melepaskan tumbukan ke salah seorang petugas Unit IT Pemuda Dun Sura yang bertindak untuk meleraikan perbalahan tersebut.Namun penyokong BN tersebut berjaya melarikan diri selepas itu.
Bermulalah insiden berbalas-balas tumbukan dari kedua-dua pihak.Suasana kelam kabut berjaya dileraikan dengan bantuan unit keselamatan PAS dan pasukan polis berpakaian preman yang ditempatkan di situ.

Selepas kejadian tersebut barulah pihak polis bertindak mengarahkan agar penyokong PAS ditempatkan tidak berhadapan dengan penyokong BN.Suasana di tempat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi ini dikuasai penyokong PAS yang bilangannnya 5 kali ganda penyokong BN.


p/s : Bukti bergambar dimana pihak penyokong BN memasuki kawasan penyokong PAS.Kawasan berkanopi itu adalah khemah BN yang menempatkan penyokong BN.






Thursday, November 4, 2010

Galas & Batu Sapi...Kiranya Aku Tahu Doaku Tidak Dimakbulkan Allah, Maka Aku Akan Terus Berdoa Dan Berdoa

Di kala tekanan dari media dan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,kerjasama utuh bangsa yang berbilang untuk berkempen memenangkan PAS seakan nampak menarik dan di kalangan BN mencari formula baru menyelesaikan krisis dalam yang terus antara komponennya Pakatan Rakyat sekali lagi berjaya membawa persetujuan dan persamarataan dalam PR.

Secara peribadi,saya sedikit kecewa dan seakan menitis air mata dewasa kerana kekalahan PAS di Bagan Pinang. Tapi perjuangan ISLAM tidak pernah kalah malahan kekalahan itu ada hikmah nya. Mungkin kita ada kelemahan dari beberapa sudut dan sedikit alpa dalam beberapa bab sehingga jika kita terus di buai kemenangan berterusan kita akan lalai dan leka. Lalai dari kehendak tuan Alam dan amanah sebagai khalifah Allah .

PAS Ucap Terima Kasih Kepada Petugas Pakatan

Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan.

Kita sebagai ahli PAS dan pendokong agama Allah SWT harus beristiqomah dalam perjuangan kerana akhirnya kemenangan itu adalah PASTI. Untuk menang mungkin perlu pengorbanan darah kita,nyawa kita mungkin jua kemenangan itu perlukan doa kerdil kita.

Ingatlah kita akan ayat Allah swt:

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

Sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah swt yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan dustur Allah bukan barang kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita,di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia . Tapi kita perlu yakin Allah swt sentiasa bersama kita.

Dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun.

Dare to fail… kita wajar berusaha dan tidak takut untuk kalah. Kerana kekalahan itu adalah subjective sifatnya. Kita ada Allah dan doa itu adalah senjata kita . Saidina Umar RA pernah berkata : Kiranya aku tahu doaku tidak dimakbulkan Allah, maka akan aku terus berdoa dan berdoa

Insya-Allah, kemenangan pihak mustakbirin adalah tiket untuk Allah menghancurkan mereka. Allah tidak akan membela golongan mustakbirin malahan golongan musta’affin akan sentiasa di lindungi Allah.

sumber : harakahdaily

Keputusan UPSR 2010 Diumumkan 11 November Khamis

PUTRAJAYA : Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada 11 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran pada Khamis. Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

(Gambar hiasan - Adik Fatimah Rosalia Binti Elias, salah seorang
pelajar cemerlang UPSR 2009 dari SRABSID ditemani datuknya,

Encik Samsudin Abdullah menerima penghargaan daripada ADUN Sura)

Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah seramai 486,321 orang manakala bakinya sebanyak 8,172 orang adalah calon sekolah swasta.

sumber : mstar.com

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura