Wednesday, January 20, 2010

ADUN Sura Cakna Keuzuran Warga Emas

DUNGUN 20 Januari Rabu- Seorang warga emas, Puan Ramlah Sulaiman, 62, melahirkan rasa terharu di atas kesediaan dan kesudian ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli menjenguk beliau yang sedang keuzuran, sakit lutut, baru-baru ini.


Selain bertanya khabar hal kesihatan Puan Ramlah, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan turut menyampaikan sumbangan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan beliau.

" Makcik ucap terima kasih kepada Y.B. Ustaz kerana meluangkan masa jenguk makcik dan keluarga di sini", ujar beliau, " dengan adanya kerusi roda ini, mudahlah makcik untuk bergerak berbanding sebelum ini", tambah beliau lagi yang menyewa di Kampung Sura Jeti.


ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun turut mengingatkan betapa pentingnya dikembalikan pemerintahan Islam di negeri Terengganu untuk menjamin kebajikan rakyat tidak terabai, terutamanya golongan warga emas yang sepatutnya tidak terlepas pandang oleh pihak pemerintah dan kerajaan.

" Perbezaan fahaman politik seharusnya diketepikan terutama dalam melibatkan hal kebajikan rakyat dan inilah yang dukacitanya yang disaksikan di Kelantan, di mana sehingga sekarang isu royalti masih gagal diselesaikan oleh Kerajaan Pusat, semata-mata kerana perbezaan fahaman politik," ujar ADUN Sura.

" Begitu juga di Terengganu, kerajaan negeri dan pusat masih berdolak-dalik, yang menjadi mangsa adalah rakyat, " celah beliau lagi.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura