Friday, April 20, 2012

Bangunan PAS DUN Sura Dirasmikan...Rakyat Sudah Hilang Keyakinan Kepada UMNO

DUNGUN - Rakyat hilang keyakinan kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu tidak melaksanakan pemerintahan dengan baik dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Islam.
Menurut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat Umno/BN  telah menurut telunjuk penjajah dengan melabelkan Islam sebagai tidak maju dan Negara akan mundur sekiranya melaksanakan hukum-hukum Islam.

Sebaliknya beliau menegaskan, kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin beliau telah melaksanakan Islam sejak 20 tahun lalu dan semakin maju.

“Cuba ambil contoh Kelantan, kecil sahaja negeri Kelantan, mula-mula kita memerintah kita ambil duit dari bank konvensional (riba) kita masuk kepada bank Islam, tahun 1990 dulu lagi saya buat sehingga sekarang  tidak ada apa-apa,

“(dia kata) kalau buat Islam tidak ada kemajuan (tetapi) Kelantan 40 kali sehari penerbangan, 20 kali naik 20 kali turun, 3 buah syarikat (penerbangan), (kapalterbang) naik turun, naik turun 40 kali buat kerja apa sekiranya tidak ada kemajuan,”tegasnya.

[Gambar Kanan Atas - Tok Guru menandatangani plak perasmian Bangunan PAS DUN Sura ]
Beliau yang juga Menter Besar Kelantan, berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perasmian Bangunan PAS DUN Sura pada Jumaat malam 20 April di Kampung Molek dekat sini.

Sebelum itu, menurut beliau, tindakan Umno/BN memberikan wang RM500 Bantuan rakyat 1 Malaysia kepada rakyat adalah kerana Umno/BN tidak yakin rakyat akan mengundi mereka pada pilihan raya akan datang.

“Dia (Umno/BN) beri duit RM500, seumur hayat saya, tidak pernah Umno beri RM500, (dia beri) kerana Umno yakin orang Melayu (dan) rakyat Malaysia tidak mahu mengundi dia,”ujarnya.

[Gambar Tengah - Ribuan warga DUN Sura yang hadir mendengar Mursyidul Am PAS menyampaikan ucapan ]

Beliau turut menyifatkan tindakan Umno/BN mengambil pengundi luar dan warga asing untuk menang dalam pilihan raya sebagai satu penipuan.

Katanya, Umno terpaksa menipu kerana parti itu gagal untuk memerintah dengan baik.

“pengundi hantu, rela kita ambil orang luar, nak perintah negeri ambil orang luar (jadi pengundi), ambil orang luar (jadi pengundi adalah) menipu, (tak Ingat) syurga neraka,

“kalau buat (memerintah dengan) molek, kalau ikut hukum Islam (orang akan sokong),”jelasnya.

[Gambar bawah - Tok Guru menyampaikan watikah terima kasih kepada para penyumbang yang telah memberikan 'saham' mereka membina Bangunan PAS DUN Sura]

Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Yang DiPertua PAS Dungun merangkap ADUN Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli

Lebih 5,000 orang hadir dalam majlis bersejarah itu yang telah mengumpulkan jumlah sumbangan derma melebihi RM21,000.00

Monday, April 16, 2012

PTPTN : Pendidikan Bukan Untuk Diniagakan

Hari ini, ramai anak muda dan mahasiswa dicederakan dan diintimidasi secara kasar oleh pihak polis dan DBKL untuk memusnahkan khemah-khemah yang didirikan untuk meluahkan perasaan menentang PTPTN.  Ia adalah reaksi spontan daripada anak muda melalui "Occupy Dataran" untuk tuntutan Pendidikan Percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tinggi melalui tabung PTPTN.

Dua hari terdahulu, sekumpulan anak muda dan mahasiswa telah berdemonstrasi untuk tuntutan yang sama dan satu mesej yang jelas telah diberikan bahawa agenda untuk menjadikan golongan terpelajar senantiasa di bawah telunjuk kerajaan adalah tidak mungkin berpanjangan.  Ada juga dakwaan bahawa kebergantungan terhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan perniagaan.  Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini sebenarnya?


PTPTN atau Perbadanan Tabung PendidikanTinggi Nasioanal ditubuhkan pada 1997 untuk memberi pinjaman kepada penuntut pengajian tinggi dan selepas belajar, para penghutang ini perlu membayar balik dengan tambahan faedah pengurusan (baca=bunga) sebanyak 4%.  Kini kadar faedah bunganya ialah 1%.  Menurut Perdana Menteri Malaysia, sejak dimulakan sehingga sekarang sebanyak RM 43 billion telah dipinjamkan oleh tabung ini dan tahun lalu sahaja lebih kurang RM4 billion telah dikeluarkan sebagai pinjaman kepada para penuntut.  Tetapi menurut kepimpinan PKR, jumlah sebenar hanyalah RM 27.5 billion sahaja dan baki pinjaman sekarang adalah lebih kurang RM24.7 billion.

Walau apapun angka yang diberitahu, isu yang lebih penting ialah mengapa berbillion ringit telah dikeluarkan sebagai pinjaman?  Jawapannya hanya satu.  Kenaikan yuran pengajian yang melambung tinggi di awam dan swasta.  Lebih-lebih lagi, penubuhan ratusan kolej-kolej untuk penawaran pendidikan tinggi dari sijil hinggalah ke Sarjana dan PhD.  Sekiranya, sebuah kursus dikenakan bayaran lebih kurang RM 22,000 di universiti / kolej awam, mengapakah bayarannya lebih dua kali ganda di kolej swasta untuk pengajian kursus yang sama?  Siapa yang benarkannya?  Siapa yang memantaunya? Kerajaan atau "bapa"nya di sektor swasta?

Siapa yang untung di sini?  Jom kita ambil kursus kejururawatan di Malaysia!  Kolej manakah yang menerima pinjaman PTPTN tertinggi di Malaysia?  Kolej Masterskill! Pada tahun 2009 sahaja, mereka menerima RM145.5 juta.  Tetapi, tahukah kita bahawa Pengerusi Masterskill Governing Council ialah Mohamed Nazim bin  Abdul Razak iaitu adik Perdana Menteri Malaysia dan Cancellor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) ialah Raja Azureen iaitu anak kepada Sultan Perak.  Untung kolej ini pada tahun tersebut ialah RM 97.4 juta.  Siapa yang merasai keuntungan ini?

baca seterusnya...di sini.

Sunday, April 15, 2012

Tuan Guru Nik Aziz Rasmikan Bangunan Dun Sura


DUNGUN – Bangunan PAS Dun Sura yang tersergam indah di Jalan Nibong, Kampung Molek dekat sini akan disempunakan pembukaannya oleh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada hari Jumaat 20 April depan.

Menurut Pengerusi Majlis tindkaan DUN Dura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, bangunan rumah kedai satu tingkat itu dibina di atas tapak tanah yang disumbangkan oleh ahli PAS cawangan Kampung Molek.

“Tanah tapak bangunan dibeli sekitar tahun 2000 bernilai RM20,000, tapi bangunan hanya mula dibina pada tahun 2012,

“semasa permulaan pembinaan wang tunai hanya ada RM3000 lebih sahaja, AlhamuliLlah pada bangunan tersebut siap ada Februari baru-baru ini ,”ujarnya
Beliau yang juga ADUN Sura berkata bangunanan tersebut telah pun digunakan sebagai pusat pentadbiran dan pengurusan PAS Dun Sura yang mengandungi bilik mesyuarat, pejabat Dewan-dewan dan bilik gerakan PAS Cawangan Kampung Molek.

Katanya, tingkat satu bangunan tersebut akan menempatkan bilik mesyuarat yang boleh menampung 40 orang , pejabat DUN, pejabat Muslimat DUN, Pemuda DUN dan Bilik Gerakan Cawangan Kampung Molek.

Manakala, kata beliau, tingkat bawah dijadikan dewan tarbiah bagi menajurkan program-program PAS Dun Sura.

Menurutnya, program pertama yang telah diadakan di bangunan tersebut adalah sarapan pagi dan taklimat bersama Pesuruhjaya PAS Selangor pada 4 Mac 2012

Sehubungan itu, beliau mengambil kesempatan sempena perasmian bangunan tersebut memohon orang ramai bagi menghulurkan sumbangan bagi menyelesaikan sedikit perbelanjaan pembinaannya yang masih tertinggak.



“Bangunan ini adalah milik orang ramai, seluruh rakyat Dun Sura kerana ia dibina hasil sumbangan orang ramai tersebut menelan belanja kira-kira RM250,000,

“kami masih lagi mengharapkan sumbangan orang ramai untuk membayar semula duit pinjaman (belanja pembinaan) yang sekarang berbaki RM27,500 lagi,”ujarnya.

Sempena perasmian bangunan atu majlis ceramah akan diadakan pada sebelah malam yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am serta Pesuruhjaya PAS terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut.


sumber : Buletinonline


Saturday, April 7, 2012

YDP PAS Dungun Saran Pihak Terbabit Lakukan Siasatan Terperinci Punca Kejadian Terhidu Gas Ammonia

DUNGUN - Pihak berkuasa kerajaan Malaysia dan pemain utama industri petroliam negara Petronas, diminta meningkatkan langkah-langkah keselamatan di kawasan perindustrian minyak dan gas utama negara di Kerteh dan Paka dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata ia bagi mengelakkan kejadian pekerja selenggaraan terhidu gas Ammonia yang berlaku pada Khamis 5 April lalu berulang kembali.

“Kita harap kerajaan dan Petronas dapat mengambil tindakan proaktif,  langkah-langkah pencegahan dan keselamatan dapat dipertingkatkan di kawasan industri,

“supaya kejadian seumpama ini tidak berulang kembali pada masa depan, “ujarnya ketika ditemui selepas melawat mangsa-mangsa kejadian terhidu gas tersebut di hospital Dungun, di sini.

Menurutnya, pada Khamis malam, beliau menerima maklumat mengenai kejadian tersebut dan terus bergegas bagi mengetahui keadaan sebenar.

Katanya, beliau dimaklumkan seramai 27 orang mangsa terbabit telah menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Paka dan kemudian dihantar ke hospital Dungun bagi menerima rawatan lanjut.

Oleh itu, beliau berkata, pihak terbabit pelu mengambil tindakan melakukan siasatan terperinci punca-punca kejadian tersebut bagi mengelakkan malapetaka yang lebih besar

Bagaimanapun, Petronas dilaporkan telah menafikan kejadian pelepasan ammonia di Kerteh pada 8.30 malam Khamis itu adalah berpunca dari mana-mana lojinya.
Menurut kenyataan Pejabat Wilayah Pantai Timur Petronas Kerteh, pihak berkuasa masih menyiasat insiden itu.

Adalah dipercayai pelepasan gas tersebut berlaku di sebuah loji lain yang tiada kaitan dengan syarikat petroleum negara itu.

Dalam Kejadian itu melibatkan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji Petronas, terhidu gas itu sehingga menyebabkan mereka dihantar ke beberapa untuk mendapat rawatan.

Oleh itu, Ustaz Wan Hassan selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun berkata, pihak terbabit perlu mengambil tindakan melakukan siasatan terperinci punca-punca kejadian tersebut bagi mengelakkan malapetaka yang lebih besar

Turut melawat mangsa di Hospital Dungun adalah Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dan Setiausaha NGO Waris Naraza Muda.

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura