Semua umat Islam yang beriman tahu dan faham bahawa ibu atau kunci kepada segala kezaliman ialah dengan menolak syariat Allah sebagai perundangan tertinggi dalam sesebuah Negara yakni melakukan syirik terhadap Allah. Namun begitu kezaliman dizaman mutaakhir ini dilihat sebagai satu kebaikan dan kebaikan dan kebenaran itu pula dilihat sebagai satu keganasan, pelampau dan zalim.
Mengapa terjadi begini? Ini tidak lain apabila manusia secara terang-terang kufur dan ingkar kepada enam rukun iman yang telah ditetapkan oleh Allah. Mereka terima rukun Islam yang lima malahan bersungguh-sungguh melakukan solat wajib dan berpuluh-puluh rakaat solat sunat, pergi umrah dan haji setiap tahun tetapi ingkar dengan rukun iman. Ingatlah, ingkar kepada salah satu sahaja dari rukun iman boleh membawa kepada murtad.
Apabila kezaliman pemerintah sudah sampai ketahap yang melampau dan keterlaluan seperti yang berlaku sekarang ini, maka rakyat tiada pilihan melainkan bangkit meluahkan perasaan melalui perhimpunan dan demontrasi, ini sajalah cara terbaik dari melakukan tindakan yang lebih kasar. Ingatlah menentang pemerintah yang zalim adalah salah satu tuntutan agama. Oleh kerana kezaliman sudah menjadi sebati dengan pemerintah dan penyokongnya, maka dihalakan kepada rakyat yang bangkit bersuara kononya rakyat derhaka kepada Raja sedangkan Raja tidak ada kena mengena dengan demontrasi rakyat ini. Yang rakyat tentang ialah pemerintah yang zalim, yang menindas rakyat, menipu, rasuah, merampas harta rakyat secara paksa. Jika diteliti, sebenarnya pemerintah atau kerajaan lah yang terlebih dahulu derhaka kepada rakyat dengan mengkhianati amanah rakyat, mungkir janji dan pembohong.
Lebih malang lagi apabila adanya ulama-ulama pengampu sentiasa berada di sekeliling mereka ini seperti ayam kebuluran mengharapkan perut diisi dan poket sentiasa penuh. Mereka bersama pemerintah bukan untuk membetul atau menegur pemerintah tapi mereka pula yang berjaya disesatkan dengan jawatan dan gaji beribu-ribu itu., Mereka sanggup tinggalkan jawatan kerana mengejar kedudukan sebagai wakil rakyat yang pasti akan mendapat pulangan yang lumayan sehingga sanggup bersubahat menipu dalam pilihanraya untuk mencapai kemenangan.Ingatlah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu majah “Ulama jahat ialah mereka yang datang menyembah, mengampu dan bekerja dengan pemerintah dan pemerintah yang baik ialah yang merujuk kepada ulama”. Manakala hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim pula menyebut “kecelakaan umatku adalah kerana ulama Su’ (ulama jahat)”.
baca artikel penuh...di sini.
0 komen:
Post a Comment