Saturday, February 9, 2013

Sekitar Agihan Limau Sempena Tahun Baru Cina 2013 Oleh ADUN Sura

DUNGUN, 10 Februari Ahad - Kehadiran Perayaan Tahun Baru Cina bagi lebih 200 peniaga kaum Tionghua sekitar bandar Sura Gate dan Kuala Dungun, di sini makin bererti apabila mereka dikunjungi oleh ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli berserta rombongan ke premis perniagaan masing-masing.

Program tahunan ADUN Sura bersempena Tahun Baru Cina ini telah disempurnakan pada 5 dan 6 Februari, Selasa dan Rabu baru-baru ini.
ADUN Sura turut disertai oleh Pengarah MTD Sura, Cikgu Haji Wan Hapandi Nik, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Dungun, Puan Serena Lim Abdullah, berserta Ahli Jawatankuasanya, Haji Hassan Abd Aziz dan Abdullah Che Yahya.
Turut mengiringi ADUN Sura dan Pengarah MTD Sura adalah isteri masing-masing, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd dan Puan Hajjah Roslina Harun.

Sementara itu, menurut Haji Hassan Abd Aziz, satu majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina akan diadakan sebelum akhir Februari ini di bandar Sura Gate. 

Majlis ini akan diisi di antaranya sumbangan kepada warga emas dan ucapan oleh para pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Friday, February 1, 2013

Hampir 100 Orang Pelajar Cemerlang UPSR 2012 Terima Penghargaan Daripada ADUN Sura

DUNGUN 1 Februari, Jumaat - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun,  Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, meneruskan rutin sumbangan penghargaan kepada para pelajar cemerlang UPSR 2012 di sekitar kawasan yang diwakilinya.
Jadual sumbangan yang bermula pertengahan dan berakhir penghujung Januari itu, dilakukan mengikut qaedah seperti tahun-tahun sebelumnya - dari rumah ke rumah ibubapa atau penjaga pelajar cemerlang berkenaan.

Para penerima bukan terdiri dari satu bangsa sahaja, bahkan turut tersenarai sebagai pelajar cemerlang adalah dari bangsa Tionghua.
Sebahagian sumbangan diterima oleh ibubapa atau penjaga, memandangkan para pelajar terlibat dengan aktiviti petang atau berada di sekolah menengah di luar DUN Sura.

Semua cawangan dalam DUN Sura mempunyai senarai pelajar cemerlang UPSR 2012 baru-baru ini.

Selain ADUN Sura, sumbangan turut disampaikan oleh wakilnya yang terdiri daripada di antaranya Pengarah MTD Sura, Cikgu Haji Wan Hapandi Nik dan timbalannya, Cikgu Haji Mohd Amin Hamid.

Hampir 100 orang pelajar cemerlang dari sekolah rendah sekitar DUN Sura menerima penghargaan daripada ADUN Sura dan wakilnya.
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura