Saturday, January 16, 2010

SISTEM PENDIDIKAN BEBANKAN RAKYAT


oleh : Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)


Sejak bermulanya sesi persekolahan 2010, mula kedengaran pelbagai keluhan daripada ibu bapa yang tidak mampu membayar yuran sekolah.

Menurut Pusat Aduan Parti Sosialis Malaysia, sejak seminggu lepas ramai ibu bapa mengadu tidak dapat membayar yuran sekolah yang dikatakan mencecah RM100-RM130 bagi seorang pelajar sekolah rendah.

Bayangkan kalau sebuah keluarga yang mempunyai 3 atau 4 orang anak yang sedang relajar.


Yuran Masih Tinggi

Yuran sekolah yang dikenakan juga berbeza antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Jadi, ada pelajar yang terpaksa membayar yuran lebih daripada pelajar sekolah lain. Pelajar dari keluarga yang miskin pasti terjejas dengan masalah ini.

Ada juga ibu bapa yang mengadu tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah kerana tiada duit untuk membeli baju sekolah mahupun membayar tambang bas.


Bantuan Dikurangkan

Selain itu, ramai ibu bapa yang berpendapatan rendah juga merungut kerana beberapa bantuan untuk golongan miskin telah dihentikan tahun ini dengan alasan kerajaan “tak ada duit”.


Betul ker kerajaan tak ada duit...klik DI SINI.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura