Thursday, December 31, 2009

Hadiah Tahun Baru, Harga Gula Naik 20 Sen

http://www.detikfinance.com/images/content/2008/06/09/4/sugar-dalam.jpg
by Harakahdaily

PUTRAJAYA, 31 Dis : Rakyat mendapat hadiah tahun baru dari kerajaan apabila harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Menurut kenyataan, kenaikan ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini hari ini.

Wednesday, December 30, 2009

Kejayaan Generasi Akhir UPSR SRABT Dirai

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Terengganu yang dibangunkan semasa kerajaan PAS memerintah, telah ditutup ‘secara rasminya’, bersama berakhirnya penggal persekolahan tahun 2009 baru-baru ini.

Dengan itu, pihak-pihak yang 'cemburu' dengan penubuhan sekolah tersebut, kini bolehlah menarik nafas lega, kerana dapat menghapuskan saki baki peninggalan yang menjadi bukti kejayaan kerajaan PAS (1994 - 2004).

Antara yang ‘sinis’ terhadap penubuhan SRAB adalah Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Awal-awal lagi, pada 16 Januari 2002, GPMS dalam satu kenyataan yang disiarkan sebuah akhbar telah memberi persepsi yang 'serong' terhadap SRAB.

Berita yang bertajuk ‘GPMS bimbang nasib murid SRABT’, telah menakut-nakutkan ibu bapa dan masyarakat, supaya mereka tidak menghantari anak-anak ke sekolah berkenaan.

Selain itu, kesumat dan dendam Umno dan Barisan Nasional (BN) terserlah apabila, satu demi satu usaha murni Kerajaan PAS dikhianati, termasuk bidang pendidikan.

Apabila kembali berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke 11 pada 21 Mac 2004, kerajaan BN Terengganu diketuai Dato’ Seri Idris Jusoh telah menghentikan pengambilan pelajar SRAB bermula tahun 2005.

Tindakan tersebut menjadikan kumpulan terakhir pelajar yang berdaftar pada 2004, menamatkan pembelajaran pada tahun 2009. (baca artikel asal di sini)

Sementara itu, di Dungun seramai 21 orang pelajar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Sultan Ismail Dungun telah menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

Daripada jumlah tersebut seramai 4 orang telah berjaya memperolehi keputusan 5A. Mereka adalah adik
Anis Nazihah Binti Zaki dari Kampung Balai Besar, adik Nurfarzana Huda Binti Mohd Noor dari Kampung Bukit Batu Putih, Pulau Serai, adik Nur Syafiza Binti Abdullah dari Kampung Rajawali, Pulau Serai dan adik Fatimah Rosalia Binti Elias dari Kampung Bunga Raya.

Adik Anis Nazihah Binti Zaki ditemani ibunya, sedang
menerima sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura,
sambil diperhatikan oleh Setiausaha PAS Caw Balai Besar,
Tuan Shafie Tuan Agil

Adik Nurfarzana Huda Binti Mohd Noor menerima
ucapan tahniah dan sumbangan penghargaan

Adik Nur Syafiza Binti Abdullah sedang menerima
penghargaan daripada ADUN Sura sambil
diperhatikan ibunya

Adik Fatimah Rosalia Binti Elias ditemani datuknya,
Encik Samsudin Abdullah menerima penghargaan
di Kampung Bunga Raya

Sebagai menghargai kejayaan generasi akhir SRAB Sultan Ismail Dungun ini, ADUN Sura merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dalam jadual penghargaan kepada para pelajar cemerlang UPSR 2009 ini, telah mengambil kesempatan mengunjungi semua pelajar berkenaan sambil menyampaikan ucapan tahniah serta sumbangan penghargaan di atas kejayaan masing-masing.

baca artikel menarik tentang SRAB di bawah :-
Ikuti pandangan Bapa Moden Terengganu 7 tahun lalu tentang SRAB...di sini.


baca juga artikel di bawah :-
TUTUP SRAB CARA BN ATASI MASALAH JAHIL AGAMA?

PAS Bohongi Umat Islam, Ketepi Hudud

Pendapat Oleh : ibnuabbas

"Saya merujuk kepada berita Sinar di mukasurat T2 hari ini (30 Disember 2009), yang bertajuk 'Pas bohongi umat Islam, ketepi Hudud". Kenyataan yang dkeluarkan oleh Ketua Penerangan Umno Terengganu, Razali Idris itu seolah-olah menggambarkan merekalah yang paling cakna terhadap hukum Islam. Ini samalah dengan kaedah Umno di negeri-negeri Pakatan Rakyat memerintah, mereka seolah-olah berjuang untuk menegakkan Islam di negeri terbabit.

Nampaknya kaedah menyerang tindak tanduk Pas dan melagakan dengan dasar parti sudah disepakati di seluruh negara. Tujuannya satu sahaja iaitu cuba mendatangkan syak dalam hati penyokong dan ahli Pas tentang keikhlasan Pimpinan Pas memperjuangkan Islam. Kerja buat orang rasa syak wasangka ini asalnya kerja syaitan dan iblis. Nampaknya Umno mewarisi kerja-kerja syaitan ni. Kalau benar mereka yang mahu membela Islam, sudah lama mereka laksanakan hudud dan qisas. Sepanjang 52 tahun merdeka, pernahkah nampak Umno bersungguh nak laksanakan Islam? Daripada undang-undang tertinggi dalam negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, hinggalah kepada pelaksanaannya, amalan kehakimannya, pentadbirannya, sistem pendidikannya, sistem ekonominya, adakah ia melambangkan jiwa yang cintakan Islam? Inilah tandanya Umno sangat tebal dengan sikap HIPOKRITnya.

Tajuk di bawah pula, "Pemuda UMNO cabar DAP terima negara Islam" merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudara Apli Yusof, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu. Nampak sangat kebimbangan mereka terhadap Pakatan Rakyat yang semakin utuh dan mendapat tempat di hati rakyat.

Soal DAP menerima negara Islam atau tidak sudah tidak timbul lagi apabila masing-masing sudah boleh duduk sebaris untuk membentuk sebuah Pakatan Rakyat yang utuh dengan resolusi yang disepakati bersama. Cuba selidiki resolusi yang dibuat, adakah mana-mana bahagian yang bercanggah dengan Islam?

4 Resolusi tersebut ialah:
1)Demokrasi yang telus dan tulen,
2)Memacu ekonomi berprestasi tinggi,
3)Keadilan sosial dan pembangunan insan dan
4)Hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara.

Tidak ada sama sekali yang bercanggah dengan tuntutan Islam. Bahkan pernyataan resolusi itulah yang menjadi tuntutan Islam sebagaimana yang difirman oleh Allah dalam ayat ان الله يأمر بالعدل و الاحسانyang bermaksud,"Sesungguhnya Allah menyuruh supaya berlaku adil dan berbuat baik.." Titik persamaan antara parti dalam Pakatan Rakyat ialah mahukan keadilan, dengan menolak kezaliman yang diamalkan dalam kerajaan yang dipimpin oleh Umno BN.

Soal slogan "Membangun Bersama Islam" yang ditukar dengan "Pas for All," ini merupakan soal pendekatan melalui istilah. Ia sekali-kali tidak merubah dasar Pas.

Soal hudud yang ditimbulkan Razali adalah isu lapuk. Umum sudah tahu bahawa Pas adalah 'PARTI ISLAM SEMALAYSIA'. Satu Malaysia sudah tahu perkataan Islam ada dalam nama PAS. Ia tidak mungkin dibuang. Ia bukan Parti Melayu, bukan juga parti mana-mana bangsa lain. Ia parti Islam yang menerima semua bangsa. Ini yang tidak ada pada Umno. Umno tidak syaratkan ahlinya mesti Islam tapi wajib Melayu! Dalam Islam pula, hukum Hudud adalah sebahagian daripada elemen perundangan Islam. Banyak lagi elemen lain seperti Qisas dan Ta'zir. Penggunaan ta'zir sangat luas skopnya apabila gugur syarat penggunaan hudud dan qisas dek kerana sukarnya memenuhi syarat itu. Kalau tidak menyebut perkataan hudud sekalipun dalam mana-mana ceramah dan himpunan Pakatan Rakyat, PAS tetap bawa Islam. Kalau DAP dan penyokong PAS yang bukan Islam sudah boleh menerima Islam yang dibawa oleh PAS, kenapa perlu bimbang lagi sebab Islam itu sendiri lebih luas daripada Hudud.

Inilah pendekatan yang baik dalam dakwah Islam yang dibawa PAS. Menggunakan pendekatan yang berbeza berbanding dahulu bukan bermakna menggadai prinsip. Bahkan ia lebih menunjukkan kematangan dalam berpolitik. Itu adalah perkara biasa. Ini menandakan Pimpinan PAS berjiwa besar dan boleh bertolak ansur dengan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Semangat inilah yang diperlukan untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional yang tidak mahu berhijrah meninggalkan kezaliman, penyelewengan dan segala yang busuk dalam Umno."

Tuesday, December 29, 2009

Mangsa Kedua Ditemui 30 KM Dari Tempat Kejadian

DUNGUN 29 Disember, Selasa - Mayat seorang lagi kanak-kanak yang hilang dipukul ombak ketika bermain air di pantai Sura Jeti di sini Ahad lalu, dijumpai pagi ini di pantai Paka, berhampiran Stesen Janaelektrik Tenaga Nasional Berhad Sultan Ismail, kira-kira 30 km dari tempat kejadian.

ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli,
tiba di Hospital Dungun setelah mendapat khabar penemuan
mangsa kedua pagi tadi...lihat gambar-gambar di sini

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata mayat Ahmad Amirul Haikal Jaafar, 9, yang tidak berpakaian itu dijumpai oleh orang awam di tepi pantai berkenaan kira-kira 7.15 pagi ini.


Beliau berkata mayat mangsa itu telah disahkan oleh ibunya Azrina Kamaruzaman, 30-an, ketika membuat pengecaman di pantai berkenaan.


Semalam mayat abangnya Ahmad Amirul Hafiz, 9, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat pada 8.45 pagi, 300 meter dari tempat kejadian dan jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sura Jeti selepas solat Zohor.


Ahmad Amirul Hafiz yang lahir pada 21 Mac 2000 dan adiknya Ahmad Amirul Haikal yang lahir pada 19 Dis tahun yang sama, tinggal dengan nenek mereka Dolha Mohamad bersama sepasang abang kembar mereka yang berumur 14 tahun di Jalan Pantai Sura Jeti di sini.


Mereka berdua bersama tiga orang lagi rakan pergi bermain di pantai berkenaan pada 5 petang hari kejadian, tanpa disedari oleh nenek mereka.


Bagaimanapun, kedua-dua mereka hilang dipukul ombak besar ketika leka bermain di pantai berkenaan.


Pada 13 Dis lepas, seorang lelaki dan menantunya dari Johor yang bercuti, juga mati lemas ketika singgah dan mandi di pantai Rantau Abang di sini setelah dipukul ombak dan dihanyutkan arus.


sumber asal -
BERNAMA

berita berkaitan :
ADUN Sura Gerakkan Solat Hajat Di Pantai Sura Jeti

Kelab Penyokong PAS Diiktiraf Sebagai Dewan

Ditulis oleh Wan Nordin Wan Yaacob
TUESDAY, 29 DECEMBER 2009 04:31

KUALA LUMPUR, 29 Dis - PAS menempa satu lagi sejarah dalam perjuangan dakwah dan politiknya apabila kini Kelab Penyokong PAS akan diserap menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS bertaraf sayap parti.

Mujahid-2.jpg image by malaysianunplug


Dasar-dasar yang telah diderafkan sebagai legitimasi kepada dewan ini memberi kelansungan kepada sinar politik dan pengharapan masyarakat bukan Islam dalam meneruskan sokongan kepada PAS.


Mengupas tajuk ini, Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemubual Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa pada 23 Disember lalu.
Ikuti bingkisan wawancara tersebut.

Soalan: Assalamualaikum Dr Mujahid, boleh Dr jelaskan bila terbentuknya keputusan mengenai Himpunan Penyokong PAS, diperingkat pusat, dan bagaimana ia dipertimbangkan hingga terbentuknya dewan yang bersejarah ini?


Dr Mujahid: Waalaikumsalam..Terima kasih kepada pihak Harakan, ingin saya maklumkan bahawa ia bermula dengan pembentangan awal draf ini pada 'retreat' PAS Pusat Jun tahun 2009 di Alior Setar.


Kemudiannya kali kedua setelah kita buat selepas kita selesai beberapa pilihan raya kecil PRK, dalama dua tiga bulan yang sudah, kemudiannya mesyuarat terakhir baru-baru ini dibentang sekali lagi, bermakna dah tiga kali draf ini dibentang.


Draf ini yang membawa makna ia legitimasi kepada undang-undang yang membawa kewujudan kelab inilah, contohnya dia ada punya struktur sendiri, keahliannya, disiplinnya dan hak keperwakilannya ke adalam muktamar atau mesyuarat-mesyuarat PAS Pusat, negeri, hingga ke kawasan.
Ia juga ada syarat-syarat keanggotaan dan sebagainya.

Draf tersebut telah dibentang tiga kali dan pada mesyuarat terakhir kita di peringkat pusat telah bersetuju dari segi dasar yang bagi saya hampir selesai, cuma pembetulan dari segi teknikal bahasa sahaja, iaitu kita akan siapkan sebelum mesyuarat akan datang iaiatu 10 Januari 2010.


Dari segi dasar tiada masalah bahkan pada mesyuarat lalu mereka mahu namanya diberi sedikit kekuatan dengan diberi nama Dewan Perhimpunan Penyokong PAS supaya dilihat ia sayap yang berperanan penting seperti dewan lain, itu drafnya kita telah sediakan di mana bekas senator Haji Hassan Shukri selaku pengerusi.


baca artikel penuh...di sini

ADUN Sura Gerakkan Solat Hajat Di Pantai Sura Jeti

DUNGUN 29 Disember, Selasa - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah menggerakkan satu operasi solat hajat malam tadi di Pantai Sura Jeti, memohon dipermudahkan penemuan seorang lagi mangsa lemas berikutan tragedi yang berlaku petang Ahad, kelmarin.

ADUN Sura (lima dari kanan, berjubah ungu) menyertai
solat hajat malam tadi, di Pantai Sura Jeti, turut hadir sama,
Ketua Pemuda DUN Sura, Ustaz Sheikh Muhammad
Hanafi Abd Aziz (berjubah hijau)

Hebahan solat hajat yang dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (sms) ini berjaya menghimpunkan jamaah sehingga mereka yang hadir agak lewat, menunaikan sekali lagi di tapak yang sama.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, dua beradik, Ahmad Amirul Hafiz Jaafar, 10 dan adiknya Ahmad Amirul Haikal Jaafar, 10 yang sedang mandi laut dipercayai lemas setelah dipukul ombak besar yang menghempas pantai.

Berikutan itu, usaha menjejaki mereka dijalankan membabitkan polis, Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta penduduk kampung.

Kira-kira jam 8.45 pagi semalam, mangsa pertama tragedi, Ahmad Amirul Hafiz berjaya ditemui dalam jarak lebih kurang 300 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.

Petang semalam, keluarga mangsa menerima kunjungan ADUN Sura dan pada masa yang sama turut menerima kunjungan Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd Jamli,
bersama Ketua Polis Daerah, Superitendan Dahlan Mohd Noor (berita dan gambar : Sinar Harian EDISI TERENGGANU, 29 Disember Selasa T17)

Monday, December 28, 2009

Konon Bela Rakyat, Yang Senang Wakil Rakyat

by BuletinOnline





Tindakan MB Terengganu Dibidas ADUN Sura

DUNGUN - Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said meminta rakyat memilih Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam majlis yang dianjurkan oleh kerajaan dibidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Menurutnya adalah tidak profesional sebagai seorang Menteri Besar meminta sokongan dari rakyat kepada partinya dalam majlis yang dianjurkan dengan peruntukan kerajaan.

”Sumbangan kepada rakyat adalah tanggungjawab kerajaan, ia menggunakan peruntukan kerajaan, duit rakyat, bukannya daripada duit parti,

”tidak munasabah sebagai seorang MB meminta rakyat menyokong partinya,” tegasnya ketika ditemui selepas Majlis Pemberian Sumbangan Pakaian Sekolah, di Surau Ustaz Haji Omar Shukri, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahmad Said meminta ibu bapa yang hadir memilih Umn/BN dalam pilihanraya akan datang ketika berucap dalam satu Majlis anjuran Yayasan Terengganu baru-baru ini.

Sehubungan itu, kata beliau, walaupun PAS bukan sebuah parti yang memerintah namun wakil-wakil rakyatnya tetap memberikan sumbangan dan bantuan kerana ia adalah merupakan satu tanggungjawab

Oleh sebab itu, katanya, wakil-wakil rakyat PAS tidak hidup mewah kerana keutamaan dan kepentingan mereka adalah kepada rakyat.

Katanya, ia bukanlah satu ‘retorika’ yang hanya cakap-cakap kosong sebagaimana slogan yang dibawa oleh Umno dan BN, ‘Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan’.

”Cuba kita tengok hari ini, bila bercakap bahawa keutamaan (adalah) kepada rakyat, tapi bila naik, yang senang pemimpin-pemimpin yang jadi wakil rakyat,

”lihat kereta masing-masing, lihat rumah masing-masing, lihat pakaian kemegahan masing-masing,

”tapi bila turun ke kampung (bertemu rakyat), (mereka berkata) kita akan bela rakyat, kita akan akan bela (orang) Melayu,”jelasnya

Justeru, beliau berkata, rakyat harus menilai parti yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat, atau parti yang berkhidmat dengan wang rakyat.

”Sebab itu sangat penting bagi kita (rakyat) menilai dan memilih (PAS) parti yang terus memberikan sumbangan walaupun tidak sebuah kerajaan, bayangkanlah kalau PAS menjadi kerajaan,”ujarnya ketika berucap dalam di Majlis tersebut.

Seramai 87 orang anak-anak Ibu Tunggal dalam DUN Sura telah diberikan sepasang pakaian sekolah, sempena pembukaan sesi baru persekolahan tidak berapa lama lagi.

sumber asal : BuletinOnline

Sunday, December 27, 2009

ADUN Sura Rai Pelajar Cemerlang UPSR Di 3 Caw

DUNGUN 27 Disember, Ahad - Seramai 19 orang lagi pelajar cemerlang UPSR 2009 yang mendapat keputusan 5A baru-baru ini, menerima sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

PAS Cawangan turut sama menyampaikan sumbangan di atas kejayaan anak qaryah masing-masing.

Di Cawangan Sungai Buaya seramai 7 orang pelajar dikenalpasti memperolehi keputusan 5A UPSR 2009, sebahagian daripadanya telah disempurnakan sumbangan penghargaan oleh ADUN Sura sendiri kepada wakil dan pelajar berkenaan.

Encik Zaberi Majid menerima sumbangan bagi pihak anaknya,
adik Anis Najwa, pelajar cemerlang dari SK Kuala Dungun.

Adik Che Wan Mohd Irsyaduddin Bin Che Wan Jamil,
pelajar cemerlang dari SK Pusat Dungun sedang
menerima tahniah dan penghargaan daripada ADUN Sura

Salah seorang pelajar cemerlang dari Kg Sungai Buaya
sedang menerima sumbangan penghargaan dari ADUN Sura

Adik Ahmad Azhan Fahmi Bin Ramli, pelajar cemerlang
dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun

Sementara itu, Cawangan Sungai Udang mengenalpasti seramai 3 orang pelajar cemerlang untuk menerima sumbangan penghargaan ini, yang disampaikan oleh ADUN Sura melalui wakil dan pelajar berkenaan.

Encik Hassan Muhd Amin menerima sumbangan
bagi pihak anaknya, adik Nurul Fatiha

Encik Isham Bin Musa menerima sumbangan bagi
pihak anaknya, adik Muhammad Izzuddin Amin,
pelajar cemerlang SK Sultan Omar, Dungun

Adik Mohd Ikhmal Bin Mohd Khamri, pelajar
cemerlang Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun

Di Bukit Chatak 1, seramai 9 orang pelajar menerima penghargaan ini, masing-masing telah disempurnakan oleh ADUN Sura yang disampaikan kepada wakil dan pelajar berkenaan sendiri.

Ibu kepada pelajar cemerlang, adik Mohd Husaini Bin M.Jaafar,
dari SK Pusat Dungun sedang menerima sumbangan

Adik Ain Husna Binti Roslan, pelajar cemerlang dari SK
Pusat, Dungun menerima sumbangan daripada ADUN Sura

Pelajar cemerlang dari SK Pusat Dungun, adik
Nur Aqilah Binti Ahmad Zamri

Adik Erlina Binti Mohamad Jaaper, pelajar cemerlang
dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun

Nenek kepada adik Nurul Taqiyyah Binti Ramli, pelajar cemerlang
dari SK Pusat Dungun menerima sumbangan bagi pihak cucunya

Encik Mazelan Bin Muda, bapa kepada pelajar cemerlang
dari SK Pusat Dungun, adik Maizatul Shahirah sedang
menerima sumbangan daripada ADUN Sura

Seorang lagi pelajar cemerlang dari SK Pusat Dungun,
adik Khaleedah Binti Ali sedang menerima sumbangan

Adik Mohamad Taufiq Bin Mohamad Fauzi,
pelajar cemerlang dari SK Bandar Dungun

Encik Zaidi memerhati anaknya, adik Muhammad Zhafri,
pelajar cemerlang dari SK Bandar Dungun menerima
sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura

Kesemua 13 PAS Cawangan dalam DUN Sura mempunyai wakil pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan 5A.

Sehingga hari ini, masih berbaki sebanyak 5 cawangan yang akan dikunjungi oleh ADUN Sura, sebagai penghargaan di atas kejayaan cemerlang pelajar berkenaan dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Kekuatan Manusia Pada Al-Quran

Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya. Perkataan lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran.


Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati berjumlah yang sama. Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat juga 115 kali; perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali; Hidup 145 kali manakala Mati 145 kali; Zakat 32 kali, Barakah juga 32; Berfikir 49, Nur 49, dan Penderitaan 114, "Kesabaran" juga 114 kali.


APAKAH SEMUA INI KEBETULAN ?


Lebih menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan sebanyak 12 kali dan hari terdapat sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh seluruh manusia.


Orang yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, Tidak mungkin suatu itu berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu daripada yang menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu.


Tidak mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-Nya?


Di sinilah kekurangan kita, banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kalaupun kita mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak mengetahui rahsianya.


Rahsia al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T. Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia itu dapat diungkai selari dengan bertambahnya usia manusia. Bukan sahaja nilai iman mereka yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.


Allah berfirman, Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhan-mu (Nabi Muhammad dan mukjizatnya); dan Kami telah menurunkan kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang benderang." (An-Nisaa, 174)


Pada suatu masa Rasulullah s.a.w. ditanya, "Apakah Nur itu?"

Baginda menjawab, Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu."

Kemudian ditanya lagi, Bagaimanakah tandanya? Sabda baginda, Hati itu tidak lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal). Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan keduniaan kerana dunia ini merupakan tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian itu."


Abdullah bin Masud berkata, Ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata banyak riwayat (sumber biasa), tetapi diperoleh dengan nur yang dicampakkan oleh

Allah ke dalam hati seseorang."


Sudah tentu untuk mendapat nur itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan al Quran merupaka penghubungnya.


Di zaman keagungan Islam dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke Baghdad, banyak ilmu telah diterjemahkan kedalam Bahasa Latin. Pada zaman selepas kegemilngan Islam, para cendiakawan dari Eropah telah mempelajari ilmu dari Greek dan dibawa pulang ke Eropah dengan katanya ilmu itu diterjemah dari Bahasa Latin.


Oleh itu wahai penghuni global ketahuilah oleh kamu bahawa segala ilmu yang ada di dunia ini adalah berasal dari al-Quran.


dipetik dari :

http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/

Saturday, December 26, 2009

ADUN Sura Di Majlis Kacau Bubur Asyura

by Surau Alor Tembesu

DUNGUN 26 Disember, Sabtu -
PAS Cawangan Kampung Alor Tembesu/Sura Gate dengan kerjasama JK Surau Alor Tembesu telah mengadakan Majlis Kacau Bubur Asyura sempena Sambutan Maal Hijrah 1431.

LAGI GAMBAR SEKITAR MAJLIS KACAU BUBUR ASYURA
di sini


ADUN Sura sedang mengacau bubur asyura
bersama para petugas

ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli turut hadir mengacau bubur asyura bersama para petugas yang bertungkus-lumus menyiapkan persiapan dalam program kemasyarakatan ini.


Bersama bekas Ketua PAS Cawangan,
Encik Ab Latif Daud

Gandingan tenaga kerja dari golongan tua dan muda serta muslimat berjaya menyediakan sebanyak 3 kawah dan 2 periuk bubur asyura yang kemudiannya diagihkan kepada para penduduk setempat.

Pemain Liverpool Masuk Islam

by DEWAN ULAMA' PAS PAHANG

Abel Xavier, mantan pemain sepakbola terkenal dari Liverpool memutuskan pensiun dari sepakbola, dan kemudian masuk Islam. Ia pun serta merta mengganti namanya.

Bintang asal Portugal ini mengganti namanya menjadi Faisal Xavier dan akan memulai proyek-proyek kemanusiaan.

Dia terakhir bermain untuk LA Galaxy (Amerka) pada 2008 dan kini telah memutuskan untuk berhenti di dunia sepakbola.

Xavier, 37, bergabung dengan Liverpool dari Everton pada tahun 2002 dan mencetak dua gol dalam 21 penampilan bagi klub Merseyside ini. Selain di Liverpool dan Everton, ia bermain juga di Middlesbrough.

Ia pindah ke klub Major League Soccer LA Galaxy bersama David Beckham.

Xavier berkata: “Ini perpisahan emosional dan saya berharap untuk ikut serta dalam sesuatu yang sangat memuaskan dalam tahap baru hidup saya.

Pada saat-saat sedih, saya telah menemukan kenyamanan dalam Islam. Perlahan-lahan, saya belajar agama yang penuh dengan perdamaian, kesetaraan, kebebasan dan harapan.”

Barokallah, Senhor! (sa/football.uk)

Gempa Bumi Kuat Di Laut Banda, Indonesia

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, 373km tenggara Ambon, Indonesia pada pukul 4.57 pada petang hari Sabtu.

Gambar hiasan...tragedi Padang baru-baru ini

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata pusat gempa itu terletak di lokasi 1,804km tenggara Tawau, Sabah.

Bagaimanapun gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

- BERNAMA

Friday, December 25, 2009

Terengganu Lancar 'Ops Al-Falah' Sepanjang 2010

by Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 25 Dis :
PAS Terengganu akan menjadikan tahun 2010 sebagai tapak untuk menarik sokongan besar-besaran kepada parti Islam itu melalui apa yang dinamakan sebagai projek 'Ops-Al Falah'. Melalui projek yang akan bermula Januari hingga Disember tahun depan itu, PAS akan turun ke segenap ceruk rantau negeri itu untuk memberikan penerangan tentang perjuangan PAS.

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman
(gambar) berkata, ia berupa projek bersepadu yang akan bergerak dari peringkat cawangan lagi yang akan dikendalikan oleh Majlis Tindakan Dun (MTD). "Kita akan jadikan sepanjang tahun depan seumpama pilihan raya kecil berjalan sepanjang masa.

Hanya kawasan tumpuan akan berbeza bagi setiap masa," katanya kepada Harakahdaily.
Program ini disusun dan dirancang berdasarkan pengalaman PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi banyak sekali pilihan raya kecil sepanjang tahun ini. "Pengalaman kita terlibat dalam pilihan raya kecil itu akan digunakan untuk menggerakan jentera kita sepanjang tahun," katanya.

Operasi ini akan menggabungkan seluruh jentera pilihan raya PAS dan semua jabatan di peringkat negeri sehinggalah ke peringkat Unit Peti Undi dan cawangan di setiap kampung dan taman.
"Dalam operasi ini, satu atau dua UPU akan dipilih bagi setiap hujung minggu, Khamis hingga Sabtu...jentera negeri dan kawasan serta Dun akan berkampung di situ bagi menggerakkan operasi ini.

Kita akan selesai gerakkerja ini di penghujung tahun depan," kata Ariffin.
Tumpuan utama operasi ini adalah menambahkan bilangan pemilih baru, memberikan perkhidmatan dan lain-lain. "Sasaran kita adalah naik ke semua rumah untuk bertemu dengan penduduk tempatan bagi setiap kawasan operasi kita," kata Ariffin.

Sepanjang Disember ini, katanya, pelbagai kursus telah dianjurkan untuk mempersiapkan jentera bagi menjayakan operasi ini.
"Kita telah latih kira-kira 1,000 muslimat kita untuk naik ke rumah-rumah bagi menyampaikan mesej PAS di samping mengenalpasti penduduk bagi setiap kawasan," katanya.

Untuk awal Januari depan, DUN Paka di Dungun akan menjadi kawasan pertama operasi ini.

Thursday, December 24, 2009

Manusia Tidak Digunakan Akal, Teruk Drp Haiwan

oleh DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD HADI AWANG

Haiwan yang tidak berakal sentiasa tunduk kepada apa yang ditentukan oleh Allah ke atasnya tanpa sebarang pilihan lagi. Tetapi manusia khususnya yang mempunyai akal ada yang memilih selain perintah Allah untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka.

Mereka menjadikan perintah hawa nafsu sebagai sekutu Allah dalam mengatur kehidupan di dunia. Mereka tidak menerima hidayah Allah lalu mereka menjadi manusia yang sesat dan pada hari akhirat kelak dihumbankan ke dalam neraka Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud "oleh itu, janganlah kamu menjadi (salah seorang) dari orang-orang yang jahil." (Surah al-An'am :35)

Ertinya janganlah pula kamu terdiri daripada orang yang tidak mengetahui bahawa Allah boleh menentukan semua manusia menerima agama yang satu (Islam) jika Allah menghendaki-Nya (wahai Muhammad s.a.w). Tetapi Allah jadikan mereka tidak menerima hidayah kerana pilihan mereka sendiri bukan dipaksakan ke atas mereka sebagaimana dipaksakan ke atas haiwan yang tidak berakal menerima segala ketentuan Allah tanpa pilihan lagi.

Oleh itu janganlah engkau (hai Muhammad s.a.w) merasakan pembohongan dan penentangan orang-orang kafir terhadap kamu, suatu yang amat besar dan besar bagimu sehingga engkau meninggalkan dakwah dan perjuangan Islam.

Anggaplah semua itu suatu yang lumrah dan ujian yang mesti datang yang ditentukan oleh Allah ke atas setiap rasul-hai Muhammad. Anggaplah semua itu masalah biasa sahaja dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Yang penting ialah kamu sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Jika sekiranya kamu menolong agama Allah nescaya Allah menolong kamu dan meneguhkan pendirian kamu." (Surah Muhammad:7)

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud,"Hanya orang-orang yang menyahut (seruan-MU itu) ialah orang yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran)." (Surah al-An'am:36)

Dalam ayat ini Allah SWT memperingatkan Nabi s.a.w bahawa janganlah baginda merasa berat hati dan terlalu sukar menghadapi penentangan yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah (orang-orang kafir) dan terhadap sikap mereka yang tidak mahu menyahut seruan dakwahnya, mengesakan Allah dan mengakui kenabiannya.

Ini kerana sesungguhnya tidaklah orang yang menyahut seruan dakwah Nabi s.a.w melainkan sesungguhnya Allah telah membuka pendengaran mereka untuk menerima kebenaran dan mempermudahkan mereka untuk mengikut jalan-Nya.

Inilah antara sifat yang ada pada orang yang beriman yang sentiasa mahu menerima kebenaran dan berada di atas jalan yang betul, tidak pernah menutup mata hati mereka untuk berbuat demikian.

Berlawanan sifatnya dengan mereka yang kafir, mereka tidak mahu mendengar dakwah Nabi s.a.w walaupun telinga mereka tidak pekak.

Mereka tidak mahu memahami apa yang disampaikan kepada mereka oleh Nabi s.a.w sebagaimana binatang ternakan tidak memahami apa yang dicakapkan oleh pengembalanya walaupun ada telinga dan dapat mendengarnya.

Bahkan orang kafir itu lebih teruk lagi berbanding dengan haiwan tersebut dinisbahkan dengan akal fikiran yang dikurnia oleh Allah kepada mereka.

Mata hati mereka itu telah tertutup tidak dapat melihat dan tidak dapat menerima kebenaran. Mereka itu seolah-olah seperti orang mati, tidak dapat melihat, mendengar dan merasakan sesuatu dengan hati mereka. Oleh kerana hati mereka mati (tertutup dari menerima kebenaran), Allah sifatkan jasad mereka juga seolah-olah seperti orang mati dengan firman yang bermaksud," dan orang-orang yang mati, Allah akan bangkitkan mereka semula." (Surah al-An'am :36)

Ahli tafsir berkata, orang-orang yang kafir akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama-sama dengan orang-orang yang mati, yakni golongan yang memekakkan telinga, membutakan mata dan memetraikan hati mereka dari mendengar Islam dan menerima dakwah yang disampaikan oleh Nabi s.a.w dan para ulama di dunia dahulu.

Mereka dibangkitkan untuk menerima balasan yang setimpal dengan kekufuran mereka terhadap ayat-ayat Allah dan perintah Nabi-Nya s.a.w

Wednesday, December 23, 2009

PAS Penerus Perjuangan Nabi SAW - Yusof Qardawi

by DEWAN ULAMA' PAS PAHANG

“Assalamualaikum,Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dlm pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan.

Di dalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan beliau yang sempat saya catitkan :

1) DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yg mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin.

2) Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho - pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yg menyebabkan lahirnya taklid. DYQ menyelar golongan muqallidin ini dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tmpat dlm syariat. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari mazhabnya. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya memilih yg lain dari mazhabnya.

3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mngharapkan dengan jawapn tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.

4) Berkaitan soal wahabi pula, DYQ mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, DYQ menyatakan bahawa banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap dirinya. DYQ juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yg sederhana.Inilah antara butiran-butiran yg dapat saya catatkan di sini”.

HAJI MOHD TAUFEK ABD GHANI
AJK PAS Pusat

Tuesday, December 22, 2009

Info Enjin Pesawat Northrop F-5E

'Kontraktor OKU' Punca Binaan Runtuh : NGO



by Malaysiakini

Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh, didakwa dimajukan oleh "kontraktor OKU (orang kuat Umno)", syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.


Projek tersebut termasuklah pembinaan terminal pengangkutan awam bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang yang terjejas apabila sebahagian bumbungnya runtuh semalam.
"Kita panggil kontraktor ini kontraktor OKU atau Orang Kuat Umno," kata presiden Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Mohamad Fauzi Abu Samah. "Kontraktor ini rapat dengan (orang) politik, itulah yang menjadi masalah bila dibuat bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan politik," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas insiden struktur bangunan runtuh yang kerap terjadi di negeri itu tahun ini selepas bumbung stadium, yang baru disiapkan dengan harga RM300 juta, ranap awal Jun lepas.


Selain itu, bumbung sebuah masjid di Kemaman yang dilaporkan berharga RM2.1 juta runtuh awal Oktober lalu.
Pusat Akuatik di Batu Burok yang bernilai RM19 juta pula mengalami kebocoran kolam sehingga ia terpaksa ditutup Julai lalu. Mohamad Fauzi menambah, kontraktor-kontraktor terlibat perlu bertanggungjawab sekiranya mereka didapati gagal mematuhi prosedur sehingga menyebabkan runtuhan struktur berkenaan.

"Apa lagi bila ini melibatkan soal keselamatan. Siasatan perlu dibuat sekiranya kontraktor tidak mematuhi garis panduan keselamatan," katanya. "Kita diberitahu kontraktor ini dapat kelulusan segera dan tidak ada pemantauan dibuat semasa pembinaan oleh pihak berkuasa."

MAMPAT merancang membawa isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), seawal-awalnya minggu depan, selain sedang mengumpulkan maklumat mengenai kesemua projek BN yang berkualiti rendah dan menghadapi masalah di negeri tersebut.


Laporan tersebut dijangka turut memuatkan butiran mengenai projek 20 unit gerai di Batu Enam dekat Kuala Terengganu bernilai RM1.52 juta yang siap dibina Ogos lepas di atas rizab jalan seperti diwartakan dalam draf pembangunan kawasan berkenaan.
"Sekarang (struktur itu) sudah hendak diruntuhkan kerana jalan tersebut ingin diperluaskan (pada 2012).

Jadi kenapa gerai ini perlu dibina (pada asalnya)?" katanya.
"Adakah ini projek untuk menghabiskan peruntukan semata-mata? Kalau kita tengok bahagian konkrit bangunan itu, (kebanyakannya) hanya pasir dan kawasan letak kereta pun tidak ada."

Keputusan PMR 2009 Diumum 24 Disember Lusa

KUALA LUMPUR : Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 akan diumumkan pada 24 Disember ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada hari berkenaan, manakala calon persendirian akan mendapat keputusan masing-masing menerusi pos.

Seramai 475,182 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut - BERNAMA

------------------------------------------------------------------

Flashback...ADUN SURA HARGAI PELAJAR CEMERLANG 2008

Sementara itu, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dijangka menyampaikan sumbangan penghargaan kepada para pelajar cemerlang PMR tahun ini bermula Januari depan, sebaik selesai sumbangan kepada para pelajar cemerlang UPSR baru-baru ini yang dijangka disempurnakan sehingga akhir bulan ini.

Monday, December 21, 2009

Lagi Keruntuhan Di Terengganu

by Harakahdaily

HULU TERENGGANU, 21 Dis : Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.

Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini. Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.

Sunday, December 20, 2009

Blog Sebagai Medan Dakwah, Bukan Medan Fitnah

Ditulis oleh Ustaz Abdul Ghani Samsudin
SUNDAY, 20 DECEMBER 2009 23:13

Perkembangan teknologi informasi, bahkan segala cabang pengkhususan teknologi kini begitu pesat dan pantas. Khasnya teknologi yang berkaitan dengan internet. Daripada laman web biasa, hinggalah kepada Web Blog kini semakin popular apabila penulisnya orang ternama dan kerap menulis pandangan peribadi mereka untuk ditatapi dan mempengaruhi pemikiran orang ramai atau para pembacanya. Blog sudah menjadi media sosial yang sangat berpengaruh sehingga para pemimpin setengah negara turut menjadi blogger.

Kertas kerja ini dibentang bersempena Konvensyen Blogger PAS, 20hb disember 2009, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor.

Motto:

Allah berfirman dalam Surah al Nur ayat 19:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لا تَعْلَمُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya kebejatan dan kelucahan di kalangan orang yang beriman untuk mereka siksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat. Allah Maha tahu, tapi kamu yang tidak tahu.”

Pendahuluan

Perkembangan teknologi informasi, bahkan segala cabang pengkhususan teknologi kini begitu pesat dan pantas. Khasnya teknologi yang berkaitan dengan internet. Daripada laman web biasa, hinggalah kepada Web Blog kini semakin popular apabila penulisnya orang ternama dan kerap menulis pandangan peribadi mereka untuk ditatapi dan mempengaruhi pemikiran orang ramai atau para pembacanya. Blog sudah menjadi media social yang sangat berpengaruh sehingga para pemimpin setengah negara turut menjadi blogger.

baca artikel penuh...di sini

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura