Thursday, February 24, 2011

Yuhaizad Mencabar Di Merlimau, Hassanuddin Bersaing Di Kerdau

KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan

Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

sumber : harakahdaily.net

Saturday, February 19, 2011

Buku Jingga : Kemenangan Permulaan PR Sebelum Menumbangkan BN Di PRU-13

TEMERLOH, 20 Feb : Walaupun dikecam hebat sebelum ini, tindakan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini dalam memberikan insentif-insentif kepada rakyat semakin melegitimasikan reformasi yang dijanji oleh Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Antara janji dalam 100-hari Pakatan Rakyat yang dikecam hebat oleh BN sebelum ini ialah pemberian insentif RM500 gaji tambahan bulanan kepada para guru sekiranya diberikan mandat untuk memerintah pada pilihanraya umum ke 13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan janji Pakatan Rakyat kepada guru tersebut tidak realistik dan akan melingkupkan kewangan negara.

Namun, kata Tuan Ibrahim, pengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberikan ganjaran kepada 924 guru besar dari seluruh negara untuk menerima insentif sebanyak RM7,500 seorang telah membuktikan bahawa janji Pakatan rakyat kepada guru dapat dilaksanakan.

“Dalam tawaran tersebut, Pakatan Rakyat menyedari betapa terabainya guru-guru yang dibebani tugas yang tidak setimpal dengan tugas, maka Pakatan Rakyat berjanji akan menaikan gaji mereka sebanyak RM500 sebulan.

Keadaan ini mencemaskan BN kerana khuatir ribuan guru akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Maka, tindakan menaikkan taraf elaun kepada Guru Besar dan Pengetua adalah secara mengejut dan pencapaian prestasi 600 peratus adalah luar biasa.

“Tindakan ini sekali lagi membuktikan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam tawaran merupakan perkara yang mampu dilaksanakan,” ujar Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Terdahulu, Muhyiddin berkata seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan, yang merupakan pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal sebanyak dua peratus.

Muhyiddin turut mengumumkan bahawa insentif yang bakal diberikan adalah di bawah inisiatif “Tawaran Baru” di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang diumumkan tahun lalu, yang bakal menyaksikan setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang.

Di samping itu, Tuan Ibrahim turut menyifatkan bahawa tindakan Najib untuk merendahkan kadar tol dari RM 1.60 ke RM 1 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2, Lebuh Raya Baru Pantai, N-P-E, di Kampung Medan sebagai satu bukti lagi keresahan Barisan Nasional terhadap tawaran 100-hari Pakatan Rakyat walaupun sebelumnya kerajaan berulang kali menafikan apa yang ditawarkan dalam Buku Jingga berhubung pelarasan kadar tol.

“Bahkan PR yakin menjelang pilihanraya umum akan banyak lagi tawaran yang bertepatan dengan tawaran Buku Jingga akan diberikan kepada rakyat. Ini kemenangan permulaan kepada apa yang kita perjuangkan, manakala kemenangan berikutnya ialah kejayaan menumbangkan BN dalam pilihanraya umum akan datang,” katanya.

Dalam tawaran 100-harinya, Pakatan Rakyat telah berjanji untuk menghapuskan sistem tol dengan mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan.

sumber : harakahdaily.net

Calon PAS Kerdau & Merlimau Diumum 24 Februari

ALOR SETAR, 19 Feb - PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang serentak dengan nama calon bagi DUN Merlimau, Melaka Khamis ini.


Tuan Ibrahim berkata nama calon-calon PAS
telah dikenalpasti dari awal. - gambar fail

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata nama calon bagi DUN Kerdau akan diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan nama calon DUN Merlimau.

“Walaupun masa agak suntuk kerana SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) baru menetapkan pilihan raya kecil Kerdau diadakan serentak dengan Merlimau semalam, tapi tiga nama telah disenarai pendek untuk Kerdau.

“PAS dah kenal pasti nama-nama ini dari awal lagi dan apabila berlaku kematian, PAS teliti semula nama-nama ini sebelum disenarai pendek,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan 30,000 Pemuda PAS di Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata PAS akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk membincangkan mengenai pilihan raya kecil DUN Kerdau.

“Persiapan dilipatgandakan di peringkat unit peti undi dan semua lokaliti dan PAS berharap dapat memperbaiki jumlah majoriti dan dapat keputusan lebih baik,” katanya.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari Barisan Nasional (BN) pada 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Sementara itu, kerusi Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Januari lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang.

Semalam SPR menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau dan DUN Merlimau diadakan serentak pada 6 Mac ini, manakala tarikh penamaan calon bagi kedua-dua DUN itu ditetapkan pada 26 Februari ini.

sumber : themalaysianinsider.com

Friday, February 18, 2011

Jumaat Bersejarah...Rakyat Mesir Bersama Dr Sheikh Yusof Al-Qaradawi Di Medan Tahrir

Selepas 50 tahun tinggal di luar negeri akhirnya ulama terkemuka yang digelar sebagai “Mufti Dunia” Dr. Sheikh Yusuf al-Qaradawi kembali ke Mesir bagi meraikan kejayaan rakyat Mesir menumbangkan rejim Hosni Mubarak.

"Perhimpunan Kemenangan" di Dataran Tahrir pada Jumaat 18 Februari 2011 bagi meraikan kejayaan revolusi rakyat menumbangkan diktator Hosni Mubarak. Mereka kemudiannya mendengar khutbah Jumaah yang disampaikan oleh Dr. Yusur al-Qaradawi sebelum bersama-sama menunaikan sembahyang Jumaat. REUTERS

Ulama kelahiran Mesir yang kini berumur 85 itu dianggap sebagai tokoh penting gerakan Ikhwanul Muslimin. Beliau pernah diperjarakan semasa pemerintahan Raja Farouk pada tahun 1949, kemudian diperjarakan lagi beberapa kali oleh rejim Gamal Abdul Nasser sehinggalah beliau meninggalkan Mesir dan menetap di Qatar pada tahun 1961.

Yusuf al-Qaradawi sedang menyampaikan khutbat Jumaat di Dataran Tahrir. Di sebelah kiri beliau ialah Mohamed Badie, pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir AFP

Kepulangannya telah membangkitkan kembali nostalgia terhadap kepulangan Ayatollah Rohullah Khomeini dari Peranchis selepas kejayaan Revolusi Rakyat Iran pada tahun 1979 yang berjaya menggulingkan Dinasti Shah Iran.

Sebelum ini pemimpin gerakan Islam Tunisia an-Nahdah iaitu Sheikh Rashid al-Ghannushi telah kembali semula Tunisia dari Peranchis ekoran kejayaan Revolusi Melor yang berjaya menggulingkan rejim Ben Ali.

Jumaat bersejarah. Ratusan ribu rakyat Mesir bersembahyang Jumaat bersama dengan Yusuf al-Qaradawi. AP

Al-Qaradawi sedang menunaikan sembahyang Jumaat. AFP

Walaupun berada di luar negeri, al-Qaradawi dianggap sebagai tokoh penting dalam revolusi rakyat Mesir. Beliau telah berjaya menggerakkan rakyat Mesir untuk keluar beramai-ramai bagi menentang rejim Mubarak.

Al-Qaradawi dikatakan telah menyokong kebangkitan rakyat di Mesir semenjak dari awal. Beliau telah mengeluarkan banyak kenyataan yang menyokong kebangkitan rakyat disamping menyelar rejim Mubarak sambil menyerunya berundur.

Sebaik sahaja menjejakkan kakinya semula ke Mesir al-Qaradawi telah telah menyampaikan khutbah Jumaat di Dataran Tahrir sebelum menunaikan sembahyang Jumaat bersama dengan ratusan ribu…mungkin jutaan…penduduk Mesir.

Ia merupakan kali pertama al-Qaradawi menyampaikan khutbah di Mesir sejak 30 tahun yang lalu. Khutbahnya yang terakhir ialah pada tahun 1981 selepas pembunuhan Presiden Anwar al-Sadat.

Selain menyediakan kawalan keselamatan kepada al-Qaradawi, pihak tentera juga menyediakan pasukan pancaragam sebagai meraikan kepulangan al-Qaradawi. REUTERS

Al-Qaradawi bukan sahaja disambut oleh penduduk Mesir bahkan pihak tentera juga mengalu-alukan kepulangannya. Selain itu pihak tentera juga bertindak dengan memberikan kawalan keselamatan dan yang lebih menarik kehadiran al-Qaradawi di Dataran Tahrir telah disambut dengan pancaragam tentera.

Walau bagaimanapun kepulangannya ke Mesir tidak begitu disenangi oleh Zionis Israel dan sekutunya Barat. Mereka sebelum ini telah menggelarkan al-Qaradawi sebagai “Hitler Mesir”.

Mereka amat bimbang kepulangan al-Qaradawi ini akan mengulangi sejarah Revolusi Iran, apatah lagi sebelum ini beliau banyak mengeluarkan kenyataan mengutuk rejim Zionis dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Walaupun kepulangannya amat dicurigai oleh Zionis dan sekutunya namun kepulangan semula Yusuf al-Qaradawi merupakan satu peristiwa yang amat bersejarah, bukan sahaja kepada Mesir bahkan juga kepada seluruh umat Islam…umat akhir zaman.

Semoga bukan sahaja rakyat Mesir dapat menikmati kebebasan, bahkan saudaranya yang kini berada di sebalik tembok Zionis juga akan turut dibebaskan…suatu hari nanti yang mungkin sudah tidak lama…Insyaallah !

sumber : kebunketereh.com

Thursday, February 17, 2011

Simpan Data Mudah Alih

SELAIN menyimpan data dalam pemacu simpanan data mudah alih (USB Pen Drive), apakah lagi fungsi lain yang boleh dilakukan?

*Puan N, Australia

PADA hari ini USB Pen Drive atau Cakera Flash USB mengambil alih peranan disket yang suatu ketika dahulu digunakan sebagai tempat simpanan data luaran yang mudah di bawa ke mana-mana.

Malah, ia mempunyai kapasiti yang lebih tinggi daripada disket dan bentuk fizikalnya juga lebih kecil dan ringan berbanding disket.

Dalam dunia teknologi maklumat hari ini, ia merupakan alat yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita sama ada untuk pekerjaan atau sebagainya.

Malah dengan rupa bentuk yang pelbagai dan menarik, ia dijadikan sebagai sebahagian fesyen kepada seseorang.

Apa yang lebih menarik ialah peranan Cakera Flash USB ini bukan sahaja untuk penyimpanan data semata-mata tetapi terdapat kegunaan-kegunaan yang lain.

Antaranya adalah seperti berikut:-

* Ia boleh digunakan untuk melarikan program-program komputer secara terus daripadanya seperti OpenOffice, Mozilla Firefox dan lain-lain.

Program-program komputer ini boleh dipilih oleh anda untuk memasangkannya kepada Cakera Flash USB tersebut.

Sila lawati laman web PortableApps.com untuk mengetahui faedah ini.

* Sekiranya anda mahu Cakera Flash USB ini berfungsi lebih daripada melarikan program-program komputer, maka ia perlu berupaya melarikan sistem pengoperasian.

ini boleh dilakukan sama ada anda mahu larikan sistem pengoperasian Windows atau Linux.

Konfigurasinya agak rumit tapi anda boleh dapati manualnya di Internet.

* Cakera Flash USB juga boleh dijadikan alat untuk sambungan tanpa wayar dengan menggunakan fungsi konfigurasi sambungan tanpa wayar yang ada dalam Windows dan menyimpan salinan konfiguasi sambungan wayar itu ke dalamnya.

* Ia juga boleh digunakan untuk dijadikan sebagai alat mereset kata laluan bagi Windows.

sumber : utusan.com

Tuesday, February 15, 2011

ADUN Sura Bergegas Berkongsi Kedukaan Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0268.JPGDUNGUN - Khabar tentang sebuah rumah penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, terbakar dan seorang warga emas meninggal dunia, diterima ketika beliau sedang menyampaikan ceramah di Kampung Tuan, Chukai, Kemaman.(Dengar Ceramah)

Seusai majlis penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN Chukai itu, kira-kira jam `12.27 tengah malam, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly segera beredar.


(Gambar atas - Ustaz Wan Hassan mendapat penerangan daripada Haji Zakaria)


Beliau bergegas pulang, untuk sama-sama berkongsi dan merasai 'kedukaan rakyat' yang ditimpa musibah.
Tidak sampai tempoh sejam kemudiannya, kira-kira jam 1.15 pagi, beliau sudah berada di rumah nombor 783 Kampung Lot Comel, Dungun. http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0269.JPG

(Gambar kiri - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada anak pemilik rumah)


Beliau hanya boleh melihat kerangka kayu-kayu hitam yang telah menjadi arang, tidak lagi berupa sebuah rumah, kerana ia telah hangus keseluruhannya.

Menanti beliau ditempat kejadian adalah sekumpulan anak-anak muda yang memakai 'vast' bertulis 'Unit Bantuan Bencana DUN Sura' (UBBDUNS) yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan Haji Zakaria.
Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat serta 8 anggota, beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan pihak polis turut berada di lokasi.

Bomba memuji kecergasan UBBDUNS
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0266.JPG

Buletinonline dimaklumkan, pemilik rumah tiada dan anak lelakinya pula keluar untuk minum di gerai berhampiran ketika kejadi berlaku.


Selepas menemui anak pemilik rumah dan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi, Ustaz Wan Hassan beralih, menemui para anggota bomba (gambar kanan) yang telah berjaya memadamkan api dari merebak ke rumah sebel;ah menyebelah.


Menurut maklumat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat,kebakaran berlaku sekitar jam 10. 30 malam dan punca kebakaran masih belum diketahui.
"Punca (kebakaran) tu tak tahu, samada elektrik ke (lintar pintas) atau (puntung) rokok ke, berdasarkan maklumat dari jiran-jiran, pukul 10 lebih dia (anak pemilik rumah) tinggalkan (rumah) pergi minum air,"terang Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah, Tuan Mohd Suki Anuar ketika ditanya Ustaz Wan Hassan.

Kata Tuan Mohd Suki, ketika anggotanya sampai di tempat kejadian jam 11.10 malam, api telah 'tebal', namun pasukannya dapat mengawali dan memadamkannya kira-kira 30 minit kemudian http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0262.JPG "Kita dapat kawal pada jam 11.40 tu, yang mana (ber)nyala-nyala tu kita padam dah, kita buat pemadaman api yang bernyala,"jelasnya.

Tuan Mohd Suki turut memuji UBBDUNS yang disifatkannya, bersama-sama dengan pihak Bomba, bertungkus lumus memadamkan api.

"Dia orang ni (UBBDUNS) memang baguslah, kita dengan pakaian perlindungan kita, tapi dia orang dengan pakaian gini je (vast sahaja),"katanya yang turut menerima cadangan UBBDUNS dilatih sebagai pasukan bomba sukarela bagi DUN Sura.
(Dengar perbualan Ustaz Wan Hassan dengan pegawai Bomba di Buletinonline Radio)

sumber : buletinonline.net

Monday, February 14, 2011

Perutusan Maulidur Rasul 1432 - DS Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 15 Feb : Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ianya membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

"Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.

"Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat," ujarnya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1432H.

Berikut perutusan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011

sumber : harakahdaily.net

ADUN Sura Bersama Kejayaan Pelajar Cemerlang PMR 2010 Di Kampung Alor Tembesu & Sungai Buaya

DUNGUN 14 Februari, Isnin - Seperti beberapa tahun sebelumnya, para pelajar yang memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam yang mereka hadapi akan menerima kunjungan keraian oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Di kampung Alor Tembesu, baru-baru ini, sebahagian daripada calon peperiksaan PMR 2010 yang mendapat keputusan cemerlang telah menerima sendiri sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura, sebahagiannya menerima melalui ibu, bapa atau keluarga masing-masing.



Mereka ialah adik Nurul Bahirah bt Hussein (9A) dan adik Tengku Salwani bt Tengku Zarawi (9A) dari Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun.

Adik Hamidah bt Ab Latif (9A), adik Nur Izzati bt Abd Aziz (9A) dan adik Muhammad Faiz b Mohd Noor (8A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang.





Adik Mohd Zulfahmi b Radzi (8A) dan adik Hafizati Izuani bt Musa (8A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun, adik Nor Shahirah Aishah bt Zulkifli (8A) dan adik Muhammad Fadhli b Ahmad Sanusi (7A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar dan adik Wan Nur Aisyah bt Wan Mohd Solah (9A) dari Sekolah Menengah Agama Imtiaz Dungun.

Sementara itu, di Kampung Sungai Buaya, seramai 8 orang pelajar cemerlang telah diraikan oleh ADUN Sura.


Mereka ialah adik Muhammad Syafiq b Mohd Sakri (7A) daripada Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, adik Noor Niza bt Mohd Rizan (8A) dan adik Amirah bt Azmi (8A) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun.


Adik Nur Shazwani bt Shaary (9A) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang, adik Azlini bt Mat Ali (8A) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar dan adik Nur Syarah Adila bt Othman (8A) daripada MRSM Kuala Berang.




Adik Zus Syakirah bt Haji Zunil Fauzi (9A) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dan adik Muhammad Hisyamuddin b Salman (9A) daripada Sekolah Menengah Agama Imtiaz Dungun.

Sunday, February 13, 2011

PAS Adil, Tidak Kira Bangsa Dan Agama

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0158a.JPGDUNGUN 14 Februari, Isnin - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun berkata PAS adalah sebuah parti politik yang adil tanpa mengira bangsa dan agama. Puan Serena Lim Abdullah berharap, PAS dapat memberi ruang dan memperuntukkan satu kerusi untuk ditandingi oleh kepimpinan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dalam pilihanraya yang akan datang.

Beliau yang juga aktivis muslimat PAS adalah seorang Cina Muslim berketurunan Hokkien. berkata demikian dalam majlis makan malam meraikan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Sura di sini Sabtu, 12 Februari


"Terima kasih kerana sudi hadir rumah terbuka PAS, saya tak pandai cakap Mandarin, cuma pandai Hokkien sahaja, saya orang Hokkien, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru, semoga tahun Arnab adalah (tahun) yang murah rezeki,


http://buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0161a.JPG"PAS adalah (parti politik) yang adil, tidak mengira bangsa atau agama, sekarang PAS ada (menubuhkan) Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP untuk orang bukan Islam), saya harap semua dapat masuk (sertai), "dan (saya) harap PAS dapat memberikan satu kerusi kepada DHPP),"Kata Serena yang berucap dalam dailek Hokkien kepada lebih 200 orang kaum Cina yang hadir dalam majlis tersebut.

Beliau menyeru semua orang Cina menyokong dan mengundi PAS dalam pilihanraya akan datang kerana menurutnya kehidupan rakyat akan menjadi bertambah susah sekira Barisan Nasional (BN) terus memerintah.




"Kalau kita (terus) bagi (membiarkan) BN jaga (memerintah negara), (maknanya) lagi nak mati lo (nak membunuh diri sendiri kerana) harga barang naik setiap hari, kalau sekarang ambil (kita bawa) RM100 pergi ke pasar nak beli barang, cuma boleh dapat sedikit sahaja (berbanding dahulu),"ujarnya.

sumber : buletinonline.net

Saturday, February 12, 2011

PAS Mengajak Seluruh Rakyat Lakukan Perubahan Menyeluruh Dalam Negara

KUALA LUMPUR, 12 Feb : “Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

A demonstrator waves his national flag as the crowd gathers in Tahrir, or Liberation, Square in Cairo, Egypt, Tuesday, Feb. 1, 2011. More than a quarter-million people flooded into the heart of Cairo Tuesday, filling the city's main square in by far the largest demonstration in a week of unceasing demands for President Hosni Mubarak to leave after nearly 30 years in power.

Justeru, katanya PAS mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.


Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Hosni Mubarak meletakkan jawatan Presiden Mesir berikutan bantahan berterusan rakyat selama 18 hari.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menyingkirkan rejim Hosni Mubarak yang telah menzalimi rakyatnya sejak sekalian lama. Keberanian dan sikap konsisten rakyat yang dahagakan perubahan ini wajar dicontohi oleh masyarakat dunia yang juga berhadapan dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat. Benarlah firman Allah SWT dalam Al Quran bahawa nasib sesuatu kaum itu akan diubah oleh Allah sekiranya kaum itu sendiri ingin mengubahnya.

Cabaran terbesar selepas ini ialah tentunya mengemudi kerajaan peralihan yang dipimpin sementara oleh pihak tentera supaya perubahan yang digerakkan oleh rakyat ini akhirnya akan kembali kepada kuasa rakyat dalam menentukan hala tuju dan bentuk pemerintahannya, dengan menjadikan peluang keemasan ini untuk menegakkan keadilan menyeluruh, demokrasi telus dan tulen, dan akhirnya menjadi contoh kepada kerajaan lain di rantau Asia Barat yang masih dibelenggu demokrasi tempang. Pihak Majlis Ketenteraan pula diminta supaya tidak menggunakan ruang ini untuk berdolak dalih dan berhelah dalam membina negara Mesir baru nanti.

Kuasa besar dunia juga perlulah menghormati kuasa rakyat dengan tidak cuba mencaturkan suasana pemerintahan baru di Mesir itu. Sebarang campur tangan kuasa luar akan hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan suasana kacau-bilau berterusan dialami oleh rakyat Mesir.

Peristiwa bersejarah ini tentunya menjadi iktibar kepada masyarakat dunia, termasuklah kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN. Inilah natijahnya apabila undang-undang negara dipergunakan untuk menahan tanpa bicara, darurat diisytiharkan sewenangnya dan kuasa rakyat tidak dihormati sejak sekian lama.

Tempoh itu juga meyaksikan bahawa media dikuasai oeh kerajaan memerintah dan dipergunakan tanpa segn silu dengan matlamat untuk mengekalkan kuasa kerajaan memerintah. Parti politik yang wujud pula dipaksa berdepan dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah, dan seterusnya menafikan kuasa rakyat. Sistem pendidikan pula menjadi bahan eksperimen, budaya hidup hedonisme dan penuh dengan rumpunan hiburan yang melekakan telah melupakan rakyat kepada realiti kehidupan sebenar, rasuah bermaharajalela dan rakyat dipaksakan untuk menerima satu bentuk kehidupan yang tujuannya entah ke mana. Akhirnya rakyat Mesir bangkit melakukan perubahan pada hari yang bersejarah ini.

Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu. PAS dengan ini mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.

sumber : harakahdaily.net

Saturday, February 5, 2011

Penjelasan Terhadap Laporan Muka Depan Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011



Kenyataan Rasmi Pejabat Menteri Besar Kelantan


Penjelasan Terhadap Laporan Muka Depan Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011

  1. Saya dengan ini merujuk kepada laporan muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 05 Februari 2011 yang memaparkan tajuk berita “NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah.”
  2. Di bawah tajuk tersebut dipaparkan laporan berkenaan persetujuan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan ulama UMNO, Mohd Nor Deris berkenaan dengan kenyataan YAB Tuan Guru yang didakwa boleh menjejaskan akidah.
  3. Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah. Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.
  4. Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti.
  5. Laporan di dalam akhbar Berita Harian yang merujuk kepada kenyataan yang sama lebih berkredibiliti dan menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru. Justeru, laporan yang tidak tepat seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian Edisi Kelantan tersebut amatlah dikesali.


Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Setiausaha Akhbar,

YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 05 Februari 2011

ADUN Sura Ziarah Pesakit @ Hospital Dungun

DUNGUN, 5 Februari Sabtu - Seramai lebih sepuluh orang pesakit di wad lelaki Hospital Dungun menerima kunjungan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, petang Rabu 2 Februari, baru-baru ini.




Menjadi kelaziman, apabila menziarahi pesakit di wad, ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun akan singgah bertanya khabar di semua katil pesakit semasa sesi ziarah dilakukan.



Tanpa mengira fahaman politik pesakit, beliau turut mendoakan mereka cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa sebelum dimasukkan ke wad.



Di antara pesakit yang turut berada di dalam wad ketika ziarah tersebut ialah Setiausaha PASTI Kawasan Dungun, Haji Zulkfly Abdullah dan bekas Pengerusi JKKK Padang Jambu, Haji Razak Mahmud.


ADUN Sura diiringi oleh Penolong Pengarah I DUN Sura, Ustaz Haji Wan Mohd Sufiyan Ismail, Setiausaha DUN Sura, Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed, Bendahari DUN Sura, Haji Abdullah Ibrahim, Ketua Pengangkutan DUN Sura, Haji Hassan Abdul Aziz dan AJK PAS Kawasan Dungun, Encik Abdullah Mamat.

Friday, February 4, 2011

Tiada Pilihan Melainkan Berurusan Dengan Ikhwanul Muslimin

ANALISIS, 4 Feb - Di sebalik kemungkinan Presiden Hosni Mubarak akan meletakkan jawatan dalam waktu terdekat semakin jadi kenyataan, pentadbiran Obama dilaporkan mengadakan pertemuan secara kerap yang mungkin bagi membincangkan keadaan negara Afrika utara itu - antara lain mengenai bentuk kerajaan baru yang bakal lahir di Mesir.

Salah satu kumpulan yang kemungkinan mengambil bahagian dalam proses politik pada era pasca-Hosni ialah Ikhwanul Muslimin.

Bagaimanapun persoalannya ialah sejauh mana pentadbiran Obama akan berurusan dengan kumpulan Islam ini jika ia menjadi sebahagian daripada komponen kerajaan baru.

Di sebalik perkembangan itu, dipetik msnbc, pakar strategi kumpulan Islam ini mahu Hosni dan orang kanannya ditanggungjawabkan atas “perbuatan jenayah” mereka terhadap rakyat Mesir selama ini.

“Hosni macam ‘drakula’,” kata Youssef Nada yang pernah bertindak sebagai ‘menteri luar’ pertubuhan itu dan kekal sebagai penasihat berpengaruh sehingga ke hari ini.

“Dia diktator tanpa belas kasihan dan telah membunuh ramai orang.

“Dia mesti dibicara dan perlu ditanggungjawabkan,” kata beliau lagi.

Ikhwanul Muslimin, barisan pembangkang yang lebih tersusun di Mesir, menjadi sebahagian daripada arus perdana sosial negara itu sejak lewat 1920-an. Tetapi ia diharamkan oleh rejim Hosni. Ia diasaskan oleh Hassan al-Banna pada 1928.

Disebabkan pengharaman itu, Amerika Syarikat (AS) hanya mengadakan kontak dalam skala terhad dengan Ikhwanul Muslimin, demikian menurut Pengarah Program Asia Barat Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Jon Alterman.

Semalam, Naib Presiden Mesir Omar Suleiman berkata Ikhwanul Muslimin telah dipelawa untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan baru sebahagian daripada dialog kebangsaan dengan semua parti.

Alterman adalah antara sekumpulan penganalisis Asia Barat meminta White House awal minggu ini agar membincangkan keadaan di Mesir yang melalui perkembangan pantas sejak 10 hari lalu.

baca artikel penuh...di sini.

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura