Monday, August 30, 2010

Merdeka : Bebas Bangsa Dari Penjajahan Minda - Presiden PAS

SHAH ALAM, 30 Ogos : Kemerdekaan sebenar adalah membebaskan bangsa dari belenggu penjajahan minda yang terikat dengan ketidakadilan yang diperjuangkan di dalam membela nasib sesuatu bangsa, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, itulah antara amalan jahiliah yang masih diteruskan oleh Umno selama ini sedangkan kedatangan Islam telah menunjukkan jalan terbaik kepada umat Islam bagaimana bentuk perjuangan politik mereka.

Di dalam hal ini, ujarnya, bangsa Melayu wajar mengambil ajaran Islam sebagai tonggak perjuangan kehidupan mereka dalam usaha memastikan pemerkasaan bangsa berjaya ditegakkan dan keadaan sebaliknya terus berlaku jika mereka enggan.

Tuan Guru Abdul Hadi menyatakan demikian ketika menyampaikan tazkirah sempena Ramadhan sebelum majlis berbuka puasa di Markas PAS Seksyen 18 dekat sini petang semalam. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selaku Yang Dipertua dan AJK PAS kawasan.

Tambahnya, penurunan Al-Quran sendiri secara berperingkat selama 23 tahun adalah untuk menjawab semua persoalan semasa yang timbul di dalam mana-mana masyarakat sebelum, semasa dan selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Akibat dari meninggalkan ajaran dan hukum Al-Quran kini terbukti semua agama selain Islam, isme, ideologi dan kepercayaan telah tidak relevan sekarang ini dan ternyata gagal untuk menangani segala isu semasa dan konflik masyarakat.

“Justeru, inilah masa terbaik untuk umat Islam bermuhasabah diri dan kembali mengambil jalan Islam apatah lagi di dalam bulan Ramadhan ini yang penghujung natijahnya, semua umat Islam mengharapkan mendapat anugerah takwa,” ujarnya.

Sementara itu di dalam satu lagi majlis selepas itu, Tuan Guru menyatakan, hanya dengan Islam sahaja bangsa Melayu akan mendapat kekuatan baharu yang kehilangan sejak sekian lama akibat tersalah memilih wadah perjuangan siasah.

Menurutnya, ketika zaman Nabi Muhammad, semua kaum dan bangsa dapat berhimpun di bawah payung Islam di Madinah dalam keadaan semua bangsa lain boleh hidup dalam keadaan aman damai sedangkan Islam berkuasa di situ.

“Inilah keadilan yang Islam perjuang dan berjaya tunjukkan serta memberikan hak kepada semua yang berhak termasuk tidak mengganggu gugat kehidupan bukan Islam ketika itu, inilah juga iktibar yang mesti dilihat oleh umat Islam masa kini,” tambahnya.

Ketika mengungkapkan kisah kenapa Nabi berhutang dengan Yahudi, tidak dengan ramai sahabat yang kaya, Tuan Guru Presiden menyebutkan bagaimana hasil bergaul baik dengan mereka yang bukan Islam menyebabkan mereka menganut Islam kerana terpikat dengan akhlak Islam.

Begitu juga ketika Peristiwa Pembukaan Kota Makkah, Nabi memerdekakan semua mereka yang tewas dengan pengampunan dan pembebasan sekaligus menolak dakwaan Islam ganas sedangkan di dalam revolusi selain Islam, meragut jutaan nyawa termasuk mereka yang tidak berdosa.

Dengan sikap terbuka dan rahmatnya mendahului tindakan yang ditunjukkan oleh Nabi itu, Islam telah berjaya menarik sokongan banyak pihak dari bangsa yang berbagai seperti Salman AlFarisi, Suhaib Ar-Rumi dan Bila AlHabsyi termasuk bukan Islam yang hidup aman sejahtera.

sumber : presiden.pas.org.my

Sunday, August 29, 2010

ADUN Sura Persoal Perbelanjaan Terhadap Kepercayaan Khurafat Hampir RM400,000 Di Dungun


http://buletinonline.net/images/stories/berita32/batupenyu.gifDUNGUN - PAS menyifatkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mempercayai 'Batu Penyu' sebagai 'ibu semangat' yang menentukan kedatangan penyu ke Rantau Abang sebagai khurafat sekaligus membazirkan wang rakyat.

Oleh itu, tindakan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) membelanjakan wang rakyat sebanyak RM390,000 bagi membaik-pulih bongkah Batu Penyu di Bukit Che Hawa adalah tidak wajar sama sekali.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mempersoalkan tindakan kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak hampir RM400,000 hanya untuk kepercayaan khurafat terhadap seketul batu.


(Gambar - Batu Penyu.... asalnya hanya satu ketul batu biasa, kemudian ia mula dipagar (gambar bawah) dan kini didirikan bangunan diatas bongkah batu tersebut)


Katanya, jumlah kewangan yang begitu besar itu adalah jauh lebih baik sekiranya digunakan bagi keperluan membantu rakyat yang ramai lagi masih miskin di negeri ini.


“Apa perlu kita (kerajaan) membelanjakan sejumlah besar wang rakyat hanya kerana untuk kepercayaan khurafat baiki Batu Penyu yang dianggap ‘ibu semangat’.


http://buletinonline.net/images/stories/berita32/batu%20penyu.jpg“Hampir RM400,000 itu lebih baik kita (kerajaan) manfaatkan untuk rakyat miskin yang masih ramai dan memerlukan bantuan,” ujarnya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim anjuran PASTI Kuala Dungun di Surau Ustaz Omar Syukri, Dungun, baru-baru ini.

Menurutnya, kemerosotan kedatangan penyu untuk bertelur di pantai Rantau Abang adalah akibat perbuatan tangan manusia sendiri dan tidak ada kena mengena dengan 'Batu Penyu'.


“Sebenarnya (laporan) banyak penyu yang mati di laut kerana terjerat pukat, mati oleh pemangsa, dibunuh oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan bukan kerana Batu Penyu yang dijadikan ‘ibu semangat’ kepada reptilia itu,” jelasnya.


Justeru itu, katanya amalan mempercayai bongkah batu mempunyai ‘kuasa’ tertentu hingga perlu dijaga (pelihara) boleh menyesatkan aqidah dan pemikiran umat Islam.


“Masa kini tidak ada lagi amalan mempercayai batu ada ‘kuasa’ yang bersifat karut, tahyul dan khurafat kerana pegangan itu boleh menyesatkan pemikiran manusia dan umat Islam,” ujarnya.

sumber : BuletinOnline

Sempena Ramadhan Al-Mubarak...Siapalah Kita Tanpa Mereka

BERBAKTI dan berbuat baik kepada ibu bapa satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya.

Dalam surah al-Isra’, ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: “Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.

“Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

“Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat.”

Melalui nas terbabit jelas sekali kepada kita, berbakti kepada orang tua bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main dan boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang mesti dilakukan.

Bahkan berbakti dan berbuat baik kepada mereka tergolong dalam amalan yang sangat disukai Allah. Ini sebagaimana hadis diriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah, katanya:

“Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah.”

Hadis berkenaan menunjukkan besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam. Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa amalan terbaik yang patut didahulukan daripada perkara lain, termasuk berjihad.

Menurut al-Qurthubi, termasuk berbakti dan berbuat baik kepada orang tua ialah tidak mencacinya dan menderhaka kepada mereka.

Jika ibu bapa atau seorang daripada mereka menyuruh si anak, wajib anak mentaatinya apabila perintah itu bukan membabitkan perkara yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah.

Kita mempunyai ibu bapa dan kita sepatutnya bersyukur kepada mereka. Dengan adanya mereka, kita lahir ke dunia dan dapat mengenal segala isinya, malah dengan jasa mereka kita mendapat kenikmatan berlimpah ruah.

“Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada orang tuamu, hanya kepada-Ku kamu kembali.” (Luqman:14)

Bagaimana bersyukur? Antaranya, kita memikul tanggungjawab terhadap mereka, dengan mengambil berat kebajikan mereka setiap waktu, memberikan bantuan serta menjaga dan mengambil tahu makan pakai mereka.

Sebagai anak, kita juga perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa dan memastikan sentiasa akrab walaupun apabila sudah dewasa dan mempunyai rumah tangga sendiri.

Perbuatan derhaka dilarang sama sekali. Mereka yang menderhaka berdosa besar. Dalam satu hadis menerangkan derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: “Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu.” (Hadis riwayat Muslim)

Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang kuat beribadat, tetapi apabila di saat kematiannya dia tidak dapat mengucap syahadah kerana perbuatannya menyinggung hati ibunya, akibat terlalu cinta kepada isterinya.

Melihat keadaannya yang nazak, Nabi mengancam untuk membakarnya, tetapi apabila ibunya datang dan memaafkannya, azab yang menimpa Alqamah berakhir.

Peristiwa terbabit wajar dijadikan iktibar kepada semua di antara kita. Janganlah kerana isteri hak ibu terabai dan disebabkan suatu perkara remeh, tergamak meninggikan suara terhadap ibu sendiri.

Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya.” (Hadis riwayat al-Tabrani)

sumber : Mran3238's Blog

Thursday, August 26, 2010

Hubungan Nuzul Quran, Lailatul Qadar & Politik Negara

Bulan Ramadan dipilih Tuhan sebagai bulan untuk kita berpuasa atas beberapa perkara. Antara perkara yang paling besar, ialah sejarah turunnya al-Quran pada suatu malam dalam bulan Ramadhan.

RAMADAN menjanjikan ganjaran yang cukup istimewa bagi seorang Muslim ke arah mengecapi kecemerlangan

lailatulqadar

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." (maksud Al-Baqarah: 185)

Sebab itu juga kita digalakkan membaca, tadarus al-Quran pada bulan Ramadan sebagai suatu cara menghormati al-Quran memandangkan bulan Ramadan ini telah dipilih sebagai bulan di mana kitab suciNya diturunkan.

[Sebenarnya, kita juga digalakkan bertadarus pada luar bulan Ramadan juga. Tapi pada bulan ini kita makin digalakkan berbuat demikian, apatah lagi, bulan Ramadan itu dikenang sebagai bulan turunnya al-Quran.]

Manakala dalam bulan Ramadan itu juga ada suatu peruntukan malam yang mulia. Malam itu menjadi mulia dengan sebab hadirnya malam Lailatul Qadar di mana kemuliaannya terkait langsung dengan sebab kejadian kisah turunnya al-Quran pada malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Qadar, maksudnya:

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar.

[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?

[3] Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[4] Pada malam itu, turun malaikat dan ruh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

[5] Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbitnya fajar!"

Pada ayat pertama, disebutkan dengan jelas bahawa al-Quran itu telah diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan sudah tentulah hal ini berlaku dalam bulan Ramadan kerana jumhur ulama menyifatkan demikian.

(Sesetengah sufi besar seperti Ibnu 'Arabi lewat kitab agungnya Futuhat Makkiyyah mendakwa Lailatul Qadar juga pernah turun pada bulan Rabiul Awwal, Rabiul Akhir dan lain-lain bulan di luar Ramadan. Wallahu'alam.)

Ini kerana, ayat pertama di dalam surah al-Qadar ini ada kaitan dan kesinambungannya dengan ayat 185 al-Baqarah yang menyebutkan bahawa al-Quran itu memang diturunkan pada malam bulan Ramadan.

Nabi Musa a.s bermunajat, berpuasa menunggu turunnya Taurat

Seperti yang termaklum, hubungan Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Musa a.s itu amat erat. Seperti mana cara al-Quran diturunkan kepada umat Muhammad, maka dengan cara yang sama jugalah kejadian itu berlaku ke atas umat Musa a.s, iaitu Bani Israel.

Suatu zaman yang lalu, Nabi Musa a.s pernah bermunajat selamat 40 hari, 40 malam di atas bukit. Baginda juga berpuasa dalam tempoh turunnya 10 Rukun atau Ten Commandments itu; iaitu peristiwa seperti mana kita berpuasa untuk mengingati peristiwa turunnya al-Quran tersebut.

"Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya yang zalim (terhadap diri sendiri). (maksud Al-Baqarah: 51)

Peraturan dan syariat baru (Ten Commandments) itu dirakam dalam bentuk batu bersurat, prasasti untuk Bani Israel dan menurut riwayat, Nabi Musa a.s sendiri telah memecahkan batu bersurat yang terakam di atasnya peraturan baru terhadap umatnya itu. Puncanya, baginda berang ke atas sikap umatnya yang kembali menyembah anak lembu ciptaan Samiri.

Sikap marah Nabi Musa itu turut tercurah ke atas saudaranya Nabi Harun. Allah s.w.t merakamkan kejadian tersebut.

Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: `Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrael sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" (maksud Taha: 94)

Kejadian itu benar-benar mengecewakan Nabi Musa a.s kerana hampir keseluruhan Bani Israel telah kembali menuju jalan kesesatan, melainkan segolongan yang kecil sahaja yang masih setia berkiblatkan kepada ajaran Tauhid yang asal.

Samiri, mungkin seorang pengamal sihir telah mengambil kesan jejak langkah rasul untuk menguatkan lagi kesan sihirnya ke atas Bani Israel. Ketika Nabi Musa a.s bertanya kepada Samiri, maka penyihir itu berkata.

"Ia menjawab: "Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku". (Taha: 96)

Demikianlah halnya dengan nasib umat Islam hari ini. Mereka boleh disesatkan ahli sihir, wanita penyihir yang menjadi isteri pembesar secara halus dan tersirat jika agamawan dan mufti masih setia dan selesa menjaga kedudukannya dengan mengambil sikap membisu (syaitan bisu) dan tidak membuka simpulan tali pada lidahnya dalam usaha menegur amalan sihir isteri pembesar yang boleh menyesatkan aqidah umat ini secara beransur-ansur.

Sikap Muslimin terhadap Lailatul Quran

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, kita mendapat dua bentuk kemuliaan dari langit. Pertamanya, Al-Quran yang turun dari langit pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan. Kedua kita mendapat arahan melakukan solat fardhu ketika Nabi Muhammad s.a.w menerimanya di langit pada malam Isra' Mikraj.

Rasulullah s.a.w pernah disoal tentang amalan apakah yang sebaik-baiknya diamalkan jika mereka bertemu Lailatul Qadar itu. Maka nabi meminta kita membaca doa, "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar..."

Oleh kerana Lailatul Qadar ini terkait dengan sejarah penurunan al-Quran, dan malaikat serta ruh pun turun mengiringi penurunan al-Quran sebagai petunjuk dan hidayah, maka selayaknya kita menghiasi malam Lailatul Qadar dengan doa yang tidak bersifat keduniaan semata-mata, seperti mohon hendak jadi kaya, mendapat projek, dan lain-lain.

Biarlah kita mohon supaya ada keberkatan (roh) pada harta kekayaan itu, iaitu kita akan pandai menggunakannya ke arah kebaikan, mengeluarkan zakat, membanyakkan sedekah dan lain-lain.

Dan jika kita mendapat projek sekali pun, ia bukanlah didapati melalui rasuah dan tidaklah kita mengalibabakan projek sehingga menyebabkan banyaknya pembinaan rumah yang terbengkalai. Atau jika mendapat projek pembelian kapal selam itu sekali pun, ia bukanlah sampai mengundang tragedi berdarah ke atas wanita Mongolia.

Syahadan, doa yang teragung adalah doa yang telah diajarkan oleh baginda tadi - "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar."

Hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam ada keghairahan mencari tanda-tanda Lailatul Qadar kerana mahukan imbuhan pahala yang banyak kerana malam itu dikatakan lebih baik daripada 1,000 bulan. Juga, mereka menunggu malam itu kerana pada malam itu akan dimakbulkan segala doa dan hajat.

Malah, dengan sebab tersebarnya mitos berhubung pokok-pokok bersujud pada malam tersebut, maka ada kalangan kita yang sanggup menunggu isyarat itu agar terbentang di depan mata. Adalah terlebih afdal, masa yang digunakan untuk menunggu petanda itu digunakan untuk meneruskan amalan dan berdoa untuk kebaikan kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Kalau kita mahu berdoa untuk mendapat imbuhan akhirat yang baik, maka hendaklah kita berdoa agar diberi sebuah dunia yang baik di mana khalifahnya adil dalam pemerintahan. Pemimpinnya banyak menyeru ke arah amal soleh dan secara tidak langsung akan menyebabkan bakal lahirnya sebuah dunia yang baik, insya Allah Ta'ala.

sumber : Harakahdaily

Wednesday, August 25, 2010

Isu Hudud & Negara Islam Bergema Lagi

Isu Hudud dan Negara Islam akan sentiasa menjadi polimik antara PAS dan DAP khususnya, selagi kefahaman dan penghayatannya tidak dilaksanakan. Persoalan utama ialah memahami dasar perjuangan PAS, yang berteraskan Dasar Islam. Sebagai umat Islam, melaksanakan perintah Allah adalah satu kewajipan yang dituntut oleh syarak. Kerana itu, bagi PAS melaksanakan hukum hudud, qisas dan takzir adalah satu kewajipan bagi pemerintahan Islam.

Oleh kerana UMNO yang memerintah lebih 50 tahun tidak melaksanakannya, maka timbullah tanggapan di kalangan orang bukan Islam, bahawa perlaksanaannya tidaklah menjadi tuntutan. Lantaran itu, kami jelaskan bahawa UMNO mengabaikan kewajipan yang sepatutnya mereka sebagai pemerintah melaksanakannya. Pengabaian ini menyebabkan timbulnya pertembungan antara PAS dan UMNO hingga kini. Asas kepada penentangan ini ialah UMNO mengabaikan kewajipan agama, yang telah difardhukan oleh Allah, manakala PAS berjuang agar kewajipan ini dilaksanakan.

PAS menekankan bahawa manusia adalah milik Allah, dan begitu juga bumi adalah milik Allah. Maka sebagai hamba Allah, kita mesti melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Sekiranya perintah dan larangan Allah diabaikan, pasti akan mengakibatkan timbulnya pelbagai kegawatan dalam masyarakat manusia.

Hari ini kita terpaksa menerima hakikat gagalnya sistem perundangan mengawal pelbagai kepincangan yang berlaku. Peningkatan kadar jenayah, pembunuhan, pembuangan bayi, dadah, perzinaan, kes kecurian, penderaan dan lainnya telah sampai ke tahap yang sangat membimbangkan.

Manifestasi kegagalan ini boleh dilihat dengan indeks jenayah yang meningkat, penjara-penjara yang terpaksa menampung penjenayah yang di luar kouta yang dibenarkan, pusat-pusat serenti yang sentiasa bertambah, bahkan kini ada cadangan sekolah khas bagi ibu mengandung, pemberian jarum suntikan dan bekalan dadah sentatik kepada penagih dadah. Semuanya ini adalah gambaran gagalnya sistem ciptaan manusia, bahkan ianya membebankan negara.

baca artikel penuh...di sini.

Kenyataan Media Setiausaha Agung PAS Bidas The Star

KUALA LUMPUR, 25 Ogos : Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berita yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak menggambarkan kenyataan beliau yang sebenar kepada media berkaitan dengan hukum hudud.
Dalam satu kenyataannya hari ini, Mustafa berkata, "Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokok tambah dari akhbar itu."

Berikut adalah kenyataan beliau bagi menjelaskan perkara ini.


KENYATAAN MEDIA

Kenyataan yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak memberikan gambaran sebenar apa yang saya sebutkan kepada media sehari sebelumnya. Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokot tambah dari akhbar itu.

Apa yang saya sebut bahawa Islam adalah dasar PAS dan PAS tidak berganjak dari dasar perjuangannya ini.

Apabila ditanya, apakah pendirian Tuan Guru Datuk Nik Aziz itu pendirian PAS, saya kata ia memang pendirian PAS. Ia saya nyatakan tanpa saya sebut pelaksanaan hudud dalam konteks Malaysia dan bukan respon kepada kenyataan mana-mana orang.

Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan konsep federalisme, negeri-negeri mempunyai hak tersendiri. Apa-apa pun yang hendak dibuat di peringkat negara dan negeri dalam konteks undang-undang, ia mesti diluluskan oleh Parlimen di peringkat pusat dan DUN di peringkat negeri.

Contohnya Kelantan dan Terengganu yang membuat enakmen jenayah syariah. Ia mestilah diluluskan di DUN masing-masing. Undang-undang yang diluluskan pula terbatas kepada orang Islam sahaja dan tidak dipaksakan ke atas bukan Islam.

Di peringkat pusat pula, apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang mestilah terlebih dahulu diluluskan diperingkat Parlimen. Andaikata PAS dan Pakatan Rakyat mendapat kuasa di peringkat pusat, ia juga perlu melalui proses yang sama sebagaimana undang-undang yang lain.

Pindaan undang-undang Perlembagaan yang tidak mendapat sokongan 2 per 3, tidak akan boleh berjalan. Pendek kata pelaksanaannya mestilah mendapat persetujuan rakyat melalui wakil mereka dalam Parlimen. Tetapi menjadi tanggungjawab kepada PAS yang memperjuangkan Islam yang menyeluruh (syumul) untuk menjelaskan perkara ini kepada rakyat dan parti yang bersama dengan PAS.

Sudah tentu kalau ia tidak difahami oleh rakyat atau wakil rakyat, ia tidak akan mendapat sokongan di Parlimen. Penjelasan mengenainya mestilah dibuat secara berterusan dan bijaksana.

Memang menjadi keyakinan PAS dan pengikutnya, ajaran Islam adalah yang terbaik dan PAS sedia berdialog dan berbincang mengenai hal ini dengan mana-mana pihak.

Perlu juga diingat soal perundangan ini hanya sebahagian sahaja daripada Islam. Sebab itu kita perlu sentuh semua hal samada sosial, ekonomi, salah laku, good governance dan lain-lain. Perundangan satu juzuk sahaja daripada Islam.

Atas dasar itu, saya tidak fikir hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas dengan hal ini sahaja. PAS akan terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama dengan PKR dan DAP kerana kebersamaan kita banyak sebagaimana yang telah kita jelas dalam agenda bersama Pakatan Rakyat.

Kita akui dengan jujur bahawa kita ada perbezaan dasar dengan DAP bahkan PKR juga. Tetapi persamaan dalam perjuangan kita untuk hak rakyat jauh lebih banyak dari perbezaan antara kita.

Tidak seharusnya perkara ini di salah tafsirkan sehingga boleh jejaskan hubungan baik yang sedang berjalan sekarang.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS

sumber : Harakahdaily

Tuesday, August 24, 2010

Data Banci 2010 Dikeluarkan Sekitar Mac Atau April 2011

PUTRAJAYA, 24 Ogos - Data keseluruhan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan dikeluarkan sekitar bulan Mac atau April tahun depan, kata Pesuruhjaya Banci Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
PELANCARAN: Nor Mohamed memalu gong sempena majlis pelancaran Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pesuruhjaya Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 Datuk Wan Ramlah Wan Abd. Raof (kiri). Banci Penduduk dan Perumahan dijalankan setiap 10 tahun sekali. Banci Penduduk dan Perumahan 2010 merupakan bancian kelima sejak penubuhan Malaysia pada tahun 1963. — Gambar Bernama

Wan Ramlah yang juga Ketua Perangkaan Malaysia berkata data awalan berkaitan populasi di setiap negeri dan jantina, akan dikeluarkan seawal November ini.


"Kita akan mengambil sedikit masa kerana banyak laporan dan analisis yang akan dikeluarkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada hari Selasa.

Beliau berkata Jabatan Perangkaan akan melakukan semakan terlebih dahulu sehingga bulan September ini.
Banci Penduduk dan Perumahan 2010 telah dijalankan dalam tiga Fasa bermula 6 Julai dan berakhir 22 Ogos lalu.

"Semakan itu merupakan prosedur biasa kerana kita mengikut standard antarabangsa. Ini untuk memeriksa kualiti data yang dikumpul semasa bancian dilakukan," katanya.

Ditanya sama ada jidar selisih kekal pada tahap lima peratus ekoran cabaran yang ditempuhi sepanjang pembancian, Wan Ramlah berkata ia tidak boleh melebihi angka tersebut bagi mengekalkan kebolehpercayaan dan ketepatan data.


"Itulah sebabnya kita melakukan semakan terlebih dahulu untuk memastikan data yang dikumpul boleh dipercayai," katanya Sementara itu, Nor Mohamed berkata data bancian itu penting untuk kerajaan menggubal dasar yang relevan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020.

"Tanpa mengetahui data secara mendalam tentang aspek penduduk dan perumahan, kita tidak dapat menggubal dasar yang relevan. Kita perlukan data yang boleh dipercayai," katanya.


"Pertumbuhan ekonomi 9.5 peratus pada separuh pertama tahun ini memperlihatkan kejayaan kita keluar dari perangkap kegawatan kewangan dan ekonomi global.
"Kita yakin dengan langkah-langkah dan strategi kerajaan yang relevan sekarang, ekonomi akan terus berkembang," katanya.

Beliau berkata selain kerajaan, ramai penyelidik, pakar ekonomi, ahli demografi, komuniti perniagaan, ahli akademik dan pengguna lain sedang menunggu data penanda aras penduduk yang baru itu.


Seramai 26,000 pembanci dengan 3,000 penyelia terlibat dalam pembancian 2010 yang membabitkan sembilan juta kediaman dan 29 juta penduduk dengan kos mencecah RM200 juta. Banci penduduk dan perumahan dijalankan setiap sepuluh tahun dan ini merupakan yang kelima selepas penubuhan Malaysia pada 1963.

sumber : bernama.com

Peristiwa Penting & Bersejarah Dalam Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan bukan setakat bulan untuk melatih diri kita menjadi bertaqwa semata-mata. Bahkan natijah daripada Taqwa itu ialah ia membawa diri kita dan umat Islam seluruhnya ke arah kemenangan. Kalau nak menang, berperanglah dalam bulan Ramadhan kerana diri kita lebih dekat dengan ALLAH dan orang yang dekat dengan ALLAH ,sudah tentu lebih makbul doanya.

Berikut merupakan sebahagian besar catatan peristiwa penting dan bersejarah dalam bulan Ramadhan:

  1. Perang Badar yang terjadi pada tangal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Perang Badar dianggap sebagai perang terbesar dan kemenangan terbesar yang diraih umat Islam di awal pertumbuhannya di Madinah.
  2. Fathu Makkah yang terjadi pada tahun ke lapan hijrah. Jihad ini merupakan kemenangan untuk menghancurkan tuhan-tuhan berhala dan menegakkan panji kebenaran.
  3. Pada Ramadhan tahun 9 Hijrah, Rasulullah saw. menerima utusan dari Tsaqif untuk membaiat Nabi Muhammad Saw.
  4. Pada Ramadhan tahun 15 Hijrah, terjadi perang Qadisiyyah dimana orang-orang Majusi di Persia ditumbangkan.
  5. Pada Ramadhan tahun 53 Hijrah, umat Islam memasuki pulau Rhodes di Eropah.
  6. Pada bulan Ramadhan tahun 91, umat Islam memasuki selatan Andalusia (Sepanyol sekarang)
  7. Pada Ramadhan tahun 92 H., umat Islam keluar dari Afrika dan membuka Andalus dengan komandan Thariq bin Ziyad
  8. Pada bulan Ramadhan tahun 132 H., Dinasti Umawiyah ditumbangkan dan berdirilah Daulah Abbasiyah.
  9. Pada bulan Ramadhan tahun 254 H., Mesir memisahkan diri dari daulah Abbasiyah dengan pimpinan Ahmad bin Thaulun.
  10. Pada Ramadhan tahun 361 H., dimulainya pembangunan Masjid Al-Azhar yang kelak menjadi universitas Al-Azhar di Kaherah.
  11. Pada bulan Ramadhan tahun 584 H., Sholahuddin Al-Ayyubi mulai menyerang tentara Salib di Siria dan berhasil mengusir mereka.
  12. Pada Ramadhan 658 H., Umat Islam berhasil menghancurkan tentera Tartar di perang “Ain Jalut”
  13. Pada Ramadhan tahun 675 H., Raja Bebes dan tentaranya berhasil mengusir tentara Salib secara total.
  14. Pada bulan Ramadhan 1393 tentara Mesir berhasil merebut terusan Suez dan mengusir tentara penjajah, Israel dari Sinai.

Demikianlah sebahagian peristiwa penting di bulan Ramadhan al mubarak. Kesimpulannya, Ramadhan adalah bulan KEMENANGAN, KEJAYAAN, KEGEMILANGAN, KECEMERLANGAN dan KETERBILANGAN dalam Islam.

ALLAHU AKBAR!!ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!!

sumber : ibnuabbas.wordprees.com

Sunday, August 22, 2010

Iran Lancar Pesawat Pengebom Kawalan Jauh, Memastikan Musuh Lumpuh Di Pangkalan Mereka Sendiri

TEHRAN : Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, hari ini melancarkan pesawat pengebom kawalan jauh pertama binaan sendiri yang digelar "duta kematian" kepada musuh Iran.

Ahmadinejad meets Karrar

Bercakap kepada sekumpulan pegawai, Ahmadinejad berkata: "Jet ini selain menjadi duta kematian kepada musuh kemanusiaan, mempunyai mesej keamanan dan persahabatan."



Katanya, matlamat pesawat itu ialah untuk "memastikan musuh lumpuh di pangkalan mereka sendiri" dan menegaskan pembinaannya bagi tujuan pertahanan.

Pesawat kawalan jauh sepanjang empat meter itu dinamakan Karrar iaitu penyerang dalam bahasa Farsi. Tiada butiran mengenai keupayaan pesawat itu diberikan. - AP

sumber : bharian.com

Tohmahan Media Arus Perdana : Pakatan Rakyat Pulau Pinang Lulus 10 Usul

Mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat hari ini mencapai kata sepakat meluluskan 10 usul berkaitan tohmahan media arus perdana yang melaga-lagakan kepimpinan kerajaan Pulau Pinang dan Yang Di Pertuan Agong.

Antara intipatinya ialah taat setia kepada Yang Dipertuan Agong dan Yang Dipertuan Negeri dan menegakkan Islam sebagai agama rasmi, serta mengutuk amalan politik kotor UMNO yang memperalat agama untuk cita-cita politik mereka.

Satu kenyataan Media Bersama Pakatan Rakyat ditandatangani Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang , Ustaz Rosidi Hussain .

Dalam mesyuarat itu, EXCO Pulau Pinang portfolio agama Islam, Abdul Malik Kassim memberi penjelasan mengenai teks khutbah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Sebanyak 10 usul diluluskan dalam mesyuarat tergempar yang dipengerusikan Pengerusi Pakatan Rakyat Lim Guan Eng.

1. Melafazkan ikrar taat setia kepada Yangi Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara mengikut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

2. Melafazkan ikrar taat setia kepada Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

3. Islam sebagai agama rasmi negeri tetapi agama lain boleh diamal mengikut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

4. Mengulangi sokongan ke atas dasar kerajaan Pulau Pinang mengharamkan judi bola yang awalnya diluluskan Umno.

5. Menyokong pemberian kewangan khas RM400 pada sambutan Aidilfitri yang diumumkan kepada semua ahli pentadbiran kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

6. Mengutuk amalan politik kotor UMNO dan media massa yang memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah kedua solat Jumaat sebagai fitnah jahat terhadap kerajaan Pulau Pinang.

7. Menafikan dakwaan UMNO kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan JAIPP menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

8. Mendesak UMNO mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib/imam mesjid yang terbukti memesong dari teks khutbah yang disediakan.

9. Mendesak Umno BN menghentikan permainan politik kebencian di kalangan orang ramai yang dilihat cuba menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam/khatib yang didakwa tidak mengikut teks khutbah yang disediakan.

10. Menyeru rakyat and penyokong Pakatan Rakyat bersikap tenang dan tidak masuk perangkap UMNO untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada program kerajaan negeri yang selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar.

“Ketiga-tiga parti, DAP, PAS, PKR menggariskan 10 perkara iaitu lafaz taat setia tidak berbelah bagi kepada Yang Dipertuan Agong sebagai penjaga agama dan kepala agama, dan kepada Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang, mendesak UMNO membuat laporan polis supaya kita boleh ambil tindakan seterusnya, dan buktikan kepada kita imam mana,masjid mana," cabar Dr Mansor Othman.

“UMNO bangkitkan isu ini ada 3 sebab. Kita baru umum bayar saguhati RM400 pertama di Malaysia, kedua sebelum raya kita akan bayar RM1000 untuk warga emas yang belum daftar dahulu. Kita pandang berat isu guna agama selepas kita haram isu judi bola dan kenapa kita nampak timbul isu ini,” katanya lagi

sumber : tvselangor.com

Dinar : Liputan Antarabangsa

Indonesia

Kelantan Malaysia Mulai Gunakan Dinar Dirham dalam Transaksi Perdagangan
Jumat, 13/08/2010 13:59 WIB

Sebuah negara bagian Malaysia telah membolehkan masyarakat untuk menggunakan koin emas dan perak di toko dan restoran untuk menghidupkan kembali praktek perdagangan dari masyarakat Islam awal, kata seorang pejabat mengatakan Jumat ini (13/8).

Uang koin Dinar emas dan dirham perak memberikan alternatif lain dari mata uang Malaysia, ringgit, di negara bagian timur laut Kelantan, yang dikuasai oleh Partai Islam Semalaysia (PAS).

Nilai dari mata uang yang digunakan di Kelantan dapat berfluktuasi sesuai dengan harga pasar, namun para pejabat mengatakan hal itu tetap merupakan alternatif yang lebih baik daripada menggunakan mata uang dipengaruhi oleh dolar AS dan mata uang asing lainnya.

Pihak berwenang Kelantan juga mengatakan penggunaan koin tersebut didorong oleh Al-Quran.

Pejabat negara telah menghasilkan uang senilai $ 630.000 untuk penggunaan di sekitar 1.000 outlet di ibukota Kelantan, kata Nik Mahani Mohamad, direktur eksekutif dari Kelantan Golden Trade, yang memproduksi koin dinar dirham.

"Ini adalah saat yang amat sangat hebat bagi umat Islam," kata Nik Mahani. "Kami menyediakan alternatif berarti bagi rakyat untuk perdagangan dengan dinar dan dirham."

Koin dinar dirham masuk ke sirkulasi pasar Kamis kemarin dan dapat dibeli di berbagai lokasi di Kelantan. Harganya saat ini bernilai sekitar $ 180 per dinar dan $ 4 per dirham.

Pemerintah negara juga berencana untuk memberikan karyawan pilihan untuk menerima sebagian dari gaji mereka dalam mata uang ini, serta memperkenalkan emas batangan untuk investasi besar. Umat Islam yang ingin bersedekah juga dapat membayar dengan koin Dinar dirham.

PAS telah telah memerintah Kelantan sejak tahun 1990. Beberapa kebijakan mereka yang selama bertahun-tahun termasuk melarang perjudian, hiburan malam dan konser musik rock, dan mewajibkan karyawan negara muslim wanita mengenakan jilbab di tempat kerja. (fq/startribune)

Portugis

Estado da Malásia cria moeda islâmica de ouro e prata
AE-AP - Agência Estado

baca artikel penuh...di sini

Saturday, August 21, 2010

Faham Asabiyyah Tidak Berfaedah

Golongan perosak (Mubtilin) yang bertujuan meracuni pemikiran manusia, telah melancarkan perang pemikiran dengan menuduh bahawa dakwah Muhammad s.a.w. telah diperkukuh oleh faham asabiyyah Quraisy yang mengikat erat kalangan Bani Hashim dan Bani Mutalib. mereka menyebarkan tuduhan itu setelah mendapati bahawa penyokong Muhammad yang sanggup menempuh pelbagai kesengsaraan ketika menghadapi kepungan bukan semua mereka dari kalangan mukmin, sebaliknya terdapat ramai di kalangan mereka orang-orang kafir dan tidak mempercayai dakwah Islam yang disampaikan oleh Nabi s.a.w.

photo

Mereka beranggapan bahawa faham kebangsaan Arab itulah yang memperkukuh kedudukan Nabi s.a.w. sehingga mereka sedikitpun tidak berganjak dengan keyakinan masing-masing, meski-pun mereka telah dikepung dan ditimpakan kesengsaraan di lembah "Sya'bi Bani Mutalib" selama kira-kira tiga tahun.

Kerjasama berasaskan semangat asabiyyah atau faham kebangsaan antara orang yang beriman dan orang-orang yang kafir dari Bani Hashim dan Bani Mutalib, telah mencetuskan rasa perihatin mempertahan Muhammad s.a.w. dari ancaman pihak Quraisy Makkah. Mereka mempertahankan Muhammad kerana Muhammad s.a.w. adalah kerabat mereka.

Pendapat yang mengatakan bahawa dakwah Nabi Mu-hammad s.a.w. bersandarkan faham "asabiyyah `urubah" atau faham kebangsaan Arab Quraisy Bani Hashim dan Bani Mutalib, hujahnya ialah puak kafir dari keturunan Bani Hashim dan Bani Mutalib turut sama mempertahankan Muhammad s.a.w..

Jika pendapat itu diterima adalah suatu kekeliruan yang secara terang-terang telah disengajakan dan juga satu kesalahan yang besar, sedangkan pendapat itu tidak mempunyai sebarang sandaran walaupun berasaskan lojik.

Apa yang sebenarnya ialah kalangan orang-orang kafir Bani Hashim dan Bani Mutaliblah yang berpegang dengan faham asabiyyah Quraisy, kerana mereka bermati-matian mempertahankan Muhammad s.a.w. yang sedarah seketurunan dengan mereka, sekalipun mereka tidak sefahaman dan tidak beriman dengan ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi s.a.w..

Mereka menganggap soal agama adalah masalah individu, yang penting bagi mereka ialah menyayangi batang tubuh Muhammad s.a.w. dan wajib di pertahankan kerana Nabi adalah keluarga mereka.

baca artikel penuh...di sini.

Friday, August 20, 2010

Tazkirah Ramadhan 1431/2010 Oleh Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 20 Ogos : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua lapisan rakyat dalam negara ini agar dapat bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan Umno BN.


“Kepada seluruh rakyat dalam negara kita, marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik songsang mainan Umno BN ini, dengan kita sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, lewat hari ini.

baca artikel penuh...
di sini.




Iran Lancarkan Ujian Peluru Berpandu

TEHRAN : Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi hari ini berkata, negara itu melancarkan ujian peluru berpandu jenis atas permukaan, Qiam, seperti yang ditunjukkan dalam tayangan yang disiarkan menerusi televisyen Iran.

Imej yang ditunjukkan memberi gambaran pasir di kawasan padang pasir negara itu diwarnai Qiam, apabila ia meletup ke udara.

Vahid mengumumkan ujian peluru berpandu itu tetapi tidak menyatakan bila ia dilancarkan.

sumber : bharian.com

baca artikel berkaitan...di sini.

Thursday, August 19, 2010

MB Kelantan : Hukum Hudud Dilihat Jalan Penyelesaian Untuk Jenayah, Buang Bayi

KOTA BAHARU, 19 Ogos - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nit Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.

photo

Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata, undang-undang yang sedia di negara ini dilihat gagal menangani sebarang bentuk gejala jenayah dan sosial kerana ia tidak disertakan dengan didikan agama.

Katanya undang-undang bukanlah jawapan sebenar ke arah penyelesaian kepada jenayah dan gejala sosial, seperti kes rasuah, pembuangan bayi yang sedang melanda negara sekarang.

"Polis dan menggari pesalah adalah perkara kedua, yang penting dan utama ialah didikan agama supaya dapat ditanam roh takwa di kalangan umat manusia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hududullah dan Seminar Hukuman Sebat Syariah di Kompleks Balai Islam, di sini, pada Khamis.

Tiga kertas kerja dibentangkan dalam seminar itu, iaitu "Hukuman Sebat Daripada Perspektif Islam" oleh Felo Kanan Jabatan Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Mohd Saleh Ahmad; "Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Realiti Pelaksanaan" oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan Pelaksanaan Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah" oleh Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.

Kelantan dan Terengganu merupakan dua negeri yang sudah mempunyai Undang-Undang Hudud dan Qisas untuk orang Islam ketika di bawah pentadbiran PAS tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Antara percanggahan itu termasuk pelaksanaan terhadap prosedur, kesalahan dan hukuman jenayah termasuk mencuri dan membunuh yang telah mempunyai peruntukan undang-undang Persekutuan di negara ini.

Nik Abdul Aziz berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup mengawal manusia tanpa disertai didikan dan tarbiyah syariat Islam dari peringkat ibu bapa, guru hingga pentadbir kerajaan negeri dan pusat.

Justeru itu, katanya, kerajaan negeri tetap berusaha untuk melaksanakan hukum hudud yang tidak harus dilihat sebagai suatu hukuman potong tangan terhadap pencuri semata-mata.

Hukum itu sendiri bertindak untuk mengajar umat manusia supaya tidak melanggar perkara yang dilarang tuhan kerana kelak ia akan membawa satu penyakit kanser moral kepada manusia, yang akhirnya menjatuhkan ketamadunan manusia sendiri, katanya.

"Hudud adalah garis sempadan yang ditentukan Allah menghadkan sesuatu yang termasuk dalam apa yang dilarang dan diperintah dan bukan semata-mata hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," tegas beliau.

sumber : bernama.com

Sumbangan Faqir Miskin Di Tanah Lot & Sungai Udang

DUNGUN 19 Ogos, Khamis - Amalan sedekah di bulan Ramadhan amat dituntut dan mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah S.W.T. Amalan sedekah boleh dilakukan di antaranya dengan wang ringgit dan harta-benda kepada mereka yang memerlukan dan ini akan meringankan beban mereka di bulan Ramadhan ini.

PAS Cawangan Tanah Lot, Dungun turut mengambil peluang ini sempena kedatangan Ramadhan dengan memberi sumbangan kepada faqir miskin, baru-baru ini.

Seramai lebih 60 orang penerima telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan yang telah diadakan di PASTI Tanah Lot.

Sebahagian sumbangan telah disampaikan oleh ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli. Turut hadir dan menyampaikan sumbangan semasa majlis tersebut ialah Ketua PAS Cawangan Tanah Lot, Encik Mohd Razali Haji Aman dan Naib Ketuanya, Haji Mohd Amin Hamid.

Sementara itu, PAS Cawangan Sungai Udang mempunyai pendekatan berbeza ketika menyampaikan sumbangan kepada faqir miskin yang berada di bawah pentadbirannya.

Sumbangan tersebut disampaikan dari rumah ke rumah setiap penerima yang dikenalpasti. Ketua PAS Cawangan Sungai Udang, Enche Alias Muda, diiringi Setiausahanya, Encik Hassan Muhd Amin dan Bendaharinya, Encik Mohd Jamil Manaf.

Sumbangan dilakukan sekitar Kampung Bijangga dan Kampung Sungai Udang selepas waktu Asar, menjelang waktu berbuka puasa.

Seramai 75 orang faqir miskin telah menerima sumbangan yang telah diusahakan oleh PAS Cawangan Sungai Udang tersebut.

Tuesday, August 17, 2010

Tuan Guru Presiden Yakin PAS Boleh Ganti UMNO Di Malaysia

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi yakin, parti yang dipimpinnya kini mampu untuk mengambil tempat dan peranan yang selma ini dimainkan oleh Umno lebih 52 tahun lalu. Berbekalkan politik Malaysia adalah ditunjangi Melayu sebagai teras, maka PAS wajar menempatkan dirinya ditapak Umno kini, setelah parti kebangsaan itu kian ditolak oleh rakyat.

Beliau yakin, Melayu akan jadi lebih mulia dengan Islam dan dokongan orang-orang Melayu untuk berubah cukup penting bagi mengisi impian ini. Ikuti sambungan ringkas Sesi Cakap-Cakap Bersama Presiden PAS yang diadakan di Pejabat Harakah minggu lalu bersama TARMIZI MOHD JAM dan ZULKIFLI SULONG

Pengaruh Umno kian tercalar sekarang, dan PAS dilihat mampu menggantikan Umno. Ini disebut Dato' Seri sebelum ini PAS ganti Umno. Dalam pilihan raya PAS bertanding di kawasan Melayu dan kalah. Di kawasan bukan Melayu, PAS menang. Bagaimana Dato' Seri lihat PAS boleh kukuhkan parti bagi menarik keyakinan rakyat PAS sedia gantikan Umno?

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG: Kita perlu faham suasana politik negara kita. Apa yang difahami semua pengamal politik termasuk yang bukan Melayu bahawa pembahagian kerusi di negara ini masih menunjukkan politik Melayu masih teras kepada politik negara.

Walaupun Umno sudah memecahbelahkan kerusi semata-mata untuk memenangkan mereka (BN). Namun demikian kedudukan politik Melayu telah diterima semua kaum dalam masyarakat berbilang kaum dan pelbagai etnik ini. Melayu adalah teras.

Saya percaya orang Cina tidak tamak kerana mereka sedar diri. Begitu juga orang India. Dan sepatutnya juga orang Melayu jangan tamak kerana ia (kepelbagaian) anugerah Tuhan yang mencipta dengan pelbagai etnik wujud di negara kita.

Apa yang silap apabila kita pasang skru tidak betul. Maka bergegarlah... Jadi kita kena terima hakikat bahawa Melayu masih teras politik dan hakikat itu tidak boleh diubah dengan mudah.
Kita perlu mengubah kefahaman orang Melalyu tentang politik sepertimana yang difirmankan Allah: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya..." Sama ada berubah ke arah bencana atau kebaikan.

Tapi Umno sudah berkuasa 50 tahun, tempoh yang lama...

Baik... kita lihat sudah 50 tahun Umno membawa konsep ketuanan Melayu, dan dalam masa sama parti itu mahu untuk menegakkan Islam seperti yang didakwa mereka. Hakikatnya ia tetap berlandaskan sekularisme. Bagi mereka, hanya mementingkan Melayu sahaja berkuasa, bukan Islam berkuasa.

Inilah punca kelemahan yang memalukan Islam itu sendiri hingga melahirkan pemimpin yang rasuah, pemimpin yang bukan membina bangsa tapi merobek bangsanya sendiri. Jika kerajaan Melayu Melaka, yang pemerintahannya berlandaskan Islam telah melahirkan tamadun Islam dan kemudiannya 'khazanah' Islam itu dicuri dan dihapuskan oleh penjajah tamadun tersebut.

Dato' Seri ada menyebut tentang orang Melayu perlu berubah. Hari ini, orang Melayu memang terbeban dengan isu-isu semasa seperti kenaikan harga barang dan kemiskinan. Apakah langkah-langkah PAS untuk membangkitkan keyakinan orang Melayu bagi memilih PAS sebagai pengganti Umno?

Mengapa orang Melayu tidak berubah? Ini kerana mereka tidak membaca seperti di negara barat. Di barat rakyatnya suka membaca supaya menjadi seorang yang berilmu.

Sebab untuk berubah, sangat penting kepada celik ilmu. Pelbagai yang terangkum di dalamnya keupayaan untuk menilai baik buruk, membaca rentak politik, malah boleh mmebuat keputusan bijak dalam memilih kerajaan. Rakyat khususnya orang Melayu kena lakukan perubahan untuk mendapat sokongan Islam dan bukan Islam.

Tapi dalam PRU 1999, orang Melayu sokong PAS. PRU 2004 pula orang Melayu kembali kepada Umno dan bukan Melayu undi PAS. PRU 2008 bukan Melayu kembali sokong PAS dan Pakatan Rakyat...

Jika kita lihat pada tahun 1999, Melayu memang sokong PAS, non muslim tidak sokong. Dan pada pilihan raya lain kemudiannya, Melayu kurang sokong PAS, sebaliknya bukan Melayu menyokong PAS.

Perubahan ini dokongan kuat dari semua rakyat, kalau inginkan perubahan. Kita perlu sedar negara yang demokrasi akan menekankan beberapa prinsip. Yang pertama masyarakat bermaklumat dan berilmu. Dengan maklumat dan ilmu yang diterima mereka boleh membuat keputusan yang baik.

Seperti masyarakat bermaklumat di negara barat, apabila berlaku isu yang membuktikan kesilapan negara, ia akan disiarkan oleh media massa. Apa sahaja isu kelemahan kerajaan, ianya akan menjatuhkan kerajaan, di mana media adalah saksi dalam mahkamah, manakala rakyat sebagai hakim di mahkamah.

Di negara kita, rakyat tidak dapat akses maklumat menyeluruh secara adil dengan media terkongkong walaupun ada juga kebebasan, seperti Harakah dibenarkan dua kali seminggu... itu pun untuk ahli sahaja.

Tv terhad di kawasan bandar dan pinggir bandar, luar bandar hanya ada RTM, Manakala ceramah pula sentiasa diganggu polis yang menyebabkan orang atas pagar takut hendak datang. Ini keadaan yang kita hadapi, namun PAS fikirkan masyarakat tidak boleh menipu selamanya. Kerajaan tidak kekal. Hanya kerajaan Allah yang kekal. Kita bersabar dan Allah buktikan kita boleh menang walapun dalam keadaan ini.

Perkembangan dan potensi PAS untuk mengganti Umno memang terserlah. Ini dibuktikan dengan lamaran penyatuan PAS-Umno. Motifnya dilihat sesetengah pihak, sebagai usaha memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat. Bagaimana Dato' Seri melihat isu ini?

PAS mempunyai konsep yang konsisten untuk meneguhkan parti kita dan kita terbuka, bukan tertutup tetapi setia dengan kawan, kita beradab dengan lawan. Islam ajar tolong-menolong dalam hal kebaikan dan taqwa dan jangan tolong dalam soal kemungkaran. Sekiranya perkara baik dan bertakwa seperti isu Palestin, Bosnia, hal kemanusiaan dalam hal ini kita tiada masalah. Bukan sahaja boleh baca sajak bersama, bukan sahaja PAS ada sumbangan, Umno juga ada. Di sini kita tidak boleh bertelingkah.

Dalam hal kebajikan kita bersedia untuk memerangi jenayah. Begitu juga soal gejala sosial, kita boleh bersama. Tetapi kerjasama untuk memikul beban dengan masalah mereka yang berpenyakit yang memarakkan amarah rakyat, penyakit rasuah dan dia ajak kita berkawan semata-mata unutk ringankan beban. Itu kita minta maaf. Islam ajar ada benda yang wajib bersatu, ada yang haram bersatu.

Wajib tolong mencegah masalah, haram kalau menyokong ke arah kemungkaran. Kita juga ambil kira tanda keikhlasan. PAS penah perintah dua buah negeri sebelum ini, Kelantan dan Trengganu.
Apa yang dia (Umno) tidak buat pada PAS? Tahun 90 di Kelantan, 99 di Terengganu, apa yang Umno tak buat kepada kita? Apa yang dibuat kepada Sabah waktu PBS menang?

Jadi, Umno perlu munasabah balik bila ajak kerjasama ini. Anak-anak kita di universiti dinafikan biasiswa, pensyarah ditukar atau dibuang daerah. Hal seperti ini amat menyentuh ahli biasa PAS.

Namun PAS terbuka sekiranya musuh yang berperang, jika mahu berdamai, ita kena berdamai dan tawakal kepada Allah. Jika dalam hal ini mereka hendak menipu, cukuplah Allah akan menolong kamu dan Allah bersama kamu.

sumber : detikdaily

Inkues TBH Esok - 'Nota Terakhir' VS Keterangan Dr Pornthip

Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang dibawa oleh kerajaan Selangor bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock, tiba di negara ini dengan kawalan ketat pihak keselamatan yang dibekalkan oleh kerajaan negeri dan cuba dirahsiakan.

Dr Pornthip tiba pada jam 12.30 tengah hari tadi. Pada April lalu, beliau membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir bagi meneruskan untuk memberi keterangan. Ia berikutan 'nasihat' daripada majikannya, Kementerian Undang-undang Thailand supaya membatalkan kehadirannya kerana terdapat 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia.

Beliau dijangka memberi keterangan apabila inkues bersambung esok.

Pakar patologi Thailand itu juga pernah memaklumkan kepada
Malaysiakini
bahawa beliau juga dinafikan melawat Kelantan awal tahun ini bagi menyiasat pembunuhan di selatan Thailand.

Pada Oktober tahun lalu, Dr Pornthip berkata berdasarkan pemantauannya pada bedah siasat pertama, beliau dapati ada 80 peratus kemungkinanTeoh mati akibat dibunuh.

Pendedahannya yang kontroversial itu menyaksikan pihak berkuasa bersetuju mengadakan bedah siasat kedua yang dijalankan pada November tahun lalu.

Pornthip, bersama Dr Peter Vanezis, seorang ahli patologi British yang diupah olh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak sebagai pemerhati pada behah siasat itu.

Dr Vanezis dan pakar patologi kerajaan Dr Shahidan Md Noor, yang melakukan bedah siasat kedua, masing-masing telah memberi keterangan mereka pada inkues. Hanya Dr Pornthip yang belum berbuat demikian.

Dr Shahidan menolak berlaku penjerutan sebagai punca kematian manakala Dr Vanezis berkata Teoh sedar ketika jatuh tetapi tidak menyatakan sama ada ia perbuatan bunuh diri.

Berikutan pendedahan pada inkues minggu lalu, bahawa terdapat nota yang didakwa ditulis oleh Teoh yang dijumpai kira-kira dua bulan selepas kematiannya, keterangan Dr Pornthip dilihat begitu penting bagi menentukan kematiannya.

Surat yang didakwa sebagai nota terakhir menjelaskan tindakannya membunuh diri yang ditulis oleh Teoh itu telah disebarkan oleh media arus perdana tetapi keluarganya menolak ia sebagai tulen.

sumber : tvselangor.com

Bersih 2007 : Polis, Kerajaan Disaman RM2 Juta

Seorang penjaja yang menyaksikan protes anjuran gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) 2007, hari ini mengemukakan saman RM2 juta ke atas polis dan kerajaan kerana kecederaan yang dialaminya ketika ditahan.
Aleyasak Hamid @ Hassan, 34, mendakwa tempurung lututnya retak disebabkan tindakan membabi-buta polis cuba menyuraikan orang ramai yang berhimpun.

Bapa kepada dua orang anak itu mendakwa pada kejadian lebih tiga tahun lalu, dia yang langsung tidak mengambil bahagian tetapi cuma melihat perhimpunan itu turut ditangkap.

Perhimpunan itu disertai 67 NGO dan lima parti politik.

Pada perhimpunan besar-besaran di ibunegara itu, kira-kira 40,000 orang yang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.


Memorandum tersebut mengandungi tuntutan, antaranya, mendesak kerajaan menggunakan dakwat kekal sewakstu pilihan raya dijalankan, menghapuskan undi pos dan menggunakan daftar pemilih yang bersih.

sumber : malaysiakini.com

Monday, August 16, 2010

Mata Wang Syariah : Pusat Jadikan Isu Politik, Bukannya Kelantan

KUALA LUMPUR - Sambil menggariskan lima kewajaran, kerajaan negeri Kelantan melihat pusat sengaja mempolitikkan isu pengunaan mata wang syariah dinar dan dirham walaupun ia ternyata memanfaatkan rakyat khususnya mereka yang menggunakannya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/dinaremasperakkel.gif“Saya tidak melihat sebab lain kecuali mereka (kerajaan pusat) mempolitikkan perkara ini (penggunaan mata wang syariah),” kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa ketika dihubungi hari ini.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan menafikkan kerajaan negeri menjadikan keputusan penggunaan mata wang syariah, yang dilancarkan Jumaat lalu, sebagai langkah politik meraih simpati rakyat.


Salah satu kewajaran yang diketengahkan Husam ialah nilai dinar emas telah meningkat hampir sekali ganda berbanding empat tahun lalu.


“Pada tahun 2006, semasa kita melancarkan dinar ia bernilai RM322 dan sekarang nilainya RM582 bagi satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm. “Jika mereka yang memilikinya mendapat manfaat berbanding mata wang konvensional yang turun nilai mata wang, apakah ia menjadi isu jika memanfaatkan rakyat, mereka yang menggunakannya” kata Husam.

“Jadi kita kena lihat sama ada memanfaatkan rakyat atau tidak,” katanya.
Semalam, Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan kerajaan Kelantan tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham tanpa merujuk kepada pusat.

Mustapa juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara.
“Saya nasihatkan kerajaan Kelantan jangan pandai-pandai (buat peraturan),” kata Mustapa.

Jumaat lalu, Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.


baca artikel penuh...di sini.

Sunday, August 15, 2010

PAS Terajui Realisasi Ke Putrajaya


BUKIT MERTAJAM, 15 Ogos : PAS akan menerajui dan merealisasikan aspirasi serta cita-cita besar presiden dan parti untuk menjadikan langkah ke Putrajaya sebagai satu realiti dan bukannya dongengan semata-mata.


Demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa menyampaikan ucapan pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden anjuran Lanjah Penerangan PAS Pulau Pinang di Yayasan An-Nadhoh, Penanti, pagi tadi.

Beliau juga berkata, dalam era globalisasi kini PAS harus dilihat sebagai sebuah parti yang jelas sedang menuju ke arah perjuangan universal yang memperjuangkan keadilan untuk semua.

"Waktu ini adalah masa untuk kita membuktikan bahawa PAS semakin penting dan mampu untuk menjadi sebuah parti yang proaktif, progresif serta tidak berfikiran konvensional.

"Masyarakat juga sedang melihat dan bertanya apakah PAS serius dan mampu untuk merealisasikan cita-cita besar ini," katanya.

Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, PAS bukan lagi sebuah parti kecil yang bersifat kedaerahan atau kenegerian.

Sebaliknya, semua ahli PAS harus mengubah persepsi masyarakat bagi melihat parti itu sebagai sebuah kuasa yang mampu untuk memberi pembelaan kepada rakyat dalam skop yang lebih luas dan positif.

Tambahnya lagi, PAS harus memandang ke belakang sebagai sempadan dan melihat perjuangan serta perit jerih pemimpin yang lalu bagi membina sebuah perjuangan yang sekarang ini telah berjaya melayari bahtera untuk menuju ke Putrajaya.

Sehubungan itu, katanya maka ahli PAS harus menjadikan gerakan Islam yang selama ini menjadi teras perjuangan digarap dan berhadapan dengan rakyat untuk membawa negara ini ke mercu jaya yang menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang disegani bersama dengan rakan-rakan seperti PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

sumber : Harakahdaily
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura