Monday, January 25, 2010

Siapa Ulama' Yang Jahat ?

by SUARA ANAK MUDA

Dalam pengajian mingguan tanggal 7 Jan lalu, kami sama-sama berdiskusi mengenai ayat 27-28 dari Surah Fathir. Pada ayat 28 dinyatakan oleh Allah bahawa: “Sesungguhnya manusia yang paling takut kepada Allah di kalangan hambaNya adalah para ulama”. Kami saling berkongsi pandangan mengenai ta’arif ulama’. Ianya perlu diteliti dengan baik berikutan berlakunya fenomena pada hari ini adanya orang yang baru memahami sebuah dua kitab atau ilmu, lalu sudah mengaku sebagai ulama’ atau berlagak seperti ulama’ dalam berkomentar atau mengemukakan pandangan. Kedua, munculnya manusia yang memang dikenali sebagai ulama’, namun gerak langkahnya tidak menggambarkan langsung beliau adalah ulama’.


Giliran saya memberi pandangan, saya katakan bahawa ayat 28 Surah Fathir ini sebenarnya sudah cukup untuk kita jadikan asas dalam membuat penilaian siapakah itu ulama’. Ada dua hal penting dari ayat ini yang bisa kita dapatkan.


Pertama, kalimah ‘ulama’ telah memberi pengertian ‘seorang yang berilmu’ dalam bidang agama. Bahagian-bahagian agama itu sangat banyak seperti Tafsir, Hadith dan seumpamanya. Jika kealimannya khusus dalam bidang Tafsir, maka ia disebut sebagai ulama’ Tafsir. Begitulah pada ilmu-ilmu lain. Memanglah jelas perbezaan antara para ulama’ yang hidup hampir dengan zaman Nabi s.a.w dan ulama’ yang hidup pada zaman ini. Semakin dekat mereka dengan zaman Nabi, maka semakin pakarlah mereka dalam semua hal-hal keagamaan. Tidak hairanlah jika seorang ulama pada saat itu bukan hanya alim dalam satu bidang, tetapi juga dalam bidang-bidang lain. Merekalah ahli Ushuluddin, mereka jugalah ahli Tafsir, ahli Fiqh dan sebagainya.


Apabila disebut alim, ia bukanlah sebatas mengetahui sesuatu ilmu itu secara umum begitu sahaja, tetapi mahir, pakar dan benar-benar menguasai ilmu tersebut. Datang sebuah masalah, ia mampu memberikan jawapan yang baik hasil dari ilmu yang dipelajarinya. Inilah yang disebut ulama’ yang faqih. Alim dan Faqih adalah 2 hal yang berbeza. Namun, jika seorang ulama’ tidak dapat menjawab sesebuah masalah,bukanlah status sebagai ulama’ tersebut kita nafikan pada dirinya kerana ilmu yang berada pada diri mereka hanyalah dari beberapa titisan ilmu-ilmu Allah sahaja. Maka wajar sahaja ada hal yang tidak mampu mereka berikan jawapan.


baca artikel penuh...di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura