Monday, January 11, 2010

'D' Green Shoppe & Cafe' - Contohi Siti Khadijah

by Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Jan : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyokong penuh usaha Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memperkasakan bidang ekonomi dengan membuka 'One Stop Halal Hub' yang menjual pelbagai produk keluaran Muslim, D' Green Shoppe & Cafe.

Abdul Hadi dalam ucapan perasmian kedai serbaneka berkenaan di tingkat bawah Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, dekat sini semalam berharap agar DMPP memanfaatkan perniagaan yang diusahakan itu, bukan sahaja untuk menjana pendapatan tetapi juga menjadikannya sebagai medan memperkenalkan konsep perniagaaan Islam kepada pelanggan.

(Gambar : Abdul Hadi menjadi pembeli pertama di kedai itu)

"PAS tidak keberatan untuk beri laluan kepada Dewan Muslimat untuk membuka kedai ini di ruang Pejabat Agung ini kerana saya melihat ia satu usaha yang bagus.

"Saya amat berharap agar kedai yang dibuka ini bukan sahaja untuk urusan jual beli barang tetapi dapat menjadi medan untuk kita membawa mesej dakwah melalui akhlak dan peranan dalam muamala," katanya.

Beliau juga berkata, telah tercatat dalam sejarah bahawa bidang ekonomi merupakan satu cabang dakwah yang besar yang telah menyebarkan Islam di rantau ini.

"Bidang perniagaan bukan sahaja merupakan cabang rezeki yang terbesar tetapi juga pembawa dakwah yang terbesar.Kalau kita melihat sejarah dahulu, bidang ekonomi telah menyebarkan Islam dengan luas di rantau ini.

"Oleh itu, di samping menarik pelanggan untuk membeli produk yang dijual di sini, muslimat juga berperanan menarik masyarakat di luar supaya tertarik dengan Islam yang merupakan perjuangan utama kita," ujarnya.

Sementara itu, Ketua DMPP, Ustazah Nuridah Salleh dalam ucapannya menyifatkan peluang yang diberikan oleh pimpinan tertinggi parti untuk mereka memulakan perniagaan itu sebagai satu suntikan semangat kepada mereka untuk mengorak langkah dalam menjana ekonomi parti.

"Kalau Dewan Pemuda terkenal dengan pengurusan PASTInya, Dewan Ulama' terkenal dengan institusi pendidikan pondoknya, Dewan Muslimat pula ingin mengikut jejak langkah isteri Rasululullah S.A.W, Siti Khadijah yang berjaya dalam bidang ekonomi.

"Saya bagi pihak Dewan Muslimat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Presiden dan pimpinan PAS yang lain kerana memberi keprcayaan kepada kami untuk memulakan perniagaan ini. Saya berharap semua pihak berdoa agar usaha kami ini mencapai kejayaaan dan memberikan imej yang baik kepada parti," katanya.

baca artikel penuh...di sini

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura