Saturday, February 28, 2009

Kenyataan Speaker : Tiada Demokrasi Halang Sidang

February 28, 2009

Sidang Tergempar DUN Perak : Najib Beri Kenyataan Bercanggah

.fullpost{display:none;}TPM DS Najib Tun Razak berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

Kenyataan Najib ternyata terkeluar dari kuasa Speaker dan DUN yang tidak ada kaitan apa-apa kes di Mahkamah. Dua kes yang belum diputuskan mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.

BERIKUT KENYATAAN MEDIA SPEAKER DUN PERAK, V SIVAKUMAR
.fullpost{display:none;}

V.Sivakumar

Speaker, Dewan Negeri Perak.

Bukankah seorang Speaker berhak memanggil DUN bersidang ? Kalau hak untuk memanggil DUN bersidang juga dirampas daripada seorang speaker, apakah nilai-nilai demokrasi yang akan kita warisi pada masa akan datang. Kita tidak mahu anak-anak kita hidup dalam kelambu ‘demokrasi setengah masak’.

Saya telah memanggil untuk mengadakan persidangan tergempar pada 3 Mac 2009. Tetapi saya dihalang oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai alasan. Mengikut Perintah-perintah Tetap 8, seseorang Speaker boleh memanggil persidangan tergempar dalam keadaan yang amat memerlukan. Dalam keadaan biasa, notis 14 hari diperlukan untuk memanggil DUN untuk bersidang. Tetapi dalam keadaan tergempar, notis itu tidak diperlukan. END

sumber : Perakdaily

Anak Muda Kena Guna 'Bahasa Undi' - Pak Samad





Written by Wan Kay
Saturday, 28 February 2009 12:13
http://buletinonline.net/images/berita/A%20Samad%20Said%20063.jpgDungun Rakyat disaran menggunakan ‘bahasa undi’ untuk mengajar pimpinan Melayu yang bakal ‘membunuh’ bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.

Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di perkarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin.

Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

“Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.

“Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu,” tegasnya.

Menurutnya, Umno-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini.

Oleh itu, kata beliau golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi (pilihan raya) bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.

“Dia (Umno) selalu memperkecilkan ‘angkatan’ (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS.

“Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa,” ujarnya.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Samad’ mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu ‘jenayah’ kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan.

Katanya, kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat dan negara ini bukan dengan cara ‘membunuh’ bahasa dan bangsa sendiri.

“Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya.

“Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan.

“Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya.

Katanya, permasalahan isu PPSMI berlarutan sejak enam tahun lalu kerana negara ditadbir oleh pemimpin yang hanya berfikir lima tahun ke hadapan dan bukan 50 tahun ke hadapan.

“Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf.

“Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Hj Abu Bakar Chik, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI, Suhaizan Kaiat.

sumber : Buletinonline

Friday, February 27, 2009

Sidang Tergempar DUN Perak 3 Mac


Feb 27, 09 4:55pm
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan.

Ia dipercayai bagi membincangkan krisis politik di negeri itu sejak awal bulan ini, susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan hadir kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Berita lanjut menyusul

sumber : Malaysiakini

Thursday, February 26, 2009

PRK Bukit Gantang - PAS Terengganu Pastikan Changkat Jering Kekal Menang





Written by Wartawan Buletin
Thursday, 26 February 2009 03:15
http://buletinonline.net/images/berita/pastrgchangkatjering.jpg

Setiu - PAS Terengganu akan memastikan DUN Changkat Jering kekal menang di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan pada 7 April akan datang.

“InsyaAllah, petugas-petugas kita akan menjalankan tugas berkempen dan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam DUN Changkat Jering dengan undi meningkat,

“kita akan menyampaikan penerangan kepada seluruh pengundi kawasan tersebut untuk menolak pengkhianat yang melompat,”kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, Hj Muhyidin Rashid selepas Majlis Penerangan di Kampung Darat Batu Rakit, dekat sini semalam.

Menurut beliau perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat peringkat negeri yang diadakan kelmarin.

Beliau berkata, bagi melaksanakan amanah itu, satu pasukan akan berlepas ke DUN Changkat Jering secepat mungkin untuk meninjau dan mengenalpasti keperluan sepanjang waktu kempen.

Katanya para petugas PAS Terengganu akan diletakkan sepenuh masa di kawasan enam peti undi dalam DUN terbabit.
http://buletinonline.net/images/berita/hjmuhyidin2502091.jpg
“Pasukan peninjau kita sudah bersedia dan akan berlepas bila-bila masa ke Changkat Jering,

“enam peti undi menjadi fokus kita, segala keperluan akan dikenalpasti selepas pasukan tersebut kembali minggu depan,”ujarnya kepada Buletinonline.

Katanya sekurang-kurangnya seramai 25 orang petugas akan ditempatkan disetiap peti undi dan membuat persiapan lebih awal di peti undi berkenaan bermula 6 Mac.

Oleh itu katanya seramai 150 petugas paling minima akan dihantar sepanjang sebulan sehingga hari mengundi pada 7 April nanti.

Beliau menyeru kepada semua petugas supaya bersedia untuk memberikan khidmat terbaik sebagaimana negeri-negeri dan kawasan lain memberikan sumbangan mereka dalam PRK Kuala Terengganu bulan lalu.

“Inilah masanya untuk petugas-petugas kita membalas budi para petugas dari negeri dan kawasan diseluruh negara yang membantu kita (dalam PRK KT),

“mereka bertungkus lumus, siang dan malam, menyumbang tenaga dan wang ringgit, begitu jugalah kita harus berkhidmat,”tegasnya.

Justeru katanya, semua petugas PAS Terengganu agar dapat menghubungi kawasan masing-masing supaya penyelarasan dapat dibuat segera.

Sebelum itu, dalam ceramah penerangannya beliau berkata kerajaan persekutuan dalam kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini berjanji akan membayar wang royalti dalam bulan Mac depan.

Namun, katanya, sehingga kini belum nampak kepastian wang tersebut akan bnar-benar diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahi Jawatankuasa PAS Setiu, Hj Shamsudin Wahab dan penceramah jemputan Ustaz Shahril Long.

Wednesday, February 25, 2009

Bersatu Lindungi Al-Quds & Masjid Al-Aqsa

Written by admin from on February 25th, 2009 | 0 Comments

oleh : Prihatin Gaza melalui Palestinkini

RABU, 25/02/2009 - Hamas melalui Briged al-Qassam dan semua kumpulan pejuang Palestin menyeru supaya seluruh rakyat Palestin dalam membela al-Quds, Masjid al-Aqsa dan penduduk di sekitar al-Quds. Ini kerana gerakan membina penempatan baru yahudi di kawasan itu semakin rancak. Dalam satu kenyataan, Zionis-Israel perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan atas apa yang telah mereka lakukan.

Perancangan penempatan baru ini dimulai dengan menguasai tanah, mendirikan penempatan, menghancurkan tembok sekeliling al-Aqsa, menggali terowong dibawahnya dan mereka turut menghancurkan rumah2rumah rakyat Palestin. Ini membuatkan seramai 5000 warga al-Aqsa yang telah di halau keluar. Kegiatan terkutuk Yahudi ini telah dirancang dan dijalankan sekian lama dan dunia dan Arab hanya mampu melihat tanpa melakukan apa-apa.

Dunia Arab dan umat Islam, OIC, ulama-ulama Islam dan Liga Arab diseru agar bersatu dan bergerak menyelamatkan al-Quds dan masjid al-Aqsa, membantu dan menyokong kumpulan pejuang Palestin. Ini kerana al-Quds merupakan milik seluruh umat Islam.

Pertahan Rakyat Palestin, Al-Quds & Masjid Al-Aqsa

Written by admin from on February 25th, 2009 | 1 Comment

oleh : Prihatin Gaza melalui Palestinkini

RABU, 25/02/2009 - HAMAS menyeru anggota-anggota Briged al-Qassam dan seluruh kumpulan pejuang Palestin yang lain untuk menyatukan barisan mereka dan bersiap sedia dengan segala kemampuan ketenteraan yang ada bagi mempertahankan rakyat Palestin dan tanah suci mereka, setelah beberapa perancangan Zionis yang mahu menjadikan al-Quds bandar Yahudi dan mengusir penduduknya terbongkar.

Fawzi Barhoum, jurucakap HAMAS menegaskan pada satu sidang akhbar bersama dengan seorang pimpinan HAMAS, Ismail Ridwan di Gaza pada hari Selasa (24/2), bahawa regim Zionis dan kerajaannya yang zalim itu pasti akan membayar harga yang mahal jika berterusan melakukan kebodohan dan melaksanakan perancangan jahat tersebut.

Beliau seterusnya berkata, “kita tidak akan membiarkan para perampas Zionis dan tentera penjajah serta penjenayah merasa aman dan selamat selagi mana rakyat dan bangsa Palestin tidak terlebih dahulu merasainya.” Beliau juga menegaskan bahawa semua cara adalah dibenarkan bagi melindungi rakyat dan tempat suci Palestin.

Barhoum juga menyatakan pihak berkuasa Zionis sedang meneruskan perancangan jahat mereka bagi memusnahkan hak rakyat Palestin, menguasai tanah serta harta milik mereka dan menghilangkan segala kesan-kesan Islam daripada bandar al-Quds yang terjajah, dengan menyalah gunakan kuasa yang ada demi menjadikan bandar tersebut sebagai sebuah bandar Yahudi dan menghalau penduduknya yang asal.

Tuesday, February 24, 2009

PASTI Sayang Palestine di Dungun


oleh : Prihatin Gaza
HANEYYA : KESAL NEGARA ARAB MASIH MERUJUK KEPADA UNITED NATION

Written by admin from on January 7th, 2009 | 3 Comments

RABU,07/01/2009 - Perdana Menteri Kerajaan Palestin, Ismail Haneyya, pada hari Isnin proses MAJLIS KESELAMATAN PBB yang lambat dalam menangani isu Gaza menandakan terdapatnya sokongan pihak antarabangsa memberi kepada lesen Zionis Israel ‘berpesta’ membunuh rakyat Gaza.

Dalam satu kenyataan yang diterima oleh pihak PIC, Haneyya menegur sikap beberapa negara-negara Arab yang masih merujuk isu Gaza kepada pihak UN yang di ketahui umum bahawa sememangnya di pengaruhi US yang membenarkan pembunuhan di Palestin, Iraq, Afghanistan, Lubnan dan Somalia.

Haneyya menggariskan bahawa serangan yang dilancarkan oleh Zionis -Israel di Gaza hanya untuk melakukan lebih banyak kematian dan kemusnahan. Beliau turut mengingatkan Israel , bahawa segala impian mereka tidak akan tercapai dan akan gagal.

ISRAEL GUNAKAN BOM NAPALM SERANG GAZA
Written by admin from on January 7th, 2009 | 3 Comments


RABU,07/01/2009 - Masyarakat di Gaza menyaksikan beberapa roket yang digunakan Zionis-Israel menggunakan bahan baru yang belum pernah digunakan sebelum ini. Menurut mereka, roket yang dilepaskan akan jatuh dan membentuk seperti cawan yang marak terbakar dan terus membakar apa yang ada di sekitar bom itu. Roket itu turut meletup sebanyak dua kali.Menurut pakar, tentera Zionis-Israel menggunakan bahan phosphur dalam membuat bom. Bom ini turut digunakan ketika serangan ke atas Lebanon tahun 2006.

dipetik dari Palestinkini

DUNGUN, 24 Februari - Dua petikan berita di atas merupakan sebahagian daripada ancaman yang dihalakan kepada para penduduk Palestin samada yang datang melalui negara jiran seagama tetapi bersekongkol dengan negara haram zionis atau melalui bahan peralatan yang digunakan untuk membunuh para penduduk yang hanya berkata Rabbunallah, Tuhan kami hanyalah Allah !

Di atas keinsafan inilah, maka pihak PASTI Qaryah Kuala Dungun, DUN Sura telah mengambil inisiatif menganjurkan Malam Kesenian Islam bagi mengumpul dana dalam usaha membantu saudara seagama di Palestin.

Pengerusi ALP PASTI Qaryah Kuala Dungun, Encik Ahmad Yani Nursal menyeru seluruh ibubapa dan penjaga para pelajar PASTI membuktikan komitmen untuk membantu meringankan penderitaan saudara seagama di Palestin dengan menghulurkan sumbangan derma masing-masing melalui PASTI di mana anak/jagaan masing-masing sedang belajar.

"Saya amat berharap bahawa program yang disusun ini mendapat perhatian seluruh masyarakat tanpa mengira agama dan fahaman politik, saya menjemput seluruh warga yang prihatin terhadap nasib Palestin supaya hadir beramai-ramai ke Surau Tuan Guru Hj Zainal Abidin pada tarikh tersebut dan ini merupakan sumbangan pihak PASTI di atas rasa cakna dan prihatin terhadap penderitaan yang dialami oleh mereka", ujarnya.

"Sumbangan Korporat dan Syarikat hendaklah berhubung terus kepada Encik Ahmad Roslin di talian 013-986 8359. Semua sumbangan ini akan disalurkan melalui Yayasan Amal Malaysia, yang merupakan di antara NGO terawal tiba menyampaikan bantuan di Gaza" tambah beliau.

Monday, February 23, 2009

Sumbangan Penghargaan PMR 2008, Ziarah Pesakit.

YB Ust Hj Wan Hassan ketika selesai menyampaikan
sumbangan peribadi kepada ibu pelajar cemerlang PMR 2008


Bersama wakil PAS Cawangan Kg Nibong menziarahi pesakit

DUNGUN 23 Feb ISNIN - Seramai 2 orang pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2008 di cawangan Kg Nibong telah menerima sumbangan penghargaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sura, YB Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli. Sumbangan peribadi ini telah diserahkan dengan mengunjungi ke rumah keluarga pelajar terbabit. Wakil PAS Cawangan turut sama mengiringi kunjungan tersebut.

Sebelum ini, 5 orang pelajar turut menerima sumbangan yang sama di Cawangan Bukit Chatak 02. Sumbangan penghargaan ini akan diadakan di semua cawangan DUN Sura yang mempunyai senarai pelajar cemerlang.

Sementara itu, di kesempatan yang sama YB ADUN Sura sempat menziarahi seorang pesakit yang terlantar sejak Januari baru-baru ini.

Sumbangan penghargaan peperiksaan dan ziarah pesakit adalah di antara program yang disusun dengan kerjasama PAS Cawangan-cawangan.

Sunday, February 22, 2009

Anak Pengerusi SPRM Ditahan Di Australia

Feb 22, 2009

Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."

"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.

Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik.

"Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini. - Greenboc (link)

Bantuan Mangsa Banjir Turut Diselewengkan !





Written by SM Noor
Saturday, 21 February 2009 19:31

http://buletinonline.net/images/berita/whasan.JPGKEMAMAN – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura, Dungun, Ustaz Wan Hassan Ramli berkata kebanyakan bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ‘berhenti sekerat jalan’ dan tidak sampai kepada golongan sasaran.


Keadaan itu berlaku, menurutnya, kerana terdapat penyelewengan dan rasuah dalam proses penyaluran bantuan tersebut serta wakil-wakil rakyat yang tidak memainkan peranan sewajarnya.

Beliau berkata, rakyat telah melantik wakil rakyat dan apabila seseorang menjadi wakil rakyat sebenarnya dia adalah ‘kuli kepada rakyat’, sebagaimana kandungan surat yang ditulis ulamak Hassan Basri kepada Khalifah Umar Abdul Aziz.

“Mana ada ‘kuli’ yang lebih kaya dari ‘tokeh’, wakil rakyat adalah hamba kepada rakyat, mana ada hamba kaya daripada majikan,”kata Ustaz Wan Hassan ketika berucap dalam ceramah ‘Isu Negeri Perak’ di Chukai, Kemaman, Rabu lalu.

Sebaliknya, kata beliau, apa yang berlaku masakini, wakil-wakil rakyat menjadi kaya raya senang dan mewah, rakyat yang menjadi ‘majikan’ susah dan menderita.

Katanya, kerajaan sepatutnya mengutamakan dan menyediakan kemudahan untuk rakyat khususnya golongan yang tidak mampu atau miskin bukan meletakkan keutamaan keatas mana yang lebih memberi faedah kepada pemimpin-pemimpin kerajaan.

“kerajaan ambil cukai, kerajaan ambil hasil, tapi tidak sampai (semuanya) kepada rakyat, (ada) masuk dalam kocek pemimpin-pemimpin,

“sebab itu kes jambatan sini (Chukai) tidak selesai, kes hospital Dungun, berapa kali bawa naik dah, berapa kali pacak (cerucuk) dah, sampai ‘lebuk’ tanah pacak, hospital tak naik-naik (dibina),”jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun.

Beliau mendedahkan, penyelewengan dalam agihan bantuan banjir berlaku di kawasanya (Sura) baru-baru ini.

“Saya terkejut bila tengok orang memindah banjir, saya kata mana ada banjir dalam DUN Sura ni, apabila saya suruh orang menyiasat, memang ada sungguh orang yang dipindahkan disekolah,

“Katanya dari Kampung Nibung, sedangkan kawasan Kampung Nibung tidak berlaku banjir, bila ditanya lanjut, mereka adalah peserta PPRT di Kampung Nibung,”jelasnya

Beliau berkata rumah-rumah PPRT tersebut tidak berlaku air banjir naik, namun mereka disuruh pindah oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk membuat tuntutan peruntukan palsu bagi bantuan mangsa-mangsa banjir.

sumber : Buletinonline

Speaker Pohon Sidang DUN Perak April


Feb 22, 09 3:50pm

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang dewan April depan.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizam Jamaluddin berkata tarikh berkenaan adalah mengikut jadual persidangan yang telah dirancang pada tahun ini.

Beliau memberitahu pemberita di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari rumah kediaman menteri besar di Ipoh hari ini.

Semalam, Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata tarikh persidangan DUN Perak, akan ditentukan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

"Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai,' katanya di Ipoh semalam.

Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhir.

Sebelum ini, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Dr Zambry serta enam exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Undi tak percaya

Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, mengantung Dr Zambry selama 18 bulan manakala enam exco kerajaan negeri selama 12 bulan kerana didakwa menghina DUN.

Ekoran penggantungan mereka, kerusi BN di DUN Perak berkurangan dari 28 kepada 21 kerusi, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi, dengan tiga kerusi Adun bebas.

Bagaimanapun, Dr Zambry berkata mereka akan tetap menghadiri sidang DUN.

Ditanya mengenai tindakan Speaker menggantung Zambry dan enam exconya tersebut, Bernama memetik Mohd Nizam berkata, keputusan speaker itu adalah mengikut peraturan dan kuasa beliau.

Menurutnya, wakil rakyat BN atau PR boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar dalam sidang tersebut.

Keadaan berkenaan, tambahnya, menyebabkan BN kini takut untuk mengadakan sidang dewan.

sumber : Malaysiakini

Friday, February 20, 2009

Pengerusi SPRM mendahului Peguam Negara ?

WAN NORDIN WAN YAACOB
Sat | Feb 21, 09 | 1:07:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - PAS Selangor terperanjat apabila membaca kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato' Seri Ahmad Said Hamdan bahawa SPRM mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibarhim.

Dalam kenyataan tersebut Pengerusi SPRM menjelaskan bahawa pihaknya telah pun menyerahkan kertas siasatan terhadap Khalid kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir.

"Mengapakah hasil kertas siasatan yang belum pun disemak dan diluluskan pendakwaan oleh pihak Pejabat Peguam Negara didedahkan kepada pengetahuan umum?," katanya.

Walaupun mungkin ianya kes berprofil tinggi namun kewajaran untuk pendakwaan belum pun diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara tetapi hasil kenyataan SPRM ini Khalid seolah telah digambarkan sebagai penjenayah, tegas beliau.

PAS Selangor kesal dengan perkembangan ini dan memandang ianya sebagai sebahagian dari rangkaian usaha untuk menyerang dan memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat setelah "politk pintu belakang" digunakan untuk merampas kuasa kerajaan PR di Perak, ujarnya.

PAS Selangor bersimpati dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Khalid selaku MB Selangor, katanya.

Beliau juga menambah, pihaknya mengharapkan agar proses undang-undang yang adil dan saksama akan diberikan kepada beliau dan malah yakin yang dakwaan terhadap MB ini tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

PAS Selangor akan terus berpegang teguh kepada falsahfah bersih, maju dan berkebajikan yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat khasnya kerajaan Selangor kini dan yakin bahawa komitmen semua pihak dalam hal ini akan memastikan Selangor terus selamat dan sejahtera dengan sokongan dan dokongan penuh rakyat jelata./wannordin _

sumber : Harakahdaily

" Saya bukan manusia boleh digertak sesuka hati "

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang berhadapan dengan tuduhan menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban pada Disember tahun lalu menyifatkan tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebagai tidak berasas.

Menurut Khalid taktik mengenakan rasuah ke atas beliau merupakan tindakan terdesak daripada kerjaaan Barisan Nasional (BN) yang mahu merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Saya tidak takut dengan desakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana percaya tindakan yang dilakukan itu adalah untuk membantu rakyat yang susah dan bukan untuk diri sendiri.

"Saya tidak makan lembu itu, tapi saya beri kepada rakyat miskin, saya guna kereta Lexus saya sendiri supaya kerajaan negeri tidak perlu keluarkan perbelanjaan untuk itu," katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wujud bukti kukuh yang menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya mendapati terdapat bukti bahawa Khalid telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.

Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok menegaskan beliau bukan seorang manusia yang boleh digertak sesuka hati.

“Makin digertak saya akan terus buktikan kerajaan Pakatan lebih baik daripada BN yang telah memerintah negera ini selama 51 tahun.

“Kita tahu kerajaan BN akan tumbang jadi mereka akan guna apa-apa cara sekali pun untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor,” katanya.

Tambah beliau, rakyat akan dapat menilai taktik kotor BN seperti itu untuk menguasai negeri ini namun tegasnya kerajaan PR akan terus membela nasib rakyat di negeri itu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Prof. Dr. Syed Husin Ali; Naib-naib Presiden PKR, Azmin Ali dan R. Sivarasa serta Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

sumber : MstarOnline

Sidang Media Speaker DUN Perak

2009 Feb 20


Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar Perak pada jam 11.00 malam tadi. Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan tersebut:

Salam sejahtera. Pada malam ini saya ingin menerangkan kedudukan saya selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan kenapa saya terpaksa mengambil keputusan sepertimana yang telah saya buat semalam.

Perkara asasnya adalah berkaitan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu berkaitan dengan Fasal 16(6). Pentafsiran Fasal ini telah menjadi satu pertikaian pada perkataan atau ayat “sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan …”. Jika kita perhatikan dengan teliti, perkataan “Menteri Besar” dalam Fasal ini sebenarnya merujuk kepada Menteri Besar “pada masa itu”. Ketika Dato’ Seri Nizar mengadap DYMM Tuanku Sultan, dia adalah seorang Menteri Besar yang telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihanraya ke 12.


Fasal itu juga memperuntukkan “hendaklah ia” yang dengan jelas merujuk kepada Menteri Besar yang ada pada masa itu iaitu Dato’ Seri Nizar. Oleh itu, yang layak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan ialah Dato’ Seri Nizar. Selain daripada Menteri Besar yang sedang dalam perkhidmatannya, tiada sesiapa pun yang mempunyai hak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan bagi maksud Fasal itu.


Sekarang timbul satu lagi masalah atau krisis perlembagaan. Saya adalah ketua legislative iaitu ketua badan perundangan negeri Perak. Persoalan mengenai hak seperti yang saya nyatakan tadi telah dirujuk kepada saya. Maka apa yang perlu saya lakukan? Saya telah menerima aduan bersurat daripada YB Wong Kah Woh iaitu ADUN Canning Garden. Surat itu menyatakan bahawa masalah yang telah berlaku adalah in house problem, state assembly problem. Ia perlu diselesaikan di peringkat kuasa Dewan Undangan Negeri itu sendiri. Oleh itu saya sebagai Ketua Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Ini adalah beban yang perlu saya pikul. Ini adalah kewajiban saya. Rakyat telah bertanya, dan banyak pihak lagi yang akan mempersoalkan saya sebagai ketua legislative. Apakah tindakan yang telah saya ambil? Maka saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa mengikut peraturan.

Apabila saya terima surat aduan daripada YB Wong Kah Woh, saya terpaksa bertindak. Saya telah membawa surat itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN. Jawatankuasa ini telah berbincang dan kami dapati memang wujud kes prima facie dalam isu yang dibangkitkan. Maka jawatankuasa itu telah membuat keputusan untuk memanggil YB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam orang YB yang lain untuk berjumpa dengan jawatankuasa tersebut. Dalam perjumpaan yang berlangsung semalam, memang jelas bahawa tujuh ADUN itu telah melakukan kesalahan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Mesyuarat bertanggungjawab membuat satu keputusan, kerana kes ini merupakan isu yang amat serius. Demi mempertahankan badan perundangan negeri ini, kami tidak ada pilihan lain kecuali membuat satu keputusan yang terbaik untuk menegakkan keadilan dan kedaulatan badan perundangan di negara kita, terutamanya negeri Perak yang kita cintai ini.

Masalah yang dibangkitkan oleh banyak pihak kepada saya ialah persoalan peruntukan manakah di dalam Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang menyatakan “orang atau pihak yang tiba-tiba mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri, boleh atau hendaklah mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mohon membentuk kerajaan”? Sebenarnya tidak ada mana-mana peruntukan yang menyatakan begitu. Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menyatakan Menteri Besar yang sedang dalam mandat pada satu-satu masa itu, jika mendapati majoritinya dalam Dewan Undangan Negeri telah hilang, maka adalah tanggungjawabnya (Menteri Besar yang sedang dalam mandat itu) untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan dan boleh memohon supaya dewan dibubarkan.

Saya tidak mempertikaikan bahawa Tuanku mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan pembubaran DUN sekiranya sidang DUN telah meluluskan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar. Tetapi oleh kerana perkara ini tidak dibincangkan dalam sidang DUN maka ia menjadi isu. Sekarang masalah itu terbeban ke atas saya selaku Speaker DUN apabila ada ADUN yang merujuk kepada saya. Orang ramai pun bertanya dan merujuk kepada saya. Apakah tindakan Speaker?

Kes ini adalah soal dalaman Dewan Undangan Negeri. Seperti masalah dalaman rumahtangga, ketua keluarga perlu menyelesaikannya. Lebih-lebih lagi apabila ini adalah hal ehwal badan perundangan negeri yang melibatkan kepentingan seluruh rakyat negeri ini. Sebagai ketua legislative, saya perlu memberi perhatian dan menjalankan tanggungjawab saya supaya keadilan dapat ditegakkan dan kedaulatan undang-undang terjamin. Itu adalah tugas saya. Itu juga adalah tanggungjawab saya. Saya tidak bertindak melebihi bidang kuasa saya seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Saya hanya menjalankan tugas supaya kedaulatan badan perundangan negeri Perak tidak dicabuli. Itu saja.

Saya tidak berniat untuk menderhaka. Isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu kerana kepentingan politik. Ia juga diputarbelit oleh media perdana dan kumpulan tertentu yang mahukan rakyat menghukum saya sebagai penderhaka kepada DYMM Tuanku. Tuduhan itu adalah tidak benar. Mereka cuba mempolitikkan isu ini. Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang intention untuk menderhaka. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai Speaker setelah mendapati perkara ini adalah perkara yang serius dan saya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikannya.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN bukannya menggantung YB Ahli-Ahli DUN tersebut daripada menjadi ADUN. Tidak begitu. Saya bersama Jawatankuasa itu hanya menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN. Itu saja.

Mengenai kelayakan mereka sebagai ADUN, saya tidak sentuh langsung. Tiada kenyataan saya berkenan status mereka sebagai wakil rakyat atau ADUN bagi kawasan masing-masing. Itu saja yang perlu saya beritahu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Perak. Apa yang saya lakukan ini adalah mengikut Fasal 16(6) Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan ianya dilakukan demi kedaulatan undang-undang supaya institusi dan badan perundangan ini tidak dicemari oleh mana-mana pihak.

Sekian terima kasih.

dipetik dari laman blog PemudaBesut

Dakwa Khalid : SPRM 'dwi standard'


Abdul Rahim Sabri | Feb 20, 09 6:23pm
Peguam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat kesal dengan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan berkata terdapat bukti kukuh menunjukkan menteri besar Selangor itu menyalahguna kuasanya berhubung penyelenggaran kereta peribadinya serta pembelian 46 lembu korban.

Mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pagi ini, Sankara Nair berkata, menjadi amalan suruhanjaya tersebut selama ini tidak mendedahkan pada umum hasil siasatan yang dijalankannya.

selangor mb lawyer sankara nair pc 200209 01Katanya, dalam kes ini bagaimanapun SPRM telah menyimpang daripada amalan tersebut dan dengan jelas mengamalkan sikap dwi-standard.

Sankara menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di bangunan pentadbiran negeri di Shah Alam petang tadi. Turut hadir, exco kanan kerajaan negeri Teresa Kok.

Sehubungan itu, Sankaran bertanya mengapa Ahmad Said tidak membuat perkara yang sama apabila siasatan terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selesai.

Tindakan SPRM itu, katanya, harus dipandang berat kerana anak guamnya - seorang ahli politik pembangkang - telah ditonjolkan agar kelihatan bersalah "di mata umum sebelum beliau didakwa dan didapati bersalah oleh mahkamah".

selangor mb lawyer sankara nair pc 200209 02Pada mulanya pihak media dimaklumkan bahawa Abdul Khalid akan mengadakan sidang akhbar tersebut.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, Abdul Khalid berkata, beliau telah dinasihat oleh peguamnya supaya tidak membuat sebarang kenyataan.

"Saya dimaklumkan bahawa siasatan SPRM terhadap saya masih berjalan dan telah dinasihatikan oleh peguam supaya tidak memberi sebarang komen bagi menghormati perjalanan proses undang-undang.

"Sebarang kenyataan akan dibuat oleh peguam saya, Sankara Nair," kenyataan tersebut dipetik.

Sementara itu, Teresa mendakwa, kenyataan Ahmad Said itu bermotif poltik dan menunjukkan sikap dwi-standardnya.

Beliau juga mendakwa, episod tersebut nampaknya ada kaitan dengan situasi politik di Perak yang menyaksikan BN berdepan dengan kebuntuan politik ciptaannya sendiri.

Menurutnya lagi, tindakan terhadap Abdul Khalid itu juga dilihat ada kaitan dengan pendedahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam, mengenai taktik yang digunakan oleh BN untuk memujuk wakil rakyat Pakatan supaya bertukar parti.

Malah, katanya, tindakan segera siasatan dijalankan terhadap menteri besar Selangor itu turut menimbulkan keraguan terhadap kebebasan suruhanjaya antirasuah tersebut.

sumber : Malaysiakini

Siapa Lagi Mangsa Serangan Hendap Najib ?

Ahmad Lutfi Othman
Fri | Feb 20, 09 | 2:24:09 am MYT

Belum pun Dato' Seri Najib Razak secara rasmi mengambil alih teraju pemerintahan negara daripada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, pelbagai tragedi politik berlaku dalam tempoh yang cukup singkat. Semasa berucap di kediaman rasmi Menteri Besar Perak baru-baru ini, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan 30,000 orang yang hadir, merujuk terus kepada Najib: "Belum dapat kuasa sudah tunjuk jahat, hancur negara nanti kalau jadi PM."

Mengenali Ustaz Abdul Hadi, bukan mudah untuk beliau meluahkan "amarahnya" jika tiada sebab kuat untuk berbuat demikian. Najib dikaitkan dengan peristiwa "rampasan kuasa" di Perak sehingga meletakkan negeri itu dalam krisis perlembagaan yang turut mencederakan imej Sultan Azlan Shah. Beberapa percubaan untuk "membeli" beberapa Adun KeADILan di Kedah juga dikaitkan dengan Najib. Tidak pasti sama ada episod malang yang menimpa Adun Bukit Lanjan, yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong, trutut akan dikaitkan dengan "tangan-tangan ghaib" Najib.

Beban yang diheret Najib menuju Seri Perdana memang berat. Bagasi sejarahnya yang belum pun panjang itu sudah cukup untuk melukakannya. Mungkin beliau dilihat mempunyai personaliti politik yang lebih kuat berbanding Abdullah, namun persepsi umum terhadapnya begitu buruk. Kehilangan tiga Adun Pakatan Rakyat dan seorang Adun Umno yang berhijrah sebentar menyertai KeADILan, Imagesehingga "tumbangnya" kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, tidak dapat dipisahkan dengan faktor Najib. Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah yang sama dengan Ustaz Abdul Hadi menyifatkan Najib sebagai "suka melarikan suami orang" dan bertanggungjawab "mengghaibkan beberapa orang yang lain".

Ramai menjangkakan, sebaik sahaja Najib berkuasa penuh Mac ini, Malaysia bakal menyaksikan lebih banyak insiden politik yang mungkin jauh lebih tragis. Penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth - yang dirakam secara curi semasa tidur di rumahnya sendiri - mungkin amaran awal bahawa setiap pimpinan Pakatan Rakyat bakal menjadi sasaran serangan hendap kumpulan "penembak tepat" Najib. Eli menyedari bahawa target sebenar adalah partinya sendiri, yang dipimpin Anwar, tokoh yang dilihat sudah "berkerat rotan" dengan Najib.

Justeru, tindakannya menawar diri meletakkan jawatan wajar dipuji. Beliau tidak mahu masalah peribadinya mengheret parti dan kerajaan Selangor ke dalam gelanggang musuh.

Dalam satu kenyataan kemudiannya, Eli menegaskan: "Negara kini sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang serius. Kadar pengangguran semakin meningkat, manakala rasuah masih berleluasa. Saya berharap perbincangan umum hendaklah tertumpu kepada isu-isu penting ini, dan bukannya menganalisis kehidupan peribadi saya."

Kes Eli, seorang wanita yang belum berkahwin, jauh berbeza dengan Chua Soi Lek atau VP Vijandran walaupun masih berlaku perdebatan tentang batas-batas kehidupan privasi seseorang tokoh masyarakat. Ada pihak mahu penjelasan mengenai isu-isu moral antara seorang Muslim dengan bukan Muslim, apatah lagi gambar Eli itu diambil di dalam rumahnya. Polis masih Imagemenyiasat siapa dalang penyebaran gambarnya dan kita masih menunggu keputusan pimpinan KeADILan terhadap tawaran Eli untuk meletakkan jawatan.

Sehari dua ini kita dapat melihat sandiwara politik pihak tertentu yang tiba-tiba sahaja menjuarai isu moral dan agama selepas sibuk dengan isu derhaka kepada raja. Anwar awal-awal lagi melontarkan soalan: "Apakah benar isu akhlak dan moral utama buat mereka? Jika benar, bagaimana mungkin dilenyapkan bukti berkaitan kes pembunuhan, dipadamkan lapuran siasatan awal dakwaan kes Port Dickson, dilesapkan wang ribuan juta habuan istimewa dari pembelian peralatan senjata?"

Seorang pembaca dengan nada marah menelefon saya: "Sampai bila kita harus menjawab tuduhan musuh, bila pula Harakah nak menyerang? Bukannya kita tidak ada isu, melambak!" Saya tergamam seketika. Memang agak ramai yang mendesak Harakah lebih agresif menyerang Najib dan Umno-BN supaya Pakatan Rakyat tidak lagi berada dalam kedudukan defensif. Saya tidak dapat mengulas panjang selain meminta mereka bersabar: "Sampai masanya nanti posisi itu akan bertukar, tunggulah ...."

Dalam pada itu, kolumnis Harakah yang hanya mahu dikenali sebagai Banteng Hijau mengirim SMS kepada saya, di kala hening malam Rabu lalu: "Mungkinkah Pakatan, khususnya KeADILan, kini disusupi agen Najib?" Tanpa mengambil masa lama untuk menjawab, saya membalas: "Tanda-tandanya ada, Najib mahu malukan Anwar sebelum masa terlambat. Tapi PAS pun taklah kebal mana. SB juga banyak menyusup ke pejabat PAS."

(Bagaimanapun, saya tertarik dengan tulisan Toh Kin Woon, dalam The Edge. "Mungkin kita tidak bersetuju dengan ideologi PAS, tapi kita perlu tahu bahawa semua mereka yang menyertai PAS komited untuk memperjuangkan matlamat parti tersebut," katanya. Hal ini, tulis Toh Kin Woon, dapat menjelaskan mengapa kerajaan PAS mampu bertahan di Kelantan biarpun dengan kemenangan tipis mengatasi Barisan Nasional, yakni dengan majoriti satu kerusi dari 2004 hingga 2008. "Saya yakin terdapat usaha untuk membuatkan beberapa orang Adunnya untuk melompat parti tetapi tidak seorang pun didapati termakan umpan tersebut," sambungnya.)

Banteng Hijau kemudiannya menulis tentang penyusupan yang berjaya melemahkan Parti Komunis Malaya (PKM), melalui Setiausaha Agungnya sendiri, Loi Tek. Beliau berketurunan Vietnam yang menjadi agen British dan Jepun sekali gus, dan berjaya mengkhianati aktivis komunis dalam PKM hinggakan parti itu kehilangan pemimpin berkaliber akibat dibunuh British dan Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia II.

Saya difahamkan "skuad penembak tepat" bagi menghancurkan keutuhan Pakatan Rakyat bukan sahaja dianggotai ahli dan pimpinan Umno, malah mendapat kerjasama sepenuhnya pegawai kanan kerajaan, khususnya di negeri-negeri yang mana BN kalah dalam pilihan raya umum lalu. Dan mereka dibayar upah lumayan.

Malah beberapa agensi kerajaan persekutuan, misalnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, difahamkan telah menempatkan anggotanya di pejabat-pejabat kerajaan negeri yang strategik dalam usaha membabitkan pimpinan kerajaan negeri berkenaan dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa. Satu bukti nyata SPRM terus diperalatkan Umno-BN.

Situasi sulit ini memang nampak merimaskan, namun sekiranya Pakatan dapat meloloskan diri dari perangkap Najib dan Umno-BN itu, pertarungan seterusnya belum pasti memihak siapa. Kemelut dan krisis perlembagaan di Perak misalnya tidak mudah untuk dijangka nokhtah akhirnya. Isu derhaka raja yang sengaja digembar-gemburkan media agak senang untuk "dikepak" kerana rakaman Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri begitu jelas.

Satu lagi perkembangan menarik mencelah. Tindakan Speaker Dun Perak, Sivakumar yang menggantung serta-merta Menteri Besar "haram" Perak, Dr Zambry Abdul Kadir dan melarangnya daripada menghadiri sesi Dun Perak selama 18 bulan manakala enam Exco Perak yang lain digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi Dun tentu mempunyai implikasi politik dan undang-undang yang luar biasa.

Ini semua makin meletakkan Dun Perak pada kedudukan yang lebih hampir dengan pembubaran, sesuatu yang ditunggu-tunggu rakyat tetapi "lambat" dikabulkan Tuanku Sultan. _

sumber : Harakahdaily

Wednesday, February 18, 2009

MB & Semua Exco Digantung Hadiri Sidang DUN


Feb 18, 09 6:50pm

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

bm version bn perak state exco 180209Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Dipanggil beri keterangan

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.

Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.

Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Speaker: Ada kes prima facie

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan.

"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.

Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

Khabar angin tentang Hee

Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.

sumber : Malaysiakini

Tuesday, February 17, 2009

Zambry Beri Keterangan Kepada JK DUN Perak

17/02/2009 7:00pm

IPOH 17 Feb. — Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berhubung kenyataannya terhadap Speaker DUN V. Sivakumar.

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Zambry ketika ditemui pemberita selepas memberikan keterangan itu berkata, kehadirannya adalah kerana menghormati speaker dan institusi jawatankuasa berkenaan yang memanggilnya untuk memberi keterangan.

“Saya datang kerana menghormati Speaker...kita ikut peraturan dan undang-undang,” katanya. - Bernama

SEBELUM INI ...

Menteri Besar Haram, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir pernah menyifatkan sebagai 'sesuatu yang pelik' apabila Sivakumar mahu merujuk beliau dan enam Exco kerajaan negeri yang baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini.

Tetapi hari ini, beliau terpaksa akur dan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berhubung kenyataannya terhadap Speaker DUN V. Sivakumar.

Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.Tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

PAS & Skandal Seks Pemimpin Parti Lawan

Ahmad Tajdid
Wed | Feb 18, 09 | 2:30:51 am MYT

BUKANlah sesuatu yang wajar jika kehidupan peribadi seseorang didedahkan kepada umum, apatah lagi jika ianya menyentuh tentang aib seseorang. Apatah lagi jika 'kejahatan' yang dilakukan itu dibuat di tempat tertutup dan pelakunya sendiri tidak berbangga dengan maksiat yang dilakukannya dan berasa malu jika kejahatannya diketahui orang.

Itulah sebenarnya hikmah mengapa tuduhan zina perlu ditampilkan dengan empat orang saksi. Dan saksi-saksi itu mestilah lelaki yang adil dan tidak fasik. Semuanya bertujuan untuk menjaga aib orang yang dituduh dan untuk memastikan tidak ada insan yang teraniaya dengan tuduhan itu.

Apa yang menimpa Adun Bukit Lanjan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong adalah sesuatu yang malang. Selepas gambar separuh bogel yang dirakamkan ketika beliau tidur disebarkan kepada media massa, MMS dan internet, Elizabeth mengambil keputusan meletakkan jawatan Exco dan Adun walaupun beliau sebenarnya teraniaya.

Atas dasar prinsip, Elizabeth sanggup melepaskan jawatan kerana bimbang masalah peribadinya itu akan dieksploitasi oleh musuh-musuh politiknya untuk memburuk-burukkan organisasi politik dan kerajaan negeri yang diwakilinya.

Setakat ini, ramai yang menyatakan simpati terhadap apa yang dialami olehnya termasuk Pergerakan Wanita MCA. Bagaimanapun, ada juga pemimpin Umno yang mendesak beliau meletakkan jawatan.

Antara yang terawal memberi komen ialah bekas Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo. Turut sama mengalu-alukan keputusan Elizabeth untuk meletakkan jawatan ialah Ketua Menteri Melaka yang juga calon Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam.

Begitulah gelagat pemimpin Umno. Mereka sibuk dengan soal moral dan akhlak pemimpin-pemimpin bukan Islam (seperti yang menimpa Elizabeth dan Adun Bukit Selambau, V Arumugam di Kedah), tetapi tidak pula prihatin dengan akhlak dan moral para pemimpin parti mereka sendiri, yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Ketika Mohd Khir Toyo menjawat Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, tiga skandal peribadi membabitkan dua ahli Dewan Rakyat dan seorang ahli Dewan Negara Umno Selangor cuba dipendamkan beliau dari pengetahuan umum.

Khir tidak pula sibuk mendesak ketiga-tiga pemimpin Umno negeri itu supaya meletakkan jawatan, malah tempoh 'senatorship' salah seorang daripada mereka dilanjutkan!

Dan sebenarnya, jika skandal seks dan moral para pemimpin Umno didedahkan satu persatu kepada umum, pastinya kita akan loya dan muntah apabila mendengarnya!

Bagi mereka yang agak ragu-ragu, percayalah... Ini bukannya 'cubaan', tetapi benar-benar kejadian!

Penulis tidak berhasrat untuk mengaibkan mereka, tetapi cukuplah untuk memberi amaran kepada para pemimpin parti tertentu supaya tidak bertindak di luar batasan.

Mungkin ramai yang mengenali Tan Sri Abdullah Ahmad atau Abdullah Kok Lanas. Abdullah lewat kolumnya di sebuah akhbar berbahasa Melayu (ketika menerajui akhbar terbabit) pernah membangkitkan dilema yang dihadapi oleh para pemimpin parti sebuah negeri di Semenanjung untuk mencari seorang calon Menteri Besar. Calonnya sudah dikenal pasti, tetapi ada yang tidak bersetuju kerana bakal pemimpin itu dikenali sebagai seorang yang suka berpoya-poya ketika belajar di luar negara.

Tidak payahlah bagi penulis mendedahkan siapakah pemimpin itu. Bagi mereka yang ingin tahu, buatlah carian sendiri di perpustakaan ataupun arkib untuk membaca tulisan Abdullah Kok Lanas.

Ketika menjelang pilihan raya umum 1995, isu khalwat membabitkan seorang pemimpin muda PAS hangat diperkatakan. Para pemimpin Umno menggunakan isu ini semaksimum mungkin untuk menjatuhkan maruah PAS. Bagaimanapun dengan kebijaksanaan para pemimpin PAS, isu khalwat itu dapat ditangani dengan baik. Pemimpin muda PAS itu didapati tidak bersalah oleh mahkamah dan menang di kawasan parlimen yang ditandinginya dengan majoriti lebih besar.

Di waktu yang sama, para pemimpin PAS dan Harakah menerima maklumat daripada sumber yang tidak diketahui tentang skandal seks membabitkan seorang pemimpin parti lawan PAS yang juga diwar-warkan sebagai calon Menteri Besar di sebuah negeri Pantai Timur Semenanjung.

Lebih memeranjatkan, pemimpin terbabit pernah menerajui sebuah institusi agama dan kerap kali menyerang PAS dalam pelbagai isu agama dan politik. Malah beliau jugalah yang sering 'tumpang semangkuk' memberi komen dan mengulas tuduhan khalwat pemimpin muda PAS itu.

Penulis sempat bertemu dengan seorang pemimpin kanan PAS untuk mengesahkan maklumat yang diterima. Malah pemimpin PAS itu tidak menafikan maklumat yang diperolehi. Beliau bukan sahaja menjadi teman rapat pemimpin terbabit ketika kejadian itu berlaku, malah diminta menjadi wakil untuk meminang wanita tersebut bagi pihak pemimpin politik itu!

Bagaimanapun, skandal seks itu tidak dijadikan modal oleh PAS untuk memburuk-burukkan lawan politiknya. Meskipun begitu, para pemimpin parti tersebut diberitakan terpaksa mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu itu; khuatir jika ia dijadikan modal kempen oleh PAS negeri.

Dan ketika Setiausaha Perhubungan PAS negeri terbabit ditanya sama ada mahu menggunakan isu skandal seks itu dalam kempen pilihan raya, beliau penuh yakin berkata: "Itu bukan cara kita berpolitik."

Isu skandal seks pemimpin bukanlah suatu yang asing dalam politik negara. Seperti kata Menteri Besar Kedah ketika menjawab soalan wartawan berhubung dakwaan salah laku moral yang melanda bekas Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Bukit Selambau, V Arumugam: "Ada yang lebih teruk daripada itu, buat hubungan dengan suami dan isteri orang..."

Dan pastinya yang berperangai seperti itu ialah pemimpin Melayu yang beragama Islam.

Kita yakin kisah-kisah penarafan-X (x-rated) itu ada dalam 'kocek' Ustaz Azizan. Cuma sebagai pemimpin sebuah parti Islam, beliau tidak tergamak meluahkannya di khalayak umum.

Bukan akhlak dan moral PAS untuk bertindak seperti Umno. Tetapi jika keadaan sudah menjadi tidak terkawal dan BN secara berterusan menggunakan tektik kotor ini... Adakah pilihan lain bagi PAS?_

sumber : Harakahdaily

Ku Duka Minta Pegawai MPD Bertaubat





Written by Wan Kay
Tuesday, 17 February 2009 03:01
http://buletinonline.net/images/stories/berita1/KuDukaRayuanGaza.JPGDungun – Penasihat Mampat, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim (Ku Duka) berdukacita dengan pembatalan ‘permit’ penggunaan Padang Astaka Dungun pada saat-saat akhir, dan menyarankan pegawai Majlis Perbandaran Dungun (MPD) supaya bertaubat.

“Saya sungguh dukacita apabila kelulusan kita (Mampat) untuk guna Padang Astaka dibatalkan di saat akhir oleh pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD),

“Kepada pegawai-pegawai yang batalkan tempat kita (Mampat) di Padang Astaka itu saya hendak suruh (minta) dia (pegawai) bertaubat,” tegasnya ketika merasmikan Program Rayuan Gaza Palestin ‘Bantulah Mereka’ di perkarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, baru-baru ini

Beliau berkata, Mampat dan Yayasan Amal Malaysia (Amal) menganjur program Rayuan Gaza bukan ‘berpolitik’ tetapi semata-mata mengumpul dana membantu umat Islam di Palestin.

Katanya, program yang baik bagi membantu saudara keIslam yang dizalimi di bumi Palestin ‘dihalang’ oleh orang Islam sendiri.

Oleh itu, beliau menggesa agar rakyat ‘mengajar’ pemerintah yang seumpama itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sebelum itu, beliau turut menyeru umat Islam di negara ini bersungguh-sungguh memboikot barangan dan perkhidmatan keluaran Israel.

“Boikot barang-barang yang dijual di Malaysia yang ada hubungkait dengan Israel kerana keuntungan itu akan disalurkan kepada rejim zionis yang kejam itu.

“kita (umat Islam) pulau barangan yang jelas ada kaitan langsung dengan Yahudi Zionis di Israel,”katanya.

Program Rayuan Gaza diadakan bagi mengumpul dana sumbangan kepada mangsa-mangsa kekejaman Israel di Palestin yang diusahakan oleh lebih 30 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri Terengganu.

Pihak penganjur berjaya mengumpul sumbangan orang ramai pada majlis tersebut berjumlah melebihi RM130,000.

Hadir sama pada majlis tersebut Presiden PAS yang juga Ahli Jawatankuasa Yayasan Antarabangsa Al-Quds Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

sumber : Buletinonline

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura