Thursday, September 30, 2010

Adun UMNO Pulau Pinang Disaran Pulangkan Duit Gaji


PULAU PINANG 30 SEPT : "Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan hasil judi.

Bercakap kepada TV Selangor, Wei Aik menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan ‘memperbodohkan’ mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

“Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," kata ketika dihubungi dari Shah Alam, hari ini.

Kenyataan beliau senada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mengecam tindakan Umno menakut-nakutkan warga emas.
.
Wei Aik berkata kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.
.
"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah,” katanya lagi.

sumber : tvselangor.com

Wednesday, September 29, 2010

HAMAS : Perbincangan PA Dengan Israel Merupakan Jenayah Terhadap Rakyat Palestin

Rabu ,29/09/2010 – Gerakan Hamas mengutuk Pihak Berkuasa Palestin ekoran perbincangan damai yang mereka lakukan dengan Israel. Menurut Hamas, ia bukan sahaja jenayah terhadap rakyat Palestin malahan bertentangan dengan konsensus kebangsaan dan akan merugikan semua.

Dalam sessi bersama media, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum meminta Presiden Mahmoud Abbas agar segera menarik diri dari perundingan itu. Tambahnya lagi, Presiden Mahmoud Abbas sepatutnya menumpukan usahanya menamatkan pembahagian Palestin dan menguatkan lagi bahagian dalaman pentadbirannya dalam menghadapi tekanan Zio-Amerika.

Jurucakap Barhoum juga menuntut negara-negara Arab untuk turut bersuara dan menyokong rakyat Palestin dalam usaha menentang penjajahan Israel.

sumber : palestinkini.info

Tuesday, September 28, 2010

Hari Keluarga DUN Sura 2010 Meriah

DUNGUN 29 September, Rabu - Program anjuran PAS terus mendapat sambutan daripada masyarakat setempat, terbaru di DUN Sura, di sini, baru-baru ini, Hari Keluarga DUN Sura 2010 dikunjungi pelbagai peringkat usia.
Majlis yang telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Dungun merangkap ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli itu berlangsung dalam suasana penuh kekeluargaan selain dapat mengeratkan hubungan sesama warga kerja DUN Sura bersama warga tempatan.





Sebahagian besar pengisian adalah terdiri daripada acara berbentuk permainan dan sukaneka yang melibatkan acara keluarga, kanak-kanak, pemuda dan remaja.




Kehadiran ibubapa bersama anak-anak untuk menyertai program anjuran DUN Sura ini memungkinkan lonjakan sokongan kepada PAS akan terus diberikan terutama dalam usaha pimpinan PAS negeri untuk merampas kembali tampuk pemerintahan negeri Terengganu.




Di waktu tengahari para pengunjung telah dijamu dengan hidangan menu selera kampung, sebelum berhenti sementara untuk solat zohor seterusnya menyambung acara-acara yang masih berbaki.

Perbalahan UMNO Terengganu tiada obat

Perbalahan diantara pemimpin Umno Terengganu sudah tidak ada ubatnya.

Pelantikan Naib Presiden Umno Dato’ Seri Hishamudin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu tidak mengurangkan sedikit pun perbalahan Umno.

Perpecahan Umno Terengganu adalah kerana merebut pangkat dan jawatan yang menjanjikan habuan wang dan harta.

Sebagai contoh perpecahan Umno Kuala Terengganu kerana perebutan jawatan Penyelaras DUN Batu Buruk diantara bekas Ketua Pemuda Umno Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak) dengan bekas Speaker DUN, Che Mohamad Jusoh

Perbalahan Umno Marang juga berlaku antara kumpulan menyokong bekas Menteri Besar Terengganu ditonjolkan oleh ADUN Alor Limbat Alias Abdullah, menyerang kumpulan menyokong Dato’ Ahmad Said, diketuai oleh bekas Ahli Parlimen Dato’ Abdul Rahman Bakar

Alias pada Sidang Dewan Undangan Negeri Disember tahun 2009 turut menyerang Menteri Besar dan menggelar Dato’ Ahmad Said sebagai ‘penipu’(pelawak).

Umno Besut, bahagian yang menjadi penyokong tegar Dato’ Seri Idris Jusoh, telah mengusulkan dalam Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut pada 11 Julai 2010 mendesak Ahmad Said mengekalkan bangunan Kompleks Imtiaz di Bukit Keluang sebagaimana doilaporkan Utusan Malaysia, 12 Julai 2010

Umno Setiu telah memalukan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana balas dendam kepada Menteri Besar Ahmad Said.

Keempat-empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahagian Setiu tidak hadir pada mesyuarat perwakilan Umno Setiu yang dirasmikan Muhyiddin pada 16 Julai 2010sebagaimana dilaporkan Sinar Harian 17 Julai 2010

Empat Adun terbabit ialah Ashaari Idris (Langkap), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Khazan Che Mat (Batu Rakit) dan Ramlan Ali (Jabi). Kecuali Ramlan, tiga yang lain adalah pemegang jawatan utama dalam Umno Bahagian Setiu. Ashaari sebagai Timbalan Ketua Bahagian, Abdul Halim (Naib Ketua) dan Khazan (Ketua Pemuda).

Ekoran Perbalahan yang tidak henti-henti, Hishammuddin berkata rakyat sudah bosan dengan Umno Terengganu.

Dilaporkan oleh Sinar Harian & Berita Harian, 16 Ogos 2010 Hishammuddin mengulangi seruan agar para pemimpin Umno Terengganu berhenti berbalah atau terpaksa berdepan kemungkinan parti itu ditolak rakyat.

“Saya percaya orang ramai pun sudah bosan melihat kita (pemimpin Umno Terengganu) berkelahi sesama kita. Kita ada banyak lagi kerja untuk membina negara kita yang semakin sempit dan mencabar,” katanya.

Monday, September 27, 2010

KEMASKINI : ADUN Galas Meninggal Dunia...Latar Belakang Ringkas DUN Galas, SPR Akan Tentukan Tarikh PRK

ADUN Galas Kembali Ke Rahmatullah

Dun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan peti undi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas Chek Hashim Sulaima mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.


Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland, dari

Sementara itu pada PRU ke 11 tahun 2004 Calon dari BN Mohamad Saufi Deraman mendapat 4148 undi telah mengalahkan Calon PAS Chek Hashim Sulaima yang mendapat 2455 undi. majoriti 1729 undi.

sumber : idhamlim.blogspot.com

Sunday, September 26, 2010

Pemimpin UMNO lah Yang Menghilangkan Kuasa Dan Suara Melayu-Islam : Presiden PAS

PANDANGAN Tun Dr Mahathir Mohammad yang disokong oleh beberapa pimpinan UMNO lain bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara adalah merupakan suatu pandangan yang tidak berpijak di bumi kenyataan dan igauan takutkan kekalahan kerana dibejati kesalahan-kesalahan yang dilakukan semasa memimpin negara.

Semuanya ini telah sekali lagi diulang sebut pada saat UMNO berada dalam keadaan yang paling parah dari segi politiknya. Sejarah sekali-kali tidak boleh menafikan bahawa UMNO adalah parti warisan yang meneruskan agenda penjajah dengan melaksanakan ideologi yang boleh melemahkan umat Islam disamping mereka juga tidak boleh dijadikan contoh yang baik terhadap masyarakat majmuk dalam negara kita ini. Pimpinan UMNO jugalah yang terus menerus melebarkan pandangan masyarakat dijalur perkauman sempit. Kemajmukan masyarakat dalam negara kita ini sepatutnya dijadikan satu asas untuk membina negara Malaysia yang hebat dan dalam masa yang sama menunjukkan contoh model keadilan Islam yang sebenar.

Tetapi UMNO telah gagal dalam memikul amanah rakyat ini. Akibatnya orang Melayu yang mendapat majoriti besar dalam pilihanraya tetapi gagal untuk memartabatkan Islam yang menjadi agama persekutuan dalam negara kita ini. Pimpinan UMNO dan BN telah menunjukkan pelbagai contoh kepimpinan yang merosakkan imej Islam dengan berlakunya ketidakadilan dalam masyarakat, penyelewengan dan rasuah dari puluhan hingga ke jutaan ringgit serta meneruskan amalan demokrasi yang pincang.

Semuanya ini telah menyebabkan berlakunya pelbagai penindasan dan kezaliman terhadap orang Melayu-Islam dalam negara kita sendiri. Tentu kita tidak lupa bahawa pimpinan UMNO lah yang menyebabkan hilangnya kuasa politik Islam di Singapura. Sikap songsang mereka ini juga dapat dilihat apabila kerajaan BN pimpinan UMNO yang telah memerintah Pulau Pinang selama puluhan tahun sehingga meninggalkan suasana politik buruk yang menghakis masyarakat Melayu-Islam di sana, tetapi tanpa segan silu pimpinan UMNO ini cuba menyalahkan Pakatan Rakyat yang hanya berusia dua tahun.

Kita juga tidak sekali-kali akan lupa bahawa diskriminasi politik dilaksanakan secara pecah perintah oleh UMNO yang memerintah di Kerajaan Persekutuan terhadap orang Melayu-Islam di Terengganu, Kelantan dan Kedah dalam isu pemberian subsidi baja, perampasan royalti minyak di Terengganu dan menafikannya di Kelantan, penyusutan tanah wakaf di Pulau Pinang dan kegagalan mengendalikan tanah rezab Melayu, pemberian geran tanah yang dijadikan ugutan untuk memperolehi undi, penafian peluang biasiswa pendidikan dan peluang perniagaan yang disekat serta pelbagai lagi penindasan yang dilakukan terhadap orang Melayu-Islam di bawah semata-mata kerana mereka yang mempunyai pendirian politik yang berlainan dengan UMNO. Bukankah mereka ini juga orang Melayu-Islam ?. Kita ingin bertanya : Mana ia suara bahawa UMNO membela Melayu-Islam ?.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini mengajak seluruh orang Melayu-Islam yang bimbang dengan kedudukan mereka agar dapat berfikir dengan rasional dan fakta yang jelas, bahawa UMNO-BN akan sekali lagi berlaku curang terhadap mereka.

Marilah bersama dengan gagasan baharu bahawa PAS perlu menggantikan UMNO sebagai teras politik Melayu-Islam dalam negara kita ini.

Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini, tinggalkanlah BN dengan bersama membuat perubahan bersama PAS dalam Pakatan Rakyat ke arah Malaysia yang lebih adil dan sejahtera.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

17 Syawal 1431/ 26 September 2010

sumber : presiden.pas.org.my

Saturday, September 25, 2010

Saintis USA Buktikan Nabi Musa A.S. Belah Laut

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

(gambar ilustrasi)

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi.

sumber : feryco.com

Friday, September 24, 2010

10 Pembohongan Besar Media Berkenaan Israel

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk “Israel, let’s talk about it”, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:


1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

sumber : haluanpalestin.haluan.org.my

Wednesday, September 22, 2010

PBT Terengganu tidak kompeten

Sudah dua tahun lebih, Dato’ Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu dengan slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.

Dalam tempoh itu juga, rakyat melihat masalah ‘remeh temeh’ birokrasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak berkesudahan.

Di Besut, dua projek pihak berkuasa tempatan yang bermasalah ialah projek pembinaan Jerteh Souq yang berharga hampir RM70 juta dan projek pembinaan Medan Selera Majlis Daerah Besut berharga RM1 juta.

Walaupun ada pihak yang membela dan berkata, Ahmad tidak wajar dipersalahkan akibat dua pembinaan Jerteh Souq yang tergendala, namun Ahmad adalah Menteri Besar Umno, yang menyambung ‘warisan’ kepimpinan sebelumnya.

Di Setiu, orang ramai meminta supaya didirikan sebuah surau di kawasan Terminal Bas baru siap dibina ditengah-tengah Bandar Permaisuri.

Sehingga kini sudah lebih enam bulan, pengguna terminal yang dikatakan ‘canggih’ itu terpaksa ‘merayau-rayau’ berjalan mencari surau atau masjid.

Entah apa masalahnya, pihak PBT/ kerajaan negeri sebelum ini yang berslogankan ‘Islam Hadhari, Terengganu Bestari’ lupa meletakkan ‘surau’ dalam pembangunan asal terminal.

Di Kuala Nerus, pembinaan gerai di Pekan Batu Enam sejak awal cadangan pembangunannya, pun sudah melanggar peraturan.

Premis milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu dibina jauh ke dalam ‘memakan’ kawasan rezab jalan sebagaimana ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Di Hulu Terengganu pula kerja-kerja pembinaan longkang konkrit di tanah Lot Batu 18, Ajil yang berharga RM5 juta asalnya bukan terbengkalai tetapi terpaksa dihentikan seketika berikutan masalah pengambilan balik tanah.
Pada masa yang sama, 16 peniaga di Taman Che Ngah, Dalam DUN Ajil, kecewa dan menyatakan bantahan terhadap pembinaan longkang dikawasan tersebut.

Pemilik dan penyewa disitu, bagaikan tersentap apabila projek pembinaan longkang dibuat di tengah-tengah jalan di hadapan kedai mereka.

Mereka mendakwa dan pembinaan itu tidak praktikal kerana melibatkan kawasan tidak sama rata

Di Marang, sebuah pasar yang dikenali Pasar Pengkalan Berangan yang kelihatan sudah siap tetapi jarang digunakan. Ia telah dinaik taraf pada tahun 2007 dengan kos RM150,000 tetapi masih belum mempunyai peniaga sehingga kini.

Di Dungun, peniaga ikan dan sayur di Pasar Paka di sini meminta pihak yang berkaitan menyegerakan penyempurnaan pembinaan pasar baru yang sepatutnya siap September tahun lalu.

Mereka sudah lama bersabar dengan berniaga dalam keadaan serba kekurangan di pasar yang sangat daif itu. Bagai mana pula dengan Pasar Dungun?

Menteri Besar yang berkunjung ke situ, berjanji lagi, pihak berkuasa tempatan daerah Dungun akan memastikan bangunan pasar baru itu disiapkan menjelang hujung Jun ini.

Hospital Dungun yang telah dibina sejak 1936 sudah tidak mampu menampung keperluan semasa penduduk di Dungun.

"Oleh kerana ia mula dibina atas tapak tersebut sejak 1936, kawasan Hospital Dungun yang sempit menimbulkan ketidak selesaan kepada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, dan sudah tak mampu tampung keperluan semasa," jelas YB ADUN Sura, Wan Hassan Mohd Ramli ketika mengulas kenyataan Exco berkenaan yang mengesahkan pembinaan hospital Dungun ditangguh daripada Rancangan Malahysia ke 9 (RMK 9) kepada RMK 10

Di Kemaman, masalah Binjai Souq di mukim Binjai seolah-olah tidak nampak penyelesaiannya.

Pembinaan Binjai Souq dengan kos sebanyak RM2.5 juta dan dijangka siap pada tahun 2006 menghadapi masalah nenerapa kali pertukaran kontraktor.

Sehingga kini pelbagai kecacatan pada premis milik Majlis Perbandaran Kemaman(MPK) itu yang menyebabkan para peniaga menjadi bimbang.


Aku disini :
http://dunsura.blogspot.com
http://pemudabersamamu.blogspot.com

Tuesday, September 21, 2010

Hari Keluarga DUN Sura 25 September

DUNGUN 21 September, Selasa - Kehadiran PAS di tengah masyarakat terus dijana di saat rakyat mengharapkan angin perubahan berlaku khususnya di negeri Terengganu.
Di DUN Sura, Dungun bertempat di Dataran Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate akan diadakan program Hari Keluarga dengan tema 'Keluargaku...Sokong PAS!!'

" Hari Keluarga DUN Sura pada tahun ini akan diadakan pada 25 September, hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi sehingga sebelum waktu Asar, insyaAllah, "

" Sebahagian besar pengisian adalah sukaneka yang telah disusun sebanyak 10 kategori, melibatkan penyertaan dari usia 4 tahun dan ke bawah, dewasa lelaki dan perempuan, acara keluarga termasuk street soccer untuk para belia dan pemuda, "

Sementara itu, di waktu tengahari menu selera kampung disediakan kepada para pengunjung dan peserta yang terlibat.

" Pelbagai hadiah menarik menanti para peserta termasuk hadiah cabutan bertuah kepada para pengunjung, " demikian menurut Pengarah Hari Keluarga DUN Sura, Encik Zakaria Tahir.
(Gambar - Encik Zakaria Tahir (t-shirt putih) ketika bersama ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, Setiausaha DUN Sura, Encik Mohamed Ibrahim dan Ketua Keselamatan PAS Kawasan Dungun, Encik Abdullah Mamat mengadakan lawatan ke Hospital Dungun)

" Saya bagi pihak penganjur dan warga kerja DUN Sura mengajak seluruh penduduk seluruh DUN Sura khususnya tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik supaya hadir beramai-ramai memeriahkan majlis ini, " ujar beliau lagi.

Royalti : Tok Guru Pondok Bermunajat Di Mekah

Exco perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas, lapor Suara Keadilan.

Husam menerusi twitternya berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook - www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan berkenaan.

"40 ulamak dan tok guru pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya.

"Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak, alim ulama dan ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat Islam," menurut laman itu.

Tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.

Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan - Thailand, Kelantan - Vietnam dan Kelantan - Terengganu.

Berikutan dinafikan royalti minyak itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.

sumber : husammusa.com

Monday, September 20, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2010 Daripada ADUN Sura

DUNGUN 20 September, Isnin - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli bersama JK Pelajaran dan seluruh warga kerja DUN Sura mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan UPSR 2010 kepada semua calon-calon peperiksaan di seluruh negara khususnya di Dungun dan DUN Sura. Peperiksaan akan bermula pada 21 hingga 23 September, 2010.
Seramai 494,493 murid akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negara. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran, dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, daripada jumlah itu 373,190 murid adalah dari Sekolah Kebangsaan, 96,166 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 16,965 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

(Gambar - ADUN Sura ketika menyampaikan penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang UPSR 2009, adik Nor Hafiza Binti Aziz dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun di Kampung Padang Jambu)

Selebihnya adalah calon dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu seramai 8,163 dan 9 orang dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina. "Peperiksaan akan diadakan di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara yang melibatkan 47,768 petugas peperiksaan," menurut kenyataan itu.

" Kami mendoakan seluruh calon peperiksaan ini dikurniakan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab peperiksaan seterusnya dianugerahkan kejayaan cemerlang ", katanya.

# sila lihat Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2010 di ruangan Notis blog ini.

Pembinaan Hospital Baru Untuk Warga Dungun Satu Keperluan Mendesak - ADUN Sura

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita33/wanhassanraya.JPGDUNGUN 20 Sept, Isnin - Rakyat mahu jawapan yang meyakinkan daripada kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) berkaitan pembinaan Hospital Dungun yang telah tertunda sekian lama.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli berkata, pembinaan sebuah hospital baru untuk warga Dungun adalah satu keperluan yang sangat mendesak.

"Pembinaan hospital baru untuk warga daerah Dungun adalah satu keperluan yang sangat mendesak. Ia satu janji kerajaan Umno/BN yang sudah lama ditunggu oleh rakyat,"ujarnya kepada Buletinonline.

Menurutnya, hospital sedia ada yang dibina sejak tahun 1936 bukan sahaja tidak praktikal, bahkan sudah tidak relevan dengan kemudahan dan infrastruktur masa kini.

(Gambar - Ustaz Wan Hassan sibuk melayan dan memberikan duit raya kepada 'tetamu muda' pada Majlis Rumah Terbuka sempena Aidul Fitri baru-baru ini)

Katanya, kedudukan dan penempatan hospital tersebut bukan dibina untuk keperluan tahun 1960an sebagaimana didakwa oleh Exco Kesihatan Negeri, Dr. Abdul Rahman.

"Oleh kerana ia mula dibina atas tapak tersebut sejak 1936, kawasan Hospital Dungun yang sempit menimbulkan ketidak selesaan kepada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, dan sudah tak mampu tampung keperluan semasa," jelasnya ketika mengulas kenyataan Exco berkenaan yang mengesahkan pembinaan hospital Dungun ditangguh daripada Rancangan Malahysia ke 9 (RMK 9) kepada RMK 10

Ustaz Haji Wan Hassan yang juga Yang DiPertua PAS Dungun turut mendakwa ruangan menunggu di bahagian farmasi dan di bahagian Unit Pesakit Luar Hospital Dungun adalah terlalu sempit dan merimaskan pesakit yang menunggu untuk mendapatkan ubat,

Beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dasar kerajaan yang telah diputuskan dalam usaha membangunkan sebuah hospital di Dungun.

Walaupun menurutnya, Dr. Abdul Rahman, membuat kenyataan rasmi berkenaan pembinaan hospital itu, sehingga kini, katanya, beliau belum mendengar mana-mana pimpinan utama kerajaan pusat yang bercakap tentangnya.

"Ada sesuatu yang tak kena, Dr. Abdul Rahman memang bertanggungjawab di peringkat negeri, tapi tak ada apa-apa kenyataan oleh Menteri Kesihatan atau pimpinan Umno dan BN yang peringkat pusat,

"Apakah Hospital Dungun akan dibina melalui Dana Khas iaitu duit royalti sebagaimana Hospital Sultanah Nur Zahirah, atau ia hanya cakap-cakap kosong, janji politik semasa," tegasnya.

Katanya, kerajaan sudah berkali-kali menabur janji, kemudian memberikan pelbagai alasan apabila tidak dapat dilaksanakan, bukannya jawapan sebenar.

"Sudah layak kerajaan ini ditukar, kepada kerajaan Pakatan Rakyat, pada pilihanraya umum akan datang," tambahnya.

sumber : BuletinOnline.net

Thursday, September 16, 2010

Sesetengah Hakim Di Malaysia Lebih Gemar Syurga Di Dunia Berbanding Di Akhirat - Bekas Presiden Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, 16 SEPT - Kerajaan pemerintah di Malaysia dilihat lebih gemar melayan hakim sebagai seorang ahli sukan yang perlu patuh kepada setiap telunjuk seseorang jurulatih - watak yang menjadi kegemaran mereka.

"Sebagai ahli sukan, mereka perlu patuh kepada telunjuk jurulatih dan ahli politik di Malaysia tidak pula akur kepada hakim, sebaliknya menukarkan mereka apabila keputusan tidak memihak kepada mereka..."

Demikian analogi yang diberi bekas Presiden Majlis Peguam, Suleiman Abdullah pada sidang media sempena pelancaran fasa keenam kempen Perlembagaanku di Bazar Bijou, Jalan Bangkung, Bangsar di sini, hari ini.

Beliau kesal kerana kebanyakan ahli politik tidak menghormati profesion kehakiman dan menggunakan kuasa eksekutif mereka untuk 'menjatuhkan hukuman' kepada hakim yang tidak menyebelahi kepentingan mereka.

Bagi Suleiman yang masih mengganggotai Majlis Peguam, semua hakim perlu dihormati semua pihak walaupuan keputusan penghakiman mereka disukai atau sebaliknya, malah hakim sepatutnya memiliki kehidupan tersendiri yang unik dan 'sunyi'.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua masyarakat termasuk badan bukan kerajaan dan pengamal media supaya berganding bahu dalam memastikan intitusi kehakiman di negara ini benar-benar bebas dan berkecuali.

"Di negara luar terutama England, rakyat dan media sentiasa bersama-sama mempertahan intitusi kehakiman. Kita harap semua ini akan berlaku di Malaysia," katanya.

Suleiman turut mengingatkan hakim yang beragama Islam supaya bertanggung jawab dan adil ketika membuat penghakiman lantaran ajaran Islam jelas menyebut, hanya seorang dari nisbah tiga layak ke syurga.

"Akan tetapi, ada sesetengah hakim di Malaysia lebih gemar syurga di dunia berbanding di akhirat," katanya, sinis.

Pada program itu, pelbagai acara sambutan Hari Malaysia turut berlangsung termasuk bazar membeli-belah dan acara pentas yang dikunjungi pelbagai lapisan rakyat tempatan dan warga asing.

sumber : tvselangor.com

Tuesday, September 14, 2010

Kempen Tandatangan Membantah Saman Ekor



Kepada: Kerajaan Malaysia

Dewan Pemuda PAS Pusat sedang menjalankan suatu kempen mendapatkan tandatangan orang ramai bagi membantah saman ekor yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Kami merasakan saman ekor yang dilaksanakan sekarang ini bakal membebankan rakyat. Meskipun kerajaan telah mengumumkan untuk menangguhkannya sehingga bulan Februari 2011, ia tidak bererti saman ekor telah dihapuskan terus.

Kemungkinan besar saman ekor akan diteruskan kembali selepas Februari 2011. Kami mengharapkan agar saman ekor ini akan terus dihapuskan selepas dari tarikh tersebut.

Justeru bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan saman ekor, kami berusaha untuk mendapatkan tandatangan seramai mungkin daripada saudara / saudari. Dengan tandatangan saudara / saudari kita mengharapkan kerajaan akan sedar bahawa rakyat membantah pelaksanaan saman ekor dan seterusnya bakal mengubah keputusan kerajaan untuk meneruskan saman ekor.

Segala maklumat dan butiran saudara amat penting sebagai bukti kempen tandatangan ini dijalankan.

Kerjasama dan perhatian saudara / saudari terhadap usaha kami ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Yang menjalankan amanah,

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat


klik DI SINI untuk tandatangan online

Siri bergambar : Baiki pagar longkang

Tinjauan di lokasi oleh Team IT Pemuda Dun Sura pada 14 September 2010.
























Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat Dan Ta'zir

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

Gambar Al-quran

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

sumber : al-azim.com

Monday, September 13, 2010

Baiki pagar longkang

DUNGUN: Penduduk di sekitar Flet Bijangga di sini, mahu pihak berkuasa membaiki pagar sisi longkang besar di depan kawasan perumahan mereka yang rosak sejak lima tahun lalu.

Longkang besar sedalam 2 meter dan selebar 4 meter itu bermanfaat kepada penduduk terutama untuk mengawal banjir tetapi dengan ketiadaan pagar sisi, ia membentangkan bahaya kepada pengguna kenderaan dan kanak-kanak terutama ketika berselisih di jalan itu yang sempit.

Sebelum itu, longkang itu sudah dilengkapi dengan pagar sisi, namun, ia dicuri sehingga menyebabkan longkang itu terdedah kepada sesiapa saja.
Tinjauan mendapati hanya sebahagian pagar sisi yang masih ada manakala sebahagian besar lagi yang berdepan pula dengan rumah penduduk sudah hilang dan tidak berganti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Flet Bijangga, Mohd Almi Othman, berkata tindakan segera perlu diambil sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

"Saya berharap pihak berkenaan segera memasang besi penghadang atau meninggikan sedikit tembok penghadang demi keselamatan orang ramai yang melalui jalan ini.

"Masalah ini sudah dihadapi pengguna sejak lebih lima tahun lalu kerana besi penghadang yang rosak itu sudah hilang sejak lima tahun lalu," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Penduduk yang mahu dikenali Ayah Ngah, 61, berkata ketiadaan besi penghadang menyebabkan sudah banyak kenderaan yang melalui jalan itu terjunam ke longkang itu apabila berselisih dengan kenderaan lain.




p/s - Gambar-gambar dari Team IT Dun Sura akan menyusul selepas ini...!!!

Mungkin pihak Majlis Perbandaran Dungun boleh memikirkan sesuatu untuk ini & pihak-pihak yang rapat dan kaki bodek dgn YDP Majlis bolehlah untuk berkira-kira projek pagar longkang ini.JKKK Bijangga mungkin dah gatal tapak tangan utk terima komisen...

Sunday, September 12, 2010

Syawal Dan Peperangan Ahzab

Sempena Bulan Syawal yang mulia ini marilah bersama menghayati sirah Rasulullah SAW dalam peperangan Ahzab.
kingdom-of-heaven-9

Tanggal 7 Syawal 5 Hijrah menyaksikan peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslimin, akibat keguguran ramai para syuhada didalam Peperangan Uhud.

Kaum Quraisy ingin menumpaskan kesemua kaum Muslimin. Mereka menubuhkan satu pasukan perang yang besar. Ribuan pasukan yang terdiri dari puak Quraisy dan sekutunya yang terdiri daripada kaum Quraisy, Bani Asad, bani Kilab, bani Syaiban, bani Ghatfan dan hampir seluruh kabilah yang sepakat akan menyerang kaum muslimin di kala itu.

Mereka semua berjumlah tidak kurang daripada 10 ribu orang sedangkan di pihak Islam berjumlah 3000 orang sahaja. Mereka berkumpul dan mengepung dari Utara Madinah. Sementara itu, pakatan Kaum Yahudi Madinah daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah menyaksikan penyatuan golongan yang membenci agama Allah ini dalam memerangi Rasulullah SAW dan Islam yang diperjuangkan oleh mereka.

Setelah peristiwa pembunuhan Kaab bin Asyraf, seorang yahudi yang menghina Nabi SAW dan Islam pada tahun 4 Hijrah, kebencian golongan Yahudi ini membuak buak sehinggakan mereka sanggup menyatakan bahawa agama sesat golongan quraisy Mekah adalah lebih baik daripada Islam sedangkan mereka merupakan golongan yang mengetahui Al Kitab dan beriman dengan Nabi Allah Musa A.S.

Dengan pimpinan Kaab bin Asad yang dihasut oleh Huyayy bin Akhtab, kedua dua pemimpin yahudi laknat ini telah berpakat sesama mereka dan bersatu dengan musyrikin Makkah untuk menyerang Madinah. Salman al farisi telah mencadangkan kepada Nabi SAW supaya dibuat parit yang mengelilingi Madinah supaya serangan tentera Ahzab tidak dapat menembusi Madinah. Lalu Rasulullah SAW bersama para sahabat dengan iman yang kental memulakan pembinaan parit tersebut untuk mempertahankan Islam.

Pada saat kedatangan tentera Ahzab ini, kaum Yahudi menyerang kaum muslimim dari belakang dan tentera musyrikin menyerang dari arah hadapan.Tentera bersekutu Ahzab kuffar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka.

Rasullulah SAW telah berdoa sebagaimana riwayat dari Abdullah bin Abu Aufa r.a katanya, Rasulullah s.a.w di hari perang Ahzab mengucapkan:”Ya Allah, yang menurunkan kitab dan cepat membuat perhitungan! Kalahkanlah kaum Ahzab dan goncangkanlah pendirian mereka.”

Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan. Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Enam tentera Islam syahid, manakala 10 Musyrikin dibunuh.Akhirnya, Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur, dengan pertolongan Allah S.W.T bala tentera yang ramai itu dapat dikalahkan oleh kaum tentera muslimin yang sedikit.

Allah S.W.T menggambarkan situasi ini dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepada kalian ketika datang kepada kalian pasukan, lalu Kami mengirimkan kepada mereka angin taufan dan pasukan yang tidak dapat kamu lihat. (al-Ahzab: 9-11).

Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab. Allah SWT telah menewaskan tentera Ahzab dengan keesaanNya.

Pengajaran perang Ahzab menunjukkan kepada kita bahawa perjuangan Islam pasti akan menghadapi pakatan kuffar untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun. Golongan yang menegakkan agama Allah SWT sentiasa akan diuji dengan serangan yang dilakukan oleh pakatan Ahzab moden yang sangat membenci Islam.

Dunia hari ini memperlihatkan golongan kuffar bersepakat dalam melakukan serangan yang dilakukan kepada Negara ummat Islam. Islam, syariat Islam, serta golongan yang memperjuangkan Islam sentiasa menjadi sasaran mereka.

Tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan orang orang beriman dizaman dahulu. Jika dahulu Madinah diserang daripada segenap arah, maka kita hari ini juga diserang dari pelbagai arah. Daripada serangan fizikal hinggalah kepada serangan pemikiran, politik, ekonomi, budaya, kebencian golongan kuffar terhadap agama Allah SWT sangat membuak buak dan mereka sentiasa bersedia untuk menghancurkan Islam dan ummatnya pada hari ini.

Tetapi mereka mesti ingat, Allah menjanjikan pertolongan bagi orang-orang beriman dan mengazab musuh-musuhnya. Ini adalah janji yang tidak mungkin diingkari.

Selain dalam peperangan Ahzab, Allah S.W.T juga telah menolong kaum muslimin dalam peperangan-peperangan yang lain seperti yang berlaku didalam peperangan Badar, Uhud dan Khaibar. Sesungguhnya al- Maunah (pertolongan Allah) pasti datang apabila kita ikhlas dalam perjuangan Islam.

sumber : ibnuabbas.wordpress

Saturday, September 11, 2010

Pelbagai Lapisan Masyarakat Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Sura

DUNGUN 11 September, Sabtu - Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah telah dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang politik, agama dan bangsa di sini, hari ini.
Beraneka juadah disediakan untuk sajian tetamu yang hadir. Masing-masing hadir mengambil kesempatan saling bermaafan, bertanya khabar selain berbicara ringkas hal-hal isu semasa politik tanah air bersama ADUN Sura.

Lagi gambar-gambar sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Sura...akan menyusul.
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura