Friday, December 31, 2010

Jualan Kenderaan 2011 Dijangka Menurun

PERTUMBUHAN jualan sektor automotif negara dijangka mengalami sedikit penurunan pada 2011 selepas mencatatkan prestasi sangat memberangsangkan pada 2010 dengan jumlah jualan keseluruhan (TIV) kenderaan dijangka melebihi 570,000 unit, iaitu rekod tertinggi yang pernah dicatatkan.


Kalangan penganalisis dan peserta industri berpendapat, jangkaan penurunan itu terutama disebabkan prestasi memberangsangkan yang dicatat tahun ini serta kekurangan petunjuk daripada syarikat pemasang dan pengeluar untuk meningkatkan pengeluaran atau melancarkan model baru.

MIDF Research berkata, berbanding 2010 yang disifatkan prestasi terbaik untuk sektor automotif negara, 2011 lebih dilihat sebagai fasa pengukuhan dengan TIV dijangka berkurangan sedikit kerana kebanyakan pembelian kenderaan sudah dilakukan.



Katanya, ketika kemelesetan ekonomi global pada 2009, ramai yang menangguhkan pembelian kenderaan hingga keadaan ekonomi semakin baik pada 2010 yang sekali gus melonjakkan TIV tahun berkenaan. “Keadaan seperti itu tidak akan berlaku lagi dan momentum jualan akan menuju ke arah kestabilan pada tahun depan,” kata MIDF Research dalam laporan tinjauan sektor automotifnya untuk 2011.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) meramalkan TIV tahun ini mampu melepasi 570,000 unit, pencapaian paling tinggi yang pernah dicatatkan selepas catatan tertinggi sebelum ini iaitu 552,316 unit pada 2005. Mengikut MAA, setakat November lalu, TIV sudah mencecah 550,391 unit.

MIDF Research berkata, jangkaan sedikit penurunan dalam jualan pada 2011 itu turut berkait dengan ramalan bahawa kadar faedah akan dinaikkan pada separuh kedua tahun depan.
Kenaikan kadar faedah katanya, boleh menjadi faktor yang mempengaruhi jualan kenderaan kerana ia boleh menjejaskan keupayaan pembeli terutama bagi kelompok berpendapatan rendah hingga sederhana.

sumber : bharian.com

ADUN BN Dungun Tidak Bela YDP Majlis Perbandaran Dungun

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/ybwhassan.jpg

DUNGUN - Ahli Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Abdul Razak Ismail membidas beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Dungun kerana mengambil sikap berdiam diri apabila wakil rakyat pembangkang menghentam Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Zainal Abidin Hussin ketika mengetengahkan isu kepincangan MPD dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Abdul Razak berkata, ketika Zainal Abidin dituduh oleh wakil rakyat pembangkang dalam sidang DUN kerana mendakwa YDP itu melaksanakan beberapa dasar yang dikatakan banyak mendatangkan kesulitan kepada masyarakat Dungun, wakil rakyat BN khususnya dari Dungun dikatakan mengambil sikap berdiam diri seolah-olah menyetujui dakwaan yang dilontarkan pihak pembangkang. (Gambar ; ADUN Sura, Ustaz Wan Hassan mendakwa YDP MPD tidak melaksanakan tugas dengan baik dalam sidang DUN Terengganu baru-baru ini)


“Sebagai pegawai kerajaan yang ingin melaksanakan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya bandar ini lebih baik, pastinya ia mendapat tentangan pihak yang tidak bersetuju dengan hasrat murni itu.

“Justeru, sebagai wakil rakyat BN yang mewakili kerajaan, individu ini sepatutnya mempertahankan tindakan beliau (YDP) kerana berusaha keras melaksanakan dasar kerajaan dan bukannya mengambil sikap berdiam diri seolah-olah mereka bersetuju dengan dakwaan pembangkang," katanya.

baca artikel penuh...di sini.

2011 : Padamkah Cahaya Kebebasan Media ?

Menutup tirai 2010 dan membuka lembaran baru 2011 tidak sarat dengan maknanya bagi sesetengah orang walaupun banyak perkara menarik dijangka berlaku tahun 2011 dengan pelbagai ramalan tarikh pilihanraya umum ke-13 bagi Malaysia, kemungkinan berlakunya gelembong pasaran hartanah, berita baik untuk pekerja sektor swasta, prospek pertumbuhan ekonomi negara dan sebagainya.

Hal-hal sedemikian mungkin antara acara atau perkara baru yang dijangka berlaku, namun jangan pula dilupakan banyak isu-isu tertunggak yang turut sama terheret ke tahun 2011 kerana masih ada yang membelenggu, belum diselesaikan dan mengalami evolusi berterusan terutama kebebasan media yang masih menjadi duri dalam daging kerana rakyat dahagakan berita yang seimbang dari media arus perdana dalam usaha mewujudkan masyarakat yang kritis lagi kritikal menjelang tahun 2020 dengan Malaysia mencapai status negara maju.

Walaupun hari ini adalah lebih baik berbanding semalam dengan kewujudan beberapa portal berita dan akhbar bersaiz tabloid yang mengamalkan keterbukaan dan keseimbangan pemberitaan terutama hal-hal berkaitan politik Malaysia, namun kebebasan sebenar masih belum tercapai kerana parti-parti politik masih menguasai media arus perdana.

Selagi parti-parti politik menguasai media terutama akhbar arus perdana, maka selagi itulah rakyat pelbagai kaum akan disajikan dengan berita-berita yang tidak seimbang, jumud dan kadang-kala menyemarakkan api perkauman yang jika terus ditiupkan, maka bencananya akan menghancurkan negara atau setidak-tidaknya menarik negara terkebelakang.

baca artikel penuh...di sini.

Thursday, December 30, 2010

Penghargaan Cemerlang UPSR Di Sura Utara

DUNGUN 31 Disember, Jumaat - Seramai enam orang lagi pelajar cemerlang UPSR 2010 dikunjungi ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, kali ini di cawangan Sura Utara sebagai meraikan kejayaan masing-masing dalam peperiksaan tersebut.



Empat orang dari Sekolah Kebangsaan Sura ialah adik Amirul Mukmin bin Muhammad Zulkarnain, adik Puteri Nur Ainul Sofwa bt Kamarul Hisham, adik Kamel Haqeem bin Saifulakmal dan adik Muhammad Asyraaf bin Riduan.

Dua orang lagi ialah adik Nuur Elly Sofia bt Abd Halim dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar dan adik Ng Kai Sheng (7A) dari Sekolah Kebangsaan ( C ) Kwang Hwa.


ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun mengambil kesempatan mengucapkan tahniah, bertanya khabar dan berinteraksi secara langsung bersama ibu bapa pelajar berkenaan darihal penyambungan pelajaran anak-anak mereka sehingga isu-isu semasa politik tempatan dan nasional.

Bersama Presiden PAS : Video Pelancaran Majlis Perwakilan PAS Luar Negara Di United Kingdom



Pelancaran PAS Representative Council of UK & Eire (Perwakilan PAS Luar Negara) di Manchester Conference Center. Majlis Perwakilan ini dianggotai oleh para teknokrat dan profesional Malaysia di UK dan Ireland bagi meneruskan dakwah Islam buat semua rakyat Malaysia di seluruh dunia.Turut mengiringi Tuan Guru Presiden,Naib Presiden Pas Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan S/U Politik Presiden Pas Dr Shamsuri.

Khalid Samad : Khusrin Dilantik SUK Untuk Bubar DUN Selangor

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK).


Khalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Seri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN, kata Khalid lagi dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

Khalid juga mendakwa SUK negeri Perak sebelum ini memainkan peranan utama dalam menumbangkan pentadbiran Pakatan di negeri itu pada awal 2009.

Beliau bimbang keadaan sama akan berlaku di Selangor ekoran pelantikan Khusrin ke jawatan tersebut memandangkan bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu lemah dari segi kelayakan.

Khalid turut mendakwa, Khusrin dilantik ke jawatan itu untuk mewujudkan masalah kepada pentadbiran negeri.

sumber : malaysiakini.com

Wednesday, December 29, 2010

Kembali Ke Sekolah : Program Amal Gunting Rambut

DUNGUN 29 Disember, Rabu - Pemuda PAS Cawangan Padang Jambu julung kalinya menganjurkan Program Amal Gunting Rambut sempena musim cuti persekolahan akhir tahun 2010 ini.
Encik Azhar Sulong atau lebih dikenali sebagai Nasir
sedang menggunting rambut salah seorang peserta

Beberapa hari menjelang permulaan sesi persekolahan 2011, pada 26 dan 27 Disember baru-baru ini bertempat di Kedai Gunting Nasir, Jalan Nibong Stesen di sini seramai 30 orang pelajar berumur 12 tahun ke bawah menyertai program ini.

" Kami mengenakan bayaran separuh harga kepada peserta sebagai permulaan kepada program yang akan diusahakan lagi di tahun-tahun akan datang, insyaAllah, " ujar Ketua Pemuda PAS Cawangan Padang Jambu, Encik Zakaria Tahir.

" Kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah yang ingin menyertai program gunting rambut sempena cuti sekolah ini, masih sempat berbuat demikian dan diharap dapat hadir ke Perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate sebelum sekolah dibuka, " tambah beliau merujuk program anjuran Pemuda DUN Sura.

Tuesday, December 28, 2010

Tentera Allah - Nyamuk

Namruz mempunyai tentera sebanyak 700,000 penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Dia dengan megah dan sombongnya berkata kepada nabi Ibrahim : “Hai Ibrahim, jika tuhanmu mempunyai malaikat, kirimlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup (kuat) rampaslah kerajaanku ini”

Nabi Ibrahim pun bermunajat kepada Allah dan berkata : “Ya Illahi, sesungguhnya Namrud dan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimlah kepada mereka selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk”

Ketika tentera Namrud berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Maka keluarlah nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk berkata : “Wahai Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan ?” Allah SWT berfirman : “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz”

Allah telah memberi kekuatan kepada nyamuk, lalu ia menyerang dan menghisap darah-darah mereka. Allah memerintahkan menunda penyiksaan ke atas Namruz supaya ia dapat melihat kemusnahan tenteranya oleh tentera Allah. Maka nyamuk-nyamuk itu membiarkan Namruz sehingga ia dapat pulang ke istananya.

Nabi Ibrahim AS merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman : “Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagunganKu, sekiranya engkau tidak meminta kepadaKu mengutus tentera nyamuk, tentu Aku akan mengirim yang lebih halus daripada nyamuk, jika 1000 jumlahnya berkumpul menjadi satu, tidak mencapai sebesar nyamuk, tentu aku musnahkan juga mereka itu dengannya”

Kemudian Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menyiksa Namruz. Nyamuk tersebut telah mengelilingi sepohon pokok selama 3 hari dan setelah itu diapun masuk ke dalam kepada Namruz melalui hidungnya lalu memakan otaknya selama 40 hari. Akhirnya Namruzpun mati kerana seekor nyamuk, betapa hebatnya tentera ALLAH.......

sumber : tayibah.com

Monday, December 27, 2010

UPSR 2010 : Non-Muslim Turut Terima Penghargaan ADUN Sura

DUNGUN 28 Disember, Selasa - Tanpa mengira agama dan bangsa, keraian kepada para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini terus gigih dilakukan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
Dalam jadual sumbangan sempena kejayaan peperiksaan UPSR ini, terkini di Kampung Bunga Raya, seramai enam orang telah dikenalpasti sebagai pelajar cemerlang.

Dua orang daripadanya ialah adik Staalemond Ong Teck Keith (6A - gambar atas, diperhatikan ibunya di Taman Himiran) dan adik Rachel Lo Xin Hee (7A) dari Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kwang Hwa.
Seorang dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, iaitu adik Siti Nur Syahira bt Othman (gambar, diperhatikan bapanya Encik Othman bin Mohamed).

Sementara tiga orang daripada Sekolah Kebangsaan Sura, iaitu adik Nursyahirah bt Zulkifli, adik Syazalia bt Che Suhaimin dan adik Muhammad Syakur bin Mohd Sabri.

ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun diringi Setiausaha PAS Cawangan Bunga Raya, Haji Che Razlan Omar semasa sumbangan penghargaan ini dilakukan pada petang 26 Disember, Ahad.

Sunday, December 26, 2010

Presiden Lancar Majlis Perwakilan PAS Luar Negara Di United Kingdom

MANCHESTER, 26 Dis : PAS mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan melancarkan PAS Representative Council of UK & Eire (Majlis Perwakilan PAS Luar Negara) di Manchester Conference Center, Manchester, United Kingdom (UK) oleh Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, semalam.


Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi PAS Representative Council of UK & Eire, Jupri Bade dan rakyat Malaysia di United Kingdom.

Majlis Perwakilan ini dianggotai oleh para teknokrat dan profesional Malaysia di UK dan Ireland bagi meneruskan dakwah Islam buat semua rakyat Malaysia di seluruh dunia amnya dan di bumi United Kingdom dan Ireland umumnya.

“Sebagaimana kita mengamalkan demokrasi di Malaysia, kita juga mengamalkan demokrasi di UK. Malah rakyat Malaysia di UK dan Ireland boleh belajar daripada keterbukaan demokrasi di UK yang sebenarnya dipelajari dan dikaji daripada sistem Islam itu sendiri.

“Masyarakat Eropah sebelum kedatangan Islam, tidak mengenali sistem demokrasi seperti yang ada pada hari ini, dan hanya mengenalinya selepas mengenali keadilan Islam kepada semua,” kata Tuan Guru Abdul Hadi pada majlis itu.

Di dalam kenyataannya pada majlis pelancaran tersebut, Jupri Bade yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan yang pertama menyebutkan bahawa keanggotaan majlis hanya dilantik secara terus oleh PAS, bagi mewakili dan meneruskan visi dan misi PAS dalam memperjuangkan dan menegakkan Islam.

sumber : harakahdaily

Penyampaian Pakaian Persekolahan Sesi 2011 Di Cawangan Bukit Chatak 2, Dungun

DUNGUN 26 Disember, Ahad - Seminggu selepas majlis yang sama di peringkat DUN Sura baru-baru ini, PAS Cawangan Bukit Chatak 2 mengambil langkah susulan menyampaikan sumbangan pakaian persekolahan bagi sesi 2011 kepada para pelajar miskin yang berada di bawah pentadbirannya.

Di majlis yang sama, turut diadakan penyampaian penghargaan kepada pelajar yang memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan Bukit Chatak 2, Encik Mohammad Said, majlis yang dirasmikan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli itu, menyenaraikan seramai 46 orang pelajar miskin dan 5 orang pelajar cemerlang UPSR.

ADUN Sura turut menyampaikan sumbangan beras dan wang tunai kepada 40 keluarga kepada pelajar miskin tersebut.

Empat orang daripadanya dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun iaitu adik Farah Nabila bt Ahmad Azha, adik Nur Farihah Athirah bt Mohamad, adik Muhamad Ashraf Iqmal bin Rahim dan adik Mohd Arsyad Fahrullah bin Mazlan.

Sementara adik Amira Syakirah bt Abdul Wahab dari Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman, Kemaman.

Majlis tersebut diadakan pada pagi 25 Disember, Sabtu di Surau Haji Wan Ahmad, Bukit Chatak 2, Dungun.

Saturday, December 25, 2010

Seminar PAS Ganti Umno : Kehadiran di luar jangkaan

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura


SEKITAR Seminar PAS Ganti Umno peringkat Negeri Terengganu
24 Disember 2010 di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penggerak Massa - PAS Ganti Umno, Tuan Hj Yahya Ali


Perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib


Pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Idris Ahmad




Penggerak kempen 'PAS Ganti Umno'...sedia menerima arahan


Lagi gambar DI SINI

TGNA & DSAI Ke Terengganu Di Himpunan Kebangkitan Rakyat "PAS Ganti UMNO"

KUALA TERENGGANU 25 Disember, Sabtu : PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan siri Himpunan Kebangkitan Rakyat ‘PAS Ganti Umno’ (PGU) ke seluruh negeri Terengganu, bermula pada 15 Januari depan di Chukai, Kemaman.

Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata Jawatankuasa Bertindak Penggerak Masyarakat ‘PAS Ganti Umno’ telah digerakkan bagi menyebarkan maklumat dan penerangan mengapa perlu PAS menggantikan Umno menjelang pilihan raya akan datang.

”Kita (PAS) telah mula mengedar dan membekalkan dan menaikkan kain-kain rentang dan poster-poster ‘PAS Ganti Umno’,

”kita juga telah bertemu dan menggerakkan semua bloggers dan pengendali laman-laman internet kita, supaya mereka dapat memainkan peranan, mencetuskan tulisan-tulisan dan artikel-artikel ‘PAS ganti Umno’,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan aluannya dalam Seminar ‘PAS Ganti Umno’ yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Ibai, disini semalam, 24 Disember.

Katanya, Seminar PGU yang diadakan itu adalah merupakan langkah muqaddimah kepada ‘himpunan mega’ yang telah dirancang.

”Langkah-langkah ini kita harap akan menjadi suatu mukaddimah, yang InsyaAllah kita akan mengadakan satu perhimpunan untuk mengumpulkan bukan sahaja ahli-ahli, penyokong-penyokong tetapi semua lapisan masyarakat,”jelasnya

Beliau turut memaklumkan, pengesahan kehadiran pimpinan besar Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang Palimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam himpunan tersebut.

sumber : dupnt.blogspot.com

Friday, December 24, 2010

Lagi Mangsa Keganasan Polis : " Polis Pukul Saya Kerana Mahu Duit ! "

DIA DITUMBUK bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding. Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana. Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya. Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis.

Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.

Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana. Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.

Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman. Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis. Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli. Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.

Demikianlah pengalaman lima hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini. Chia Buang Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.

Sembunyikan diri dalam longkang

Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian. Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di balai.

baca artikel penuh...di sini.

Thursday, December 23, 2010

PMR 2010 : Tahniah Kepada Semua Yang Berjaya

DUNGUN 24 Disember, Jumaat - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar di daerah Dungun khususnya di dalam kawasan DUN Sura yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Bergambar kenangan...ADUN Sura, adik Mohd Afiq Iqram bin Rohaidi
(8A PMR 2009 dari SMK Sultan Omar),
Encik Rohaidi dan Encik Baharuman

" Saya mengambil kesempatan ini,mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah berjaya di dalam PMR baru-baru ini, semoga kecemerlangan akademik yang diperolehi seimbang dengan pencapaian akhlaq yang seharusnya turut diberi perhatian, "

" Saya juga ucapkan tahniah dan syabas kepada warga pendidik yang sememangnya merupakan di antara faktor yang turut membantu kejayaan para pelajar ini, " ujar beliau yang sentiasa mengambil berat dan cakna kepada kejayaan para pelajar.

Sementara itu, seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.

"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun," katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di Putrajaya hari ini.

Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas. Abdul Ghafar berkata bagi calon luar bandar, pencapaian mereka mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum.

PAS Johor Yakin Boleh Tawan DUN Tenang

JOHOR BAHARU, 23 Dis - PAS Johor yakin dapat menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil (PRK) nanti, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata keyakinan ini berdasarkan trend semakin ramai pengundi memilih parti itu sejak pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Jumlah undi yang diperoleh calon PAS Mohd Saim Siran meningkat dari 2,138 undi pada PRU-11 kepada 3,875 undi pada PRU-12 yang lalu, jadi kita yakin mampu menawan Tenang pada PRK kali ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Komposisi pengundi di N.05 Tenang ialah 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India. Keadaan itu hampir serupa dengan komposisi pengundi di dua kerusi yang dimenangi PAS pada PRU-12 yang lalu iaitu DUN Maharani dan DUN Sungai Abong, tambah beliau.

"Mengambil senario pengundi Cina masih bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat, maka fokus gerak kerja PAS adalah untuk meningkatkan undi daripada pengundi Melayu dan India," kata Dzulkefly.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha, 59 akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur Jumaat lepas.


Esok, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRK DUN Tenang.
Dzulkefly berkata bagaimanapun kemenangan PAS nanti tidak akan menjejaskan kekuasaan BN di Johor, namun ia akan menambah suara pembangkang di DUN kepada tujuh yang ada, dua PAS dan empat DAP.

Ini katanya akan mewujudkan konsep keseimbangan yang berkesan agar setiap keputusan yang dibuat kerajaan negeri, akan sentiasa memberikan kesan yang baik dan menguntungkan rakyat.


Beliau berkata isu yang akan dibangkitkan PAS pada PRK itu antaranya rasuah, kelemahan urus tadbir negeri dan peningkatan jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajan pusat.

Mengenai calon, Dzulkefly berkata lima individu telah disenarai pendek untuk kelulusan PAS Pusat. Calon itu mestilah mempunyai faktor-faktor boleh menang seperti diterima penduduk dan pengundi, memahami suasana dan masalah rakyat dan berpendidikan di samping komited untuk berkhidmat kepada penduduk tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

sumber : bernama.com

Anwar Ibrahim : Negara Mampu Menaikkan Imbuhan Pendidik

Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara. Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran). Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.

Ini akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah UMNO/Barisan Nasional.

baca artikel penuh...di sini.

Wednesday, December 22, 2010

ADUN Sura Ziarah Pengerusi JKKK Tanah Lot

DUNGUN 23 Disember, Khamis - Selaku wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi di kawasan DUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli melakukan ziarah tanpa melihat kecenderungan parti rakyat yang berada di kawasan yang diwakilinya.

Dalam jadual sumbangan penghargaan kepada para pelajar cemerlang UPSR 2010 di Kampung Tanah Lot baru-baru ini, beliau mengambil kesempatan menziarahi Pengerusi JKKK Tanah Lot, Encik Yusof Ibrahim, 66, yang keuzuran di kediamannya di Jalan Sulaiman, Tanah Lot di sini.


Sebelum ini, dua orang anak perempuan Encik Yusof turut menerima penghargaan daripada ADUN Sura di atas kejayaan masing-masing dalam peperiksaan yang dihadapi oleh mereka.

Mereka ialah adik Nuradilah binti Yusof, pelajar cemerlang STPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar dan adiknya Nurul Akmal binti Yusof, pelajar cemerlang PMR dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun.

Mengiringi ADUN Sura semasa lawatan ini ialah ketua PAS Cawangan Tanah Lot, Encik Mohd Razali Haji Aman dan Naib Ketuanya, Haji Mohd Amin Hamid.

Sebelum ini, di Kampung Alor Tembesu, dalam jadual ziarah bakal hajinya, ADUN Sura turut menziarahi Pengerusi JKKK Tembesu Akar, Encik Wan Mohamad bin Wan Kadir, 60, di kediamannya di Rumah Murah Kos 3 di sini, sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci pada tahun ini.

Flashback...Dokumen Perjanjian Di Antara APCO Worldwide Dengan Kerajaan Malaysia

1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International

2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd

Sila Klik untuk besarkan


sumber : anwaribrahimblog.com

Tuesday, December 21, 2010

ADUN Sura Rai Kejayaan Pelajar UPSR Di Tanah Lot

DUNGUN 21 Disember, Selasa - Seramai tiga orang pelajar cemerlang UPSR 2010 dari Kampung Tanah Lot menerima sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli petang Sabtu, 18 Disember baru-baru ini.

Ketiga-tiga mereka adalah pelajar perempuan dari tiga sekolah yang berasingan. Mereka ialah adik Norshazatie bt Ramlee dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, adik Nur Aishah Zafirah bt Bahari dari Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun dan adik Nasuha bt Mohamad Khan dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun.

ADUN Sura diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Tanah Lot, Encik Mohd Razali Haji Aman dan Naib Ketuanya, Haji Mohd Amin Hamid.

Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-2 : UMNO Gagal Sekali Lagi...

Sepanjang seminggu lalu, rancangan Pakatan Rakyat untuk tidak membincangkan isu negara Islam dalam konvensyen kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang dimanipulasi oleh Umno sebagai satu bukti kelemahan PAS dalam Pakatan.

Menurut kenyataan pemimpin-pemimpin Umno dan blog-blog penyokong parti itu, PAS telah mengkhianati perjuangan Islam apabila membiarkan agenda penting parti itu tidak menjadi sebahagian agenda konvensyen Pakatan.

Hal ini jelas satu penyelewengan fakta oleh Umno yang tidak memahami persepakatan dalam Pakatan.

Hakikat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilapor menyebut perkara itu menambah lagi keseronokan Umno untuk memainkan isu itu.

Anwar dikemukakan oleh Umno sebagai memperkudakan parti-parti Pakatan dan kenyataan itu ditafsir terus oleh Umno sebagai penolakan agenda negara Islam oleh Anwar.

Penerimaan agenda negara Islam, satu asas perjuangan PAS sebagai gerakan Islam bukan isu dalam konvensyen Ahad lalu.

Pakatan telah memilih untuk tidak membincangkan perkara-perkara asas perjuangan parti komponen dalam konvensyen.

Ini bermakna agenda negara Islam PAS tidak menjadi halangan kepada perjuangan Pakatan, dan tidak menghalang kesepakatan dicapai sehingga berjaya mengadakan konvensyen untuk kali kedua.

Konvensyen kedua telah memutuskan untuk membincangkan agenda-agenda bersama, seperti yang dipersetujui pada konvensyen pertama di Shah Alam, Selangor tahun lepas.

Selepas lebih dua tahun wujud sebagai sebuah gabungan parti yang beraspirasi menggantikan kerajaan Barisan Nasional, Pakatan telah semakin matang menangani soal ideologi.

Parti-parti Pakatan tidak memaksa rakan-rakan lain menerima ideologi parti lain dalam gabungan, dan menyedari perbezaan-perbezaan setiap parti.

Sebagai rakan dalam sebuah pakatan, parti-parti anggota menyedari keperluan menghormati satu sama lain, menyedari wujud perbezaan mendasar antara setiap parti dengan parti yang lain.

Pemerhatian Harakahdaily terhadap konvensyen hujung minggu lalu menolak apa yang dikempen oleh Umno itu.

Pakatan telah mempersetujui agenda-agenda bersama, yang telah ditandatangani sebelum konvensyen Ahad, 19 Disember lalu.

baca artikel penuh...di sini.

Sunday, December 19, 2010

Pelajar Miskin Dan Yatim DUN Sura Terima Sumbangan Pakaian Sekolah

DUNGUN 20 Disember, Isnin - Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura yang mendapat sokongan padu daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli berjaya mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Persekolahan Sesi 2011.


Seramai 215 orang penerima yang terdiri daripada pelajar miskin dan yatim dalam DUN Sura telah menerima sepasang pakaian sekolah bagi sesi 2011 yang akan bermula tidak lama lagi.


Sementara itu, sebanyak 158 keluarga penerima pakaian sekolah tersebut turut menerima sumbangan sekampit beras dan wang tunai yang disampaikan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.



Dalam ucapan perasmian sebelum penyampaian sumbangan dilakukan, ADUN Sura melahirkan rasa kesalnya di atas kenaikan harga barangan tertentu di saat sebahagian rakyat bawahan yang berpendapatan rendah sedang menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.


Beliau turut menyatakan bahawa komitmen wakil-wakil rakyat PAS yang akan terus bersama rintihan rakyat dalam usaha meringankan bebanan mereka walaupun dinafikan peruntukan daripada pihak parti pemerintah.

Majlis tersebut telah diadakan pada pagi Sabtu, 18 Disember bertempat di Surau Ustaz Haji Omar Shukri, di sini.
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura