Monday, October 31, 2011

ADUN Sura Ziarah Bakal Haji...Kini Semua 28,000 Jamaah Haji Malaysia Berada Di Mekah

DUNGUN 01 November, Selasa -  Lebih kurang 80 orang bakal haji dari DUN Sura telah menerima kunjungan ziarah daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci, baru-baru ini.
Jadual ziarah bakal haji disusun bermula penghujung September baru-baru ini sebelum penerbangan pertama bakal haji ke Tanah Suci, 29 September, 2011.
Wakil PAS Cawangan turut mengiringi ADUN Sura selaku YDP PAS Kawasan Dungun semasa ziarah ini dilakukan. Amalan ziarah bakal haji ini telah dipraktikkan sejak beberapa tahun lalu oleh ADUN Sura dengan kerjasama PAS Cawangan-cawangan dalam DUN Sura yang mengenalpasti bakal haji di bawah pentadbiran masing-masing.


Sementara itu, menurut Bernama, kumpulan terakhir 447 bakal haji dari Malaysia tiba di Mekah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pada petang Ahad.


Pengurus Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji Mohamad Naser Jaffar berkata penerbangan terakhir itu mendarat pada pukul 4.15 petang (9.15 malam waktu Malaysia) dan para jemaah kemudian terus dibawa menaiki bas memasuki kota Mekah.

Beliau berkata dengan ketibaan kumpulan itu, semua 28,000 jemaah haji Malaysia kini berada di Mekah, menanti hari untuk dibawa ke Arafah Jumaat ini, untuk berwukuf pada hari berikutnya.

Katanya segala persiapan Tabung Haji untuk mengangkut para jemaah ke Arafah, Muzdalifah dan seterusnya ke Mina, berjalan lancar.

Saturday, October 29, 2011

Terengganu Jadi Pilihan, Pesuruhjaya PAS Terengganu Turut Ke Stadium



KUALA LUMPUR - Terengganu menjadi pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini.



Namun, pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta dibarisi pemain berpengalaman, menjadikan harapan Negeri Sembilan tidak boleh diketepikan.


Itu ramalan jurulatih bola sepak negara menjelang aksi kemuncak bola sepak negara hari ini.


Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti, pasukannya mempunyai rangkaian pemain terbaik untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir pada 2001 ketika menewaskan Perak 2-1.


Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah pula lebih selesa jika pasukannya dilabel sebagai underdog.


Sebaliknya, dia menganggap Terengganu sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final hari ini, berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini.


Menganggap Terengganu merupakan pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia, Azraai berkata, rekod menjuarai Piala FA dan keupayaan muncul naib juara Liga Super membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang lebih konsisten.



Ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof pula menyifatkan kehadiran bekas rakan sepasukannya di Terengganu ketika memenangi Piala Malaysia 2001, Hairuddin Omar, serta beberapa lagi pemain berpengalaman menjadikan Negeri Sembilan pasukan yang perlu dihormati.


Ketua pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan berkata, pengalamannya yang pernah beraksi pada pentas akhir bukan kelebihan.


“Bermain buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan akhir Piala Malaysia saya tidak fikir bukan satu kelebihan buat kami.


“Tiap kali perlawanan akhir, ia adalah satu pentas yang berbeza buat setiap pemain, perasaan gementar itu sentiasa ada sebelum melangkah ke dalam padang.


“Tambahan berdepan Terengganu yang semakin konsisten dan mempunyai barisan serangan paling berbisa, perlawanan esok (hari ini) bukan satu perlawanan yang mudah buat Negeri Sembilan,” katanya.

sumber : utusan.com

Friday, October 14, 2011

Mat Indera Bukan Hanya Menyerang Bukit Kepong, Dia Kini Menyerang Kekuatan Parti Pemerintah

Allahyarham Mat Indera tak ada peluang menjawab satu pun tuduhan dan kata nista yang dilempar kepadanya.  Walaupun beliau punya tempoh setahun terdekam dalam penjara - ditangkap pada 1952 sebelum digantung mati pada 1953 - beliau tetap tak mahu tunduk sujud di bawah telapak duli Inggeris.  Betapa pun batang tubuhnya diseksa.

Orang yang tak pernah dizalimi, mungkin tak mengerti apa artinya kezaliman; namun aneh andai anak bangsa yang pernah ditindas penjajahan, tak merasa peri-perihnya penjajahan.  Sungguh tak dapat dimengertikan bagaimana segelintir orang akademik bergelar "profesor" terbelit dengan persoalan mainan istilah dan semantik sehingga ketepi kenyataan bahawa bangsanya pernah dijajah.

Hal ini jadi bahan tawaan orang apabila penyataan "Malaysia tak pernah dijajah" dihembur tanpa bukti kajian dan jilid ilmiah terperinci untuknya.  Ia hanya dilontar dalam satu sidang media Majlis Profesor Negara (MPN) dan disusuli satu-dua forum awam.

Tujuannya pula lebih hanya untuk meyakinkan rakyat dalam jangka masa pendek; bukan menyatakan kebenaran dan perincian fakta sejarah yang sesungguh-sungguhnya.  Dalam kata lain, MPN melalui dua-tiga orang profesor yang bersekongkol menyatakan "Malaysia tak pernah terjajah" lebih berperanan sebagai "orang politik".  Bukan sebagai juru akademik dan ilmuan.  Sidang media oleh MPN berhubung isu itu diadakan pada 9 September 2011.

12 hari kemudian, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pun dihadap ke mahkamah, atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.  Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

baca artikel penuh...di sini.

Thursday, October 13, 2011

Bajet 2012 : Hj Bakhil "Nah! Ambil gula-gula ini, pergi main jauh-jauh"

Jika boleh diungkapkan, inilah kemungkinan ayat kerajaan Barisan Nasional kepada para pemandu teksi; senada dengan watak Haji Bakhil yang mengherdik budak-budak yang berada di depan laman rumahnya, "Nah! Ambil gula-gula ini, pergi main jauh-jauh".

Perumpamaan dari satu daripada filem legenda P. Ramlee ini mudah difahami semua, setelah kita menghalusi Belanjawan kerajaan BN yang cuba menawarkan sesuatu kepada para pemandu teksi di negara ini.

Insentif yang dicadang untuk diberikan, sebagaimana yang ditawarkan oleh Najib Razak adalah:
  • Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
  • Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian.
  • Subsidi kadar faedah dua peratus untuk teksi baru buatan tempatan.
  • Pemberian bantuan menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7 hingga 10 tahun dan RM1,000 lebih 10 tahun)
  • Kerajaan BN mendakwa semua insentif ini memberi manfaat kepada pemandu teksi bajet dengan penjimatan berjumlah RM7,560.
Jadi, apa pula kaitannya ungkapan Haji Bakhil dengan belanjawan BN ini?

Tampi padi untuk dapatkan beras

Pengumuman Najib selaku Menteri Kewangan itu sekadar mengurangkan sakit, seperti menelan pain killer, dan ianya bersifat sementara.

Kos-kos ini bukan sekadar kos berbentuk wang kertas kerana ia juga melibatkan birokrasi yang sangat rigid dalam proses-proses lain juga.  Karenah birokrasi juga memakan kos iaitu masa dan tenaga, dan kadang kalanya melibatkan "duit kopi".

Dalam ilmu ekonomi, masa dan tenaga juga akan membawa makna wang, dan dalam bahasa seharian, semua orang tahu apa itu duit kopi.

Bagaimana pula dengan pemandu teksi yang tidak ada pilihan lain dalam hidup kecuali memandu teksi sebagai kerjaya mereka?  Memang tiada jaminan bahawa karenah birokrasi untuk mendapatkan kelulusan membawa teksi ini tidak berlanjutan.
baca artikel penuh...di sini.

Tuesday, October 4, 2011

Video : Sejarah ringkas 60 tahun PAS




SEJARAH PENUBUHAN PAS

Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Walaupun begitu, pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah bermula jauh lebih awal iaitu sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di Tanah Melayu.

Pergerakan reformasi ini merupakan rentetan dari reformasi di Timur Tengah, khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh Al-Hadi telah menyebarkan pengaruh reformasi ini melalui majalah Al-Imam (1906-1908) dan akhbar Al-Ikhwan(1926-1931).

Pergerakan reformasi ini begitu berpengaruh dalam masyarakat Melayu sehingga ianya meresapi parti politik Melayu yang pertama iaitu Partai Kebangsaan Melayu Se Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP yang diasas pada bulan Oktober 1945. Menyedari peri-pentingya pengaruh ini, MNP seterusnya telah menubuhkan sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggung-jawab melahirkan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada
14 Mac 1948.

Riwayat Hizbul Muslimin bagaimanapun tidak lama. Hasil dari desakan Dato' Onn Jaafar, yang ketika itu memimpin UMNO, Inggeris telah mengisytiharkan pengharaman Hizbul Muslimin menangkap pemimpin- pemimpinnya. Hizbul Muslimin telah disebut oleh Dato' Onn sebagai Red Islamic Party yakni cuba menyamakannya dengan pengaruh komunis yang merbahya. Beliau juga telah menyebut penubuhan Hizbul Muslimin sebagai "Bahaya Dari Gunong" kerana penubuhannya yang bertempat di Gunong Semanggol Perak. Walaupun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti apabila bermula Dharurat pada bulan Jun 1948, semangat perjuangan yang kental di kalangan pendukung- pendukungnya akhirnya telah merintis kepada penubuhan PAS pada 24 November 1951.


lagi artikel berkaitan : SEJARAH PENUBUHAN PAS

Sunday, October 2, 2011

Selamat Menduduki PMR 2011 Daripada ADUN Sura

DUNGUN 2 Oktober, Ahad - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli bersama JK Pelajaran dan seluruh warga kerja DUN Sura mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan PMR 2011 kepada semua calon-calon peperiksaan di seluruh negara khususnya di Dungun dan DUN Sura. Peperiksaan akan bermula pada 4 hingga 11 Oktober, 2011.

(Gambar - Adik Fatin Syahirah Binti Osmiray (8A), pelajar dari SMK Sultan Omar di antara yang pernah menerima sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura kerana kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR)

Menurut kenyataan akhbar Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, seramai 481,147 orang calon telah mendaftar untuk menduduki PMR  pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara. Seramai 35,190 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.


" Kami mendoakan seluruh calon peperiksaan ini dikurniakan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab peperiksaan seterusnya dianugerahkan kejayaan cemerlang, jadikan kejayaan PMR sebagai langkah awal untuk mencipta kejayaan di peringkat SPM akan datang, insyaAllah ", katanya.

# sila lihat Tarikh Peperiksaan Awam 2011 di ruangan Notis blog ini.

Saturday, October 1, 2011

Sham Kamikaze : Dulu Rock Kini Dakwah


Bekas gitaris kumpulan rock Kamikaze,Shamril Salleh atau lebih dikenali dengan nama Sham Kamikaze akan berkongsi pengalaman hidupnya dalam satu program ceramah anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah Pemuda Dun Sura pada 2 Oktober 2011 di pentas utama Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.

Sebelum program ceramah pada malam tersebut, saudara Sham Kamikaze akan meluangkan masa sekejap untuk program Bicara Hidayah di Surau Ustaz Omar Syukri pada jam 4.30 petang.Program petang tersebut adalah anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun.

Diharap penduduk khasnya di Dun Sura tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama mendengar pengalaman perubahan dalam hidup beliau selaku bekas artis yang cukup popular pada masa dahulu.

Ceramah pada malam itu pula akan dihangatkan lagi dengan ceramah isu-isu semasa dari Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Al-Fadhil Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan juga ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
Para hadirin akan mendapat maklumat terkini isu-isu politik negara yang akan dikupas oleh dua orang pimpinan PAS itu.













Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura