Wednesday, January 13, 2010

Draf Persempadanan Semula Ke Pejabat PM

by USTAZ IDRIS AHMAD

undi.jpgParti Islam Se-Malaysia (PAS) mempersoalkan kerelevenan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang akan mengemukakan draf persempadanan semula melalui Pejabat Perdana menteri sebelum dibawa ke Parlimen. Walaupun amalan ini sudah menjadi kebiasaan, namun dari sudut integriti dan kebebasan SPR masih boleh dipersoalkan.

Perdana Menteri merupakan seorang ahli parti politik yang berkepentingan dalam urusan Pilihanraya dan turut menjadi calon setiap kali ada pilihanraya. Sebarang draf cadangan pindaan terhadap undang-undang serta peraturan SPR yang melalui pintu pejabat Perdana Menteri pastinya menimbulkan kesangsian kerana ianya boleh dipinda sesuka hati oleh Perdana menteri mengikut kepentingan partinya.Kredibiliti SPR dan Perdana Menteri sebagai pegawai eksekutif dalam Kerajaan boleh dipertikaikan kerana kepentingannya itu.

SPR sewajarnya menjadi badan bebas yang tubuhkan melalui Akta yang dibentangkan di Parlimen. SPR sepatutnya bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan setiap dokumen atau draf hanya perlu dilihat oleh ahli Parlimen termasuk Perdana Menteri ketika dibentangkan dalam Parlimen dan bukannya dibawa ke Mesyuarat Kabinet terlebih dahulu untuk di edit.

Kabinet merupakan jawatankuasa eksekutif tertinggi negara, bukannya badan perundangan yang boleh menentukan kerelevenan sesuatu pindaan. Malah Kabinet yang ada pada hari ini dilihat mempunyai kepentingan yang tinggi dalam semua isu dan perkara.

baca artikel penuh...di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura