Tuesday, June 29, 2010

Sidang Media Pakatan Rakyat

Kreativiti Alam Semulajadi - Tabung Buluh

Orang Melayu dahulukala kaya dengan kreativiti dan seni hasil dari alam semulajadi. Antara yang paling popular ialah pembuatan tabung buluh.



Tabung ini digunakan untuk menyimpan duit syiling. Batang Buluh yang tebal dan ruas yang panjang digunakan untuk dijadikan tabung. Batang buluh dipotong mengikut ukuran yang diingini dan ditebuk menyerupai bentuk lubang.



Kemudian, buluh ini digosok dengan daun palas untuk melicinkannya. Apabila tabung buluh ini penuh, tabung ini akan dipecahkan untuk mengeluarkan duit yang disimpan.


sumber : Warisan Budaya Malaysia

Monday, June 28, 2010

ADUN Sura & Isteri @ Ops Al-Falah UPU Tanah Lot

DUNGUN 28 Jun, Isnin - Selain daripada pengisian untuk memperkemaskan kerja dalaman parti, Ops Al-Falah di UPU Tanah Lot yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 24, 25 dan 26 Jun baru-baru ini, turut menyelitkan program yang melibatkan ADUN Sura serta isteri - ziarah pesakit, program pemuda, program nisa', ziarah al-mala' dan lain-lain.











Sementara itu, ADUN Titi Serong, Perak, Y.B. Drs Khalil Idham Lim sempat singgah di pusat operasi Ops Al-Falah bertemu sebahagian petugas yang berada di sana.

Malam sebelumnya, beliau berceramah di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.



Petugas muslimat merupakan di antara tenaga penting yang turut menggerakkan Ops Al-Falah kali ini, melalui ziarah rumah sasaran dan lain-lain lagi acara yang telah disusun.

Sunday, June 27, 2010

Hanipa Maidin : Kes Tian Chua - Mahkamah Wujudkan Kecelaruan ?

Isu sama ada Saudara Tian Chua masih layak menjadi Ahli Parlimen Batu kini hangat dibincangkan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan mengurangkan hukuman denda ke atas Tian Chua daripada RM 3000-00 kepada RM 2000-00.

Isu ini melibatkan tafsiran Artikel 48 ( 1 ) (e ) Perlembagaan Persekutuan ( PP ). Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan dengan kehilangan kelayakan Ahli Parlimen. Salah satu sebab yang membolehkan seorang Ahli Parlimen seperti Tian Chua boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen adalah jika Ahli Parlimen itu disabitkan atas sesuatu kesalahan dan dihukum dengan hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari satu tahun atau hukuman denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan Ahli Parlimen itu tidak mendapat pengampunan bebas.

Dalam isu Tian Chua ini isunya adalah berkisar kepada frasa “ hukuman denda tidak kurang dari dua ribu ringgit’. Apakah tafsiran yang sebenar tantang frasa tersebut ? Adakah tidak kurang dari dua ribu ringgit termasuk denda sebanyak RM 2000 atau denda RM 2000 tidak termasuk dalam frasa tersebut ?


Melihat kepada alasan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi ketika mengurangkan hukuman ke atas Tian Chua, hakim tersebut nampaknya tidak bersetuju pilihan raya kecil diadakan di Parlimen Batu. Atas dasar itu beliau mengurangkan hukuman denda daripada RM 3000 kepada RM 2000.

Saya pasti hakim tersebut sedar tentang kewujudan Artikel 48 ( 1 ) ( e ) Perlembagaan Persekutuan semasa beliau membuat keputusan. Secara tersiratnya apabila beliau menjatuhkan hukuman denda RM 2000-00 ke atas Tian Chua , hakim tersebut boleh dikatakan berpendapat denda RM 2000 tidak menyebabkan hilangnya kelayakan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen.


baca artikel penuh...di sini.

Saturday, June 26, 2010

Sumbangan Jaring Gol Di Kehangatan Demam Piala Dunia

DUNGUN 26 Jun, Sabtu - Demam Kejohanan Bolasepak Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan, turut dirasai oleh golongan belia dan para pemuda yang meminati sukan berkenaan.

Baru-baru ini, di padang bola pantai Kampung Sura Jeti, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah meluangkan masa menyampaikan jaring gol kepada para pemuda yang sedang asyik bermain.
Kehadiran singkat ADUN Sura di padang bola berkenaan mengejutkan sebahagian pemain, lalu memberhentikan permainan untuk menerima sumbangan jaring gol yang telah disampaikan sendiri oleh beliau.

ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, sempat berseloroh mengingatkan para pemain, "Nak main bola takpe, tapi jangan main judi!"

Friday, June 25, 2010

Saya Akan Terus ..... Sehingga Titisan ..... Terakhir

1. Kerajaan/KDN menuduh bahawa kartun-kartun saya mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam. Ia adalah satu tuduhan yang serius dan harus ditunjangi dengan alasan perundangan yang kukuh.

2. Dengan mengharamkan keenam-enam penerbitan ini, ertinya sebanyak 312 karya-karya kartun saya dan pasukan kartunis saya yang terdapat dalamnya diharamkan.

3. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan takrif "mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam."

4. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan karya yang mana dan pada muka surat yang mana dari 312 kartun tersebut yang dikategorikan sebagai mengancam keselamatan negara dan tidak sesuai untuk bacaan umum. Saya bertanggungjawab dan sedia mempertahankan karya-karya saya. Saya sedia menghadapi tindakan undang-undang.

5. Dari sudut perniagaan, larangan KDN ini sudah pasti membawa kerugian besar kepada syarikat saya. Saya menjangka pengedar-pengedar seluruh Malaysia akan memulangkan naskah yang telah beredar di pasaran dan kerugian sekitar RM50,000 hingga RM80,000.

baca artikel penuh...di sini.

Tuesday, June 22, 2010

Ceramah Drs. Khalil Idham Lim di DUN Sura 25 Jun

DUNGUN 23 Jun Rabu - Sempena Ops Al-Falah DUN Sura yang akan diadakan bermula 24, 25 dan 26 Jun di UPU Tanah Lot, Lajnah Penerangan DUN Sura telah mengambil inisiatif menganjurkan ceramah bagi mengupas isu-isu semasa yang berlaku di seluruh negara.

Setiausaha Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Ahmad Roslin Abdul Wahab memberitahu, bahawa ceramah yang dijadualkan pada 25 Jun, Jumaat ini akan dibarisi oleh Y.B. Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong, Perak, Mohd Sany Hamzan, EXCO DPP Pusat yang lebih terkenal dengan jolokan Mat Sabu Junior dan Ustaz Haji Azman Syapawi, Timbalan Ketua DPP Pusat merangkap Naib YDP PAS Kawasan Dungun yang akan bertindak selaku tuan rumah.

"Saya mengajak seluruh penduduk Dungun, khususnya di DUN Sura bersama-sama hadir mendengar ceramah sulong YB Drs Idham Lim dan Mohd Sany Hamzan di Dungun, yang pastinya akan memberi penjelasan langsung isu-isu hangat khususnya yang berlaku di Perak dan di peringkat nasional", ujar beliau.

Friday, June 18, 2010

PAS Bersedia Hadapi Pilihan Raya Umum Bila-Bila Masa - Mursyidul Am

PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dari sekarang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

IMG_2321

Walaupun kuasa mengumumkan tarikh pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, Menteri Besar Kelantan itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Bercakap kepada pemberita di Tumpat dua hari lepas, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Menteri Besar Kelantan berkata soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia.

sumber : bernama.com

Saksikan LIVE Ceramah Perdana Gerakan Islam Palestin & Eretria Malam Ini

Secara langsung dibawakan kepada anda dari Perkarangan Masjid Rusila, Marang, Terengganu :

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjruQucOKLjJJ7c4MlEwiJEf87sJu8j_vWGqY4MbFFtijFkwNObc5acBOgKSpVXJTuBiJiDwTjjvxG43Vrlu8Vlg38tpCemD7vxSsXgnNh4yQ1uk8WQn6MMEJt27NUn6ZusPOJc4kDS9beE/s1600/palestin+eritria.jpg

Negeri PR Akan Umum Tarikh Pilihan Raya Lebih Awal ?

KOTA BHARU, 18 Jun: Empat negeri Pakatan Rakyat dicadangkan menetapkan tarikh pilihan raya lebih awal iaitu semua pihak tahu bila pilihan raya akan diadakan tanpa perlu berteka-teki sebagaimana yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) sekarang.



AJK PAS Pusat Datuk Husam Musa (
gambar) dalam blognya berkata, langkah ini dibuat untuk memastikan semua keputusan bila pilihan raya hendak dibuat di negara ini dibincang dengan Pakatan Rakyat dan bukan hak eksklusif BN sahaja.

Apabila tarikh pilihan raya empat negeri Pakatan ditetapkan lebih awal, pihak kerajaan Pusat terpaksa membuat pilihan sama ada untuk membuat pilihan raya peringkat pusat berasingan atau berunding dengan Pakatan.


Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang memberitahu, tarikh pilihan raya hanya berada di tangan beliau.
"Beliau telah berjanji menjadikan tarikh pilihanraya sesuatu yang mengejutkan. Itu yang diucapkan beliau di Kelantan semalam," tulis Husam.

Bagi Husam, pilihanraya mengejut bertujuan memerangkap pembangkang dan mencari satu masa di mana pembangkang belum bersedia atau sedang mengalami pusingan ke bawah. Termasuk dengan media stage yang mereka atur.
"Jika itu janji Najib dan kita hanya mengikut, sekali lagi tangan UMNO berada lebih atas," katanya.

Katanya, padang permainan tak sama rata telah menguasai pilihanraya Malaysia sejak UMNO mewarisi negara ini dari penjajah.
Sebahagian sebab kemenangan UMNO/Perikatan dan UMNO/BN selama ini ialah kerana mereka menguasai semua instrumen penting untuk menjadikan proses pilihanraya sentiasa menyebelahi mereka.

Setiap dua kali pilihanraya, katanya, mereka mengubah sempadan pilihanraya ikut corak yang membolehkan mereka menang mudah dengan ramuan berubah-ubah peratusan Melayu-Cina-India dan beberapa faktor lain.


Kali ini, hingga kini, mereka tidak lagi boleh berbuat demikian kerana majoriti dua pertiga yang telah hilang buat pertama kalinya.
"Apa lagi unsur pilihanraya yang boleh diubah untuk menjadikan padang lebih sama dan rata?

Bagaimana dengan tarikh pilihanraya?
"Jika Najib dengan berani menunjukkan bahawa beliau 'in command', apa pilihan kita untuk membolehkan Najib berfikir dua kali? Apa kata empat negeri Pakatan menetapkan tarikh pilihanraya DUN lebih awal?

"Sebelum Najib membubarkan Parlimen, kita mengumumkan tarikh pilihanraya kita sekarang," cadang Husam dalam tulisannya. Menurut Husam, tak semestinya tarikh pilihanraya itu awal tetapi penetapan tarikhnya diumumkan awal. Ini bermakna, tarikh pilihanraya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan.

"Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan. Pilihanraya DUN dan Parlimen tidak berjalan serentak, kecuali mereka menjadualkan sama dengan jadual kita," katanya. Husam berkata, apabila ini dilakukan, ada dua kemungkinan.

"Pertama, mereka ikut tarikh kita atau mereka berunding bersama untuk menetukan tarikh lebih awal dan terbuka seperti yang selama ini kita kehendaki. Ini bermakna, tarikh pilihanraya bukan lagi teka-teki dan memberikan kelebihan kepada mereka semata-mata.

Atau, mereka terus berdegil dan membubarkan Parlimen tak bersamaan tarikh dengan kita.
"Namun, kita telah mulakan satu precedent baru iaitu tarikh pilihanraya ditetapkan secara terbuka. Bukan bermisteri dengannya. Bukan pula dijadikan senjata yang menguntungkan parti pemerentah semata-mata," katanya.

Tindakan begini bertujuan menghapuskan monopoli penentuan tarikh pilihanraya. Tindakan demokratik untuk kesaksamaan kepada semua pihak, tambah beliau.
Bagi Husam, pilihan tarikh itu boleh atas berbagai asas. "Jika nak genapkan lima tahun, bermakna DUN empat negeri Pakatan hanya akan dibubarkan awal 2013.

Jika empat tahun nak digunakan sebagai asas, DUN boleh dibubarkan pada awal 2012. Akhir 2012 boleh juga dipilih untuk memberikan masa yang cukup untuk negeri ini ditadbir tanpa terlalu banyak politiking pilihanraya.
"Paling penting, Najib perlu tahu, mengejut atau tidak, bukan beliau seorang sahaja berhak untuk tentukan," tegas Husam dalam tulisannya.

sumber : Harakahdaily

Wednesday, June 16, 2010

Pelancaran ILPAS 20 Jun Di Batang Kali, Disertai Semua Pimpinan Kanan & Wakil Rakyat PAS

Semua para pemimpin kanan dan wakil rakyat PAS bakal berkumpul di Batang Kali pada 20 Jun ini bagi menyertai pelancaran gerak kerja Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS).



Majlis yang bakal dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu akan diadakan mula jam 8 pagi hingga 2 petang di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali.

Boleh dikatakan semua pemimpin utama PAS dari ahli Majlis Syura dan AJK PAS Pusat hinggalah Pengarah Majlis Tindakan Dun dan jentera pilihan raya Dewan Himpunan Penyokong PAS akan terlibat dengan majlis ini.

ILPAS ditubuhkan oleh Jabatan Pilihan raya PAS Pusat untuk memberikan latihan pengendalian kempen pilihan raya kepada semua jentera pilihan rayanya.

Ia bakal menjadi pusat penting untuk melahirkan petugas pilihan raya PAS untuk sebarang pilihan raya.

sumber : Harakahdaily

Pelancaran ILPAS : Siapa Peserta Yang Terlibat ?

Tuesday, June 15, 2010

Ustaz Hassan Kutubkhanah Organisasi, Perlembagaan PAS (Sekitar Gambar Solat Janazah)

KUALA LUMPUR, 15 Jun : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.

Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.

Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.

Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah.

Suasana di jalan hadapan Markaz sebaik jenazah
dibawa pergi untuk dikebumikan.

“Biar pun almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Dr MAZA, YB Mahfuz dan Tuan Guru Presiden.

Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi beliau merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT itu.

Orang ramai bergerak keluar sebaik selesai solat jenazah.

“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, jenazah Ustaz Hassan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih 2, Gombak kira-kira jam 10.25 pagi ini.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di pekarangan Markas Tarbiah PAS Taman Melewar yang diimamkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi yang disertai pimpinan utama PAS termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama kira-kira 1,000 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut serta.


sumber : Harakahdaily

sumber gambar : ummuasiah2001.blogspot.com

Monday, June 14, 2010

PAS Akan Gerakkan Kempen Menangi 60 Kerusi Parlimen, Sasarkan 37 Kerusi Parlimen Baru

Hanya ketakwaan, ilmu dan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi mampu membebaskan bangsa Melayu dari belenggu penindasan dan kejahilan.


Presiden Abdul Hadi Awang berkata jatidiri Melayu dapat diangkat dan dimartabatkan jika ia bertaut pada prinsip keadilan, ehsan dan kesaksamaan sepertimana yang diberi penekanan khusus oleh agama Islam.

Pemimpin Pakatan Rakyat ini dalam ucapan pergulungan beliau berkata kerangka rasis bawaan Umno hanya memenjarakan bangsa Melayu dalam kitaran permusuhan dan kejahilan yang berterusan.

Presiden Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi seruannya kepada akar umbi Pas untuk membebaskan diri dari syak-wasangka yang ditanam Umno terhadap masyarakat bukan Islam.

Islam, tegas Hadi, adalah obor menerangi kegelapan manusia dan ahli-ahli Pas harus menunjukkan teladan Islam yang tinggi dengan membawa agenda politik yang merentasi keterbatasan kaum dan agama.

"Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas tidaklah sama dengan kerjasama Umno dan parti-parti Barisan Nasional. Dalam Pas, kerjasama bersandarkan undang-undang dan prinsip Islam. Kerjasama dalam Umno menggadaikan prinsip dan akhlak," tegas Presiden Pas.

Hadi menegaskan bangsa Melayu tidak mampu bergerak ke hadapan jika ia terus mengabaikan Islam yang memupuk kerjasama antara kaum berbilang budaya.

"Kita mempunyai tanggungjawab yang besar, iaitu menyedarkan orang Melayu dari politik perkauman. Tidak salah sekiranya menyayangi kaum: orang Melayu sayang pada bangsanya, begitu juga orang Cina dan India pada bangsa mereka. Tetapi yang salahnya apabila perkauman dijadikan aqidah," tegas Hadi.

Menyedari mesej Islam menghakis kekebalan Umno-Barisan Nasional, pemerintah giat menanam benih ketakutan di kalangan rakyat dengan harapan ia mampu menjauhkan orang Melayu dari Pas.

"Orang Melayu dibayangi penjajahan, dan Umno membayangkan hanya merekalah tempat bergantung orang Melayu. Sebenarnya, hanya Islam yang mampu menyelamatkan orang Melayu, bukan politik perkauman yang sempit," tegas Hadi.

Hadi menggesa akar umbi Pas untuk merapatkan saf dan berganding-bahu dalam menghadapi cabaran Malaysia baru yang adil, saksama dan peduli kepada nasib rakyat semuanya.

"Kita mengajak manusia untuk bersama-sama dalam bahtera Al-Quran. Meskipun ada yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, janganlah dibocorkan bahtera ini," tegas Hadi

Parti Islam SeMalaysia mengumumkan ia akan menggerakkan kempen memenangi 60 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum akan datang dalam usaha menafikan majoriti dua-pertiga Umno-Barisan Nasional.

Kempen ini mensasarkan 37 kerusi Parlimen baru yang kini dalam tangan Ahli Parlimen Umno.

sumber : tvselangor.com

Sunday, June 13, 2010

Rejab Datang Kembali Menemui Umat Islam

Rejab datang kembali menemui umat Islam. Bulan ketujuh dalam kalendar Islam ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran. Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud'un (pemurah) dan Birr'un (kebajikan).

Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu qissah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah"

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36 :

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَات وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلاَ تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَآفَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

Bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya.Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa"

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah :-

baca artikel penuh...di sini.

Saturday, June 12, 2010

Kemasukan Kapal Israel Ke Malaysia Dibantah

PELABUHAN KLANG: Kira-kira 100 ahli Kesatuan Kakitangan Northport (Malaysia) Bhd (NMB) hari ini berdemonstrasi secara aman di hadapan pintu utama kontena Terminal 1 di sini bagi mendesak kerajaan tidak membenarkan kapal dagang Israel berlabuh di perairan negara.


Presidennya Ahmat Abu berkata, pihak berkuasa di Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan operator pengendalian terminal pelabuhan seharusnya lebih peka dan bertindak secara kolektif, telus dan berani selaras dengan semangat bersatu menentang kekejaman Israel.

Inilah rupanya kapal anak haram Yahudi yang berlabuh
di Malaysia pada 7 Jun 2010 yang lalu

"Kami mendesak pihak berkuasa di LPK, Northport, Westports dan Kementerian Pengangkutan untuk menetapkan pendirian bagi memboikot kemasukan kapal-kapal dari Israel sama ada untuk tujuan dagangan atau tujuan lain, melakukan persinggahan di pelabuhan di seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kesatuan itu akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung kemasukan kapal Israel ke Pelabuhan Klang kepada pengurusan Northport hari ini.

Sebelum ini, kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sekitar 20 Mei dan 7 Jun lepas menimbulkan persoalan kerana Malaysia dan Israel tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa kapal kargo Israel dibenar memasuki pelabuhan di negara ini untuk tujuan perdagangan.

sumber : mstar.com

Friday, June 11, 2010

(Eksklusif) Rakaman Video Yang Berjaya Diseludup Keluar Semasa Serangan Ke Atas Mavi Marmara

Israeli Attack on the Mavi Marmara, May 31st 2010 // 15 min. from Cultures of Resistance on Vimeo.

Pengarah CulturesofResistance, Ian Lee yang turut sama dalam konvoi telah berjaya menyeludup keluar rakaman ini daripada pihak rejim Zionis walaupun sebahagian besar rakaman dari pihak media yang lain telah di rampas.

Rakaman penuh tanpa edit dapat di lihat di sini

sumber : palestinkini.info

Parlimen Malaysia Menjadi Tempat Pertunjukan "Spesis" Lidah Bercabang

Malunya Malaysia punya menteri sebegini! Dalam sehari dua ini Parlimen Malaysia menjadi tempat pertunjukkan "spesis" lidah bercabang!



Yang pertamanya PM Najib menyatakan dalam Parlimen,beliau belum lagi keluar lesen judi bola. Beliau tunggu reaksi rakyat dahulu. Manakala diluar Parlimen, dengan bangganya Vincent Tan menyatakan Berjaya telah diberi lesen untuk kegiatan judi bola.

Yang keduanya, Menteri Nazri Aziz menjawab secara bertulis kepada MP Kota Melaka bahawa kabinet telah PUTUSKAN untuk buat bangunan Parlimen baru berharga Rm800juta di Putrajaya. Manakala dalam sidang media di luar Parlimen, Nazri menyatakan kabinet masih BERBINCANG untuk membuat keputusan.

Adakah menteri kabinet kita begitu "bodoh" matematik tidak tahu nilai RM150 juta untuk baiki Parlimen lebih murah berbanding buat bangunan baru dengan harga RM800 juta?

Atau dalam kepala mereka sudah terbayangkan habuan komisen projek RM800 juta?

Benarlah kata Sasterawan Negara A.Samad Said, Malaysia punya menteri yang mempunyai lidang bercabang dua dan telinga satu!

sumber : Harakahdaily

Islam Adil Untuk Semua, Jadi Tema Ucapan Dasar










KOTA BHARU, 11 Jun : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menawarkan kepada semua agar bersama-sama Islam yang dibawa PAS kerana 'Islam Adil Untuk Semua" yang dijadikan beliau sebagai tema Ucapan Dasarnya dalam muktamar PAS ke 56 ini.

Tema ini dipilih kerana mereka yang adil lebih dekat dengan taqwa dan PAS mahu keadilan diberikan kepada semua tanpa mengira siapa mereka, kata Abdul Hadi dalam ucapan dasar yang diberikan beliau dalam muktamar yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) hari ini.

Dewan besar Putik penuh sesak dengan kira-kira 5,000 perwakilan, tetamu dan pemerhati di samping ratusan petugas media dari dalam dan luar negeri mendengar ucapan beliau dengan khusyuk.

Turut menjadi tetamu adalah pemimpin Hamas Palestin walaupun rakan-rakan mereka sedang berdepan dengan tentera regi zionis Israel. Di samping itu, turut serta adalah pemimpin parti Al Adalah Maldives yang kini memerintah negara pelancungan itu.

Selain itu, pemimpin MILF dari Filipina juga turut serta bersama lain-lain tetamu.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, PAS akan memperjuangkan keadilan untuk semua yang diberikan oleh Islam tanpa mengira apa-apa batasan.

Beliau berkata, Umno walaupun berkata akan memperjuangkan Melayu dan Islam tetapi pada hakikatnya sedang menghancurkan Islam dan Melayu juga.

> untuk baca teks penuh Ucapan Dasar : Islam Adil Untuk Semua, sila ke ruangan NOTIS di penjuru atas kanan blog ini.

baca artikel penuh...di sini.

Thursday, June 10, 2010

Tiada Istilah Berdamai Dengan Israel - Wakil HAMAS

Sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-51, Ahli Jawatankuasa Kerja Hamas dari Palestin, Dr Munif Said turut dijemput hadir menyertai perjalanan muktamar tersebut.

Dalam ucapannya dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat ke-51 yang diterjemahkan oleh Ust Khalil Abd Hadi, "HAMAS memberikan penekanan terhadap 3 perkara iaitu:

1. Hamas tidak sekali-kali mengiktiraf Israel, tidak sekali-kali berdamai dgn Israel

2. Hamas percaya bahawa sekiranya umat Islam seluruh dunia bersatu, umat Islam akan berjaya membebaskan Palestine daripada Zionis

3. Hamas sentiasa wujud selagi ada umat Islam untuk memastikan Yahudi Zionis hancur sama sekali."

Pernyataan ini disambut dengan laungan takbir oleh para perwakilan.

Beliau juga menegaskan bahawa, "HAMAS bukanlah semata-mata pergerakan Palestin, tetapi pergerakan seluruh umat Islam. HAMAS merupakan kesinambungan kepada perjuangan Hizbullah di Lubnan dan umat Islam di Iraq juga sebagaimana kesinambungan kepada perjuangan saudara-saudara sekalian juga."

Beliau juga menekankan bahawa sebagaimana mereka menganggap HAMAS sebagai musuh, mereka Yahudi Zinois juga musuh utama HAMAS. Orang Yahudi yang datang ke Palestin, mereka bukan sahaja mahu menakluk Palestine tetapi mahu melihat umat Islam terhapus sama sekali.

Oleh kerana itu, mereka berusaha untuk mencari jalan memecah belahkan umat Islam ini agar tidak dapat bangkit sekali-kali.

"Anda sekalian telah melihat beberapa hari lepas, umat Islam dari seluruh pelusuk dunia menaiki kapal untuk rakyat Palestin di Gaza, mereka datang dari Turki, Palestin, saudara dari Malaysia, Indonesia, Pakistan dan bahkan dari kalangan dari orang bukan Islam."

"Ini risalah yang ditujukan kepada pemuda-pemuda untuk membebaskan bumi Palestin supaya mereka bangkit dan membebaskan al-Quds. Halatuju yang ditetapkan oleh Nabi, Allah menjanjikan berita gembira untuk golongan yang berjihad.

"Yakinlah bahawa sesungguhnya HAMAS akan terus cekal mempertahankan bumi Palestine, Gaza dan kami sangat yakin bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada kami." TAKBIR, ALLAHU AKBAR!

sumber : muktamar56.pas.org.my

RMK-10 : Kenyataan Media Menteri Besar Selangor

Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) yang dibentangkan Perdana Menteri, Najib Razak di Parlimen hari ini memberi fokus kepada pembangunan.

Antara fokus pembangunan dalam RMK-10 ialah Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Saya menegaskan IDR, NCER dan ECER adalah projek untuk mendapatkan modal benih bagi pembangunan tanah dan infrastruktur.

Apabila memperkatakan tentang pembangunan, Lembah Klang menjadi pemangkin pembangunan kepada Malaysia.Pembangunan Lembah Klang dan Selangor bagaimanapun tidak langsung dinyatakan dalam RMK-10.

Perdana Menteri hanya menyebut rangsangan ekonomi ditumpukan kepada Greeter Kuala Lumpur yang merupakan sebahagian kecil Lembah Klang.

Selangor yang merupakan sebahagian daripada bandar gabungan Lembah Klang adalah kawasan tengah industri dan perdagangan di negara ini. Selangor mempunyai penduduk berjumlah lima juta serta menyumbang kutipan cukai paling tinggi, jadi ia sepatutnya layak dimasukkan dalam pelan pembangunan kerajaan.

Semakin Malaysia dan negara lain di dunia beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi, tidak wajar jika pentadbiran Najib mengabaikan Selangor yang menempatkan paling banyak bilangan universiti dan pusat pengajian tinggi.

Adakah pentadbiran Najib sengaja mengabaikan fakta bahawa Selangor merekodkan jumlah projek industri paling banyak pada 2009 dan 2008, selain menjadi negeri paling banyak mencipta peluang pekerjaan serta mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi di Semenanjung?

Jika Perdana Menteri melihat kepada sektor yang disasarkan pembangunannya, iaitu sektor pendidikan, pelancongan, kesihatan, kesemua sektor ini adalah berpusat di Lembah Klang. Begitu juga dengan sektor industri, incubation serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIs) yang semuanya tertumpu di Lembah Klang.

Inilah contoh klasik "kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak". Pentadbiran Najib hilang fokus terhadap matlamat RMK-10. Adakah keputusan mengabaikan Selangor dalam fokus pembangunan ini disebabkan politik? Jika ya, keputusan ini telah membelakangkan kepentingan rakyat.

Kami menegaskan dalam memperkatakan usaha mentransformasi ekonomi Malaysia, tiga perkara penting perlu diberi perhatian;

1. Penilaian semula saiz sektor awam
2. Meliberalisasi saluran komunikasi
3. Membina 'talent bank' di kalangan tempatan dan antarbangsa.

Saya tidak pasti pentadbiran Najib cukup berani untuk memberi tumpuan kepada isu-isu ini.

sumber : merdekareview.com

Wednesday, June 9, 2010

Politik Masjid Di Kelantan

Menerusi tulisan saya sebelum ini bertajuk “Politik hendaklah selari dengan Islam” adalah sarat dengan realiti politik Islam dan sebenarnya berlaku dalam masjid. Maka, berani saya hujahkan bahawa salah satu ciri politik Islam ialah wujudnya politik masjid. Ia cukup berbeza dengan politik sekular yang tidak menerima amalan politik berlaku di gereja.



Oleh sebab itu, tiada sebab bagi umat Islam meniru-niru cara-cara politik sekular yang memakai prinsip politik suku, agama suku. Maka, PAS sebagai parti Islam adalah bersih dari saki-baki amalan politik sekular. Melainkan parti Umno yang masih pekat-berdene (kejap melekat) dengan lendir-lendir sekular-kebangsaan-pragmatik (SKP) warisan penjajah Inggeris!

Politik masjid berlaku di Kelantan

Adakah masih kental fahaman Umno di Kelantan, sedangkan telah 20 tahun rakyat Kelantan dibayangi dengan politik Islam acuan PAS? Menjawab persoalan ini, memang ada sebahagian kelompok Melayu yang berfahaman politik SKP terlekat pada puak Umno Kelantan. Maka ia dilihat masih pekat melekat dengan lendir itu.

Justeru itu, kalangan kelompok itu masih berlaku isu penolakan politik masjid, meskipun seketika lalu lendir SKP agak jumud dan beku. Persoalannya, kerana apa baru sekarang muncul pula isu politik masjid di Kelantan? Sehingga sanggup mengupah seorang yang mendakwa pengasas pondok menghujahkan (Mingguan Malaysia, 16 Mei 2010) tiada wujud politik dalam Islam (termasuk di masjid).

baca artikel penuh...di sini.

Wartawan Veteran White House Bersara Mengejut Ekoran Kenyataan Pedas Terhadap Israel

Wartawan veteran White House, Helen Thomas yang membuat liputan sejak Presiden John F. Kennedy sehingga Barack Obama bersara secara mengejut semalam setelah kenyataan pedasnya mengenai Israel menimbulkan kecaman hebat.

Thomas, 89, anak kepada pendatang dari Lebanon, menjadi perintis bagi wartawan wanita yang membuat liputan tentang politik AS.

Namun kerjayanya berakhir setelah beliau memohon maaf berikutan kenyataannya pada bulan lepas yang menyentuh supaya Israel patut 'berambus dari Palestin'.

"Perlu diingat, penduduk Palestin dijajah di bumi mereka sendiri, bukan bumi Jerman dan bukan bumi Poland.

"Mereka (rakyat Israel) boleh balik ke Poland, Jerman dan Amerika dan tempat lain," kata Thomas.

Kenyataan beliau mengenai Israel dibuat semasa 'Sambutan Warisan Yahudi' di White House pada 27 Mei lalu dan kemudian disiarkan dalam rakaman video YouTube minggu lepas.

Tempat duduk Thomas di barisan hadapan di bilik taklimat White House kosong semalam, apabila beliau sendiri menjadi bahan berita setelah setengah abad mengajukan soalan-soalan tajam kepada Presiden dan setiausaha akhbar White House.

Persaraan Thomas, wartawan yang paling lama membuat liputan di White House, diumumkan oleh Hearst Corp., di mana beliau berkhidmat sebagai kolumnis akhbar selepas menghabiskan hampir seluruh kerjayanya dengan United Press International (UPI).

Soalan Thomas kepada Obama semasa sidang media di East Room, White House pada 27 Mei lalu kini dipercayai soalan terakhirnya kepada seorang Presiden AS.

"Tuan Presiden, bila tuan akan membawa kita keluar dari Afghanistan? Mengapa kita terus membunuh dan mati di sana? Apakah alasan sebenarnya?

"Jangan beri kami alasan seperti yang diberikan oleh Bush, 'jika kita tidak pergi ke sana, mereka (militan) semua akan datang ke sini'," kata Thomas. - AFP

sumber : utusan.com

Guna Jentera Kerajaan Untuk Majlis Kahwin, Mohamad Hassan Perlu Beri Penjelasan

Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohamad Hassan diminta memberi penjelasan mengenai dakwaan salah guna kuasa apabila menggunakan jentera kerajaan bagi majlis perkahwinan anaknya.


Ia berikutan aduan ini diterima Pusat Aduan Rakyat Rembau yang dikendalikan oleh Parti Keadilan Rakyat terhadap majlis yang berlangsung 6 Jun lalu.

Bercakap pada sidang media, Setiausaha PKR Rembau, NorAzizi Abdul Aziz sudah mengirim faksimili dan email ke pejabat Mohamad Hassan.

Kata Azizi, ada dua aduan diterima setakat ini melalui surat dan email termasuk seorang daripadanya adalah kakitangan kerajaan manakala satu lagi pekerja agensi kerajaan.

“Ini termasuk beberapa projek seperti penukaran paip, menampal dan menurap jalan dan membina jambatan yang sebelum ini memang bermasalah tetapi dibuat secara tergesa-gesa kerana persiapan majlis perkahwinan tersebut,” katanya.

Pengerusi PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin pula berkata, Mohamad Hassan perlu menjawab sama ada dakwaan berkenaan benar atau sebaliknya

Badrul Hisham juga mempertikai tindakan Mohamad Hassan berikutan banyak kawasan di Negeri Sembilan berdepan masalah kemudahan dan lebih memerlukan peruntukan.

Mohamad Hassan sebelum ini membisu apabila berdepan dakwaan penyeludupan RM 10 juta ke luar negara.

Badrul Hisham sedia memanjangkan isu ini dipanjangkan kepada SPRM.

sumber : tvselangor.com

Sindiket Judi Bola Raih RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 9 Jun - Sekurang- kurangnya empat sindiket perjudian bola sepak secara online tanpa lesen di negara ini dikenal pasti telah bergiat aktif sejak beberapa tahun lepas melibatkan wang pertaruhan lebih daripada RM1 bilion, kata polis Rabu.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis telah menubuhkan satu pasukan pada April lepas bagi memantau sindiket-sindiket terbabit yang dipercayai didalangi beberapa individu termasuk yang bergelar Datuk dan mengandungi pakar teknologi maklumat.

"Kita sedang menyiasat sama ada sindiket-sindiket ini mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa atau tidak," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Bakri berkata unit pemantau itu akan bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan kegiatan itu di peringkat antarabangsa.

Bagi membanteras perjudian semasa Piala Dunia yang bermula di Afrika Selatan pada Jumaat ini, unit pemantuan itu telah melancarkan operasi dikenali sebagai Ops Soga (soccer games) di semua negeri sejak sebulan lepas.

Katanya sindiket itu dipercayai turut mengambil pelajar-pelajar lepasan jurusan IT dengan memberi bayaran lumayan bagi menjalankan aktiviti itu.

Mohd Bakri berkata sindiket itu turut menggunakan kafe siber sebagai tempat pertaruhan.

Katanya sindiket itu juga dipercayai bersekongkol dengan Ah Long bagi memberi pinjaman kepada mereka yang ingin berjudi.

"Amaran saya kepada sindiket-sindiket ini, polis akan terus mengesan kegiatan haram mereka habis-habisan," kata Mohd Bakri.

sumber : bernama.com

Tuesday, June 8, 2010

Bersedia Dengan Fasa Politik Baru

Ironis berlaku di dalam mana-mana perjuangan apatah lagi perjuangan Islam. Pas adalah parti Islam dan logiknya orang Islam sepatutnya lebih mudah menerima mesej Islam yang Pas bawa. Namum ironisnya kini orang bukan Islam agak selesa menerima mesej Islam yang dibawa oleh Pas. Dari Lajnah Antara Kaum kini Pas melangkah dengan lebih yakin apabila menaiktarafkan lajnah tersebut kepada status Dewan - Dewan Perhimpunan Penyokong Pas. Bukankah satu yang ironis Pas boleh disokong oleh bukan Islam dalam keadaan Umno yang bermajoritikan orang Islam bermati-matian menentang Pas dari segenap segi.


Apabila Pas menentang judi bola ironisnya ahli-ahli Dewan Perhimpunan Penyokong Pas yang bukan beragama Islam tidak membantah pendirian Pas tersebut malahan menyokong sepenuh hati. Tidakkah suatu yang pelik apabila mereka yang bukan beragama Islam di dalam PAS boleh faham kebobrokan judi dan menentangnya sebaliknya Umno sebagai parti yang bermajoritikan orang Islam tidak gentar sama sekali menghalalkan judi yang Allah haramkan secara qat’ie.

Pejuang Islam yang sentiasa berdamping dengan Al-Quran pasti melihat ironi dalam kisah Nabi Yusuf a.s.. Nabi Yusuf a.s adalah anak yang paling disayangi oleh bapanya Nabi Yaakub a.s. Apabila anak disayangi oleh bapa ia adalah satu perkara yang baik namun ironisnya perkara yang baik itu mengakibatkan Nabi Yusuf ingin dibunuh dengan dicampakkan ke dalam telaga.

Berada di dalam kegelapan di dalam telaga selama beberapa hari adalah perkara yang buruk namum ironisnya perkara buruk itu mengakibatkan baginda berjaya berada di istana raja. Berada di istana raja pada zahirnya adalah suatu yang baik namun ironisnya perkara yang baik itu membawa Nabi Yusuf a.s ke dalam penjara. Berada di dalam penjara adalah suatu perkara yang buruk namun ironisnya perkara yang buruk itu membawa Nabi Yusuf a.s kepada jawatan Menteri Kewangan Mesir sekaligus berjaya mentadbir ekonomi Mesir dengan cemerlang.

Inilah hakikat dan tabiat perjuangan. Ironi di mana-mana. Ia kerja Allah. Sukar kadangkala untuk dirasionalkan.

Apabila Pas kini mula disokong dan didokong oleh rakyat bukan Islam ia menuntut satu persiapan dan kesedian untuk para pemimpin dan ahli Pas berada di fasa baru perjuangan. Pemimpin Pas yang selama ini mungkin lebih selesa berbicara dengan kelompok orang Islam sahaja kini harus menyiapkan dirinya memasuki fasa dan politik baru ini. Fasa baru ini bukan menuntut Pas menggadai prinsip perjuangan atau bersikap apologetik . Tidak . Tidak sama sekali. Apa yang dituntut adalah kefahaman yang mendalam dan kebijaksanaan dalam menyampaikan mesej Islam dan merangka strategi-strategi baru perjuangan. Mereka yang tidak bersedia dengan persiapan ini dikhuatiri akan menjadi penghambat kepada perkembangan perjuangan Pas kerana amat mudah untuk menolak satu perkara yang baru dalam keadaan seseorang itu sudah selesa dengan sesuatu yang lama.

baca artikel penuh...di sini.

Kes Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Diketahui Tidak Lama Lagi

Keputusan sama ada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Azhar Ibrahim bakal digantung daripada menghadiri sidang DUN atau sebaliknya, akan diketahui tidak lama lagi.

Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain (gambar) berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang bermesyuarat buat kali pertama hari ini, memutuskan untuk bertemu sekali lagi dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu.

Menurutnya, jawatankuasa itu buat masa ini belum lagi memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga terbabit dan hanya akan berbuat demikian apabila segala isu berkaitan dapat diselesaikan.

''Kita percaya apa pun isu berkaitan dapat diselesaikan dalam mesyuarat kedua dan selepas itu baru kita akan panggil Azhar. Sama ada beliau boleh membawa peguam atau tidak, juga akan diputuskan pada pertemuan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi membincangkan isu Azhar yang telah dirujuk kepada jawatankuasa itu di sini hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam bermula pada pukul 10 pagi dihadiri enam orang ahli jawatankuasa tersebut terdiri daripada ADUN pakatan pembangkang dan ADUN Barisan Nasional (BN).

Mereka ialah Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua), Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Ayer Tawar), Shahabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan), Lau Keng Ee (DAP-Pengkalan Kota), Tan Cheong Heng (DAP-Padang Lalang) dan S. Raveentharan (PKR-Batu Uban).

Azhar yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri dirujuk ke jawatankuasa itu kerana didakwa melanggar peraturan berikutan mengeluarkan kata-kata berbau hasutan ketika hari terakhir persidangan pada 6 Mei lalu.

Beliau dikatakan menggunakan perkataan '13 Mei' ketika berlaku pertikaman lidah dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng semasa sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

sumber : utusan.com

Iran Sedia Hantar Tiga Kapal Bantuan Ke Gaza

TEHERAN : Hanya beberapa hari selepas kapal yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza disekat Israel, Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran pula mengumumkan pihaknya akan menghantar tiga kapal bantuan ke wilayah itu.

Dalam usaha terbaru untuk memecahkan sekatan yang dikuatkuasakan rejim Zionis ke atas penduduk di Gaza, pertubuhan itu berkata, sebuah pesawat membawa 30 tan peralatan perubatan juga akan terbang ke Mesir bagi menyerahkan bantuan berkenaan.


http://mran3238.files.wordpress.com/2010/06/blnsabt.jpg

Pengarahnya, Abdolrauf Adibzadeh memberitahu media Iran, dua kapal akan meninggalkan negara itu menuju Gaza minggu ini, diikuti kapal ketiga yang dilengkapi bilik bedah pada tarikh ditetapkan kemudian.

Dua kapal menuju Gaza dengan penyelarasan yang dibuat bersama kerajaan Turki.

Satu daripada kapal itu akan membawa 70 pekerja bantuan seperti jururawat dan pakar perubatan, manakala sebuah lagi membawa makanan dan ubat. Kedua-dua kapal itu akan belayar menuju Gaza akhir minggu ini, kata Adibzadeh dalam kenyataannya kepada laman web stesen televisyen berkenaan.

Adibzadeh berkata, Pertubuhan Bulan Sabit Merah, sebelum ini meminta rakyat Iran menyertai pelayaran itu sebagai sukarelawan.

Ketua Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran, Abolhassan Fakhi, berkata, 20,000 sukarelawan sudah mendaftar untuk menyertai misi itu dalam tempoh tiga hari. Beliau berkata, pesawat bantuan akan meninggalkan Iran menuju Mesir dalam tempoh terdekat dengan kerjasama Pertubuhan Bulan Sabit Merah Mesir.

sumber : bharian.com

Ahmadinejad : Zionis Israel Diambang Kehancuran

Presiden Iran menyebut "kejatuhan semakin dekat" atas rezim Israel saat mereka melakukan pembantaian terhadap sembilan aktivis kemanusiaan Turki dalam serangan terhadap konvoi bantuan ke Gaza.

Usai menunaikan shalat Isya di masjid Abu Ayyub al-Ansari Istanbul pada hari Senin kemarin (7/6), Presiden Mahmud Ahmadinejad menekankan bahwa negara "penindas" telah mencapai titik akhir dan rezim zionis dan para pendukungnya sedang berada di ambang kehancuran," lapor kantor berita Iran IRNA.

Ahmadinejad berada di Turki untuk menghadiri KTT Langkah-langkah Interaksi dan Pembangunan Kepercayaan Diri di Asia (CICA).

Dikatakannya, dengan kekerasan kaum arogan telah memaksakan eksistensi rezim zionis terhadap bangsa-bangsa di kawasan timur tengah, sepanjang lebih dari enam puluh tahun, rezim ilegal ini telah melakukan banyak kejahatan, dan serangan terhadap konvoi kebebasan adalah aksi paling baru rezim ageresor ini.

Dia juga mengatakan kedua pemimpin negara Iran-Turki berada dalam "nilai-nilai kesopanan dan moral" dan menekankan, "Biarkan semua tahu bahwa hari ini, hubungan bilateral kita adalah sangat ramah, persaudaraan, dan mendalam."

Ahmadinejad juga menyatakan belasungkawanya kepada keluarga korban dari sembilan aktivis Turki yang wafat dalam serangan Israel terhadap armada kebebasan.

sumber : eramuslim.com

Monday, June 7, 2010

(Video) Ucapan Ahli Parlimen Marang Kutuk Serangan Israel Ke Atas Misi Bantuan Gaza

Ucapan Y.B. Ahli Parlimen Marang






Sifat-Sifat Terkutuk Yahudi

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.” - al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris

http://haluanpalestin.haluan.org.my/wp-content/uploads/2010/06/Gaza_aid_ship_attacked_by_Latuff2.jpg

Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)

Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran maksudnya: “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahui (salahnya perbuatan tersebut).” (al Baqarah: 146) Dengan perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW bernama Lubaid bin al- A’som dari Bani Zuraiq.” Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah umat Yahudi.

Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati. Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa. Tetapi sebenarnya tidak. Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.” (al-Maidah :78)

sumber : feryco.com

KEMASKINI Judi : Rasuah Kebajikan RM525 Juta Oleh Vincent Tan Menghina Rakyat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap sumbangan duit hasil judi bernilai RM 525 juta yang diberikan oleh Tan Sri Vincent Tan bagi tujuan kebajikan melalui Yayasan Better Malaysia Foundation adalah satu rasuah dan penghinaan kepada rakyat yang menentang kelulusan judi bola baru-baru ini.

Sumbangan ini diberikan dengan harapan rakyat menutup mulut mereka dari menentang kelulusan judi bola yang diberikan Kerajaan kepada syarikat beliau.

PAS melihat bahawa beliau cuba mempermain-mainkan tuntutan rakyat yang mahu lesen judi ditarik balik. Sumbangan beliau ini adalah datang dari sumber yang haram dan sesuatu yang haram tidak boleh digunakan untuk melakukan perkara kebaikan kerana ia diperolehi melalui penindasan kepada orang lain.

Kaki-kaki judi dinegara ini bertambah setiap tahun berikutan pertambahan pusat-pusat judi dan jenis lesen judi yang diluluskan Kerajaan. Masalah sosial, beban hutang, kemiskinan, keruntuhan keluarga dan masyarakat akibat gejala judi adalah antara sumbangan lain Vincent Tan kepada masyarakat yang tidak diceritakan oleh media.

PAS berharap agar Kerajaan serius menangani masalah masyarakat ini dan menarik balik kelulusan judi yang diberikan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

sumber : idrisahmad.wordpress

baca artikel berkaitan...Vincent Tan Bukan Robinhood, RM525 Juta Tetap Duit Haram

Saturday, June 5, 2010

Sheikh Raed Salah : Israel Mahukan Saya Mati

Ketua Pergerakan Islamis di wilayah yang dijajah Palestin, Sheikh Raed Salah, mengesahkan bahawa tentera dari unit komando telah cuba untuk menghapuskannya semasa beliau berada di atas kapal armada yang cuba memecah kepungan di Gaza. Beliau menambah ketika berada di dalam mahkamah Israel, “Tentera Israel mencari saya dengan teliti dan melepaskan tembakan kepada sesiapa sahaja yang kelihatan sama seperti saya yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk membunuh saya, yang akhirnya mereka yang tidak berdosa terbunuh serta merta.”

Media berbahasa Hebrew telah menwar-warkan yang Sheikh Raed Salah berada di dalam keadaan cedera parah dan di bawa ke hospital beberapa jam selepas serang pembunuhan beramai – ramai yang mana disangkal oleh isteri beliau dan yakin yang tercedrea adalah orang lain dan bukan suaminya.

Beliau menekankan bahawa tindakan seperti lanun terhadap armada kebebasan adalah satu jenayah, tambah beliau lagi ” menjadi hak kami untuk mempertahankan diri, dan menjadi tanggungjawab kami mempertahankan yang lemah”, merujuk kepada kapal yang berada di bawah seliaan Turki dan negara itu harus menyokong sesiapa sahaja yang berada di atas kapal tersebut.

sumber : palestinkini.info

Friday, June 4, 2010

Kita Tidak Boleh Ajar Israel Melainkan Dengan Peluru

MARANG, 5 Jun : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sejak tragedi serangan ganas komando rejim Israel terhadap sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza Isnin lalu telah berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin orang Islam.

“Alhamdulillah, tanda-tanda yang menunjukkan negara orang Islam mula hendak sedar dan insaf. Mudah-mudahan, Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam supaya balik ke pangkal jalan,” ujarnya ketika merasmikan Kembara Tarbawi 4WD Ke Blok 6 Air Putih, Kemaman di Rusila, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan kejam tentera Israel itu juga turut menguji kekuatan umat Islam secara amnya.

Ini, katanya kerana bangsa Yahudi juga bercita-cita untuk menakluki wilayah Palestin serta menjadi kuasa besar dunia yang berpusat di Israel.

Tambah beliau, penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan.

Pertama, katanya orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

Mereka juga, katanya berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.

Rukun ketiga, jelasnya bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.

“Keempat, mereka menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.,” jelasnya.

Beliau juga menjelaskan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam kini menjadi rebutan dengan bangsa Yahudi.

Ekoran itu, katanya, orang Yahudi bertindak ganas dengan merampas tanah-tanah umat Islam di Palestin serta mengorek di sekeliling Masjidil Aqsa.

Justeru, beliau menegaskan bahawa tidak ada lagi rundingan atau perbincangan dengan negara haram Israel yang berhasrat untuk menakluk dunia.

“Hari ini, saya pakai baju ‘peluru’ bukan hendak berperang di sini. Tetapi hendak jadi simbol bahawa kita tidak boleh ajar Israel melainkan dengan peluru.

“Tidak ada lagi rundingan, tidak ada lagi perbincangan dengan negara yang berhasrat meluaskan wilayah mereka di seluruh dunia.

“Kita hendaklah mendidik diri kita menjadi umat yang kuat, umat yang gagah, umat yang bersedia untuk mati bagi menegakkan agama Allah SWT,” tegasnya.

sumber : Harakahdaily

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura