Dulu semasa kecil kita pernah disuruh meludah jika ada kereta bawa jenazah orang Cina melalui jalan. Kita juga didoktrinkan dalam kepala kita bahawa setiap Cina itu adalah komunis. Mesti dimusuhi. Malah ada tok guru menyatakan “halal” mencuri harta benda orang Cina.
GAMBAR HIASAN...Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli
beramah-mesra bersama kaum Tionghua ketika menziarahi
kematian Mr Koh Guan Tiong, 87
Di sekolah, guru-guru senantiasa mengingatkan tentang peristiwa 13 Mei. Kisah orang Cina belah perut orang Melayu dan “parang terbang” orang Melayu. Begitu kuat fahaman perkauman ketika itu.
Orang Cina merasai mereka dilayan sebagai warga kelas dua. Ramai cerdik pandai mereka berhijrah ke luar negara.
Tembok perkauman begitu sukar dirobohkan. Mengapa? Faktor utamanya kejahilan agama dan sistem politik yang sememangnya menangguk air keruh dan menjadikan isu perkauman sebagai modal pilihanraya.
Parti pemerintahan yang diketuai UMNO dan sekutunya MCA menjadikan isu perkauman sebagai modal untuk terus memerintah. Kadangkala DAP terikut menari dengan gendang perkauman. UMNO menjadikan kursus BTN sebagai tempat ‘membasuh otak ‘Melayu agar benci orang Cina. Ini fakta dan tiada khilaf!
Sehinggalah tahun 1986, ketika TG Hj Hadi berucap kepada orang-orang Cina di Batas Baru,Kuala Terengganu.
Antara kandungan ucapannya, beliau menyatakan orang Cina boleh menjadi PM Malaysia dengan syarat berugama Islam. Beliau juga menyatakan hak-hak keistimewaan orang Melayu umpama seperti Red Indian di Amerika Syarikat.
baca artikel penuh...di sini.
0 komen:
Post a Comment