Thursday, April 29, 2010

Tembak Remaja : PAS Kesal Dengan Sikap Amatur KPN

Quantcast
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap amatur Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengugut untuk mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal keselamatan negara berikutan tekanan yang diterima Polis selepas orang ramai mempersoalkan kredibiliti organisasinya dalam menguruskan kes kematian seorang pelajar, Aminulrasyid Amzah.

PAS mahu pihak Polis bersikap profesional dan menerima secara terbuka kritikan rakyat dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka. Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat.

KPN yang kontraknya telah disambung beberapa kali harus bekerja bersunguh-sungguh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika beliau tidak mampu, lebih baik beliau berundur sahaja.

PAS yakin, lebih ramai anggota Polis yang mempunyai kredibiliti mampu untuk menaikan semula imej jabatan itu. PAS juga sedar bahawa hanya sebilangan kecil sahaja anggota Polis yang bermasalah. Tapi pihak Pengurusan PDRM kena belajar terima hakikat ini dan menerima teguran rakyat secara proaktif.

Kita tidak mahu Polis hanya bertindak pantas bila kes sudah menjadi isu dalam surat khabar dan media, sedangkan isu yang tidak diketahui rakyat dipencilkan begitu sahaja.

Keselamatan rakyat kini menjadi keutamaan, dan Polis harus membantu dan membimbing rakyat agar dapat hidup dengan selamat.

PAS juga kesal kerana pihak Polis sebelum ini menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan menganggapnya sebagai satu ancaman. Jika mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak melakukan kesalahan, tiada sebab mereka takut kepada IPCMC.

Kerajaan yang mengantikan IPCMC kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (Siap) juga gagal bertindak walaupun Akta penubuhan agensi itu telah diluluskan tahun lepas. Penubuhan Siap jelas tidak siap mana pun, ianya perlu disegerakan agar rakyat dapat mengadili anggota Polis yang melanggar undang-undang. Uniform Polis bukanlah lesen untuk melakukan pelanggaran undang-undang atau membuli rakyat. Jika Polis tidak bersalah rakyat tidak menghukum.

PAS berharap agar Ketua Polis Negara akan datang lebih profesional dan tidak cepat melatah dalam menghadapi apa jua situasi dan tekanan. PAS juga berharap agar Polis dapat memberikan perkhidmatan yang adil dan tidak tunduk kepada tekanan Menteri yang merupakan ahli Politik yang mempunyai kepentingan tertentu khususnya ketika musim-musim pilihanraya.

Diharapkan selepas ini KPN menumpukan masanya untuk buat kerja bukan buat ugutan lagi kepada rakyat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Azizulhasni Olahragawan Kebangsaan 2009

IMPIAN Azizulhasni Awang untuk berada sebaris pelumba basikal yang pernah menerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan seperti Datuk Ng Joo Ngan, Shahrulneza Razali dan Josiah Ng akhirnya terlaksana selepas menjadi penerima edisi 2009 yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Gambar hiasan...melayan YB ADUN Sura dan rombongan
di meja makan penghujung April tahun lalu.

Kejayaan atlit kelahiran Terengganu berusia 22 tahun itu mencipta kejayaan penuh gemilang di peringkat antarabangsa mahupun tempatan membolehkannya membawa pulang anugerah itu, menewaskan calon pilihan, Datuk Lee Chong Wei yang juga pemenang tahun lalu serta jaguh renang, Daniel Bego.

Atlit dari Terengganu itu menyifatkan kemenangan tidak diduga bakal meniup semangatnya untuk terus berjuang menjulang sukan berbasikal negara di persada antarabangsa terutama menjelang temasya Sukan Asia dan Komanwel.

“Pernah satu ketika dulu sewaktu saya turun ke dewan makan di MSN (Majlis Sukan Negara), saya melihat terpampang poster olahragawan ditampal di dewan berkenaan dan saya berkata dalam hati agar satu hari nanti, gambar saya akan turut berada dalam poster berkenaan.

“Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya impian itu terlaksana hari ini (semalam) selepas tahun lalu saya hanya dicalonkan namun gagal untuk meraih kejayaan,” katanya yang membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Antara pencapaian dirangkul Azizul adalah muncul pelumba keirin terbaik dunia serta berada di kedudukan ketujuh dalam acara pecut, di samping memenangi pingat perak acara pecut Kejohanan Dunia yang berlangsung di Poland, Mac tahun lalu, selain merangkul pingat emas Piala Dunia di Beijing menerusi acara keirin.

Pencapaiannya di peringkat Asia adalah merangkul dua pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang berlangsung di Kalimantan, Indonesia menerusi acara pecut dan pecut berpasukan.

Terdahulu, Azizul turut menerima Anugerah Penulis-Penulis Sukan (SAM), Februari lalu, juga menewaskan Chong Wei.

Turut sama menerima Anugerah Sukan Negara yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, semalam adalah Datuk Nicol Ann David yang dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan buat kali ketujuh.

Pasukan Lelaki Kebangsaan dimenangi skuad bola sepak Bawah 23 negara selepas berjaya menamatkan penantian 20 tahun pingat emas Sukan Sea di Laos. Hadiah buat pasukan wanita menjadi milik skuad akuatik terjun.

Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan dimenangi Mohamad Salam Sidik (memanah) dan Norhayati Sarnoh (boling padang).

Anugerah Jurulatih Lelaki Kebangsaan menjadi milik K Rajagobal (bola sepak) dan Yoong Thong Foong (wushu), Anugerah Kepemimpinan Kebangsaan dibawa pulang Edmund Yong (golf) manakala Anugerah Khas dimenangi Dr T Thulukanam (karate). Tiada pemenang bagi Anugerah Tokoh Sukan dan Anugerah Tokoh Jurulatih Wanita.

sumber : hmetro.com

PRK P.212 Sibu : PR Hadapi 3000 Undi Pos

Agi Idup Agi Ngelaban, begitu kata-kata keramat yang menjadi pegangan jentera Parti Keadilan Rakyat menghadapi cabaran Pilihanraya Kecil Sibu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGHsfamgK1XZtzAqoYjbJclsDU63QOBv67dJo9hTUn6sjCljpK1p1_dyQAc9dN8baXWG1TAnPqUf7GYDK6TiW_uPWw8AuzmMOyMN0bYNMUqHLImzQ3ATdWlM4FKLAp37fI0KrE_6oft8c/s1600/sibuu.gif

PKR bersama-sama parti-parti komponen Pakatan lain seperti DAP, SNAP dan Pas telah melakukan persediaan awal bagi memastikan jentera pilihanraya kali ini benar-benar bersedia, teratur dan berkesan.

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Wan Zainal Abidin Wan Sanusi mengakui tugas Pakatan Rakyat memenangi hati dan minda rakyat Sibu bukan mudah, namun erti putus asa sebelum berjuang tidak pernah ada dalam kamus aktivis PKR Sarawak.

"signifikannya begini kalau pr menang sibu ia akan menjejaskan prestasi dan imej bn di pilihanraya akan datang tak lebih 12 bulan. ini penting untuk kita menang bagi menaikkan reputasi kita. dan utk hadapai pilihanraya dan membina persepsi kita terhadap orang"katanya beliau.

Wan Zainal menjelaskan antara rintangan yang dihadapi Pakatan Rakyat adalah isu undi pos, yang selama ini membantu BN meraih majoriti besar di Sibu.

"taktik bn yang diketahui umum akan boleh menimbulkan persainag tidak sihat. satu daripadanya ialah undi pos yang hampir 3 ribu di kawasan itu"katanya.

Wan Zainal menjelaskan PKR akan mensasarkan isu-isu setempat seperti permasalahan banjir serta isu hak pemilihan tanah yang gagal diselesaikan BN sejak berpuluh tahun.

Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihanraya kecil kawasan Sibu Sarawak ialah pada 8 Mei manakala hari pengundian 16 Mei.Pilihanraya kecil ini adalah berikutan kematian Ahli Parlimen BN Datuk Robert Lau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April.

sumber : tvselangor.com

Wednesday, April 28, 2010

Ahli Keluarga Aminulrashid Beri Keterangan Selama Tiga Jam

Selain saksi utama yang memberi keterangan kepada polis petang tadi, ibu remaja berusia 15 tahun yang ditembak polis, Norsiah Abdullah turut memberi keterangan kepada polis selama tiga jam sehingga jam 9 malam tadi.

Gambar hiasan...ketika sidang media.

Turut memberi keterangan ialah kakak mangsa, Norazura Amzah dan suaminya, Muzaffar Mahali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Peguam mereka, Farhana Abdul Halim bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada anak guamnya itu akan dipanggil semula atau tidak dan ia bergantung kepada budi bicara polis.

sumber : tvselangor.com

Tuesday, April 27, 2010

Tembak Remaja : Kerajaan Selangor Mahu Jumpa CPO

Kerajaan Selangor akan menemui Ketua Polis Negeri, Datuk Khalid Abu Bakar untuk mendapatkan penjelasan mengenai insiden seeorang remaja berusia 15 tahun - Aminulrasyid Amzah - ditembak mati oleh polis awal pagi semalam.

SAYU...jenazah Aminulrasyid dibawa keluar dari HTAR.
SAYU...jenazah Aminulrasyid dibawa keluar dari HTAR. foto - hmetro

Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menjemput Khalid datang dalam tempoh dua minggu lagi untuk "meredakan apa-apa kebimbangan berhubung tindakan polis."
"Perkara paling baik ialah (sekiranya) CPO bersikap terbuka dan ikhlas berhubung kejadian ini.


Apa yang terbaik bagi kami adalah untuk memahami insiden ini, dan pada masa sama, memastikan orang yang tidak bersalah dilindungi, dan kita juga mahu tahu perkara sebenar.

"Kita boleh duduk berbincang dengan polis bagaimana tindakan ke atas rakyat boleh dibuat dengan satu cara yang boleh mengelakkan jenayah, tetapi tidak memangsakan orang yang tidak bersalah.

"Saya harap kita boleh wujudkan satu keseimbangan dan persefahaman," kata menteri besar itu selepas merasmikan Pusat Konvensyen Shah Alam pagi ini.


Khalid juga berkata beliau akan mengarahkan exco kebajikan dan wanitanya, Rodziah Ismail untuk memantau perkembangan isu ini.


"Pihak kita tidak mahu terlebih campur tangan sekarang kerana kita rasakan itu yang terbaik untuk keluarga dan rakan-rakan (mangsa) supaya ada ruang untuk bertenang.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri melalui Rodziah akan mengambil alih selepas ini," kata Khalid agi.



sumber : Malaysiakini

BN Halal Cara Demi Kemenangan, Pakatan Rakyat Dukung Maruah Perjuangan

Pakatan Rakyat tidak akan menari dengan rentak sumbang Barisan Nasional yang menghalalkan cara untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya terus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan.


Sekalipun kekalahan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pahit untuk ditelan tapi demi perjuangan bermaruah, tiang keadilan dan kebenaran perlu ditegak, dipasak kukuh dalam sanubari setiap pejuang rakyat.

Demikian pesanan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Fuziah Salleh kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak luntur semangat juang semata-mata gagal menerima hakikat kekalahan ini.

Persaingan sengit pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat berlanjutan hingga ke saat akhir kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Sekalipun kemenangan berpihak kepada P Kamalanathan, namun Umno BN terpaksa menggunakan taktik kotor dengan menyerang Pakatan Rakyat dari segenap penjuru tanpa mempeduli sempadan kemanusiaan.

Malah Umno BN juga tidak menghormati pengundi melalui tindakannya merendah-rendahkan martabat rakyat apabila menabur wang dan janji yang belum tentu dipatuhi lantaran mabuk dengan kemenangan kecil ini.

"Memang ada rasa sedih dan kecewa kerana kita ini manusia. Mungkin sehari dua kita berasa sedih tapi kita akan bangkit dan lawan tetap lawan. Malah, perjuangan ini lebih bermaruah jauh lebih penting dari keputusan," katanya.

Apapun, Fuziah Salleh yakin kekalahan ini ada rahmatnya.

"Kalah menang adat perjuangan. Kadang-kadang, kalau selalu menang, kita lupa tingginya langit. Mungkin kita perlu lihat ke dalam diri supaya terus kekal tabah dalam perjuangan," katanya lagi.

Kekalahan ini sama sekali tidak akan melemah semangat pendukung Pakatan Rakyat walaupun kesuraman sedikit sebanyak dirasai tetapi beliau yakin rakyat akan bangkit dan mara dengan lebih bersemangat lagi.

"Perjuangan ini berpaksikan keadilan dan kebenaran. Kalau BN terdesak dan buat apa saja, adakah kita akan buat perkara sama? Tentu sekali tidak, tapi kita berterus pegang kepada prinsip keadilan, berpaksikan kebenaran," katanya.

sumber : tvselangor.com

Monday, April 26, 2010

Sekatan Kebebasan Media : Usul Dalam Dewan Negara

MENJELANG Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, masyarakat sivil semakin lantang untuk menentang sekatan kebebasan media yang berlaku di negara kita. Malah, perletakan jawatan penerbit ntv7, Joshua Wong baru-baru ini, telah mendedahkan realiti bagaimana kebebasan media arus perdana dikawal dan disekat oleh pemerintah.

Lantaran daripada itu, senator Tunku Abdul Aziz (gambar kiri), bakal mengusulkan "kes campur tangan politik dalam urusan ntv7 untuk menyekat kebebasan media dan membantutkan perbahasan politik yang sihat", di Dewan Negara dalam masa terdekat. Bagaimanapun, kes yang cuba diusulkan di bawah Peraturan Mesyuarat 26 (3) ini tidak sempat dibacakan dalam Dewan Negara, pada hari ini.

"Saya mengusulkan perkara ini kerana percaya Parlimen harus memandangkan berat insiden ini kerana campur tangan politik dari pihak kerajaan - termasuk isteri Perdana Menteri yang bukan seorang ahli Eksekutif - pasti akan menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat. Ia tidak membantu kita mencapai tahap negara maju, sebaliknya merupakan taktik yang digunakan oleh diktator negara mundur untuk terus membelenggu rakyatnya," kata Tunku Abdul Aziz dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, "Usul ini juga dibawa dalam memastikan profesionalisme dan budaya kreatif media dan serta hak rakyat bersuara tidak terus terjejas."

Joshua Wong (gambar kanan), penerbit rancangan forum Editor's Time, meletak jawatan pada 20 April 2010 untuk menunjukkan ketidakpuasannya terhadap syarikat media yang beliau berkhidmat, kerana tunduk kepada aduan daripada Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, menurutnya.【Penerbit letak jawatan, dedah ntv7 menerima aduan Rosmah】

Setelah sidang media tersebut diadakan, bosnya, Tan Boon Kooi telah mengeluarkan satu kenyataan media, memuji Joshua Wong sebagai pengamal media yang baik. Bagaimanapun, Tan Boon Kooi tidak menafikan tuduhan Joshua Wong. 【Joshua pengamal media yang baik, puji bosnya】

CPI: Najib harus jelaskan

Malah, ketika diminta untuk mengulas isu ini pada 24 April, Rosmah Mansor sekadar menjawab, "I have nothing to say" (Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan).

baca artikel penuh...di sini.

Sunday, April 25, 2010

Pengajaran Al-Quran : Hikmah Kekalahan

Dalam perjuangan, para pejuang sudah pasti akan menghadapi suasana tekanan perasaan, cabaran musuh, kepayahan, keletihan, bosan, serba kekurangan, kesedihan dan sebagainya.



Dalam keadaan inilah manusia memerlukan bimbingan dan tiupan semangat untuk mengukuhkan pendirian dan memantapkan gerakan. Oleh itu, al-Quran adalah sumber terbaik yang akan memberikan kesemua input tersebut.


Sayyid Qutb menjelaskan dalam Fi Zilal al-Quran: Sesungguhnya al-Quran itu menghubungkan masa silam manusia dengan masa depannya dan masa akan datang dengan masa silam.
Dalam ayat-ayat tadi, al-Quran mahu menerangkan bahawa segala perkara yang menimpa orang-orang yang mendustakan para rasul dahulu akan menimpa pendusta-pendusta hari ini dan masa akan datang.

Dari satu sudut, tujuannya adalah supaya hati-hati pendokong jamaah Islam merasa tenang kerana memahami kesudahannya kelak dan dari sudut lain pula, supaya mereka berwaspada agar tergelincir seperti golongan pendusta-pendusta tadi.


Menyentuh soal kekalahan Allah swt berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 137-142, bermaksud:

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul) [137].


(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa [138].

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh) beriman [139].

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah mendapat luka yang sama (dalam perang Badr). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan). kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim [140].

Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir [141].

Atau adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar? [142]"

baca artikel penuh...di sini.

Keputusan Terkini/Tidak Rasmi PRK P094 Hulu Selangor

Keputusan Terkini/Tidak Rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen P094 Hulu Selangor

Keputusan ini dibawakan khas oleh

Pakatan Blogger

Calon Parti Jumlah Undi
Datuk Zaid Ibrahim

14134

P.Kamalanathan

12961


Jumlah Pengundian Peratus Pengundian Majoriti

27095

42%

1173


sila lihat paparan di NOTIS sebelah kanan dari masa ke semasa

Saturday, April 24, 2010

Mesej Dari Zaid Ibrahim Untuk Hulu Selangor Menjelang Hari Pengundian Esok 25 April

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman, taulan, dan rakyat Malaysia sekalian. Esok, hari Ahad 25hb April 2010, merupakan satu hari yang cukup penting bagi negara demokratik muda kita. Rakyat Hulu Selangor akan membuang undi dan memilih Ahli Parlimen baru mereka. Apakah keputusan PRK ini bermakna rakyat Malaysia masih mahukan perkara yang sama berleluasa: pentadbiran yang tidak cekap, politik rasis yang mengadu-domba, rasuah berleluasa?

Atau apakah kita sudah bersedia menyatakan pendirian kita?

Esok, rakyat Hulu Selangor harus membuat pilihan. Tapi, kita boleh turut serta mendampingi mereka.

Bagi anda yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan parlimen P94, saya minta:

- pastikan lokasi membuang undi anda di http://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx

- pulanglah ke Hulu Selangor awal, kemungkinan jalanraya sesak.

- keluarlah mengundi seawal yang mungkin.

Bagi anda yang tidak berdaftar sebagai pengundi di P94, tapi menyokong perjuangan kami, saya minta:

- ajaklah teman-teman yang boleh mengundi di P94 untuk pulang mengundi

- berikan bantuan anda dari segi masa, kenderaan dan sebagainya di Pusat Media PKR di Kuala Kubu Bharu

- sebarkan maklumat melalui status Facebook dan Twitter anda

- datanglah ke Kuala Kubu Bharu untuk memberi sokongan moral

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan bantuan semua. Perjuangan kita baru bermula.

Sama-sama Selamatkan Malaysia.

- Datuk Zaid Ibrahim

Assalamualaikum and Salam Sejahtera,
Friends and fellow Malaysians. Tomorrow, Sunday 25th April 2010, is a very important day for our young democracy. The people of Hulu Selangor will vote for their new Member of Parliament. Will tomorrow’s outcome mean Malaysians want more of the same: inefficient governance, divisive race-based politics, blatant corruption? Or are we ready to make a stand?
Tomorrow, the people of Hulu Selangor must make this choice. But they need not make this choice alone.
For those of you who are registered to vote in the P94 constituency, I urge you to:
- check your polling station by visiting http://daftarj.spr.gov.my
- come back to Hulu Selangor early because the roads might be jammed.
- get out to vote as early as possible.
For those who are not eligible to vote, but who support our efforts, I urge you to:
- encourage all your friends, who are eligible to vote in P94, to come back and vote.
- volunteer your time, cars, vans, and motorbikes at the PKR Media Centre in Kuala Kubu Bharu
- disseminate information through Facebook status and Twitter updates.
- come to Kuala Kubu Bharu to lend your support.
Thank you all again for your good wishes and support. Our work is only just beginning.
Sama-sama Selamatkan Malaysia.
- Datuk Zaid Ibrahim

sumber : zaiduntukrakyat.com

Friday, April 23, 2010

Kekebalan APCO Akibat Kebebalan UMNO !

KUALA LUMPUR, 23 April : Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan perbincangan untuk mengambil tindakan susulan bagi membantah perjanjian Malaysia dengan APCO Worldwide selepas selesai pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PR tidak akan berdiam diri dalam perkara ini apatah lagi usaha mereka menyerahkan memorandum bantahan kepada Majlis Raja-Raja baru-baru ini belum mendapat sebarang respons.

"Kita akan berbincang selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor ini untuk melihat apa tindakan susulan yang harus diambil. Yang penting kita tidak akan berdiam diri dalam isu ini," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menegaskan, beliau tidak gentar jika sekali lagi terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang akibat menentang kerajaan seperti yang berlaku pada tahun 2000 dahulu.

"Saya sendiri sudah bertekad kalau kehadiran pasukan kriket Israel saya menentang dan kemudiannya mahkamah memberi pilihan pada saya sama ada denda atau penjara, dan saya pilih penjara dan dalam hal ini saya tidak akan bertolak ansur kerana tindakan kerajaan ini satu tindakan yang menjual Malaysia dan rakyatnya kepada pihak asing.

"Saya tidak akan berdiam diri walaupun terpaksa berhadapan dengan hukuman penjara," tegasnya.

Mengulas keputusan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee meluluskan usul merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel, beliau berkata, Umno sememangnya bermati-matian mempertahankan APCO kerana terikat dengan perjanjian di antara mereka.

"Bagi pihak kerajaan, mereka tidak boleh menempelak APCO kerana APCO boleh mencabar mereka kalau mereka cuba mengambil tindakan terhadap APCO.

"Jadi dengan dengan perjanjian yang dibuat di antara Malaysia dengan APCO, kerajaan kena pertahankan APCO yang ternyata menyebelahi APCO, bukan menjaga kedaulatan negara," katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap pengaruh APCO di Malaysia kerana didakwa lebih 'kebal' daripada kuasa Raja-Raja Melayu.

"Dalam perjanjian di antara Malaysia dengan APCO, APCO diberi kekebalan. Jadi ia tidak boleh didakwa di bawah mana-mana undang-undang di negara kita yang saya anggap bahawa kekebalan ini lebih kebal dari Raja-Raja Melayu, sedangkan Raja Melayu boleh dibawa ke mahkamah melalui peruntukan mahkamah khas yang telah pun diguna di parlimen ini suatu ketika dahulu.

"Kekebalan APCO ini adalah akibat daripada kebebalan Umno yang menganugerahkan kekebalan tersebut," katanya.

Majoriti ahli Parlimen PR semalam bertindak keluar dewan apabila Ronald meluluskan usul merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Usul itu didakwa 'cacat' kerana terus menjatuhkan hukuman sebelum Anwar benar-benar didapati bersalah.

sumber : Harakahdaily

Warga Felda Sungai Tengi Alu-Alukan Pengumuman Penting Menteri Besar

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita24/IMG_4811.JPGHULU SELANGOR – Para peneroka Felda Sungai Tengi disini tidak sabar menunggu pengumuman penting yang akan dibuat oleh Menteri Besat Selangor, Tan Sri Khlaid Ibrahim.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Desa Maju Sungai Tengi , Selamat Rakio berkata, beliau bagi pihak seluruh peneroka mengalu-alukan pengumuman penting yang sangat dinanti-nantikan itu.


Beliau yang dikenali sebagai Wak Selamat (gambar) sudah mendapat gambaran tentang berita gembira yang akan disampaikan sendiri oleh Tan Sri Khalid.
“Wak dapat agak, MB (Tan Sri Khalid) akan membuat pengumuman yang menggembirakan seluruh peneroka, khususnya generasi kedua,”katanya ketika ditemui di Majlis Himpunan Warga Felda Kebangsaan yang bermula hari ini, 23 April.

Sehubungan itu, beliau yakin dengan usaha kerajaan negeri tersebut akan dapat melonjakkan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibtrahim.
Menurutnya, sehingga kini, respon dari teman-teman menggalakkan, namun mereka masih tidak dapat menonjolkan diri menyatakan sokongan terus terang kepada Pakatan Rakyat.

“Mereka tidak menonjol kerana mereka duduk dalam Umno, sudah lama, tapi mereka memberi respon akan beralih pada kali ini,”ujarnya. Apabila ditanya, mengapakah mereka mahu beralih sokongan pada pilihanraya kali ini, Wak Selamat menjawab, kerana mereka kini sedar tentang penipuan Felda.

Antara penipuan itu, katanya, bayaran bulanan yang diterima oleh setiap peneroka adalah hanya RM1500 seorang, sedangkan sepatutnya ia lebih dari itu.
Tindakan Felda tersebut, menurutnya, adalah tidak adil kerana Felda mendapat keuntungan yang begtu banyak, hasil serahan kembali urusan ladang mereka kepada Felda.

Oleh itu, kata Wak Selamat, ramai peneroka yang keluar dan menarik diri, mengusahakan ladang dan menjual hasil mereka sendiri.
“Purata, mereka yang tidak serahkan kepada Felda mendapat hasil RM3000 sebulan berbanding, bayaran RM1500 yang diberikan Felda,”jelasnya.

sumber : Buletinonline

Thursday, April 22, 2010

Anwar Cabar Najib Debat Pasal APCO Di Hulu Selangor

Suara Keadilan : Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat di hadapan rakyat Hulu Selangor berhubung penglibatan firma pro Zionis Israel, Apco Worldwide dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

“Saya cabar Najib berdepan dengan rakyat pada malam terakhir sebelum hari pengundian untuk memberi penjelasan tentang penglibatan Apco Worldwide dalam pentadbiran negara, saya ada maklumat lengkap tentang penglibatan ini.

“Kita boleh beri berapa lama masa yang dia perlukan janji dia berani berdepan dengan rakyat untuk memberi penjelasan. Jangan hantar orang suruhan saja,” jelasnya pada ceramah di Batang Kali semalam dihadapan ribuan penyokong.

Beliau juga menjelaskan tentang dasar kerajaan negeri Selangor dalam memberi kebajikan kepada rakyat selain meminta rakyat membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian nanti.

“Sebelum ini saya sudah jelaskan dasar kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya di negeri Selangor yang telah terbukti memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Saya berharap rakyat akan membuat pemilihan yang terbaik agar seluruh penduduk di Hulu Selangor akan terbela, kita kena pilih calon yang berprinsip seperti Datuk Zaid Ibrahim yang jelas tentang pegangan beliau tanpa memikirkan kepentingan peribadi.

“Sebelum ini saya dah beritahu kepada keluarga Zaid agar bersiap sedia menghadapi serangan kotor dari Umno kerana mereka ini akan menggunakan apa saja tanpa memikirkan akibat selepas itu. Tengok apa yang berlaku sekarang, Umno membuat serangan peribadi.

“Saya harap keluarga Zaid dapat hadapi semua itu dan jangan bimbang kita sentiasa memberi sokongan kepada Zaid,” jelasnya lagi.

Anwar juga memberitahu setiap kejahatan yang ingin dilindungi tidak akan bertahan lagi sampai masanya terbongkar juga.

“Berapa lama Najib nak sembunyikan penglibatan rasuah dalam pembelian kapal selam, di Malaysia bolehlah di selindungi tetapi kalau di Paris macam mana nak tutup. Sekarang kes rasuah berkaitan dengan pembelian kapal selam sudah di bongkar di sana dan akan difailkan di mahkamah Paris, Najib kena jawap jangan lepas tangan begitu saja kerana ini melibatkan maruah negara,” tegas Anwar lagi.
Beliau menegaskan apa yang berlaku di dalam KEADILAN tentang calon yang lompat adalah satu proses memantapkan parti.

Ini juga telah berlaku kepada PAS sebelum ini yang menyebabkan PAS menjadi parti yang mantap sehingga Barisan Nasional takut hendak menghadapinya.

sumber : zaiduntukrakyat.com

Penerbit Dedah NTV7 Menerima Aduan Rosmah

Penerbit Berita dan Isu Semasa ntv7, Joshua Wong (gambar kanan) meletak jawatan sebagai protes kerana nvt7 tunduk kepada aduan Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Joshua Wong yang bertanggungjawab dalam rancangan forum Editor's Time (bahasa Cina), merasakan kebebasannya tercabul apabila menerima arahan "3 Jangan".

Arahan "3 Jangan" ini adalah seperti yang berikut, jangan membincangkan isu politik, jangan mengundang panelis dari pembangkang dan jangan membincangkan isu PRK Hulu Selangor.

Rancangan Editor's Time yang hanya dimulakan baru-baru ini terpaksa ditarik dan menggugurkan isu politik, lantaran daripada tekanan politik yang dihadapi. Penerbitnya, Joshua Wong mengambil keputusan meletak jawatan pada 20 April, untuk mempertahankan prinsip kebebasan media.

sumber : merdekareview.com

Wednesday, April 21, 2010

2 Orang Warga Emas Terima Sumbangan Kerusi Roda Daripada ADUN Sura

DUNGUN 21 April, Rabu - Dua orang warga emas melahirkan kesyukuran masing-masing selepas menerima kerusi roda yang telah disampaikan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, petang semalam.

Cik De Timah dan Pak Man (suami Cik De Timah) bergambar kenangan
bersama ADUN Sura, Encik Baharuman dan Encik Mohd Yusof


Di Lorong 2, Kampung Padang Jambu, Fatimah Ngah, 73, yang lebih seminggu diserang stroke merasa terharu di atas kunjungan ADUN Sura bersama rombongan bagi menyampaikan kerusi roda, untuk memudahkan pergerakan beliau.

" Makcik tak sangka Ustaz akan datang ke rumah jenguk makcik petang ni, terima kasihlah kerana susah-susah sampaikan bantuan untuk makcik, " ujar beliau, yang lebih dikenali sebagai Cik De Timah, yang nyata terharu dan gembira.


ADUN Sura diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Padang Jambu, Encik Baharuman Haji Abdul Hamid dan Ahli Jawatankuasanya, Encik Mohd Yusof Ismail.

Mek Mah bergambar kenangan bersama ADUN Sura
dan Ketua PAS Caw Sg Udang, Encik Enche Alias Muda


Sementara itu, seorang lagi warga emas di Kampung Bijangga, Mek Mah Aji, 73, yang tidak berupaya berjalan seperti biasa semenjak keuzuran lebih 5 tahun lalu, turut melahirkan rasa terharu di atas kunjungan ADUN Sura.

Beliau yang kebetulan bertandang ke rumah salah seorang anaknya, tidak jauh dari kediaman beliau, turut menerima kerusi roda sebagai bantuan untuk memudahkan pergerakan beliau.

Keputusan PRK Hulu Selangor Diketahui 11 Malam : SPR

HULU SELANGOR : Keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dijangka diketahui 11 malam, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Datuk Zaid Ibrahim (kiri) bertemu pengundi di Pasar Bukit Sentosa
ketika berkempen di Hulu Selangor, hari ini. -
Foto Abdullah Yusof - Apr 21, 2010 4:40 pm

Bagaimanapun katanya, perkara itu bergantung kepada pelbagai faktor termasuk semua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan mengikut jadual iaitu 9 malam.

"Sekiranya semua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan pada 9 malam maka kita jangka dapat umumkan keputusan itu 11 malam.

"Tetapi kita takdapat pastikan sebab mungkin akan berlaku pengiraan semula undi di pusat pengiraan undi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Wan Omar berkata undi pos untuk pilihan raya kecil itu juga telah diagihkan kepada pasukan polis dan tentera dan mereka yang terlibat akan mengundi pada esok dan Jumaat ini.

Proses membuang undi pos akan dijalankan di ibu pejabat polis daerah dan kem tentera di Kuala Kubu Bahru, katanya. - Bernama

sumber : bharian.com

Tuesday, April 20, 2010

Lelaki Minum Arak Dalam Gambar ? Hishammuddin : Saya Tak Ingatlah

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein "tidak ingat" sama ada dirinya lelaki yang minum arak dalam satu gambar yang tersebar dalam internet atau tidak. Ketika soalan ini diajukan oleh MerdekaReview kepada Naib Presiden UMNO ini, beliau menjawab, "Saya tak ingatlah..." (I don't remember.)

Beliau bertanya, "Apa yang mereka lakukan? Ada juga gambar isteri saya. Anda boleh lihat itu superimpose (diubahsuai). Gambar yang mengaitkan anak perempuan saya itu jelas bukannya! Untuk saya, saya telah membuat keputusan...(gambar yang) dalam web ini saya takkan jawab. Benda-benda begini."

"...Dan mereka melatah dalam konteks ini, itu terserlah kepada mereka. Tapi kalau nak cari tuduhan, dakwaan, gambar... gambar saya dengan student, gambar saya dengan perempuan, semua ada dekat dalam tu. Kalau nak tanya gambar ini dan itu...saya ke tidak? (Saya ada lagi) Banyak kerja lain, kalau kita nak buat ikut tanggungjawab dan amanah," sambungnya.

Hishammuddin menambah, "Itu realiti politik. Bagi saya, itu asam garam. Tetapi bila dia menyentuh isteri, anak-anak saya yang tak berdosa, itu maknanya mereka dah agak daif dan ketandusan nak berkempen dan nak memperjuangkan kedudukan mereka sebagai parti politik untuk rakyat Malaysia."

Dalam satu lawatan ke ladang Nigel Gardner kawasan Hulu Selangor pada hari ini, Hishammuddin Hussein diminta untuk respon kepada isu gambar yang tersebar di internet, di mana seorang lelaki yang menyerupai wajahnya sedang memegang tin arak.

Selepas tamatnya aktiviti di sebuah sekolah tamil, wartawan MerdekaReview meminta agar Hishammudin respon kepada isu gambar tersebut. Pada mulanya, beliau berkata beliau telah respon kepada isu ini pada waktu pagi. Wartawan kemudiannya bertanya sama ada beliaulah orang yang berada dalam gambar tersebut, lantas Hishammuddin mendakwa bahawa dirinya tidak ingat.

Menurut laporan Bernama pada pagi ini, Hishammuddin Hussein berkata beliau sedar akan wujudnya gambar ini di internet sejak lapan tahun yang lalu. Beliau mempertikaikan mengapa isu gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun, malah menyifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.

Zaid Ibrahim, calon PKR untuk PRK Hulu Selangor, berdepan dengan tuduhan "kaki botol" sebermulanya kempen PRK ini. Beliau telah mengakui kesilapannya dan mendakwa dirinya telah bertaubat. Bagaimanapun, serangan ini tidak terhenti dan Pakatan Rakyat kini membalas dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin UMNO yang juga meminum arak, dan memiliki syarikat arak.

sumber : merdekareview.com

lihat gambar ini...saudara kenal dan sokong saya?

Saya Sudah Taubat, Pemimpin UMNO Terus Tenggelam Dengan Arak - Zaid (Video)



KUALA LUMPUR, 20 April : Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) menyelar tindakan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan mengungkit segala perkara yang dilakukan sewaktu menjadi menteri kabinet dahulu.

Menyoroti sirah, Taib berkata, serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid.

Menurutnya, setelah Khalid memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasululullah s.a.w., kafir Quraisy menyerang peribadi Khalid sebelum memeluk Islam dan menghasut para pengikut Rasulullah s.a.w. agar tidak memberikan kepaercayaan kepada Khalid.

"Dari sudut Islam, apabila khalid Ibnu Walid memeluk Islam dan beriman kepada Allah S.W.T., perkara ini yang dimainkan oleh kafir Quraisy dengan mencungkil balik sejarah buruk Khalid.

"Kita tahu Khalid merupakan orang yang bersungguh-sungguh ingin membunuh nabi sehingga masa peperangan Uhud, yang memimpin perang di kalangan kafir Quraisy ialah Khalid dan beliau bersiap sedia dengan pedang untuk membunuh Nabi.

"Tapi setelah beriman dia menjadi sahabat kanan Rasulullah s.a.w. dan orang yang dijamin syurga. Kedudukan ini yang diperoleh oleh Khalid dengan taubat dia dan sebagainya, maka kafir Quraisy bertindak menyerang peribadi beliau," katanya.

Taib mempersoalkan sikap pemimpin Umno/BN yang seolah-olah bersetuju dengan tindakan kafir Quraisy dan melakukan perkara yang sama dalam kempen mereka untuk memenangkan calon BN di Hulu Selangor.

"Bagi saya apa yang dimainkan oleh Umno dengan menyerang Zaid secara peribad, ini adalah rentak tari lama yang dimainkan oleh musyrikin. Oleh itu, para pengundi boleh bertanya, apakah Umno dan Barisan Nasional hari ini sama juga perangai dengan musyrikin dulu?”

"Apakah mainan Umno semacam ini, orang Melayu dan orang Islam boleh berpegang kepada perbuatan ini dan adakah orang Umno seronok sangat dengan rentak tari yang dimainkan oleh musyrikin dahulu?" soalnya.

Beliau juga berkata, Zaid sendiri telah mengaku kesalahan dan sewajarnya sebagai orang Islam berbaik sangka dan menerima pengakuannya dengan hati yang terbuka.

"Sekarang ini Zaid sendiri mengaku dan dia pun dah insaf jadi dalam konteks itu secara baik sangkanya. Kita sebagai muslim bahawa kita yakin bahawa beliau telah bertaubat kepada Alah dan jika Allah membuka pintu taubat kepada semua orang, kenapa kita tidak boleh terima secara rasional," katanya lagi.

Beliau turut mempersoal Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mewar-warkan membela nasib Melayu tetapi menyokong calon MIC di Hulu Selangor.

"Mana letak duduk Perkasa yang menyokong orang Melayu. Dalam hal ini dia menyokong MIC.

"Apa yang ada pada kredibilti Perkasa. Untuk mendapatkan sokongan Melayu, mereka mendendangkan lagu Melayu tapi dalam meraih politik BN mereka menyokong MIC," katanya.

sumber : Harakahdaily

Monday, April 19, 2010

Kenali 10 Jenis Fitnah

SESUNGGUHNYA fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (Maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah)


Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud: Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia pada waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah.

Ia seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang Muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit. (Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripada Abu Hurairah)

Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara. Sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.

Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafik. Ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu memburukkan Islam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam

1. Fitnah melalui kepimpinan negara.

2. Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.

3. Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.

4. Fitnah melalui ungkapan.

5. Fitnah melalui penulisan.

6. Fitnah melalui iklan produk.

7. Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.

8. Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.

9. Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.

10. Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.

Fitnah melalui kepimpinan negara

Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah Negara Islam. Pada hal pada masa memerintah mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis dan lain-lain.

baca artikel penuh...di sini.

BN Palsukan Gambar Untuk Malukan Zaid : Teknik Super Impose Dibongkar

Quantcast

Kaki botol: Sudah sampai tahap fitnah

KUALA LUMPUR, 19 April : Umno melalui rakan-rakan blogger mereka nampaknya secara bersungguh-sungguh benar mahu mengaibkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan tuduhan kaki botolnya.

Namun, apa yang dibuat oleh mereka keterlaluan sehingga sanggup membuat gambar palsu bagi membuktikan tuduhan mereka.

Walaupun Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein menafikan Umno terlibat dengan tuduhan itu, tetapi akhbar Umno sendiri antara yang terlibat dengannya secara langsung.

(Gambar kiri yang disiarkan oleh blogger Umno manakala gambar kanan adalah gambar asal yang menjadi sumber gambar ini)

Ia disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia Ahad lepas dengan berselindung di sebalik cabaran dari Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Ekoran dakwaan muka depan Mingguan itu para blogger Umno berbondong-bondong kononnya menyahut cabaran Azmin untuk membuktikan Zaid kaki botol.

(Gambar kiri adalah gambar yang disiarkan oleh blogger Umno manakala kanan adalah gambar asal Zaid )

Dalam laman ini adalah dua gambar yang disiarkan oleh para blogger Umno ini kononnya ia adalah bukti Zaid sedang minum arak padahal ia hanya gambar yang dibuat semula secara palsu.

Di siarkan juga gambar asal yang di’super impose’kan oleh para blogger ini atas dasar untuk memberikan bukti kepada Azmin, ini dia buktinya.-Harakahdaily

sumber : syukran.wordpress.com

Saturday, April 17, 2010

Sekitar Gambar Penamaan Calon PRK P.94 Hulu Selangor












sumber gambar di sini...lihat lagi di sini dan di sini,
lihat video di sini

Friday, April 16, 2010

Kisah Sahabat Nabi : Abdullah Bin Mas'ud

Sabda-sabda Rasulullah s.a.w.
  • "Jika sekiranya aku hendak melantik seseorang bagi memegang sesuatu tugas tanpa berunding dengan kaum Muslimin yang lain maka pastilah yang aku tabalkan itu ialah Abdullah Bin Mas’ud ".
  • "Aku rela kepada ummatku apa-apa yang disukai oleh Ibnu Mas’ud dan aku marah kepada ummatku apa-apa yang dimarahi olehnya.”
  • “Apakah kamu sekalian mentertawakan betis Ibnu Mas’ud yang lebih berat timbangannya itu di sisi Allah dari berat Gunung Uhud?”

Siapakah gerangan tokoh Abdullah Bin Mas’’ud ini hinggakan beroleh sanjungan yang demikian tinggi dari baginda Rasul? Abdullah Bin Mas’ud adalah seorang tokoh sahabat yang amat terkenal dan seorang yang sangat dicintai oleh Rasulullah s.a.w.

Abdullah Bin Mas’ud termasuk dalam barisan orang-orang Islam yang permulaan dan telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w. memasuki Darul Arqam. Berlainan dari para sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Saiyidina Abu Bakar AI Siddiq, Umar Al Khattab ataupun Uthman Bin Affan yang tergolong dari kaum bangsawan itu, sahabat Abdullah Bin Mas’ud ini berasal dari keluarga yang miskin bahkan ia sendiri asalnya adalah seorang pengembala kambing kepunyaan Uqbah Bin Abi Muith. Tetapi setelah menjadi Islam, Abdullah Bin Mas’ud telah berjaya menjadikan dirinya sebagai seorang tokoh sahabat yang terbilang, seorang besar dalam sejarah lslam yang telah menjalani hidup yang penuh kemuliaan dan kesucian. Menurut riwayatnya, ketika beliau masih kanak-kanak lagi, Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan kepadanya bahawa ia kelak akan menjadi seorang guru. Dan memanglah benar terbukti di hari kemudiannya, Abdullah Bin Mas’ud telah muncul sebagai seorang guru agama yang cerdas dan bijaksana serta luas pengetahuannya.

Satu daripada keistimewaan sifat peribadi Abdullah Bin Mas’ud setelah ia memeluk Islam ialah keberaniannya memperdengarkan bacaan ayat-.ayat suci Al- Qur’an kepada kaum Quraisy yang masih musyrik walaupun perbuatannya itu ternyata membahayakan keselamatan dirinya. Para sahabat mencegahnya dari melakukan perbuatan yang nekat itu kerana bimbangkan keselamatannya. Apatah lagi bila memikirkan dirinya yang bukan berasal dari keluarga yang besar ataupun kaya. Namun kebimbangan sahabat-sahabatnya itu tidak sedikit dipedulikannya.

Ternyata pada suatu hari tatkala beliau sedang membaca­kan ayat-ayat suci Al-Qur’an dengan lantangnya di hadapan orang-orang kafir Quraisy, beliau kesudahannya telah di­ keroyok lalu dipukul oleh orang-orang Quraisy itu hingga melukai bahagian muka dan mulutnya. Apakala Abdullah Bin Mas’ud kembali kepada sahabat-sahabatnya serta melaporkan apa yang telah terjadi, para sahabat mengatakan, "Inilah yang kami khuatirkan dulunya dan sekarang telah benar terjadi." Mendengar kata-kata sahabatnya itu Abdullah lalu berkata,”Kalau saudara-saudaraku kehendaki akan saya mendatangi mereka itu lagi untuk memperdengarkan ayat-ayat Allah." Demikian keteguhan pendirian Abdullah Bin Mas’ud serta kuatan imannya dalam Islam.

Abdullah Bin Mas’ud juga adalah salah seorang daripada penulis wahyu Rasulullah s.a.w. Bahkan beliau pernah mengatakan bahawa beliau telah mengambil langsung Al-Quran daripada Rasulullah s.a.w. tidak kurang dari 70 buah surah. Selain daripada itu tidak seorang pun yang dapat menandinginya dalam soal tersebut dan Rasulullah s.a.w. telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk menyebar­kan Al-Quran tersebut. Bahkan Rasulullah s.a.w. sendiri pernah suatu ketika bersabda, "Pelajarilah Al-Quran dari empat orang", dan salah seorang daripadanya ialah Abdullah Bin Mas’ud.

Sungguh beliau telah memperoleh penghormatan di sisi baginda Rasul bukan sahaja kerana darjat keimanannya tetapi juga kerana kecerdasannya dalam ilmu Al-Quran dan Hadith serta hidupnya yang penuh soleh dan taqwa. Hubungannya dengan Rasulullah s.a. w. adalah begitu erat sekali hinggakan Abu Musa pernah menyatakan, "Saya sering melihat Nabi s.a.w. dan tidaklah aku lihat di sampingnya kecuali Ibnu Mas’ud yang telah masuk dalam keluarga Nabi."

Rasulullah s.a.w. sangat mencintai Abdullah Bin Mas’ud dan dialah satu-satunya sahabat besar yang diberi izin keluar­ masuk rumah Rasulullah s.a.w. Selain menjadi sahabat Rasul­ullah s.a.w. yang akrab, beliau juga salah seorang pembantu dan murid baginda. Beliaulah yang selalu mengikuti Rasul­ullah s.a.w. pergi dan mengurus terompah beliau, mengurus kain basahan di waktu Rasulullah s.a.w. mandi dan meb­angunkan baginda sewaktu sedang tidur pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.

baca artikel penuh...di sini.

Wednesday, April 14, 2010

Pengumuman Calon PRK P.094 - Ucapan Presiden PAS

Tuesday, April 13, 2010

Sekitar Gambar Pengumuman Calon PRK P.94 Hulu Selangor









Sumber : http://bagindareformasi.blogspot.com

Monday, April 12, 2010

Ceramah Khas ISU ISRAEL 'CEROBOH' NEGARA Di DUN Sura, Dungun, Rabu 14 April

DUNGUN 12 April, Isnin - Menjelang kurang 2 minggu sahaja lagi pengundian di pilihan raya kecil P.94 Hulu Selangor dan selepas sehari pengumuman calon oleh Pakatan Rakyat, Lajnah Penerangan MTD Sura sekali lagi mengambil inisiatif menganjurkan majlis penerangan pada 14 April, Rabu bertempat di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, di sini.

Menyedari bahawa isu-isu semasa yang berlaku bukan hanya tertumpu di medan pilihan raya semata-mata, maka sekali lagi Chegu Bard diundang ke DUN Sura, Dungun, di luar sempadan dan tempoh pilihan raya untuk membongkar segala penyelewengan pihak Barisan Nasional.

Ketua Lajnah Penerangan MTD Sura, Encik Mohd Yusof Ismail memberitahu " Chegu Bard dijangka mengupas isu 1Malaysia 1Israel, isu nasioal yang sedang hangat diperkatakan oleh kebanyakan pihak yang celik politik, "

"Sementara Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dijangka akan memberi lebih tumpuan kepada isu-isu Persidangan DUN Terengganu, yang baru sahaja berakhir baru-baru ini, termasuk pentingnya
penubuhan satu jawatankuasa yang menggunakan pendekatan holistik al-Quran yang diyakini mampu mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja hari ini, "

"Kita yakin dengan hanya dua orang penceramah yang diundang ini, akan memberi masa yang cukup untuk memberi penjelasan terhadap isu-isu yang berlaku di persekitaran rakyat Malaysia amnya dan Terengganu khususnya, " tambah Encik Mohd Yusof.

Sunday, April 11, 2010

Islam Dan Politik : Umat Islam Sudah Berani Perleceh Para Ulama'

AKHIR-AKHIR ini banyak umat Islam yang sudah berani melecehkan para ulama dan tidak menghormati mereka lagi, ini adalah salah satu tanda akhir zaman…padahal dalam Islam, para ulama mendapatkan kedudukan yang sangat terhormat sekali. Di antaranya adalah apa yang disebutkan Allah swt dalam salah satu firman-Nya :

” Wahai orang-orang beriman taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rosul-Nya dan ulil amri di antara kamu ” (QS An Nisa’ : 59 )

Dalam ayat tersebut, Allah swt memerintahkan orang-orang yang beriman untuk mentaati Allah , Rosul-Nya dan ulil amri. Hanya saja ketaatan kepada Allah dan Rosul-Nya adalah ketaatan mutlak, sedangkan ketaaatan kepada ulil amri tergantung kepada ketaatan mereka kepada Allah dan Rosul-Nya.

Adapun maksud dari ulil amri dalam ayat tersebut menurut Ibnu Abbas ra, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Thobari dalam tafsirnya adalah para pakar fiqh dan para ulama yang komitmen dengan ajaran Islam. Sedangkan Ibnu Katsir berpendapat bahwa ulil amri di atas mencakup para ulama dan umara ( pemimpin ).

Ini sesuai dengan apa yang kita dapati dalam perjalanan sejarah Islam pertama, bahwa Rosulullah saw adalah sosok ulama dan umara sekaligus. Begitu juga para khulafa’ rasyidin sesudahnya : Abu Bakar, Umar, Ustman dan Ali, begitu juga beberapa khalifah dari bani Umayah dan bani Abbas.

Namun dalam perkembangan sejarah Islam selanjutnya, sangat jarang kita dapatkan seorang pemimpin negara yang benar-benar paham terhadap Islam. Dari sini, mulailah terpisah antara ulama dan umara. Dalam posisi seperti ini, manakah yang harus kita taati terlebih dahulu, ulama atau umara ?

baca artikel penuh...di sini.

Friday, April 9, 2010

SPR Dijangka Bermesyuarat 16 April

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan menerima notis rasmi memaklumkan kematian Ahli Parlimen Sibu, Datuk Robert Lau Hoi Chew Isnin depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR pada dasarnya mempunyai tempoh 10 hari untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihan raya kecil sebaik sahaja berlaku kekosongan kerusi.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di Putrajaya hari ini, Abdul Aziz berkata SPR masih menunggu notis pemakluman rasmi dari Speaker Dewan Rakyat berhubung perkara itu.

"Saya menjangkakan notis itu akan dihantar pada Isnin depan, jadi selepas itu SPR boleh bermesyuarat untuk menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan seterusnya mengumumkan tarikh pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan," katanya.

Abdul Aziz menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian Robert Lau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan hari ini.

Robert Lau, 68, meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pagi ini selepas sekian lama bertarung dengan penyakit barah yang dihidapinya.

Abdul Aziz berkata tarikh esok dikira sebagai hari pertama selepas kematian mendiang, justeru SPR mempunyai sehingga pertengahan bulan ini untuk membuat pengumuman rasmi.

"SPR perlu menerima notis secara rasmi sebelum boleh mengadakan sebarang mesyuarat berkaitan perkara ini," katanya.
- Bernama

sumber : Malaysiakini

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura