Wednesday, March 31, 2010

Simbolik Penghargaan Daripada ADUN Sura Sempena Ulangtahun Hari Polis Yang Ke-203

DUNGUN 31 Mac, Rabu - Sempena Ulangtahun Hari Polis yang ke-203 yang telah disambut tanggal 25 Mac, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah menyampaikan sebiji kek, simbolik tanda penghargaan terhadap usaha berterusan pihak keselamatan, khususnya warga polis daerah Dungun dalam menjaga keamanan.

Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed sedang menyampaikan kek
kepada Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Mohd Dahlan Mohd Nor


Simbolik penghargaan daripada Y.B. ADUN Sura
dan warga kerja MTD Sura


Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha MTD Sura, Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed yang mewakili Y.B. ADUN Sura di IPD Dungun baru-baru ini. Beliau diringi oleh Ketua Pengangkutan MTD Sura, Haji Hassan Abdul Aziz.

Satu majlis taklimat keselamatan oleh Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Mohd Dahlan Mohd Nor dijangka diadakan menjelang akhir April ini di DUN Sura.

Tuesday, March 30, 2010

Kudrat Azizul Kini Ditagih Di Dubai

SELEPAS meraih pingat perak Kejohanan Trek Dunia, kudrat Azizulhasni Awang ditagih sekali lagi apabila pasukan negara beraksi di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), bermula 10 April depan.

Gambar hiasan...Azizul (t-shirt putih) ketika dikunjungi
Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli

Selain Azizulhasni, turut sama menabur bakti di kejohanan berprestij serantau itu adalah enam pelumba senior serta beberapa pelumba junior.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab, berkata Azizul melaungkan keyakinannya untuk merangkul emas dalam acara keirin, namun dia perlu berhati-hati dalam acara pecut.

Abu Samah berkata, menurut apa yang dimaklumkan kepadanya oleh Azizul sebelum ini, pelumba berasal dari Terengganu itu tampak yakin menyerlah menerusi acara keirin, tapi sedikit gusar acara pecut.

Katanya, berdasarkan keputusan ketika siri Piala Dunia Klasik yang berlangsung di Beijing, Januari lalu, kebangkitan pelumba China semakin ketara.

“Mereka mempamerkan peningkatan yang boleh dibanggakan. Semua pelumba negara perlu bersedia dan berhati-hati.

“Trio pecut China berjaya merangkul emas dalam acara pecut berpasukan ketika kita masih lagi mencari keputusan yang boleh dibanggakan dan mungkin perkara ini perlu diberi perhatian khusus,” katanya.

Katanya, kelibat Leo Zhang yang berkedudukan tempat kelima sewaktu bersaing dalam acara pecut di Piala Dunia Klasik dan kejayaan trio pecut China yang dibarisi Chen Changsong, Zhang Lei dan Zhang Miao merangkul emas di Piala Dunia melambangkan kebangkitan pasukan itu menjelang Sukan Asia di Guangzhou, November ini.

Enam lagi pelumba senior lain dalam skuad kebangsaan membabitkan Mohd Rizal Tisin, Mohd Edrus Yunus, Mohd Hafiz Suffian, Mohd Hariff Salleh, Amir Mustafa Rusli dan Mohd Akmal Amrun.

Acara lebuh raya pula diketuai Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010, Anuar Manan bersama Ahmad Haidar Anuawar, Adiq Husainie Othman, Mohd Zamri Salleh, Mohd Nur Ridzuan Zainal, Ahmad Fallanie Ali dan Ng Yong Li.

sumber : metro.com

Penyertaan Ahli UMNO Dalam PERKASA Bukti 1 Malaysia Gimik Politik

Monday, March 29, 2010

ADUN Sura Rai 2 Pelajar Cemerlang STPM Di Tanah Lot

DUNGUN 29 Mac, Isnin - PAS Cawangan Tanah Lot telah mengenalpasti 2 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan STPM 2009 baru-baru ini.

Adik Nuradilah Binti Yusof sedang menerima sumbangan
penghargaan daripada Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli


Salah seorang dari mereka ialah adik Nuradilah Binti Yusof yang merupakan kakak kepada adik Nurul Akmal Binti Yusof, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun yang memperolehi 8A dalam peperiksaan PMR 2009 baru-baru ini, yang telah menerima penghargaan daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sebelum ini.

Adik Muhammad Bin Abdul Rahim sedang menerima
penghargaan sambil diperhatikan oleh ahli keluarganya

Seorang lagi pelajar cemerlang ialah adik Muhammad Bin Abdul Rahim. Kedua-dua orang pelajar ini adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun.


Ketika sumbangan penghargaan petang semalam, ADUN Sura diringi oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Tanah Lot.

Seperti kelaziman sebelum ini, sumbangan meraikan kejayaan para pelajar dalam peperiksaan awam ini disampaikan sendiri oleh ADUN Sura atau melalui wakilnya ke rumah keluarga pelajar berkenaan, tanpa sebarang penapisan dari sudut fahaman politik, bangsa dan agama keluarga pelajar berkenaan.

Bangunan Universiti Malaysia Terengganu Runtuh, Seorang Maut

KUALA TERENGGANU 29 MAC Kemaskini : Seorang buruh terbunuh manakala empat rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh, petang ini.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Pauzan Ahmad berkata, buruh warga Bangladesh itu tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan mati di tempat kejadian.

Katanya, empat rakan mangsa cedera termasuk seorang parah akibat dihempap para besi yang runtuh ketika mereka sedang melakukan kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit.

Pauzan berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan.

Pasukan Polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berada di lokasi kejadian sehingga jam 8 malam bagi menjalankan kerja mencari dan menyelamat ekoran kejadian jam 5 petang itu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita23/29032010763.jpg

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Disember 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.

sumber : tvselangor.com...baca juga di BuletinOnline dan di Harakahdaily

Sunday, March 28, 2010

Nik Aziz, Harun Din Kekal Mursyidul Am Dan Timbalan

KUALA LUMPUR, 29 Mac Kemaskini (Video) : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan.

"Ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam perjuangan.

"Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan," katanya pada sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media tersebut, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Mengulas lanjut beliau berkata, keuzuran Tuan Guru Nik Aziz bukan masalah besar kerana beliau akan dibantu ahli mesyuarat yang lain.

"Keuzuran beliau boleh dibantu ahli-ahli yang lain kerana keputusan majlis syura bukan individualistik tetapi dibuat secara kolektif," tambahnya lagi.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri.

Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan.

"Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar tidak meminta jawatan, tidak berebut jawatan dan Islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik," jelasnya lagi.

Sesi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini dan tempoh sepenggal dipanjangkan dari tiga tahun ke lima tahun.


sumber : Harakahdaily

Saturday, March 27, 2010

Gambar 2...Sekitar Lawatan ADUN Sura Ke Pusat Harian Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bandar Dungun

DUNGUN 27 Mac, Sabtu - Hubungan baik yang terjalin di atas hasrat membantu sesama manusia seharusnya terus dipupuk dan mendapat dokongan serta sokongan semua pihak.



Layanan baik pihak pentadbiran dan para petugas Pusat Harian PDK Bandar Dungun di atas kunjungan YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura bersama rombongannya baru-baru ini, diyakini mampu meroboh tembok dan pagar politik dalam usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik.




ADUN Sura serta rombongan turut menyampaikan sumbangan bagi menghiburkan hati para pelatih yang berada di pusat berkenaan.

Friday, March 26, 2010

Sisipan Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Bagi Parlimen P94 Hulu Selangor

Sisipan Keputusan Pilihanraya Umum 2008 bagi Hulu Selangor ;

P94 HULU SELANGOR.
Jumlah Pengundi: 63,593.
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%.
1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177).
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979).
Majoriti: 198.
Jumlah undi: 47,622.
Peratus mengundi: 74.89%.
Undi rosak: 1,466.

1. N5 - Hulu Bernam.
Jumlah Pengundi: 17,549.
Peratusan Kaum: M:67.7% C: 17.2% I: 14.8% L: 0.3%.
1. Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (BN) (7,985).
2. Sukor Ali (Pas) (4,436).
Majoriti: 3,549.
Jumlah undi: 12,739.
Peratus mengundi: 72.59%.
Undi rosak: 318.

2. N7 - Batang Kali.
Jumlah Pengundi: 27,832.
Peratusan Kaum: M: 59.4% C: 20.3% I: 19.9% L: 0.3%.
1. Mohd. Isa Abu Kasim (BN) (11,724).
2. Mohd. Nashruddin Abd. Aziz (PKR) (9,545).
Majoriti: 2,179.
Jumlah undi: 21,673.
Peratus mengundi: 77.87%.
Undi rosak: 404.

3. N6 - Kuala Kubu Bharu.
Jumlah Pengundi: 18,212.
Peratusan Kaum: M: 32.3% C: 45.5% I: 21.5% L: 0.7%.
1. Wong Koon Mun (BN) (6,555).
2. K. A. Ramu (DAP) (6,107).
Majoriti: 448.
Jumlah undi: 13,211.
Peratus mengundi: 72.54%.
Undi rosak: 549

baca artikel berikut :
PERTEMPURAN SENGIT DI HULU SELANGOR

Judi : UMNO BN Harus Contohi Pendirian Ahli Parlimen Bukan Islam

Pengerusi Sekretariat Ulama Asia (SHURA), Abdul Ghani Shamsudin mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional supaya menilai semula amalan menjadikan hasil judi untuk menampung perbelanjaan yang turut ditolak masyarakat bukan Islam.

“Sebagai orang Islam, bahkan orang bukan Islam juga seperti Ahli Parlimen Rasah, kalau tidak silap,menimbulkan keburukan judi yang membawa implikasi berangkai," katanya.

Bercakap kepada TV Selangor, Abdul Ghani menyarankan pimpinan Umno-BN seharusnya tidak menggalakkan amalan perjudian ini, apatah lagi meluluskan 60 cabutan khas untuk 2010.

Pada 18 dan 22 Mac di sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Luke Siew Fook meminta Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah kutipan hasil aktiviti judi dan tindakan kerajaan meluluskan 60 cabutan khas tersebut.

Najib bagaimanapun dilapor mengatakan kutipan hasil judi itu digunakan untuk pembangunan negara.

Abdul Ghani turut mempersoalkan tindakan kerajaan Umno BN itu yang bercanggah dengan Al-Quran walaupun mereka mengaku dan mendabik dada, kononnya Umno satu-satunya parti yang membela agama dan bangsa.

“Sebagai orang Islam, orang yang mendakwa mahu menegakkan Islam tetapi menjadikan lesen atau cukai judi sebagai sumber kewangan pembangunan rakyat orang miskin ini, tentu tidak wajar dan membawa padah yang besar,” katanya.

sumber : tvselangor.com

Thursday, March 25, 2010

Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Tak Lama Lagi

PETALING JAYA: Kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad malam ini membuka laluan kepada satu lagi pilihan raya kecil bagi edisi ke-10 selepas pilihan raya umum 2008.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bagaimanapun berkata, pihaknya perlu menunggu notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung kekosongan kerusi berkenaan.

"Mengikut prosedurnya kita perlu mendapatkan notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat terlebih dahulu.

"Selepas notis dikemukakan, SPR akan bermesyuarat sebelum mengumumkan kekosongan kerusi berkenaan secara rasmi," katanya kepada mStar Online di sini malam ini.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira 9.27 malam ini, demikian menurut adiknya Md. Hambali Ahmad.

Zainal Abidin, 71, merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa Allahyarham mengambil cuti sakit.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata pilihan raya kecil akan diadakan kerana kekosongan berkenaan berlaku dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pertama kali Dewan Rakyat bersidang.

"Bagi kes kekosongan ini, pilihan raya kecil akan diadakan bagi memilih wakil rakyat baru kerana ia masih berada dalam tempoh tiga tahun selepas Dewan Rakyat bersidang buat pertama kali... iaitu selepas pilihan raya umum yang lalu," katanya.

"Melainkan jika tempohnya melebihi tiga tahun daripada tarikh awal Dewan Rakyat bersidang... pilihan raya kecil tak perlu diadakan sehinggalah Parlimen dibubarkan," katanya.

sumber : MstarOnline

Ceramah Khas Sempena Ops Al-Falah DUN Sura

DUNGUN 25 Mac, Khamis - Majlis Tindakan DUN Sura akan mengadakan Ops Al-Falah sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pimpinan negeri pada 25, 26 dan 27 Mac, bertempat di UPU Alor Tembesu dan Sura Gate.

Selain daripada beberapa pengisian yang telah disusun bagi menjayakan Ops Al-Falah ini, pada hari terakhir iaitu 27 Mac, Sabtu, pada sebelah malamnya akan diadakan satu Ceramah Khas Sempena Ops Al-Falah sebagai penutup program selama 3 hari tersebut.

Ketua Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail memberitahu penceramah terdiri daripada Ustaz Rozali Mohamad, Bekas ADUN Permaisuri, Ustaz Abu Bakar Salleh, AJK PAS Kawasan Marang dan Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sendiri selaku tuan rumah.


Ceramah tersebut akan diadakan di lokasi program, iaitu di Kampung Alor Tembesu pada jam 9.30 malam.


"Saya mengajak seluruh penduduk sekitar Dungun dan DUN Sura, khususnya dari Kampung Alor Tembesu dan Sura Gate supaya dapat hadir mendengar penerangan isu semasa yang akan disampaikan oleh para penceramah yang telah diundang ini," ujar beliau.

Wednesday, March 24, 2010

Teruskan Perjuangan Mendiang Siva : Presiden PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta para pemimpin serta penyokong Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak meneruskan perjuangan yang telah dilakukan oleh mendiang Siva Pandian.

Beliau menyatakan demikian pada pertemuan dengan kepimpinan dewan berkenaan di Pekan Langkap, semalam.

Tuan Guru Abdul Hadi menyifatkan mendiang sebagai orang yang banyak jasanya dalam perjuangan dewan berkenaan, malah seorang yang gigih dan komited dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri.

Sebelum itu, beliau bersama isteri, Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah mengunjungi keluarga mendiang Siva Pandian, ketua pemuda dewan itu yang ditembak mati, minggu lalu.

Kunjungan itu amat bermakna buat keluarga mendiang, apatah lagi daripada seorang pimpinan tertinggi PAS.

Atas dasar simpati dengan kematian mendiang Siva, Tuan Guru Abdul Hadi diiringi Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein, timbalannya, Ustaz Mustafa Shaari, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS negeri, Mohd Zainuddin Yusoff serta beberapa pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri meluang masa menziarahi keluarga mendiang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menghulurkan sumbangan kepada balu mendiang serta meminta ahli keluarga bersabar dengan apa yang telah terjadi.

sumber : presiden.pas.org.my

Penerbitan Majalah Isu Dalam Katak

Sepakat Efektif mengumumkan penerbitan majalah terbaru berjudul "Isu Dalam Katak (Kartun)". Seperti keluaran terdahulu, karya-karya kartun dalam keluaran ini mengupas isu-isu politik dan sosial semasa. Kulit depannya (dilukiskan oleh Zunar dan Nur) memaparkan lukisan watak seorang lelaki yang tertulis "PM" di bajunya kelihatan gembira dikelilingi beberapa ekor katak yang berbunyi "Ong! Ongkos!".

Selain itu, di dalam juga terdapat 10 muka surat yang dinamakan "wilayah katak". Seksyen ini dipenuhi dengan karya-karya menyindir ahli politik PR yang melompat seperti ruangan "Wikipakdia" yang mengupas spesis-spesis katak di Malaysia, kartun "PM and Frog" dilukis seperti poster filem animasi Walt Disney "Princess and Frog" dan lain-lain lagi.

Antara yang menarik dalam keluaran kali ini ialah 12 muka surat kartun khas tentang kes Fitnah Kedua terhadap Anwar Ibrahim. Dengan tajuk "6 Jahanam", kisah dimulakan dengan membongkar kepincangan yang berlaku dalam konspirasi pertama pada 1998 dahulu seperti watak hakim yang menolak apa saja bukti yang dikemukakan dengan ayat popular "tak relevan!", tawaran kepada peguam supaya bekerjasama dalam konspirasi, tilam diusung, kesalahan menaip dan lain-lain lagi.

Kemudian episod konspirasi kedua bermula dengan kepincangan yang berlaku apabila laporan pakar perubatan menunjukkan tiada kesan tusukan tetapi pendakwaan tetap diteruskan, bagaimana si pendakwa tidak buang air besar tiga hari dan dolak-dalih PM tentang pertemuannya dengan si pendakwa. Kartun khas yang dilukiskan oleh Jonos, Ronasina dan Art ini diakhiri dengan lukisan wajah ulama tersohor dunia Syeikh Yusof Qardhawi yang telah mengeluarkan fatwa khas tentang sesiapa yang menjayakan fitnah ini.

Keluaran kali ini juga menyiarkan komik "Dari Kerana Mata" yang menghimbau kembali tragedi mata lebam Anwar Ibrahim ditumbuk Ketua Polis Negara pada masa itu. Gerakan Mansuh ISA (GMI) juga menyumbangkan idea untuk keluaran kali ini bagi menyedarkan masyarakat tentang zalimnya akta drakonian ini. GMI mengajak rakyat Malaysia berjuang agar ISA dihapuskan, bukannya dipinda seperti yang diomongkan kerajaan.

Ruangan-ruangan yang dikekalkan seperti keluaran sebelum ini ialah "Ragam Datuk Nazak" (kisah PM dan isterinya), 2 Tun dan Kutu Jebon (Ronasina), Warung Pak Emjal (Art), dan Nostalgia 98 (Enot). Kartunis penyumbang ialah Haili, Enot, Nur, Abdullah Jones, Roy, Rockafalas, Madsein, Kidol dan Ubilepih. Juga turut memuatkan artikel penulis-penulis seperti Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Pusparos, Benludin, Aki Lanang dan Tok Wan.

Majalah ini adalah sebuah majalah yang mempunyai permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (PP16565/12/2010(026185). Ia mempunyai ketebalan 84 muka surat dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 15, 000 naskah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com atau talian 03- 22744931.

*Zunar ialah Pengarah Urusan/Ketua Pengarang Sepakat Efektif Sdn Bhd.

sumber : merdekareview.com

Tuesday, March 23, 2010

APCO Worldwide : PAS Cadang Hantar Memo Kepada Raja-Raja (video)


ADUN BN Titi Tinggi, Perlis Letak Jawatan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".

"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak mahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, dilapor mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

sumber : Malaysiakini

Monday, March 22, 2010

Tahniah ADUN Sura Kepada Adik Nurfatihah Ibrahim, Pelajar Cemerlang STPM 2009

DUNGUN 23 Mac, Selasa - Seorang lagi pelajar cemerlang STPM 2009 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun, adik Nurfatihah Binti Ibrahim menerima ucapan tahniah serta penghargaan daripada ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Adik Nurfatihah Binti Ibrahim sedang menerima penghargaan daripada
ADUN Sura sambil diperhatikan ibunya, Puan Hasanah Puteh (terlindung)


Beliau yang merupakan rakan kepada adik Nur Farliana Fatin Binti Che Yusof, merasa terharu di atas kunjungan ADUN Sura ke rumah keluarganya petang kelmarin.

Bendahari MTD Sura, Haji Abdullah Ibrahim turut mengiringi ADUN Sura semasa penyampaian penghargaan kepada adik Nurfatihah, yang merupakan pelajar cemerlang tunggal di Kampung Molek.

PAS Mahu Rukun Negara Dipinda

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah, berserban) berkata pemimpin Islam gagal menangani isu penggunaan kalimah Allah sehingga menyebabkan berlakunya serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

Beliau yang juga wakil PAS berkata dari segi hukum, Islam tidak melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah berkenaan.

"Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas.

"Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif.

"(Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik," katanya ketika membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, peluang itu juga seharusnya digunakan untuk berdakwah dan memberi penerangan mengenai Islam kepada golongan bukan Islam.

"Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan.

"Saya minta supaya kerajaan meminda Rukunegara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah," tegas Hadi.

Katanya lagi, al-Quran tidak pernah menghalang penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah semasa hayat Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, pendirian seperti itu boleh dilihat dalam surat yang dikirim oleh Nabi Muhammad kepada Raja Mesir yang menganut Kristian.

"Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan," katanya lagi.

Jelasnya, dalam warkah berkenaan, Nabi Muhammad memberitahu Raja Mesir bahawa umat manusia tidak boleh menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada di kalangan pemimpin mahupun di kalangan paderi.

Katanya, Nabi Muhammad juga tidak menghalang penganut Kristian itu menggunakan kalimah Allah.

"Di sinilah mengapa Islam membenarkan penganutnya makan sembelihan daripada penganut agama lain (ahli kitab).

"Sembelihan mereka halal kerana mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah.

"Ini menunjukkan keizinan itu berlaku," kata Abdul Hadi lagi.

Ketika ditemui media selepas itu, Abdul Hadi berkata beliau turut mencadangkan supaya perkara 'kepercayaan kepada tuhan' dalam Rukunegara diubah dengan 'kepercayaan kepada Allah.'

Jelasnya perkara tersebut boleh dilakukan memandangkan masyarakat bukan Islam sudah boleh menerima Islam sebagai sebahagian daripada agama mereka.

"Kerajaan perlu terima positif dalam tangani isu ini, bukan negatif. Penganut agama Kristian dan agama lain sudah sedar Allah diberi nama unggul, perkataan lain yang mereka guna sebelum ini, God, Lord dan lain-lain tidak tepat," katanya.

"Ini menunjukkan mereka sudah terima Allah sebagaimana mereka terima Islam sebagai agama. (Jadi perlu) ubah Rukunegara kepada lebih pro-aktif dalam masa sama tuju ke arah perpaduan rakyat," katanya lagi dan menambah kekeliruan yang berlaku adalah akibat kejahilan orang Islam sendiri dalam membuat penafsiran.

sumber
: Malaysiakini

baca artikel berkaitan, di bawah...
PAS MAHU RUKUNEGARA GUNA ALLAH, GUGUR TUHAN

Anwar Akan Tampil Dedah Fakta APCO

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa APCO Worldwide pernah berkhidmat untuk Perdana Menteri Israel Ehud Barak pada 1999 dan beliau akan memberi penjelasan kepada Speaker Parlimen.

"Saya akan beri penjelasan, dan penjelasan ini akan dibuat berdasarkan respon Perdana Menteri pada 18 Mac," kata Anwar dengan merujuk kepada jawapan bertulis Perdana Menteri Najib Abdul Razak yang mengakui bahawa APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi menyeluruh.

Awal hari ini Anwar diminta Dewan Rakyat untuk menjelaskan kenyataan bahawa '1Malaysia' adalah salinan pendua kepada 'Satu Israel' yang dirangka APCO.

Syarikat perunding ini bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, seraya BN bergegas merujuk Anwar ke jawatankuasa Parlimen untuk disiasat.

"Saya akan beri penjelasan, kerana APCO sememangnya berada di Israel pada masa itu. Mereka dibayar untuk menafikan perkara ini, tetapi saya akan tunjukkan fakta," tegas beliau merujuk kepada penafian syarikat itu.

"Saya juga mahu menuntut penjelasan siapa itu APCO, berapa kerajaan bayar kepada mereka dan apa peranan APCO dalam komunikasi dan apakah nasihat mereka kepada pelbagai kementerian, terutamanya kementerian-kementerian strategik," tambah beliau.

sumber : tvselangor.com

baca artkel berkaitan, di bawah ...

APA PERANAN APCO,BERAPA KERAJAAN BAYAR, SIAPA APCO - ANWAR

Sunday, March 21, 2010

Gambar 1...Sekitar Lawatan ADUN Sura Ke Pusat Harian Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bandar Dungun

DUNGUN 22 Mac, Isnin - Sebagai tanda prihatin dan cakna terhadap golongan kurang berupaya, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli bersama para pengiringnya telah melakukan lawatan ke Pusat Harian Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bandar Dungun, pagi semalam.



Lawatan yang disusun oleh Majlis Tindakan Muslimat DUN Sura ini, secara tidak langsung merupakan praktikal kepada slogan 'PAS For All', yang membuktikan PAS bukan sahaja bergerak melalui politik tetapi turut mengambil cakna hal-hal kebajikan dan kemasyarakatan.



Dalam lawatan singkat hampir satu jam ini, ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun turut memberikan kata-kata perangsang dan peringatan ringkas kepada para petugas dan sukarelawan bahawa perlunya ada kesedaran untuk merobohkan tembok dan pagar politik terutamanya untuk melaksanakan tanggungjawab dalam urusan kemanusiaan ini.

17, 303 Anak Luar Nikah Didaftar 2009

KUALA LUMPUR : Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.


Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

sumber
: bharian.com.my

baca juga ... STATISTIK 1999-2003

Saturday, March 20, 2010

Adik Nur Farliana Fatin, Pelajar Cemerlang SMK Sultan Omar Terima Penghargaan Daripada ADUN Sura

DUNGUN 20 Mac, Sabtu - Kemaskini : Bermula hari ini, ADUN Sura memulakan jadual penyampaian sumbangan penghargaan kepada para pelajar yang memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2009 baru-baru ini.

Adik Nur Farliana Fatin binti Che Yusof sedang menerima
sumbangan penghargaan daripada Y.B. Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli


Berbanding peperiksaan sebelum ini - UPSR dan PMR, bilangan dan jumlah pelajar yang cemerlang dalam STPM 2009 adalah lebih kecil.

Adik Nur Farliana Fatin Binti Che Yusof dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, merupakan pelajar cemerlang pertama STPM 2009 yang menerima ucapan tahniah serta penghargaan peribadi daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

ADUN Sura hadir sendiri menyampaikan penghargaan kepada adik Nur Farliana Fatin di Perumahan Flat Kampung Bijangga, Dungun. Beliau diiringi AJK PAS Cawangan Sungai Buaya.

Sementara itu, penyerahan sumbangan penghargaan kepada adik Syafiqah Nabilla Binti Mohd Safii yang turut tersenarai di antara pelajar cemerlang STPM 2009 DUN Sura juga pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, diwakilkan kepada pihak PAS Cawangan Bukit Chatak 1.

Adik Syafiqah Nabilla dan keluarga kebetulan berada di Kemaman, semasa jadual penyerahan sumbangan tersebut. Beliau berada di dalam senarai di bawah pentadbiran PAS Cawangan Bukit Chatak 1.

Presiden Bangga Semua MP & ADUN PAS Tidak Gopoh Terjun Daripada Bahtera Yang Sedang Belayar

SEBERANG JAYA, 20 Mac : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berbangga dengan prestasi semua ahli parlimen (MP) mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu seluruh negara kerana tidak gopoh terjun daripada bahtera yang sedang belayar.

Ketika menyampaikan amanat di Dewan Perpustakaan Negeri di sini, pagi tadi beliau menambah, berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat, PAS ternyata ke hadapan sebagai sebuah organisasi yang mantap.

"Walaupun bahtera kadang-kadang terumbang ambing namun PAS berjaya menunjukan prestasi yang baik tidak mudah terjerat dengan mainan politik yang dicipta oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). Sikap tidak gopoh menghadapi sebarang rintangan, " jelasnya dalam program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.

Oleh itu, beliau menggesa semua organisasi PAS harus mengatur program dengan lebih berkesan dan agresif supaya muncul formula baru yang dapat mendekatkan lagi PAS dengan masyarakat.

“Di sinilah kekebalan PAS menerusi baiah, usrah dan pertemuan dapat menghindarkan tanggapan buruk serta memperjelaskan kedudukan sebenar sekaligus dapat membersihkan tohmahan musuh.

"Sebenarnya baiah, usroh dan pertemuan dalaman memberi kelebihan pada PAS sendiri. Kita dapat membina kekuatan dalaman dan mengawal tindak tanduk yang boleh mengancam kestabilan politik parti sendiri," tegasnya.

Katanya, sikap sedemikian dapat membentuk jati diri yang kuat di samping bersatu hati dalam sebarang isu dan bersama memantau jika timbul persoalan yang sukar diselesaikan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS tetap memilih jalan demokrasi untuk menawan Malaysia walaupun tahu ia datang dari barat.

Melaluinya, kata beliau PAS berpeluang menyampaikan dakwah dan penerangan dengan lebih baik asalkan bijak mengatur isi penyampaian samada di masjid, surau ataupun medan ceramah sempena hari kebesaran Islam dan sebagainya.

Tambahnya, PAS adalah wadah politik yang perlu dipertanggugjawabkan bukan untuk main-main, maka apa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan telah mengambil kira semua risiko.

"Kita bukan berperang yang mahu membunuh musuh tapi kita berdemokrasi yang mana perlu mengintai peluang agar terus berjaya menonjolkan PAS ke arah yang lebih tinggi, " tambahnya.

sumber : Harakahdaily

Membenarkan Orang Awam & Media Sebagai Pemerhati Dewan : V. Sivakumar

Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 19 Sept 2010 di Ibu Pejabat PKR Ipoh.

Membenarkan Orang Awam & Media Sebagai Pemerhati Dewan

Dewan Negeri adalah forum rakyat. Rakyat telah memilih wakil-wakil mereka melalui pilihanraya. Oleh itu, rakyat berhak untuk melihat tingkah-laku ataupun gelagat wakil-wakil mereka di dalam Dewan Negeri. Rakyat tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak untuk memasuki Dewan Negeri sebagai pemerhati. Jika ada pihak yang cuba menghalang kemasukan orang awam ke dalam Dewan Negeri, maka itu merupakan satu lagi pencabulan amalan demokrasi. Kerajaan Persekutuan mahu ‘rakyat diutamakan’ oleh itu orang awam seharusnya diberi peluang untuk memasuki Dewan Negeri untuk memastikan wakil-wakil mereka menjalankan kewajiban mereka atau pun tidak. Apa salahnya jika orang awam dibenarkan masuk melihat persidang Dewan Negeri?

Pada tahun lalu, kedua-dua persidangan yang dibuat di dalam Dewan Negeri dikendalikan secara tertutup. Orang awam tidak dibenarkan masuk. Malah, polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang orang ramai berada di perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku pada tahun ini. Tindakan pihak polis dan mahkamah itu adalah amat memalukan. Oleh yang demikian, pihak pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengambil semua langkah-langkah untuk membenarkan orang ramai menghadiri persidangan Dewan Negeri pada 30 Mac 2010 nanti.

Tambahan pula, untuk menjamin kebebasan akhbar, pihak pentadbiran Setiuasaha Kerajaan Negeri tidak boleh menghalang mana-mana wartawan menghadiri sidang Dewan. Para wartawan dari semua lapisan termasuk media elektrnik dan media antarabangsa juga harus dibenarkan membuat liputan persidangan Dewan Negeri. Pihak kerajaan tidak harus membuat persidangan secara sembunyi ataupun rahsia. Pihak media harus diberi kebebasan sepenuhnya membuat segala liputan berkenaan dengan perjalanan persidangan Dewan Negeri pada 30 Mac 2010. Pihak kerajaan juga tidak melakukan tipu muslihat untuk hanya membenarkan media pro Barisan Nasional membuat liputan persidangan dewan. Media neutral dan media pembangkang seperti Harakah, Rocket, Suara Keadilan , Era Pakatan juga seharusnya diberi jaminan untuk menghadiri persidangan dewan tersebut. Jika media-media ini tidak dibenakan membuat liputan persidangan, maka ini bermaksud pihak kerajaan bertindak secara berat sebelah ataupun ‘double standard’ dalam melaporkan keadaan sebenar yang berlaku dalam dewan. Pihak kerajaan tidak boleh mengkaburi rakyat dengan berita-berita satu pihak. Dalam pada itu, pihak kerajaan juga seharusnya berani menghadapi kenyataan ataupun realiti dan tidak pula takut kepada bayang-bayang sendiri.

Saya selaku Speaker yang sah untuk Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan mengarahkan pihak pentadbiran Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri supaya tidak menghalang pemerhati awam dan semua pihak media menghadiri persidangan dewan. Pihak pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri seharusnya mengumumkan supaya permohonan kebenaran boleh dibuat dengan serta merta oleh media-media yang ingin membuat liputan pada hari persidangan. Segala usaha untuk menghalang orang ramai dan pihak media menghadiri persidangan 30 Mac 2010 adalah dianggap sebagai kegagalan kerajaan BN dalam menghidupkan kembali demokrasi di Perak. Oleh yang demikian, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat harus menghormati undang-undang dan tidak megulangi tabiat buruk seperti pada tahun yang lepas. Undang-undang adalah pengukuh masyarakat, maka ia tidak boleh disalah gunakan untuk mencapai matlamat politik dalam kerakusan mengejar kuasa.


V.Sivakumar
19 Mac 2010

sumber : speakforperak.blogspot.com

Friday, March 19, 2010

ADUN Sura Ziarah Pak Wahab & Pak Long Di Padang Jambu

DUNGUN 19 Mac, Jumaat - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah menziarahi 2 orang warga emas di Lorong 5, Kampung Padang Jambu sebaik selesai mengadakan kuliah mingguan di Surau Haji Wan Ahmad, Bukit Chatak 2, pagi tadi.

Encik Wahab Bin Dalin, 68, kehilangan selera makan dan merasa kurang selesa di sebahagian badan semenjak lebih kurang seminggu lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Wahab di kalangan jamaah Surau Haji Wan Ahmad dan penduduk Kampung Padang Jambu dan sekitarnya, dijadualkan bertemu doktor pakar di Hospital Dungun pada bulan Jun akan datang.


Sementara itu, Pak Long atau nama sebenarnya Haji Sulong Bin Jusoh, 74, dimasukkan ke wad di Hospital Kemaman lebih kurang 2 minggu lepas.

Menurut isterinya, Hajjah Asiah Ali, 68, suaminya 'kena angin' sebagaimana dimaklumkan oleh doktor yang merawat beliau.

Bagi membekalkan tenaga, bantuan saluran tiub digunakan sebagai alat perantaraan untuk memasukkan sejenis susu yang disyorkan oleh pihak perubatan.

Sebahagian Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Bukit Chatak 2 dan Padang Jambu mengiringi ADUN Sura semasa ziarah ini dilakukan.

Penggantungan Zambry Kekal : V. Sivakumar

IPOH,(BERNAMA), 18 Mac - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini berkata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak boleh menghadiri sidang DUN pada 30 Mac ini kerana tempoh penggantungannya daripada menghadiri mesyuarat masih belum berakhir.


“Dr Zambry telah digantung selama 18 bulan manakala enam anggota exco selama 12 bulan...tempoh penggantungan enam anggota exco telah berakhir bulan ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak di sini.

Sivakumar yang juga Adun Tronoh berkata penggantungan Dr Zambry yang berkuatkuasa sejak 3 Mac 2009 masih berjalan tetapi enam lagi exco yang digantung selama 12 bulan itu sudah tamat tempoh penggantungan dan akan dibenarkan hadir.

Sivakumar mendakwa beliau masih Speaker yang sah dan telah menghantar notis menghadiri Sidang DUN pada 30 Mac ini kepada semua Adun Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang kecuali Dr Zambry dan tiga Adun Bebas.

“Tiga katak (Adun Bebas) tidak dipanggil menghadiri Sidang DUN kali ini kerana saya sudah menerima surat peletakan jawatan mereka pada Februari 2009...mahkamah masih belum memutuskan sama ada mereka masih wakil rakyat yang sah kerana semakan kehakiman yang difailkan oleh saya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum dibicara,” katanya.

Beliau berkata penggantungan Dr Zambry dan enam anggota exco oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah disahkan pada 3 Mac oleh Sidang DUN yang diadakan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mengenai kedudukan Speaker Datuk R.Ganesan, Sivakumar mengulangi bahawa pelantikan Ganesan adalah tidak sah kerana tidak dibuat mengikut peraturan.
Katanya, usul pelucutan Speaker dan usul pelantikan Speaker baru telah beliau tolak iaitu sehari sebelum Sidang DUN 7 Mei 2009, jadi mengikut peraturan sidang, usul berkenaan tidak berbangkit.

Katanya, pelantikan Ganesan juga dibuat sebelum titah perasmian oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan itu bermakna peraturan mesyuarat telah dilanggar kerana perkara pertama dalam sidang perasmian ialah titah perasmian dan agenda lain adalah selepasnya.

Sivakumar berkata beliau menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu yang mengatakan Dr Zambry sebagai Menteri Besar yang sah atau ketua eksekutif tetapi jawatan beliau sebagai Ketua Legislatif tidak berubah dan oleh itu akan terus menjalankan tugas sebagai Speaker.

BN mempunyai 28 Adun serta tiga Adun bebas yang menyokongnya manakala PR mempunyai 28 Adun dalam DUN Perak.

sumber : speakforperak.blogspot.com

Thursday, March 18, 2010

Ku Li Tidak Setuju Kes Royalti Ke Mahkamah

KUALA TERENGGANU, 19 Mac: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan untuk membawa isu royalti minyak ke mahkamah kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana.


Beliau merujuk kepada kes perebutan kuasa di Perak selepas kerajaan negeri Pakatan Rakyat dijatuhkan melalui pintu belakang.

"Oleh itu, bagi saya ada tiga sahaja cadangan yang praktikal iaitu mencari orang tengah untuk menyelesaikannya, membawa kes ini ke Timbang Tara atau meneruskan sahaja tekanan kepada kerajaan Pusat sebagaimana yang dibuat sekarang.

"Kalau mahu mencari orang tengah, saya bersedia untuk menjalankan amanah itu jika diminta," kata beliau di hadapan lebih 5,000 penonton dan pendengar Dialog Royalti Petroleum di Terengganu Equaestrian Resort (TER) dekat Kuala Ibai malam tadi.

Dialog itu dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu atau Mampat bersama Gegar iaitu NGO yang memperjuangkan royalti minyak untuk kerajaan Terengganu dan Kelantan.

Turut serta di pentas bersama Tengku Razaleigh adalah wakil kerajaan Terengganu ketika di perintah PAS iaitu Datuk Mustafa Ali dan Datuk Abu Bakar Chik serta wakil kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Majlis dialog itu dirasmikan oleh Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail, penaung Mampat.

Orang ramai yang datang sejak Maghrib apabila diadakan juga Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah berhampiran TER turut menandatangani kain rentang bagi membantah sekatan royalti untuk kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Turut menandatanganinya adalah Datuk Mustafa dan Datuk Husam serta Tengku Paduka.

Di majlis itu, Mampat turut melancarkan buku kompilasi ucapan, kertas kerja dan forum Konvensyen Royalti Petroleum yang diadakankan tahun 2008 lalu di tempat yang sama.

Ketika ditanya, apakah beliau bersetuju untuk turun ke jalan raya sekiranya usaha yang dilakukan sekarang tidak berhasil, Razaleigh berkata, beliau tidak bersetuju.

"Saya rasa tidak perlu sampai ke situ...kita akan berjaya kalau kita teruskan usaha menekan kerajaan agar mematuhi apa yang telah termaktub dalam akta itu dan dipersetujui oleh Petronas dan kerajaan negeri," katanya.

Dalam ucapannya juga, Razaleigh berkata, dia sentiasa konsisten dalam sikapnya mengenai isu royalti ini.

Ia turut disokong oleh Mustafa yang mengesahkan Razaleigh bersetuju untuk menjadi saksi ketika kerajaan negeri Terengganu menyaman Petronas dan kerajaan Pusat dahulu.

"Bahkan, afidavit beliau telah kita siapkan. Malangnya mahkamah menerima permohonan agar kes ini dibicarakan tanpa perlu memanggil saksi," kata Mustafa.

sumber : Harakahdaily

Dialog Royalti Bersama Ku Li Akan Diteruskan



baca artikel...di sini

Wednesday, March 17, 2010

Sempena 10 Tahun Hak Rakyat Dicabuli : Kembalikan Royalti Minyak Kepada Rakyat Terengganu !

Sempena 10 tahun penafian hak rakyat Terengganu menerusi kerajaan negeri untuk mendapat nilai 5% setahun royalti minyak sejak kali terakhir penerimaan pada bulan Mac 2000 daripada PETRONAS, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu mendesak agar Perdana Menteri mengembalikan semua royalti minyak sebagaimana yang termeterai di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974. Ini diperkukuhkan dengan kenyataan mantan Pengerusi Petronas yang bertanggungjawab bersama merangka akta di atas iaitu Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Februari 2010 yang lalu tentang hak kerajaan negeri yang sangat jelas diperuntukkan di dalam akta ini ini di hadapan puluhan ribu rakyat di Kota Bharu.

Kerajaan Terengganu adalah menjadi sebuah negeri pengeluar minyak yang terbesar di negara ini. Menerusi perjanjian yang dimeterai pada tahun 1974 di bawah Akta Pembangunan Petroleum (Petroleum Development Act 1974), PETRONAS perlu membayar bayaran royalti minyak atau bayaran tunai sebanyak 5% dari hasil keluaran minyak setiap tahun kepada kerajaan negeri.

Terenganu boleh dikategorikan sebagai negeri yang mempunyai bajet yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Ia menerima lebih dari RM1 billion setiap tahun daripada kerajaan pusat dalam bentuk royalti minyak terutama sekali di ketika harga minyak naik mendadak sebelum krisis ekonomi dunia pada tahun 2008. Sebagai contoh dalam Bajet 2010, bajet negeri ialah RM1.8 billion dan RM1.5 billion adalah daripada penerimaan bukan hasil (non-revenue income) yang merupakan sumbangan terbesarnya daripada hasil royalti minyak. Kerajaan Negeri Terengganu telah mula menerima bayaran royalti minyak ini sejak tahun 1978 sehinggalah Mac 2000 apabila Petronas atas arahan kerajaan Pusat berhenti membuat bayaran tunai ini terus kepada kerajaan Negeri.

Untuk melihat sejauh mana besarnya bajet ini, kita boleh ambil contoh Kerajaan Negeri Selangor. Bajet negeri tersebut ialah RM1.5 billion sedangkan rakyat negeri Selangor ialah lebih kurang lima kali ganda jumlah rakyat negeri Terengganu yang dianggarkan sekitar 1 juta orang. Bajet negeri Pulau Pinang pula sekitar RM300 juta. Negeri Selangor ialah negeri yang paling maju di Malaysia tetapi Terengganu pula antara negeri yang mempunyai tahap kemiskinan yang tertinggi di Malaysia. Merujuk kepada ucapan-ucapan Bajet negeri sebelum ini, dalam tahun 2004, kadar kemiskinan ialah 10.6% - jauh daripada purata nasional 5.1%.

baca artikel penuh...di sini.

Usul Bincang Ketua Polis Negara Ditolak, MP Pakatan Keluar Dewan

Usul-usul Dewan Rakyat 16 Mac, 2010



Cadangan usul membincangkan/ membahaskan tindakan Ketua Polis Negara yang dikemukakan MP PAS Tumpat ditolak oleh Speaker



- Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “ [ 16 Mac 2010 ]

sumber : mp.pas.wordpress.com

Tuesday, March 16, 2010

Kita Harap Jenayah Terus Turun Dengan Doa Y.B. Ustaz Dan Bantuan Pemuda PAS - Ketua Polis Daerah Dungun

Dengan berkat doa YB Ustaz dan bantuan pemuda-pemuda PAS; kata Ketua Polis Daerah.

DUNGUN
– Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Mohd Dahlan Mohd Nor mengucapkan terima kasih kepada penganjur Panduria 2010 kerana telah menjemputnya untuk memberikan taklimat dalam majlis perasmian program tersebut yang diadakan baru-baru ini.

(Gambar - Ustaz wan Hassan menyampaikan cenderahati kepada Supt. Mohd Dahlan Mohd Nor)


Dalam ucapannya, beliau telah menyentuh soal kejadian jenayah yan telah menurun sebanyak hampir 10% pada tahun lalu.
“Untuk tahun lepas, kejadian ataupun statistik jenayah untuk daerah Dungun pada tahun 2009 menurun sebanyak 9.8%.

”Bermakna masyarkat di Dungun ini peka sehingga penjenayah dah kurang hampir 10 %, manakala untuk Januari tahun ini, kadar jenayah berjaya dikurangkan sebanyak 19.8 %,”ujarnya ketika berucap di Majlsi Perasmian Panduria 2010 anjuran Pemuda DUN Sura baru-baru ini.

Menurutnya, bagi kejadian jenayah yang berlaku pada bulan Februari pula, tidak meningkat, sama dengan kejadian yang berlaku pada Fbruari tahun lalu.

Oleh itu, beliau berharap, kejadian jenayah akan terus menurun dengan berkat doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan dan bantuan para pemuda PAS.
“Dan kita harap pada bulan Mac ini, dengan berkat doa YB Ustaz, maka kita harap jenayah ini terus turun dengan bantuan pemuda-pemuda Pas. Boleh?!,”laungnya, lalu dijawab boleh oleh para peserta Panduria 2010.
Justeru, Supt. Mohd Dahlan mengucapkan terima kasih dan katanya, dengan pegakuan tersebut dapat memberi galakan kepada anggotanya untuk terus membasmi atau mengurangkan kadar jenayah di daerah Dungun.http://buletinonline.net/images/stories/berita23/panduria2010%20026.jpg

Sehubungan itu, beliau mendedahkan, jumlah saman yang dikeluarkan pada tahun lalu bernilai hampir RM1 juta.

Manakala pada dua bulan yang lalu, katanya, sebanyak 1355 saman dengan kutipan saman sebanyak RM211,000.00

”Statistik saman untuk tahun 2009 sebanyak 9917 saman telah dikeluarkan dan jumlah kompaunnya hampir RM1 juta iaitu RM953,000.00. (Gambar - walaupun gementar nampak ceria)

”pada bulan Januari-Februari tahun ini, kita telah mengeluarkan sebanyak 1355 saman dengan kutipan saman sebanyak RM 211 000.00,”jelasnya.

Walaupun dapat memberikan ucapan dengan baik, Supt. Mohd Dahlan mengakui, beliau merasa sedikit kelainan kerana kali pertama berdiri dan memberikan ucapan diatas pentas PAS.

”Saya rasa sedikit kelainan, di atas pentas yang lain, gementar juga, kali pertama ya di atas pentas ini, tapi alhamdulillah, saya kenal YB ini agak lama, sudah hampir 5 tahun, dan saya anggap YB sebagai rakan kepada saya,”katanya yang disahut dengan laungan takbir.








sumber : BuletinOnline

























Kisah Sahabat Nabi : Abdullah Bin Jahsy Al-Asady

(Orang pertama bergelar Amirul Mukminin)

Sahabat yang kita bicarakan ini mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat dengan Rasulullah saw. Dia termasuk kelompok orang-orang yang pertama masuk Islam (As Sabiqunal Awwalun). Dia putera ibu saudara Rasulullah. Di samping itu dia ipar Rasulullah. Karena saudara perempuannya, Zainab binti Jahsy, isteri Nabi saw, salah seorang ibu orang-orang mukmin (Ummahatul Mu ‘minin). Dia orang pertama dipercayai Rasulullah membawa panji Islam pertama. Dia pulalah orang pertama yang dipanggilkan “Amirul Mu’minin.” Nama lengkapnya “ABDULLAH BIN JAHSY AL ASADY”

‘Abdullah bin Jahsy Al Asady masuk Islam sebelum Rasulullah saw. masuk ke rumah Al Arqam. Rumah itu menjadi terkenal, karena ketika pemeluk Islam masih dapat dihitung dengan jari,

Rasulullah sering berkumpul di sana dengan para sahabat yang seiman. Karena itu jelas ‘Abdullah termasuk kelompok pertama orang-orang yang masuk Islam.

Ketika Rasulullah mengizinkan para sahabat hijrah ke Madinah, ‘Abdullah bin Jahsy tercatat sebagai orang kedua yang hijrah. Yaitu sesudah Abu Salamah. Mereka hijrah menyelamatkan agama dan diri mereka dari tekanan dan penganiayaan kaum, kafir Quraisy. Mereka hijrah ke pada Allah dan karena Allah. Untuk itu ditinggalkannya famili, karib kerabat, harta kekayaan dan kampung halaman yang dicintainya, karena mereka lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Bagi ‘Abdullah bin Jahsy, hijrah ke Madinah bukanlah merupakan pengalaman baru. Karena sebelum itu dia telah pernah hijrah ke Habsyah beserta sebagian keluarganya. Kali ini dia hijrah lebih lengkap dan menyeluruh. Dia hijrah ke Madinah berserta isteri, anak-anak, saudara saudaranya sebapak, laki-laki dan perempuan, tua muda, dan anak-anak. Rumah tangganya adalah rumah tangga Islam dan kabilahnya kabilah Islam.

Setelah mereka keluar dan Makkah, kampung halaman rnereka yang ditinggal kelihatan sedih dan memilukan. Sunyi dan hampa bagaikan tak pernah didiami. Tidak terdengar lagi di sana suara anak-anak dan orang bercakap -cakap. Belum begitu jauh mereka meninggalkan Makkah, para pembesar Quraisy mengawal keliling kota memeriksa keadaan dan siapa di antara kaum muslimin yang hijrah. Para pembesar yang turut memeriksa itu antara lain Abu Jahal dan ‘Utbah bin Rabi’ah.

‘Utbah melihat perkampungan Banu Jahsy. Dia melihat pintu-pintu rumah bagaikan meratap menghempas-hempaskan diri ditiup angin. Anginpun turut menangis menyanyikan lagu sunyi ditinggalkan penduduk yang biasa ceria dalam kedamaian.

“Perkampungan Bani Jahsy meratap sunyi ditinggalkan penduduknya,” kata ‘Utbah kepada Abu Jahil.

“Mari kita periksa!” kata Abu Jahil

Abu Jahil masuk ke rumah ‘Abdullah bin Jahsy. Rumahnya terhitung paling bagus dan dia terbilang penduduk terkaya. Melihat harta yang banyak ditinggal begitu saja oleh ‘Abdullah bin Jahsy, timbul tamak Ab Jahil. Diambilnya harta itu semua, dirampasnya menjadi miliknya. Tak ketinggalan pula harta keluarga yang lain-lain, saudara saudara ‘Abdullah bin Jahsy.

Ketika ‘Abdullah mendengar kabar perbuatan Abu Jahil yang terkutuk itu, dia mengadu kepada Rasulullah.

“Tidak relakah engkau, hai ‘Abdullah? Allah menggantinya dengan rumah yang lebih baik di syurga?”, jawab Rasulullah.

“Tentu saja rela, ya Rasulullah!” kata ‘Abdullah. “Nah.. itulah untukmu!” kata Rasulullah meyakinkan. Maka sejuklah hati ‘Abdullah.

baca artikel penuh...di sini.

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura