Friday, March 27, 2009

Hujah Ganti Harakah, Jumaat Depan !

djz convention 101205 ahmad lutfi
suara keadilan and harakah digantung






PAS cari pengganti Harakah

Ali Bukhari Amir | Mar 27, 09 2:09pm

kemaskini 3.58pm Tidak mudah patah semangat dan menyerah kalah selepas permit Harakah digantung tiga bulan, kumpulan wartawan organ PAS itu kini berusaha menerbitkan akhbar Hujah bagi mengisi kekosongan tersebut.

"Cetakan terbaru itu memuatkan 48 halaman dan beberapa isinya kita akan ubah sedikit (daripada Harakah) mengikut kesesuaian," kata ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman (gambar) ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, tambah beliau, ada ruangan-ruangan tertentu dikekalkan dengan sedikit perubahan tajuk dan sebagainya.

"Mesyuarat semalam memutuskan yang kita akan tetap meneruskan perjuangan dan kita akan beroperasi seperti biasa.

"Jumaat depan, Hujah akan berada di pasaran," tambahnya.

Ditanya sikap orang ramai terhadap penggantungan Harakah secara mengejut awal minggu ini, Ahmad Lutfi berkata, ada "desakan luar biasa" daripada orang ramai, khususnya peminat setia akhbar itu.

"Memang ada desakan pembaca yang meminta agar (PAS) adakan demonstrasi," katanya.

Bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tambahnya lagi, kebebasan akhbar semakin merosot.

"Di bawah pemerintahan Dr Mahathir (Mohamad), memang ada sekatan (terhadap Harakah).

"Tapi, tak pernah digantung. Di bawah Najib, belum (berkuasa) apa-apa lagi, sudah ada masalah permit yang lebih dahsyat.

"Pada zaman Mahathir, saya pernah menang perbicaraan di Mahkamah Tinggi berhubung penerbitan (tabloid) Haraki," kata Ahmad Lutfi.

Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.

Menyentuh isu gaji wartawan dan kakitangan Harakah, beliau berkata, ia dibayar seperti biasa.

"Mungkin akan ada perubahan dari segi (jumlah) elaun," katanya.

Pada 23 Mac, KDN menggantung permit dua akhbar pembangkang berpengaruh termasuk Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan tersebut menghalang keberkesanan kempen PAS dan PKR bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Sehari selepas KDN mengumumkan tindakannya, PKR menegaskan ia akan mengabaikan penggantungan itu dan terus menerbitkan akhbarnya.

Ditemui Malaysiakini di pejabat Harakah, wartawannya Salmiyah Harun berkata, penggantungan itu tidak mematahkan semangat mereka untuk bekerja.

"Kami ada saluran seperti (laman web) Harakahdaily.net untuk meneruskan kerja kami seperti biasa," katanya.

Seorang lagi wartawan Roy Rasul menyifatkan tindakan kerajaan itu tidak membebankan mereka walaupun ahli keluarganya kerap membangkitkan isu tersebut.

"Isunya bukan lagi kebajikan kami. Tetapi, mereka yang bertanggungjawab menggantung akhbar ini perlu bertanggungjawab.

"Kami berharap (Datuk Seri) Syed Hamid Albar akan bertindak secara rasional demi memartabatkan dunia kewartawanan," katanya.

Manakala Nyza Ayob berkata, ahli keluarganya dapat menerima keputusan ini dengan tenang.

"Keluarga memberi sokongan dan saya tetap masuk bekerja seperti biasa," kata Nyza.


sumber : Malaysiakini

Thursday, March 26, 2009

PAS Cabar Saman Media Asing

Tuduhan terhadap TPM : PAS cabar kerajaan saman media asing

Azamin Amin

Thu | Mar 26, 09 | 1:26:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar kepimpinan negara ini untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman media-media cetak dan internet antarabangsa berhubung tuduhan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.

Katanya tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.

"Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akanmenjadi bahan momokan masyarakat dunia," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Antara media asing yang menyiarkan berita berkaitan salah laku Dato' Seri Najib Tun Razak yang dikatakan bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara ialah akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa).

Kata Ustaz Hadi penyiaran berita seperti demikian adalah sangat memalukan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat ini.

PAS katanya berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang atau pemimpin yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya.

Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, di mana maruah negara adalah menjadi taruhannya, kata Ustaz Hadi.

Hal ini menjadi lebih buruk apabila media cetak dan internet antarabangsa mula menyiarkan berita kaitan kes rasuah dan jenayah ini dengan Timbalan Perdana Menteri yang bakal mengambil alih kuasa.

"Ucapan saya di Dewan Rakyat pada 18 Februari lalu adalah terang dan jelas, bahawa seseorang pemimpin terutamanya bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru mestilah dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang fitnah sebelum layak memegang tampuk pemerintahan yang sangat berat ini,"katanya. - azm _

Wednesday, March 25, 2009

Pertemuan 8 Mata di KB...TGNA, TGAH, DSAI & ?

2009 Mac 25

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Tuan Guru Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat
dan Dato' Seri Anwar Ibrahim - gambar hiasan

Berita Embargo
Pertemuan Lapan Biji Mata Di Kota Bharu

KETIKA para pemimpin Umno sedang menumpukan perhatian ke Dewan Merdeka PWTC, empat pemimpin tertinggi parti pembangkang negara ini bertemu secara eksklusif di Kota Bharu Kelantan.

Pertemuan yang berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 11:00 pagi itu dikatakan penting bagi membincang satu idea berhubung perkembangan politik semasa. Pertemuan itu juga diadakan dalam keadaan tergesa-gesa.

Tidak ada kenyataan akhbar dikeluarkan selepas pertemuan berkenaan. Media massa juga tidak dimaklumkan pertemuan berkenaan.

Sementara itu blog ini difahamkan pertemuan selama kira-kira 2 jam itu dalam semangat kekeluargaan dan ukhwah. Disebabkan sumber meminta agar butiran itu disembunyikan menyebabkan blog ini tidak bercadang untuk mendedahkannya sebelum tiba masanya. -MSO

disalin dari Pemuda Besut

Tuesday, March 24, 2009

Seluruh Dunia Cakap Pasal Najib & Altantuya.....

25 March 2009






Anda boleh ikuti laporan-laporan berita tentang kes Altantuya seterusnya dalam beberapa buah akhbar antarabangsa di :-
01 - NYTimes.com
02 - Times Online
03 - The Times of India
04 - The Australian
05 - Nationmultimedia.com
06 - 9NEWS
07 - International Herald Tribune
08 - Kompas.Com

Namun, berita sensasi seperti ini TIDAK akan dimuatkan di dalam media tempatan seperti di :-
01 - The Star Online
02 - The New Straits Times Online
03 - Berita Harian Online
04 - BERNAMA
05 - Malay Mail

Malaysiakini melaporkan seperti berikut dalam edisi Inggerisnya......
From London and Paris to Jakarta and Brisbane, notable publications have cast doubts on the Najib Abdul Razak’s worthiness for the PM’s office. It is safe to say that no prime ministerial succession – we have had five in the last 38 years – has had as underwhelming a reception in the international media as Najib’s. Najib, who would be Malaysia’s sixth prime minister, is expected to be sworn in next week, a little more than a week after Umno - dominant member of the ruling BN coalition - endorses him as its 7th president in the party’s 63-year history. Traditionally, the Umno president assumes the post of prime minister. It is only to be expected that the international media would accord features and comment on the impending investiture of a new prime minister of Malaysia. If memory serves, only Dr Mahathir Mohamed’s acclamation as Umno president in June 1981 and consequent elevation to the office of PM incurred a negative vibe - the international media noted he was the author of the callous “We will shoot them” remark in connection with the mass landing of Vietnamese refugees off the Terengganu coast in the mid-1970s.

source : malaysiakini

Siapa berani be? Kalau melapor nanti akhbar akan diharamkan seperti mana yang dilakukan ke atas akhbar Harakah dan Keadilan. Inikah yang dikatakan kebebasan bersuara yang sering diwar-warkan oleh gomen..........

disalin dari : tumpang sekole ... ?

Nizar Lawan Zambry di Bukit Gantang ?

UMNO-BN akan dikorbankan sekali lagi di sini ?

INFO - Parlimen P74 Lumut, ada 3 DUN :-
1 - N50 Sitiawan yang dimenangi Ngeh Koo Ham (DAP)
2 - N51 Pasir Panjang yang dimenangi Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (PAS)
3 - N52 Pangkor yang dimenangi Datuk Zambry Abd Kadir (UMNO-BN)

Umno Dicabar Letak Zambry Lawan Nizar Di Bukit Gantang

Wan Nordin Wan Yaacob

Tue | Mar 24, 09 | 8:38:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Umno-BN dicabar agar menamakan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon bagi menentang calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

"Masih ada masa untuk Umno ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini.Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapasebenarnya yang dipilih rakyat," ujar Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah hari ini.

PAS mengambil tindakan berani untuk menamakan Nizar yang sebelum ini ditohmah Umno dengan pelbagai lemparan tuduhan ketika penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat secara 'kontroversi', kata Mahfuz.

Mahfuz berkata, cabaran itu realistik agar rakyat diberi peluang menjadi hakim menentukan sama ada Nizar atau Zambry sebenarnya menjadi pilihan.

Ujarnya kegagalan Umno menamakan Zambry selaku calon mereka di Bukit Gantang menggambarkan mereka tidak yakin dengan kempen mereka sebelum ini.

Kegagalan ini juga katanya, adalah tanda atau 'signal' kepada rakyat yang perlu menghukum Umno di Bukit Gantang dan dua PRK lain yang berjalan serentak, katanya.

"Jika Nizar menang, Dun Perak perlu dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat pula untuk memilih kerajaan mereka sendiri," katanya.

Pada 23 Mac lalu, PAS mengumumkan Nizar sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS,Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu akan berdepan dengan calon BN, Ismail Saffian, 49.

Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan Umno bahagian, berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Allahyarham Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lalu.

Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

Nizar adalah antara beberapa nama disebut-sebut akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti tersebut bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS yakin akan mengekalkan kerusi tersebut, terutama di tengah-tengah krisis politik yang melanda Perak selepas kerajaan BN mengambil alih pentadbiran negeri tersebut.

Dalam pilihan raya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno, Dato' Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat. - wann/mks._

Monday, March 23, 2009

Sumbangan Pelajar Cemerlang PMR Diteruskan

Salah seorang pelajar cemerlang PMR 2008 dari Sg. Buaya sedang
menerima
sumbangan peribadi daripada YB Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli


DUNGUN 23 Mac Isnin - Di ambang bahang kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang yang semakin terasa sekarang ini, seramai 4 orang lagi pelajar cemerlang PMR 2008 telah menerima sumbangan peribadi daripada YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura di cawangan Sungai Buaya, petang tadi.


Dengan ziarah sumbangan petang tadi, menjadikan seramai 33 pelajar cemerlang dari DUN Sura telah menerima sumbangan melalui maklumat yang diperolehi dari JK Pendidikan MTD Sura dengan kerjasama PAS Cawangan-cawangan.


Sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM dan STPM 2008 dijangka akan dimulakan selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang

Sunday, March 22, 2009

Serpihan tugu "Pokok Demokrasi" Dilelong

DILELONG... Pengerusi Pasukan Khidmat DAP Jelapang, Frankie Wong mengumumkan lelongan lima serpihan plak tugu peringatan 'Pokok Demokrasi' di Ipoh, hari ini. Turut hadir ADUN dan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.--fotoTHE STAR oleh ZABIDI TUSIN

IPOH: Sebanyak RM42,900 termasuk sumbangan telah dikumpulkan hasil daripada lelongan lima ketul serpihan batu marmar plak "Tugu Demokrasi" yang dibina pakatan parti pembangkang Perak sempena memperingati persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan di bawah pokok.

Bidaan tertinggi serpihan "cenderahati" yang dilelong daripada harga RM500 itu adalah sebanyak RM17,100 yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan melalui ejennya yang juga Anggota Dewan Undangan (Adun) kawasan Tebing Tinggi, Ong Boon Piow.

Plak yang pertama dilelong pada harga RM6,800, plak kedua (RM5,200), plak ketiga (RM6,800) dan plak yang keempat dijual pada harga bidaan sebanyak RM7,000.

Lelongan berkenaan berlangsung di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini, tempat plak yang dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Ahad lepas.

Plak itu dibina oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena sidang Dewan yang diadakan di situ selepas 27 wakil rakyat dan Speaker, V.Sivakumar tidak dibenarkan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Lelongan berkenaan diadakan bagi mengutip dana pembinaan semula tugu peringatan serta tabung guaman dan dihadiri oleh lebih 200 orang termasuk Menteri Besar Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Datuk Bandar Ipoh Roshidi Hashim untuk memaklumkan tentang pembinaan semula tugu peringatan berkenaan.

"Saya akan menulis surat kepadanya untuk meminta MBI menjaga dan memelihara plak baru sebagai tarikan pelancongan di bandar raya ini dan bukannya memusnahkan tugu itu," katanya.

Nga yang juga Adun Pantai Remis berkata enam kepingan serpihan tugu demokrasi tersebut telah dijadikan cenderahati tetapi pihaknya hanya akan melelong lima sahaja dan satu lagi akan disimpan sebagai kenangan di Wisma DAP.

Beliau berkata tugu baru yang akan dibina adalah lebih besar dan akan memaparkan empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Tugu peringatan yang dibina di bawah pokok hujan di Medan Istana diroboh oleh Majlis Bandaraya Ipoh pada 15 Mac lepas kerana pembinaannya didakwa melanggar peraturan.

Datuk Bandar Ipoh semalam berkata tindakan akan tetap diambil terhadap pembinaan tugu yang dilakukan tanpa kebenaran dan tidak mengikut saluran undang-undang.

Saturday, March 21, 2009

PAS Perak Terima Siapa Sahaja Calon

TAIPING : PAS Perak akan menerima siapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya kecil yang akan diadakan 7 April ini.

Timbalan Pesuruhjayanya, Asmuni Awi berkata, sentimen anak tempatan tidak menjadi isu kerana PAS percaya pengundi kini telah matang untuk memilih calon anggota Parlimen berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan bekerja.

"Kita telah menyenaraikan lima nama... PAS Perak berfikiran terbuka dan para penyokong PAS juga boleh menerima siapa sahaja calon.

"Anak tempatan bukan menjadi faktor kerana para pengundi kini sudah matang," katanya ketika ditanya sama ada PAS akan mengutamakan anak tempatan sebagai calon.

Barisan Nasional (BN) telah menamakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang, Ismail Saffian sebagai calon anak tempatan selepas mendapati faktor calon luar pada pilihan raya umum lepas menjadi antara punca kekalahan.

Asmuni yang juga Pengarah Jentera PAS bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang berkata, calon parti itu akan diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis di padang Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini pada Isnin ini.

"Pucuk pimpinan akan bermesyuarat mengenai pemilihan calon pada petang Isnin sebelum calon diumumkan pada sebelah malam... tempat berkenaan adalah tempat sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan calon BN Sabtu lalu," katanya.

Beliau berkata Majlis Perbandaran Taiping telah membenarkan PAS menganjurkan majlis berkenaan dan permohonan juga sedang dibuat kepada polis.

Asmuni berkata, PAS akan mensasarkan sokongan daripada pengundi semua kaum sejajar dengan tema PAS bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan iaitu " kekalkan kemenangan untuk rakyat".

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, PAS telah membuat sebanyak 10 aduan polis sejak 13 Mac lepas berkaitan perbuatan merosakkan dan membakar bendera dan poster parti itu serta penyebaran risalah berbau perkauman dan berunsur sabotaj.

Asmuni berkata, antara risalah yang diedarkan oleh pihak tertentu yang dipercayai bertujuan mensabotaj PAS ialah risalah bergambar karikatur Sultan Perak dan Mufti Perak serta risalah yang mendakwa Pakatan Rakyat berhasrat membuat persempadanan semula bagi memastikan kerusi majoriti Cina sama banyak dengan Melayu.

"Kita telah membuat laporan dan meminta polis membuat siasatan... kita kesal dengan taktik seperti ini malah PAS turut digambarkan sebagai zionis," katanya.

Penamaan calon akan diadakan pada 29 Mac ini dan pengundian pada 7 April bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 8 Februari lalu.

Roslan mengalahkan Bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi dengan majoriti 1,566 pada pilihan raya umum tahun lalu.

Seorang lagi calon bebas M. Mogan hilang wang pertaruhan dengan hanya 882 undi. BERNAMA

sumber : mStarOnline

Friday, March 20, 2009

Haneyya : Perdamaian Matlamat Tetap HAMAS

Written by admin from on March 20th, 2009 | 0 Comments

JUMAAT, 20/03/2009 - Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan perdamaian dan penamatan keadaan perpecahan di Palestin adalah matlamat tetap HAMAS yang mahu dicapainya. Manakala keadaan perpecahan yang berlaku sekarang hanyalah suatu yang sementara.

Beliau berkata dalam satu temuramah yang disiarkan melalui saluran televisyen satelit al-Hiwar pada hari Rabu (18/3), “isu perdamaian dan penamatan keadaan perpecahan adalah matlamat tetap HAMAS. Keinginan untuk menjayakan dialog berkenaan mendapat sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat di dalam dan luar Palestin.”

Seterusnya beliau mengatakan kesediaan HAMAS untuk terus berbincang dan berdialog meskipun masih terdapat tahanan politik di Tebing Barat adalah bukti bahawa HAMAS serius dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan dialog berkenaan.

Beliau juga menegaskan penyertaan lebih 40 individu dalam delegasi HAMAS termasuk beberapa pimpinan, institusi dan para penasihat merupakan bukti keseriusan mereka untuk menjayakan perbincangan tersebut dan keinginan untuk merelisasikan perpaduan Palestin yang ditakdirkan untuk terus kekal dan hidup, sambil mengatakan agenda Islam Palestin sebenarnya tidak terhenti setakat sempadan Gaza sahaja.

sumber : palestinkini

Thursday, March 19, 2009

Bukit Gantang : PAS Umum Calon 23 Mac

KUALA TERENGGANU 19 Mac Khamis - PAS akan mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak pada Isnin ini, kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Haji Mustafa Ali.

Beliau berkata nama calon parti itu akan diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Perak.

"Kita akan mengadakan mesyuarat pada 23 Mac ini dan pengumuman calon akan dilakukan pada sebelah malamnya," kata Mustafa di pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia pada 9 Februari lepas.

Mengulas lanjut, Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata empat nama dicadangkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu dan kesemua mereka merupakan anak tempatan.

Beliau berkata PAS mengambil keputusan untuk mengumumkan lebih awal bagi membolehkan calonnya turun padang dan berkempen untuk menarik sokongan rakyat.

"Berbanding pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, kita buat pengumuman lewat kerana calon kita sudah dikenali rakyat di sini," katanya.

Mustafa berkata PAS yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen itu walaupun menjangkakan tentangan sengit daripada calon Barisan Nasional (BN).

"Daripada maklumat yang saya terima, jentera pilihan raya PAS berjalan lancar. Ada sedikit perkara yang perlu dimantapkan menjelang pilihan raya kecil itu," katanya.

sumber : mStarOnline

Selamat Hari Lahir DS Nizar


oleh Penerangan Pemuda DUN Sura


DUNGUN 19 Mac 2009
- Rasanya tidak terlewat lagi untuk pihak Pemuda Dun Sura untuk mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' buat Menteri Besar Perak, Ir Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang ke 52 pada 17 Mac 2009 yang lepas.

Pada tarikh yang sama juga, genap setahun DS Nizar mengangkat sumpah sebagai MB Perak yang ke 10.
Beliau telah diraikan secara mengejut oleh ADUN Pakatan Rakyat di bawah pokok demokrasi.Antara ADUN yang hadir ialah Dato' Ngeh Koo Ham, YB Nga Kor Ming, Speaker YB Sivakumar dan beberapa ADUN, wartawan dan tetamu undangan.

Dalam majlis ringkas tetapi meriah itu, beliau telah dihadiahkan dengan sebiji kek yang tertulis 'Hidup Rakyat' serta beberapa hadiah yang lain.
Bagi meraikan serba ringkas dan sekadar termampu hari lahir beliau, kami Pemuda Dun Sura memperturunkan gambar-gambar kenangan kempen Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu yang lepas.

Kempen gempur edaran risalah ini disertai oleh DS Nizar dan juga pemuda Dun Sura di Pasar Borong Gong Pauh pada hari terakhir kempen iaitu Jumaat 16 Januari 2009.
Pada pagi hari yang sama juga, pemuda Dun Sura turut terlibat dalam gempur risalah di Pasar Borong Chabang Tiga dan di sebelah petang pula di Taman Syahbandar.

Semoga DS Nizar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta di kurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan perjuangan rakyat Perak.
















Wednesday, March 18, 2009

Presiden PAS Di 'International Islamic Unity' Iran

Image
Azamin Amin
Wed | Mar 18, 09 | 4:22:53 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Prersiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah diberi penghormatan mempengerusikan Majlis Pembentangan 'International Islamic Unity' kali ke-22 di Iran Sabtu lalu.

Menurut Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Ustaz Hadi telah diberi penghormatan menjadi pengerusi pembentangan di hari kedua setelah Mufti Oman menjadi pengerusi pada hari pertama konferens tersebut.

Katanya peserta persidangan ini adalah terdiri dari pimpinan gerakan Islam antarabangsa, ulama sunni dan syiah di serata dunia.

"Pertemuan tahunan ulama sunni dan syiah terkemuka ini adalah untuk memperkukuhkan ikatan dalam menghadapi cabaran dunia barat terutamanya.

"Cabaran yg melanda umat Islam di Gaza, Palestin, Benua Afrika dan di serata dunia juga turut dibincangkan dan dirangka strategi dalam menghadapinya," kata Ahmad yang kini berada di Tehran kepada Harakahdaily.

Antara yang hadir katanya ialah Ustaz Burhanuddin Rabbani daripada Afganistan, Mufti Rusia termasuk ulama yang datang daripada Syria, Jordan, Amerika Syarikat, Oman, Mesir, Indonesia, Lebanon, Gambia dan lain-lain. - azm

Tuesday, March 17, 2009

' Hidup Rakyat ' Selamat Hari Lahir DS MB Perak

Selamat Hari Lahir, DS Nizar


IPOH (17.03.09) - Hari ini MB Nizar telah diraikan harijadinya secara mengejut oleh YB Ngeh dan YB Nga serta beberapa adun lagi di bawah pokok demokrasi.

Majlis ringkas tersebut agak meriah, walaupun hujan kerana khemah yang didirikan dipenuhi ramai tetamu termasuk para wartawan.

MB Nizar yang menyambut harijadinya yang ke-52 hari ini telah dihadiahkan dengan sebiji kek yang tertulis 'Hidup Rakyat' serta beberapa hadiah yang lain. Kesemua yang hadir telah mengucapkan selamat kepada beliau.

MB Nizar amat berbesar hati dan berterima kasih kepada semua yang hadir.

Semoga DS Nizar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta di kurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan perjuangan rakyat Perak.







sumber : ajijoi

Monday, March 16, 2009

Sumbangan Cemerlang PMR Diteruskan

YB ADUN Sura sempat berbual ringkas bersama bapa adik Rafidah Raihan,
Hj Hamzah Kunju Ahmad sebelum sumbangan disampaikan, ditemani oleh
Setiausaha PAS Caw Alor Tembesu/Sura Gate, En Nordin Sulaiman


Adik Rafidah Raihan menerima sumbangan
peribadi daripada YB ADUN Sura


Adik Muhammad Aliff yang memperolehi 8A PMR 2008
sedang menerima sumbangan penghargaan

Sumbangan kepada adik Mohd Zulfahmi Ab Rahman

Anak bekas Ketua PAS Caw Alor Tembesu/Sura Gate, adik Abdul Rahim Ab Latif
menerima sumbangan daripada YB Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli

DUNGUN 16 Mac ISNIN - Seramai 7 orang lagi pelajar cemerlang PMR 2008 telah menerima sumbangan penghargaan daripada YB ADUN Sura, Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli di Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate dan Telok Lipat, petang tadi.

Sumbangan yang kebetulan diadakan dalam tempoh cuti persekolahan ini, diterima sendiri oleh pelajar berkenaan. Di beberapa cawangan sebelum ini, sumbangan diserahkan melalui ibubapa pelajar berkenaan, memandangkan mereka masih berada di sekolah masing-masing.

Hanya 2 cawangan sahaja lagi, masih belum dikunjungi oleh YB ADUN Sura mengikut susunan jadual yang ditetapkan. Penyampaian sumbangan ini dijangka selesai pada hujung bulan ini.

Sementara itu, para pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM 2008 akan menerima sumbangan penghargaan daripada YB ADUN Sura selepas Pilihan Raya Kecil P.059 Bukit Gantang.

Saturday, March 14, 2009

P.059 Bukit Gantang - Gambar Terkini

14 Mac 2009

BUKIT GANTANG : Setelah blog cina islam menyiarkan gambar banner mengenai ADUN lompat Changkat Jering yang menjadi minat ramai pihak termasuk beberapa akhbar parti dalam Pakatan Rakyat yang menyiarkan gambar tersebut.

Kini unit jurugambar kami mengampil gambar terkini dari Bukit Gantang hasil lukisan dari artis yang tidak dikenali yang digantung di persimpangan jalan Batu 9 jalan ke Terong. Gambar-gambar ini dirakamkan sekitar jam 11 pagi tadi.












disalin dari : idhamlim.blogspot
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura