Tuesday, January 19, 2010

Kes Nizar : Jamin Menang, Jika Di Negara Lain

by WONG SHU QI

“Saya menjamin kepada anda. Seandainya kes-kes negeri Perak ini dibicarakan di mahkamah enam buah negara ini, pihak kami (Nizar Jamaluddin) pasti menang! Saya jamin!”


Krisis perlembagaan Perak lantaran daripada rampasan kuasa telah menjadi perdebatan hangat pakar perlembagaan dan peguam antara kedua-dua pihak. Tommy Thomas (gambar kiri), pihak yang mewakili Pakatan Rakyat ketika berucap dalam satu forum anjuran MerdekaReview, menjelaskan bahawa Malaysia sebagai negara Komanwel yang mengamalkan common law, akan merujuk kepada kes penghakiman di Britain, Kanada, Australia, New Zealand, India, malah Eropah dan Afrika Selatan dalam perundangan.


Dengan penuh yakin Tommy Thomas menjamin kepada hadirin, “Saya menjamin kepada anda. Seandainya kes-kes negeri Perak ini dibicarakan di mahkamah enam buah negara ini (Britain, Kanada, Australia, New Zealand, India dan Eropah), pihak kami (Nizar Jamaluddin) pasti menang! Saya jamin!”


Dengan cepat beliau menyambung, “Sememangnya, sekiranya kes ini dibicarakan di mahkamah Zimbabwe, kami mesti kalah!” Hujahnya meledakkan dewan yang dipenuhi kira-kira 250 hadirin dengan gelak ketawa.


baca artikel penuh...di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura