Sunday, December 31, 2017

2018, ISLAM MEMANDU WAWASAN NEGARA MAJU

AlhamduliLlah, kita akan selamanya beruntung kerana masih diberikan nyawa dan Islam sebagai nikmat yang paling bernilai. Menjelang detik tahun baru 2018, pelbagai aktiviti rancangan yang kini menjadi tradisi sambutan.

Hal yang demikian sebenarnya bukanlah suatu budaya di dalam Islam. Sebaliknya Islam telah ada sambutan tahunnya tersendiri, 1439H yang menjadi tonggak pengiraan tahun baru bagi kita.

Pun begitu, tradisi sambutan tersebut telah mula menjadi trend tahunan bagi masyarakat kita. Tidak dapat tidak, ucapan serta program keagamaan di ambang tahun baru Masihi tetap terus diraikan berdasarkan pandangan sebilangan ulamak yang tidak melarang meraikannya. Namun ia bukanlah sebagai membesarkan sambutannya, sekadar satu ijtihad alternatif kepada masyarakat yang dibimbangi terjerumus dalam budaya karut negatif yang jauh daripada Islam.

Justeru, saya mengambil kesempatan padanya untuk mengucapkan salam Tahun Baru 2018 kepada semua. Kami juga mendoakan agar Islam terus memandu perubahan dalam sistem negara yang kita cintai ini.

Semoga masa depan negara terus menyinar dengan semangat masyarakat yang yakin dengan solusi Islam. Islam merupakan kunci kesejahteraan, keamanan serta keadilan.

" SEJAHTERA BERSAMA ISLAM "
" MAJU, BERKAT DAN SEJAHTERA "

Ikhlas daripada :
YB HJ WAN HAPANDI BIN WAN NIK, 
Adun Sura, 
13 R'Akhir, 1439H
31 Disember, 2017

Saturday, December 30, 2017

Sumbangan UPSR & PT3 2017

28 Disember 2017 (Khamis), petang di Sg Buaya,...meneruskan rutin bulanan berkunjung ziarah ke dua buah kampung.




Menyantuni warga yg memerlukan, semoga sedikit sumbangan yg dihulurkan dpt meringankan bebanan kos kehidupan seharian.

Turut menyampaikan sumbangan penghargaan kpd pelajar cemerlang UPSR & PT3 2017.








Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura