Friday, January 22, 2010

ADUN Sura Ziarah Suami Tokoh Guru PASTI 2009

DUNGUN 22 Januari, Jumaat - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli meluangkan masa sebaik selesai kuliahnya di Surau Lama Sungai Buaya menziarahi Encik Mohd Ratin Ali, 52, yang mengalami 'stroke ringan', di Kampung Jalan Lembah, di sini, baru-baru ini.

Encik Mohd Ratin (berbaju putih, berkupiah) bersama ADUN Sura
dan Setiausaha MTD Sura, Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed

Encik Mohd Ratin yang beransur pulih, adalah suami kepada Puan Siti Aidah Deraman, Tokoh Guru PASTI Negeri Terengganu 2009. Beliau yang belum hadir bertugas di Pejabat Tanah Daerah Dungun sejak lebih seminggu, masih menjalani rawatan susulan di klinik berdekatan di samping usaha-usaha melalui perubatan tradisional.

Turut mengiringi ADUN Sura semasa ziarah ini ialah Ketua PAS Cawangan Jalan Lembah, Ustaz Haji Abdull Rahim Abdull Jalil dan Ahli Jawatankuasanya Encik Rani Abdullah.

Wakil Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MTD Sura, Encik Abdullah @ Saidi Mamat hadir sama.

[DSC_0203.JPG]
Puan Siti Aidah Deraman ketika menerima anugerah
Tokoh Guru PASTI Negeri Terengganu 2009

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura