Thursday, February 27, 2014

"Kamu di Malaysia, bila lagi,? tanya warga Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN - Rombongan pemimpin PAS Terengganu mengadakan dua program rasmi dalam lawatan tinjauan persiapan kerajaan Brunei melaksanakan undang-undang Syariah.
Timbalan Pesuruhjaya I, Dr Alias Razak berkata, pertemuan dengan pihak pentadbir Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa) pada Selasa 25 Februari, diharap akan dapat mewakili pendapat golongan akademik dan cerdik pandai.
jeti kampung ayerManakala katanya, perjumpaan dengan Mufti Kerajaan Brunei pada 26 Februari akan memberikan input dari sisi pentadbiran dan pengurusan terhadap perlaksanaan undang-undang Allah itu.
“kita sudah membuat lawatan dan tinjauan sejarah di Muzium Teknologi Melayu, ke pasar Gadong dan pasar Tamu di Kianggeh untuk meninjau pandangan umum,
“ke Kampung Ayer, Mentiri dan Kampung Matan untuk pendapat orang kampung dan hari ini jam 2.30 petang ke Unissa serta esok jam 9.00 pagi ke pejabat Mufti,”ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, semalam 25 Februari ketika ditemui.
Rata-rata, kata beliau, rakyat Brunei memberikan jawapan yang sangat positif terhadap perlaksanaan ‘Hudud dan Qisas.
“termasuk rakyat Brunei yang bukan Islam………..antara yang diucapkan mereka adalah, mereka merasa lebih selamat dan aman,
“dengan perlaksanaan undang-undang tersebut,”jelasnya selepas membuat lawatan dan berkunjung ke sebuah rumah penduduk di Kampung Ayer.
jeti kampung ayer1Seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Jabatan Laut Brunei , Mohd Ludi Awang berkata, jenayah sudah kurang di negara itu akang terus menurun sekiranya undang-undang syariah itu dikuatkuasakan.
Beliau yang ditemui di pejabat kecil jabatan itu di pinggir sungai berhampiran jeti ke Kampung Ayer berkata, suasana semakin ‘nyaman’ sejak Sultan Brunei Sultan Hasanol Bolkiah mdngisytiharkannya pada hujung tahun lalu.
Seorang pesara di Kampung Mentiri, Haji Asri Abdullah bahkan bertanya, bila lagi negara Malaysia akan menuruti jejak langkah Brunei.
“adalah sedikit yang tidak setuju tapi sikit sangat, dan orang bukan Islam (yang tidak setuju sudah selesai (setuju), “kamu di Malaysia bila lagi?,”soal Haji Asri yang ditemui di sebuah kedai gunting rambut di kampung tersebut.

Friday, February 14, 2014

Projek Rumah Moswa Masih Perlukan Sumbangan Para Dermawan

DUNGUN, 15 Februari 2014 - Pihak JK Projek Rumah Moswa UPU Sg Buaya berhasrat untuk menyiapkan pembinaan rumah ini akhir April akan datang, sumbangan ikhlas para dermawan bakal merealisasikan hasrat murni ini.




Awal Mei 2014, semoga Mohd Sazzly, isteri dan anak-anak mereka sudah mula mendiami rumah ini, insyaAllah.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, sila hubungi Bendahari Projek, Tg Abdul Jalil bin Tg Osman (014-546 9928) atau Setiausaha Projek, Mohd Nafi Abdullah (019-934 5732).


Y.B. ADUN Sura, Hj Wan Hapandi Wan nik, selaku Penasihat Projek, merakamkan ucapan ribuan terima kasih, jazakumullahu khairan kathira kepada semua warga prihatin yang telah menghulurkan sumbangan.

"Sumbangan ikhlas tuan/puan bakal memberi sinar baru kepada Mohd Sazzly sekeluarga, dan di atas keikhlasan semua kepada Allah jua diserahkan untuk diganjariNya, " ujar beliau. 

Monday, February 3, 2014

ADUN Sura Menyelusuri Kampung, Ke Rumah Pelajar Cemerlang PMR

DUNGUN, 03 Februari 2014 - Para pelajar cemerlang PMR 2013 mula menerima penghargaan daripada ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik yang berkunjung ke rumah keluarga pelajar terbabit, petang semalam.

Bermula di cawangan Bukit Chatak 1, seramai sembilan orang pelajar dikenalpasti telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR tahun lalu.
Adik Muhammad Ashrul Ashri bin Jalani
Adik Zawin Izatul Najah binti Mohd Nazri
Di antara mereka ialah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang, iaitu adik Nur Afiqah Husna binti Hassim (9A), adik Muhammad Ashrul Ashri bin Jalani (8A) dan adik Zawin Izatul Najah binti Mohd Nazri (7A).
Adik Hazman Hakim bin Hassan
Adik Nur Fatin Solehah binti Fauzi
Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun pula ialah adik Hazman Hakim bin Hassan (7A), adik Mohd Izzad Amirruddin bin Mohd Rashid (7A) dan adik Nur Fatin Solehah binti Fauzi (7A).

Sementara adik Nur Hanina binti Rusli (8A) pula adalah pelajar cemerlang PMR 2013 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar yang dikenalpasti oleh cawangan berkenaan.

Dengan menunggang kapcai, ADUN Sura menyelusuri kampung diiringi oleh pimpinan PAS Cawangan mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan menyampaikan saguhati sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar berkenaan.
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura