Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Terengganu yang dibangunkan semasa kerajaan PAS memerintah, telah ditutup ‘secara rasminya’, bersama berakhirnya penggal persekolahan tahun 2009 baru-baru ini.
Dengan itu, pihak-pihak yang 'cemburu' dengan penubuhan sekolah tersebut, kini bolehlah menarik nafas lega, kerana dapat menghapuskan saki baki peninggalan yang menjadi bukti kejayaan kerajaan PAS (1994 - 2004).
Dengan itu, pihak-pihak yang 'cemburu' dengan penubuhan sekolah tersebut, kini bolehlah menarik nafas lega, kerana dapat menghapuskan saki baki peninggalan yang menjadi bukti kejayaan kerajaan PAS (1994 - 2004).
Antara yang ‘sinis’ terhadap penubuhan SRAB adalah Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Awal-awal lagi, pada 16 Januari 2002, GPMS dalam satu kenyataan yang disiarkan sebuah akhbar telah memberi persepsi yang 'serong' terhadap SRAB.
Berita yang bertajuk ‘GPMS bimbang nasib murid SRABT’, telah menakut-nakutkan ibu bapa dan masyarakat, supaya mereka tidak menghantari anak-anak ke sekolah berkenaan.
Selain itu, kesumat dan dendam Umno dan Barisan Nasional (BN) terserlah apabila, satu demi satu usaha murni Kerajaan PAS dikhianati, termasuk bidang pendidikan.
Apabila kembali berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke 11 pada 21 Mac 2004, kerajaan BN Terengganu diketuai Dato’ Seri Idris Jusoh telah menghentikan pengambilan pelajar SRAB bermula tahun 2005.
Tindakan tersebut menjadikan kumpulan terakhir pelajar yang berdaftar pada 2004, menamatkan pembelajaran pada tahun 2009. (baca artikel asal di sini)
Sementara itu, di Dungun seramai 21 orang pelajar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Sultan Ismail Dungun telah menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.
Daripada jumlah tersebut seramai 4 orang telah berjaya memperolehi keputusan 5A. Mereka adalah adik Anis Nazihah Binti Zaki dari Kampung Balai Besar, adik Nurfarzana Huda Binti Mohd Noor dari Kampung Bukit Batu Putih, Pulau Serai, adik Nur Syafiza Binti Abdullah dari Kampung Rajawali, Pulau Serai dan adik Fatimah Rosalia Binti Elias dari Kampung Bunga Raya.

menerima sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura,
sambil diperhatikan oleh Setiausaha PAS Caw Balai Besar,
Tuan Shafie Tuan Agil

penghargaan daripada ADUN Sura sambil
diperhatikan ibunya

Encik Samsudin Abdullah menerima penghargaan
di Kampung Bunga Raya
baca artikel menarik tentang SRAB di bawah :-
Ikuti pandangan Bapa Moden Terengganu 7 tahun lalu tentang SRAB...di sini.
baca juga artikel di bawah :-
TUTUP SRAB CARA BN ATASI MASALAH JAHIL AGAMA?
0 komen:
Post a Comment