Saya terkejut degan kenyataan YAB PM yg berkaitan isu pengeboman dan pembakaran gereja yang bertajuk 'JANGAN MENUDING JARI PADA UMNO' seperti yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar hari ini.
Saya menyifatkan kenyataan tersebut menggambarkan betapa PM menyedari bahawa UMNO/BN sedang dibicarakan oleh mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan UMNO di kandang orang salah. Perbicaraan di mahkamah rakyat menggambarkan UMNO sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi.
Kepada PM ingin saya nyatakan bahawa rakyat menuding jari pada UMNO dan pemimpinnya adalah berasaskan perangai pemimpin UMNO yang rasis. PM Najib mungkin mudah lupa pepatah melayu yg berbunyi 'siapa yg menanam dialah yg menuai hasilnya'. Kini UMNO sedang menerima akibatnya.
Najib perlu imbas kembali pada peristiwa 22 tahun lalu yang melibatkan beliau sendiri sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan membawa kepada penyalahgunaan ISA (Ops Lalang) ke atas pemimpin pembangkang dan NGO yang dimangsakan oleh politik jahat UMNO, peristiwa mencium keris oleh bekas ketua pemuda UMNO (DS Hishammudin) dgn sentimen perkauman,peristiwa serangan induvidu pemuda UMNO ke atas YB.Karpal Singh di parlimen, peristiwa memijak kepala lembu dan yang terbaru provokasi isu penggunaan kalimah Allah untuk majalah Herald di mana kenyataan PM dan DS Hishammudin seolah olah menggalakkan tindakan tersebut.
baca artikel penuh...di sini.
0 komen:
Post a Comment