Wednesday, November 28, 2012

Najib 'Ditikam' Di Perhimpunan Agung UMNO !



KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) yakin, ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak Jaikishan kepada Harakahdaily semalam.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak," kata Husam dalam kenyataannya.

Kenyataan yang disiarkan dalam lamannya, Husam.com itu mencadangkan agar, "Umno melepaskan Najib".

"Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru," kata Husam dalam kenyataannya.

Deepak, katanya, bukan ahli politik tetapi kenyataannya  dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.


Selain Najib, turut menjadi sasaran menjelang Perhimpunan Agung Umno ini adalah Naib Presiden Umno paling kanan, Datuk Seri Hishamudin Husein.


Hishamudin, Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib didakwa campur tangan dalam penyiasatan polis. Dakwaan itu dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dalam satu sidang medianya.

baca artikel penuh...di sini.

Friday, November 2, 2012

ADUN Sura Ucap Selamat Menduduki SPM 2012

DUNGUN, 2 November Jumaat - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik serta Jawatankuasa Pelajaran DUN Sura dan seluruh warga kerjanya mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan SPM 2012 kepada semua calon di seluruh Malaysia, khususnya di DUN Sura dan Dungun, Terengganu.


" Kami doakan semua calon dikurniakan ketenangan dan kemudahan untuk menjawab soalan yang dikemukakan, semoga peperiksaan ini merupakan di antara tangga awal untuk melangkah lebih maju di medan pelajaran sehinggalah ke menara gading, " ujar ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun secara ringkas. 

Gambar hiasan...adik Christina Seow Siew Hoon, di antara pelajar cemerlang SPM 
dari SMK Sultan Omar, Dungun yang telah menerima sumbangan
penghargaan daripada YB Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli

Seramai 472,541 orang calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai Isnin ini sehingga 6 Disember.
Seramai 415,530 calon daripada sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 7,708 calon daripada sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian dan 7,946 calon daripada sekolah menengah agama negeri.
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, turut menduduki peperiksaan tahun ini ialah 11,309 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, 28,148 calon sekolah menengah agama rakyat dan 1,900 calon persendirian.
Menurut kenyataan itu, seramai 30,239 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Saturday, October 27, 2012

Aidiladha 1433 Di DUN Sura...Lebih 80 Ekor Lembu Dikorbankan, Lebih 400 Kampit Beras Diagihkan

DUNGUN, 27 Oktober Sabtu - Bermula 10 Zulhijjah, Jumaat sehingga 11 Zulhijjah, Sabtu sebanyak lebih 80 ekor lembu telah disempurnakan sembelihan di beberapa lokasi sekitar DUN Sura, di sini.
Di Surau Ustaz Haji Omar Shukri sahaja sebanyak 33 ekor lembu telah disembelih, 31 ekor disempurnakan sembelihannya pada Jumaat, 10 Zulhijjah 1433.
Sementara itu, sebanyak lebih 400 kampit beras yang disumbangkan melalui ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli turut diagihkan kepada faqir miskin sekitar DUN Sura, di sini.
Sembelihan telah disempurnakan sebahagiannya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Sheikh Muhammad Hanafi Abd Aziz dan Ketua Pemuda PAS DUN Sura, Ustaz Haji Muhamad Hanafiah Hitam.
Semua cawangan kemudiannya mengagihkan daging berserta sekampit beras kepada penerima yang telah dikenalpasti lebih awal melalui penyelarasan di peringkat JK ADUN Sura.

Tuesday, October 23, 2012

Salam Eidul Adha 1433 Daripada Y.B. Tuan Guru Presiden PAS

Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya eidul adha yang sinonim dengan ibadah haji dan qorban. Ibadah haji dilaksanakan di Makkah yang menghimpunkan umat Islam seluruh dunia bagi melaksanakan rukun Islam kelima. Ia bukan sekadar ibadah biasa, tetapi mempunyai maksud yang besar kepada kesatuan Ummah dalam mendamaikan dunia dengan Islam.

Rasulullah SAW menjadikan musim haji dizaman jahiliyah untuk berdakwah kepada kelompok kabilah-kabilah Arab yang datang daripada berbagai wilayah. Bukan sekadar menyeru mereka memeluk Islam, bahkan mengajak mereka mendirikan negara yang melaksanakan syariat Allah SWT yang sifatnya adil untuk semua manusia tidak mengira agama dan bangsa dan juga adil kepada makhluk lain yang dipelihara dibawah pemerintahan.



Daripada satu kabilah kepada satu kabilah, sehinggalah akhirnya bertemu dengan penduduk Madinah suku Aus dan Khazraj yang menerima Islam dan bersedia menjadikan negara mereka Madinah sebagai tapak kekuasaan Islam. Tidak lama selepas peristiwa itu, Nabi SAW telah berhijrah ke Madinah mendirikan kerajaan dan tamadun manusia yang berjaya mengeluarkan bangsa Arab daripada kegelapan jahiliyah, hidup yang porak peranda, jenayah yang berleluasa kepada kehidupan yang bersatu, maju dan sejahtera dibawah pemerintahan Islam. Bermula daripada inilah, maka tamadun manusia itu berkembang pesat mengambil contoh tauladan pemerintahan Rasululah SAW.



Begitu juga ibadah qorban yang dilaksanakan Nabi Ibrahim AS penuh dengam ketaatan dan ujian yang berat. Namun keimanan Nabi Ibrahim dan anaknya yang teguh menjadikan mereka manusia yang berjaya bukan sekadar melaksanakan perintah Allah dalam hal qorban, tetapi juga berjaya mendirikan kerajaan orang beriman dan mengemudinya di Mekah, Palestin dan Syam. Daripada keturunan Nabi Ibrahim ini melahirkan nabi yang ramai dan tersebar luasnya dakwah Islam zaman berzaman sehinggalah munculnya Nabi Muhammad daripada keturunan Ismail dam Nabi Yaakub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain nabi yang membawa risalah Allah SWT.




Marilah kita mengambil pengajaran diatas dua peristiwa ini untuk meningkatkan keyakinan dan ketaatan kepada agama Allah SWT. Moga-moga kita dipilih oleh Allah menjadi hambanya yang istiqamah dalam menegakkan keadilan Islam untuk kesejahteraan di muka bumi ini.




Mewakili Pas, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat di negara ini dan seluruhnya.

Thursday, October 18, 2012

Puasa Sunat & Munajat Sempena Hari Wuquf 25 Oktober


KUALA LUMPUR : Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat mengarahkan supaya seluruh ahli PAS berpuasa pada Hari Wuquf tanggal 9 Zulhijjah 1433 bersamaan 25 Oktober 2012 (Khamis).

 
Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menjelaskan hari itu yang mempunyai kelebihan bagi mereka yang berpuasa sebagaimana sabda Rasulullah SAW. bermaksud "Puasa Hari Arafah: Aku berharap Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun kemudiannya". (Riwayat Muslim)


Justeru, beliau meminta semua Lajnah Tarbiah Kawasan menyusun program dengan baik dan teratur di markaz atau tempat yang difikirkan perlu.


Katanya tentatif program bermula sekitar jam 5.30 petang dengan bacaan surah Yaasin dan zikir munajat, diikuti iftar jamaie, solat Maghrib, takbir, tazkirah dan solat Isyak.


“Semoga program ini dapat menjana kekuatan ruhiah dan memohon restu Allah untuk menghadapi PRU13. Semoga Allah memberi kekuatan, kesihatan, keikhlasan, memantapkan ukhwah di kalangan petugas dan memberi hidayah kepada seluruh pengundi insya Allah,” ujarnya.

sumber : Harakahdaily.net 

Sunday, October 14, 2012

2 Anak Tok Guru Ke Dungun 18 Oktober

DUNGUN, 15 Oktober Isnin - Dua orang pimpinan pemuda - peringkat Pusat dan Negeri akan berkunjung ke Dungun pada 18 Oktober, Khamis ini bagi menyampaikan ceramah umum di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, di sini.
Ceramah anjuran Penyelaras Pemuda DUN Sura ini akan turut disertai oleh YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengundang seluruh warga DUN Sura khususnya golongan muda supaya meluangkan masa untuk hadir mendengar kupasan isu dari pandangan pimpinan pemuda sendiri," demikian seruan Ketua Penyelaras Pemuda DUN Sura, Ustaz Haji Mohd Hanafiah Hitam.

Tuesday, October 9, 2012

Ceramah Khas PRU-13 Di DUN Sura 12 Oktober

DUNGUN, 9 Oktober Selasa - Lajnah Penerangan MTD Sura akan menganjurkan satu lagi siri penerangan sebagai sebahagian persiapan menjelang PRU-13.
Ketua Penerangan MTD Sura, Encik Mohd Yusof Ismail berkata, ceramah umum yang akan diadakan di tengah bandar Dungun ini akan menumpukan isu-isu yang berkaitan peranan Pakatan Rakyat dalam membela khususnya kaum Cina dan India.

" Memandangkan lokasi ceramah yang dipilih terletak di kawasan majoriti kaum Cina, maka Cikgu Lau adalah di antara penceramah yang sesuai untuk mengupas isu yang berkaitan, turut diundang adalah Dr. Bala Chandran yang menunjukkan bahawa PR tidak hanya menumpukan kepada hanya satu bangsa sahaja, " ujar Encik Mohd Yusof Ismail.

Sunday, October 7, 2012

ADUN Sura Ucap Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2012

DUNGUN 8 Oktober, Isnin - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli bersama JK Pelajaran dan seluruh warga kerja DUN Sura mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan PMR 2012 kepada semua calon-calon peperiksaan di seluruh negara khususnya di Dungun dan DUN Sura. 

Gambar hiasan - ADUN Sura bersama bekas pelajar cemerlang PMR
dari SMK Sultan Omar, adik Mohd Afiq Iqram bin Rohaidi (8A),
bapanya En. Rohaidi dan Ketua PAS Caw Padang Jambu, En. Baharuman Abd Hamid

Menurut Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran, sebanyak 3,560 pusat  peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 33,898 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Seramai 481,424 calon di seluruh negara akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula 9 Oktober ini.
" Kami mendoakan seluruh calon peperiksaan ini dikurniakan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab peperiksaan seterusnya dianugerahkan kejayaan cemerlang ", katanya ringkas.

72% Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Tanah Suci...ADUN Sura Ziarah Pengerusi JKKK

Seramai 19,764 orang, atau 72% daripada 28,000 orang jemaah haji Malaysia, sudah pun berada di Tanah Suci.
Encik Husain Sukri A. Rahman bergambar kenangan 
selepas dikunjungi ADUN Sura di hadapan kediamannya. 
Turut kelihatan, Bendahari MTD Sura, Haji Abdullah Ibrahim.

Pengurus Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji, Mohamad Naser  Jaffar berkata daripada jumlah itu, 17,915 jemaah sudah berada di kota Mekah manakala selebihnya masih di Madinah dan akan bertolak ke Mekah, Isnin.

"Selepas ini, semua penerbangan haji dari Malaysia akan mendarat di terminal penerbangan haji di Jeddah, dan jemaah akan terus dibawa masuk ke Mekah," katanya kepada pemberita di pusat operasi Tabung Haji, di sini Ahad.

Beliau juga berkata sehingga kini, 58 daripada 77 penerbangan yang membawa jemaah haji telah berlepas dari tanah air ke tanah suci.

Penerbangan pertama ialah pada 17 September lepas - Bernama.com 

Sementara itu, di Dungun khususnya di DUN Sura, seramai lebih 30 orang bakal haji telah menerima kunjungan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sebelum mereka bertolak ke tanah suci.

Program tahunan ziarah bakal haji ini dilakukan tanpa mengira latar belakang politik. Pengerusi JKKK Kampung Molek, Encik Husain Sukri A. Rahman, 59 (gambar atas), adalah di antara yang telah dikunjungi oleh ADUN Sura, baru-baru ini.

Monday, September 17, 2012

ADUN Sura : Politik 'Pecah & Perintah' UMNO-BN Pecah Belahkan Rakyat


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/hari%20keluarga%20dun%20sura.jpg
DUNGUN - Apabila ramai orang yang mencintai Islam memakmurkan sesebuah masjid yang didirikan, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mendirikan masjid lain untuk memecahkan perpaduan masyarakat kampung.

Menurut Yang DiPertua PAS Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, sekurang-kurangnya tiga qaryah telah berlaku pepecahan akibat dasar 'pecah dan perintah' parti tersebut.

"Di Dungun ada tiga kampung yang berlaku, paling awal adalah berlaku ke atas Masjid Sura, apabila ramai orang-orang yang mahukan Islam memakmurkan masjid tersebut, kerajaan Umno-BN membina masjid lain,

"begitu juga di Kampung Tebing Tembah dan yang terbaru Surau Pelandang di Kampung Pulau Serai diangkat menjadi masjid, sedangkan sudah wujud masjid Kampung Pulau Serai disitu,"jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Sura berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa gambar beliau telah digunakan sebagai bahan dalam satu kursus oleh kerajaan Umno-BN berhubung dengan isu sembahyang Jumaat di dua masjid berasingan.

Katanya, ia adalah bukti yang jelas, ketakutan Umno-Bn kepada Islam kerana sesungguhnya parti itu tidak mahu melaksanakan dasar-dasar Islam.

Wan Hassan berkata demikian ketika ditemui selepas program Hari Keluarga DUN Sura yang diadakan pada Sabtu, 15 September di perkarangan Pejabat DUN Sura di sini. [Gambar - Ustaz Wan hassan menyampaikan hadiah kepada pemenang program Hari Keluarga DUN Sura]

Sehubungan itu, beliau meminta pihak-pihak berkenaan yang terbabit dengan penganjuran kurus tersebut agar tidak membabitkan beliau atau mana-mana ahli PAS sebagai 'bahan momokan'.

Sekiranya ia tidak dihentikan, beliau akan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan.

"Saya berharap pihak-pihak terbabit menghentikan semua fitnah ini dan sudah cukuplah bagi Umno-BN, cukuplah atau berdepan dengan tindakan undang-undang,"tegasnya.

Menurutnya, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said sebelum ini telah menuduh PAS sebuah pasti yang sesat.

Namun begitu katanya, ahli-ahli Umno sendiri tidak percaya kepada Ahmad dan semakin ramai ahli-ahli Umno yang keluar dari parti itu menyertai PAS.
sumber : BuletinOnline.net     

Friday, September 14, 2012

LIVE : Hari Keluarga & Jamuan Aidilfitri Dun Sura 2012

Sila tekan REFRESH untuk gambar-gambar terbaru
(15 September 2012 @ 0830 pagi - 0500 petang)



























































































Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura