Monday, November 30, 2009

Apakah Mekah Akan Kembali Ke Zaman Jahiliyyah

by DEWAN ULAMA' PAS PAHANG

Mekah Kini

Hari ini suasana haji menjadi seolah-olah bertentangan dengan ajaran asas Islam itu sendiri. Jabal Omar Development yang diamanahkan untuk membangunkan Masjid al-Haram memperuntukkan $3.3 billion bagi merealisasikan impian kerajaan Arab Saudi, namun mengalami kesulitan dalam mencari dana yang sebegitu besar.


Baca lagi »

Gempa Bumi Lemah Terbaru 2.30 Ptg Di Kuala Pilah

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) - Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku buat kali keempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pukul 2.30 petang hari Isnin.

Gambar hiasan...tragedi Padang,Sumatera baru-baru ini

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa bumi itu berpusat di 22km timur Seremban dan merupakan kejadian terbaru daripada tiga kejadian gempa bumi yang berlaku di lokasi sama sejak semalam.

Kejadian gempa bumi pertama berlaku pada pukul 2.30 petang semalam dan hari ini sebanyak tiga kejadian gempa bumi direkodkan oleh Jabatan Meteorologi yang berlaku pada pukul 12.15 tengah malam, 9.10 pagi dan 2.30 petang ini, menurut kenyataan itu.

Gegaran akibat gempa bumi itu dapat dirasai oleh penduduk di kawasan berkenaan, bagaimanapun, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana gegaran itu adalah lemah.

Menurut kenyataan itu, kejadian gempa bumi lemah adalah kesan daripada gempa bumi kuat yang berlaku di Indonesia baru-baru ini.

- BERNAMA

Sunday, November 29, 2009

Sekitar Kemeriahan Majlis Qurban Di DUN Sura

DUNGUN 29 Nov AHAD - Cuaca yang baik bermula Khamis, memberi peluang kepada sebahagian besar umat Islam untuk menyempurnakan ibadah qurban sempena Aidil Adha pada tahun ini.
YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli
meninjau sembelihan qurban di Alor Tembesu

Sebanyak lebih 60 ekor lembu di DUN Sura telah dikorbankan sempena Aidiladha sepanjang hari raya pertama dan kedua baru-baru ini. Majlis Tindakan DUN Sura telah mengambil inisiatif menyelaras qaedah agihan daging qurban bermula sejak tahun lalu.

Di Kampung Molek

Sementara itu sebanyak 365 kampit beras yang disumbangkan melalui YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli turut diagihkan kepada faqir miskin di seluruh cawangan dalam DUN Sura, setiap penerima diagihkan daging qurban dan sekampit beras yang diserahkan melalui PAS Cawangan ke setiap rumah yang telah dikenalpasti. Setiap PAS Cawangan mengenalpasti seramai sekurang-kurangnya 25 hingga 30 orang faqir miskin sebagai penerima sumbangan ini.


Di Alor Tembesu

Melalui qaedah penyelarasan ini, cawangan-cawangan yang melaksanakan sembelihan qurban akan menghantar daging qurban ke pusat pengumpulan daging yang ditetapkan untuk diserahkan kepada wakil cawangan-cawangan yang tidak melaksanakan sembelihan qurban.


Di Bukit Chatak 2

Cawangan-cawangan yang tidak melaksanakan sembelihan qurban pula, akan menerima daging qurban di pusat pengumpulan daging yang ditetapkan seterusnya mengagihkan daging yang diterima kepada faqir miskin di cawangan masing-masing.

Di Padang Jambu

PAS Cawangan Bukit Chatak 1 telah dipilih sebagai pusat pengumpulan daging qurban pada hari raya pertama, bertempat di Surau Ustaz Haji Omar Shukri, sementara PAS Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate sebagai pusat pengumpulan daging qurban pada hari raya kedua, bertempat di Surau Pak Anum, Alor Tembesu.

Di Sungai Buaya

Pada tahun lalu, PAS Cawangan Bukit Chatak 1 turut dipilih sebagai pusat pengumpulan daging qurban pada hari raya pertama, sementara PAS Cawangan Bukit Chatak 2 sebagai pusat pengumpulan daging qurban pada hari raya kedua.

Pengarah MTD Sura merangkap ADUN Sura dan YDP PAS Kawasan Dungun, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli melahirkan kesyukuran di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan perancangan yang telah disusun.

Setiausaha MTD Sura, Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua PAS Cawangan yang terlibat, " Usaha murni ini akan diteruskan lagi di tahun-tahun akan datang, kita yakin usaha yang mendapat dokongan padu daripada YB ADUN Sura ini akan berterusan jika semua pihak mengekalkan tekad dan dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT untuk melaksanakan program kemasyarakatan ini, insyaAllah.


... warna-warni Qurban di DUN Sura :
- PADANG JAMBU
- KAMPUNG MOLEK
- SUNGAI BUAYA

... gambar-gambar menarik kemeriahan majlis qurban
di DUN Sura akan menyusul.

Friday, November 27, 2009

Eidul Adha 1430, Hari Haji Akbar - Khutbah Presiden


Thursday, November 26, 2009

Veteran PAS Ikrar Tumbangkan UMNO

by BuletinOnline

DUNGUN - PAS Dungun menjadi kawasan yang pertama berjaya menubuhkan Kelab Veteran PAS selepast ditubuhan di peringkat negeri, apabila dengan rasminya ia ditubuhkan oleh PAS Cawangan Sura Tengah, disini.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/veteranpasdungun.jpgMajlis penubuhan kelab tersebut diadakan dalam satu majlis pada jam 5.00 petang di Masjid Lama Sura, 10 November 2009, lalu.

Ketua penajanya, Ustaz Harun Daud berkata, 30 ‘orang lama PAS’ telah hadir dan bersepakat pada mesyuarat pertama itu bagi memilih 10 ahli jawatankuasanya.

Beliau berkata, kelab berkenaan akan berusaha mengumpul seramai mungkin ahli-ahli dikalangan ‘veteran’ yang akan bertindak menyalurkan idea-idea kepada PAS Kawasan dan negeri, untuk dikongsi bersama antara pemimpin semasa dengan bekas pimpinannya.

“Kemungkinan pada masa muda remaja, dia (veteran) memang seorang yang aktif tetapi apabila telah lanjut usia mereka (veteran) tidak ada ruang dan ‘platform’ untuk bersuara dan menyampaikan pemikiran,

“Inilah (kelab veteran) yang akan menjadi ruang dan peluang untuk golongan (veteran) ini memberikan pandangan dan idea masing-masing untuk perjuangan Islam PAS,” jelasnya.

Dalam majlis itu juga, katanya, ahli-ahli kelab tersebut telah berikrar dengan segala usaha dan tindakan bagi menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Gunakan Gerbang Maya Untuk Perjuangan


LAPTOP HP PAVILION tx1000z - Ampang

oleh USTAZ IDRIS AHMAD

Zaman sekarang ialah zaman maklumat, siapa yang banyak menguasai maklumat ia akan menang dalam peperangan moden pada masa kini. Kalau dahulu agak sukar kita hendak menerangkan dasar perjuangan Pas kepada orang luar yang jauh di beberapa benua sana. Begitu juga jika kita hendak menjawab fitnah yang dilemparkan oleh musuh kepada kita. Tetapi dengan anugerah Allah kepada manusia maka suasana ini sudah berubah. Waktu sekarang dengan beberapa saat kita sudah dapat menghubungi saudara kita. Kita dapat mengetahui perkembangan mutaakhir dunia dengan hanya memetik jari di computer sahaja tanpa mengambil masa yang panjang. Peluang ini perlu direbut oleh ahli jamaah dan penyokong Pas supaya kesempatan ini tidak berlalu begitu sahaja. Gerbang maya adalah satu saluran yang cukup berkesan untuk memberikan keuntunagan kepada perjuagan kita. Ia juga boleh meruntuhkan jamaah jika kita menyalahgunakan kemudahan ini untuk menjadi anai-anai kepada perjuangan Pas.

Kita mengharapkan supaya semua pimpinan dan penyokong Pas hendaklah sentiasa menggunakan kemudahan ini untuk mempertahankan parti dan jamaah, bukan sebaliknya mendedahkan pertelingkahan peribadi, apa yang berlaku dalam mesyuarat dan mendedahkan rahsia parti dalam blog peribadi dan sebagainya. Kita jangan menyenangkan tugas SB untuk mengetahui rahsia dalaman parti. Jangan berikan maklumat percuma tanpa mereka bersusah payah mendapatkan maklumat tersebut. Kerana ia didedahkan sendiri oleh ahli mesyuarat. Jangan jadikan rahsia parti lebih murah daripada harga untuk masuk tandas awam yang perlu dibayar. Sepatutnya masalah peribadi dan pertelingkahan peribadi jangan dimuntahkan dalam blog. Selesaikan peringkat dalaman parti. Kalau kita tidak puas hati luahkan dalam mesyuarat dan program dalaman. Jangan pula apabila pandangan kita tidak diterima maka kita dedahkan dalam blog pula sebagai tanda protes dan memuaskan nafsu kita sahaja. Mendedahkan dan memburukkan parti dalam blog sama seperti kita memburuk-burukan parti di dalam ceramah, forum, kuliah di masjid atau surau. Kerana ada yang hadir ialah mereka yang masih mencari-cari kebenaran. Mendedahkan rahsia parti sama seperti orang mendedahkan rahsia rumahtangga walaupun sudah bercerai. Lebih malang lagi kita sebagai sebuah parti Islam menggunakan perkara ini untuk ditatapi orang di seluruh dunia. Walau pun ia berhujah kerana marah kepada individu tertentu dalam parti , tetapi kalau pertelingkahan itu dibuat dalam gerbang maya, maka orang akan menganggap ini adalah masalah Pas. Ia akan memberi kesan kepada jamaah. Orang ramai tidak anggap ini adalah masalah peribadi, sebaliknya persepsi masyarakat akan menganggap ini adalah masalah Pas. Bagaimana kita hendak menarik minat orang atas pagar mendekati Pas, jika kita sendiri mendedahkan kelemahan dalam parti kepada tatapan umum. Mungkin kita boleh berbeza pandangan dalam suatu hal tetapi ia bukan suatu perkara yang kita perlu uar-uarkan dalam alam maya, akhirnya yang rugi ialah Pas. Janganlah kita pula dianggap “Perjuangan Pas terhalang oleh orang Pas sendiri”. Lebih parah lagi kalau ia adalah berita fitnah terhadap individu tertentu dalam pimpinan atau sesame ahli. Menuduh tanpa bukti seorang itu ejen umno, sedangkan perkara tersebut tidak berlaku. Maka ini adalah amat membahaya, kerana fitnah tulisan ia akan kekal sampai hari kiamat orang membaca, kerana sukar untuk hilang (dengan izin Allah). Maka jika kita tidak memohon maaf ia akan mendapat azab di akhirat kelak. Sebagai mana maksud firman Allah yang bermaksud“Fitnah lebih merbahaya daripada membunuh” Perlu diingat bidang penulisan adalah satu perjuangan jangka panjang dan memerlukan komitmen yang tinggi dan konsisten. Ia tidak berlaku semalaman. Perlu ada pembinaan prinsip seorang penulis terutama yang bertaraf pimpinan untuk mempertahankan maruah parti. Kerana penulisan yang kita lakarkan akan memberi impak yang besar dalam memberi kefahaman masyarakat.

Peranan kita di gerbang maya -Terangkan dasar perjuangan Pas -Terangkan kejayaan Pas dalam politik Malaysia -Terangkan kejayaan Pas bersama dengan Pakatan Rakyat - Jadikan mekanisme untuk perpaduan dalam jamaah bukan sebagai memecah belahkan jamaah dan parti. - Jangan mendedahkan rahsia parti - Menjawab fitnah dan salah faham terhadap Pas dan pimpinan Pas Menyalurkan maklumat yang paling berkesan dan efektif. - Mendedahkan kelemahan musuh dan kejahatan mereka kepada masyarakat. - Mendedahkan kegagalan kerajaan BN setelah memerintah negara selama 52 tahun. - Mendedahkan projek-perojek gagal dan pembaziran wang negara seperti pendedahan audit negara.

Gambar 4GB USB + Spy Recording Pen

Ingatlah! Pena adalah pedang jihad bukan senjata yang memuntahkan peluru-peluru fitnah, tohmahan dan seumpamanya.Sentiasa menimbang dengan dosa dan pahala sebelum melakukan penulisan.

Presiden PAS Dahului Manfaat Facebook


Ust Nasruddin Hassan Tantawi

izwan@harakah.net.my

BALING : Ketika media massa terpaksa digunakan untuk membuat hebahan mengenai laman sosial Facebook milik Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak kepada pengetahuan umum, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menarik ramai individu menyertai dan berinteraksi dengannya.

Biarpun tanpa hebahan umum, media baru milik Tuan Guru itu telah menarik lebih 9,000 penyertaan. Bagaimanapun, berikutan had penyertaan ke laman interaksi itu melibatkan 5,000 individu, maka kelab terpaksa diwujudkan.

“Facebook milik Tuan Guru Haji Hadi sudah cukup 5,000 hingga terpaksa dibuat yang baru kaedah ‘friend request’ menggunakan Kelab Facebook Tuan Guru Haji Hadi,” demikian didedahkan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan mengenai sambutan kepada laman interaksi tersebut semasa berceramah di Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali, di sini 19 November lalu.

Pun begitu katanya, setelah diwujudkan kelab, dalam masa lima hari kelab tersebut telah diikuti lebih dari 2,000 peminat.

Lebih membanggakan menurut beliau, penyertaan sebahagiannya adalah terdiri daripada anak-anak muda.

Ujarnya, perkara itu jelas menunjukkan selera anak muda kepada perjuangan Islam.

Terdahulu, dalam pidatonya sempena hari peringatan Peristiwa Memali itu, beliau melahirkan harapan kepada anak-anak muda yang hadir ramai pada hari itu agar mencontohi watak-watak para syuhada Memali dan menyambung serta mendokong aspirasi perjuangan mereka.

Tegasnya, anak muda telah menjadi kebanggaan Rasulullah berbanding golongan tua yang sedikit dan sering menjadi penghalang dalam perjuangan.

“Persepsi yang mengatakan bahawa anak muda tidak boleh bersama dengan perjuangan PAS adalah tidak benar sama sekali,” ujarnya menyanggah.

Pemuda juga katanya, adalah mata rantai perjuangan yang akan menyambung usaha para generasi terdahulu.

Oleh itu tegasnya, jangan ditamatkan siri perjuangan yang telah diasaskan dengan darah-darah merah para syuhada dihadapan Allah SWT.

> LAMAN FACEBOOK RASMI
DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Wednesday, November 25, 2009

Jamaah Haji Bergerak Ke Arafah

MEKAH, 25 Nov - Cuaca yang panas dan kering di sini bertukar menjadi mendung dan kemudian hujan ketika 2.5 juta jemaah haji seluruh dunia termasuk 25,000 dari Malaysia bergerak menuju ke Arafah menjelang wukuf esok.


Jemaah haji Malaysia yang ditempatkan di 10 tempat penginapan atau Maktab Tabung Haji di sekitar Mekah dibawa secara beransur-ansur dengan menaiki 160 buah bas yang disewa khas oleh Tabung Haji bermula 11 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).

Menurut ketua rombongan Haji Salleh Mubin, operasi membawa jemaah haji ke Arafah dijangka selesai sepenuhnya menjelang tengah malam ini (5 pagi waktu Malaysia).

Beliau berkata Tabung Haji akan berusaha menentukan semua jemaah haji Malaysia berada di Arafah esok untuk wukuf kerana ia merupakan perkara wajib dalam ibadah haji.

"Jemaah haji yang sakit pula akan dibawa ke Arafah oleh petugas perubatan Tabung Haji dengan ambulans," katanya.

Pemerhatian pasukan media Tabung Haji mendapati pergerakan lalulintas masih lancar dan dikawal ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

- BERNAMA

Karamah Mujahideen Di Perang Gaza

by ar-rahmanw

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu ke arah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia.

Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya:

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel , datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Selepas suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.


“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa DIa adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu." (Fussilat:52).

Monday, November 23, 2009

Kota Seputeh : Permohonan SPR Ditolak Mahkamah

by Harakahdaily

PUTRAJAYA, 23 Nov :
Mahkamah Tinggi mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Kedah segera dan menolak permohonan SPR untuk ditangguhkan.

Ia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berkuat kuasa 16 November lalu, kata hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam keputusannya hari ini.

Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara yang mewakili SPR mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Seminggu sebelum itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa SPR wajar mengadakan pilihan raya kecil di kerusi berkenaan selepas didapati wujud kekosongan.

Namun Jumaat, 20 November lalu, SPR memohon hakim itu agar menangguhkan keputusan tersebut. SPR memfailkan permohonan itu pada Rabu, 18 November selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

Pada Sept 1, Speaker DUN Kedah memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan ADUN kawasan berkenaan.

Khutbah Khas Eidul Adha 1430

oleh DEWAN ULAMA' PAS NEGERI TERENGGANU

KHUTBAH KHAS EIDUL ADHA 1430 H

Sila Klik DI SINI ;

Friday, November 20, 2009

Kota Seputeh : Tangguh Kekosongan Diputus Isnin

KUALA LUMPUR, Nov 20 - Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan Isnin ini berhubung permohonan penangguhan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusannya mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah sebagai kosong.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar daripada Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

SPR memfailkan permohonan itu pada Rabu lalu selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

Pada 1 September, Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan Adun kawasan berkenaan.

Di samping permohonan penangguhan, SPR dan Abu Hassan turut memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah memutuskan kerusi itu kosong Isnin lalu, sekali gus mengarahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil.

- MalaysianInsider

Thursday, November 19, 2009

10 Hari Pertama Zulhijjah

oleh : AHMAD FADHLI SHAARI


Sepuluh hari yang pertama di bulam Zulhijjah jarang-jarang sekali diperkatakan mengenai kelebihannya. Sedangkan tempoh ini mempunyai nilai yang sangat besar kemuliaannya berbanding dengan masa-masa yang lain. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Fajr, ayat 1-3 :

وَالْفَجْرِ . وَلَيَالٍ عَشْرٍ . وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ

yang bermaksud : Demi fajar, Dan malam yang sepuluh, Dan yang genap dan yang ganjil

Ibnu Kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam yang pertama di bulan Zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil tersebut ialah hari arafah.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Nabi SAW telah bersabda :

ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام (يعني العشر)، قالوا: “يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟” قال -صلى الله عليه وسلم-: “ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء”.

Yang bermaksud :

Tidak ada amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah SWT lebih daripada (amalan) pada hari-hari ini (iaitu sepuluh hari bulan zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, sekalipun dengan jihad di jalan Allah?”. Rasulullah SAW menjawab, ”Sekalipun dengan jihad. Kecuali jika seseorang keluar dengan dirinya dan hartanya dan tidak kembali lagi (mati syahid)”


Hadis ini jelas menunjukkan kelebihan 10 hari yang pertama di bulan Zulhijjah ini sehingga tidak dapat ditandingi oleh mana-mana amalan pun kecuali mati syahid.


Manakala kelebihan hari arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah SAW ketika menafsirkan ayat ke 3 dari Surah al-Buruj :

الشَّاهِدَ يَوْمَ عَرَفَةَ وَالْمَوْعُودَ يَوْمَ الْقِيَامَةَ

Yang bermaksud : Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat. (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)


Di dalam hadis yang lain, baginda SAW bersabda :

أفضل الأيام يوم عرفة

Yang bermaksud : Sebaik-baik hari ialah hari arafah (Riwayat Ibnu Hibban di dalam sahihnya)

Di dalam hadis yang lain pula, sabda baginda SAW lagi :

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Yang bermaksud : Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah SAW akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari arafah. (Riwayat Muslim)

BAGAIMANA BERIBADAT PADA 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH INI ?

Di antara ibadat yang boleh diperbanyakkan pada tempoh ini ialah puasa sunat khususnya pada hari wukuf di arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Rasulullah SAW bersabda :




صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ

الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Yang bermaksud : Puasa pada hari arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang (Riwayat Muslim)


Selain itu, seseorang muslim digalakkan untuk memperbanyakkan zikir, bacaan al-Quran, qiyam dan sebagainya untuk mendapatkan ganjaran sebanyak mungkin di dalam tempoh yang amat berharga ini.

174 Kes Taun Direkod Sehingga Kini Di Terengganu

PUTRAJAYA - Kes kolera, juga dikenali sebagai penyakit taun yang mula dilapor di Kuala Terengganu 11 November lepas, sehingga kini merekod 174 kes dengan satu kematian.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sejumlah 116 kes dikesan dari 451 kes cirit-birit yang mendapatkan rawatan di hospital, manakala 58 kes lagi dikesan dari 1,074 kontak terdekat kes kolera yang dilapor.

Satu kes kolera kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ke-8 Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan di sini hari ini.

- SINAR HARIAN

> SITUASI SEMASA PENULARAN KOLERA DI TERENGGANU 18 NOV

> RISALAH TAUN

Tuesday, November 17, 2009

Hari Raya Aidiladha Ditetapkan 27 Nov Jumaat

KUALA LUMPUR, Nov 17 - Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 November 2009 Masehi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi,” katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini.

Bernama

Keputusan UPSR 2009 Khamis Ini

Image

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 akan diumumkan di seluruh negara pada 19 November ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

Menurutnya, analisis keputusan UPSR 2009 juga akan diumumkan pada hari sama di Putrajaya pada pukul 9 pagi.

ADUN SURA HARGAI KEJAYAAN PELAJAR UPSR

"Seramai 517,908 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, seramai 510,125 orang atau 98.5 peratus calon adalah dari sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dan sekolah bantuan kerajaan.

Katanya, baki seramai 7,783 orang iaitu 1.5 peratus merupakan pelajar swasta.

Tambah beliau, mereka menjalani UPSR di 8,289 pusat peperiksaan yang disediakan di seluruh negara.

- Utusan Online

Sunday, November 15, 2009

Perteguh Tarbiyyah PAS, Perkasa Pakatan Rakyat !

KETIKA kecil dahulu, saya (dan mungkin juga ramai di kalangan kita) sekadar mengetahui bahawa saya Islam lantaran kedua ibu bapa saya adalah orang Islam. Saya Islam kerana keluarga dan datuk nenek moyang saya adalah seluruhnya Islam. Saya Islam juga kerana bumi tanah tumpah saya ini adalah bumi warisan orang Islam. Hari ini ia dipanggil ISLAM BAKA atau ISLAM WARISAN.

Ketika itu Islam bagi saya hanyalah masjid dan surau. Islam adalah majlis marhaban dan cukur kepala apabila berlakunya kelahiran baru. Islam adalah bersunat ketika sampai masanya. Islam adalah kenduri tahlil doa selamat sempena naik rumah baru dan sebagainya. Islam juga adalah berkaitan wali hakim atau nikah kahwin. Setahun sekali berpuasa Ramadhan dan sembelih korban. Paling akhirnya, Islam adalah pengurusan jenazah atau kenduri tahlil arwah. Itulah persekitaran Islam yang kebanyakan dari saya dan kawan-kawan faham ketika kecilnya dahulu. Ketika itu kami bingung, apa kena dengan Pas dan Umno? Sama-sama Islam tetapi bergaduh! Arqam, Jim, Abim, Tabligh ni apa benda pulak?

Lalu kami melalui proses memahami Islam sedikit demi sedikit. Kefahaman itu sedikit sebanyak kami dapati dari kuliah-kuliah maghrib para ustaz, tok guru dan alim ulamak penggerak Pas di kampung halaman tempat tinggal ketika kecil. Sebahagiannya didapati dari mendengar kaset-kaset ceramah khususnya kuliah Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selain dari menghadiri ceramah-ceramah politik yang diadakan rancak di awal tahun 90-an.

baca artikel penuh ... di sini

Saturday, November 14, 2009

Penyakit Taun Di Terengganu Terkawal

KUALA TERENGGANU, 14 Nov (Bernama) - Penyakit taun yang dikesan di Terengganu sejak minggu lepas kini terkawal dengan jumlah pesakit yang didapati positif taun kekal 11 orang.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Nordiyanah Hassan berkata seorang daripada 98 pesakit yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dibenarkan pulang petang ini selepas disahkan tidak mengidap penyakit itu.

Katanya ekoran perkembangan positif itu pihaknya menjangka lebih ramai yang akan dibenarkan pulang mulai esok.

"Proses pengambilan sampel terhadap 97 pesakit lain yang menunjukkan simptom penyakit berkenaan masih diteruskan," katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini, pada hari Sabtu.

Beliau berkata siasatan masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti punca penyakit itu merebak, yang kebanyakannya membabitkan kalangan penduduk di pusat bandar dan kawasan sekitarnya.

Selasa lepas seorang pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit itu.

Sementara itu Dr Nordiyanah menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mengelak makan makanan dan minuman tercemar bagi mengelak jangkitan penyakit itu.

"Kami juga ingin menasihatkan orang ramai supaya jangan mengharungi air banjir sekiranya banjir sekali lagi melanda, kerana kebiasaannya ia (air) bercampur dengan najis yang memudahkan penyakit itu merebak," katanya.

- BERNAMA

artikel berkaitan sebelum ini ...

> PENYAKIT TAUN DIISYTIHAR WABAK DI TERENGGANU

> SEORANG MATI AKIBAT TAUN DI TERENGGANU

Bai'ah Supaya Tidak Khianat Kpd Perjuangan Islam


Friday, November 13, 2009

Penyakit Taun Diisytihar Wabak Di Terengganu

KUALA TERENGGANU : Taun kini diisytiharkan sebagai wabak di Terengganu apabila bilangan pesakit yang mengalami gejala muntah dan cirit birit kronik yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini meningkat kepada 56 orang semalam, berbanding 20 orang kelmarin.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nordiyanah Hassan, berkata walaupun setakat ini hanya tiga daripada pesakit terbabit disahkan mengidap taun berdasarkan analisis sampel yang dibuat, tetapi penyakit itu diisytiharkan wabak selepas kes kematian pertama dicatatkan kelmarin.

"Sebagai persediaan dan langkah pencegahan awal, beberapa hospital di daerah lain juga sudah diarah membuka wad isolasi bagi menangani wabak daripada terus merebak.

"Jabatan juga sudah menghantar beberapa pegawai melaksanakan kerja mengambil sampel dan mengenal pasti punca wabak itu berlaku bagi membolehkan kerja pencegahan dapat dilakukan dengan lebih berkesan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Dr Nordiyanah berkata, bagi memastikan wabak tidak menular dan dapat dikawal, Jabatan Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan bagi memastikan mereka tidak mendapat jangkitan.

"Langkah yang perlu diambil termasuk mengelak makanan yang sudah tercemar dan tidak dimasak dengan sempurna, mengelak meminum air yang tidak dimasak, menjauhi premis perniagaan dan pengendali makanan yang tidak mengamalkan aspek penjagaan kebersihan yang baik dan jangan makan makanan yang sudah terdedah," katanya.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di wad isolasi HSNZ semalam mendapati, pekarangan wad sesak dengan waris pesakit yang ingin melawat tetapi tidak dibenarkan berikutan langkah pencegahan yang dilaksanakan hospital.

Sementara itu, waris pesakit, Wan Mohd Zaki Wan Abdul Rawi, 24, berkata dia akur dengan larangan hospital yang tidak membenarkannya bertemu ibu saudaranya di wad isolasi.

- Berita Harian Online

sebelum ini ... SEORANG MATI AKIBAT TAUN DI TERENGGANU

Mustafa Sambut Baik Cadangan Nik Aziz Ketuai PR

KUALA LUMPUR, 13 Nov : Cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat pertama mendapat sokongan dari Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan, beliau menyokong cadangan itu.

"Bagaimanapun ia hendaklah mendapat sokongan dari semua pimpinan Pakatan terlebih dahulu," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Datuk Zaid dalam blognya mencadangkan agar Nik Abdul Aziz menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat.

Dalam poll yang dibuat oleh NTV7 malam ini, siapa yang sepatutnya memimpin Pakatan, Nik Aziz mendapat 44%, Datuk Seri Anwar 43%, Lim Kit Siang 17% dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi 6%.

(Gambar : Datuk Zaid calonkan Nik Aziz sebagai ketua Pakatan Rakyat)

"Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. (Datuk Seri Tuan Guru) Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India.

"Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO," tulis Zaid dalam blognya.

baca artikel penuh...di sini

Wawancara Eksklusif Bersama Pengerusi JK Disiplin

Tidak seperti parti-parti politik lain, Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat sebelum ini kurang diberi perhatian. Ini mungkin disebabkan masalah disiplin di kalangan ahli-ahli PAS terkawal. Namun begitu akhir-akhir ini apabila timbul isu ‘unity government’, isu Selcat di Selangor dan gesaan EGM (mesyuarat agung luar biasa) melalui blog, tiba-tiba jawatankuasa disiplin itu menjadi tumpuan luar biasa semua pihak.

Bagi kebanyakan parti politik, pengerusi lembaga disiplin lazimnya diduduki oleh tokoh di luar kepimpinan parti. Inilah amalan Umno, MCA, MIC dan lain-lain. Rasionalnya mungkin supaya badan yang menyiasat dan menjatuhkan hukuman itu dilihat tidak berkepentingan dan ‘menggerunkan’ pesalah-pesalah dalam parti.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieALjbwLQD-SHUdvan-FHnFYeWBgRGg91XdopJx9ZVsJshlV1KTOLpJPznOVt_HqAMcsvM-PqreGUjXrvuPiVMmiWVXiQdoazz6lVcBbjQFmzw6oe1Yqo6LP699ZhV_ptpV2D2ijRShKI/s1600/datotuan.jpg

Namun Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat pula dijawat oleh Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, yang sesiapa sahaja pun akan melihatnya seorang warak dan berimej baik hati.

Keadaan ini membuatkan umum melihat ‘rising star’ ini sedang menduduki ‘kerusi panas’. Barangkali umum tidak mempertikaikan kemampuannya akan tetapi amanah menduduki kerusi berkenaan boleh memudarkan bintang dan potensinya.

Benarkah begitu?

SidangOnline menemui sendiri Tuan Ibrahim bagi menyelami persoalan-persoalan di atas, sejurus sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci Makkah.

Ada orang beranggapan Dato' kurang bernasib baik apabila diberi amanah duduk di kerusi panas sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Pusat. Sedangkan amalan dalam parti lain mereka terdiri daripada tokoh veteran, berpengalaman yang tidak berjawatan. Apakah sebenarnya yang Dato' rasakan?

Sesiapa yang pegang kerusi ini memang panas. Tapi pertamanya, perlembagaan parti mengkehendaki jawatan ini mesti terdiri daripada ahli jawatankuasa pusat, ini termaktub dalam perlembagaan parti. Kemudian mesyuarat memutuskan saya memegangnya, walaupun saya sendiri pernah bangkitkan supaya perkara ini diteliti semula kerana berlaku pertindihan. Bila seseorang dihukum jawatankuasa disiplin dia boleh merayu kepada jawatankuasa PAS Pusat, jadi sekali lagi di situ… maknanya dah dua kalilah. Selepas itu dia boleh merayu kepada majlis syura.

Bagi saya apa yang lebih penting ialah mempertahankan prinsip keadilan itu sendiri. Saya akur menerima jawatan ini setelah diputuskan dalam mesyuarat. Soal yang penting bagaimana kita boleh wujudkan satu sistem disiplin kepada ahli kita. Mengenai cadangan pengerusi lembaga disiplin dipilih daripada merka yang dihormati tetapi di luar kepimpinan saya fikir itu langkah yang baik cuma ini perlukan pindaan Perlembagaan.

Selama ini lembaga disiplin kurang diperhatikan sangat. Tetapi akhir-akhir ini tiba-tiba mendapat perhatian luar biasa pelbagai pihak. Apakah Dato' fikir ahli-ahli PAS sudah mulai kurang disiplinnya sekarang?

Saya fikir tidak juga… sebenarnya lembaga disiplin ini dulupun pernah menggantung ahli contohnya dalam konteks Pahang, pada zaman Pesuruhjaya Rusdi Arif PAS ada ahli PAS yang digantung keahlian. Cuma kali ini saya tengok yang jadi panas dalam kes ini dia di’highlight’ secara luar biasa oleh media seluruh negara berhubung dengan kenyataan mursyidul am yang mahukan EGM. Bayangkan, isu-isu berbangkit berkaitan bajet negara pun jadi kecil. Kebetulan pula dia melibatkan nama tokoh-tokoh besar iatu Exco kerajaan negeri dan Pesuruhjaya PAS Selangor. Sebenarnya banyak lagi kes-kes lain dan tokoh-tokoh lain juga yang sedang disiasat.

Ada yang berpendapat isu asalnya yang menjadi kontroversi selama ini sudah dikecilkan. Mula-mula EGM ke mesyuarat khas dan kemudiannya dia jadi seminar. Jadi seolah-olah cerita atau masalah begitu besar, tiba-tiba cuba diselesaikan melalui medium yang kecil sehinggakan kononnya ada yang tidak bersetuju. Betul begitu Dato'?

Pertamanya Mursyidul Am sendiri dalam mesyuarat khas itu bersetuju tidak ada EGM dan beliau sendiri sangat puas hati. Kalau Mursyidul Am pun setuju, takkan ahli lain tak setuju.

Keduanya, kalau hendak diadakan EGM kita kena tengok sebab apa. Keperluaan EGM ialah untuk membuat pindaan perlembagaan atau hilang kepercayaan kepada kepimpinan. EGM Umno untuk pinda perlembagaan EGM MCA kerana hilang kepercayaan kepada pemimpin mereka. Sedangkan apa yang berlaku dalam PAS ini masalah disiplin. Isu-isu yang dibangkitkan dan nama-nama melibatkan mereka yang berjawatan yang dilantik, bukan jawatan dipilih. Jadi dia isu biasa sahaja yang boleh diselesaikan melalui saluran parti. Jika mesyuarat penuh parti dan lembaga disiplin mendapati ada kes, kita akan bertindak. Betul atau tidak kita kenalah siasat dulu sebab Nabi sebut dalam Hadis pun lebih baik tersilap melepaskan orang bersalah daripada kita tersilap menghukum orang yang tidak bersalah.

Bagi Seminar Memperkasakan parti itu kita buat format seluruh kepimpinan PAS seluruh negara hadir dan dan konsepnya terbuka. Wakil tokoh-tokoh luar juga dijemput membentangkan pandangan dan kita bagi peluang perwakilan boleh berbahas ucapan dasar presiden. Jadi konsepnya hampir sama dengan muktamar agung cuma yang berbeza dia tidak ada pemilihan.

Jadi apakah Dato' sendiri berpuas hati dengan Seminar 7 November tempoh hari?

Ya… secara peribadinya saya sangat berpuas hati dengan seminar yang diadakan hari itu, perjalanannya… penghujahan peserta… yang tak puasnya cuma persoalan kekangan masa perlu diatasi pada masa akan datang. Beberapa pandangan akan diteliti oleh jawatankuasa pusat sebagai pelan tindakan. Bagi saya penggulungan presiden sangat baik untuk jadi sandaran perjuangan.

Apa-apapun yang orang cakap, PAS merupakan parti pertama yang berani dikritik dan dimuhasabah secara terbuka dan telus melibatkan semua pimpinan.

Umumnya pada anggapan ramai, Dato' dilihat seorang yang suka berlembut, sangat menjaga hati sahabat dan bertoleransi serta berhati-hati membuat keputusan. Ini satu persepsi. Kini Dato' diamanahkan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin yang berperanan menyiasat kesalahan dan menentukan hukuman. Persoalannya bagaimana Dato' menguruskan persepsi ini?

Kita tidak boleh lari daripada persepsi ramai, dalam apa-apapun keputusan persepsi itu tetap ada. Prinsip kita, kita harus balik kepada perlembagaan parti. Sekiranya dalam siasatan kita ada kes kita akan minta yang bersalah membela diri. Dan saya sebenarnya dibantu dalam jawatankuasa ini oleh dua orang peguam, dua orang tokoh ulamak dan seorang veteran bekas pemimpin parti. Jadi saya yakin lembaga disiplin akan berlaku seadil-adil mungkin.

Selama ini Dato' dianggap sebagai rising star atau pemimpin PAS masa depan. Ada yang berpendapat dengan amanah menduduki lembaga disiplin ini boleh merencatkan potensi Dato' untuk masa depan. Contohnya belum dibuat keputusan sudah ada yang menganggap Dato' begitu dan begini, ini persoalan persepsi juga. Apa komen Dato'?

Soal kepimpinan masa depan itu soal lain, soal disiplin soal lain. Saya melihat dalam konteks jawatankuasa disiplin ini perlu diperkasakan sehingga menjadi satu badan dalam parti yang dihormati oleh ahli-ahli. Hingga setakat ini alhamdulillah, beberapa kes kita buat kenyataan baru-baru ini boleh reda. Sikap hormat ahli itu ada. Sebagai contoh bila kes ‘unity gorvernment’ dulu. Bila saya arahkan supaya semua diam dan minta jangan dibangkitkan sebarang kenyataan kontroversi, semua diam. Sekarang kita monitor beberapa orang yang dikaitkan dengan kes ini kerana dianggap boleh mengganggu siasatan.

Selepas PRU 2008 dimana Pakatan Rakyat mendapat sokongan besar rakyat. Apabila berlaku lompatan ahli-ahli daripada parti dalam Pakatan, wakil-wakil rakyat PAS terus utuh dan istiqamah, tidak ada yang melompat. Ini sebenarnya menaikkan lagi imej PAS di mata umum. Malangnya dalam parti pula, berlaku sedikit kekeruhan. Bagaimana Dato'melihat perkara ini?

Faktor pertama, kekeruhan yang belaku ini dipengaruhi oleh media dan blog. Keduanya, bila isu yang dibangkitkan itu isu berijtihad jadi berbezanya dari sudut pandangan. Contohnya satu pandangan merasakan kalau begini-begini PAS untung, sedangkan pandangan satu lagi merasakan tindakan itu akan merugikan PAS dan Pakatan secara keseluruhan. Jadi saya tengok perbezaan pandangannya di situ.

Cuma saya cukup bimbang dalam konteks parti, saya harapkan supaya ahli-ahli parti tidak cuba mewujudkan kelompok atau kumpulan dalam parti. Kita boleh berbeza pendapat tetapi kita kena menghargai nilai-nilai akhlak jamaah kita kena utamakan nilai-nilai akhlak berjamaah. Kita tegur, kita kritik sahabat kadang-kadang over sangat lebih daripada kita kritik musuh kita.

Apa pun kita kita kena muliakan sahabat mungin kerana usianya, kedudukannya… jadi perkara-perkara itu perlu kita hargai. Dalam jamaah Islam kita ada etika dan kita terikat dengan adab-adab yang mesti dipatuhi oleh semua ahli parti. Jadi jangan kerana kita tidak bersetuju dengan sekumpulan lalu kita membelakangi akhlak-akhlak berjamaah. Jadi saya fikir mungkin parti juga kena lihat supaya banyakkan majlis-majlis yang bersifat lebih merapatkan ukhuwah, sebagai contoh hidupkan semula mukhaiyam, rehlah, tamrin majlis-majlis zikir qiyamullail dan munajat bagi pimpinan dan keluarga masing-masing supaya kita tidak hanya berjumpa hanya dalam mesyuarat-mesyuarat saja. Sebab saya fikir cabaran masa depan kita pasti akan lebih besar, kelak apabila rakyat bagi mandat nanti itu ujian Allah yang besar. Jadi kalau kita tidak bina kemantapan jiwa yang kuat, ukhuwah jamaah yang tinggi dan toleransi antara pakatan rakyat jadi boleh diambil kesempatan oleh musuh untuk rosakkan Pakatan ini.

Dato' ada menulis menggesa ahli-ahli PAS agar tidak terperangkap dengan agenda musuh. Akhirnya apa nasihat kepada ahli-ahli PAS.

Saya fikir begini, kita habis masa, tenaga dan wang ringgit kita habiskan kepada isu-isu yang berlaku ini meletihkan kita dalam perjuangan. Kita perlu beri perhatian sekarang ini kepada agenda perubahan iaitu masa depan kita menghadapi PRU 13. Apa persiapan kita? Saya bimbang kadang-kadang kerana kita berbincang dan kritik sama-sama kita, kita gagal memberi tumpuan kepada soal-soal asas pilihan raya ini. Sebagai contoh daftar pemilih, soal pengundi, jentera dan sebagainya. Ini benda-benda asas kalau kita gagal beri perhatian nanti dia akan merosakkan tumpuan kita. Jadi itu yang saya timbulkan ada usaha untuk musuh menyelinap masuk di kalangan kita dan mencampakkan idea dan kita pun penat bergelut sesama kita. Dalam PAS ada dan dalam DAP pun ada. Sebenarnya isu ini isu mereka, perpecahan dalam Umno, MIC, MCA, PPP tapi isunya …. sepatutnya kita tidak habiskan masa yang panjang dalam isu ini.

Mudah-mudahan tidak ada lagi selepas ini kenyataan-kenyataan yang membuatkan ahli kita rasa letih dan kepimpinan kita habis tenaga kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Jadi sebab itu kita tidak punya masa yang panjang.

Thursday, November 12, 2009

Seorang Mati Akibat Taun Di Terengganu

LELAKI MATI AKIBAT TAUN

Oleh SHAARANI ISMAIL
shaarani@bharian.com.my

KUALA TERENGGANU : Seorang lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia akibat taun di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) petang semalam, manakala 20 lagi pesakit dengan gejala penyakit sama sedang dirawat di hospital itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nordiyanah Hassan, berkata mangsa yang berasal dari daerah ini dimasukkan ke hospital kelmarin selepas mengalami muntah dan cirit-birit yang kronik.

Berikutan itu, katanya, hospital mengambil sampel daripada 20 pesakit terbabit untuk ujian makmal bagi mengetahui sama ada mereka yang datang dari beberapa daerah di negeri ini turut menghidap taun.

“Sebahagian besar daripada pesakit dari daerah ini dan Marang. Mereka sudah dimasukkan ke wad sejak kelmarin,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Nordiyanah berkata, setakat ini hospital belum dapat menentukan punca penyakit itu kerana penghidap datang dari beberapa daerah di Terengganu.

“Justeru, kami menasihatkan orang ramai mengelakkan makanan dan minuman yang tidak dimasak dan menjaga kebersihan diri. Kita juga meminta orang ramai mengelakkan minuman yang mengandungi kiub ais,” tambahnya.

Berikutan banjir yang melanda empat daerah di negeri ini pada Jumaat lalu, khidmat pesanan ringkas (SMS) tersebar di kalangan penduduk mengingatkan mereka untuk menjaga kebersihan makanan bagi menghindari kemungkinan penularan wabak taun.

Biografi Sheikh Ahmad Yasin & Dr Abdul Aziz Rantisi

Nasib Kerusi Kota Siputeh Diketahui Isnin Ini

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) - Mahkamah Tinggi di sini Khamis menetapkan Isnin ini untuk memutuskan sama ada pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.


Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar oleh peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Speaker DUN Kedah Abdul Isa Ismail (gambar) yang memohon semakan semula kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai ADUN.

Abdul Isa mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukan lagi seorang ADUN berikutan kegagalannya untuk menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini dan kerusi berkenaan adalah kosong.

Beliau turut memohon perintah supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil yang baru.

Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman itu pada 1 Sept, selepas SPR memutuskan bahawa kerusi Kota Siputeh tidak kosong dan Abu Hassan masih merupakan seorang ADUN.

Dalam penghujahannya, Sulaiman berkata: "Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran daripada Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusinya akan menjadi kosong.

"Prasyarat dalam Perkara 51 telah pun berlaku, tiada ruang bagi responden pertama untuk mendakwa bahawa beliau masih ADUN Kota Siputeh."

Beliau juga berkata SPR sebagai responden kedua telah bertindak secara tidak sah dan melakukan kesilapan bidang kuasa apabila memutuskan bahawa tiada kekosongan bagi kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan Adun Kota Siputeh.

"Mereka (SPR) terbawa-bawa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mereka kini dianggap mempunyai kuasa tunggal untuk menentukan bahawa berlaku kekosongan secara kebetulan bagi kerusi DUN itu," kata Sulaiman.

Peguam itu berhujah bahawa keputusan dalam kes Speaker Perak menentang Jamaluddin Mohd Radzi dan dua lagi ADUN, yang diputuskan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, perlu dibezakan memandangkan kes itu membabitkan isu peletakan jawatan ADUN terbabit.

"Dalam kes kami, tidak dipertikaikan bahawa responden pertama tidak hadir, dan beliau tidak memperoleh kebenaran daripada Speaker.

"SPR bertindak secara tidak sah apabila suruhanjaya itu menerima sijil cuti sakit dan alasan yang dikemukakan oleh responden sedangkan ia tiada kuasa untuk berbuat demikian. Kuasa seperti itu terletak semata-mata dalam tangan Speaker selaras dengan Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," kata Sulaiman.

Peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili Abu Hassan berkata mengikut Perkara 53(5) Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan secara kebetulan dan bukannya Speaker.

Beliau berkata SPR telah menulis surat bertarikh 1 Sept 2009, kepada Speaker dengan memberikan justifikasi penuh kenapa kerusi itu tidak kosong.

"Pada 16 Ogos, responden pertama menemui Speaker untuk menjelaskan mengenai penyakitnya dan ketidakhadiran beliau dalam persidangan DUN terakhir serta menyerahkan sijil cuti sakit. Responden kedua bertindak wajar apabila beliau mengambil kira alasan yang diberikan oleh responden pertama," kata Hafarizam.

Peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR, berhujah bahawa SPR bertindak dengan wajar sebelum memutuskan bahawa kerusi DUN itu tidak kosong.

"SPR tidak boleh hanya menutup matanya... mengisytiharkan kekosongan dan mengadakan pilihan raya baru. Ini suatu isu yang besar. Pilihan raya membabitkan wang rakyat. SPR mesti bertindak dengan sewajarnya," katanya.

Abdul Isa dan Abu Hassan hadir pada prosiding itu.

- BERNAMA

> sebelum ini ... SPEAKER DUN KEDAH SAMAN SPR

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura