Wednesday, January 6, 2010

Masa Depan Pakatan Rakyat Telah Tiba !

by DR DZULKEFLY AHMAD

Sewaktu 2009 me
nghampiri penghujungnya dan dekad ini melabuhkan tirainya, anda mungkin bertanya tentang wajah hari-hari muka yang bakal tiba kelak. Sungguh, anda tidak berseorangan dalam hal ini.

Berlatarbelakangkan pelbagai gejala kerosakan yang melanda institusi-institusi kritikal negara ini dan kelembapan ekonomi sepanjang dekad lepas, selain bencana alam tsunami dan mewabaknya penyakit berjangkit seperti SARS dan H1N1, tidaklah hairan jika ramai yang resah dan gusar.


Namun begitu, tidak semuanya kelam dan muram. Pada setiap kesukaran, ada penylesaiannya. Ya, telah muncul cahaya perak di langit negara kita yang hitam. Barangkali ia adalah bayangan masa depan kita. Ia telah tiba jua akhirnya.


Ya, anda betul. Masa depan telah berada di sini. Ia mungkin tiba lebih awal. Bahkan ia terpanggil dan semacam dipanggil untuk sampai lebih awal? Ia begitu didambakan dan mungkin kerana itu jugalah ia menjengahkan mukanya lebih awal dari dijangka.

Ia semacam mengisytiharkan bermulanya kesedaran baru yang kian lama ditunggu dan dialu-alukan oleh banyak orang, tetapi dibenci oleh musuh-musuh perubahan dan pembaikan.


Tiada kata-kata yang berjaya merakamkan peristiwa itu dengan lebih tepat daripata kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, yang ketika mengambil tempat di sebelah bekas musuh ketat politiknya, Pengerusi DAP, Karpal Singh, secara spontan menyebut, “saya berasa seperti berada di dunia baru”.

baca artikel penuh...di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura