Tuesday, June 30, 2009

Ibrahim a.s. - Bapa Segala Nabi (Sempena Hari Bapa)

FAHRI ABDULLAH AL-MASRI
Tue Jun 30, 09 9:22:14 am MYT

Sempena Hari Bapa, kita sering terlupa dengan kedudukan bapa dalam agama. Ada hadis nabi yang menunjukkan bahawa penghormatan anak ke atas ibu itu mestilah tiga kali ganda berbanding penghormatan ke atas bapa.
Dalam ajaran Kristian, bapa dinisbahkan kepada Tuhan yang berada di langit manakala anak Tuhan, Jesus Christ berada di bumi. Nabi Ibrahim a.s digelar sebagai bapa segala nabi. Padanya lahir agama-agama samawi (langit); Yahudi, Islam dan Kristian.

Oleh kerana Ibrahim adalah bapa kepada sekalian nabi, maka daripada baginda juga telah lahir bangsa-bangsa yang agung di dunia ini. Bagi umat Islam, kita ternyata yang paling akrab dengan Ibrahim a.s berbanding umat lain.

Ini kerana, salah satu selawat nabi yang kerap diulang-ulang dalam kalangan Muslimin di seluruh dunia ialah selawat nabi yang mencakupi kesejahteraan ke atas keluarga Ibrahim a.s.
Selawat itu berbunyi begini:-
"Ya Allah, limpahilah selawat ke atas Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, seperti mana Engkau telah limpahkan selawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan, berkatilah Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, seperti mana Engkau telah berkati ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim di dunia ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung."

Oleh kerana selawat ini dibaca dalam tahiyat akhir setiap kali solat fardhu lima waktu, justeru setidak-tidaknya, seseorang Muslim itu secara tidak langsung akan berselawat 5 kali sehari semalam ke atas Nabi Ibrahim a.s dan Keluarga baginda.

Timbul persoalan baru, kenapakah antara banyak-banyak selawat, maka selawat ini yang terpilih untuk disertakan sebagai ratib dalam solat kita? Kenapa tidak selawat syifa', selawat tafrijiyyah dan lain-lain jenis selawat lagi?

Sebelum kita menelusuri lebih jauh hal ini, marilah kita saksikan pengorbanan Nabi Ibrahim; peneguh dan penegak ajaran Tauhid ini.

Pengikut Muhammad, umat Islam adalah pengikut Ibrahim
Sebelum kedatangan Islam dengan membawa al-Quran, kaum Yahudi dan Kristian sering bertelingkah mengenai status agama Nabi Ibrahim a.s yang sebenarnya. Lalu turunlah ayat Allah untuk menerangkan perihal agama Nabi Ibrahim serta pegangan akidah tauhid baginda:

Firman Allah s.w.t itu bermaksud:
"Wahai Ahli Kitab! (Yahudi dan Kristian) Mengapa kamu berani bertengkar tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan selepas (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?"

"Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya."

"Bukanlah Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim (Hanif) (yang mendengar, taat serta berserah bulat-bulat kepada Allah), dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik (golongan yang menyekutukan Allah)."

"Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umat Islam). Dan (ingatlah) Allah itu adalah Pelindung dan Penolong bagi sekalian orang yang beriman." --- Surah Ali-Imran (65 - 68)

Maka jelaslah bahawa Allah s.w.t telah menetapkan mengenai kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pewaris ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan, umat Islam yang menjadi pengikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w itulah yang lebih layak digelarkan sebagai golongan yang benar-benar mewarisi ciri-ciri ibadah Nabi Ibrahim a.s.

Dengan sebab itu jugalah, selawat yang kerap diratibkan dalam tahiyat akhir itu terus menjurus kepada selawat ke atas Nabi Ibrahim sendiri.

Hal ini adalah satu perisytiharan kepada orang-orang Yahudi dan Kristian bahawa penganut Islam itulah yang lebih layak digelar sebagai pewaris ajaran Tauhid Ibrahim a.s. Selawat terakhir dalam solat itulah antara bukti-buktinya.

Kita boleh berbangga dengan hal ini dan kita boleh bertanya kepada penganut agama samawi lain; berapa banyakkah mereka menyebut nama Ibrahim a.s dalam ibadat-ibadat mereka?

Kalaupun mereka ada menyebut nama Nabi Ibrahim dalam ibadat mereka, tetapi kekerapan lidah kita menyebutkan selawat ke atas Nabi Ibrahim itu ternyata jauh lebih banyak berbanding mereka lantaran kita menunaikan solat lima kali sehari dan setidak-tidaknya lima kali kita melafazkan selawat tersebut. Itu belum campur solat-solat sunat lagi.

Melayu keturunan Nabi Ibrahim a.s?
Tapi di sana ada suatu hal yang menarik diperhatikan juga jika kita suka berfikir dan meneliti dengan lebih halus lagi iaitu kenapakah selawat itu turut disertakan juga ke atas 'keluarga Muhammad' (ahlul bait) dan 'keluarga Ibrahim' (ali Ibrahim)? Dari suatu segi, kita boleh memahami kedudukan dan kewujudan ahlul bait sehingga sekarang.

Tetapi, bagaimana pula dengan kedudukan dan kewujudan 'keluarga Ibrahim' sampai sekarang? Siapakah 'keluarga Ibrahim' dan jika Tuhan mengiktiraf kewujudan fungsi mereka hari ini, maka di mana peranan mereka sebagai pembela ajaran Tauhid itu? Adakah Yahudi dan Nasrani hari ini (ahli kitab) itu masih beribadat sebagai ibadat warisan Ibrahim a.s walaupun risalah Islam telah tersebar dengan meluasnya pada hari ini?

Mari kita teliti dalil-dalil di bawah ini:-
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka."

Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali."

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dalam kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." --- (Al-Baqarah: 126 - 129)

Al-Quran jelas menyebutkan doa ke atas negeri Makkah dan bangsa Arab yang berasal daripada Ismail a.s telah mendapat sebuah negara, hasil titipan doa Ibrahim a.s.

Sementara itu, dalam al-Quran tiada disebutkan doa Nabi Ibrahim a.s ke atas Bani Israel yang berasal daripada Ishak a.s yang menjelaskan hubungan negara Palestin yang bakal menjadi milik Bani Israel.

Maka, Tuhan sebenarnya memihak kepada kita, umat Islam untuk mengambil semula Palestin tersebut. Lagi pun, tiada yang khusus oleh Nabi Ibrahim ke atas Bani Israel tersebut, walaupun Bani Israel termasuk dalam keluarga baginda daripada tulang sulbi Nabi Ishak a.s dan kemudiannya Yaakub a.s yang juga dikenali sebagai Israel.

Sementara itu ada riwayat-riwayat lain yang mesti kita kaji semula mengenai zuriat Nabi Ibrahim di belahan dunia Asia. Malah, ada riwayat yang menyebutkan bahawa agama Hindu berasal daripada Nabi Ibrahim.

Sesetengah pihak mendakwa - Dewa Brahma adalah Nabi Ibrahim. Kasta Brahmin itu pula berawal daripada Ibrahim. Manakala Dewi Saraswathi, isteri Dewa Brahma sebenarnya Sarah, isteri Ibrahim a.s.

Perihal kedatangan utusan akhir zaman yang didakwa sebagai Muhammad s.a.w juga turut diriwayatkan dalam kitab Veda.

Diriwayatkan juga dalam beberapa tafsir bahawa Melayu itu punya pertalian zuriat dengan Nabi Ibrahim a.s. Jika andaian ini boleh diterima buat sementara, maka, persilangan zuriat ini berlaku dalam beberapa gelombang.

Gelombang pertama, hasil percantuman benih Nabi Ibrahim a.s dengan isteri baginda dalam kalangan bangsa di Asia. Dan, gelombang kedua, hasil percantuman benih Raja Zulkarnain yang dikatakan pembawa ajaran Nabi Ibrahim di Asia.

Antara kebanyakan bangsa-bangsa di Asia seperti Cina di China, India (India), Mon dan Khmer (Kemboja), Viet (Vietnam), Mongol (Mongolia), maka hanya satu-satunya bangsa yang masih kekal dan tebal menganut ajaran Tauhid Ibrahim itu adalah Melayu dan Melayu Champa.

Timbul persoalan lagi - kenapakah antara ramai-ramai bangsa di Asia, hanya Melayu yang dipilih sebagai bangsa beragama Islam dan bukannya bangsa lain?

Melayu juga pernah merentasi sempadan agama sebelum menerima Islam. Mereka pernah menganut agama Hindu kemudian Buddha dan akhirnya Islam.

Apakah Nabi Ibrahim a.s pernah berdoa semoga ada kalangan zuriatnya kelak di belahan dunia Asia ini yang akan bangkit untuk meneruskan ajaran Tauhidnya dengan kedatangan Islam? Wallahu'alam...

Jawapan kepada semua spekulasi, andaian dan teori ini boleh ditemui jika kita berani mengkaji kitab-kitab agama lain, berani membongkar lebih banyak rahsia agama-agama besar dan purba di dunia.

Ahlul Bait (Ali Muhammad-Keluarga Muhammad) akhirnya singgah ke Nusantara, menyebarkan dakwah Islam kepada keluarga Ibrahim dalam kalangan bangsa Melayu. Akhirnya, penyatuan semula keluarga Muhammad dan keluarga Ibrahim berlaku juga di Nusantara ini.

Dan, barangkali selawat yang menggandingkan keluarga Muhammad s.a.w dan keluarga Ibrahim itu menunjukkan kepada kita bahawa betapa perlunya kedua-dua pertalian keluarga lama ini kembali bertaut untuk meneruskan ajaran Tauhid di akhir zaman ini.

Tidaklah menghairankan betapa Richard Nixon, mantan Presiden Amerika pernah menyatakan kebimbangannya ke atas potensi Islam di rantau Nusantara hari ini sejak sekian lama. Nusantara ini, menurutnya adalah rantau yang perlu dipantau.

Jika benar Melayu ini bahagian daripada zuriat Nabi Ibrahim a.s di benua Asia, maka bangsa Melayu ini layak termasuk dalam selawat ke atas golongan 'Ali Ibrahim' (Keluarga Ibrahim) sebagai yang kerap diratibkan dalam tahiyat akhir di dalam solat fardhu harian itu.

Maka tiadalah rugi jika kita kerap melafazkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan ahlul bait seperti mana selawat itu ditujukan juga kepada Nabi Ibrahim a.s dan keluarga Ibrahim a.s.

Keluarga Ibrahim a.s yang masih mencari jalan pulang ke arah landasan Tauhid pada zaman ini seperti Maryam Jameelah (lahir sebagai Yahudi) dan lain-lain tentu termasuk dalam golongan yang dirahmati.

Keluarga Ibrahim a.s yang telah menderhaka kepada Tuhan tidak termasuk dalam kalangan yang dirahmati sebagai yang disebut dalam nas di atas. Allah s.w.t sendiri berkata, bahawa antara keluarga Ibrahim a.s yang zalim (Yahudi dan Nasrani) akan dikecualikan daripada doa Nabi Ibrahim a.s tersebut.

Selagi mana Melayu sebagai keluarga Ibrahim a.s masih fasih beribadat menurut acuan celupan sibghah yang dikehendaki Allah maka tiada sebarang kuasa pun yang akan dapat menjejaskan mereka kerana berkat selawat yang lazim kita ratibkan pada akhir tahiyat kita itu, insya Allah.

9:04 p.m, 29 Jun Sekolah Pemikiran Kg Baru
Pandangan-pandangan yang termuat di dalam tulisan ini perlu dimuhasabah dengan teliti. Maklumbalas terhadap tulisan ini boleh dimajukan lewat mel-e
ibnuamir@yahoo.com.

Peristiwa-Peristiwa Penting Di Bulan Rejab


1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H.

Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Jangan Harap Najib Hendak Berdebat - Idris Ahmad

USTAZ IDRIS HAJI AHMAD
Tue Jun 30, 09 4:51:05 pm MYT

Kalau hendak bertanding di Penanti pun takut, tambahan pula hendak ajak berdebat. Tok Guru Nik Aziz tegas terus hendak berdebat, kerana ini salah satu penyelesaian yang selama ini terbuku dalam dada kedua-dua parti. Biarlah debat menjadi satu jawapannya. Jawapan Dato' Seri Najib dan pemimpin Umno yang sewaktu dengannya, dengan mengatakan bahawa debat tidak boleh selesai masalah. Sepatutnya Dato' Seri Najib kena beranilah debat isu yang dibangkitkan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Memang pemimpin Umno payah hendak cari yang berperangai macam anak jantan. Dulu apabila timbul isu kafir mengkafir, PAS bersetuju untuk debat, tanpa syarat, atas apa tajuk sekalipun. Akhirnya diumumkan debat dibatalkan kerana lambang keris patah dan hilang sarungnya.

Memang Umno parti yang tidak ada dasar, dia takut hendak bersemuka dengan pemimpin PAS. Umno tidak ada hujah, kalau debat hendak dibuat malam hari, zohor dah Umno menyerah kalah.

Saya teringat sewaktu debat PAS dan Umno hendak diadakan pada tahun 1985 dahulu. Waktu itu saya baru tahun pertama di UKM. Umno telah panggil orang-orang agama dalam Umno termasuk pensyarah universiti yang pro Umno. Ada seorang pensyarah memaklumkan bahawa Umno memang tidak ada hujah untuk melawan dengan PAS. Kebetulan beliau salah seorang yang masuk dalam perbincangan untuk hendak membantu pendebat Umno.

Kita juga pernah melihat debat olok-olok yang pernah dirakamkan, bagaimana ulamak Umno berlakon sebagai ulama PAS dalam debat olok-olok. Dalam debat tersebut ulama Umno kalah. Itu baru ulama Umno yang berlakon jadi ulama PAS, macama mana pula kalau Tok Guru Nik Aziz yang menjadi wakil PAS sudah tentu berbuih pula mulut Najib hendak berhujah.

Bukan kita tidak tahu memang Umno parti penakut dan pengecut. Sudah berapa lama debat siswa diharamkan dengan menjemput parti pembangkang, apabila mereka melihat wakil Umno/BN lari tidak bertangga._

Ajak Mufti Duduk Semeja - Ketua Dewan Ulama PAS

Ditulis oleh Harakah
Monday, 29 June 2009

KUALA LUMPUR : Dewan Ulamak PAS Pusat mengajak para ulama khususnya para mufti di negara ini supaya dapat duduk semeja untuk membincangkan isu-isu politik Islam dan kenegaraan secara ilmiah dan objektif.

Perkara ini ditegaskan oleh ketuanya, Dato' Harun Taib kepada Harakah sebagai mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menjadi tajuk utama sebuah akhbar harian, 24 Jun lalu.

Dewan Ulama sedia menjadi penganjur jika mendapat respons yang positif dari institusi mufti di negara ini.

Katanya, soal tempat atau tajuk akan ditentukan kemudian, mengikut kesesuaian kedua-dua belah pihak. Apa yang penting, kesediaan untuk duduk semeja berbincang mengenai permasalahan umat yang melibatkan soal politik dan kenegaraan.

Sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Di Kota Bharu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Harussani sebagai tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.

Menteri Besar Kelantan itu bertanya, siapa punca kepada perpecahan pada masa sekarang di negara ini, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular?

Menurutnya, orang Islam patut menilai semula sejarah Islam, adakah Nabi Muhammad s.a.w menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajarannya yang menjadi punca perpecahan?

"Kalaulah Nabi Muhammad s.a.w menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah. Sedangkan Baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah?" tegasnya.

Tok Guru Nik Aziz turut meminta supaya Harussani menggunakan masanya yang berharga itu untuk mempengaruhi Umno supaya menukar dasar kebangsaan yang menjadi teras parti itu kepada dasar Islam yang lebih syumul.

Mengulas lanjut, Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan pandangan Harussani itu harus dilihat dari kaca mata Islam, jika diminta untuk bersatu padu dan membantu dalam perkara-perkara yang terang-terang bercanggah dengan Islam ia tidak boleh dijalinkan kerjasama.
"Contohnya dalam mengizinkan perjudian. Islam tidak akan berkompromi dalam perkara yang bercanggah dengan nas syarak. Jika masalah khilafiah tidak apa. Ini masalah-masalah dasar. Masalah dasar kita tidak boleh berkompromi," katanya semasa dihubungi.

Menurutnya lagi, walaupun orang bukan Islam sanggup melupai persengketaan politik kerana perpaduan tetapi mereka tidak ada prinsip-prinsip dasar sebagaimana yang ada dalam Islam. Islam katanya tidak pernah melarang dalam perkara yang tidak bertentangan dengan syarak.

Tuan Ibrahim menolak dakwaan PAS tidak berkawan dengan Umno sebaliknya sanggup bekerjasama dengan DAP. Ujarnya, PAS berkawan dengan semua orang termasuk orang Umno kerana PAS mahu mengajak Umno kembali kepada Islam. Hal yang sama juga terjadi dengan DAP dan PAS cuba menunjukkan akhlak Islam kepada orang bukan.Islam.

"Perkara ini tidak bercanggah, cuma Umno yang pusingkan fakta seolah-olah mahu tanam kebencian rakyat terhadap DAP yang kononnya anti-Melayu dan anti-Islam," katanya.

Namun tegasnya lagi, di waktu yang sama apabila Umno bekerjasama dengan MCA dan Gerakan, tiada siapa berasa itu satu kesalahan. Sebaliknya, apabila PAS berbaik-baik dengan DAP ia dianggap suatu yang buruk.

Dalam pendekatan PAS dengan DAP dan rakan-rakan bukan Islam, Tuan Ibrahim berkata PAS akan menjelaskan dasar-dasar Islam - kebaikan, keadilan dalam pemerintahan dan kesaksamaan peraturan Islam kepada mereka. Jadi dengan cara ini katanya boleh mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam.

"Sekurang-kurangya di peringkat awal kita berjaya menghapus Islamphobia di kalangan orang bukan Islam," katanya.

Terakhir dikemaskini ( Monday, 29 June 2009 )

Monday, June 29, 2009

Puad Zakarshi Sahut Debat Dengan TG Nik Aziz ?

DEBAT JALAN TERAKHIR SELESAI MASALAH UMMAH - NIK AZIZ

ATIFF IDRIS
Mon Jun 29, 09 6:53:52 pm MYT

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Umno kini benar-benar gelabah dengan pelawaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat mengenai isu mengapa Umno tolak Islam.

Rata-rata pemimpin Umno menolak pelawaan tersebut kecuali Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Puad Zakarshi yang kononnya sedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS.

Sedangkan pada awal tahun ini beliau gagal hadir pada wacana di Kota Bharu dengan alasan yang diadakan-adakan, biar pun pada peringkat awal menyatakan persetujuan datang.

Menteri Besar berkata, kenapa pemimpin Umno menolak pelawaan untuk berdebat sedangkan debat merupakan cara yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebagaimana tuntutan Islam dan demokrasi.

"Seperti mana di mahkamah, dua orang peguam berhujah mengemukakan bukti atau berdebat untuk menentukan samada salah atau tidak seseorang tertuduh," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Sabtu lalu beliau mempelawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berdebat mengenai sebab apa pemimpin parti itu menolak Islam.

Bagaimanapun pemimpin Umno termasuk bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak cadangan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, calon-calon presiden di Amerika Syarikat termasuk Barrack Obama sebelum ini berkempen secara debat.

"Begitu juga di Indonesia debat melibatkan calon-calon presiden dan calon-calon wakil presiden bagi menghadapi pilihan raya Presiden tidak lama lagi. Jadi mengapa pemimpin Umno menolak," kata beliau.

Sedangkan katanya, debat ialah jalan terakhir setelah nasihat dan pelbagai cara yang digunakan sebelum ini tidak diendahkan.

"Semasa Allah swt menjadikan Nabi Adam as, Tuhan berdialog dengan Malaikat seperti diceritakan dalam al-Quran.

"Islam menyuruh kita berdebat mengenai dasar kerana dunia ini kepunyaan Allah swt, maka kita perlu mengikut arahan atau pun kehendak-Nya, tidak boleh pandai-pandai malakukan apa sahaja.

"Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw membawa Islam merangkumi iman dan ihsan supaya menjadikan perkara ini sebagai dasar dan bukannya berpandukan nasionalis semata-mata," ujarnya. - mj _

Saturday, June 27, 2009

PAS Mampu Memerintah Terengganu




TEMERLOH, 26 Jun (Hrkh) - PAS mempunyai peluang yang amat cerah untuk mendapatkan kembali pemerintahan di negeri Terengganu berdasarkan sokongan rakyat yang semakin jelas dan terbuka, kata Adun Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Berucap pada ceramah anjuran PAS Kawasan Temerloh di Kampung Batu Kapor dekat sini, baru-baru ini, Ustaz Haji Wan Hassan berkata perpecahan yang semakin buruk di kalangan pimpinan Umno Terengganu adalah sesuatu yang tidak boleh dibaiki dan akan berpanjangan.

"Berdasarkan apa yang berlaku ke atas kepimpinan Umno Terenganu dan perpecahan yang tidak mampu dipulihkan lagi maka ditambah dengan banyaknya isu yang berlaku seperti bumbung stadium runtuh sudah tentu rakyat hilang keyakinan kepada Umno,"katanya.

Beliau yang juga YDP PAS Kawasan Dungun menambah, kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil sudah membayangkan isyarat rakyat untuk menolak Umno BN di peringkat negeri dan pusat pada pilihan raya yang akan datang.

"Kalau kita tengok keputusan pilihan raya kecil lalu menunjukkan Umno berada dalam keadaan yang amat cemas. Penolakan rakyat kepada mereka secara terang-terangan. Di Terengganu , dengan banyaknya isu yang berlaku sekarang kita yakin rakyat akan memberikan sokongan kepada kita. Insya-Allah pada pilihan raya akan datang kita akan dapat semula Terengganu," katanya. - mks. _

Friday, June 26, 2009

Hati umat Islam berkarat jika meninggalkan zikir

Oleh Mohd Adid Ab Rahman

Jiwa orang selalu ingat Allah sentiasa bening, tenang walaupun banyak masalah hidup

taubat_tasbih.jpgORANG dalam hatinya terpancar keimanan kukuh, akan selalu giat berusaha sepanjang langkah usianya untuk bertaqarub kepada Allah kerana didorong rasa cinta mendalam terhadap-Nya. Kasih sayang dan kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang itu sentiasa rindu pada-Nya.

Ibarat seorang anak muda sedang mabuk asmara, selalu terkenang-kenang si buah hatinya. Orang yang beriman, ingatannya tetap bergetar tulus kepada-Nya tanpa mengira waktu dan tempat. Bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.

Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: “Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?”

Inilah gambaran orang beriman, yakin percaya kepada Allah dan menginsafi diri tidak lebih sebagai seorang hamba sangat lemah yang selama ini menerima nikmat Allah tidak terhitung banyaknya.

Hal ini menepati firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)

Kebanyakan masyarakat faham zikir hanya kata-kata yang dilafazkan saban kali habis menunaikan solat fardu, solat sunat atau membisik doa ketika ingin makan, memulakan sesuatu kerja yang baik, terjaga dan tidur serta bersin.

Padahal hakikat zikir kepada Allah sebenarnya tidak tertentu kepada zikir lisan semata-mata seperti mana ditegaskan Al-Imam An-Nawawi, bahawa zikir tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, takbir dan lain-lain zikir lisan, mereka yang bekerja kerana Allah juga orang yang berzikir kepada Allah.

Pendapat beliau disokong Basri Ibrahim Al-Azhari dalam bukunya Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir, bahawa setiap orang yang taat kepada Allah, mengikut segala diperintahkan dan meninggalkan dilarang oleh-Nya dikira sebagai orang yang berzikir.

Zikir terbahagi kepada tiga bahagian iaitu zikir hati, lidah dan anggota. Zikir hati memikirkan keagungan dan kebesaran Allah di bumi, langit dan seluruh kejadian makhluk-Nya. Zikir lidah pula melantunkan puji-puji kepada Allah, mensyukuri nikmat kurniaan-Nya, menyeru masyarakat ke arah ajaran Islam, menerangkan kebaikan syarak, menjelaskan hikmah pada perintah dan larangan Allah, memberi nasihat kepada sesama Islam.

Sementara zikir anggota pula menggunakan anggota badan untuk melakukan amalan ketaatan, sama ada dalam bentuk melakukan segala suruhan atau meninggalkan segala larangan Allah.

Orang yang lupa atau lalai kepada Allah, hatinya selalu dirundung resah gelisah, tenggelam dalam kebimbangan dan sengaja meletakkan dirinya di tempat mengundang kemurkaan Allah lantaran tidak rasa bersalah terhadap kemungkaran dilakukan.

Lupa kepada Allah menandakan hati seseorang itu sudah berkarat dengan sifat mazmumah yang sangat keji.

Orang beriman tidak akan membiarkan hatinya berkarat dan penuh dengan kekotoran, ia akan sentiasa menggilap hatinya dengan berzikir kepada Allah.

Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: “Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih.”

Sesungguhnya seseorang yang lalai daripada mengingati Allah bermakna dirinya dihinggapi penyakit sombong, lupa asal kejadian diri sebagai makhluk lemah yang diciptakan semata-mata supaya mengabdikan diri kepada-Nya dan mewarisi sifat orang munafik.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan, apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan, tidaklah mereka menyebut Allah, kecuali sedikit sekali.” ? (Surah an-Nisa, ayat 142)

Setiap mukmin sewajarnya menjadikan zikir sebagai sesuatu yang tidak terpisah daripada kehidupan seharian kerana banyak keistimewaan bakal diterima oleh orang yang sentiasa berzikir.

Kitab Tanbih al-Ghafilin menyatakan lima kelebihan dan faedah berzikir, iaitu mendapat keredaan Allah, menambahkan kesungguhan melaksanakan ketaatan, terkawal daripada hasutan syaitan, melembutkan hati dan mencegah daripada melakukan maksiat.

Orang yang memperbanyakkan zikir, dosanya akan diampuni sekali gus mendapat ganjaran pahala besar seperti firman yang bermaksud:

“Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Aku sudah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Orang yang selalu ingat kepada Allah jiwanya menjadi bening dan tenang, sekalipun sedang menghadapi banyak permasalahan hidup, ujian, musibah dan seumpamanya. Firman Allah yang bermaksud:

“Ingatnya, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra’ad, ayat 28)

Sesungguhnya dengan selalu ingat kepada Allah, akhlak diri menjadi indah dan menarik, sekali gus menjadi cermin bagusnya nilai ajaran Islam dan hebatnya orang mukmin pada mata orang bukan Islam seperti pernah ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Jangan jadikan sibuk dengan urusan kehidupan di dunia sebagai alasan lupa kepada Allah. Sungguh Allah melarang keras seseorang memiliki sifat lalai seperti ditegaskan firman yang bermaksud:

“Janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raf, ayat 205)

Tuesday, June 23, 2009

Selamat Datang Rejab 1430



oleh : al-faqir ilallah

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab.

Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan). ")

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata: "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")

Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".

Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Monday, June 22, 2009

Kerajaan Perpaduan - Pendirian Pakatan Rakyat

Written by Buletinonline
Monday, 22 June 2009 17:54
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/tolakkerajaanperpaduan.jpgPendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut :



1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.


DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
LIM KIT SIANG

-Klik Untuk Dengar Kenyataan di Buletin Online Radio



Sunday, June 21, 2009

Tali Hayat Akan Jadi 'Tali Gantung'

Tali Hayat Akan Jadi ‘Tali Gantung’
- Hajat UMNO/BN Gunakan ‘Kerajaan Perpaduan’ Hampa




Written by Buletinonline
Sunday, 21 June 2009 01:42

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/tali-gantung.jpgKUALA TERENGGANU Hajat UMNO untuk mengeksploitasi isu ‘Kerajaan Perpaduan’ sebagai ‘tali hayat’ yang menyelamatkan sisa-sisa umurnya tidak kesampaian, apabila pelbagai pihak yang berkata PAS ‘dalam kecelaruan dan krisis’ sebaliknya kini semakin tenang.

Malah tali hayat yang diharapkan itu mungkin bertukar menjadi ‘tali gantung’ apabila semua pihak dalam PAS dan Pakatan Rakyat kini sudah berpakat menolak terus apa-apa perbincangan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkaitan kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata PAS tidak berminat sama sekali untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO termasuk berkaitan dengan idea pembentukan kerajaan perpaduan.

"Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Kuala Krai, Kelantan semalam, saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan UMNO termasuklah atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," kata Mustafa dalam kenyataan satu perenggan yang diemelkan kepada media pagi semalam.


Di Kota Bharu, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan agensi Bernama, akan bertemu Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pimpinan lain, Isnin ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Dato’ Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau berharap pertemuan untuk mesyuarat itu dapat menjernihkan keadaan.

"Kita tunggu tok guru (Nik Aziz) selesaikan sebab mereka pun akan berjumpa selepas Ustaz Hadi balik hari Ahad. Mereka akan mesyuarat pada hari Isnin, jadi pada Selasa atau Rabu perkara ini akan jelas.

"Biarlah orang tua-tua selesaikan. Takkanlah mak dan ayah geger (bising) kita nak masuk campur. Dua-dua tu mak dan ayah kita juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sumbangan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari Dalam Pembangunan Ummah di Dewan Johor, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Nilam Puri, semalam.

Sementara itu, PAS sedang bersiap sedia mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan rakan Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya empat mesyuarat telah dijadualkan, bermula dengan mesyuarat pertama yang akan di bangunan Parlimen pada tengah hari Isnin.

Mesyuarat itu, merupakan pertemuan kali pertama pemimpin Pakatan Rakyat selepas Muktamar PAS awal bulan ini.

Dato’ Mustafa Ali turut memberitahu Bernama, selain beliau sendiri, PAS akan diwakili oleh Presiden parti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan dua naib presidennya.

Selepas itu, satu mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pusat PAS akan diadakan di ibu pejabat baru parti di Jalan Raja Laut pada pukul 8.30 malam.

"Lazimnya, kami akan berbincang dengan panjang lebar... ini pastinya akan menjadi suatu mesyuarat yang lama," kata Mustafa.

Manakala di Alor Setar, petang semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mendakwa konsep Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan pimpinan UMNO dan Pas tidak perlu mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pendiriannya tetap menolak konsep kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN.

"Kerajaan pakatan jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan... nak buka lembaran baru kerana apa, yang lama tutup kenapa.

"Ya... tetap (menentang kerajaan perpaduan)... kami dah kenal UMNO," katanya ketika ditemui Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim untuk program bersama PAS Kedah di sini hari ini.

Saturday, June 20, 2009

Melengkapkan Kekejaman Hati Penguasa ISA

ANIS NAZRI
Harakahdaily

WAJAHNYA tenang, senyuman terukir di bibir setiap masa. Namun, jauh di sudut hati wujud kepiluan yang tidak terluah. Tempoh tujuh tahun, satu tempoh yang cukup menjeruk rasa, apatah lagi sepanjang tempoh itu, tahanan ISA, Mat Sah Satray tidak berpeluang menyantuni ibunya, Saoda Abdul sehingga nafas terakhir.

Tanggal 26 Mei, melengkapkan lagi kekeringan hati polis cawangan khas (SB), apabila kepulangan Mat Sah untuk melawat jenazah ibunya sengaja dilengah-lengahkan dengan pelbagai alasan tidak masuk akal. Beberapa panggilan telefon dibuat ayahnya, Mohd Satray Akri untuk mengetahui lokasi anaknya, namun beberapa kali dimaklumkan sudah 'berada tidak jauh'.

"Sekejap di Rawang, sekejap di Ipoh. Entah mana satu yang betul. Ini, kata pula tersesat...", rungut salah seorang saudara Mat Sah yang kelihatan geram dengan karenah SB.

kekejaman ini mesti dikuburkan bersama penguasanya!

Friday, June 19, 2009

BN Sampai Dah Tak Kenal Anak Sendiri

ZULKIFLI YAHAYA
Fri | Jun 19, 09 | 5:58:17 pm MYT

Kerajaan Pusat akan menjadikan Manek Urai sebagai 'anak angkat' sekiranya BN berjaya memenangi pilihan raya kecil DUN tersebut 14 Julai ini. Perkara tersebut diberitahu oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamad.

Menurut Mustafa, Manek Urai akan diberi tumpuan khusus daripada semua aspek, terutama pembangunan infrastruktur sekiranya menjadi anak angkat kepada Kerajaan Pusat.

Itupun jika BN menang. Jika kalah, janji tersebut akan terbatal dengan sendirinya. Dalam banyak Dun yang terdapat di Kelantan, BN memilih Manek Urai untuk dibangunkan, tidak Guchil atau Dabong.

Perlu pembelaan

Banyak lagi kawasan yang yang ketinggalan dan perlukan pembelaan. BN tidak peduli kesusahan rakyat di kawasan lain. Secara tiba-tiba mereka hanya prihatin terhadap penduduk Manek Urai.

Mengapa? Budak darjah tiga pun tahu jawapannya; kerana mahu memenangi kerusi Dun tersebut. Dalam membantu rakyat sejak dulu kini dan selamanya, BN tidak pernah ikhlas.

Membantu bukan atas dasar tanggungjawab sebagai kerajaan tetapi untuk merasuah pengundi. BN adalah kerajaan yang berkuasa di Pusat, justeru Kelantan dan Manek Urai sendiri adalah di bawah jajahan takluknya.

Manek Urai tidak terletak di Daerah Narathiwat, Thailand. Jelasnya, Manek Urai adalah 'anak kandung' BN. Apabila BN umum akan jadikan Manek Urai sebagai 'anak angkatnya' ia menimbulkan tanda tanya adakah selama ini mereka tidak sedar bahawa Manek Urai terletak dalam Malaysia.

Dongeng Pak Pandir mengisahkan bagaimana si bodoh bendul itu terkejut apabila menjumpai anak orang tercicir di atas jalan, sekembainya dia daripada mengebumikan anaknya. Dia ceritakan pada Mak Andeh, "Bukan anak kita saja mati, anak orang pun mati juga." Walhal, budak yang tercicir itu anaknya sendiri.

baca artikel penuh

> ikuti berita semasa PRK N.41 Manek Urai

Polis Bertindak Zalim Terhadap Sivakumar


Tindakan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein membela tindakan polis menceroboh Dewan Undangan Negeri Perak dan mengkasari speaker serta Adun Pakatan Rakyat 7 Mei lalu adalah “pembohongan besar”, kata Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat itu berkata hakikat ialah polis bertindak zalim terhadap Speaker V.Sivakumar dan adun-adun Pakatan atas arahan Barisan Nasional.

‘Pencerobohan polis ke dalam DUN Perak secara sesuka hati dan membawa senjata api yang dilarang ke dalam dewan bagi menarik keluar speaker secara paksa adalah tindakan provokasi yang mencetuskan lebih banyak kekecohan’, kata beliau kepada TVAntara.

Menurut Nizar, Hishammudin dilihat cuba memutar-belitkan hal sebenar. Rakaman video, menurut Nizar membuktikan kejadian sebenar berlaku.

Sehubungan itu beliau turut menempelak Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hasan kerana enggan bertangunggjawab di atas perlakuan liar anggota polis pada sidang DUN itu.

‘ Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan ini dan perlu meletakkan jawatan kerana anggota di bawah bidang kuasa beliau melanggar undang-undang dengan mengasari mereka yang tidak bersalah’.

Nizar percaya tindakan polis adalah dirancang dengan teliti kerana beratus-ratus orang anggota polis telah ditugaskan berkawal diluar dewan ketika sesi DUN berlangsung.

Pendapat beliau turut disokong Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham yang berkata begitu ramai anggota polis merempuh masuk ke dewan walaupun tiada sebarang percakaran fizikal antara ahli dewan negeri ketika itu.

‘Sebelum mereka masuk hanya berlaku bantahan oral dari ADUN Pakatan Rakyat tetapi polis telah bertindak atas arahan speaker Barisan Nasional yang tidak sah untuk menggunakan kekerasan ke atas Sivakumar’.

Ngeh kecewa dengan Hishamudin kerana “individu yang sepatutunya mendukung prinsip-prinsip keadilan sebagai Menteri Dalam Negeri meilih untuk melakukan pembohongan di Parlimen.”

> DS Nizar Fail Rayuan Di Mahkamah Persekutuan

Thursday, June 18, 2009

Ahli PAS Diminta Bertenang, Tunggu Arahan Rasmi

IDRIS AHMAD
Thu | Jun 18, 09 | 9:20:58 pm MYT

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_

> TG Nik Aziz akan mempengerusi Mesyuarat Khas berkenaan Kerajaan Perpaduan

> Dato' Hj Harun Taib : Tutup Pintu 'Kerajaan Perpaduan' jika hanya dengan UMNO

Apakah Amalan Terbaik Dilakukan Pada Hari Jumaat?

oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah."

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat fardu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua.

Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka.

Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia mengajar manusia untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, ia Allah SWT akan mengganjari mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup mereka dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya.

baca artikel penuh

Wednesday, June 17, 2009

Penjernihan & Penjelasan Konsep K'jaan Perpaduan


TIADA SENGKETA..antara Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

WAN ABDUL RAHMAN WAN AB LATIF
Wed | Jun 17, 09 | 9:41:17 am MYT

SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.

Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.

Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan.

Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.

baca berita penuh di sini

> APABILA ISLAM TIDAK MEMIMPIN : USTAZ IDRIS AHMAD

Monday, June 15, 2009

Nasionalisme Dan Bahayanya - Dewan Ulama PAS





Ditulis oleh :
WEBMASTER DEWAN ULAMA PAS PUSAT

MUQADDIMAH

Semenjak kejatuhan Khilafah Islam pada tahun 1924 umat Islam di seluruh tanah air Muslimin telah melihat berlakunya perubahan mendadak di dalam asas penyatuan Muslimin. Penyatuan Muslimin yang bertolak daripada aqidah yang satu yang melampaui segala batas-batas keturunan, warna kulit dan kedudukan telah ditinggalkan oleh umat Islam untuk digantikan oleh kesatuan yang berasaskan fahaman kebangsaan atau nasionalisme barat. Ia adalah satu penyelewengan bidaah yang wajib ditolak dan dibetulkan kembali oleh setiap Muslimin di zaman ini. Kejahilan para ulama mengenai kesesatan fahaman kebangsaan telah mendorong umat Islam dari segala lapisan untuk menerima dan beramal dengan kesesatan ini tanpa mereka merasa takut kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan balasan azabNya yang pedih.

PENGERTIAN NASIONALISME

Di dalam menerangkan pengertian nasionalisme, Encyclopedia Britannicca atau Encyclopedia America menyebut:

Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance. In the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community. Modern phenomena.

Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.

Dengan kata lain nasionalisme adalah merupakan ikatan yang berbentuk sekular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian. Ia adalah merupakan satu daripada panduan cara hidup sekular yang dikemukakan di zaman ini sebagai menggantikan panduan daripada sumber agama. Pentakrifan ini menjelaskan bahawa nasionalisme itu pada hakikatnya adalah fahaman penyatuan manusia yang berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara di atas segala kepentingan yang lain.

sila baca seterusnya di sini

Sunday, June 14, 2009

Pemuda Bertekad Pertahan Kemenangan DUN Sura


oleh : TEAM PENERANGAN PEMUDA

DUNGUN 14 Jun Ahad - Pemuda Dun Sura berjaya menganjurkan program Brainstorming Pemuda pada 11 dan 12 Jun 2009 dengan kehadiran hampir 60 orang peserta. Program semi outdoor yang disertai pemuda dari setiap Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC) ini julung kali diadakan di lokasi luar dari Dun Sura yang bertempat di salah sebuah resort di Dun Rantau Abang.

Dengan tema 'ORANG MUDA GENG KITE', para pemuda memerah otak memikirkan strategi menambat hati pengundi muda dalam usaha mengekalkan kemenangan Dun Sura di PRU-13 akan datang dengan pelbagai program anjuran lajnah-lajnah yang berkenaan.

Ish..ish..ish

Nok kerat 18 ker nie...

Hari pertama dimulakan dengan gotong royong memasang khemah besar di tepi pantai Laut China Selatan pada petang Jumaat tersebut. Beberapa bilik juga ditempah bagi tujuan memudahkan lagi persiapan diri para peserta.

tutup mata ker tutup muka nie..???

Lee Kuan Yew Kunjungi TG Nik Aziz di Kelantan

KOTA BHARU, 14 Jun Ahad : Rakyat pelbagai bangsa di negara ini akan mendapat layanan sama rata dari pemimpin PAS sekiranya parti itu menguasai negara pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, hubungan antara kerajaan dengan Republik Singapura juga akan berjalan baik sebagaimana biasa walaupun negara pada waktu itu ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir secara Islam.

Demikian jaminan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, yang bertanya Nik Aziz sekiranya PAS menguasai pucuk pimpinan negara pada masa akan datang sempena lawatan rasminya hari ini ke negeri itu.

Nik Aziz memberitahu, contoh harmoni yang dilaksanakan terhadap masyarakat minoriti di negeri ini seperti Cina dan India serta lain-lain bangsa sudah cukup menjadi bukti.

Katanya lagi, kehadirannya ke rumah ibadat masyarakat Buddha sebelum ini termasuk menerima rombongan pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di negeri itu juga turut menjadi bukti dasar hubungan baik dan mesra menurut Islam telah diamalkan oleh parti Islam itu di negeri berkenaan hampir 20 tahun lalu.

Bahkan, menurutnya antara negara pertama yang dilawatinya sewaktu mendapat mandat sebagai Menteri Besar adalah Negara China yang berbanding negera lain memandangkan negara tersebut menerima Islam sejak awal berbanding Tanah Melayu.

Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung hampir sejam di pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim itu Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajarannya, Ng Eng Hen di samping beberapa orang pegawai dari Kedutaan Singapura.

Turut hadir mengiringi Nik Aziz selain Setiausaha Politik, Haji Annual Bakhri Haroun dan Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah ialah, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco, Datuk Husam Musa, Datuk Mohd Amar dan Datuk Anuar Tan Abdullah.

KEBANGKITAN PAS TURUT MENARIK PERHATIAN LEE KUAN YEW

Saturday, June 13, 2009

Ustaz Dr Fathy Yakan Kembali Ke Rahmatullah



Al-fadhil ustaz Dr. Fathy Yakan telah meninggalkan kita pagi tadi.. Lahir pada tahun 1933 dan wafat pd hari ini berumor 76 tahun... Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.. Sila lihat web ikhwan jordan utk kesahihan berita tersebut.. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' : http://www.ikhwan-jor.com/.

Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyahan pejuang Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat.

Beliau pernah bersama pimpinan PAS di sini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.Al-fatihah...

Friday, June 12, 2009

Peluang Bertaubat Diberi Berkali-kali

PENULIS KHAS
Harakahdaily
Fri | Jun 12, 09 | 12:12:46 pm MYT

Manusia sering kecewa kerana apabila dizalimi tiada balasan serta merta mengena orang yang menzalami. Sedangkan Allah yang Maha Esa wujud, Maha Mengetahui dan Maha Menguasai setiap detik kejadian. Di manakah keadilan?

http://www.iran-press-service.com/ips/bm~pix/gaza-bombed~s600x600.jpg

Persoalan ini meragukan insan yang ingin merapatkan dirinya kepada Allah dan agama yang diredai-Nya iaitu Islam. Mereka beranggapan dengan memeluk dan menghayati cara hidup yang diredai oleh Pencipta maka kesengsaraan akan hilang.

Bukankah definasi agama yang benar adalah agama yang membuatkan insan bahagia bukannya sengsara!

Namun, agama yang diredai ini bersifat paradoksikal pula. Semakin diserahkan diri semakin pula menerima seksa.

Penerimaan seksa masih boleh difahami kerana itu adalah ujian Allah untuk dibalasi di akhirat nanti. Sebaliknya, apa yang tidak boleh difahami adalah keadaan selesa dan gembiranya kehidupan orang yang menzalami. Inilah paradoksnya.

Kalangan yang beramal kebaikan tatkala yang beramal kejahatan menguasai cara hidup pasti menghadapi permasalahan ini. Dengan kata lain, suasana ini tidak berlaku di kala dunia didominasikan (baca dikuasai) oleh kalangan yang baik.

Ketika keadaan dunia adalah 'malam', golongan jahat akan menghimpit gerak golongan baik kerana mempertahankan cara hidup melalui kuasa. Mereka merancang dan melaksana dengan amat yakin kerana sumber kekuatan duniawi mereka mengatasi golongan baik. Golongan baik pula walaupun telah dilatih untuk bersabar dan bersedia secara mental untuk menghadapinya masih berpecah belah dengan hal-hal yang tidak fundamentals.

Persoalan Allah membenarkan golongan jahat menyeksa golongan baik boleh diterima. Sebaliknya, Allah membenarkan golongan jahat bergembira dengan kezaliman mereka malah menambah nikmat duniawi kepada mereka menjadi sesuatu yang meragukan. Sepatutnya (mengikut perkiraan golongan baik), "kami perlu menanggung seksa dan mereka akan dibalasi." Hakikatnya tidak, "kami menanggung seksa dan mereka semakin senang."

Kemungkinannya ialah Allah menangguh balasan kepada golongan yang jahat. Mengapa pula? Untuk memberi peluang bertaubat dan berubah kepada kebaikan. Peluang diberi bukan hanya sekali, namun sepatutnya beberapa kali agar suatu hari nanti (akhirat) seksa yang diterima adalah adil dan abadi. Kalau hanya sekali buat kesalahan dan terus ditimpa hukuman maka tidaklah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Beri petunjuk dan peluang kepada dua jalan: buat baik dan buat jahat.

Seperkara lagi, bagi golongan baik tugasan mereka adalah beriman dan beramal saleh termasuk memberi peringatan dan khabar gembira. Mereka tidak ditugaskan untuk memaksa perubahan. Petunjuk dan perubahan manusia adalah milik Pencipta.

Ikuti kenyataan oleh KETUA PENERANGAN PAS PUSAT berhubung tindakan Universiti Oxford memberikan Ijazah Doktor Falsafah kepada Abdul Razak Baginda

SPRM Tahan Pemimpin UMNO Terengganu ?

Written by Editor
Friday, 12 June 2009 02:57

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/pakrosliroslan.gifKemaskini - Siasatan kes rasuah dua Datuk diserah kepada pendakwaan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan siasatan berhubung isu rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) membabitkan dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan hasil siasatan itu dan telah merakamkan keterangan kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu

Menurutnya, SPRM turut mengambil dokumen berkaitan projek pembinaan lebuh raya berkenaan membabitkan kedua-dua mereka.

"Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan SPRM untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan ketika datang ke pejabat SPRM Shah Alam untuk memberi keterangan kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Turut difahamkan, siasatan mengenai penyelewengan projek tersebut telah dijalankan selepas media pada Ogos 2004 membuat pendedahan mengenai keretakan MRR2 yang tidak selamat digunakan.

Sementara itu, Ketua Unit Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang meneliti kertas siasatan terbabit sebelum sebarang keputusan diambil.

Dalam pada itu, salah seorang daripada Datuk yang dikaitkan dengan kes tersebut, enggan mengulas ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.


sila baca lebih lanjut di sini

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura