Sunday, October 31, 2010

Najib Dinasihatkan Berehat Selepas Terdapat Tanda-Tanda Awal Cacar

Penyakit Cacar atau yang disebut sebagai 'Herpes' oleh kalangan medis adalah penyakit radang kulit yang ditandai dengan pembentukan gelembung-gelembung berisi air secara berkelompok. Penyakit Cacar atau Herpes ini ada 2 macam golongan, Herpes Genetalis dan Herpes Zoster.


Herpes Genetalis adalah infeksi atau peradangan (gelembung lecet) pada kulit terutama dibagian kelamin (vagina, penis, termasuk dipintu dubur/anus serta pantat dan pangkal paha/selangkangan) yang disebabkan virus herpes simplex (VHS), Sedangkan Herpes Zoster atau dengan nama lain 'shingles' adalah infeksi kulit yang disebabkan oleh virus varicella-zoster yang menimbulkan gelembung cairan hampir pada bagian seluruh tubuh.

Herpes zoster juga dikatakan penyakit infeksi pada kulit yang merupakan lanjutan dari pada chickenpox (cacar air) karena virus yang menyerang adalah sama, Hanya terdapat perbedaan dengan cacar air. Herpes zoster memiliki ciri cacar gelembung yang lebih besar dan berkelompok pada bagian tertentu di badan, bisa di bagian punggung, dahi atau dada.

  • Cara Penularan Penyakit Cacar (Herpes)

  • Secara umum, seluruh jenis penyakit herpes dapat menular melalui kontak langsung. Namun pada herpes zoster, seperti yang terjadi pada penyakit cacar (chickenpox), proses penularan bisa melalui bersin, batuk, pakaian yang tercemar dan sentuhan ke atas gelembung/lepuh yang pecah. Pada penyakit Herpes Genitalis (genetalia), penularan terjadi melalui prilaku sex. Sehingga penyakit Herpes genetalis ini kadang diderita dibagian mulut akibat oral sex. Gejalanya akan timbul dalam masa 7-21 hari setelah seseorang mengalami kontak (terserang) virus varicella-zoster.

    Seseorang yang pernah mengalami cacar air dan kemudian sembuh, sebenarnya virus tidak 100% hilang dari dalam tubuhnya, melainkan bersembunyi di dalam sel ganglion dorsalis sistem saraf sensoris penderita. Ketika daya tahan tubuh (Immun) melemah, virus akan kembali menyerang dalam bentuk Herpes zoster dimana gejala yang ditimbulkan sama dengan penyakit cacar air (chickenpox). Bagi seseorang yang belum pernah mengalami cacar air, apabila terserang virus varicella-zoster maka tidak langsung mengalami penyakit herpes zoster akan tetapi mengalami cacar air terlebih dahulu.

  • Tanda dan Gejala Penyakit Cacar (Herpes)

  • Tanda dan gejala yang timbul akibat serangan virus herpes secara umum adalah demam, menggigil, sesak napas, nyeri dipersendian atau pegal di satu bagian rubuh, munculnya bintik kemerahan pada kulit yang akhirnya membentuk sebuah gelembung cair. Keluhan lain yang kadang dirasakan penderita adalah sakit perut.

  • Penanganan dan Pengobatan Penyakit Cacar (Herpes)

  • Pada penderita penyakit cacar hal yang terpenting adalah menjaga gelembung cairan tidak pecah agar tidak meninggalkan bekas dan menjadi jalan masuk bagi kuman lain (infeksi sekunder), antara lain dengan pemberian bedak talek yang membantu melicinkan kulit. Penderita apabila tidak tahan dengan kondisi hawa dingin dianjurkan untuk tidak mandi, karena bisa menimbulkan shock.

    Obat-obatan yang diberikan pada penderita penyakit cacar ditujukan untuk mengurangi keluhan gejala yang ada seperti nyeri dan demam, misalnya diberikan paracetamol. Pemberian Acyclovir tablet (Desciclovir, famciclovir, valacyclovir, dan penciclovir) sebagai antiviral bertujuan untuk mengurangi demam, nyeri, komplikasi serta melindungi seseorang dari ketidakmampuan daya tahan tubuh melawan virus herpes. Sebaiknya pemberian obat Acyclovir saat timbulnya rasa nyeri atau rasa panas membakar pada kulit, tidak perlu menunggu munculnya gelembung cairan (blisters).

    Pada kondisi serius dimana daya tahan tubuh sesorang sangat lemah, penderita penyakit cacar (herpes) sebaiknya mendapatkan pengobatan terapy infus (IV) Acyclovir. Sebagai upaya pencegahan sebaiknya seseorang mendapatkan imunisasi vaksin varisela zoster. Pada anak sehat usia 1 - 12 tahun diberikan satu kali. Imunasasi dapat diberikan satu kali lagi pada masa pubertas untuk memantapkan kekebalan menjadi 60% - 80%. Setelah itu, untuk menyempurnakannya, berikan imunisasi sekali lagi saat dewasa. Kekebalan yang didapat ini bisa bertahan sampai 10 tahun.

    sumber : infopenyakit.com

    Projek Politeknik Telan RM295 Juta, Tak Siap 10 Tahun...Di Pekan

    Projek Pembinaan Politeknik Muadzam Shah yang tidak siap biarpun hampir 10 tahun dimulakan, kini mengalami peningkatan kos sejumlah RM75.74 juta, iaitu 34.6% berbanding kos asal. Malah, kos ini belum mengambil kira kos perkhidmatan perunding yang perlu dibiayai kerajaan berjumlah RM10.55 juta. Apa yang menarik, projek ini terletak di daerah Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.

    Menurut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009, projek yang beralih tangan dari Kementerian Pelajaran ke Kementerian Pengajian tinggi pada tahun 2004 ini, sepatutnya disiapkan pada 14 September 2003. Namun demikian, ia belum siap bina sehingga kini biarpun hampir 10 tahun berlalu, dan RM294.74 juta telah dibelanjakan berbanding kos asal projek, iaitu RM219 juta.

    "Memandangkan politeknik ini masih belum disiapkan, Kerajaan terpaksa menanggung kos sewaan tempat belajar sebanyak RM2500 sebulan, dan setakat bulan Disember 2009, sejumlah RM130,000 telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Selain itu, bilangan pengambilan pelajar juga terpaksa dihadkan setakat 64 hingga 347 pelajar sahaja berbanding 5,000 pelajar yang dirancang."

    Pada pandangan Audit, prestasi kerja dan kedudukan kewangan sesebuah syarikat perlu dijadikan asas dalam pemilihan kontraktor dan subkontraktor bagi melaksanakan projek Kerajaan supaya projek berjalan lancar dan tidak merugikan Kerajaan.

    "Selain itu, pihak Kementerian dan JKR juga hendaklah memantau dan memberikan pengawasan yang rapi terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor serta perunding bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut spesifikasi dan siap dalam tempoh yang ditetapkan."

    Latar belakang projek

    Pada masa yang sama, Ketua Audit Negara juga mengingatkan Jabatan Kerja Raya untuk mengambil tindakan bagi memungut denda kelewatan yang berjumlah RM4.34 juta daripada Kausar.

    Menurut laporan, projek ini dilaksana secara reka dan bina oleh Yayasan Kontraktor Melayu Pahang Corporation Bhd (YKMP) yang dilantik secara rundingan terus, pada peringkat awal. Nilai kontrak berjumlah RM219 juta dan tempoh siap projek selama 24 bulan, dari 15 September 2001 hingga 14 September 2003. YKMP telah melantik anak syarikat Kausar Corporation Sdn.Bhd, iaitu V.C.Technologies Sdn.Bhd sebagai subkontraktor untuk melaksanakan projek tersebut.

    Projek ini gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kontraktor berkenaan telah ditamatkan kontraknya pada 15 Disember 2003.

    Kemudiannya, Syarikat Kausar Corporation Sdn.Bhd telah dilantik untuk menyiapkan projek ini, diberi tempoh antara 10 November 2005 hingga 9 Mei 2007. Bagaimanapun, sejarah berulang dan syarikat ini ditamatkan kontrak pada 6 Mei 2008.

    Seterusnya, syarikat MMN Bina Sdn.Bhd (MMN Bina) telah dilantik untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh 12 bulan, mulai 24 Februari 2009 hingga 23 Februari 2010.

    sumber : merdekareview.com

    Isteri Tentera Tidak Dimaklumkan Pertukaran Status Pengundian Mereka

    KEPALA BATAS : PAS Pulau Pinang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengubah status pengundi awam isteri tentera di negeri ini kepada pengundi tidak hadir (pengundi Pos) untuk Pilihan Raya Umum ke-13 tanpa mengikut peraturan dalam pindaan 2002 dalam Seksyen 2(b).

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEie84Ml2X04zYF9G8i-am0qng2lIcTmwWdICBLRNec5TeJwybkoplUuL93RVuRpqKPEdueQAE1y002oGd9vxRsC8DUCpxT3CKTYYVKWWVGWmV79nq_EEWEf4WZvidk5piFZOj30s4OnVKY/s1600/P1380690.JPG

    Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Mohd Fadzil Kemi berkata di bawah Seksyen 2(b) isteri tentera diberi pilihan sama ada mahu mendaftar sebagai pengundi pos atau pengundi awam bagi sesuatu kawasan.

    "Dalam situasi ini seramai 630 isteri tentera telah didaftarkan sebagai pengundi pos bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Ayer Tawar, sebahagian daripada mereka merupakan pengundi baru dan sebahagian lagi yang telah berdaftar. "Kami mahu SPR memberi penjelasan terperinci berhubung pertambahan bilangan pengundi yang berlaku secara mendadak ini, jumlah ini diperolehi untuk tempoh semakan bermula dari 27 Okt lepas hingga 2 Nov depan," katanya pada sidang media di sini Ahad.

    Mohd Fadzil yang juga Timbalan Penolong pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri juga mendakwa SPR tidak memaklumkan kepada isteri-isteri tentera terbabit mengenai pertukaran status pengundian mereka.

    Ditanya sama ada PAS akan membuat laporan polis Mohd Fadzil berkata: "Kita akan dapatkan nasihat dan pandangan dari peguam".

    sumber : mstar.com

    4 Gunung Berapi Di Indonesia Meletup





    INDONESIA 31 OKT : Di tengah letusan Gunung Merapi yang sedang berlangsung di Jawa Tengah, pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa dua gunung berapi lain pada waspada tahap tinggi, dan yang ketiga Anak Krakatau telah menghasilkan 117 letusan kecil sejak Rabu lalu.

    Dua gunung berapi lain ialah Gunung Karangetang di Pulau Siau di Sulawesi Utara dan Gunung Ibu di Pulau Halmahera di Maluku Utara diletakkan di tahap yang lebih tinggi pada "siap sedia," hanya satu tahap di bawah siap sedia penuh di tahap 4.

    Karangetang dianggap gunung berapi yang paling aktif di Nusantara, dengan 41 letupan besar sejak 1675. Letupan terakhir pada pada 6 Ogos lepas diyakini telah mengorbankan empat orang.

    Hendrasto, seorang pegawai dari Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Badan (PVMBG) berkata pada Jumaat lepas Anak Krakatau diletakkan ke Tahap 2 waspada sejak Oktober tahun lalu, sudah mula kembali meletus bulan lepas.

    Dalam masa yang sama dilaporkan bahawa Gunung Galunggung di Tasikmalaya, Jawa Barat, dan Gunung Dempo di Pagaralam, Sumatera Selatan, telah menunjukkan peningkatan aktiviti gunung berapi juga.

    Terdapat 18 gunung berapi aktif di seluruh Indonesia buat masa kini.

    Di Sumatera, ia termasuk Gunung Sinabung di Sumatera Utara, Kampong di Sumatera Barat, Kaba di Bengkulu, Kerinci di Jambi dan Anak Krakatau.

    Sinabung mula meletus pada tarikh 29 Ogos setelah 'tidur' selama 400 tahun.

    Letupan terakhir utamanya, pada 7 September, memuntahkan abu gunung berapi lebih dari 5,000 meter ke atmosfera.

    Gunung berapi di Jawa Papandayan di Jawa Barat, Slamet di Yogyakarta dan Semeru dan Bromo di Jawa Timur di letakkan di tahap 2.

    Dalam pada itu Tahap 2 diletakkan di Gunung Batur di Bali, Sangeang Api dan Rinjani di Nusa Tenggara Barat, dan Egon dan Rokatenda di Nusa Tenggara Timur. Lebih jauh ke timur, tahap "waspada" dari Soputan dan Lokon di Sulawesi Utara, dan Dukono dan Gamalama di Maluku Utara.

    sumber : tvsnews.net

    Friday, October 29, 2010

    Risalah Rosmah Mansor untuk edaran



    Diterbitkan oleh Unit Penerbitan Lajnah Penerangan & Dakwah Pemuda Dun Sura

    ADUN Sura Ziarah Bakal Haji 1431...Ibadah Haji Untuk Ummah Dan Daulah

    Ibadah haji yang diperintahkan oleh Allah SWT tentu banyak hikmah dan rahsia di dalamnya. Ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima dan terakhir mengikut susunan tertibnya. Allah SWT memerintahkan ibadat haji ditunaikan atau dilakukan oleh seseorang muslim sekali dalam seumur hidupnya.

    Sejak akhir-akhir ini umat Islam di negara kita ini tidak mudah untuk pergi menunaikan haji kerana terpaksa mendaftar dan menunggu giliran; sebab yang berhajat untuk pergi menunaikan haji memang ramai. Alhamdulillah, ini satu petanda baik bagi kita. Ia menunjukkan kesedaran umat Islam negara ini bagi menunaikan rukun Islam kelima itu sudah meningkat. Ia juga menggambarkan tahap sosio-ekonomi umat Islam yang bertambah baik.

    Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Arab Saudi banyak membuat ubahsuai pada kawasan Masjidilharam dan Masjid Nabawi dengan tujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada umat Islam yang datang mengerjakan haji. Ketika ini pun satu perubahan besar di kawasan Masjidilharam sedang dilakukan.

    baca artikel penuh...di sini









    Sementara itu di Dungun, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah mengadakan ziarah kepada lebih 50 orang bakal haji yang akan menunaikan ibadah tersebut tahun ini.

    Tanpa mengira fahaman politik, ADUN Sura hadir bersua muka ke rumah bakal haji sambil mendoakan masing-masing memperolehi haji yang mabrur. Beliau turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada setiap bakal haji yang dikunjungi.

    [Gambar-gambar sebahagian bakal haji 1431 yang telah dikunjungi oleh ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli]

    Thursday, October 28, 2010

    Islam Menghebatkan Melayu

    Kita berbangga kerana kejayaan satu-satu usaha. Menjadi satu-satu bangsa bukan kerana usaha apa-apa, ditakdirkan Allah begitu.

    Tidak adil bagi Allah kiranya Dia melebihkan satu-satu bangsa atas bangsa lain. Bangsa yang tidak dilebihkan akan terasa hina tak pasal-pasal.

    Allah sendiri berfirman:

    Bermaksud: “Hai, manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengenal.” (Surah Al Hujuraat, ayat 13)

    Persoalan penegasan Allah ini, satu-satu bangsa itu akan menjadi hebat apabila bangsa itu mencapai tahap kemuliaan dan diperkasakan dengan ketakwaan. Kemuliaan bermakna beriman dengan penuh yakin dan istiqamah kepada ajaran Islam. Sementara takwa merupakan ukuran kehebatan dan keperkasaan bangsa itu berusaha menegak apa yang diperintah (perkara maaruf) di sisi Allah dan sentiasa meninggalkan malah mencegah daripada melakukan apa yang dilarang (perkara mungkar) di sisi Allah. Maknanya nilai bangsa itu akan dipandang hebat apabila ia mencapai tahap kemuliaan dan ketakwaan menurut acuan Allah SWT. Bukannya hebat bangsa itu kerana namanya atau kuatnya semangat perkauman Melayu atau Cina atau India dan sebagainya.

    Cuba fahami hadis baginda Rasulullah SAW yang bermaksud, “dengarlah dan taatlah sekalipun yang (menjadi ketua) memerintah kamu itu seorang hamba Habsyi.

    Maknanya, atas nama apa bangsa (walaupun sifatnya hodoh) ia bukannya ukuran darjat kemuliaan. Demikianlah bangsa Arab dari Mekah bila berpindah (hijrah) ke Madinah al-Munawarah, Rasulullah tidak menyebutnya ‘al-Makkiyin’ tetapi disebut ‘al-Muhajirin’. Serupa juga Arab Madinah yang menyokong Rasulullah tidak disebut ‘al-Madaniyyin’ tetapi disebut ‘al-Ansar’ iaitu dilenyapkan gelaran atau identiti bangsa masing-masing dan ditimbulkan jasa bakti mereka kepada agama Allah.

    Tiada nilai bila tolak Islam

    Sudahlah begitu, Melayu sekarang tolak Islam ganti dengan kebangsaan (nasionalis). Makin lagi tidak ada nilai di sisi Allah. Jika itu bangsanya kita (tolak Islam), tambah malu saya jadi Melayu!

    Cuba perhatikan dalam takbir hari raya. Ada disebutkan :

    Bermaksud, “dan yang memuliakan tentera-Nya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (kekuasaan-Nya).”

    baca artikel penuh...di sini.

    Tuesday, October 26, 2010

    N45 Galas : Sekitar hari penamaan calon

    oleh : Team IT Pemuda Dun Sura













    lagi gambar DI SINI...

    Terus Berkerja Pertahankan Kemenangan - Calon PAS N.45 Galas

    GUA MUSANG, 26 Oktober - Calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed menolak tohmahan yang ingin menyeret beliau terlibat dengan dakwaan khalwat.

    Gambar hiasan...di antara tenaga muslimat dari Dungun, Terengganu
    yang hadir memberi sokongan di hari penamaan calon N.45 Galas

    "Saya menolak dakwaan tersebut kerana ianya tidak benar, beliau ialah ibu saya," katanya ketika menyampaikan ucapan sulung kepada lebih 10 ribu penyokong Pakatan Rakyat di perkarangan Pusat Penamaan Calon Dun Galas pagi ini.

    Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil ekoran kes tersebut, Zulkifli tidak menafikan beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terlibat.

    Dalam pada itu, beliau berikrar dan berjanji akan meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Adun Galas sebelum ini, Arwah Che Sulaiman Hashim yang meninggal dunia akibat kanser usus.

    "Saya akan terus bekerja untuk memastikan Pakatan Rakyat mempertahankan kemenangan bagi meneruskan khidmat yang diberikan Arwah Che Sulaima," ujarnya sambil diikuti laungan takbir.

    Beliau turut melahirkan kesyukuran di atas sokongan padu yang diberikan petugas, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat daripada segenap pelosok negara yang datang memberikan sokongan pada majlis penamaan calon tersebut.

    "Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur dan terima kasih atas sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang bersusah payah hadir pada hari ini untuk menyatakan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

    "saya akan memulakan aktiviti ziarah tempat pengundian bagi memantau dan membantu mempertahankan kemenangan PAS di Dun Galas," tegasnya.

    Turut sama menyampaikan ucapan ialah Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebaik selesai proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

    sumber : N45Galas

    Gambar-gambar Sekitar Hari Penamaan Calon N.45 Galas...di sini.

    Monday, October 25, 2010

    Penamaan Calon N.45 Galas : Penyokong PAS Dan Pakatan Rakyat Diminta Berkumpul Di Perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra Seawal Jam 7.00 Pagi

    GUA MUSANG, 25 Okt : Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas esok, bandar Gua Musang mulai sesak.

    PENYOKONG-penyokong PAS berarak sambil membawa bendera parti  ketika proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan  Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, hari  ini. Pilihan raya kecil DUN itu yang akan berlangsung pada 11 Okt ini,  menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional  (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.

    Biarpun hujan lebat mula turun siang tadi, kenderaan dari luar tidak putus-putus membanjiri pekan Gua Musang, sejak petang tadi.

    Kenderaan dijangka bertambah menjelang pagi esok.

    Bukan sahaja penyokong dari luar, malah penyokong tempatan dari seluruh Kelantan juga mula berkampung di sini sejak beberapa hari lalu.

    "Petang ni baru jam ni, pagi tadi, tengahari tadi OK lagi.

    "Beraya la orang Gua Musang sekali ni," kata Azman Said, seorang penduduk tempatan di sini.

    Sementara itu, penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta berkumpul di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra seawal jam 7 pagi esok bagi memudahkan urusan mengiringi calon PAS ke pusat penamaan.

    Pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk calon, Dr Zulkefli Mohamad dijangka tiba jam 8.00 pagi.

    Sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan jajahan Gua Musang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengimamkan solat hajat di masjid berkenaan.

    Perarakan mengiringi calon dijangka bermula jam 8.30 pagi sejurus selesai solat hajat.

    Dalam pada itu, PAS malam ini mengadakan beberapa program menjelang esok.

    Di peti undi Pulai, Tuan Guru Nik Aziz menghadiri satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina.

    Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pula dijadual menyampaikan ceramah di Pasti Terasil.

    Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pula berceramah di Kampung Baru Gua Musang bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa.

    Manakala di Pusat Sivik pula berlangsung forum Bertani Satu Ibadah anjuran kerajaan negeri.

    Sementara itu, Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah mengingatkan penyokong parti bertanding supaya mematuhi laluan yang ditetapkan bagi penyokong parti masing-masing.

    Penyokong calon BN akan berkumpul di bilik gerakan parti di Bukit Cekati kira-kira 180 meter dari Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, tempat penyokong calon Pakatan Rakyat berkumpul.

    sumber : harakahdaily

    Isu IFF : Ulama' Pelapis PAS Bidas Kedangkalan Ilmu Ulama' Muda UMNO

    Ulamak Pelapis PAS melahirkan kekesalan apabila tindakan Datin Seri Rosmah Mansur yang menghadiri Festival Busana Islam (IFF) didokong dan dibela oleh saudara Fathul Bari bin Mat Jahya.

    Ulamak Pelapis PAS kesal apabila tindakan rakyat yang bangkit berdemonstrasi dalam membantah penglibatan Datin Seri Rosmah Mansur Festival Busana Islam (IFF) turut dikecam dan dianggap sebagai tersasar daripada konsep Islam.

    Bagi Ulamak Pelapis PAS, tindakan saudara Fathul Bari bin Mat Jahya yang membela kesilapan Datin Seri Rosmah Mansur mencalarkan imejnya sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam.

    Hujah Bahawa Datin Seri Rosmah Mansur Hanya Penaung Bukan Penganjur

    Fathul Bari bin Mat Jahya mempertikaikan sikap PAS yang dianggap salah kerana menurut beliau, Datin Seri Rosmah Mansur bukanlah penganjur sebaliknya hanyalah penaung kepada majlis IFF tersebut.

    Namun bagi Ulamak Pelapis PAS, Fathul Bari selaku seorang yang berpendidikan agama sepatutnya jelas mengenai sikap yang perlu diambil oleh seseorang muslim apabila terlibat dengan program-program maksiat sebagaimana yang telah berlaku dalam IFF.

    baca artikel penuh...di sini.

    Bandar Gua Musang Alami Gangguan Bekalan Elektrik

    GUA MUSANG : Bekalan elektrik di Bandar Gua Musang hari ini terganggu selama sejam berikutan beban penggunaan yang tinggi apabila bandar itu menjadi tumpuan ramai menjelang pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

    Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan, Datuk Zulkffli Abd Rahaman berkata penggunaan elektrik meningkat apabila bandar ini dipenuhi penduduk dari serata negeri dan ini menambah beban terhadap proses penyaluran bekalannya.

    "Gangguan seperti ini tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.

    Selain itu, katanya, beberapa gangguan kecil selama beberapa minit yang berlaku hari ini juga turut berpunca dari kerosakan kabel elektrik di bandar berkenaan.

    "Sedikit kerosakan kabel telah berlaku semalam yang turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di bandar Gua Musang malam tadi.

    "Bagaimanapun ia sedang dalam proses pembaikan dan gangguan kecil yang berlaku hari ini mungkin juga disebabkan proses pembaikan yang sedang dijalankan pihak kita," katanya.

    Zulkffli berkata TNB memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku dan meminta penduduk bersabar sekiranya beberapa gangguan masih lagi berlaku sementara proses pembaikan selesai.

    sumber : mstar.com

    Sunday, October 24, 2010

    PRK Batu Sapi : Ansari Abdullah, Peguam Pembela Kes Tanah Di Sabah, Calon Pakatan Rakyat

    SANDAKAN 24 OKT : Ansari Abdullah,56, diumumkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menggalas tugas besar dalam Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi.

    ansari

    Beliau merupakan seorang peguam yang banyak membela kes-kes tanah di Sabah.

    Menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ketua Cabang Tuaran. Ansari yang lahir pada 11 Ogos 1954 mengambil jurusan Undang-undang di Universiti Malaya.

    Anwar mengumumkan perkara demikian pada jam 5. 03 petang di Dewan Hakka Batu 6 Sandakan di sini.

    Turut bersama dalam pengumuman ini ialah Presiden PAS ,Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan pimpinan Pakatan Rakyat. Serentak dengan pengumuman itu hadirin memberikan tepukan dan sokongan kepada calon yang diumumkan bagi membawa misi besar Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Bawah Bayu ini.

    Tegas Anwar calon yang diumumkan akan membawa perjuangan membela rakyat Sabah terutamanya isu tanah ke peringkat lebih tinggi.

    Hadi dalam ucapannya menegaskan walaupun pilihanraya 4 November di Batu Sapi merupakan satu pilihanraya kecil namun memberi makna besar kepada Sabah dan negara.

    Tegas Hadi Awang, walaupun pilihanraya ini pilihanraya kecil namun memberikan makna yang besar kepada Sabah dan negara.

    "Rakyat diberi peluang untuk menjadi hakim siapakah yang akan memimpin kerajaan. Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi merupakan pilihanraya ke-13 sejak Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2008 lepas.,"kata Hadi.

    Sebelum itu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah memberikan ucapan yang senada dan komitmen untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan memberikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat.

    Lebih 5,000 orang memenuhi dewan yang terletaknya lebih kurang 10 kilometer daripada pusat bandar Sandakan.

    Sementara itu, Dewan Masyarakat Sandakan akan dijadikan pusat penamaan calon pada Selasa 26 Oktober dan pusat penjumlahan rasmi 4 November ini.

    Sebanyak 12 pusat mengundi iaitu enam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan enam lagi di DUN Karamunting dibuka, dan sebuah bot akan disediakan untuk kegunaan petugas ke satu pusat mengundi yang terletak di sebuah pulau, iaitu Pulau Timbang.

    Pengundi berdaftar yang digazetkan bagi kawasan Parlimen tersebut sehingga 9 Oktober lepas ialah 25,582 orang iaitu 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pengundi pos.

    Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong selepas penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh dalam satu nahas jalan raya pada 9 Oktober lepas.

    Pada perkembangan lain,Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) .

    sumber : tvselangor.com

    Saturday, October 23, 2010

    Penerusan Membina Menara Tinggi Yang Baru Adalah Permulaan Kemusnahan Tamadun - Presiden PAS

    ADA tiga perkara besar yang menjadi rukun terpenting kepada belanjawan negara. Sumber kewangan, pengurusan dan sasaran. Kejayaan belanjawan sangat bergantung dengan ketiga-tiga perkara ini.

    Sebarang kelemahan, kekurangan atau kecacatan, menjadikannya gagal mencapai matlamat untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan kemajuan negara dalam erti kata yang sebenarnya. Walaupun berapa banyak peruntukan kewangan dan apa pun slogan yang dicipta serta indahnya kata-kata yang diucapkan, tanpa menyempurnakan rukun-rukun tersebut pasti menemui kegagalan.

    Kesemua rukun ini hendaklah dilaksanakan dengan adil dan bijak, secara makruf dan mencegah kemungkaran, menunaikan amanah perintah Allah dengan betul dan ikhlas.

    Allah menjanjikan keberkatan kepada perbelanjaan sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: "Dan kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, necaya kami bukakan untuk mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka membohongi, lalu kami bertindak keatas mereka dengan sebab apa yang telah mereka usahakan".

    Perkataan berkat hanya berada dalam istilah ekonomi dan kewangan Islam. Ia bermaksud memberi faedah dunia dan akhirat. Perkataan ini cukup bermakna setelah kita menyaksikan dan merasai tanda-tanda awal kemusnahan yang menimpa manusia hari ini, tempiasnya juga dirasai oleh kita di sini.

    Kita semua menerima Islam menjadi agama persekutuan dan hak kepada penganut agama lain secara adil. Kerajaan wajib membebaskan pemikiran sempit yang membelenggu pelaksanaan Islam secara menyeluruh dan melaksanakan Islam secara teragak-agak serta terpilih, bukannya secara pengabdian diri kepada Allah.

    Saya (Hadi Awang, gambar kiri) ingin mengemukakan dasar dan konsep Islam dalam belanjawan negara, bagi mengisi ketiga-tiga rukun belanjawan tersebut. Saya yakin dan percaya perbezaan agama, bangsa dan politik tidak menghalang sedikit pun pelaksanaannya, sekira ianya difahami dan dilaksanakan dengan adil yang menjadi anutan semua manusia.

    Sumber Kewangan

    Islam mewajibkan sumber yang halal dan diambil dengan cara yang adil. Dalam perbezaan perkara halal, Islam melarang paksaan terhadap penganut agama lain, mengambil dan memanfaatkan sumber yang diizin oleh agama masing-masing mengikut kepercayaan mereka, dengan syarat meletakkan sumber itu ke dalam simpanan khas bagi mereka dan untuk mereka dan tidak disasarkan kepada penganut Islam.

    Dalam mengendalikan urusan ini pihak kerajaan masih tidak istiqamah dengan tidak melakukan pengasingan ini. Kerajaan negeri di bawah Pas diberi arahan melaksanakan perkara ini iaitu mengasingkan hasil halal dan haram.

    baca artikel penuh...di sini.

    Resolusi Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-14

    KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Agenda PAS menggantikan Umno hendaklah direalisasikan oleh pendukung parti dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.

    Demikian antara resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 yang diadakan di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit, yang berakhir petang ini.

    Di samping itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS hendaklah diperkasakan sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan PAS bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

    “Marilah kita sama-sama meletakkan komitmen untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang mewakili hampir keseluruhan cadangan dan lontaran idea yang telah diberi oleh perwakilan dan ulasan pimpinan bertunjangkan kepada ucaptama Tuan Guru Presiden,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Resolusi Ijtimak, Mohd Draman ketika membacakan resolusi itu.

    Berikut ialah resolusi penuh :

    Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu.

    Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah 1431H yang bertemakan “Demi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad” dengan sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk:

    Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran.

    Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti’jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya.

    Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala’, thiqah dan intima’ terhadap pimpinan dan jemaah.

    Merealisasikan agenda PAS mengganti Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.

    Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu ruang dakwah.

    Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul.

    Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun kerajaan menunggu.

    Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan kita bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

    sumber : harakahdaily

    Friday, October 22, 2010

    Sekitar perasmian majlis Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu

    oleh : Team IT Pemuda Dun Sura

    Terkini dari lokasi
    jam 11.00 pagi






    lagi gambar DI SINI

    Tuesday, October 19, 2010

    Kenali Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


    Selamat Hari Lahir Tok Guru

    Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang
    20.10.2010


    1. BIODATA :

    1. Dilahirkan pada 20 Oktober 1947
      (06 Zulhijjah 1366H)
      Anak ke 5 dari 9 adik beradik
      Jawatan : Presiden Parti Islam SeMalaysia - PAS (2003 - sekarang)
      Menteri Besar Terengganu (2.12.1999 - 25.3.2004)
      Ketua Pembangkang Malaysia (23.7.2002 - 21.3.2004)
      Ahli Parlimen P37 Marang
      Ahli Dewan Undangan N20 Rhu Rendang
      Ketua Pemuda PAS Terengganu / Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1976)
      Jawatankuasa PAS Pusat (1977-1989)
      Timbalan Presiden PAS (1989 - 2003)
      Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Terengganu (1977-1978)
      Calon Parlimen Dungun (PRU 1982)
      Kelulusan : Universiti Al Azhar (1974 - 1975)
      Universiti Islam Madinah (1969 - 1973)
      Isteri :
      Puan Hajah Zainab binti Awang
      Norzita Taat
      Anak : 13 orang


      Penglibatan di peringkat antarabangsa :

      Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir. Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat. Antaranya :-

      1. Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
      2. Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
      3. Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
      4. Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
      5. Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
      6. Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
      7. Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

      Monday, October 18, 2010

      Ceramah Khas PRK DUN Galas Bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Di DUN Sura, Dungun 21 Oktober - DIBATALKAN -

      DUNGUN 18 Oktober, Isnin - Menjelang lebih kurang seminggu sahaja lagi hari penamaan calon pilihan raya kecil N.45 Galas, Kelantan, pihak Lajnah Penerangan DUN Sura mengambil inisiatif membawa maklumat terkini isu-isu yang bakal dicetuskan semasa pertembungan dua parti yang berlainan dasar perjuangan - PAS dan UMNO.

      Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan penceramah utama yang akan diiringi oleh Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid, sementara ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sebagai tuanrumah.

      Majlis yang dijadualkan berlangsung pada 21 Oktober, Khamis akan diadakan bertempat di Perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun.

      " Ini merupakan warming-up kepada para petugas termasuk para penyokong khususnya dari Dungun yang akan hadir memberi sokongan moral menjelang tempoh berkempen nanti, "

      " Saya mengajak seluruh warga DUN Sura dan Dungun amnya supaya hadir beramai-ramai mengikuti kupasan secara langsung isu-isu semasa, bukan sahaja berkisar hal PRK Galas malahan isu bajet 2011 yang masih mengenepikan nasib golongan bawahan bakal disentuh oleh penceramah yang diundang, " demikian menurut Setiausaha Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Ahmad Roslin Abdul Wahab.

      Saturday, October 16, 2010

      Amerika Perlu Hormati Mesej Pemimpin Iran

      BEIRUT : Lawatan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad ke Lubnan minggu ini memberi mesej jelas kepada Amerika Syarikat serta sekutunya, Israel, bahawa Teheran adalah kuasa utama di Asia Barat dan tidak boleh dipencilkan.

       NASRALLAH menghadiahkan senapang askar Israel kepada Ahmadinejad   yang dirampas ketika perang Israel-Hizbullah pada 2006.
      NASRALLAH menghadiahkan senapang askar Israel
      kepada Ahmadinejad yang dirampas
      ketika perang Israel-Hizbullah pada 2006.

      Ahmadinejad juga berunding dengan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah yang menghadiahkan mesingan Israel, senjata rampasan askar Yahudi.

      Mereka berunding di kedutaan Iran di sini. Ahmadinejad juga melawat sempadan Lubnan dengan Israel dalam lawatan dua harinya ke sini sebagai melambangkan tidak mengaku kalah kepada negara Yahudi itu.

      Dalam kenyataannya, Hizbullah berkata, Ahmadinejad dan Nasrallah membincangkan lawatan bersejarah pemimpin Iran itu.

      Sebagai tanda terima kasih dan setia, Nasrallah memberi hadiah mesingan itu yang dirampas ketika Hizbullah menghadapi serangan askar Yahudi pada 2006.

      “Amerika diberitahu bahawa jika ia memencilkan Iran, Teheran akan memasang perangkap di Lubnan. Mesejnya ialah jika Washington mahukan penyelesaian di wilayah ia perlu ‘mengetuk pintu Teheran’,” kata ruangan pojok akhbar harian berbahasa Arab, Al-Anwar.

      Amerika dan sekutunya sebelum ini memutuskan untuk memencilkan Iran dalam usaha memaksa negara itu menghentikan program nuklearnya yang didakwa bertujuan menghasilkan senjata nuklear tetapi dinafikan Teheran.

      Lawatan dua hari Ahmadinejad ke Lubnan, yang pertama sejak pilihan raya 2005, dilihat sebagai perangsang kepada sekutunya kumpulan pejuang Hizbullah, kumpulan Syiah paling berpengaruh yang berperang dengan Israel pada 2006.

      “Bagi rakyat Iran, lawatan presiden dilihat dalam konteks pertemuan dua kuasa berpengaruh di wilayah itu,” kata akhbar Al-Akhbar yang rapat dengan Hizbullah.

      Akhbar Al-Hayat bagaimanapun mempersoalkan sama ada lawatan itu menandakan usaha Iran mengetengahkan negara itu sebagai kuasa utama di Asia Barat.

      “Bolehkah Iran mengisi kekosongan di Asia Barat selepas ‘kehancuran’ Kesatuan Soviet dan pengunduran Amerika?” tanya akhbar beribu pejabat di London itu.

      sumber : bharian.com.my

      " Bajet 2011 - Membawa Negara Ke Arah Mana ? " - Presiden PAS

      Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Pertama pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh beliau sebenarnya berpusing ditakuk lama dengan diberi penjenamaan semula. Ianya ditaburkan dengan angka yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan mengkesampingkan pembinaan manusia yang menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi berkenaan.

      Akhirnya, akibat dari penyelewangan, pembaziran, rasuah yang bermaharajalela serta sistem pemerintahan yang tidak bersifat adil kepada rakyat teramai maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di takuk lama. Inilah yang ditekankan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) bahawa asas terbesar ialah bahawa kerajaan yang dipacu oleh UMNO-BN telah gagal dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru setelah diberi peluang memerintah selama lebih 50 tahun, bagaimana mungkin kerajaan yang sama boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula sedangkan sistem pemerintahan dan politik peras ugut dan penyisihan komponen ekonomi terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa ?

      Dalam masa yang sama, fokus kerajaan juga terus tersasar di atas sebab-sebab yang tidak masuk akal, umpamanya peruntukan untuk program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang hanya dinikmati oleh segelintir kecil pihak dan masih diperingkat percubaan menikmati dana sebanyak RM111 juta, berbanding dengan RM 100 juta untuk meningkatkan taraf hidup orang asli dan Peribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

      Apa yang penting ialah bukannya jumlah angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa Pendapatan Per Kapita meningkat sebanyak 6.1 % kepada RM28,000; kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5%; sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung dari peningkatan angka-angka sedemikian bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini !. Inilah hakikatnya. Kita katakan bahawa kerajaan UMNO-BN lah sebenarnya yang menjadi “saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan” bahkan mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian. Projek-projek pelaburan juga dilihat gagal dalam melakukan anjakan terhadap taraf hidup rakyat luar bandar yang miskin dan memerlukan.

      Kerajaan juga nampaknya tidak cuba belajar dari kesilapan lalu dengan mengimpikan projek pembangunan Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat beserta kemudahannya yang bakal menelan belanja asas RM 5 billion, sedangkan projek koridor yang sepatutnya lebih memberi manafaat kepada rakyat hanyalah menerima secebis peruntukan sahaja. Contohnya peruntukan untuk East Coast Economic Region (ECER) hanyalah RM178 juta, iaitu dalam lingkungan 3.6% dari projek Warisan Merdeka. Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 billion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan UMNO-BN.

      Agensi yang sepatutnya melaksanakan amanah untuk membangunkan ekonomi rakyat miskin, kini telah menumpukan pula kepada projek mega sebegini, kerana pimpinan UMNO-BN lah sebenarnya yang ‘bermimpikan projek’ lantas ‘memperdagangkan tanggungjawab membangunkan ekonomi rakyat’.

      PAS menekankan peningkatan taraf hidup rakyat miskin perlulah melalui fasa di mana rakyat teramai ini perlu merasakan bahawa mereka adalah menjadi sebahagian dari enjin aktiviti ekonomi bahkan mereka juga menjadi pemain dalam memperkasakan pembangunan negara.


      Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
      Presiden PAS

      7 Zulkaedah 1431 bersamaan 15 Oktober 2010

      sumber : presiden.pas.org.my

      Thursday, October 14, 2010

      PRK P.185 Batu Sapi Serentak Dengan N.45 Galas

      Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.

      Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

      Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

      "Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini," katanya.

      Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.

      "Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," kata Abdul Aziz.

      Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.

      Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

      Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

      Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

      sumber : malaysiakini.com

      Saturday, October 9, 2010

      Warga Lubnan Mahu Ahmadinejad Cekik Israel

      KFAR KILA : Penduduk di selatan Lubnan gembira dengan kunjungan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, minggu depan bagi melawat kawasan sempadannya dengan Israel.

      An explosion near Mahmoud Ahmadinejad in Hamadan, Iran

      “Saya tidak sabar melihat Ahmadinejad hampir dengan kawat berduri dan tunjuk kepada Israel beliau dapat cekik mereka,” kata Abdullah, dari kampung sempadan di sini, yang enggan memberi nama sebenar.

      “Boleh anda bayangkan? Beliau akan berdiri kurang beberapa meter dari Israel dan itu amat simbolik,” tambah Abdullah yang mengendalikan restoran di Pagar Fatima, hanya di belakang pagar sempadan antara kedua-dua negara.

      Lawatan pemimpin Iran itu ke Lubnan pada 13 dan 14 Oktober ini adalah atas jemputan rakan sejawatannya, Michel Sleiman.

      Hari pertama lawatan rasmi kunjungan itu, lawatan pertamanya ke Lubnan sejak menjadi presiden, dijangka berjalan lancar.

      Pada hari berikutnya, Ahmadinejad dijangka melakukan kunjungan ke selatan ke kawasan kumpulan militan Syiah, Hizbullah, dianggap proksi Iran, yang mencetuskan perasaan tidak senang hati di negara itu.

      Anggota majoriti parlimen pro-Barat Lubnan melabel kunjungan itu sebagai provokasi terutama ketika ketegangan memuncak berhubung laporan belum sah bahawa tribunal disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dijangka mendakwa anggota Hizbullah mengenai pembunuhan Rafiq Hariri pada 2005, bapa perdana menteri sekarang.

      Washington, bersama sekutunya terbabit dalam pertelingkahan panjang dengan Iran berhubung program kontroversi nuklearnya, minggu ini turut melahirkan kebimbangan dengan kunjungan Ahmadinejad, dan Israel menyamakannya dengan ‘tuan tanah besar datang untuk memeriksa hartanahnya.’

      Hizbullah yang disenarai hitam sebagai organisasi pengganas oleh Amerika, tidak menyediakan perincian lawatan, namun persediaan kedatangan wira itu dilakukan besar-besaran di kawasan dikawal parti militan.

      Poster besar Ahmadinejad bersama mesej alu-aluan ditampal di atas jambatan sepanjang lebuh raya menghala ke lapangan terbang antarabangsa Beirut dan potretnya boleh dilihat di kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut.

      sumber : bharian.com
      Related Posts with Thumbnails

      YB ADUN Sura Untuk Semua

       

      Arkib Laman

      Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura