Saturday, December 31, 2011

Membangun Negara Berkebajikan : Kalimah Berbeza, Isi Dan Acuan Tetap Sama

Dari Perspektif Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul AM PAS

Bersempena dengan Salam Mahabbah dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Awang (1 Safar/ 26 Disember lalu), saya rasa gembira kerana sempat bersembang dan menyatakan sesuatu demi memperkukuhkan semangat muhibah antara pimpinan parti.
Justeru saya merenung kembali perspektif Membangun Negara Berkebajikan yang menjadi ribut kecil sehari-dua ini. Seperti mana saya terangkan kepada pihak tertentu termasuk apa yang saya sebutkan sewaktu bersama program Anak Muda Kelantan di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 28 Muharam (24 Disember) lalu.
Perspektif Membangun Negara Berkebajikan saya ulas kembali. Bagi saya, realiti Membangun Negara Berkebajikan tetap selari dengan prinsip Islam dan sesungguhnya ia tidak bercanggah  dengan pendirian PAS untuk menegak Negara Islam. Cuma kalimahnya berbeza, sedangkan isi dan acuannya tetap sama, iaitu untuk mencapai keredaan Allah SWT.
Di antara fakta yang harus difahami, Islam harus dilihat dari perspektif kepelbagaian sebagaimana dinyatakan Allah di dalam Al-Quran. Antaranya dalam surah Al-Fatihah ada kalimah yang menjadi isi Negara Islam, iaitu ‘ihdinassiraatal mustaqim’ – tunjukilah kami jalan yang lurus – iaitu jalan agama yang diredai Allah dan Rasul-Nya.

Demikian natijahnya, Allah SWT menyebutkan Islam itu dengan pelbagai nama. Antaranya:
  • Islam sebagai jalan yang betul (lurus), disebutkan juga (Surah Aali-Imraan : 103): ‘wa’tasimun bihablil Lah ijami’a’ – dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah – yang bermakna tali Allah itu ialah Islam.

    Demikian di dalam Al-Quran (An-Nisa : 174): ‘wa’anzalna ilaikum, nurann mubiina’  dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
Justeru Membangun Negara Berkebajikan adalah kalimah yang diolah, sepertimana kalimah Islam itu diterangkan dalam pelbagai senario : bil-Islam (tali Allah) sebagai pengikat yang kukuh, penghubung di dalam menolong sesama insan dan Islam itu ibarat tali yang panjang dan insan beriman perlu berpegang kuat untuk sampai ke penghujungnya, iaitu syafa’at Nabi SAW dan keredaan Allah SWT.
Begitu pula, Islam sebagai cahaya iman yang membebaskan kehidupan manusia dari kegelapan (tidak beriman) kepada terang-benderang (mencapai keimanan). Oleh sebab itu, sesiapa sahaja akan menerima cahaya iman dengan izin Allah, tidak kira ia seorang Melayu atau Cina atau India. Semuanya menumpang atas cahaya iman itu, kerana akhirat kelak akan dibangkitkan bersama cahaya iman, jika sebenar-benar ia beriman.
Hakikat ini hanya ditemui dalam sebuah negara yang berkebajikan kerana kebajikan itu hendaklah difahami sebagai cahaya keimanan. Mana-mana negara yang melaksanakan program berkebajikan menurut acuan Islam, maka membolehkan rakyatnya mencapai tingkat berkebajikan berserta keimanan, iaitu mencapai tingkat keimanan disebabkan amal khairat kerajaan dan rakyat.
Demikian saya merenung sejenak perpsektif Membangun Negara Berkebajikan yang ada baiknya dapat difahami oleh semua pihak.

Monday, December 26, 2011

PRU-13 Semakin Hampir...Mana Janji RM1.5j Untuk Benteng Pemecah Ombak

DUNGUN - Hakisan teruk akbat ombak besar yang melanda pantai Teluk Lipat dekat sini mendapat liputan pelbagai media.

Namun, tidak ada media yang mengungkit semula janji kerajaan Umno dan Barsan Nasonal (BN) kira-kira enam bulan dulu untuk menyelamatkan pantai yang indah itu.
Pada 7 April 2011, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut telah meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sektar menyatakan perancangan dan usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah hakisan pantai di negeri Terengganu seperti Pantai Tok Jembal Kuala Nerus, Telok Lipat Dungun, Rhu Rendang Marang dan Telok Kalong Kemaman.

gambar-gambar hakisan Pantai Telok Lipat, Dungun...di bawah :-
Wahid selaku Ahli Parlimen Kula Terengganu sewaktu membangkitkan perkara itu dalam sidang Parlimen berkata, akibat ketiadaan perancangan rapi dan perancangan yang tidak betul, Pantai Tok Jembal kini semakin teruk terhakis, apabila tambak yang dibina dibuat terus ke laut ekoran pembinaan landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

lagi gambar-gambar hakisan Pantai Telok Lipat, Dungun...di bawah :- 
Menurut beliau, akibat perancangan yang tidak betul, Pantai Rhu Rendang turut mengalami hakisan teruk, ekoran pembinaan pemecah ombak untuk pembinaan Pelabuhan Chendering.
baca artikel penuh...di sini....dan baca artikel berkaitan...di sini.

Sunday, December 25, 2011

ADUN Sura Ringankan Beban Ibubapa Menjelang Sesi Persekolahan 2012

DUNGUN 25 Disember, 2011 Ahad - Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MTD Sura sekali lagi mengambil tanggungjawab menyelaras sumbangan pakaian persekolahan sesi 2012 yang akan bermula kurang 2 minggu lagi.
Dengan dokongan padu daripada Pengarah MTD sendiri merangkap ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, pihak lajnah berjaya menyempurnakan aktiviti tahunannya dengan menyampaikan sumbangan kepada seramai 318 orang penerima.
Semua PAS Cawangan dalam DUN Sura mengambil peranan menyenaraikan nama-nama penerima yang layak yang terdiri daripada keluarga miskin dan yatim.
Majlis perasmian dilakukan oleh ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, yang turut menyampaikan sumbangan kepada sebahagian penerima sebelum bergegas ke majlis lain yang perlu beliau hadiri.
Baki penyampaian sumbangan seterusnya disempurnakan oleh sebahagian Ahli Jawatankuasa MTD Sura yang turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan pada hari Ahad, 25 Disember, 2011 di Surau Ustaz Haji Omar Shukri, Bukit Chatak, di sini.

Tuesday, December 20, 2011

Mahasiswa/Anak Muda Sekarang Bukan Lembu NFC !


Meskipun dibanjiri tohmahan dan ugutan lantaran daripada tindakan menurunkan bendera berwajah Presiden UMNO Najib Razak, namun tindakan kontrovesi Adam Adli ini dibela oleh Sasterawan Negara A.Samad Said, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamuddin Rais, hari ini.

Abdul Aziz Bari, Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, mengajak orang awam untuk lihat isu ini dalam konteks dan kerangka di mana kita hidup dalam sebuah negara demokrasi.

"Jawabnya, dalam konteks itu, apa salahnya tindakan mahasiswa itu?  Apalagi flip-flop yang Perdana Menteri tunjukkan dalam isu kebebasan akademik, khususnya hak mahasiswa dan lain-lain?" persoalnya.

Beliau menyambung, "Kita kena banding dengan negara demokrasi; jangan bandingkan kita dengan Korea Utara atau Zimbabwe.  Mereka yang mengugut dan lain-lain itu mungkin mereka ingat Malaysia sama dengan negara-negara itu."
 
baca artikel penuh...di sini.

Saturday, December 17, 2011

ADUN Sura Bidas Penyelewengan Fakta Solat Jumaat Dua Imam, Dua Masjid

KUALA NERUS - Kerajaan Umno dan Barisan Nasonal Terengganu tidak bercakap benar dan menyelewengkan fakta tentang soal solat dua imam dan dua masjid.


















Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (gambar) berkata, berlakunya solat dua Jumaat dalam satu qaryah adalah berpunca oleh tindakan kerajaan Umno/BN.

“cakap soal dua imam dua masjd, saya nak beritahu pelawok (bercakap tidak benar) Umno ni , yang terbaru (dalam siding DUN), dia kata kita (PAS) yang tukang pecah belah, tukang buat masjid, tukang buat dua imam, sembahyang dua imam, dia kata,

“ kita bangun nak jawab, nak bagi fakta (tetap) Yang Dipertua Dewan tak benarkan,”katanya ketika berucap dalam Majlis Penerangan Isu-isu Sidang DUN di Seberang  Takir dekat sini, pada Khamis 15 Disember.

Beliau menegaskan, apa yang berlaku pada tahun 2009 di Masjid Tebing Tembah, Paka adalah disebabkan oleh tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu yang berpakat dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung  (JKKK), melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Majis tersebut tanpa mengadakan mesyuarat dengan orang kampong.

Friday, December 16, 2011

Mengekonomikan Rakyat : RM500 Diberikan, RM250 Juta Dilembukan


Legasi gerakan Reformasi yang bermula pada tahun 1998 terserlah apabila bumi Malaysia menyaksikan tiga perhimpunan massa penuh bermakna pada tahun 2007 - perarakan peguam, HINDRAF dan BERSIH - sehingga membawa kepada tsunami politik semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12).

Impak gerakan massa yang bermula ekoran penganiayaan secara melampau terhadap seorang Timbalan Perdana Menteri oleh seorang Perdana Menteri demi kelangsungan hayat diri, keluarga dan UMNO-putra semasa krisis kewangan melanda Asia masih terasa hari ini khususnya apabila perhimpunan BERSIH 2.0 mengambil bentuk gerakan massa sebagai kesinambungan semangat rakyat berhimpun demi sesuatu agenda yang membawa kemajuan kepada masyarakat dan bumi Malaysia.

Dengan kata lain, gerakan Reformasi berkembang menjangkaui penganiayaan seorang insan dan memuncak sebagai gerakan massa yang mahukan perubahan dan pembaharuan secara dasar bumi Malaysia.

Makna lebih penting yang dikongsi bersama oleh gerakan Reformasi dan BERSIH 2.0 ialah perubahan mendalam yang melibatkan agenda merentasi kepentingan kaum dan manifestasi hak asasi manusia khususnya hak berhimpun, berorganisasi dan bersuara sejajar dengan semangat zaman (zeitgeist).

Semangat zaman ialah senjata paling kuat yang berada dalam genggaman tangan rakyat jelata apabila berlaku penindasan atau ketidakadilan sosial.  Sejarah tamadun manusia banyak memaparkan pemberontakan rakyat jelata yang tertekan.  Dunia hari ini juga menyaksikan insiden-insiden seumpama khususnya kerana penindasan pemerintah bersifat kuku besi dan menyeleweng wang rakyat atau kegagalan elit berkepentingan dalam menguruskan ekonomi negara.  Daripada gerakan rakyat mengguling pemerintah korup yang bermula di Tunisia dan Mesir kepada gerakan "Occupy Wall Street" yang bermula di Amerika Syarikat dan menular ke merata tempat di bumi ini, hak asasi manusia kini terjelma dalam bentuk gerakan massa yang tidak terhad kepada tuntutan politik.

Sesungguhnya, tuntutan ekonomi melalui gerakan massa sedang berkembang dalam konteks di mana kehidupan rakyat jelata semakin perit dalam banyak negara ketika krisis ekonomi yang bermula di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah memberi kesan negatif kepada negara lain termasuk Malaysia.  Dr.Yılmaz Akyüz, bekas Ketua Ahli Ekonomi dan Pengarah, Bahagian Globalisasi dan Strategi Pembangunan di UNCTAD, dalam recana "The Global Economic Crisis and Asian Developing Countries: Impact, Policy Response and Medium-Term Prospects" menunjukkan bahawa, semenjak krisis kewangan Asia 1997/98, ekonomi Malaysia biarpun mengalami pertumbuhan tetapi pertumbuhan sebenar tidak mampu mencecah paras pertumbuhan sebelum krisis tersebut.
 
baca artikel penuh...di sini.

Tuesday, December 13, 2011

Tehran Yakin Miliki Senjata Baru Canggih Tak Lama Lagi

TEHRAN : Iran akan meniru sistem kejuruteraan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat atau ‘drone’ yang dimilikinya dan kini dalam ‘peringkat akhir’ mendapatkan rahsia perisikan senjata canggih itu bertujuan menghasilkannya dengan lebih banyak pada masa depan.
 
PESAWAT kawalan jauh Amerika dilihat di satu lokasi tidak diketahui di Iran berlatar belakang mesej ‘Jatuhkan Amerika, Israel, Britain.’
PESAWAT kawalan jauh Amerika dilihat di satu lokasi tidak diketahui 
di Iran berlatar belakang mesej ‘Jatuhkan Amerika, Israel, Britain.’
Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan Iran di Parlimen, Parviz Sorouri, memberitahu semalam: “Tindakan kami berikutnya adalah untuk meniru sistem kejuruteraan pesawat itu,” kata Parviz yang dilaporkan laman web televisyen tempatan Iran. 

“Pada masa akan datang, kami akan berupaya mengeluarkannya secara besar-besaran. Jurutera Iran tidak lama lagi akan membangunkan sebuah pesawat canggih sama seperti pesawat Amerika,” katanya lagi.

Iran berkata, ia memiliki pesawat canggih Amerika berbentuk kelawar yang melakukan misi pengintipan diberi nama RQ-170 Sentinel pada 4 Disember lalu ketika ia berada di ruang udaranya.

Iran menyatakan, sebuah unit perang siber Pengawal Revolusi menggodam kawalan penerbangan pesawat pengintip itu.

Pihak berkuasa Amerika yang dilaporkan berkata pesawat hendap itu melakukan misi CIA di atas ruang udara Iran, tetap tidak percaya bahawa Iran memiliki teknologi untuk membangunkannya.

Mereka berkata, kemungkinan pesawat itu mengalami kegagalan teknikal. Mereka juga menyatakan keraguan berhubung keupayaan Iran meniru pesawat terbabit, sekurang-kurangnya tanpa bantuan Russia atau China.

Namun, Sorouri bertegas dengan menekankan: “Kami berada dalam peringkat akhir memecahkan kod pesawat intip terbabit.”

Beliau juga meramalkan, ‘Iran akan memperoleh perisikan berharga menerusi usaha mentafsir maklumat perisikan dan pengintipan sulit sebaik saja kod rahsianya dipecahkan’.

Sorouri juga berkata: “Kami tidak memerlukan kerjasama Russia atau China untuk meniru pesawat itu. Mereka sudah pasti tidak akan terbabit.

“Keupayaan pertahanan hebat dengan memiliki pesawat seperti itu adalah untuk kegunaan kami saja dan kami tidak bersedia berkongsi dengan pihak lain.

“Kami akan menggunakan keupayaan ini sebagai satu pencegahan (terhadap serangan musuh). Saya ragu-ragu kerajaan Iran akan berkongsi teknologi dengan negara lain.” - AFP

sumber : beritaharian.com

Jalan Sepanjang Hanya 2.17 km, Tak Siap-siap !

- Pengguna jalan raya terhimpit; jalan pantai ditutup akibat hakisan
 
DUNGUN - Keadaan lalulintas di bandar Dungun kini benar-benar membimbangkan penduduk apabila jalan besar bandar ini yang 'berterusan' dalam pembinaan sejak beberapa tahun lalu.

Kebimbangan mereka bertambah, apabila jalan pantai yang menghubungkan Sura Hujung dengan Kuala Dungun ditutup kepada lalu lintas kerana hampir putus akibat hakisan.

Tinjauan Buletinonline mendapati kawasan pantai Teluk Lipat terus dilalui oleh kenderaan ringan walaupun ia sudah dihalang dan diletakkan tanda amaran.

Namun, oleh kerana jalan besar yang teruk dan berlubang-lubang mereka mengambil risiko melalui jalan pantai, walaupun ombak ganas musim tengkujuh sedang menghakis jalan itu.

Menurut seorang peniaga Abdul Rahman b. Seni Mohamad meminta pihak bertanggungjawab menyiapkan Jalan Haji Zainal Abidin itu secepat yang mungkin.

Beliau yang telah berniaga selama disitu selama 24 tahun berkata, beliau menghadapi kerugian kerana para pelanggannya susah untuk meletakkan kenderaan kerana jalan yang tidak siap-siap itu.

"siapkan secepat mungkinlah, takkan nak begini sokmo (sentiasa), nak berniaga pun susah, dengan nak 'parking' (payah) tengok keadaan sekarang,"katanya sambil menunjukkan kearah jalan yang kelam kabut itu.

Abdul Rahman mempersoalkan, sampai bilakah pengguna jalan raya tersebut akan menghadapi keadaan yang berlarutan sekian lama itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli menempelak kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu yang gagal menyiapkan jalan tersebut.

Katanya, beliau berasa malu dengan keadaan jalan yang hanya sepanjang 2.17 kilometer, tetapi sudah empat tahun dibina.

"(cuba) pergi ke Sura Gate (Jalan Haji Zainal Abidin), malu ke orang (malu kita kepada orang ramai).... berapa panjang (jarak jalan itu)?.......(jaraknya hanya) 2.17 kilometer, bukan 217 kilometer,

"berapa tahun buat? start (mula) pada tahun 2008, sekarang sudah hampir 2012, empat tahun tak siap lagi!,"katanya ketika berucap pada Majlis Ceramah Penerangan Isu Semasa di Kampung Limbong, Paka dekat sini semalam, 12 Disember.

Menurutnya, sebelum dinaiktaraf jalan tersebut adalah dalam keadaan baik, mempunyai pembahagi jalan dan lampu yang sempurna pada waktu malam.

Tetapi apabila dinaitaraf, sudahlah tidak siap-siap, beliau berkata, jalan tersebut berlubang-lubang dan 'hanyar' sekali.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun memberitahu, ada pihak yang memaklumkan bahawa jalan tersebut tidak mungkin siap.

Ia adalah kerana, menurutnya, kontraktor pembinaan jalan tersebut tidak lagi mendapat bekalan batu dari pihak pembekal akibat gagal menjelas hutang.

Oleh itu, beliau berkata, tidak ada pilihan lain kepada rakyat, melainkan menukar kerajaan Umno dan menggantikannya dengan kerajaan PAS, bagi menyelesaikan pembinaan jalan tersebut.

"Baru-baru ini, orang beritahu (saya) tidak (akan) siaplah jalan itu, kerana kuari tempat dia (kontraktor) ambil batu tu, dua tempat, tempat dia ambil batu sudah ditutup akaunnya (kerana) tidak bayar (hutang), bakal tak siaplah jalan itu,

"kena tukar kerajaan kalau jalan macam ini, baru boleh buat pula (semula),"jelasnya.

Friday, December 9, 2011

UMNO Sudah Faham, Tidak Meneruskan Perlaksanaan Semata-mata Kerana Politik - Prof Dr Abd Aziz Bari


DUNGUN - Tindakan kerajaan Umno Terengganu memberikan pelbagai alasan menangguhkan perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) adalah amat mengecewakan.

Pakar Perlembagaan, Professor Dr Abdul Aziz Bari berkata, dari segi undang-undang, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu dan diperkenankan oleh Sultan pada tahun 2002, tidak patut ditangguhkan perlaksanaannya.

Soal alasan teknikal, persiapan dan prasarana dalam melaksanakan hukum Allah tersebut menurutnya hanya boleh dilihat apabila  dilaksanakan

“Sepatutnya dari segi undang-undang, ia sepatutnya tidak ditangguhkan, masalah prasarana itu, saya rasa hanya boleh dilihat kalau dilaksanakan.

“ertinya, kalau tidak dicuba, tidak dilaksanakan, macamana kita nak tahu samada ia boleh dijalankan atau tidak,”ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan kerajaan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri yang bermula pada 5 Disember dan tamat hari ini.

Dr Aziz berkata demikian ketika ditemui Buletinonline, selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Minum Petang (Hi-Tea) yang dianjurkan oleh NGO Waris, di sini, pada Khamis 8 Disember,

Katanya, ia amat mengecewakan kerana kerajaan Terengganu yang diterajui oleh parti yang sama dengan kerajaan pusat, sepatutnya ia perlaksanaan hukum tersebut adalah lebih mudah.

“Kalau kerajaan negeri memrlukan bantuan dan kerjasama dengan kerajaan pusat sepatutnya dengan parti yang sama,

“itu seharusnya menjadi satu pemangkin, memberi lonjakan ataupun memudahkan perlaksanaannya,”jelasnya.

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu juga menegaskan, beliau tidak nampak ada sebarang masalah bagi kerajaan Terengganu dalam melaksanakan perundangan itu.

Beliau juga menzahirkan rasa dukacita kerana menurutnya, Umno sebenarnya sudah faham tentang kedudukan hukum itu keatas orang Islam namun tidak meneruskan perlaksanaannya semata-mata kerana politik.

“Sekarang ni saya tengok sesiapa pun, baik Umno sendiri sudah faham, Cuma saya rasa yang menyedihkan (adalah) mereka melebihkan politik (dari mahu melaksanakan Islam), kalau dah faham, dah setuju, dah terima buat sajalah,

“macam di Terengganu, benda sudah disiapkan, Enakmen sudah disiapkan, apa lah yang ditunggu?,”katanya.

Turut hadir dalam Majlis Hi-Tea tersebut adalah ADUN Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Setiausaha PAS Kawasan Dungun, Norul Azhar dan Pengerusi Waris, Ustaz Roslan Ismai.
 

Thursday, December 8, 2011

Prof Dr Abdul Aziz Bari Tinggalkan UIAM

Profesor Dr Abdul Aziz Bari
DUNGUN - Konflik membabitkan pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dengan majikannya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berakhir apabila beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan universiti berkenaan.
Abdul Aziz berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau kini berasa tidak lagi sesuai untuk terus berkhidmat di universiti itu.
 
Menurutnya, beliau telah cuba untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli akademik yang prihatin de­ngan masalah masyarakat, apabila melontarkan beberapa pandangan terhadap isu yang kritikal, namun pesekitaran di universiti berkenaan menyebabkan niatnya itu dianggap sesuatu yang ganjil, sekali gus gagal untuk menjadi seorang ahli akademik ideal.
 
“Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, saya tak nampak ada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di universiti itu mahupun di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama pertubuhan bukan kerajaan, Waris Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia di Mayang Sari Resort di sini, petang semalam.
 
Ketika ditanya apakah beliau akan menyertai politik selepas meninggalkan UIAM, Abdul Aziz yang juga seorang kolumnis Sinar Harian berkata, beliau lebih suka memilih bidang akademik sebagai kerjaya dan buat masa ini, tidak berhasrat untuk menyertai parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang.
 

Islam Didahulukan, Melayu Bersamanya

Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.
Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. 

Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:

قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } [الأعراف: 158
158. Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."

Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan Umno :”hidup Melayu!”.

Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). 
 
Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.
 
baca artikel penuh...di sini.

Sunday, December 4, 2011

Majlis Berhatan Sempena Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2011

DUNGUN, 4 Disember Ahad - Majlis Tindakan DUN Sura sekali lagi seperti tahun sebelumnya berjaya mengadakan Majlis Berkhatan Sempena Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2011. Majlis berlangsung selama dua hari, bermula 2 hingga 3 Disember, 2011, diadakan di Surau Ustaz Haji Omar Shukri.
Seramai lebih 60 orang kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas menyertai majlis ini. Para ibubapa dan penjaga diberi pilihan waktu khatan - pagi, petang dan malam.
Sebelum majlis bermula, satu taklimat kepada ibubapa dan penjaga diberikan oleh mudim, Haji Mazait Mohamad.
Sebahagian kos bayaran penyertaan ditanggung oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli. Beliau turut menyumbang cenderahati kepada setiap peserta yang terlibat.

Friday, December 2, 2011

Ikhwanul Muslimin Sedia Galas Cabaran

Ikhwanul Muslimin sedia galas cabaran
KAHERAH - Selepas menunggu selama 83 tahun, Parti Ikhwanul Muslimin akhirnya semakin hampir mendapat peluang yang ditunggu-tunggu untuk mentadbir Mesir selepas dilaporkan mendahului pilihan raya fasa pertama sejurus pengiraan undi tamat, semalam.

Parti berlandaskan Islam itu berharap mampu mengemudi perubahan politik Mesir selepas revolusi Arab, dan berikrar akan meningkatkan kembali ekonomi negara dengan 80 juta penduduk itu yang terjejas akibat pergolakan politik, awal tahun ini.

Ikhwanul Muslimin, gerakan Islam tertua di Mesir dijangka mendapat kedudu-kan kukuh di Parlimen dan berharap dapat membentuk kerajaan campuran sejurus pilihan raya tiga fasa itu berakhir, Januari depan.

Kejayaan parti itu mendahului pilihan raya menandakan perubahan besar kerana pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak dan pemimpin sekular sebelum ini menindas dan melarang Ikhwanul Muslimin menyertai dunia politik.

Diketuai golongan profesional seperti doktor, jurutera dan guru, Ikhwanul Muslimin membawa slogan ‘Islam adalah penyelesaiannya’ dan turut mengutamakan demokrasi, keadilan sosial serta kebebasan undang-undang.

Namun perjalanan politik parti itu dijangka berhadapan cabaran besar apabila majlis tentera Mesir dilihat mahu mempengaruhi pemilihan Kabinet dan cuba meletakkan pemimpin pilihan mereka.

Populariti Parti Ikhwanul Muslimin juga menghancurkan impian kuasa Barat yang sejak dahulu kerap menjadikan pemimpin Arab sebagai boneka demi memenuhi kepentingan mereka.

Selain Mesir, parti berlandaskan Islam juga memenangi pilihan raya terbaru di Tunisia dan Maghribi.

Thursday, December 1, 2011

RUU Himpunan Aman Dibantah Parlimen Asean

KUALA LUMPUR, 1 DIS : Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman yang diluluskan Parlimen baru-baru ini bukan sahaja mendapat bantahan dari rakyat negara ini malah menerima bantahan pelbagai pihak termasuk pemerhati luar negara.

Pengerusi Kumpulan Perhubungan Parlimen bagi negara-negara Asean Dr.Thomas Gambke berkata RUU tersebut merupakan usaha menghalang sebarang perhimpunan dibuat.

"Tindakan ini hanya akan menghalang protes jalanan di Malaysia dan juga sesetengah kebebasan dalam mengadakan demonstrasi selain melumpuhkan pembangkang yang seharusnya diberi kebebasan untuk mengadakan kempen sesuai dengan amalan demokrasi." kata beliau dalam suatu kenyataan media yang diterima TVSelangor.

Beliau yang merupakan salah seorang penal di Deutscher Bundestag dan juga Pengerusi Kumpulan Perhubungan Parlimen bagi negara-negara ASEAN yang berpengkalan di Berlin German.




Katanya, bagi mengadakan pilihanraya yang bebas dan adil,pihak kerajaan perlu memastikan hak untuk mengadakan perhimpunan aman tidak dibatalkan.

Menurutnya undang-undang baru ini tidak akan menstabilkan Malaysia malah akan menjurus kepada konfontasi yang menggunakan kekerasan.

"Ini akan menghantar isyarat yang salah kepada pelabur-pelabur asing yang sebelum ini mengambil kira kestabilan Malaysia sebagai faktor mereka melabur disini." jelas beliau.

sumber : tvselangor.com
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura