Monday, August 31, 2009

Bahana Arak, Wanita Serang Polis

oleh USTAZ IDRIS AHMAD

KUALA LUMPUR 30 Ogos 2009 - BERNAMA melaporkan seorang wanita yang dipercayai mabuk gagal mengawal perasaannya dengan cuba menyerang seorang anggota polis trafik apabila mendapat tahu keretanya telah ditunda dalam satu operasi Ops Halang di sini awal pagi ini.

Wanita itu bertindak sedemikian kerana terkejut kenderaannya ditunda selepas diletakkan di kawasan yang menghalang laluan trafik berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini.

Namun wanita, dalam lingkungan 30an itu, berjaya ditenangkan kemudian oleh rakan-rakannya yang menariknya ke tepi jalan daripada terus berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit dan mengeluarkan kata kesat kepada pihak polis.

Peristiwa ini menunjukkann arak menyusahkan semua orang. Sebab itu arak disebut oleh Rasulullah SAW “Ibu segala kejahatan” kerana

-Pemabuk arak boleh serang siapa sahaja, mereka tidak kenal polis atau orang awam.

-Pemabuk arak memandu kereta dalam keadaan yang merbahayakan orang yang tidak berdosa

-Pemabuk arak punca keruntuhan dalam rumahtangga, kerana balik dalam keadaan mabuk ia akan menendang isteri atau anak.

-Pemabuk arak menyebabkan berlaku perceraian yang dilafazkan tanpa disedari. Menurut hukum Islam talak tetap jatuh. Kalau si pemabuk ini jahil dia terus bersama dengan isterinya, kerana anggapan talak tidak jatuh, ini bermakna berpanjangan ia melakukan zina

-Pemabuk arak menyebabkan ekonomi rumahtangga tidak stabil, kerana kaki botol dia sentiasa ketagih tanpa memperdulikan perbelanjaan rumahtangga.

-Pemabuk arak punca berlaku perzinaan dan jenayah rogol.

-Pemabuk boleh menyebabkan seorang itu menjadi pembunuh.

Sunday, August 30, 2009

Peringatan untuk BN, jaga keaiban sebelum terdedah

oleh WARTAWAN KITA

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar bin Husein mengingatkan kepada UMNO/BN supaya tidak mengulangi amalan mereka yang sengaja mencari dan mendedahkan keaiban orang lain. Ini kerana sekiranya mereka tidak mahu keaiban mereka didedah oleh Allah SWT sendiri.



Beliau berkata demikian sebagai ulasan tentang kes Chua Soi Lek baru-baru ini. BN selama ini sengaja memburuk-burukkan identiti beberapa individu, seperti Elizabeth Wong, seharusnya menerima padah apabila keaiban mereka didedahkan oleh Allah SWT sendiri, ujarnya

Usaha-usaha ini seharusnya dilihat sebagai satu perbuatan yang terkutuk, yang sepatutnya tidak dilakukan oleh sebuah parti yang memperjuangkan kemanusiaan. Oleh itu, terimalah balasan yang setimpal oleh Allah SWT di atas perbuatan yang telah mereka lakukan.

Menurutnya, pemecatan Soi Lek ini mendedahkan bahawa BN sekarang sedang menghadapi situasi yang serius.

"Mereka (BN) asyik menghebahkan bahawa PR sekarang berada dalam kemelut, sedangkan mereka sendiri merasai sedemikian. Mereka sendiri sedang berada dalam keadaan tidak stabil untuk menghadapi beberapa kesalahan pimpinan tertinggi mereka,

“Mereka gemar menunding jari kepada orang lain, sedangkan keaiban sendiri tidak pernah diperhati,” tambahnya lagi.

Ketika diminta mengulas tentang perpecahan dalaman BN hari ini, beliau berkata, “Ya, BN sememangnya sedang berpecah. Berpecahnya BN hari ini disebabkan usaha mereka memecahbelahkan PR dan PAS itu sendiri. Mereka suka menyebarkan fitnah, akhirnya mereka sendiri memfitnah sesama sendiri. Allah itu Maha Adil”.

Dalam pada itu, beliau juga menjawab tentang beberapa isu sebat baru-baru ini. Katanya, hari ini orang mempersoalkan tentang keadilan undang-undang syariat di dalam menjatuhkan hukuman, tetapi kenapakah ISA itu sendiri tidak dipersoalkan? Kalau Kartika itu baru seorang perempuan, ISA sudah menzalimi ribuan orang yang tidak bersalah. Dimanakah keadilan?' soalnya.

Beliau menyifatkan bahawa UMNO selamanya tidak akan releven sekiranya masih meneruskan perjuangan jahiliyyah. Ini kerana jahiliyyah itu telah pun dihapuskan ketika zaman Nabi Muhammad SAW.

"Tetapi hari ini, ia telah dikembalikan semula oleh UMNO sendiri. Sebab itulah UMNO/BN akan terus berpecah, kerana mereka memperjuangkan perjuangan nasionalisme yang juga diperjuangkan oleh Jahiliyyah," ujarnya.

Sememangnya masyarakat Jahiliyyah itu berpecah, tetapi disatukan oleh Nabi Muhammad SAW. Tetapi, hari ini ia telah dipecahkan semula. Maka, siapakah yang memecahbelahkan masyarakat kalau bukan BN?

Fasa II Ramadhan & Permainan BN Yang Bahaya

CATATAN FASA DUA RAMADHAN DAN
PERMAINAN PERKAUMAN BN YANG BERBAHAYA

oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

RAMADAN sudah melewati fasa 10 hari kedua, yang dijanjikan keampunan (maghfirah), selepas Allah melimpahkan rahmat, sebelum "pembebasan dari api neraka".

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Bagi yang alpa-leka dan mensesiakan tempoh satu pertiga Ramadan yang berlalu itu, masa belum terlambat untuk kembali merebut peluang keemasan, yang tentunya tidak dapat dipastikan akan berulang pada tahun depan.

Perhatikan di sekeliling, mungkin ada anggota keluarga atau rakan taulan yang bersama-sama menikmati juadah berbuka tahun lalu, bertarawikh dan bertadarus, tetapi kini sudah menghadap Ilahi.

Madrasah Ramadan, pusat latihan mendidik diri menundukkan nafsu, bulan penuh keberkatan menemui diri di malam-malamnya, sambil beristighfar, bermunajat dan bertaubat penuh keinsafan.

Ramadan juga mendidik jiwa menjernihkan hati, menyantuni golongan fakir, mengasihi orang tua, menyuburkan sifat pemurah, meluhurkan tekad, mengikis budaya tamak-haloba.

Ramadan turut mendorong dan menyemarakkan semangat jihad, mengangkat martabat umat, meninggikan darjat agama dan bersedia mengorbankan kepentingan diri.

Masya-Allah, sungguh luarbiasa bulan istimewa ini. Pastikan anda dan saya dapat memanfaatkan setiap detik di dalamnya untuk beribadah setulus dan seikhlasnya.

.....Terbaru isu kuil Hindu dan perarakan kepala lembu di Shah Alam pasti membuatkan pengundi India (yang pada awalnya seperti ada sebahagian daripadanya mahu kembali kepada BN) semakin dekat dengan siapa saja yang berseteru politik dengan Umno-BN.

baca artikel penuh di sini

Polis Malaysia Dikuasai Penjenayah ?

DAKWAAN PENJENAYAH KUASAI POLIS : SIKAP KPN DIPERTIKAI

ABDUL AZIZ MUSTAFA
Sun | Aug 30, 09 | 6:29:31 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos : Sikap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang enggan mengulas tuduhan bahawa beliau mengizinkan penjenayah menguasai pasukan polis menimbulkan persoalan besar terhadap kredibilitinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).

Malah, katanya lagi, ia juga menyebabkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lebih dipertikaikan.

"Mengapa selepas mengambil alih kerajaan April lalu, Najib dan Hishammuddin terus mengekalkan seorang KPN yang telah begitu lama dipertikaikan kredibilitinya?

"Sama seperti kita mahukan seorang Perdana Menteri yang bersih dan dilihat bersih sejak dari mula Najib menyandang jawatan itu, kita juga mahukan seorang KPN yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih.

"Amat mengecewakan apabila hendak melantik KPN yang bersih dan dilihat bersih pun tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Najib," kata Salahuddin.

Mengulas lanjut keengganan Musa mengulas pelbagai tuduhan terhadapnya itu, beliau berkata, "itu bukan sifat seorang KPN".

Sepatutnya, kata Salahuddin, Musa berdiri tegak untuk menangkis pelbagai tuduhan terhadapnya.

" Umno tidak henti-henti memperlekehkan kenyataan-kenyataan bersumpah yang disiarkan oleh Raja Petra (Kamarudin) sebagai tidak ada nilai, bohong dan sebagainya.

"Kenapa Musa tidak matikan sama sekali pendedahan Raja Petra kalau pendedahannya tidak ada nilai dan bohong?

"Bukankah orang kita terkenal dengan pepatah berani kerana benar?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam laman web kelolaannya, Malaysia Today, Raja Petra semalam menyiarkan kenyataan bersumpah yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Musa.

Malaysiakini melaporkan, Musa enggan mengulas tuduhan-tuduhan itu.

Walaupun dipadamkan identiti dan beberapa maklumat lain dalam kenyataan bersumpah itu, Raja Petra berjanji akan menyiarkan kesemuanya jika perkhidmatan Musa sebagai KPN disambung semula.

Dalam kenyataan bersumpah yang dikatakan dibuat oleh seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadinya (aide-de-camp atau ADC), Musa dituduh menyebabkan pasukan polis dikuasai penjenayah berikutan hubungannya dengan kumpulan itu.

Pegawai polis itu menuduh Musa membiarkan kepala-kepala penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan penentuan jawatan mereka.

Sebagai ADC kepada Musa, kata pegawai polis itu, beliau diarahkan untuk "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".

Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

Pegaawai polis itu juga mendakwa bahawa sesetengah arahan pertukaran dibuat dengan tujuan untuk memerangkap pegawai yang diarahkan berpindah itu.

Sesetengah arahan pertukaran pula dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah Musa melakukannya dengan tujuan menghapuskan rasuah.

Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta dari tiga kepala penjenayah.

Johari pada masa itu ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan Musa.

Kenyataan bersumpah pegawai polis yang mendakwa pernah menjadi ADC kepada Musa itu juga mengulangi tuduhan bahawa Musa berada di sebalik pakatan jahat ke atas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof dan lain-lain pegawai yang terlibat menyiasat beberapa kepala penjenayah.

Ramli dan pegawai-pegawai tersebut sebelum ini menghadapi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pegawai polis tersebut juga menyatakan beliau pernah memaklum dan mengadukan perkara itu kepada begitu ramai pembesar termasuk Johari sendiri dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

"Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan bila perkhidmatan Musa (sebagai KPN) dilanjutkan dua tahun lagi pada Julai 2007 lalu oleh Perdana Menteri sebelum ini, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu.

"Ia menjadi pengesahan yang sangat kuat bahawa kerajaan berada di belakang Musa sepenuhnya," kata pegawai polis itu dalam kenyataan bersumpahnya.

Menurut Raja Petra, terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan mahu menyambung lagi perkhidmatan Musa untuk kali ketiga apabila tempoh perkhidmatannya kini tamat pada 14 September akan datang.

"Ini bermakna kumpulan kongsi gelap Cina akan terus menguasai pasukan polis dan menentukan siapa yang ditukarkan, dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat dan dicampak ke dalam penjara.

"Ya, mereka bertindak sehingga ke peringkat mencampakkan pegawai-pegawai polis yang enggan 'berkerjasama' ke dalam penjara. Dan, hari ini, kami mengemukakan bukti mengenainya," kata Raja Petra._

Kurma : Keajaiban & Manfaat Ketika Berbuka Puasa

by DEWAN ULAMA' PAS PAHANG

kurma-ramadhan--

Tidak salah lagi, kurma sudah pasti jadi makanan favorit khas Ramadhan. Sebagai makanan pembuka, kurma memang berada di urutan paling atas yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. Tapi kita mungkin belum begitu mengetahui ada apa di balik buah kurma itu sebenarnya. Manfaat apa saja yang ada dalam buah kurma sehingga Rasul yang menganjurkan kurma sebagai salah satu menu buka puasa kita?

Sejarah kurma

Kurma berasal dari jazirah Arab (Timur Tengah), dan nama latinnya adalah Phoenix dactilyfera. Dinamakan begitu konon karena memang ada hubungannya dengan burung Phoenix yang bisa bereinkarnasi setiap kali ingin mati - Ini kepercayaan orang Mesir dan Yunani kuno.

Beberapa tahun ini, beberapa peneliti Israel mulai melirik untuk membudidayakan pohon kurma (seperti dilansir LiveScience.com). Israel menanam biji kurma yang usianya sampai 2000 tahun. Sampai sekarang, nih pohon baru setinggi 30 cm. Rencananya sih mereka bakal meneliti DNA pohon itu biar tahu bisa tidak pohon zaman purba memberikan manfaat buat kehidupan modern.

Manfaat kurma

Banyak manfaat kurma yang baru terkuak di zaman ini, khususnya buat kesehatan. Dari Salman ibn ‘Aamir, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada, maka dengan air karena air itu bersih dan suci.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Kenapa mesti kurma? Jika kita berbuka puasa, organ pencernaan kita (khususnya lambung) butuh sesuatu yang lembut biar bisa bekerja lagi dengan baik. Jadi makanannya harus yang mudah dicerna dan juga mengandung gula dan air dalam satu makanan. Tidak ada makanan yang mengandung gula dan air yang lebih baik daripada yang disebutkan oleh hadits Rasul. Nutrisi makanan yang paling cepat bisa dicerna dan sampai ke darah itu adalah zat gula, terlebih makanan yang mengandung satu atawa dua zat gula (kalau tidak glukosa, ya sukrosa).

Nah, untuk hal ini kurma adalah makanan yang paling baik. Kurma mengandung zat gula yang tinggi yaitu antara 75-87% dan glukosanya sebanyak 55%, fructose (fraktosa) 45% lebih tinggi dari jumlah protein, minyak dan beberapa vitamin (seperti vitamin A, B2, B12), dan sejumlah zat penting laen kayak kalsium, phosphor, potassium, sulfur, sodium, magnesium, cobalt, seng (zinc), florin, nuhas (tembaga), salyolosa, dan sebagainya. Fraktosa bakal diubah jadi glukosa dengan cepat dan langsung diserap oleh organ pencernaan, lantas dikirim ke seluruh tubuh, khususnya ke organ-organ inti seperti otak, syaraf, sel darah merah, dan sel pembersih tulang.

Seperti yang kita ketahui, di ujung puasa kita setiap harinya, glukosa dan insulin dalam darah yang datang ke katup hati akan bergetar. Artinya proses buka puasa kita bakal meminimalisir pemakaian glukosa yang diambil dari organ hati dan sel-sel ujung (seperti otot-otot en sel syaraf) jadi sesuatu yang bisa menghilangkan setiap zat yang terkandung dalam gelokogen hati. Saat-saat seperti ini, organ-organ sangat bergantung untuk mendapatkan energi dari CO2 (karbondioksida) kimiawi dan oksida glukosa yang terbentuk dalam hati dari asam amino dan gleserol.

Jadi, melentur dan memanjangnya organ penyerap makanan jadi sangat berarti. Maksudnya, penyerapan glukosa yang cepat di dalam katup pembuluh darah vena di hati akan masuk ke dalam organ hati untuk pertama kalinya, kemudian masuk ke sel otak, organ pencernaan, otot-otot, dan seluruh jaringan tubuh yang laen. Makanya, zat gula itu makanan terbaik buat tubuh karena bisa menghentikan oksidasi karbon kimiawi, memangkas zat-zat berbahaya dalam tubuh, dan bisa meminimalisir lemahnya serta gemetarnya organ pencernaan. Cukup rumit ya?

Dr. Hissam Syamsi Basya dalam tulisannya menjelaskan berdasarkan penelitian biokimia, satu kurma yang kita makan itu mengandung air 20-24%, gula 70-75%, 2-3% protein, 8,5% serat, dab sedikit sekali kandungan lemak jenuhnya (lecithine). Lain lagi dengan kurma mengkel (atau Ruthab) yang mengandung 65-70% air, 24-58% zatgula, 1,2-2% protein, 2,5% serat, dan sedikit mengandung lemak jenuh. Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf en Dr. Ali Ahmad Syahhat pernah melakukan penelitian kimiawi dan fisiologi terhadap kurma, hasilnya? Menakjubkan! Cuba lihat :

1. Jika kita buka puasa dengan kurma ruthab atawa tamar, persentase kandungan zat gula kita akan naik, artinya bisa membantu mengilangkan penyakit anemia (kurang darah). Oya, ruthab itu artinya kurma yang mengkel, yang masih segar, dan juga matang di pohon. Nah, kalo tamar itu kurma matang kering yang banyak terdapat di Indonesia (misalnya yang banyak dijual di Pasar Tanah Abang, Jakarta).
2. Waktu lambung kosong karena tidak makan seharian, pas buka, lambung, akan lebih gampang mencerna dan menyerap makanan kecil yang mengandung gula, malah lebih cepat dan maksimal lagi.
3. Kandungan zat gula dalam ruthab dan tamar (tentunya dalam bentuk kimia sederhana) menjadikan proses pencernaan di lambung jadi sangat mudah, soalnya 2/3 zat gula yang ada dalam tamar dan ruthab bisa meningkatkan kadar gula dalam darah dalam waktu yang singkat.
4. Selain itu, kita juga tidak perlu minum banyak-banyak lagi sewaktu buka jika kita makan ruthab atau tamar, karena sudah mengandung air 65-70%?! Tetapi sangat tidak dilarang untuk minum pun.

Subhanallah. Tidak heran jika Rasulullah menganjurkan kurma sebagai salah satu makanan pembuka puasa kita yang utama.

Saturday, August 29, 2009

Buat Kajian Sebelum Laksana Projek

KUALA TERENGGANU 29 Ogos Sabtu - Kerajaan negeri digesa supaya menjalankan kajian secara menyeluruh dan terperinci untuk menjalankan sesuatu projek agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli mengambil contoh kegagalan projek fertigasi yang melibatkan kos kira-kira RM20 juta.

Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli ketika
bersama Squad Pemuda Bersamamu
di Kampung Padang Jambu - gambar hiasan

Katanya, walaupun pihak kerajaan menyatakan projek itu tidak gagal tetapi memerlukan penambahbaikan, namun daripada maklumat dan tinjauannya ke beberapa kawasan projek tersebut didapati gagal.

Beliau berkata, hasil daripada tinjauan yang dibuat itu didapati kawasan tersebut ada yang terbengkalai dengan peralatan terbiar begitu sahaja.

Tambahnya, kerajaan juga tidak sepatutnya menyalahkan peserta dan pegawai yang terlibat dengan projek berkenaan apabila terbengkalai dan tidak dapat diusahakan.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas jawapan kerajaan negeri kepada soalan bertulisnya pada persidangan Dun, Selasa lalu.

Kerajaan negeri menyatakan bahawa projek itu dikatakan tidak gagal berdasarkan rekod pencapaian hasil yang melibatkan tanaman melon, cili dan tomato.

Namun begitu, kerajaan mengakui ia memerlukan penambahbaikan dan punca-punca yang memerlukannya kerana masalah dalam menentukan varieti yang sesuai dengan keadaan setempat dan memenuhi kehendak pasaran bagi tanaman seperti melon, cili dan tomato.

Terdapat masalah serangan musuh dan penyakit yang tidak dapat dikawal dengan berkesan oleh peserta kerana kebanyakan mereka bukan peserta sepenuh masa dalm projek berkenaan.

Kerajaan juga mengakui petani dan petani masih belum mempunyai pengalaman yang cukup dan belum mahir dalam mengurus dan melaksanakan projek itu yang menyebabkan ianya perlu kepada penambahbaikan.

Sebahagian petani tidak berminat kerana setelah menyertai projek dan mendapati pengurusan projek itu agak intensif dan mereka terpaksa diganti dengan peserta lain yang lebih bersedia, berminat dan berkeupayaan.

Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, beberapa langkah yang telah diambil iaitu meningkatkan latihan dan pengetahuan peserta dan pegawai terbabit supaya mereka memiliki tahap kemahiran yang tinggi.

Peserta yang tidak berminat telah diganti dengan peserta yang lebih berpotensi di samping meningkatkan kekerapan lawatan pegawai-pegawai pertanian ke kawasan projek fertigasi.

Selain itu, struktur dan peralatan fertigasi dipindahkan dari penempatan individu-individu yang sudah tidak berminat atau tidak berjaya kepada penempatan projek fertigasi berpotensi yang berada di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Negeri.

Ustaz Haji Wan Hassan berkata, daripada jawapan tersebut jelas menunjukkan bahawa wujudnya kegagalan dalam pelaksaaan projek fertigasi yang dilaksanakan sejak 2006 lalu sempena Tahun Pertanian oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad pada persidangan Dun tahun lepas pernah menyatakan projek tersebut tidak berjaya berdasarkan rungutan para pesertanya.

Nawi yang juga Timbalan Ketua Umno Besut berkata, pada pandangan peserta bahawa projek itu tidak berapa berjaya kerana beberapa masalah yang timbul daripadanya.

dipetik dari akhbar tabloid Siasah terbaru
Bilangan 0164 yang sedang berada di pasaran

7,932 Kes Pelajar Langgar Disiplin Sehingga 30 Jun

KUALA TERENGGANU 29 Ogos Sabtu - Sejumlah 7,932 kes pelanggaran disiplin yang melibatkan pelajar sekolah di negeri ini sehingga 30 Jun lalu, kata Menteri Besar, Datu Ahmad Said dalam jawapan kepada soalan bertulis Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Sura).

Daripada jumlah tersebut, ponteng kelas merupakan kes tertinggi iaitu 2,593 kes, datang lewat ke sekolah (710), menghisap rokok (692), ponteng sekolah (505), memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah (395) dan bergaduh (260) yang melibatkan Daerah Kuala Terengganu Selatan mencata kes paling tinggi iaitu 1,543 kes, diikuti Setiu (1,408), Kuala Terengganu Utara (1,260), Dungun (1,150), Kemaman (960), Marang (675), Hulu Terengganu (517) dan Besut (419).

Selain itu, pelanggaran disiplin yang lain termasuk mencuri, mengancam/memukul/mencederakan murid lain, menyimpan rokok, rambut panjang/fesyen rambut keterlaluan, tidak menghormati guru, mengganggu pengajaran dan pembelajaran, ponteng perhimpunan, membuli, berkelakuan kasar terhadap murid, merosakkan harta benda sekolah dan lain-lain.

dipetik dari akhbar tabloid Siasah terbaru
Bilangan 0164 yang sedang berada di pasaran

Friday, August 28, 2009

Umno upah pelajar sekolah bencikan Pakatan Rakyat

Oleh : Mohd Sabri Said
Harakahdaily.net

PERMATANG PAUH, 28 Ogos : Dibayar antara RM20-30 setiap seorang. Diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Demikian antara penemuan Harakahdaily dalam siri kempen Barisan Nasional (BN) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini.

Setelah disiasat rupa-rupanya Umno mempergunakan murid-murid sekolah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk tujuan menjadi 'pasukan sorak' bagi Barisan Nasional (BN) di hari pembuangan undi Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.

Pasukan itu dibentuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican supaya jentera Umno dan BN nampak ramai sekaligus membuktikan sokongan pemuda terhadap parti itu telah kembali sepertimana yang terjadi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan.


Murid sekolah yang dikesan itu diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Mereka ini menaiki motor berkonvoi ke sana ke mari menyesakkan lagi lalu lintas dan bila sampai ke pondok PAS mereka akan melaungkan berbagai slogan provokasi untuk membangkitkan kemarahan jentera Pakatan Rakyat.

Manakala ada yang berbaju biru kehitaman dan tertera perkataan 'Pemuda Satria' merupakan sebahagian daripadanya tetapi mereka ini hanya berkumpul di Unit Peti Undi (IUPU) tertentu sahaja contohnya di Kampung Pelet, Bukit Indera Muda dan Kubang Semang bagi menyemarakkan lagi sokongan pada BN dengan melaungkan slogan ciptaan Umno.


Sekiranya sesiapa berada di sekitar UPU berkenaan pastinya terdengar slogan, 'pangkah PAS dapat apa jawapannya neraka', 'siapa barua DAP jawapannya PAS', dan berbagai lagi sehinggakan ada yang termakan provokasi itu membuatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hadir dengan bantuan polis bagi menjaga keselamatan di kawasan terbabit.

Namun, apa pun cubaan Umno dan BN untuk mencetuskan pergaduhan, jentera Pakatan Rakyat tidak berganjak daripada kawasan yang dikhaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berbanding dengan jentera BN terutamanya Wanita Umno yang memakai pakaian bertemakan kemerah-merahan dan Puteri Umno yang dilihat lebih suka berteduh di rumah penduduk atau di bawah rimbunan pokok di kiri kanan bahu jalan bahkan kereta pengangkut undi BN juga berehat awal.


Inilah perbezaan antara jentera Pakatan Rakyat dan BN mereka sanggup berpanas dan berhujan kerana perjuangan untuk menegakan keadilan dan kebenaran tambahan lagi pilihanraya kecil itu diadakan pada awal Bulan Ramadhan.


Tentunya tekak terasa pahit dan dahaga tetapi kerana memartabatkan perjuangan Islam yang dibawa PAS jentera Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum dan agama terus berdiri teguh sambil melaungkan perkataan membesarkan Allah SWT dan sekali sekala mengajak orang ramai yang melalui hadapan mereka supaya memberikan sokongan pada calon PAS, Ustaz Saleh Man.

Pelajar sekolah itu dikatakan diberi upah RM20.00 - RM30.00 seorang dan pernah dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah ketika ditanya pandangannya berkata, Umno dan BN kini telah hilang kewarasan apabila menggunakan pelajar sekolah dalam kempen di hari pencalonan.

"Sepatutnya, Umno dan BN bersikap matang untuk berhadapan dengan jentera Pakatan Rakyat, tetapi apa boleh buat pemuda sekarang lebih bijak memilih perjuangan Pakatan Rakyat yang nampak lebih ketrampilan memerintah berbanding BN yang penuh dengan penyelewengan dan penipuan.

"Golongan muda sudah hilang kepercayaan pada Umno menyebabkan mereka terpaksa mengimpot pelajar sekolah untuk meramaikan sokongan, " ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh, Suraiya Saat pula menegaskan, BN jelas melatih golongan muda dengan duit.

"Pelajar dibayar upah dengan duit dan tidak mustahil memperbanyakkan lagi budaya sogok, " ujarnya lagi. - mks. _

sumber gambar : Pemuda Dun Sura.
Sekitar hari pengundian PRK N.11 Permatang Pasir

Thursday, August 27, 2009

Haneyya Minta Batal Sekatan Di Gaza

HANEYYA MINTA PEMIMPIN ARAB DAN ISLAM BATAL SEKATAN DI GAZA

by PALESTINKINI

SELASA, 25 Ogos – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin telah memohon kepada para pemimpin Arab dan Islam untuk bertindak dalam membatalkan sekatan ekonomi ke atas Gaza dan menyelesaikan segala sengsara penduduk Palestin terutamanya di bulan Ramadhan ini.

Haneyya berkata demikian dalam satu upacara berbuka puasa bersama dengan organisasi Islam dengan kerjasama Hamas dan Persatuan Hari Raya di Qatar pada hari Sabtu. Haneyya menggesa negara Arab dan Islam yang lain mencontohi sumbangan Emir Qatar, Sheikh Khalifa bin Hamad sebanyak 10 juta dollar untuk pekerja dan nelayan di Gaza.

Beliau berterima kasih kepada Persatuan Hari Raya atas sumbangan mereka dan sumbangan Emir Qatar akan diagihkan kepada 100,000 pekerja dan nelayan di Gaza. Sheikh Ali Al-Suwaiji , ketua Persatuan Hari Raya, berkata mereka akan terus memberi bantuan dan akan mendesak Liga Arab agar bersungguh dalam membatalkan sekatan ke atas Gaza.

Dalam perkembangan yang lain, Haneyya mengucapkan tahniah kepada beberapa pemimpin Arab menyambut Ramadhan Mubarak dan melaporkan perkembangan terkini di Palestin. Para pemimpin Arab menyokong sepenuhnya perjuangan dan hak rakyat Palestin.

Dia Ditemui Terkapar Berlumuran Darah Syahidnya


Siapakah laki-laki itu, yang karenanya Nabi yang mulia mendapat teguran dari langit dan menyebabkan beliau sakit? Siapakah dia, yang karena peristiwanya Jibril al-Amin harus turun membisikkan wahyu Allah ke dalam hati Nabi yang mulia? Dia tidak lain adalah Abdullah bin Ummi Maktum, muazzin Rasulullah.

Abdullah Ummi Maktum, orang Mekah suku Quraisy. Dia mempunyai ikatan keluarga dengan Rasulullah saw., yakni anak paman ummul mukminin Khadijah binti Khuwailid r.a. Bapaknya Qais bin Zaid, dan ibunya Atikah binti Abdullah. Ibunya bergelar "ummi maktum", karena anaknya, Abdullah, lahir dalam kedaan buta total.

Ketika cahaya Islam mulai memancar di Mekah, Allah melapangkan dada Abdullah bin Ummi Maktum menerima agama baru itu. Karena itu, tidak diragukan lagi dia termasuk kelompok yang pertama-tama masuk Islam. Sebagai muslim kelompok pertama, Abdullah turut menanggung segala macam suka dan duka kaum muslimin di Mekah ketika itu. Dia turut menderita siksaan kaum Quraisy seperti yang diderita kawan-kawannya seagama, berupa penganiayaan dan berbagai macam tindak kekerasan lainnya. Tetapi, apakah karena tindak kekerasan itu lantas Ibnu Ummi Maktum menyerah? Tidak…! Dia tidak pernah mundur dan tidak lemah iman. Bahkan, dia semakin teguh berpegang pada agama Islam dan kitab Allah (Alquran). Dia semakin rajin mempelajari syariat Islam dan sering mendatangi majlis Rasulullah.

Begitu rajin dan rakusnya dia mendatangi majlis Rasulullah, menyimak dan menghafal Alquran, sehingga tiap waktu senggang selalu diisinya, dan setiap kesempatan yang baik selalu direbutnya. Karena rewelnya, dia beruntung memperoleh apa yang diinginkan dari Rasulullah, disamping keuntungan bagi yang lain-lain juga.

Pada masa permulaan tersebut, Rasulullah saw. sering mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy, seraya mengharap semoga mereka masuk Islam. Pada suatu hari beliau bertatap muka dengan 'Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, 'Amr bin Hisyam alias Abu Jahal, Umayyah bin Khalaf dan Walid bin Mughirah, ayah Saifullah Khalid bin Walid.

Rasulullah berunding dan bertukar pikiran dengan mereka tentang Islam. Beliau sangat ingin mereka menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat beliau. Sementara, beliau berunding dengan sungguh-sungguh, tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum datang mengganggu minta dibacakan kepada ayat-ayat Alquran. Kata Abdullah, "Ya Rasulullah, ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepada Anda!"

Rasulullah terlengah memperdulikan permintaan Abdullah. Bahkan, beliau agak acuh terhadap interupsinya itu. Lalu beliau membelakangi Abdullah dan melanjutkan pembicaraan dengan para pemimpin Quraisy tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, Islam bertambah kuat dan dakwah bertambah lancar. Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah saw. bermaksud pulang. Tetapi, tiba-tiba penglihatan beliau menjadi gelap dan kepala beliau terasa sakit seperti kena pukul. Kemudian, Allah mewahyukan firman-Nya kepada beliau, "Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, karena seorang buta datang kepadanya. Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberikan manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal, tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran itu suatu peringatan. Maka siapa yang menghendaki, tentulah ia memperbaikinya. (Ajaran-ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (senantiasa) berbakti." (Abasa: 1 - 16).

Enam belas ayat itulah yang disampaikan Jibril al-Amin ke dalam hati Rasulullah saw. sehubungan dengan peristiwa Abdullah bin Ummi Maktum, yang senantiasa dibaca sejak diturunkan sampai sekarang, dan akan terus dibaca sampai hari kiamat.

Sejak hari itu Rasulullah saw. tidak lupa memberikan tempat yang mulia bagi Abdullah apabila dia datang. Beliau menyilakan duduk di tempat duduknya, beliau tanyakan keadaannya, dan beliau penuhi kebutuhannya. Tidaklah hairan kalau beliau memuliakan Abdullah sedemikian rupa, bukankah teguran dari langit itu sangat keras!

Tatkala tekanan dan penganiayaan kaum Quraisy terhadap kaum muslimin semakin berat dan menjadi-jadi, Allah SWT mengizinkan kaum muslimin dan Rasul-Nya hijrah. Abdullah bin Ummi Maktum bergegas meninggalkan tumpah darahnya untuk menyelamatkan agamanya. Dia bersama-sama Mush'ab bin Umair, sahabat-sahabat Rasul saw. yang pertama-tama tiba di Madinah. Setibanya di Yatsrib (Madinah), Abdullah dan Mush'ab segera berdakwah, membacakan ayat-ayat Alquran dan mengajarkan pengajaran Islam.

Setelah Rasulullah saw. tiba di Madinah, beliau mengangkat Abdullah bin Ummu Maktum serta Bilal bin Rabah menjadi muadzdzin Rasulullah. Mereka berdua bertugas meneriakkan kalimah tauhid (azan) lima kali sehari semalam, mengajak orang banyak beramal saleh dan mendorong masyarakat merebut kemenangan. Apabila Bilal azan, Abdullah Qamat; Abdullah azan, Bilal qamat.

Dalam bulan Ramadhan tugas mereka bertambah. Bilal azan tengah malam membangunkan kaum muslimin untuk makan sahur dan Abdullah azan ketika fajar menyingsing, memberi tahu kaum muslimin waktu imsak sudah masuk, agar menghentikan makan dan minum dan segala yang membatalkan puasa.

Untuk memuliakan Abdullah bin Ummi Maktum, beberapa kali Rasulullah mengangkatnya menjadi wali kota Madinah menggantikan beliau apabila meninggalkan kota. Tujuh belas kali jabatan tersebut dipercayakan beliau kepada Abdullah. Salah satu di antaranya ketika meninggalkan kota Madinah untuk membebaskan kota Mekah dari kekuasaan kaum musyrikin Quraisy.

Setelah perang Badar, Allah menurunkan ayat-ayat Alquran, mengangkat derajat kaum muslimin yang pergi berperang fi sabilillah. Allah melebihkan derajat mereka yang pergi berperang atas orang-orang yang tidak pergi berperang, dan mencela orang yang tidak pergi karena ingin bersantai-santai. Ayat-ayat tersebut sangat berkesan di hati Abdullah Ummi Maktum. Tetapi, baginya sukar mendapatkan kemuliaan tersebut karena dia buta. Lalu dia berkata kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah! Seandainya saya tidak buta, tentu saya pergi perang." Kemudian, dia memohon kepada Allah dengan hati yang penuh tunduk semoga Allah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan tentang orang-orang yang cacat (uzur) seperti dia, tetapi hati mereka ingin sekali hendak berperang. Dia senatiasa berdoa dengan segala kerendahan hati. Dia berkata, "Wahai Allah! Turunkanlah wahyu mengenai orang-orang yang uzur seperti aku!" Tidak berapa lama, kemudian Allah SWT memperkenankan doanya.

Zaid bin Tsabit, sekretaris Rasulullah saw. yang bertugas menuliskan wahyu, menceritakan, "Aku duduk di samping Rasulullah saw. Tiba-tiba beliau diam, sedangkan paha beliau terletak di atas pahaku. Aku belum pernah merasakan beban yang paling berat melebihi berat paha Rasulullah ketika itu. Sesudah beban berat yang menekan pahaku hilang, beliau bersabda, "Tulis, hai zaid!" Lalu aku menuliskan, "Tidak sama orang-orang mukmin yang duduk (tidak turut berperang) dengan pejuang-pejuang yang berjihad fi sabilillah." (An-Nissa': 95).

Ibnu Ummi Maktum berdiri seraya berkata, "Ya Rasulullah, bagaimana dengan orang-orang yang tidak sanggup pergi berjihad (berperang) karena cacat?" Selesai pertanyaan Abdullah, Rasulullah saw. terdiam dan paha beliau menekan pahaku, seolah-olah aku menanggung beban berat seperti tadi. Setelah beban berat itu hilang, Rasulullah saw. berkata, "Coba, baca kembali yang telah engkau tulis!" Aku membaca, "Tidak sama orang-orang mukmin yang duduk (tidak turut berperang)" Lalu kata beliau, "Tulis!" "Kecuali bagi orang-orang yang tidak mampu."

Maka, turunlah pengecualian yang ditunggu-tunggu Ibnu Ummi Maktum. Meskipun Allah SWT telah memaafkan Ibnu Ummi Maktum dan orang-orang yang uzur seperti dia untuk tidak berjihad, dia enggan bersantai-santai beserta orang-orang yang tidak turut berperang. Dia tetap membulatkan tekad untuk turut berperang fi sabiilillah. Tekad itu timbul dalam dirinya, karena jiwa yang besar tidak dapat dikatakan besar, kecuali bila orang itu memikul pula pekerjaan yang besar. Maka, karena itu dia sangat gandrung untuk turut berperang dan menetapkan tugasnya sendiri untuk berperang dan menetapkan sendiri tugasnya di medan perang.

Katanya, "Tempatkan saya antara dua barisan sebagai pembawa bendera. Saya akan memegangnya erat-erat untuk kalian. Saya buta, karena itu saya pasti tidak akan lari."

Tahun ke empat belas hijriyah, khalifah Umar bin Khaththab memutuskan akan memasuki Persia dengan perang yang menentukan, untuk menggulingkan pemerintah yang dzalim dan menggantinya dengan pemerintahan Islam yang demokratis dan bertauhid. Umar memerintahkan kepada setiap gabenor dan pembesar dalam pemerintahannya. "Jangan ada seorang jua pun yang ketinggalan dari orang-orang yang bersenjata, atau orang yang mempunyai kuda, atau yang berani atau yang berpikiran tajam, melainkan hadapkan semuanya kepada saya sesegera mungkin!"

Maka, berkumpullah kaum muslimin di Madinah dari segala penjuru, memenuhi panggilan khalifah Umar bin Khaththab. Di antara mereka terdapat seorang prajurit buta, yaitu Abdullah bin Ummi Maktum. Khalifah Umar mengangkat Sa'ad bin Abu Waqqash menjadi panglima pasukan yang besar itu. Kemudian, khalifah memberikan instruksi-instruksi dan pengarahan kepada Sa'ad.

Setelah pasukan besar itu sampai di Qadisiyyah, Abdullah bin Ummi Maktum memakai baju besi dan perlengkapan yang sempurna. Dia tampil sebagai pembawa bendera kaum muslimin dan berjanji akan senantiasa mengibarkannya atau mati di samping bendera itu.

Pada hari ketiga perang itu, perang berkecamuk dengan hebat, yang belum pernah disaksikan sebelumnya. Kaum muslimin berhasil memenangkan perang tersebut dengan kemenangan paling besar yang belum pernah direbutnya. Maka, pindahlah kekuasaan kerajaan Persia yang besar ke tangan kaum muslimin, dan runtuhlah mahligai yang termegah. Berkibarlah bendera tauhid di bumi penyembah berhala itu.

Kemenangan yang meyakinkan itu dibayar dengan darah dan jiwa dan ratusan para syuhada. Di antara mereka yang syahid itu terdapat Abdullah bin Ummi Maktum yang buta. Dia ditemukan terkapar di medan tempur berlumuran darah syahidnya, sambil memeluk darah kaum muslimin.

Wednesday, August 26, 2009

Hukuman Sebat, Jangan Gopoh - Presiden PAS

JANGAN GOPOH LAKSANA HUKUMAN SEBAT - PRESIDEN PAS

ZULKIFLI SULONG

Wed | Aug 26, 09 | 7:05:40 pm MYT


KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi! _

Tuesday, August 25, 2009

BN Kekalkan Rekod Kekalahan Di Semenanjung

by Merdeka Review

"Angin perubahan" yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika berkunjung di Permatang Pasir pada hari ini, rupa-rupanya lanjutan daripada tsunami 8 Mac, 2008.

Calon UMNO dari Barisan Nasional, Rohaizat Othman ditewaskan oleh calon PAS dari Pakatan Rakyat, Mohd Salleh Man (gambar kiri) dengan majoriti 4,551 undi. Mohd Salleh Man memperolehi 9,618 undi, sementara Rohaizat Othman mendapat 5,067 undi, selain undi rosak sebanyak 83 undi. Undi majoriti berkurang, selaras dengan penurunan peratusan pengundian kepada 73.1%, berbanding 82.57% pada tahun lalu.

Terdapat seramai 20, 289 orang pengundi berdaftar di kawasan DUN Permatang Pasir, dengan Melayu 72.36%, Cina 25.85%, India 1.63% dan kaum lain 0.16%.

______________________________________________________

PERMATANG PASIR JADI MOMENTUM PERUBAHAN PRU-13

________________________________________________

Mengimbas Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008, bekas ADUN PAS, Allahyarham Hamdan Abdul Rahman berjaya mempertahankan kubu dengan 11,004 undi, memandangkan calon UMNO ketika itu, Ahmad Sahar Shuib hanya memperolehi 5571 undi. Majoriti yang diraih ialah 5,433 undi, dengan 227 undi rosak.

Kekal rekod tewas di Semenanjung

Keputusan malam ini memperlihatkan BN mengekalkan rekod kekalahannya dalam setiap pilihan raya kecil yang diadakan di Semenanjung Malaysia, selepas PRU ke-12. BN hanya menang di pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dan tidak bertanding untuk pilihan raya kecil Penanti, Pulau Pinang, 31 Mei 2009.

Sebelum ini, "angin perubahan" lebih kencang apabila pilihan raya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan majoriti yang lebih besar. Malah, Kuala Terengganu yang sebelum ini dimiliki UMNO, ditembusi calon PAS dari PR.

Seterusnya, pilihan raya kecil Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau juga menyaksikan kemenangan yang memihak kepada Pakatan Rakyat, dengan majoriti yang lebih besar.

Keadaan menjadi "reda" buat UMNO apabila membuat kejutan di pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan dengan menghakis majoriti calon PAS, sehingga PAS hanya menang tipis dengan 65 undi majoriti di kubu sendiri. Walaupun UMNO-BN dilihat cuba mengekalkan, malah memacu momentum selepas "kekalahan tipis" tersebut, namun hasrat BN akhirnya tidak tercapai.

Analisa selanjutnya...

Data terperinci keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir akan dikeluarkan kemudiannya. Sejauh manakah propaganda UMNO yang disebarkan sejak awal Ogos, bahawa "Anwar pengkhianat Melayu", "Nik Aziz menghina Islam" dan sebagainya berkesan, akan diteliti dalam analisa selanjutnya.

PRK N.11 : Di Ambang Kemenangan

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti. Beliau sempat mengangkat tangan calon PAS, Salleh Man yang bertanding di DUN Permatang Pasir. Turut hadir isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Foto THE STAR Oleh: MUSTAFA AHMAD.

KEPUTUSAN TERKINI :

segera ke sini :
http://www.harakahdaily.net/
http://www.siasahdaily.blogspot.com/

Monday, August 24, 2009

DUN Terengganu : RM361 Juta Lagi Untuk Kroni

written by EDITOR

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/P1020687.jpgKERAJAAN TERENGGANU dijangka membelanjakan Bajet Tambahan sebanyak RM361, 267, 300.00 untuk tujuan politik dan mengagih-agihkan projek kepada kroni.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang akan berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Ogos ini dijangka tidak menghadapi masalah meluluskan Bajet tersebut.


Desas desus bertiup kencang, kumpulan yang menentang Dato’ Ahmad Said mempunyai cukup bilang seramai 18 orang dan mampu membawa undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu itu.


Justeru sekiranya mereka mahu menilai samada benar terdapat sokongan kepada kumpulan tersebut, mereka boleh membuat cubaan dengan tidak menyokong Bajet Tambahan yang akan diusulkan oleh ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman.


Namun menurut ADUN Ladang, Dato’ Tengku Hassan Omar, sekiranya mereka tidak sokong (Bajet Tambahan), tak ada duitlah untuk mereka nak berbelanja.

Dari RM361, 27,300.00 itu, sebanyak RM80, 453, 300.00 adalah tambahan bagi perbelanjaan mengurus dan selebihnya sebanyak RM280, 814,000.00, adalah untuk perbelanjaan pembangunan.


Antara yang disenaraikan dalam Bajet Tambahan yang termasuk dlam perbelanjaan mengurus adalah yang akan dibelanjakan untuk tujuan politik.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/PreCouncilSidangDUN%20017.jpgBantuan Am Dalam Negeri sebanyak RM27, 200, 000.00 biasanya adalah agihan samada pemberian bantuan kebajikan masyarakat atau pun bantuan-bantuan lain.

Biasanya bantuan jenis ini akan disalurkan kepada ahli dan pengikut UMNO berdasarkan sokongan dan cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

JKKK adalah badan yang cukup pakar dalam menentukan wang tersebut mesti sampai kepada orang-orang bawahan yang benar-benar ’hardcore’ UMNO.


Selain itu, RM6,000,000.00 lagi akan dibelanjakan bagi Dana Bakti Remaja yang semua sudah maklum, merupakan program kerajaan negeri membeli pengundi-pengundi muda dengan kadar RM500.00 seorang.


Golongan ini dipilih dari mereka yang akan ’cukup umur’ untuk menjadi pengundi, iaitu hampir atau telah mencapai umur 21 tahun.

Menurut sumber, mereka akan dipanggil bagi menyertai satu kursus dan dibayar sebanyak RM300.00, dan diminta mendaftar sebagai pengundi.
Setelah mendaftar, dan menunjukkan bukti mereka telah mendaftar sebagai pengundi serta setelah diserahkan salinan slip pendaftaran sebagai pengundi, mereka ada mendapat bayaran tambahan sebanyak RM200.00.

Manakala bajet tambahan dalam perbelanjaan pembangunan pula disenaraikan antaranya berkaitan pembinaan jambatan Pulau Sekati dan pembinaan jambatan Jeram.

Menurut ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak, pembinaan jambatan Pulau Sekati ini telah lama diluluskan dan ianya termasuk dalam tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

”Sudahlah tidak nampak apa-apa yang menunjukkan aktiviti pembinaan jambatan itu, sepatutnya kos pembinaan jambatan itu ditanggung oleh kerajaan Pusat,


”kalau tak silap saya ia telah diluluskan melalui peruntukan persekutuan, mengapa timbul pula dalam bajet tambahan kerajaan negeri,”katanya.

Menurut sumber, ia akan dibayar kepada kerja-kerja awal yang telah dilaksanakan, samada kerja-kerja perunding cara (consultation) atau kerja-kerja perkhidmatan lain.

Kerja-kerja ini biasanya kerja-kerja yang diserahkan kepada kontraktor kroni, dimana komisyen yang mudah akan didapati dari pemberian projek tersebut.


Begitu juga, tersenarai projek pembinaan jambatan Kampung Jeram yang dilancarkan oleh bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh, sejurus sebelum pilihanraya umum ke 12 Mac tahun 2008.

Sewaktu menghadiri kempen pilihanraya tersebut di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, seorang pekerja sebuah syarikat konraktor telah memberitahu, syarikat tempat ia bekerja telah mendapat kontrak kerja-kerja pembinaannya.


Syarikat itu ada kaitanya dengan bekas Ahli Parlimen Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar, sebagai ’upah’ tindakan berdiam diri, apabila tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya itu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/P1030033.jpg

Projek bernilai RM300 juta menghubungkan Jeram ke Kampung Tok Kong dan Bukit Guntong telah menjadi janji Barisan Nasional sejak 22 tahun lalu

Sidang DUN esok dan lusa (25 dan 26 Ogos) bakal dihangatkan dengan cadangan bajet tambahan kerajaan negeri Terengganu sebanyak RM361, 267, 300.00.


Bajet tambahan tersebut akan menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang mempunyai bajet terbesar di Malaysia, bagi tahun 2009 dengan jumlah keseluruhan RM2.160 bilion.


Pada akhir tahun lalu kerajaan negeri telah meluluskan bajet bagi tahun 2009 sebanyak RM 1.799 bilion.

Nilai bajet tambahan tersebut lebih besar dari bajet tahunan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan bagi tahun 2009 iaitu RM360 juta.

Bersama Rakyat, Pertahankan Kemenangan N.11

24 Ogos 2009

1. Terima kasih kepada semua media dan bloggers kerana terus melaporkan aktiviti berkempen calon kita, Mohd Salleh Man secara adil dan profesional.

2. Saya diberitahu bahawa Yusri Isahak iaitu bekas rakan kongsi firma Rohaizat Othman semalam sekali lagi menyatakan pendirian – tujuan beliau tampil dalam massa sebelum ini bukanlah untuk menjatuhkan Rohaizat sebagai calon Umno, sebaliknya cuba membersihkan nama baiknya dan keluarganya.

3. Yusri yang berasa dirinya dikambinghitamkan oleh Rohaizat serta pimpinan Umno juga sebenarnya mahu kes pecah amanah yang dikaitkan dengan dirinya, turut ditanggung bersama-sama oleh rakan kongsinya Rohaizat. Apa yang ingin saya jelaskan di sini, Rohaizat bertuah kerana mendapat kawan sejujur Yusri. Pun begitu, sehingga sekarang Rohaizat dan pimpinan Umno masih enggan menarik balik segala tuduhan yang dilontarkan terhadap Yusri sekaligus menunjukkan sifat tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruahnya pemimpin Umno.

4. Sebagaimana sebelum ini, saya dan PAS konsistan melihat isu pecah amanah Rohaizat itu bukan isu peribadi, tetapi isu integriti yang begitu penting bagi calon Adun Permatang Pasir ini. Saya yakin, minda yang waras sama sekali tidak boleh menerima seorang calon yang sah pernah pecah amanah. Bagaimanapun, saya menghormati setiakawan Yusri ke atas Rohaizat, walaupun beliau sendiri sedar bahawa dirinya telahpun dikambinghitamkan oleh Rohaizat dalam pilihanraya kecil ini.

5. Semalam, Ustaz Salleh Man diumumkan mengetuai Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), jika menang Adun Permatang Pasir kelak. Pengumuman itu saya yakin menyedarkan semula seluruh pengundi Permatang Pasir berhubung usaha-usaha Umno memperkecilkan Salleh, peranan PAS sendiri serta muafakat Pakatan Rakyat Pulau Pinang demi memelihara kepentingan rakyat. Selepas ini, undi esok Salleh Man akan mengangkat PAS memimpin MAIPP.

6. Esok 25 Ogos adalah hari pembuangan undi. Sebab itu dalam akhbar Warta terakhir kita, kita kepilkan bersama amanat pemimpin Pakatan serta Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri. Kita yakin pengundi berdaftar Adun Permatang Pasir ini boleh mengambil banyak pedoman sebelum membuang undi esok.

7. Di kesempatan ini juga, saya mewakili pimpinan dan sukarelawan Permatang Pasir mengucapkan Selamat Berpuasa dan selamat menjalankan amanah mengundi esok. Sesungguhnya Ramadhan menuntut umat Islam menyucikan jiwa dan memerdekakan minda dari belenggu perkauman sempit, sifat-sifat khianat, prilaku buruk dan tidak amanah. Bulan Ramadhan adalah bulan Islah/Perubahan dan menolak apa jua sifat-sifat jelek/mazmunah dan Allah SWT menjanjikan semua amalan baik akan diganjari dengan pahala yang berlipat ganda. Maka, seluruh pengundi seharusnya menjadikan Dun Permatang Pasir sebagai medan untuk terus melakukan perubahan rakyat, sebagaimana yang pernah dilakukan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti sebelum ini. Pastikan calon pilihan rakyat Mohd Salleh Man yang dikenali sebagai individu yang amanah, bercakap benar dan bersih dihantar ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kelak.

Bersama Rakyat Mempertahankan Kemenangan.

Salam Ramadhan dan Selamat Mengundi. Jutaan Terima Kasih..

DATO’ MAHFUZ OMAR

Naib Presiden PAS Pusat

Bajet Tambahan Bakal Hangatkan DUN Terengganu

Written by WARTAWAN BULETIN
Monday, 24 August 2009 15:20
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/wakilrakyatpas.JPGKUALA TERENGGANU -

Bajet tambahan tersebut akan menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang mempunyai bajet terbesar di Malaysia, bagi tahun 2009 dengan jumlah keseluruhan RM2.160 bilion.

Pada akhir tahun lalu kerajaan negeri telah meluluskan bajet bagi tahun 2009 sebanyak RM 1.799 bilion.
– Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang akan berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Ogos ini bakal dihangatkan dengan cadangan bajet tambahan kerajaan negeri Terengganu sebanyak RM361, 267, 300.00.

Nilai bajet tambahan tersebut malah lebih besar dari bajet tahunan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan bagi tahun 2009 iaitu RM360 juta.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, bajet tambahan yang begitu besar jumlahnya itu menimbulkan pelbagai persoalan dan memberikan gambaran bahawa kerajaan negeri tidak begitu teliti dengan perancangan tahunan. (Gambar - wakil-wakil rakyat PAS Terengganu dalam mesyuarat Pre-Council Sidang DUN)

”Antaranya adalah peruntukan untuk pembinaan jambatan Kampung Pulau Sekati, yang hingga kini belum pun nampak apa-apa kerja yang dilakukakan,

”selain itu, kerajaan negeri memohon tambahan bajet ratusan juta tersebut untuk kos membina beberapa buah jambatan, termasuk jambatan Jeram yang dilancarkan oleh bekas Menteri Besar pada awal 2008 lalu,


”apa yang menjadi kemusykilan adalah, bukankah membina infrastruktur, jalanraya dan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan?,”katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Pre-Council Sidang DUN yang di pejabat PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, disini.

Beliau berkata, sebelum ini pembinaan Lebuhraya Pantai Timur, Stadium dan lapangan Terbang Sultan Mahmud, yang juga menjadi tanggungjawab persekutuan tetapi telah menggunakan kewangan kerajaan negeri Terengganu.


Oleh itu, beliau mencadangkan kerajaan Terengganu memohon keluar dari Persekutuan sekiranya, kerajaan Persekutuan tidak lagi mampu untuk memberi peruntukan.

”Lebih baik Terengganu pohon keluar dari Persekutuan, sekiranya kerajaan Persekutuan tidak lagi mampu membiayai kos pembangunan di Terengganu,”tambahnya.

Last Updated on Monday, 24 August 2009 15:29

Friday, August 21, 2009

PRK N.11 : Pentas Muhyiddin Belasah Najib

Ditulis oleh http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/

FRIDAY, 21 AUGUST 2009 06:39

Setelah masuk hari yang keempat kempen pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir, kelibat Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak masih tak kunjung tiba.

Walaupun Najib diserang hebat dengan istilah 'PM B1N1' dan desakan agar mengadakan sidang parlimen khas membincangkan kes H1N1, namun medan terbaik untuk Najib buat penjelasan di Permatang Pasir tidak digunakan langsung.

Sebaliknya, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin 'keseorangan' terhegeh-hegeh mempertahankan tuduhan ke atas calon BN, Rohaizat Othman berhubung salah laku penyelewengan membabitkan akaun pekebun kecil di sini.

Malah lebih ajaib dan pelik, dalam risalah kempen BN 'Suara Permatang Pasir' yang pertama yang diedar pada 17 Ogos dimuka surat hadapan tertera tulisan 'Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin' menjulang tangan Calon BN'.

Samada berlaku 'typing error' atau ia disengajakan, pastinya Umno/BN mempunyai 'mashinenary' yang cukup lengkap termasuk editing yang baik bagi risalah mereka.

Atau sebenarnya, timbul persoalan bahawa Muhyiddin mahu menjadikan kempen kali ini dengan 'sungguh-sungguh' seperti mana beliau bersungguh menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika lalu dengan kenyataan desakan agar bekas PM itu berundur.

Muhyiddin satu watak yang sukar dijangka, dalam pada ramai yang menyebut beliau 'orang pak lah' akhirnya senjata beliau menyembelih hayat politik Pak Lah.

Di Permatang Pasir, tidak mustahil boleh menjadi platform kepada Muhyiddin menyerang secara senyap bossnya (Najib) yang dikelilingi skandal dan virus 'B1N1' yang cukup kronik.

Dalam pada kempen berjalan dengan BN menggunakan media menyerang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat, Muhyiddin cukup selesa menekan dan merampas kekuasaan melateri agendanya.

Wajah garang yang sebenar Muhyiddin sudah kelihatan, keceluparannya menggunakan bahasa yang sudah mula kasar membuatkan ramai yang meluat dengan 'mukanya'.

Beliaulah kini orang yang paling kuat mengecam Tok Guru, dan tak sudah menyerang sahabat lamanya, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bersama dalam Team Wawasan dalam Umno dahulu.

Strategi menyerang oleh Muhyiddin disambut Anwar dengan tidak mengecam keperibadian Muhyiddin, sebaliknya Najib terus menjadi sasaran selaku 'kepala Umno'.

Nama 'First Lady', Datin Seri Rosmah Mansor terus menjadi 'sensasi' dan disensasikan lagi apabila beliau dikritik mengawal pergerakan Najib memerintah negara.

Seperti kata Naib Presiden PAS, Dato'Mahfuz Omar bahawa Najib diserang virus takut 'B1N1',sekaligus serangan ini menggembirakan Muhyiddin sebenarnya.

Namun,tidak pelik mengapa Najib enggan 'campur tangan' sangat dalam kemelut calon dan kempen BN di Permatang Pasir ini memandangkan, kebimbangan jelas pada Umno/BN akan majoriti besar yang dimiliki Pakatan Rakyat di Permatang Pasir.

Segunung wang yang bakal dilempahkan jentera BN di sini, sekurang-kurangnya boleh mensabitkan Muhyiddin selaku 'tauke' Umno di Permatang Pasir dengan unsur rasuah.

Pastinya ini salah satu senjata Najib yang disimpan dengan membiarkan timbalannya berkhayal dan memerangkap diri tatkala tugas dibebankan ke atas bahu Muhyiddin itu.

Jika BN kalah di Permatang Pasir, Najib boleh cuci tangan, Muhyiddin dan Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pastinya 'pesalah' yang akan disalahkan.

Namun, jika wakil BN menang atau dapat mengurangkan majoriti wakil PAS, Ustaz Mohd Salleh Man, pastinya jantung Najib akan berdenyut kencang dengan kebimbangan nama Muhyiddin akan dilonjak sebagai 'hero' Umno.

Tetapi, mungkin Muhyiddin lupa pertaruhan BN di Permatang Pasir yang dicanang sebagai Peguam Syarie ini adalah 'ayam sabung' yang bergelumangan tahi di ekornya.

Sejarah Penting Di Bulan Ramadhan

Oleh : FATEH AL-QARNI

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL-KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.

Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah.

Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy.

Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.

Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah.

Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya.

Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ.

Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan.

Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

sila baca artikel penuh di sini
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura