Sunday, September 27, 2009

Pemuda Bersamamu Musim ke 5

Saturday, September 26, 2009

Ibadah Haji Untuk Ummah Dan Daulah

oleh BAHARIN TALIB

Ibadah haji yang diperintahkan oleh Allah SWT tentu banyak hikmah dan rahsia di dalamnya. Ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima dan terakhir mengikut susunan tertibnya. Allah SWT memerintahkan ibadat haji ditunaikan atau dilakukan oleh seseorang muslim sekali dalam seumur hidupnya.

masjidilharam1.jpg

Sejak akhir-akhir ini umat Islam di negara kita ini tidak mudah untuk pergi menunaikan haji kerana terpaksa mendaftar dan menunggu giliran; sebab yang berhajat untuk pergi menunaikan haji memang ramai. Alhamdulillah, ini satu petanda baik bagi kita. Ia menunjukkan kesedaran umat Islam negara ini bagi menunaikan rukun Islam kelima itu sudah meningkat. Ia juga menggambarkan tahap sosio-ekonomi umat Islam yang bertambah baik.

Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Arab Saudi banyak membuat ubahsuai pada kawasan Masjidilharam dan Masjid Nabawi dengan tujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada umat Islam yang datang mengerjakan haji. Ketika ini pun satu perubahan besar di kawasan Masjidilharam sedang dilakukan.

Bagi umat Islam secara peribadi, ibadah haji adalah untuk faedah diri sendiri. Walaupun jutaan jemaah haji yang datang menunaikan fardhu haji, mereka akan kembali ke tanah air dan hidup sebagai insan biasa semula. Kalau adapun perubahan pada diri mereka, itu hanya perubahan individu sahaja. Tidak ada perubahan dari segi negara atau ummah.

Sepatutnya yang amat perlu dan penting pada perhimpunan tahunan di Makkah ini ialah pemimpin-pemimpin negara Islam. Mereka sepatutnya pada setiap tahun mengadakan sidang kemuncak di Makkah bila tibanya musim haji. Dengan kehadiran dan pertemuan di kalangan pemimpin-pemimpin Islam maka sudah tentu melahirkan perpaduan yang kukuh di kalangan negara dan umat Islam.

Semua perkara dapat dibincangkan dalam sidang kemuncak tahunan ini sama ada dari segi keagamaan, ekonomi, pelajaran, pertahanan, pelancongan, kesenian, kebudayaan dan sebagainya.

Kerjasama yang erat patut diwujudkan di kalangan negara-negara dan umat Islam seluruh dunia, demi untuk membangunkan Islam dan umat Islam.

Negara-negara Islam banyak yang kaya-raya. Nikmat Allah SWT ini perlu dimanafaatkan oleh negara-negara Islam untuk membantu negara-negara Islam dan bukan Islam yang miskin. Maka dengan itu barulah umat dan negara Islam menjadi payung kepada manusia seluruhnya.

Prasyarat kepada kejayaan penyatuan negara-negara Islam ini adalah keimanan dan ketakwaan pemimpin-pemimpin Islam yang berkuasa di negara masing-masing. Dengan sifat-sifat keimanan dan ketakwaan ini akan memudahkan datangnya bantuan Allah SWT.

Makah dipilih kerana hanya tanah suci yang akan bersama-sama memberi keberkatan kepada niat dan usaha yang baik yang tentunya diredai Allah SWT nanti.

Sesudah sesuatu sidang kemuncak diadakan dan rumusan-rumusan atau resolusi-resolusi digariskan maka pohonkan doa kepada Allah di depan Kaabah supaya Allah memberikan kejayaan.

Jangan lupa juga mengunjungi makam Nabi s.a.w. untuk berdoa dan memohon bantuan agar Allah memperkenankan hajat kita.

Begitulah yang perlu dilakukan berulang kali setiap tahun yang mana samalah juga dengan ibadat solat yang dilakukan dan diulang setiap hari sepanjang hidup.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri membuat perubahan.- tajdid_

Flashback : Kebajikan di Ramadhan 1430

Ramadan yang baru berlalu, pasti dirindui ..... adalah bulan pesta kebajikan yang dianjur oleh Allah kepada hamba-Nya supaya membekalkan diri mereka sekadar kemampuan. Sesungguhnya antara pesta kebajikan terbesar adalah bulan Ramadan al-Mubarak.

Sebenarnya, bagi dunia ada peniaganya,
begitu juga akhirat ada peniaganya. Peniaga dunia sentiasa menunggu peluang dan masanya supaya dapat memperolehi keuntungan, demikian juga bagi peniaga akhirat menunggu-nunggu masanya untuk mendapat untung.

Keuntungan peniaga dunia tidak sama dengan untungnya
peniaga akhirat kerana peniaga akhirat untungnya keampunan Allah dan syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai, seperti disifatkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “… lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan (daripada) mendirikan solat, dan (daripada) membayarkan zakat. Mereka takut kepada satu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.” (Surah al-Nur, ayat 37)

Berbekalkan semangat ini, sebahagian besar PAS Cawangan dalam DUN Sura telah mengadakan program kebajikan masing-masing sempena Ramadhan al-Mubarak dan menjelang Aidilfitri baru-baru ini.

Di Cawangan Bukit Chatak 2, seramai 25 penerima telah dibekalkan barangan keperluan harian yang dihantarkan terus ke rumah mereka oleh pihak PAS Cawangan. Sumbangan kewangan turut dihulurkan selain barangan keperluan harian.

Menurut Encik Mohammad Said, Setiausaha PAS Cawangan Bukit Chatak 2 bahawa program kebajikan ini adalah rutin tahunan cawangan sebagai usaha memasyarakatkan PAS di mata penduduk sekitar.




Sementara di Padang Jambu, PAS Cawangan telah mengenalpasti seramai 30 orang untuk diagihkan barangan keperluan dapur serta sumbangan kewangan.

Encik Baharuman Hj Abdul Hamid, Ketua PAS Cawangan mengucapkan syukur dan terima kasih di atas sumbangan para dermawan bagi menjayakan program yang telah disusun oleh pihaknya. " Pihak PAS Cawangan akan berikhtiar untuk meneruskan usaha ini di tahun akan datang dan kami mengharapkan lebih ramai dermawan yang tampil membantu bagi meringankan bebanan golongan sasaran yang telah dikenalpasti ini, " tambahnya.




Sementara itu, PAS Cawangan Tanah Lot melakukan program kebajikan secara berpusat di mana para penerima telah dijemput hadir ke Surau Kg Tanah Lot. Program yang diadakan di penghujung Ramadhan ini turut dihadiri oleh YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli yang turut menyampaikan sumbangan kepada para penerima.

Seramai 40 orang penerima telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan tersebut, 30 orang daripadanya menerima sumbangan di Surau Tanah Lot, sementara 10 orang lagi menerima sumbangan yang disampaikan ke rumah masing-masing.

Ketua PAS Cawangan Tanah Lot, Encik Mohd Razali Haji Aman bersyukur di atas kejayaan program yang dirancang. Beliau turut merakamkan terima kasih kepada para dermawan yang bersedia menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan penerima di saat menyambut Aidilfitri baru-baru ini.







PAS Cawangan Kg Nibong pula mengagihkan sumbangan dari rumah ke rumah kepada seramai 20 orang penerima. Selain beras, beberapa keperluan dapur yang lain turut disumbangkan bagi meringankan beban golongan faqir miskin di bawah pentadbirannya.

Di Jalan Lembah, PAS Cawangan turut menyampaikan sumbangan beras kepada 20 orang penerima. Ketua PAS Cawangan, Ustaz Haji Abdull Rahim Abdull Jalil telah menyampaikan sumbangan sambil dibantu oleh para pemuda cawangan.


PAS Cawangan Bukit Catak 1 pula menyantuni seramai 45 orang faqir miskin menjelang Aidilfitri baru-baru ini. Pengagihan yang dibuat di Surau Ustaz Omar Shukri ini melibatkan barangan seperti beras, gula, susu dan kewangan bagi setiap penerima.


Seramai 10 orang menerima sumbangan di Sura Utara berupa barangan keperluan seperti beras, gula dan kewangan. PAS Cawangan telah mengambil pendekatan mengagihkan sumbangan ke rumah penerima yang telah dikenalpasti.


PAS Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate pula telah mengenalpasti seramai 30 orang penerima untuk diagihkan sumbangan keperluan dapur. Setiap sumbangan telah disampaikan ke setiap rumah penerima.

Ketua PAS Cawangan, Haji Hassan Abd Aziz berkata bahawa program ini akan diteruskan di masa akan datang dan beliau mengharapkan para penderma terus menyumbang bagi menjayakan program yang dirancang. Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program kebajikan ini.

Sementara itu, di Kampung Molek, 30 orang penerima disumbangkan barangan keperluan seperti beras, gula, teh dan susu. Sebanyak RM3,000.00 telah dibelanjakan oleh pihak PAS Cawangan yang dibahagikan kepada 30 orang penerima.

Haji Abdullah Ibrahim, bagi pihak PAS Cawangan Kg. Molek mengucapkan terima kasih di atas kesudian para penderma dalam memastikan usaha membantu golongan faqir miskin diteruskan seperti di tahun-tahun sebelumnya.


PAS Cawangan Sungai Buaya juga telah menyenaraikan seramai 20 orang penerima untuk diagihkan sumbangan beras sempena Ramadhan. Sumbangan telah diserahkan oleh pihak PAS Cawangan ke setiap rumah yang telah dikenalpasti.

Naib Ketua PAS Cawangan, Encik Zolkiffeli Yusoff bersyukur kerana PAS Cawangan masih berjaya meneruskan program kebajikan ini secara tahunan setiap kali tiba Ramahan.

Sebahagian besar beras yang diagihkan kepada para penerima adalah sumbangan yang disampaikan melalui YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli oleh para dermawan yang turut sama berusaha untuk mempertahankan kemenangan N.27 Sura di pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Friday, September 25, 2009

Ummati...Ummati...Ummati...!!!

dari MEJA TAZKIRAH

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.


Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


Gambar hiasan...setiap jiwa pasti merasai kematian.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.


Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu!

Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii!!!' - 'Umatku, umatku, umatku !!!'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?


Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi.


BETAPA CINTANYA DAN KASIHNYA RASULULLAH KEPADA KITA...UMATNYA !!!

Thursday, September 24, 2009

YDP Agong Tersenyum Lebar Berjumpa TG Hj Hadi

Oleh AHMAD HADEED

Saya terpandang satu gambar yang menarik , senyuman seorang Agong kepada seorang ulama. Betapa Indahnya suasana itu. Apakah rahsia di sebalik senyuman itu. Malah permaisuri Agong pun turut tersenyum.

Mungkin mereka nostalgic mengenang saat manis semasa PAS memerintah Terengganu dahulu. Itulah peristiwa yang berlaku di Parlimen. Gandingan Sultan dan Ulama memang telah menjadi budaya orang Melayu.

Terengganu di zaman pemerintah Islam sebelum penjajahan British, aman berada di bawah pemerintahan Sultan dibantu oleh ulama terkenal seperti Tok Ku Paloh dan Tok Sheikh Duyung. Terdapat juga Sultan yang juga seorang ulama. Memang Terengganu penuh dengan ulama terbilang dalam ilmu dan akhlaq.

Oleh kerana Sultan memandang tinggi kedudukan ulama maka rakyat turut berlumba-lumba untuk menuntut ilmu agama bagi menjadi barisan pelapis ulama. Kegiatan mengajar kitab wujud di merata ceruk negeri Terengganu. Orang baik mengatasi orang jahat. Alangkah bagusnya kita wujud kembali semua itu di semua negeri di Malaysia. Semoga Roh Islam kembali berseri memenuhi bumi.

Wednesday, September 23, 2009

Rumah Terbuka ADUN Sura Sederhana, Meriah

SEKITAR RUMAH TERBUKA YB ADUN SURA
1 Syawwal, 1430 / 20 September, 2009 (AHAD)

Menunggu giliran untuk menjamah hidangan

YB ADUN Sura bersama sebahagian pengundi muda yang hadir

Isteri YB ADUN Sura, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd
bersama tetamu Tionghua yang hadir

Sebahagian kaum Tionghua yang hadir mengambil peluang
bergambar kenangan bersama YB Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli

Isteri ADUN Sura ditemani puterinya Wan Nusaibah Asiah
bersama tetamu Tionghua yang berkunjung

Tuesday, September 22, 2009

N.31 : Kelab Penyokong PAS Pastikan PAS Menang

Oleh : UtaraOnline

 “Jika pada PRU lalu masyarakat India dikatakan 70 peratus mengundi calon PAS, selepas peristiwa ini saya percaya sokongan kaum India mungkin meningkat hingga 90 peratus.



"Orang India tahu siapa di sebalik provokasi ‘sepak kepala lembu' baru-baru ini. Hutang di Shah Alam itu akan dibayar di Bagan Pinang,” kata Kumutha Raman, Ketua Wanita Kelab penyokong PAS kaum India (gambar)

Kata beliau, politik provokasi seperti itu tidak sewajarnya berlaku dalam dunia dan negara bertamadun sekarang.

Monday, September 21, 2009

N.31 : PAS Optimis 80 % Keluar Mengundi

by PRK N.31

KUALA LUMPUR - PAS menyambut baik keputusan SPR menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang pada hari cuti.

Jelas Salahudin, keputusan yang diumumkan SPR hasil perjuangan Pas selama ini yang tidak pernah berhenti menuntut supaya SPR tidak lagi menetapkan tarikh pengundian pada hari cuti seperti di Manek Urai dan Pengkalan Pasir.

Beliau yang juga ketua Pengarah Pilihan raya Pas Bagan Pinang berkata, beliau optimis bahawa PAS mampu menang di kerusi Dun tersebut jika jumlah keluar mengundi mencecah antara 70 hingga melebihi 80 peratus.

Sehubungan dengan itu beliau berharap akan memberi ruang yang lebih selesa kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka tanpa mengira latar belakang kecenderungan politik.

Sebelum ini Salahudin menekankan kerahsiaan undi pos anggota keselamatan pada masa ini dikatakan terancam akibat beberapa prosedur mengundi yang ditetapkan SPR.

K'jaan T'ganu Beroperasi Tanpa Sokongan Majoriti

KUALA TERENGGANU, Sept 20 - Krisis politik Terengganu dilihat semakin runcing apabila beberapa usaha termasuk lawatan khas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dan Ketua Perhubungan Datuk Hishamudin Husein gagal menampakkan hasil positif untuk memulihkan keadaaan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (gambar - bersongkok di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, Dungun pada 19 September, Sabtu baru-baru ini) segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana semakin jelas beliau kini tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam dewan berkenaan.

"Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa perbalahan antara kumpulan Ahmad Said dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh hanya akan dicari penyelesaian selepas hari raya jelas menunjukkan krisis ini amat serius," kata jurucakap PKR Terengganu, Hashimi Datuk Haji Abbas dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Bagi menghormati amalan demokrasi kata beliau, kerajaan negeri tidak lagi layak untuk terus mentadbir dalam keadaan Menteri Besar hanya disokong oleh segolongan minoriti ahli dewan undangan negeri.

Menurut beliau, kumpulan penyokong Idris yang terdiri lebih 12 ahli dewan jika dicampur dengan ahli dewan daripada PAS jelas telah menafikan majoriti penyokong Ahmad Said dalam DUN.

"Kita yakin keadaan ini dari segi semangat demokrasi akan menjadikan kerajaan berjalan dalam keadaan tidak sah dan bercanggah dengan kehendak rakyat," jelas beliau.

Krisis politik Tergengganu tercetus dengan desas desus sekumpulan ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar akan melompat menyertai pembangkang.

Tindakan kumpulan itu dkatakan tidak menjadi kenyataan kerana pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak positif dengan pelan berkenaan. Bagaimana pun Harun menafikannya kerana tidak ada sebarang perbincangan mengenainya.

Perkembangan terakhir di mana Muhyidin Yasin membuat kenyataan bahawa krisis politik Terengganu hanya akan dicari penyelesaian selepas hari raya menimbulkan persoalan baru bahawa pihak yang menentang Menteri Besar serius untuk mengambil tindakan drastik.

Tinjauan MI di sekitar Terengganu menunjukkan kain-kain rentang ucapan selamat hari raya di kawasan dikuasai kumpulan anti Ahmad Said tidak meletakkan gambar menteri besar itu besama ADUN.

Adun Kuala Besut misalnya meletakkan gambar beliau bersama dengan Idris Jusoh bukannya Ahmad Said. Ia dilihat satu keganjilan walaupun Idris adalah ketua bahagian Umno Besut.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Pulang Perantau

oleh : Penerangan Pemuda Dun Sura

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pastinya tak lengkap tanpa kepulangan para perantau dari kejauhan.Kepulangan mereka biasanya disambut dengan ucapan-ucapan di kain rentang dari pelbagai pihak terutama dari parti pemerintah dan juga dari pihak PAS sendiri.

Atas tujuan yang sama, pihak Pemuda PAS Dun Sura mengambil inisiatif dengan cara tersendiri. Akhir Ramadhan baru-baru ini, para pemuda sama-sama menjayakan kerja-kerja memasang bendera besar di lokasi strategik di pusat bandar Sura Gate. Kerja pemasangan ini merupakan aktiviti tahunan pemuda menjelang sambutan Aidilfitri.







Sebelum itu, pada petangnya kerja-kerja memotong dahan pokok tembesu bagi memberi laluan bendera besar untuk dinaikkan. Pihak pemuda tidak lupa mengambil langkah keselamatan kepada pemanjatnya dengan mengenakan tali pinggang keselamatan.





Pada sebelah malamnya pula, kerja-kerja menaikkan bendera besar dengan bantuan 4 orang pemanjat yang terdiri dari AJK Pemuda Dun Sura sendiri.


Pandangan dari jalan menghala dari Paka ke Kuala Terengganu.


Pandangan dari pusat bandar Sura Gate.


Pandangan dari jalan Kuala Terengganu ke Paka

Hasilnya bendera besar ini dapat dilihat dari semua arah samada menghala ke Dungun atau juga menghala ke Kuantan. Para pemandu yang pulang untuk berhari raya pastinya teruja dengan kibaran bendera tersebut seperti melambai-lambai menyambut kepulangan anak watannya.

Pada malam raya pula, pihak pemuda menaikkan kain rentang bagi 'menemani' kain rentang UMNO yang 'keseorangan' di persimpangan traffic light Sura Gate.

Kain rentang yang mengandungi doa memohon dikurniakan perlindungan di sepanjang perjalanan pulang berhari raya ke kampung halaman.


Kain rentang dari bapak rasuah




Aminn..Insya Allah......
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura