PENCEROBOHAN ZIONIS DI LAMAN AL-AQSA PROVOKASI CETUS KETEGANGAN.
Written by admin from on April 15th, 2009 | 1 CommentRABU, 15 April - Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menceroboh laman al-Aqsa yang dilakukan beberapa kali oleh beberapa orang perampas dan pelampau Zionis dalam masa beberapa hari yang lalu. Ia menegaskan langkah provokasi tersebut hanyalah percubaan untuk menjadikan seluruh kawasan itu berada dalam keadaan peperangan sebenar yang bermatlamat mempertahankan tempat suci Islam dan tempat Rasulullah saw diisra’kan.
Kerajaan Palestin menegaskan lagi dalam satu kenyataan yang diterima oleh Pusat Media Palestin selepas mesyuarat mingguan yang diadakan pada Selasa (14/4), bahawa langkah yang dilakukan oleh para perampas dan pelampau Zionis di al-Quds dan beberapa kawasan lain di Tebing Barat yang dijajah itu nampaknya merupakan siri berterusan polisi ‘transfer’ yang dipegang dan mahu dilaksanakan oleh para menteri kerajaan Netanyahu terutamanya Lieberman dan para pendokong parti pelampaunya. Oleh itu, kerajaan Palestin menuntut bangsa Arab, pemimpin dan rakyatnya agar mengambil pendirian tegas terhadap ancaman sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin di Tebing Barat dan semua tempat suci Islam, ancaman yang lebih besar bahaya dan risikonya berbanding pada masa yang lalu.
Kerajaan Palestin juga berkata bahawa tindakan ini, di samping ia menunjukkan pendirian politik kanan Zionis yang menolak pilihan untuk melakukan penyelesaian, ia juga adalah bukti paling besar yang menunjukkan kegagalan program itu sepenuhnya, yang sedang menghembuskan nafasnya yang terakhir melalui kerajaan pelampau tersebut. Ia juga adalah tamparan hebat kepada sesiapa yang berkeinginan untuk terus melakukan rundingan dengan pihak penjajah dan melakukan penyelarasan dari sudut keselamatan dengan mereka bagi menentang rakyat Palestin sendiri. Ia juga menegaskan keadaan ini menuntut suatu strategi Arab Palestin yang bersatu bagi mendokong pejuang Palestin dan memberikan kekuatan kepada rakyatnya untuk terus bertahan menghadapi pimpinan pelampau baru di Tel Aviv.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
0 komen:
Post a Comment