Saturday, April 25, 2009

Saranan Taati 'Aku Janji' Yang Double Standard

SABTU, 2009 April 25

Samada UMNO hendak bertanding atau tidak dalam pilihanraya Penanti merupakan hal parti dan masalah BN. Itu bukannya isu yang sebenar. Pilihanraya mesti diadakan untuk menjamin keutuhan Demokrasi. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti , Mohd Fairus, sudah letak jawatan. Speaker P.Pinang telah menerima surat perletakan jawatan dan telah serahkan kepada SPR. SPR seharusnya menjalankan kewajiban untuk mengadakan pilihanraya tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak. SPR sepatutnya neutral dalam hal ini. Tetapi, tindak-tanduk SPR baru-baru ini nampaknya dipengaruhi oleh pihak lain. SPR menjadi boneka kepada siapa?

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan medianya menyatakan bahawa wakil rakyat tidak sepatutnya letak jawatan untuk sebab-sebab yang 'tidak mustahak' selepas terpilih sebagai wakil rakyat.

Beliau juga berkata " pada prinsipnya kita mesti taat kepada 'aku janji' kepada pengundi yang memilih kita. Kita tidak boleh letak jawatan setelah bertanding dalam pilihanraya dengan janji akan berkhidmat untuk satu penggal ".

Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut tentang 'aku janji' kepada rakyat. Bukankah ADUN-ADUN yang melompat parti juga telah memberi 'aku janji' yang sama kepada Rakyat apabila mereka bertanding? Contohnya, En. Osman Jailu diundi oleh penduduk Changkat Jering kerana 'aku janjinya' sebagai calon Parti Keadilan Rakyat. Begitu juga, En. Jamaluddin dipilih oleh rakyat Behrang kerana 'aku janjinya' sebagai calon Parti Keadilan Rakyat. Puan Hee Yit Foong juga dipilih oleh pengundi-pengundi Jelapang kerana 'aku janjinya' sebagai calon DAP. Bukankah rakyat tertipu dengan tindakan mereka kerana melompat? Apa sudah jadi dengan 'aku janji' mereka. Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima mereka sebagai rakan kongsi BN dalam usaha rampasan kuasa kerajaan Negeri Perak. Di manakah nilai-nilai moral semua pihak yang terlibat dalam usaha ini. 'Aku janji' yang diberikan oleh ketiga-tiga ADUN ini telah diketepikan. Rakyat yang memilih mereka sudah tertipu. Rakyat terlalak-lalak akibat tindakan mereka, tetapi tangisan mereka hanya masuk telinga kuali. Bukankah ini lebih buruk daripada tindakan En. Fairus yang meletak jawatan secara 'gentleman' dan membuka ruang untuk pilihanraya.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura