Lajnah Penerangan MTD Sura ketika penamaan calon PRK P.036
- gambar hiasan dari Blog Pemuda DUN Sura
TANAH SAR DIGUNA UNTUK BINA BANGUNAN UMNO ?
Mohd Sabri Said Sun | Apr 05, 09 | 7:15:33 am MYT | |
GEORGETOWN, 5 April (Hrkh) - "Usah pilih Barisan Nasional (BN) lagi untuk menerajui rakyat negara ini sebab mereka sering menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan parti yang kian karam, " Itulah kata-kata Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Tanjung, Rashidi Salim pada Harakahdaily mengingatkan para pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Bukit Selambau, Kedah dan P059 Parlimen Bukit Gantang, Perak. Beliau menegaskan, sebab utama penolakan BN itu adalah kerana sikap kepimpinan mereka yang diterajui Umno dilihat terlalu angkuh serta tidak menghormati keputusan Kerajaan Negeri walaupun diera pemerintahan mereka sendiri. Contohnya di Pulau Pinang, terdapat sebidang tanah yang diluluskan oleh Kerajaan BN pada tahun 2002 untuk pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) disalahgunakan apabila Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) mengizinkan bangunan Umno dibina di situ dua tahun kemudian. Walhal Pengurusan SAR berkenaan pernah memohon kepada kerajaan untuk membina bangunan SAR yang diwakafkan pada tahun 1997 namun tidak dihiraukan. Justeru itu, PAS Tanjung yang mewakili Pengurusan SAR berkenaan meminta Yang Dipertuanya, Shabudin Yahya menjelaskan keadaan sebenar dalam tempoh seminggu jika tidak pendedahan seteruskan akan dibuat. "PAS Tanjung akan dedahkan segala-galanya nanti tidak lama lagi. Apa pun kami bagi masa pada YDP Maipp selama seminggu untuk menjelaskan keadaan yang sebenar kenapa bangunan Umno tersergam di atas tanah yang diwakafkan untuk pembangunan SAR, " jelas beliau. PAS Tanjung juga memohon maaf kepada media kerana tidak mahu mendedahkan di mana lokasi dan nombor lot tanah berkenaan ekoran beberapa sebab tertentu. Tetapi, akan berbuat demikian selepas seminggu sekiranya YDP Maipp masih membisu atau lari daripada memberikan penjelasan kenapa terjadi begitu. "Rakyat di Bukit Selambau dan Bukit Gantang harus tahu sikap Umno dan BN bila terus berkuasa. Mereka akan gunakan peluang yang ada untuk kepentingan parti yang sudah tidak diterima ramai itu, " tegasnya anak kepada aktivis masyarakat Kampung Makam, Allahyarham Salim Hashim. Rashidi dalam kenyataan itu juga meminta jika ada mana-mana individu yang pernah mewakafkan tanah untuk pembangunan pendidikan atau sebagainya tetapi disalahgunakan untuk projek parti politik Umno dan BN boleh tampil kehadapan memberitahu kami untuk tindakan lanjut di talian 019-5154094. - mks._ |
0 komen:
Post a Comment