Wednesday, April 22, 2009

Pak Lah Akan Kosongkan Kepala Batas ?

PRK KEPALA BATAS & USUKAN SERENTAK ...?

PERLETAKAN jawatan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2 April lalu akan diikuti dengan persaraannya sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas yang diwakilinya selama lapan penggal atau 30 tahun.

Sabahkini.net menerima maklumat daripada sumber dalaman Umno, berhubung ura-ura Tun Abdullah akan mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen selewatnya pada awal Jun 2009 iaitu menjelang sidang Dewan Rakyat.

“Pada rancangan awal beliau sepatutnya meletakkan jawatan Ahli Parlimen Kepala Batas ketika melepaskan jawatan Perdana Menteri. Agak ganjil juga jika beliau yang berpangkat Tun duduk bersama-sama dengan Ahli Parlimen lain di DEwan Rakyat,” kata sumber tersebut memaklumkan Sabahkini.net.

Sumber tersebut juga menyebut, pilihanraya kecil (jika kerusi diistiharkan kosong) akan diadakan serentak dengan Kerusi Dewan Undangan Negeri Usukan kerana desakan daripada pelbagai pihak agar Japlin meletakkan jawatan sebaik sahaja didakwa di mahkamah setelah diikat jamin sebanyak RM100,000 kerana terlibat dengan politik wang.

Bagaimanapun sumber tersebut tidak menyatakan tarikh tepat Kerusi Usukan akan dikosongkan kerana BN yakin tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kubu kuat UMNO berkenaan.

“Kita masih menunggu pengesahan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah,” ujar sumber tersebut yang mengakui Japlin tidak dapat diterima umum sebagai usaha untuk membersihkan rasuah di dalam era Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Mengikut sejarah, Pak Lah mula menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978 menjadikannya antara Ahli Dewan Rakyat paling lama berkhidmat iaitu selama lapan penggal berturut-turut.

Pak Lah pernah digugurkan daripada Kabinet mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987 walaupun memenangi jawatan Naib Presiden Umno kerana beliau mewakili Team B yang diketuai oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah namun beliau tidak menyertai Semangat 46.

Karier Pak Lah melepasi zaman gerhana selepas memenangi pertandingan Naib Presiden Umno pada 1990 menyebabkan Tun Dr Mahathir tiada pilihan dan terpaksa melantik beliau ke Kabinet sebagai Menteri Luar.

Sejak daripada itu bintang beliau terus bersinar sehingga akhirnya dilantik ke jawatan tertinggi negara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003 selama lima tahun, lima bulan dan tiga hari. -Sabahkini

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura